Thursday, October 31, 2013

Malam Jumaat. Part 1 - Part 4

Esok hari Jumaat.
Selama ini, saya sering dengar 'lawak' tentang ' malam Jumaat':)

Jujurnya, saya tak pernah tahu ,dan tak pernah berusaha nak Google /tanya ustaz tentang nas berkenaan..
Entah kenapa entah...semangat ingin tahu saya semacam tak di pacu..
Sedangkan, internet di hujung jari sahaja..
Saya anggap ianya hanya lawak aja..
Lawak hari Khamis petang ..memeriahkan suasana malam Jumaat.. :P

Namun hidayahNYA akhirnya tiba..:)
Saya tanya dengan rakan2 FB..tentang ada ke nas tentang " bersama di malam Jumaat"sebentar tadi..
Pantas rakan FB saya tepek hadis ni  :

 “Barangsiapa (yang menggauli istrinya) sehingga mewajibkan mandi pada hari Jum’at kemudian diapun mandi, lalu bangun pagi dan berangkat (ke masjid) pagi-pagi, dia berjalan dan tidak berkendara, kemudian duduk dekat imam dan mendengarkan khutbah dengan seksama tanpa sendau gurau, niscaya ia mendapat pahala amal dari setiap langkahnya selama setahun, balasan puasa dan shalat malam harinya.” (HR. Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


Saya pun lantas counter check..meng-Google..
Betul laaa!!  :)

Tapi barang harus di ingat ya..
Nak dapat ganjaran tu..
Jangan hanya lunaskan PART 1 sahaja..

Lunaskan juga:

PART 2:  Berangkat ke masjid berpagi pagi
- maksudnya, cepat ke masjid kalau tiada urusan lain

PART 3: Duduk dekat imam
-maksudnya,duduk saf depan la. Takkan la nak dekat dengan imam, kita duduk sandar kat tiang 3 blok belakang imam..

PART 4: Dengar khutbah dengan seksama, tanpa senda gurau
-maksudnya, khusyuk dengar khutbah, fahamkan dalam hati, digest betul betul....bukan khusyuk tidur.

Kalau dah lunas PART 1 hingga PART 4...
Maka senyumlah..
Sangka baik kepada Allah..
Bahawa kita, Insya Allah dapatlah ganjaran yang Nabi SAW beritahu.



Wednesday, October 30, 2013

Happy 5th Birthday Ziyyad

Ziyyad ~ 29 weeks, dalam rahim mommy

Soon after being born thru LSCS, 30 October 2008. Entah allergic apa ntah kulit kelopak mata, it took 2 days to settle.

1st time demam. Baik punya tuam by his mommy. Aku balik kerja tgk macam ni rupanya, mmg aku tergelak..dah macam kuih ketayap! hahaha


gigih pakaikan baju ladybird...posing kat cameron highland..hahaha..

kecik kecik lagi kena tarbiah supaya sokong team England okeh  :P

 dan harusjuga di tarbiahkan supaya jadi kipas susah mati MU  :P

 Masa majlis akikah. Ada adat " pijak tanah".  Tanah pun dalam besen..hahaha

takut dengan kangaroo !  Rasa rasa nya, sekarang dah besar sikit, dah tak takut kot  :P

di tanamkan sifat patriotik, waima kat negara orang, bawak bendera sambut Merdeka! 

 patriotisme ...aku percaya walau ke mana pun kami tinggal lepas ni, ingatlah malaysia...sayanglah malaysia.

Dan sebagai anak Johor, kena lah ajar pakai baju melayu teluk belanga ( sampin pulak letak luar masa ni..hahaha)

happy birthday Ziyyad!!!   Rasa nak bawa kamu & mommy & adik adik kamu ke swimming pool  :)

Tuesday, October 29, 2013

Restoren Lontong Klang

Breakfast pagi ini..

nasi lemak sambal sotong...nasik lemak mmg siap dengan sayur kangkung celur, timun, ikan bilis. Nasi nya lemak, sotong nya sedap. 

