Wednesday, September 25, 2013

The Pinnacles Desert

Pada satu hari, aku bawak family aku jalan jalan ke sebuah gurun gurun lah sangat
Nak bawak mereka ke Gurun Sahara, masih takde rezeki...Gurun, Kedah pun aku tak pernah sampai..kah kah kah...

nuuuunnn jalannya lurusssssss nak sampai ke gurun ni....sesekali nampak lah kangaroo melompat...emu berlari...sesekali boleh gak nampak bangkai kangaroo tepi jalan, kena langgar  :)

Nama gurun tu Pinnacles Desert..dalam area Nambung National Park, lebih kurang 200km dari Perth..
Selepas 2 jam driving...sampai lah kita....

Boleh pilih samada nak jalan jalan kaki di walk trail yang disediakan, atau driving along the scenic drive pathway, yang membentuk loop ~ 4km. Kami naik kereta aja lahh...tak larat nak menapak sebab bawak budak kecik...

Bergambar dengan signboard adalah perlu okey...
Nama pun pelancong kannnn  :P

Ni apa hal si Zayyan melalak nanges ni? Oh ya, masa ni, si yeyen baru berusia setahun empat bulan..Nampak sangat ni cerita jalan jalan yang dah basi kan? kah kah kah...sebab si yeyen dah masuk 2 tahun empat bulan, hari ini!

Hahahaha..
Patutlah si yeyen melalak tadi...

Senyap terus bila dapat kat mommy dia...nak menyusu rupa rupanya...hahaha... Sebab masa ni, dia breastfeeding. Tu la nikmat breastfeeding kan anak, anak melalak aja, kejap aja dah senyap...senang..mudah...Terasa sangat nikmat tu sementelah dengan baby sekarang ni on formula milk...takpa lah...tuhan dah bagi nikmat 2 anak dapat exclusive b/feeding...redha dengan ujian ini utk our last son..ada hikmahnya tu  :)

sign buku kedatangan....bukti dah sampai  :)

Datang jauh jauh dari pekan Perth ke gurun ni, nak buat hape? Nak tengok batu kapur ni laaa...hahaha..Batu kapur ni terbentuk dari kulit kulit kerang yang dah dah hancur ala ala pasir di lautan, lepas tu diterbangkan angin ke daratan..So pasir pasir dari kulit kerang ni la yang membentuk the so called The Pinnacles, batu batu kapur di padang pasir ni..Actually bukan lah gurun/padang pasir, tapi lebih kepada gumuk..apa itu gumuk? ( bukan gemok okehhh..hahaha)...Aku ada cerita dulu KAT SINI.  Ada la bermacam teori macam mana batu batu kapur ni terbentuk, kalau minat nak tahu, baca aja kat Wikipedia ni :)

Sebenarnya, the best time nak lawat ialah waktu awal pagi, atau paling syiok, time sunset!
Aku dah bajet lama dah..nak menembak sunset kat sini..
Sebab di kala sunset, pencahayaan nya + bentuk muka bumi + batu2 yang terpacak, view nya ( dalam gambar laa) ala ala planet Marikh okehhh...:P
Tapi apa kan daya..
Cempedak dah jadik nangka..
Sampai kat sini area 1pm ! hahahaha..Nak menunggu sampai sunset? Apartment kami kat Perth !
Nak drive malam2 balik ke Perth? Mau terlanggar kangaroo! Sebab kangaroo ialah haiwan nocturnal..dan tertarik kepada lampu kereta..Highway ke gurun ni ala jalan luar bandar..so memang melambak kangaroo..
Tu adalah alasan nak ripit datang sini waktu sunset tewwwww...hahaha..


