Friday, November 29, 2013

Entiti

2-3 hari ni aku berulang alik Nilai - Shah Alam..
Tido di rumah mertua ..sebab weekend ni nak buat majlis akikah.

Malam tadi, aku pukul 9.45pm dah ngantuk..so baringlah atas katil.
Tetiba anak kedua aku si Zayyan menangis nangis tak nak masuk dlm bilik tidur kami..
Beria ia punya nangis..
Aku tengah ngantuk..yang aku dengar dia cakap " kut...akutttt"..Tu yang dia cakap sambil nangis bila wife aku pujuk masuk bilik.

Penyudahnya..
Zayyan gi tido kat bilik wan ( nenek)nya..
Aku tanya wife aku apahal?

" yeyen kata dia takut....dia cakap  ata..ata...dia nampak mata kat atas almari tu ( almari dlm bilik tido kami kat umah mertua)", kata wife aku.
 Bila wan nya tanya mata tu color apa?   Zayyan tunjuk kereta mainannya yang warna merah !
Aku dengar cerita tu..dan aku terus tidur..takde masa nak takut2..hahaha...

Pagi ni sebelum pergi kerja,tanya lagi wife aku cerita sebenarnya, sebab aku bangun pagi tengok si Zayyan dah ada atas katil kami..
Rupa rupanya bila dia dah lena tido di bilik wan nya, wife aku bawak juga dia ke bilik kami..
Rupa rupanya Zayyan nampak mata warna merah atas almari bilik tidur kami  :)
Rupa rupanya wife aku & lain lain orang di rumah mertua aku ni ( akak/adik/makcik/pakcik wife aku) pun pernah nampak pelbagai entiti...tapi entiti ni taklah kacau pun...Kekadang dia jelma la...Aku so far tak pernah nampak  :)

Bak kata wan nya malam semalam  "  benda tu terperanjat kot ramai orang balik rumah ni "....Sebab sekarang mmg ramai orang kat rumah mertua aku  :)

harap harapnya malam ni Yeyen tak nampak lagi ya benda benda pelik kat umah wan  :)

Wednesday, November 27, 2013

Adalah dipersilakan dengan segala hormatnya...



Akikah si zayydan ni...bertempat di Kampung Batang Benar, Nilai. Di rumah mertua den. Dekat aja dengan Nilai 3. Majlis start pukul 11 am ke atas. Set GPS anda ke Sekolah Keb Batang Benar atau Stesen Komuter Batang Benar. Boleh call my wife FIZA  @  013 3650783 kalau sesat jalan..:)

Tuesday, November 26, 2013

Kisah Seorang Bangla Badan Berbau

Semalam org keja gomen dapat gaji..
Ada kawan wife aku mengeluh, gaji nya masuk lewat sehari..
Ye la..banyak komitmen nak bayar itu ini..mana tak mengeluh...

bak kata kawan aku, " duit kepok kepok ni, setiap bulan tumpang lalu aja dalam wallet / akaun bank"...:)

Gaji lewat masuk sehari kita dah mengeluh..
Ni aku nak cerita pasal patient aku ..

Seorang Bangla, kita namakan Remy la ya.
Remy mai klinik dengan kawan dia, kepala lebam lebam, belakang badan berbirat birat.
Kisahnya, si Remy kena pukul.
Remy mai klinik siap bawak report polis...aku pun baca lah report polis tu..

Al kisahnya..
Remy dah 2 bulan kerja tak di bayar gaji.
Bukan kerja ringan2 duduk dlm opis ber ekon..pukul 9.30am boleh keluar makan nasik lemak ya..
Kerja berat..kerja kotor...kerja berpeluh peluh..

Remy mintak haknya..
Jumpa lah supervisor nya, seorang Indon..kita namakan Dhani..
Dan si Dhani punya pembantu, seorang Bangla..kita namakan  Aaron..

Bukan sahaja tak dibayar gajinya bila dituntut..
Si Dhani & Aaron berjemaah pukul si Remy..
Pukul siap guna kayu..

Memang aku sedih masa baca report polis tu..
Remy tiada keluarga di sisi untuk luah perasaannya..
Remy tiada keluarga untuk bantu dia yang dah 2 bulan ikat perut..
Remy tiada keempukan tilam, ke sejukan ekon di rumah..tak macam kita..
Remy di belasah oleh warga se-Bangla dengan nya yang lupa diri bila dah 'maju'..