Kepakaran kedai makan ni, lontong. Walaupun aku bukan orang jawa, tapi sebagai anak jati JDT, mesti cari punya lontong. Ni lontong special...ada ayam goreng, ada sotong. Tempe pun siap bagi 2 keping.  RM6.50.  Sangat sangat berbaloi, dengan lokasi nya, dengan harga makanan sekarang. Sedap.

Teh ais nya pun sedap.
Milo ais nya, so so.
Kedai makan ni nama nya Restoren Lontong Klang.

Order nasik lemak sotong tu 2 set  + lontong special 1 + milo ais + teh o ais + teh ais 2 + air kosong = RM 21.50 sahaja. 

Letaknya bukan di Klang.
Di  Jalan Zirkon, Seksyen 7, Shah Alam.
Banyak dah good review kat internet pasal kedai ni.
Doa kan rezeki kami murah, nak juga bukak restoren... restoren lontong kering / mee rebus /laksa johor pulak nanti  :P

Sunday, October 27, 2013

Bil Astro Naik Lagi ( Effective 24 Nov 2013)

Yeay!!!


Pakej Sukan naik RM6   :P


 Pakej Keluarga naik RM 2  :P


So,
Total kenaikan bil Astro aku, RM8.00

Takpe..
Masih rendah di rantau Asean..
:P

Saturday, October 26, 2013

Pasca Bajet 2014

Jujurnya, aku tak rasa apa apa pun pasal Bajet 2014 ( macam tu la jugak Bajet sebelum sebelumnya). Sebab aku tak terlibat/ tak dapat apa apa pun.
Apa apa pun,bersyukur lah, Malaysia masih aman  :P
Bersyukurlah, masih bayar cukai, termasuk cukai kalau nak beli kereta sukan ( (Bukan Macam Spesis Keparat Duit Banyak Lari Cukai tapi Nak Bergaya Kereta Mewah)

1. Bonus 1/2 bulan gaji penjawat awam
Aku bukan kerja Gomen pun. Bersyukurlah orang Gomen yg dapat bonus, tu pun masih ada suara suara yang pertikai kan " aik, 1/2 bulan aja? "...." aik, lambat nak dapat, bulan Jan 2014 baru merasa".  Orang lain ( baca: org swasta) merasa 'kesan bonus' aja tau ( semua benda naik harga).

2. Bayaran Bantuan Khas Pesara
Aku bersara dari main Candy Crush, tu aja.

3. Kadar BR1M ditingkatkan ke RM650
Tak dapat BR1M.

4. Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia ( i- BR1M), bernilai RM50 diberi kepada penerima BR1M
BR1M tak dapat, maka i-BR1M pun tak dapat la.

5. Baucar Buku 1Malaysia ( BB1M)
Tak dapat juga. Dah tak sekolah/sambung belajar.

6. Bantuan Persekolahan untuk sekolah rendah & menengah bernilai RM100
Tak dapat juga. Anak masih di tadika. Tak de peluang la nak melopong kat dewan sekolah tadah telinga dengar YB berucap(sebelum dapat duit RM100 tu).

7. Pemansuhan Subsidi Gula  sebanyak 34sen   
Demi kesejahteraan rakyat katanya. Aku masih sihat, tiada diabetes, dan yesss,terima kasih Gomen sebab sangat prihatin dengan kesihatan rakyat.  Tahun depan naikkan cukai rokok & todi kow kow ya..Sebab kanser paru paru ialah pembunuh nombor satu, kes pembunuhan/rompak/gejala sosial, pun salah satu puncanya ialah dari todi/arak.

8. Pemberian one off bernilai RM500 kepada individu berumur antara 20 - 30 tahun yang menyertai Skim Persaraan Swasta ( PRS)
Aku tak dapat juga. Dah tua bangka. 27 Disember, panjang umur, dah 35 tahun umur aku.

9. Golongan peniaga pasar malam, disediakan dana sebanyak RM100 juta bagi menampung kos perniagaan
Aku tak dapat juga. Mungkin kena start jual ayam golek kat pasar malam lepas ni.