Cakap pasal driving ni..
Each time ke kampung ziyyad, aku prefer pakai kereta ni...

tengok ? sampai ke gumuk pasir pun toyota hatch ni boleh redah...save petrol, pick up & performance bagus, interior best, just nice for a small family, dan yang palinggggg penting, it is cheap to rent this car...of course, gunakanlah kereta sewa dari company Bayswater :) aku dah puas menelaah segala macam car rental company kat ostolia ni ( Hertz, Avis, etc etc), tak leh celen offer yg Bayswater bagi.

model kerusi batu nombor satu

model kerusi batu nombor dua.  Merenung jauh ...memikirkan kesan kenaikan harga petrol 20 sen.

model nombor satu + model nombor dua

Asyik anak aja ambik gambar..
Tukang ambik gambar pun nak jugakkkkkk  :P

posing semua mata sepet sebab tak tahan silau. Tu la, lupa bawak sunglasses..hahaha

Setiap kali pergi Ostolia..
Mesti musim kemerdekaan..
Bukan apa...
Sebab kebetulan time kita sambut merdeka, time tu musim spring..:)
Cuma tahun ni tak dpt pergi...wife aku pun baru bersalin 12 Julai lepas..

semangat cintakan Malaysia beb...siap bawak bendera gi gurun...hahahaha

Last but not least..
Musti ada family photo kannnnn...


Monday, September 23, 2013

Diagnosis Mudah: " Ada Benda La Tu "

Apa yang aku tulis ni, mungkin mengundang kontroversi..
Tapi aku rasa,aku perlu menulis..Utk berkongsi dan minta pandangan anda..

Aku percaya kepada syaitan,jin, iblis, ifrit, etc..
In fact, beriman yakni percaya kepada perkara ghaib itu wajib.
Dan aku tak menafikan keterlibatan makhluk2 macam tu dalam mengganggu kita.

Cumanya..
Janganlah terlalu obses..

Sakit pinggang yang baru berlarutan seminggu..
Terus jumpa ustaz/ pusat rawatan islam yang terkenal..
Jawapan clice perawat perawat ini.." ada benda"
Dan di suruh berubat dengan ayat ayat Al Quran, which is bagus la kan..
Cuma begitu mudahnya perawat perawat ni " buat diagnosis" ada nya gangguan tu, kadangkala menjengkel kan aku..

Bukan aku sengaja nak jengkel..
Tapi dah banyak kali sangat aku jumpa kes..
Baik di hospital dahulu..ataupun di klinik..
Ataupun yg melibatkan saudara mara sendiri..
Di 'diagnos' kena buatan/ ada benda/ada gangguan yang menyebabkan selalu sakit pinggang/pening kepala/cirit birit..
Padahal..
Bila betul betul buat pemeriksaan lanjut, ternyata ada penjelasan fizikal ..
Penjelasan dari sudut medical yang boleh jelaskan,kenapa sakit tu timbul..
Kes yang paling terkini, seorang patient aku yang selalu sakit area leher dan bahu..
Macam macam ustaz dah jumpa,.termasuk seorang perawat yang famous ni ( aku tak mahu tulis namanya)..
Dan jawapan cliche nya  "ada benda tumpang"...." ada gangguan".
Last last korang nak tahu patient aku ni sakit sebab apa?
Sebab tulang leher nya ( cervical bones) ,2 bahagian cervical bone nya dah hilang ! Hilang dan rapuh kerana kanser tulang. Punca asalnya  ( primary) ialah cancer thyroid, yang kemudian merebak ke tulang.

Tuhan suruh kita ikhtiar.
Dan ikhtiar guna akal,bukan buta buta ikut cakap orang.
Kalau dah habis extensive medical test di buat, masih tak boleh detect punca nya..
Masa tu,nak sangat kata ' gangguan' atau ' ada benda'....dipersilakan  :)
Ni aku menegur buat spesis yang cepat mengalah/ tak tahu sabar..
Sakit baru seminggu dua tuhan uji..
Terus jumpa perawat..
Dan perawat pun satu hal...Tapi aku tak mahu lah kondem perawat,kang lagi kontorversi  :P

Saturday, September 21, 2013

Liao !

Cabaran menjadi seorang guru....

ni karangan budak tingkatan satu ya,bukan sekolah rendah...Pening kepala adik aku menanda kertas ni. Liao! hahaha

Friday, September 20, 2013

Roti Sapu Asam Jawa

Pagi pagi lepas bangun tido..
Nak sarap..

nak makan roti Massimo..( sebab Gardenia dah habis kat Petron semalam)...nak sapu kaya katanya...