Remy pinjamlah wang dari kawan kawannya, banyak mana lah kawan2 yang seangkatannya boleh membantu..
Kita yang ada sokongan keluarga, yang ada rumah selesa, yang ada kereta...mengeluh bila gaji lambat di bayar sehari..

Bayangkan apa yang si Remy rasa..
Aku malu dengan tuhan lepas Remy keluar dari bilik konsultansi..
Aku malu sebab betapa banyak aku lalai..betapa banyak aku tak berusaha tambah amalan dan berbuat baik sesama manusia, sebagai tanda syukur aku atas terlalu banyak nikmat yang aku perolehi selama ini..

Ya..
Dari kisah seorang Bangla yang badan berbau..
Datangnya hidayah Tuhan..
Datangnya peringatan Tuhan..
Buat yang mahu berfikir.

Saturday, November 23, 2013

Cuti Hujung Minggu di Johor Di Ubah ke Hari Jumaat & Sabtu

Masih ingat lagi ketika aku bersekolah dulu..
Hari Jumaat, Sabtu ialah hari cuti.
Hari Ahad kena gi sekolah...:)

Masa tu, di TV kalau setiap hari Ahad pagi, ada banyak siri kartun yang best..
Aku jaki aja sebab hari Ahad, kena pergi sekolah..

Kini...

Jumaat & Sabtu Cuti Mingguan

Alhamdullilah..
Tiada alasan lagi buat warga Johor untuk lambat ke masjid solat Jumaat
Tiada alasan lagi buat warga Johor untuk cepat cepat keluar dari masjid usai solat Jumaat utk kejar masuk ofis.

Tahniah Sultan Ibrahim atas keperihatinan tuanku.
Syabas!!

Nak tunjuk bendera Johor...negeri ku.  :)  Abaikan anak beranak berbaju pink tu..:)  Ni masa majlis kawin adik aku hari tu..Zayydan dalam perut lagi, 35 weeks  

Friday, November 22, 2013

Haji Zayydan

Korang mesti ada tabung iconic ni kan...  :)

Dapat tabung ni masa daftar haji anak bongsu aku, Zayydan, semalam di TH Shah Alam

Banyak sangat urusan / sibuk / tak sihat ...jadinya tertangguh urusan nak daftar haji si Zayydan ni..
Patutnya sebaik sahaja dapat Mykid tu, cepat cepat daftar..
Ni dah masuk umur 4 bulan setengah baru daftar..

Penyudahnya....

Tahun peruntukan haji ialah 2066 Masihi !  Umur kau 53 tahun la baru dapat gi haji Zayydan oiiii...Unless masa tu rezeki murah mampu gi pakej RM125 ribu punya... boleh la cepat...kui kui kui...sebab pakej yg 35-45 ribu tu dah ramai yang Q sekarang ni...  Tak tahu la pulak kot zaman 2066 tu makin ramai yang mampu bayar pakej ratus ribu...menunggu la dengan sabar ya. Abang abang nya si Ziyyad & Zayyan punya giliran tahun 2050.


Haji Zayydan..pagi ini, 22 November 2013..4 bulan 10 hari.

Wednesday, November 20, 2013

Cars.

Bahana selalu sangat tengok movie Cars.
Duit daddy dah habis Zayyan oiiii...   Semalam baru belikan abang honda & VW..kah kah kah


Tuesday, November 19, 2013

Murid Mumtaz Dapat Beetle Limited edition & Honda CRZ

Di Kota Bahru, akhbar Kosmo melaporkan:
Murid Cemerlang UPSR dapat Mini Cooper

Sementara itu, akhbar Kosmik pula melaporkan:

SHAH ALAM - Seorang murid bagaikan memenangi cabutan bertuah apabila dia dihadiahkan sebuah kereta Honda CRZ dan juga sebuah Volkswagen Beetle Limited Edition Fender oleh bapanya berikutan kejayaannya memperoleh keputusan mumtaz dalam Ujian Bulanan sekolahnya kelmarin.
Muhammad Fiedyan Ziyyad, pelajar kelas 5 Khawarizmi tadika Genius Aulad cawangan Setia Alam, tidak menyangka bapanya,Daddy Ziyyad, benar-benar menunaikan janjinya apabila dia berjaya meraih kejayaan tersebut.
Lebih mengujakan, dia mendapat hadiah itu ketika dia sedang menunggu bapanya menjemputnya di sekolah. 
Ziyyad di samping Honda CRZ baharu nya. " Ziyyad tak sangka daddy betul betul belikan kereta ini sebab Ziyyad memang minat bangat kereta CRZ ni...Kereta CRZ merah ni Ziyyad nak bawak pergi Tesco...pergi Jusco..pergi Legoland", ujar Fiedyan Ziyyad sambil teruja bila ditanya pemberita.
Anak pembekal & pengajar macaron & pelbagai jenis kek itu bercita cita menjadi seorang ahli tahfiz. " Daddy pernah janji akan belikan kereta idaman kalau Ziyyad berjaya cemerlang di sekolah"
Kereta VW Beetle limited edition ni pula katanya akan digunakan untuk membawa adik adik bersiar siar dipetang hari
Anak sulung dari tiga beradik ini berhasrat menyambung pengajiannya ke sekolah tahfiz selepas ini. Namun beliau masih ada setahun lagi di Genius Aulad. Moga adik Fiedyan Ziyyad terus cemerlang, terbilang & gemilang dalam bidang yang diceburi.
Sementara itu, usaha pihak kami untuk menemuramah bapanya gagal berikutan bapanya tidak mahu meng-exposed dirinya lebih lebih. " Risau di kejar LHDN nanti ", kata bapanya sambil terkekek kekek gelak. 



Monday, November 18, 2013

Cuti Sekolah Gaji Jalan

Dulu..
Zaman jahiliah..zaman muda muda masa kerja di hospital..
Bila pesakit datang pukul 3-4 pagi..
Hati ini kadang kala membebel bebel..."kacau betul laaa..aku nak tidooo"
Lagi sakit hati bila kena layan kes yang sengaja tempah maut ( mat rempit berlumba malam minggu..minah frust cinta makan panadol 2 papan sekaligus)
Padahal...
Anda di bayar walaupun ciput untuk bekerja atas panggilan (oncall)
Anda harus sedar skop kerja anda..

Di kaunter bank / pejabat pos / bas / apa apa kaunter lah sekalipun..
Kita beria ia tanya pekerja di kaunter apa yang kita tak faham..
Dengan muka masam mencuka jawab acuh tak acuh..
Paling sadis,kekadang kita pulak dimarahnya..
Tak apa lah...sangka baik...kau tengah period agaknya..
Mungkin pekerja di kaunter harus disedarkan tentang skop kerjanya..

Cuti sekolah dah bermula hari ini..
Ada segelintir...bukan semua  :P
Cikgu yang membebel bebel bising di suruh datang ke sekolah waktu cuti..
Eh....
Gaji kamu untuk sebulan lebih bercuti sekolah ini...masih dibayar, tahu?
Anda harus sedar skop kerja anda..

Kerja itu penat..
Itu memang fitrah..
Nabi pun dah bagitau..dunia ni susah..penat..meletihkan..
Nak rehat betul betul..
Tu dia....kat syurga...Insya Allah..

Gambar ehsan dari kakcik Seroja...kalau boleh,kita nak kerja 2 hari seminggu je kan...5 hari lagi cuti..kuikuikui

Friday, November 15, 2013

Lima Tahun Sudah Berlalu

Anak sulung aku, Ziyyad lahir 30 Oktober 2008..
Lebih kurang ketika usianya hampir hampir sebulan...kalau tak silap aku...ayah mertua aku alami strok...Strok kali kedua...Strok yang berdarah( haemorrhagic stroke)..

Dah lima tahun usia Ziyyad..
Dah lima tahun Tok Ri tak bangun bangun lagi..

Group photo Raya Puasa tahun ni.. ..Ada ahli keluarga lain yang tiada dalam gambar ni sebab raya kat kampung mertua. Mak mertua aku, barisan depan, no 3 dari kanan.


Hari ini..hari Jumaat...hari yang baik...hari yang mulia..
Minta tolong kawan kawan...sedekah kan Al Fatihah buat beliau..
Moga di permudahkan ujian ini...
Sedarkan lah / bangkit kan lah Tok Ri dari coma nya...Jika itu yang terbaik..

 (coretan aku..2.5 tahun yang lepas)

Mak mertuo den..Hajjah Habibah tersonyum lebar kacau rendang nak rayo puaso...hahaha...Rendang mak mertuo den sodap menjilat pinggan...:) Den sayang mak mertuo den macam den sayang mak den sendiri..Hajjah Habibah yang cekal dengan ujian, bersama sama anak menantu menjaga Haji Zahari yang coma...Moga terus dikurniakan kesihatan & kekuatan..