10. Cukai Barang & Perkhidmatan ( GST) mula dilaksanakan 1 April 2015
Ohh !!  Akhirnya..yang ini, aku terlibat juga.Tapi takpa, tak perlu risau, terendah di rantau Asean katanya ( macam harga petrol :P ) MALANGNYA, bangsa yang tak dapat BR1M macam aku, masa nak dilaksanakan GST ni kelak, tak merasa pemberian one off bernilai RM 300.
 

Thursday, October 24, 2013

Legasi..

Pernah terfikir tak " anak anak kita mewarisi pekerjaan kita? "

Contoh terbesar...Tun Razak & Najib Razak...
Contoh lain...Shila Hamzah & ND Lala  ...

Dr Ziyyad ? Oh ya...Zayydan tengah batuk berkahak teruk sekarang ni ya..doa kan Zayydan cepat sihat  ya...tq  :)

Dr Zayyan ?  Ngeri tengok dia dekat dengan adik dia...Dia punya ' tunjuk sayang' mmg boleh buat mommy & daddy nya menjerit risau! Di peluk kuat2 nya Zayydan...di gomol2 nya...aiyoooo...hahaha..

Jujurnya..
Kami suami isteri tak letak harapan menggunung pun 3 orang hero ni jadi doktor..
Dan tak juga letak harapan menggunung utk mereka jadi arkitek..
Kami hanya doakan semoga berjaya dunia akhirat..
Jadi doktor ke, cikgu ke, businessman ke..asalkan halal..berkat...
Kami doakan mereka mampu hafaz Al Quran..mampu men-tadabbur ayat ayat suci Nya..dan amalkan dalam kehidupan seharian...Itu harapan menggunung kami  :)
Dan andai rezeki kami murah, bisnes kami akan menjadi legasi kami..untuk mereka bertiga..Insya Allah.

Tuesday, October 22, 2013

Raya Haji 2013

Raya haji minggu lepas..
Tapi hari ni baru nak tulis entry pasal raya haji tu..
Pedulikan lah..hahaha...
Dari bersawang blog ni...:P

kali ni raya haji kat rumah parents aku...tahun lepas parents aku gi haji...kali ni, wife aku join ibadah korban..

masjid kat rumah parents aku ni memang aktif..jadi nya bila tiba bab korban, senang..dah ada AJK2 nya..

proses menumbangkan lembu. Hujan kejap pagi tu..so kawasan tu jadi becak..ada masjid/kawasan lain yg aku tengok sembelih atas kawasan bersimen..maybe tu lagi bagus kot...senang nak bersihkan..dan takda risiko licin/terjatuh kalau lecak..

zayyan dengan adik ipar aku. Tak ckp banyak si zayyan, terkujat kot tengok lembu kena sembelih..keh keh keh

ziyyad pun tak cakap banyak...pun terkujat aku rasa..:P

lari jauhhhhh si ziyyad & zayyan bila aku bawak diaorang tengok kepala lembu ni...hahahaha

Tengah syiok syiok tengok ibadah korban, bahu ditepuk oleh AJK masjid ni...Borak punya borak...sekali beliau beritahu  " saya selalu baca blog doktor tau...saya silent reader aja...blog doktor Zoul pun saya baca " .  Hahaha..silent reader blog aku rupa rupanya...Selalu juga jumpa beliau di masjid kalau solat kat situ, tapi selama ni tak pernah nak borak..ayah aku kenal la beliau..Nanti saya balik Skudai, saya belanja abang makan okeh..kita borak2 lagi  :P

Gotong royong melapah...Sebenarnya kan, aku setiap tahun selalu tengok orang lapah daging korban ni...Ingat nya tahun depan nak try la..nak join...aku tak pernah tahu melapah daging ( nak suruh aku sembelih lembu, lagi lah aku tak berani...sembelih ayam pun tak pernah! )


Raya haji tahun ni, pakai simple aja ( macam tahun2 sudah..)  Takde beria ia nak bersampin bagai...Baju Melayu + kain pelikat aja..hahaha...

Dengan big boss aku  :)  Ramai orang cakap muka kami sama..copy paste...Wife aku pun cakap benda yang sama. Sama ka? Lain la...hahahahaha

Friday, October 11, 2013

ALERT: Kes Malaria ( Monkey Malaria) di Selangor.

