Friday, August 30, 2013

Junior Masterchef

Hari ni si Ziyyad punya sekolah ada majlis hari raya...dengan tema " Merdeka Raya"

Jadinya, malam tadi mommy nya pun sibuk la membaking..
Utk di bawa ke sekolah...food to share ramai ramai...


Orang kata, kat mana tumpah nya kuah kan...

Junior Masterchef Zayyan

Junior Masterchef Ziyyad

Memasing sibuk nak membaking jugak..
Elok la tu..
Moga moga ada bakat memasak...
Jangan jadi macam daddy, ' kayu' bila di suruh masak...bahahahaha...

"kacau betul betul !!!..." , kata Masterchef mommy nya...hahahaha

gaya mau ada..:P

Hasilnya....

Choc moist cake utk kawan kawan Ziyyad..melimpah ruah coklat nya....:)

Oh ya...
Esok kami balik JB..
So utk nenek atuk auntie pun ada jugakkk...


Sebenarnya...
Membaking kek si Ziyyad ni hanyalah side job mommy nya malam tadi..
Mommy nya tengah sibuk menyiapkan order 1500 biji macaron..
Macaron utk dijadikan door gift utk satu majlis kahwin..
Nak kena siap hantar 13 September ni..

Batch yang pertama, mula di buat semalam...Ya, mommyZZZ dah start membaking...sesapa nak order apa apa, boleh gi FB nya ya: Dreamy Treat Macaron & Cakes.  Insya Allah, pertengahan Oktober ini Dreamy Treat Baking Studio akan di buka...sesiapa nak attend class baking ( continental cakes, macaron, cookies, variety of brownies, frozen foods, pelbagai jenis kuih talam dan macam macam lagi) boleh la attend..Info lanjut akan di advertise di blog ini...dedicated website utk studio mommy pun akan dibangunkan...:)  Doa kan kejayaan baking studio mommyZZZ ya....TQ   :P

Wednesday, August 28, 2013

Hikmah Di Sebalik Susu Formula

aktiviti pagi ini...:)



Betul lah...
Setiap kejadian yang tuhan tentukan itu, ada hikmahnya..
Dua orang anak sebelum ini, alhamdullilah boleh breastfed exclusively selama 2 tahun..
Tapi utk our last son...memang takdirnya tak boleh nak b/feed..

Memang mula mulanya terasa leceh..
Terasa susah..
Nak berjaga selalu buat susu formula...lepas habis menyusu nak tunggu baby burp...
Nak pastikan baby tak tersedak susu..
Berjalan nak kena prepare beg bawak segala bagai botol susu...
Nak sterilize selalu botol2 nya..
Kalau dulu ( masa abang abangnya), nangis aja, sumbat breast...senyap..
Jalan jalan? Mudah...tak yah prepare apa apa..

ini muka ceria betul betul tauuu...bukan lakonan semata mata nak letak gambar dalam blog...hahahahaha...

Tapi hikmahnya ialah..
Aku lebih merasai pengalaman sebagai seorang ayah..
Kalau dua anak sebelum ni, aku seolah olah ' tiada memory' tentang jaga baby..Ni yg selalu aku cakap kat wife aku sekarang..
Wife aku kata: " Memang lah u have no memory..sebab dulu, anak nangis, I terus breastfeed...u tidur malam pun nyenyak aja..takda la kena tolong buat susu...takde la kena tolong sterilize kan botol susu masa I buat kerja kerja rumah yang lain "

Ya..
Dulu susah nak dengar ' baby nangis lama sikit'...Sebab susunya dah ready made dlm badan ibu.. :)
Sekarang ni, panjang sikit harkat tangisan baby, tatkala nak tunggu siapkan susu..
Dan kini...aku memang soheh ada memory jaga baby kecik..
Selalu involve bagi susu..burp kan baby after feeding...basuh botol...sterilize botol...gi kedai beli susu formula ( barulah aku gigih gi kedai ubat Cina nak dptkan susu formula murah...hahaha)



Tuesday, August 20, 2013

Kisah Raya Kami

Tahun ni raya pertama di rumah mertua...kat Nilai.
Tahun ini adik beradik mertua pakat gotong royong ramai2 masak lemang/ketupat/rendang bersama sama....

lokasi gotong royong memang strategic..di rumah Makcu..yang mengusahakan kolam pancing ...Jgn tak tahu, kegilaan kaki pancing ni, pagi2 raya pun gigih datang nak mancing, padahal kolam ditutup!
 
mak mertuo den tengah kacau rendang. Tahun ni buat rendang lembu, ayam & itik. Aku tak makan itik. hahaha..
 
 
Ini namanya buluh lemang. Lemang ni paling best makan part ' kepala' nya..lemak berkrim.
 
 
Anak bujang den dengan sepupu beliau. Daddy tak sempat habis berguru anyam ketupat la Ziyyad...tu pasal takleh ajar Ziyyad anyam  :)
 
 
Tok guru daddy pun tak sempat ajar daddy cara buat lemang. So daddy tahu makan aja..hahaha.
 
 
Group photo dengan family mertuo den. Ni pun tak cukup ahli, ada yg raya rumah mertua masing masing.
 
 
Raya kedua petang, kami pun berangkat ke negeri Johor Darul Takzim..
Menyambut raya dengan family aku pulak...
 