Thursday, November 14, 2013

Siti Nurhaliza Faham Ke Tidak Tentang Bola ??

Bila ada Menteri yang berkualiti..

Menteri yang boleh diharap sebab lantang beri teguran membina ..
Menteri yang bukan kaki angguk angguk..
Menteri yang menampakkan sinar perubahan..
Menteri yang disegani pihak lawan..
Menteri yang berani berdebat bukan menteri yang bagi alasan " debat bukan budaya kita"

Ada pulak yang kondem...
Siti Nurhaliza Faham Ke Tidak Pasal Bola?

Jadinya...

Jangan pelik kalau:

1)  Bola sepak Malaysia tak akan ke mana mana/ tak maju sampai kiamat..

2)  Persepsi golongan muda terhadap politik, makin merudum. Makin membangkang/memprotes.

nak hantar Ziyyad ke akademi bola di Malaysia? Fikir 1000 kali. Nak hantar ke akademi bola Man United? Fikir 99 kali ( 99 kali fikir mana nak cekau duit..wakakaka)...Oh ya...duluuuuu Ziyyad tegar Nogori yo...sekarang tidak lagi...udah tegar JDT...keh keh keh




ps: maaf lah ya kalau ada tegar CT Norhalija sentap baca entry ni...kui kui kui


Wednesday, November 13, 2013

WW: URTI / Bronchitis Season - Anak Aku Pun Kena !



Tuesday, November 12, 2013

Kayu 3 - Episod 2

Tu diaaaa...
Ada episod 2 pulak..hahahaha..

Sebab ramai sgt yg tanya kat entry semalam..  :)
Meh la aku jawab..

1. Dia nak MC ke?  :)
OK...masuk2 jumpa aku aja, mmg dia terus merebeh rebeh nangis macam aku ceritakan semalam...Dan mintak MC 2 hari, sebab 2 hari tu nanti dia ada test..dan dia tak mmg tak boleh perform...sebab tak boleh nak study..jiwa kacau...husband buat affair kan...So aku bagi tak MC? 
Aku bagi   :)   Nanti....nanti...jangan terus buat spekulasi ala ala Melodi TV3 okehhh aku mudah sangat nak issue MC...keh keh keh..baca seterusnya...

2. So dia sakit apa sebenarnya? Dia sakit ke?
Lepas dia bercerita tentang masalah peribadinya dan requested MC..dia ada cakap dia flu..dia tak sihat....Bila aku periksa, mmg ternyata dia demam, tinggi demamnya...38.6 degree..Jadi dia mmg sakit...

3. "Dia salah jumpa orang/patut jumpa kaunselor"...." mudahnya wanita yang punyai masalah keluarga bercerita kpd laki orang", kata PCL...." patutnya dia jumpa pakar rumahntangga kan?"
Itu lah komen korang semua tentang entry semalam..hihihi..Itulah adat menjadi GP ( General Practitioner). Kami bukan sekadar merawat orang yang sakit, tapi kami menjadi tempat rujukan utk kes kes yang tak medical related, kadangkala  :)  Kami perlu tahu tentang sosio-ekonomi pesakit dan keluarga mereka..Kami jumpa mereka bertahun tahun, hingga ke peringkat anak anak mereka..Dan tugas kami untuk mendengar..Kalau mereka yang bermasalah tu dapat luahkan masalah mereka ( walaupun kadangkala kami tak boleh nak tolong apa pun), mungkin at least 20%...35% beban masalah rasa reda sebentar..Tu sebab, kalau bangsa malas mendengar, bangsa malas nak bercakap, jangan jadi GP, baik jadi surgeon..minimal talk, terus beraksi dalam dewan bedah aja..hahahaha..Sebenarnya, jadi doktor, bukan hanya utk merawat orang sakit, ada tanggungjawab yang lebih dari itu. Walaupun tak dibayar utk khidmat non medical, tapi percayalah, bayaran terhebat kat Sana, Insya Allah ada..:)

Aku issue MC kepadanya atas 3 sebab:
a) Dia mmg secara fizikal nya, sakit.