Buat rakan rakan blogger sekitar Selangor..
Sila ambil perhatianya.
Pejabat Kesihatan Selangor telah mengeluarkan circular ini.










berhati hati kalau ke Bukit Melawati..( banyak lotong atas tu)
dan kalau rumah korang dekat kawasan semak/hutan..
ni jangkitan malaria yang bukan dari nyamuk..tapi dari monyet
Aku nak keluar solat Jumaat..
Kalau ada apa apa soalan,tinggalkan di kotak komen..
Insya Allah free,aku jawab..apa yg termampu

Wednesday, October 9, 2013

Sejak Bila Malaysia Sertai Kesatuan Eropah ( EU ) ??

Orang Malaysia ni, unik.
Unik nya, sampai kan cara menghias dalam kereta pun, ada trending nya/pasang surut musim nya :)


Ingat tak dulu korang mesti letak benda ni kat dashboard kereta kan?


Trend letak pokok flip flap macam tu...bagi aku, tak pa lah..
Trend yang bagi aku, takda salah nya..
Trend yang tak nampak silapnya / jahil nya...

Tapi cuba lihat trend terkini di jalan jalan raya Malaysia..
Banyak kereta di Malaysia dah 'follow trend' ini...
Gambar ni, aku ambik pagi semalam masa gi Tesco  :P

nampak tak trend apa yang aku cuba cerita kan?  tengok di plate number kereta ni...di belah kanan sekali...

Bagi aku, tak salah nak follow trend..
Suka suka...tak gitu?
Tapi....kena lah ada ilmu jugak...jangan main follow aja...
Sebabnya nanti, anda kelihatan janggal..atau pun dalam bahasa kasarnya, bodoh...hahaha..

ini adalah lambang /logo European Union ( EU)

ini contoh plate number kereta di negara European Union. Dalam contoh ini, kereta ni di daftarkan di Great Britain, maka ada simbol EU, dan GB tu.

kereta Myvi putih kat Tesco tu, guna lambang EU + abjad M.  M kalau dalam EU, merujuk kepada Malta. Maka, aku cuba lah bersangka baik, kereta Myvi tu di daftarkan di Malta. Kah kah kah

Tuesday, October 8, 2013

Saya Nak Jadi Penjenayah, Cikgu.

Ni kisah yang wife aku cerita kan pagi tadi, masa kami tengah breakfast...cerita yang wife aku dengar dari kakaknya, seorang guru sekolah rendah...Kita namakan kakak wife aku ni X, dan student nya, budak darjah satu, M.

X:  Awak cita cita nak jadi apa bila dah besar nanti? Sebab awak selalu ponteng sekolah, homework  tak buat..

M: Saya nak jadi penjenayah. Jadi buat apa saya belajar.

X: Awak tahu ke penjenayah tu apa? Macam mana awak nak hidup kalau jadi penjenayah? 

M:  Apa susah..saya nak makan, saya rompak orang. Saya mesti ada motor, jadi saya boleh ragut orang. 

X: Awak takda duit, sebab tak belajar, macam mana nak beli motor?

M: Saya nak motor, saya curi lah. Kalau saya nak kereta, saya curi kereta. Senang aja. Takda siapa berani kacau, kawasan ni ramai yang jaga saya.


Jadinya, M memang tahu apa itu "penjenayah", walaupun dia masih darjah satu, 7 tahun! Dan M datang dari keluarga yang porak peranda.

Kisah Cikgu X, dengan seorang anak murid darjah satu juga, kita namakan S.
Emak si S ialah seorang minah rempit. Cikgu X pernah panggil emak si S ke sekolah, utk bincangkan masalah anaknya. Antara topik perbualannya:

X: Ayah dia macam mana?  ( sebab nak tahu status ayahnya yang hilang/tiada....dah bercerai ke, hilang ke)

Emak si S:  S ni cikgu, memang sah anak saya. Cuma ayahnya, entah la..Saya pun tak tahu siapa bapaknya. ( cakap dengan nada selamba )

Ada satu hari, si S ceritakan pada cikgu X:

S: Cikgu nak tahu tak, emak saya keguguran semalam..