Buka fridge..
Diletak kaya & "jem Adabi" ni sebelah menyebelah..
Color isinya pun lebih kurang...
Nasib baik tak mamai...tak tersalah ambik..

kalau tak, merasalah makan roti sapu kaya asam jawa...bahahaha


Thursday, September 19, 2013

Jihad Bisnes

Rambot bebudak ni memang dah panjang lebat...Plan nak gunting masa raya puasa hari tu, tak lah bergunting gunting ...sampai nenek nenek sedara diaorang dah heboh bising " rimassss budak2 tu tauuu"...ahahahaha..

makanya...pagi ni...


bawak jumpa barber aku..
pong pang pong pang..
ketam sana ketam sini...
hasilnya....



amacam? hensem tak ?  dah boleh join PLKN tak?  bahahahaha..


Gunting satu kepala RM6 utk budak budak ni..
Barber india tu gunting kejap aja pun..guna mesin ketam rambot yang banyak...part menggunting tu sikit aja..
Tak sampai 20 minit dah dapat RM12..
Itu lah pentingnya  SKILL / KEMAHIRAN..
Di campak ke mana mana pun, boleh menjana wang..
So, kalau tak pandai dalam bidang akademik, jangan risau..
Cari dan asah satu skill, yang sentiasa ada permintaan..
Jadi boss ( dan juga kuli, buat permulaan)...
Tak perlu makan gaji..
Jom jihad bisnes!!

Wednesday, September 11, 2013

WW: Dreamy Treat Baking Studio




Tuesday, September 10, 2013

Bil

Check bil anda setiap kali lepas shopping, terutamanya kalau guna kredit atau debit kad.
Ini yang berlaku masa wife aku shopping di 99 Speedmart minggu lepas:

Bil sebenar ialah RM72.75. Tapi budak cashier swipe debit card wife aku, RM32.75. Wife aku tak perasan. Setiap hari aku memang check akaun bank secara online, so perasan lah kenapa ada pembelian murah sangat RM32.75 ( padahal shopping macam macam termasuk susu anak).

Maka kena lah gi balik kat 99Speedmart.
Bayar baki pembelian yang tak di swipe.
Kesian budak cashier tu nanti kena bayar, lagipun, haram makan benda yang bukan hak kita.

So, kalau boleh terkurang swipe, maka logik la jugak kalau terlebih swipe, kan?
Kena sentiasa double triple check bil bil selepas ini  :)

Pasal bil jugak....ni cerita bil TNB..
Macam yang si Munnafendy ceritakan pasal bil dia..
Lepas si Munn bangkitkan hal ni, baru lah aku tergerak hati nak check bil TNB aku..hahahaha..

ni bil TNB aku, bulan lepas, Ogos. Budak TNB area rumah aku rajin sikit kot, kira jumlah bil 38 hari..kalau si Munn bil dia 42 hari..:)

Semalam dapat bil TNB utk bulan September..
Mula nya aku tersenyum keriangan sebab tengok bil hanya lah RM 157  :p

Rupa rupanya....jumlah bil di kira 25 hari aja !!  demmmm....hahaha..

Wednesday, September 4, 2013

Termurah di Rantau Asean katanya...

Petang semalam, dengan bangga nya merasmikan petrol RON 95 dengan harga baru..



Tu diaaaa....



Adalah hamba Allah yang bagi komen.. " nanti Gomen kasik BR1M, kurang lah beban"
Dey tambi...
Pernah dengar istilah miskin bandar?
Yang 'kaya pun tidak, miskin pun tidak'..
BR1M tak layak terima, tapi tak kaya..
Golongan ini yang paling terkesan, dah la income tax kena bayar..
Tapi golongan atasan yang mewah selalu mencebik golongan ini tiap kali mereka mengeluh..di suruh nya golongan ini 'berjimat cermat', walhal dah habis jimat cermat dah. Sebab golongan atasan ni ' tak masuk kasut' mereka, maka mereka tak akan faham/tak mahu faham/ buat buat tak faham. Sekali tuhan bagi test kasi tunggang terbalik life, baru tau langit tinggi rendah  ...

kah kah kah

Ada lagi hamba Allah yang bagi 'fakta' ..tentang harga petrol dan cukai jalan di Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina..
Dey tambi..
Yang pi direct ' convert RM' tu apsal?
Cuba convert RM into Sing Dollar...sebab logik akal, rakyat Singapura guna duit mereka, di stesyen minyak mereka lah kan? Tak tau lah pulak kalau logik akal aku ni salah..