b) Dia secara mentalnya, sakit/tertekan. Depression ialah satu medical entity. Aku tak kata lah dia dalam tahap depression teruk ( sebab baru aja tau husband dia curang), tapi dia dalam proses ke arah depression kalau tak di bantu

c) Atas dasar timbangrasa. Yang ini, penting dan perlu ada. Ini pandangan peribadi aku, Lain doktor, aku tak tahu. Ada doktor yang mmg macam robot, ikut buku/prosedur bulat2. Aku mmg strict bila nak issue MC ( kawan2 FB aku tau..Dr Singa pun tau..hahaha)..Tapi strict aku kpd kaki kaki MC, yang tegar selalu mintak MC. Bila datang kes " kepenatan jaga anak sakit, tak tidur malam..."- yang ni selalunya ibu ibu...aku cuba faham..dan aku sendiri ada anak kecil sekarang, aku tau betapa penatnya wife aku berjaga malam kalau anak demam/sakit...Bila datang kes " kesedihan /tak boleh concentrate kerja sebab wife/husband/anak baru meninggal" - yang ni selalunya dtg, bawak sijil kematian sebagai bukti...minta ehsan utk MC sehari dua...  Ini contoh contoh timbang rasa yang aku rasa sebagai manusia, sebagai saudara seagama terutamanya, aku perlu pertimbangkan..

selesai tulis entry ni...pukul 10.15am ni...nak sambung breakfast cekodok cecah gulai sardin + nescefe....terbaikkk  :)

Monday, November 11, 2013

Kayu 3

Di datangi seorang pesakit..
Wanita..tua 2 tahun dari aku..
Masih cantik, menawan, bergaya..
Seorang pramugari..
Patut lah cantik  :)

Duduk aja di kerusi pesakit..
Tak semena mena..
Terus menderu deru air matanya mengalir..
Teresak esak..

Aku?
Aku kaget la kejap..
Kenapanya ni?
Aku pun hulur lah ' shoulder to cry '...mendengar apa kisah sebenarnya..mana boleh hulur shoulder aku betul betul..hahaha
Tissue pun aku hulur...buat lap air mata  dan juga hingusnya  :P

" Saya tertekan doc..maaf saya broke into tears depan doc"
" Hari ni, saya dapat tahu suami saya ada affair dengan perempuan lain!"
" Dah la esok our anniversary!!"
Dia terus bercerita, sambil makin menderu deru air matanya..

Aku hairan la juga..
Cantik macam tu...tinggi..langsing..
Suaminya masih nak buat affair..
Masih nak main kayu tiga..

Moralnya..
Para lelaki/suami yang baca entry ini..
" Berterus teranglah dengan isteri anda kalau anda dah jumpa girlfriend baru".
Jangan buat affair...

Dan kepada para perempuan/isteri yang baca entry ini..( ramai tuuu...aku tahu member blogger aku ramai pompuan..kui kuu kui)..
" Bersyukurlah kalau suami anda jenis yang berterus terang bila dia kata dia nak menikah satu lagi...at least dia tak buat affair"  :P
" Cuba lah redha"....kalau boleh..:P

Aku tulis entry ni bukan nak buka pekung pesakit..
Cuma kita belajar banyak dari kisah orang lain..
Yang boleh kita jadikan tauladan..iktibar...

buah hati pengarang jantung saya...my best friend..my soul...tak mau tengok dia nangis...so jangan buat affair  :)


Thursday, November 7, 2013

Nilai Sebuah SMS

Ni SMS dari " gardener" kami..dia SMS ke fon my wife...acehhhhh..gardener kau...macam ada taman besar ala ala istana aja kat rumah...:P

Sekali baca, pasti tergelak. Dah boleh agak dah, betapa 'hebatnya' kami, siap import gardener Bangladesh mari...;P  Gelak gelak juga...Tapi kita boleh ambil iktibar/belajar beberapa perkara dari SMS ini..

1) Betapa Mat Bangla ni berusaha nak menulis dalam Bahasa Melayu..( dan juga bila mereka bertutur dengan kita). Bukan macam ada satu pihak tu, yang dah berkurun keturunannya duduk Malaysia, nak cakap Melayu pun payah. Dah la nama aja rakyat Malaysia, tak fasih Bahasa Kebangsaan, lepas tu banyak songeh pulak nak tuntut itu tuntut ini, kata di tindas / tak adil...Kau sendiri tak tunjukkan sifat seorang warganegara, mau tuntut lebih lebih...Bangla/Mynmar yang baru setahun tinggal Malaysia pun lagi bagus cakap Melayu dari kau. Lagi parah, nak eksyen pulak 'speaking English' dengan kita, tapi berterabur grammar..siap dengan 'lah' nya...Serius, aku meluat. Ya, aku sentap, sebab aku sayangkan Malaysia, jati diri aku tinggi.