X: ( dalam hati:  Ya Allah...yang gugur tu hasil anak hubungan dengan lelaki mana lah pula)

Moralnya..
Keruntuhan akhlak, memang salah satu sebabnya ialah salah parents.
Kalau kita dah jaga amanah yang tuhan beri, nak rosak juga, itu lain cerita.
Semoga anak anak kita dikurniakan hidayahNya, selamat dari cabaran donia yang makin mencabar.


Monday, October 7, 2013

Isnin Busy Tahap Gaban..

Macam biasa..Isnin busy..
Yg sakit ramai..
Yg penipu pun ramai..

Cepat2 updateblog..:P


tepek gambar Zayydan..dah 2 bulan 3minggu....
kbaiii
nak sambung buat kerja  :P

Friday, October 4, 2013

Jenis Jenis Kaki MC

Sepanjang 10 tahun jadi dokter, ini pengamatan saya tentang 'jenis jenis kaki MC', yang saya pernah & selalu jumpa.
( Ini melibatkan mereka yg tak layak dapat MC sebenarnya)

1) Jenis Pushy
- kaki MC yang mendesak doktor bagi juga MC pada mereka,walaupun kita dah jelaskan mereka tak boleh & tak layak diberi MC...walaupun mereka sedar mereka memang tiap tiap bulan MC. Bila kehendak mereka tidak dipenuhi,boleh sampai jadi bergaduh dalam bilik konsultansi. Tak cukup dengan itu, pintu klinik di hempas kuat ( nak menunjuk betapa marahnya mereka).  Ubat yang diberikan ( kalau ada) pun tidak di ambil, terus blah macam tu aja. Dan kadangkala, mereka akan menakut nakutkan doktor dengan berkata
  • " Kalau apa apa jadi dengan saya kat kilang,doktor yang bertanggungjwab"  -- wahhhhh..takutttttnyaaaaa...padahal doktor in-house ( doktor dalam kilang) nya pun dah siap awal awal inform semua panel klinik tentang perangai hazab kaki MC macam ni  :)

2) Jenis Persuasive
- kaki MC yang gigih memujuk doktor memberikan belas ihsan kepada mereka ( macam lah bulan bulan sebelumnya doktor tak pernah belas ihsan/ tutup mata sign MC). Kadang kala proses mereka ini memujuk doktor,amat merimaskan. Sampaikan dah dekat 10minit mereka masih gigih memujuk ( sedangkan patient di luar ramai yang sedang menanti giliran). Jenis yang over, akan memujuk pula staff klinik yang ditugaskan memberi ubat kepada mereka, utk memujuk doktor supaya beri mereka MC. Jenis sebegini walaupun annoying,namun mereka ada sedikit baik la dari jenis Pushy.

3) Jenis Pulun
- kaki MC yang pulun & tak menyempat nyempat nak MC. Contoh keadaan:
  • Doktor tanya " dah berapa kali awak cirit birit?". Dia jawab " saya patutnya masuk kerja petang ni doc".  Dek kerana pulun nak MC, mereka secara di bawah sedar ( unconscious mind) telah menunjukkan niat/intention mereka,dan tidak menjawab soalan yang ditanyakan.
  • Doktor tengah buat pemeriksaan fizikal,contohnya sedang mengambil tekanan darah ,maknanya proses konsultansi belum pun lagi berakhir, si kaki MC terus cakap " saya nak MC hari ni".
   Kaki MC jenis macam ni,saya kategori kan sebagai biadap, sebab kot ya pun nak MC,pandai pandai lah berlakon. Dan tolong lah jawab soalan doktor ( walaupun doktor tahu awak menipu ..kah kah kah). 