Dan pernah dengar tak tentang " Purchasing Power Parity ( PPP)" ?
Walaupun aku tak pi School of Economic, baca baca lah asas ekonomi..
Jadi baru lah celik minda...kuasa RM1 dan kuasa SingDollar 1 tu camane..
Cakap orang kampung, 'kuasa membeli' bila duduk Malaysia, vs duduk Spore, Thailand, Vietnam..mahupun Zimbabwe..
Ni formula PPP nak bagi mudah faham..

harga Drypers saiz L 68 keping ni selalunya sekitar RM34 - 35 kalau di Tesco. So bila baik punya promo macam ni, memang aku ambik banyak buat stok. Tak tahu la lepas petrol naik ni, harga promo macam ni boleh dapat lagi ke tidak..

Bukanlah rakyat nak zalim sangat demand nya pada Kerajaan..
Nak subsidi sampai kiamat..
Rakyat pun faham..
Tapi yang rakyat mengeluh tu sebenarnya, ialah pasal ' after effect' lepas minyak naik harga..
Harga Drypers tu sebagai contoh aja..
Banyak lagi benda yang terkesan ( based on kenaikan sebelum sebelum ini)....roti canai pun naik sampai 10 sen...apakehal? kau uli tebar roti pakai petrol kah? Petrol seliter naik 20 sen, tapi mamak punya bagus pakatan sesame mereka naikkan harga sekeping roti canai 10 sen..

Kata kunci nya ialah ENFORCEMENT.
Penguatkuasaan terhadap peniaga2 yang takde sivik naik kan harga tak munasabah( bukanlah aku menolak secara total kenaikan harga, peniaga pun nak hidup)..
Umum memang tahu, sedar, bukan lagi rahsia..bahawa penguatkuasaan undang undang amat lemah..dengan tak cukup kakitangannya, dengan rasuah dari peringkat bawah sampai la ke atas...Tengok time nak raya Melayu dah la...harga ayam pun boleh naik, tu pun Gomen susah nak control..


ps:  Ni kes harga naik ( after effect) yang tak munasabah...see? Tak sampai 24 jam harga minyak naik, harga nasik lemak naik ...naik sampai 50 sen!  Nasi Lemak Naik Harga 50 sen!

Tuesday, September 3, 2013

Baju Kotak Kotak

Cuti Merdeka lepas, kami balik JB..
Adik bongsu aku kawin..
Dia dah kawin bulan 6 hari tu, aku ada tulis Di Sini
Kali ni, majlis sebelah lelaki nya..

Majlis sebelah lelaki ni melibatkan dua pasangan, si abang( baju hijau) dan si adik( baju kuning).

Tema aku dgn hero hero, "kotak kotak"  ..hahahaha..Mommy nya tak bertema, pakai jubah ada..senang. Body pun baru nak turun lepas habis bersalin ni..

Budak pipi labuh mulut kecik..Sebulan setengah dah umur nya. Nasib baik sepanjang majlis dia tido! haha..

Mak ayah aku di meja makan pengantin. Lauk lauk pengantin tu last last di hulur jugak kat meja kami tau..wakakakaka...

Dah macam kat barber shop si Ziyyad di balut ..hahahaha...Takpe la, asalkan baju bersih, tak tumpah kuah/air  :P


Lepas majlis tu, plan nya nak gi open house Rina..
Hujan lebat...balik rumah dulu la..
Silap besar la...dah balik rumah, dengan hujan lebat nya..
Aku membuta sampai kul 8.30pm...Nasib baik semayang jamak tau..hahaha..
Sorry ya Rina...terlepas nak gi open house awak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...