2) Betapa Mat Bangla ni berusaha nak jaga bisnes nya ( bisnes potong rumput). Tengok sifat sesetengah peniaga Melayu kita. Kita sebagai pelanggan pula kadangkala terhegeh hegeh nak kena call dia banyak kali. Si peniaga pula? Harammm..nak return call/sms kita pun tak ingin. Lepas tu kita tertanya tanya kenapa ' bisnes melayu susah nak maju' ?


Selingan...

Zayydan pagi ini. Kesian demam, batuk. Sekarang memang musim batuk/demam/selsema/sakit tekak yang teruk. Perubahan cuaca mungkin. Bilangan pesakit di klinik pun meningkat. Kes denggi utk negeri Selangor pun khabarnya meningkat lebih 50% ( sumber ). Hati hati yang kawan kawan...kalau demam teruk, check dengan doktor anda.

Wednesday, November 6, 2013

Kopi O Orang Marhein

30 Oktober lepas birthday si Ziyyad..
Malam birthday tu, kita pekena seafood..

Ke Aroma Jeram sudah..takyah gi jauh jauh..sotong goreng tepung, ketam masak sweet sour, pari bakar, butter prawn, sayur kailan..Tak habis pun RM70. Kenyang perut, suka hati..:)

Semalam cuti Maal Hijrah..
Time tu la baru nak cari hadiah besday Ziyyad..
Memang silap besar la gi terjah MidValley...sampai situ pukul 10.45am, dah bertawaf 2- 3 kali cari parking...Orang Malaysia ni mmg lifestyle dia suka berkuntum kat shopping complex kan..hahaha..

Dah lama tak ke Madam Kwan..Pekena Nasi Bojari, Nasi Goreng, Manggo Juice + Ice Lemon Tea...Semuanya RM 72++   . Tax nya aja almost RM8.00.  Meal nya makin kecik. Nak compare dengan makan kat Jeram? Berbaloi makan kat Jeram kenyang sampai tersandar..bahahaha..

punya lah lama berkelintau dalam Toys R Us kat Midvalley tu...dengan sesaknya umat manusia..dengan si Zayydan meragam...last last keretapi ni jugak si Ziyyad pilih..

happy semacam dapat mainan train ni. Trek nya pun pendek aja..Keretapinya jalan takde keluarkan asap pun...nanti lah, aku nak cari online set steam train yang keluar asap bila jalan..nak cari yang railway track nya panjang lagi ni macam bapaknya yang lebih2 ..hahaha


Hari ni punya lunch, tapau aja. Mommy ZZZ tak berapa sihat. lauk ayam goreng + gulai telur itik, satu lagi tu ikan keli sambal + sayur sawi goreng + fishball. RM9.50.  Manggo juice segelas kat Madam Kwan tu RM10.90...kah kah kah..Aku memang berkira bila makan dengan harga macam kat Madam Kwan tu. Dulu tak kisah la sangat, la ni dengan harga semua benda mahal, aku berkira..bukan kedekut, kalau meal tu berbaloi dgn harga mahal, aku tak kisah bayar. Tapi kalau harga air pun dah RM 10.80 segelas, nak kata aku kedekut, lantak la...Bahahaha..Tu sebab aku boleh kira berapa kali aku minum kopi kat Starbuck/Dome/Coffee Beans..aku marhein aja..orang lain mmg duit berkepok kepok tak kisah minum kopi o pahit harga belas belas ringgit  :P

Oh ya...
Ada yg tanya pasal anak bongsu aku..

Zayydan. Sihat membesar bagai johan. Lagi seminggu sambut besday jugak...Besday yang ke 4 bulan..hahaha..

Monday, November 4, 2013

Kijang Masak Lemak Tempoyak

Hari ini, hari Isnin 4 Nov 2013.
Kelmarin cuti Deepavali....semalam Ahad...ada game Piala Malaysia...esok public holiday Awal Muharam..
Mesti busy pagi ni kat klinik ( ni entry auto published ya, aku karang malam tadi)

keh keh keh...takmau buat lawak pasal budu..pasal nasi kerabu dengan patient kelantan aku...yang mintak MC pagi ni ( a.k.a pemalas, bukan sakit), kang kalau tak dibagi, mau kena penumbuk! Orang tengah sentap team dia kalah, boleh bertindak diluar kewarasan tau! bahahaha..


so sorry ya kalau lambat blogwalking today..
faham faham aja la..
hari ni, hari Isnin yang luar biasa! ha ha ha



Sunday, November 3, 2013

Z Wrap !