4) Jenis Pelakon Hollywood.
- kaki MC macam ni pulak, bila dia berlakon sakit, doktor yang memeriksa pun naik meluat. Kalau dia menjelaskan tentang sakitnya, seolah olah dah kritikal sangat keadaannya( exaggerating) :
  • " saya cirit birit dah dekat 18 kali "  - walaupun pemeriksaan fizikal mengesahkan langsung tiada sekelumit tanda dia kekurangan air ( dehydration).
  • "kipala sakit, badan sakit, mata sakit, mau muntah,berak sakit" - kaki MC sebegini ,semuanya dari atas kepala sampai ke kaki, sakit! ha ha ha.Nak mengkhabarkan kepada doktor bahawa betapa ' kritikalnya ' keadaannya, dan perlu MC.
  • Berjalan masuk ke dalam bilik doktor,dengan terdengkot dengkot kaki nya. Kesian bebenor doktor melihat kakinya yang 'sakit' tu. Natijahnya? Lepas dapat MC, bila di skodeng dari dalam klinik oleh staff klinik menerusi cermin gelap,nahhhhh...kaki MC yang terdengkot dengkot macam dah nak gangrene kakinya tu, berjalan laju dan ok aja... tersenyum riang, nak pergi dating dengan makwe nya.
5) Jenis Berterus Terang
- Jujurnya,kaki MC yang macam ni,jarang boleh diklasifikasi kan sebagai 'kaki MC'.  Sebab dalam setahun,maybe hanya sekali dua aja mereka datang jumpa doktor, dan berterus terang bahwa mereka perlukan MC ( atas apa jua sebabnon medical,contohnya nak jaga anak sakit/nak pergi interview/dah lambat bangun/ etc). Tapi jangan tak percaya, ada jenis yang tak segan silu, secara terus terang, selalu sangat mintak MC ..so mereka ini lah jenis kaki MC yang berterus terang :)

6) Jenis Memenuhkan Kuota
- Jangan ingat kemasukan ke universiti aja ada kuota ya. Kaki MC jenis ini,dia punya anggapan dan pemahaman ialah ' setiap bulan perlu MC'. Setiap bulan kena penuhi 'kuota MC'nya. Jenis kaki MC sebegini selalunya terdiri dari warga asing yang bekerja di Malaysia. Dan ikut pemerhatian saya, mereka yang dari Indonesia, Nepal,Myanmar,Vietnam..sama sahaja pemalas nya macam warga Malaysia yang pemalas. Bukan macam suatu masa dahulu, di mana warga Indon yang sakit,gigih datang ke klinik,minta suntikan..untuk cepat sembuh, supaya boleh terus bekerja ( sebab mereka di bayar gaji hari). Zaman sekarang ni mereka kerja kilang. Gaji setiap bulan masuk.  Dan dalam semua warga asing, yang dari Bangladesh la yang paling kurang minta MC.Mereka lebih gigih bekerja,jarang sangat minta MC. Bila mereka ke klinik, itu bermakna mereka betul betul sakit.



Bukanlah saya ni bagus sangat, baik sangat, rajin sangat.
Saya pun manusia. Doktor pun manusia.
Saya sendiri ada masa rasa malas nak pergi kerja...Namun kita kena ingat,yang mana priority,apa tujuan kita hidup..Sesekali  menjadi malas dan nak MC, itu understandable..  :)
Saya percaya, majoriti doktor,bertimbang rasa...boleh di bawa berunding. ( unless kepada minority doktor yang memang super strict, follow the rules, ikut buku 100%  :P  )
Majoriti doktor, tutup sebelah mata aja sign MC atas MC yang tak layak dikeluarkan..atas sebab apa?Atas dasar timbangrasa.
Tapi ingat lah...
Timbangrasa itu, ada batasannya.
Bila batasan itu dilangkaui,maka siapa yang salah?
Doktor juga yang disalahkan sebab tak issue MC ( padahal dah selalu sangat di beri MC).

Thursday, October 3, 2013

Opening Promotion Discount

Pagi pagi tadi...

Terjah GM Klang. Punya lah selama ni selalu lalu depan wholesale market ni, pagi ni baru 1st time pergi...Dan setelah hampir 2 tahun tak pakai baby carrier ni, hari ni start pakai..

Tujuan asal ke sini nak beli utensil untuk bakery studio wife. Tapi dah menapak bangunan ni ( + ada lagi satu bangunan GM Klang yang setingkat), maka kesimpulannya, lagi berbaloi & banyak pilihan kat Nilai 3. Apa apa pun, kalau nak beli segala macam baju baby/kanak2/ dewasa/busana muslimah, sila lah ke sini. Segala macam mak nenek accessories henfon/tablet/etc, pun banyak kat sini..ala ala pergi Guangzhou ..hahahaha..

Setelah gi GM...
Kita ronda ronda kawasan sekitar nya...

Ala ala feeling nak beli barangan dari UK ( macam mixer, Beetles punya merchandise, radio antik, electrical appliances macam waffle maker, crepe maker), boleh la gi kedai ni..Ni iklan percuma aku buat tau...:)

Oppa Gangnam Style. Hahaha...Puas aku nak fahamkan apa maksud " Ini kalilah ubah"...tu...Ubah cara minum todi tu ke? bahahahaha..

Sekitar 12pm..
Perut pun lapar...

jahanam diet aku...  hahaha..

Lepas makan...
Singgah studio bakery wife aku..
Alhamdullilah...dah siap 100% renovation..
Tinggal nak masukkan barang barang ( oven, mixer, banquet table, fridge, etc)..
Nanti aku uar uar kan opening nya ya...
Special discount utk attend bakery class sepanjang 'opening promotion selama sebulan', khas buat blogger blogger sekalian..:)

Tuesday, October 1, 2013

Kolestrol, Lemak, Santan.


Fakta:
  • Kolestrol dalam darah kita,75% dihasilkan oleh hati kita sendiri. 25% aja yang datang dari sumber makanan
  • Kolestrol hanya di temui dalam haiwan. Jadi dalam kelapa,durian, rambutan, taugeh,dan lain lain tumbuh tumbuhan, tiada kolestrol okehhh..
  •  Kolestrol baik? Kolestrol jahat? Korang dah tengok video tu kan? Mudah nak faham :)
  • Apa beza lemak ( Lipid ) dan kolestrol? Baca Penerangan Mudah Ini
          




Kenapa aku tulis entry ini?
Sebab teringat entry Dr Singa yang ini..
Entri ini adalah utk merungkai mitos pasal kolestrol, dan fakta di sebalik kolestrol dan lemak.

Santan kotak 200mL. " Cholesterol Free Food" katanya.

Jadinya,jangan mudah terpengaruh dengan ungkapan " free cholesterol"...
Baca fakta yang aku tulis kat atas tu.
Sebab dalam santan kelapa,hatta yang original kita perah sendiri (macam ni haa), memang takde kolestrol. Jadi melabelkan produk mereka as " cholesterol free food " itu, apa makna nya?

  1. Marketing strategy nak beritahu pelanggan bahawa kelapa, fakta sebenarnya...sebagai tumbuhan tumbuhan, memang takde kolesterol, atau
  2. Marketing strategy, nak beritahu pelanggan kononnya produk mereka takde kolestrol ( nak banding dengan santan asli)
anda decide sendiri apa makna nya, okeh?  :P

Yang penting, dan kena faham, waima takde kolestrol pun.....

Nampak kandungan LEMAK/FAT nya?  Santan kelapa ( dan juga coconut oil ) tinggi kandungan lemak tepu( saturated fat). Dan lemak tepu ialah lemak yg tak sihat ( as opposed to unsaturated fat/lemak tak tepu)

So dah faham kenapa jangan semata mata baca " takde/tanpa kolestrol", kita dah boleh senyum lebar beli sesuatu produk?  :)   Kena ada basic understanding tentang food science + ketelitian membaca nutrition information ya.

Tengok satu lagi produk santan kotak ni...yang ini...

Packaging dan informasi tertera pada produk "Trim Coconut Milk" ini, pada aku lebih jujur, tidak misleading / tidak 'menipu secara berhemah'...kan? Jelas tertera kat kotaknya perkataan 'Reduced FAT' nya.

Cuba tengok maklumat nutrisi santan trim ni...
Per serving 15ml nya hanya 2g lemak ( hanya? hahaha)...berbanding 3.1g kalau guna yang 'non-trim'. Apa apa pun, lemak tepu, tetap ada...walaupun kedua dua varian santan ni adalah  'cholesterol free'


Spot the difference / beza kan versi kecik ( 200ml) VS versi besar ( 1L)....apa beza nya ( selain kuantiti la kan)  ??  :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...