Usai berlari berbasikal bakar 600 calorie before lunch tadi....
Keluar gym.. jalan jalan...nampak iklan G Wrap.

Daging ayam yang di grilled enak, di sumbat dengan sayuran segar tomato, salad dan kobis ungu..di curah aioli sos..semuanya di bungkus rapi dengan roti tortilla ...Ngappppp..memang sedapppp, rasa fresh ( ikut tekak aku naaa)..Tak macam lain2 beger mekdi yang aku dah muak makan..;P

Bakar 600 calorie..
Masuk balik berapa calorie? hahaha...
Takpe...at least G Wrap ni a much healthier option nak banding makan beger yang dagingnya di deep fried..penuh dengan trans-fat. 

Sebagaimana sandwich Subway boleh kita home made-kan( kat sini)...
Maka G Wrap ni pun, pasti boleh!
Chicken thigh? Boleh beli..
Roti tortilla? Melambak kat Tesco..
Sos aioli? Boleh buat ( bukan aku buat la...wife aku buat..hahaha)..
Tunggu lah kemunculan Z Wrap nanti...bahahaha..

Setiap kali aku makan kat mekdi ( atau lain lain outlet fast food)..
Mesti aku terfikir...mesti otak aku ligat fikir...

1- kenapa majoriti, almost 95% pekerja di outlet nya, budak Melayu kita? Kerja nya teruk ( diri lama, nak ngadap karenah customer, kena maki dgn supervisor berlagak)..gaji nya kecik sangat..Mana gi budak muda Cina? apa budak muda Cina buat? mahu kah mereka kerja dgn kerja macam ni? jangan salah faham ya, aku bukan pandang rendah/hina kerja mekdi ni..apa yg aku cuba sampaikan ialah, mentaliti budak muda Cina ( or bangsa Cina secara am nya), akan buat kerja yang lebih berbaloi, yang mereka boleh timba pengalaman, lama kelamaan, buka perniagaan sendiri.

2- kita dah di jajah minda nya oleh Barat. Makan makanan barat. Makan beger. Makan french fries bukan Benut Banana Fries...  :P  Tapi tang sikap/mentaliti, susah betul nak dijajah. Maksud aku, cuba korang duduk 1/2 jam kat mekdi. Perhatikan berapa % yang lepas makan, akan angkat tray ( dan segala sampah dlm nya), pergi ke tong sampah, buang sampah, dan pulangkan tray itu ke tempat susunan nya. Sikap sebegini mmg biasa di negara maju, kalau korang makan kat oversea, mmg nampak sikap macam ni. Orang kita akan bagi alasan pulak...." alahhhh..kan dah ada budak kerja angkat tray lap meja tu semua".. Betul...Tapi dari satu isu kecil macam angkat tray lepas makan, sebenarnya boleh menterjemahkan sikap kita..Jenis dedikasi kah kita? Jenis bertimbangrasa kah kita? Jenis selfish atau tidak kita ini?

Ok lah..
Nak tido jap..
Gi la try G Wrap..sedap  :P

Saturday, November 2, 2013

iPhone 5, Tudung Fareeda & Rokok

Kadang kala..
Susah juga nak percaya ' keadaan ekonomi makin sempit'
Susah juga nak terima ' semua barang makin mahal...susah nak menabung'

Henfon baru Apple, iPhone 5...beratur orang Malaysia nak beli...bukan barang harga seratus dua ratus ringgit ya..Budak kilang/ student / kerja biasa biasa...selamba relax aja beli henfon yang harganya hampir separuh gaji bulanan mereka ( ada yg gaji bulanan lagi kecik dari harga henfon  :P( sumber gambar)

Gigih bentang tikar, bentang toto kat kaki lima kedai, menunggu kedai tudung bukak esok pagi..Ni bukan tudung harga RM10 - 20 sehelai...ni harga tudung yang boleh sebulan installment kereta Viva  :P   Betapa makmurnya Malaysia..rakyat dah tak heran dah tudung pasar malam..( sumber Facebook)

 Merokok itu membahayakan kesihatan? Kalau dosa ( baca:NERAKA tuhan) pun mereka tak heran, ingat nak heran ke dengan nasihat/bebelan orang lain? So siapa kata rakyat Malaysia tertekan /makin sempit hidupnya? Hanya orang gila sahaja yang sanggup bakar duit. Tapi orang Malaysia tak gila, sebab mereka ada lebihan wang yang banyak/surplus...jadi apalah sangat bakar duit ni.. ( (sumber gambar)


Maka..
Mungkin benar kata menteri..
Malaysia memang aman..makmur..

Friday, November 1, 2013

Dilema Hospital Bersalin: Doktor Lelaki atau Doktor Perempuan?

Aku tertarik baca entry Fara  ni..
Sebenarnya, surat tersebut aku dah pernah tengok di FB sebelum ni..
Mesti ada antara anda yang pernah tengok surat tu juga kan..

Ini hanya lah pandangan peribadi aku..
Yang pernah kerja di hospital kerajaan..
Dah lama juga aku tinggalkan hospital kerajaan,jadi apa yang berlaku dalam perkhidmatan kerajaan sekarang,aku tak berani nak komen lebih lebih..

Zaman aku kerja dulu,hospital aku sangat busy..
Aku kerja di Hospital Sultanah Aminah JB ( HSAJB)..
HSAJB ni,antara hospital yg busy, selain HKL,Hospital Klang & Hospital KB.
Patient load memang azab..
Kadangkala tak terlayan patient.
Bukannya kami para doktor, staf nurse, MA dan lain lain staf sokongan saja lambat lambat buat kerja, tapi memang kadangkala,waktu lunch break pun takde( buat doktor)...sibuk sangat di ward, di klinik..

Di wad bersalin,satu hari..nak dijadikan cerita..datang seorang ibu sarat mengandung..
Yang dah nak bersalin sangat..Aku yang ada masa tu,aku tak ingat mana pergi doktor lain..
Ibu ni boleh demand nak doktor perempuan..
Memang takde doktor perempuan masa tu..Staf nurse aku puas pujuk dan terangkan,perlunya di periksa bukaan cervix nya,kot kot dah nak fully dilated, kang kalau lengah lengah, mau mati baby..
Dipendek kan cerita..
Last last aku yang check bukaan cervixnya..
Aku yang sambut kelahiran baby nya..

Point aku ialah..
Kita harus reasonable bila nak demand sesuatu..
Kalau memang sejak awal lagi pendirian kita tak mahu dirawat oleh doktor lelaki,maka dari awal kehamilan lagi, check up la dengan doktor perempuan dihospital swasta ( itu pun tak boleh jamin 100% kelahiran akan disambut doktor berkenaan...kot la masa tu doktor tu sakit/ ada emergency...last last doktor lain yang sambut..dan maybe oleh colleague nya yang lelaki! )

Aku setuju dengan point Fara,kos bersalin di private memang mahal..
Kalau di Klang Valley ni,normal delivery dah rating RM 2 - 3 ribu,minimum.
Kalau normal with forceps/assisted delivery, ada ongkos tambahannya...kalau ambik epidural, ada ongkos tambahannya..
Kalau Caesarean,yg aku tahu starting price di Shah Alam ni dah 6 ribu...So minimum kena standby RM10,000. Latest wife aku bersalin Caesarean,3bulan lalu...kena RM5,200.Itu pun sebab aku pilih KPJ Seremban,which is much cheaper kalau nak banding KPJ Shah Alam/Damansara...dan sebab dapat discount doktor :P 
Mahal kan? Tapi itulah pengorbanan yang kita kena buat,kalau kita nak demand..
Kita boleh sentiasa shout/ salahkan pihak lain, tapi usaha kita sendiri kena ada..

Kalau pergi hospital kerajaan ni..
Kita kena faham lah..
Kadangkala mmg tiada doktor perempuan masa time ngam ngam anda nak bersalin tu..

Bukan aku menidak kan /memperlekeh kan hukum hakam  tentang aurat..
Aku sendiri pentingkan isu ini..
Namun kita kena reasonable,macam aku tulis kat atas tu..
Mungkin pihak KKM dah berusaha tambah bilangan doktor...Ketua Jabatan O&G hospital kerajaan dan usaha buat jadual/rotation kerja supaya ada doktor wanita, tapi kalau ditakdirkan bilangan doktor memang tak cukup,nak buat macam mana?
Bukan aku  nak back up ex-majikan aku ( KKM), tapi janganlah kita terus tuding jari...dan KKM perlu dari masa ke semasa buat penambah baikkan..

Satu lagi..
Kena faham...
Doktor perempuan sendiri ( bukan semua, tapi RAMAI yang aku kenal)...tak mau further study dalam bidang O & G.  Termasuklah doktor perempuan Melayu Islam.
So, camano?
:P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...