1st time main bunga api. Nasib tak terbakar rambut..rambut dah la lebat!
 
 
Group photo dengan family aku kat JB. Cukup korum.
 
 
Setelah sebulan( Ramadan) 2 minggu( Syawal) manjakan perot dengan segala macam makanan, tanpa bersenam, maka....
 
 
Inilah sahabat karib saya sekarang..kena gigih okeh!  semalam petang berjaya bakar 400cal+ , tapi malamnya pulak gi celebrate mini gathering dengan geng2 blogger kat Jeram pulak..bantai seafood! hahaha..
 
 
Yang terlibat malam semalam: CikPuanLawa, Iyra, Bujal sekeluarga dan aku sekeluarga. Meja mmg penuh okeh..macam setahun tak makan seafood..Siakap 3 rasa, siakap stim, pari bakar, ketam masak sambal, pepahat, tomyam campur, sotong goreng tepung, telur dadar, sayur kailan...air buah 2 jag besar..burrppp..alhamdullilah...tak habes, kita tapau...sebab yg tank besar hanyalah aku & Bujal aja...hahaha..
 
 
 
Cukuplah makan makan ( walaupun banyak open house + kenduri kawin )..
Masa utk gigih bersenam..
Hahaha...











Monday, August 19, 2013

Pedulikah Kamu Tentang Nasib Saudara Kamu?

Lama cuti menulis blog, sempena raya.
Mood nak menulis pun tak berapa nak ada..
Mood marah, sedih, geram, mengharap.....dengan apa yg terjadi di Mesir.

Tak perlu nak selusuri sejarah panjang politik Mesir.
Tak perlu nak selusuri sejarah Ikhwanul Muslimin..
Tak perlu nak faham tentang perangai gila askar Mesir yang suka merampas kuasa, sejak zaman Kolonel Gamal(Jamal) Abdul Nasir..
Tak perlu nak faham ' dosa dosa' Dr Morsi..

Fahamkan satu aja..
Iaitu..
Anda ada kuasa..
Ada senapang, pistol..
Ada tak boleh sesuka hati menembak manusia yang tak bersenjata..
Anda tak boleh sesuka hati menembak manusia tak bersenjata yang tak memprovok anda..
Anda tak boleh sesuka hati menembak wanita dan kanak kanak..
Anda tak boleh sesuka hati bakar manusia yang berlindung di dalam masjid..
Anda tak boleh sesuka hati bakar bangunan blood bank..
Anda tak boleh sesuka hati guna peluru yang diharamkan dunia, utk menembak saudara seIslam anda.
Benda benda yg ditulis ini ialah common sense, yang berakal, baligh, tak pergi sekolah pun boleh faham. 

Bayangkan ayah/emak/abang/adik/suami/isteri/sepupu/jiran anda yang terbaring di sini...anda perlu melangkaui mayat mayat ini utk mengecam mengenalpasti orang yang anda sayang. Mereka ini di bunuh begitu sahaja, tanpa mereka memberontak angkat senjata. Hanya binatang dan manusia yang sudah ditutup hatinya sahaja tak akan berasa bersalah/sedih atas apa yang berlaku..sesuai dengan sabda Baginda tentang petanda petanda kiamat( akhir zaman) : 
"Sungguh menjelang kiamat akan terjadi al-haraj. Mereka bertanya, 'Apa itu al-haraj?' Beliau menjawab, 'Pembunuhan, tapi bukan pembunuhan kalian terhadap orang-orang musyrik, melainkan sebagian kalian membunuh sebagian yang lain sehingga seseorang akan membunuh tetangganya, saudaranya, pamannya, dan anak pamannya.' Mereka berkata, 'Apakah saat itu kita masih punya akal?' Beliau menjawab, 'Sungguh, akal manusia pada waktu itu akan dicabut dan digantikan dengan akal manusia yang tidak genap. Sebagian besar mereka mengira bahwa mereka berkuasa atas sesuatu, dan bukan sesuatu yang lain'." (HR. Ahmad)"


Tiada alasan anda tak mahu mengecam kegilaan terkini di Mesir sebab ' tak faham konflik'
Tiada alasan anda sebagai pemimpin negara, bersikap dayus tak berani menyatakan pendirian menentang & mengecam kezaliman yang berlaku secara lantang.
Ingat pesan Nabi ni;  " Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat ini, maka ia bukan dari kalangan mereka".


Saya menyeru rakan rakan blogger yang masih belum tahu tentang kewujudan FB page Mesir Kini..tolonglah LIKE page ini, dan baca dan hayati perkembangan terkini yang berlaku di Mesir, tanpa tapisan.

Inilah usaha kecil saya, moga usaha ini boleh membela saya bila di tanya di akhirat kelak tentang ' pedulikah kamu tentang nasib saudara kamu?'

Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Semalam shopping raya..
Add on apa apa yg perlu..sebab dah shopping awal lagi masa bulan Syaaban lepas :P

Memang mencabar!!
Bukan pasal letih haus panas..
Ekon dlm shopping complex ni boleh tahan sejuk..

moncong...nangis...bad mood...time daddy kena jaga ketiga tiga kamu pulak tu..mommy gi fitting baju..hahaha...Memang menuntut kesabaran tinggi la...kalau tak susut pahala puasa..:P

ni masa masing masing good mood...dia punya ceria..dia punya gelak...rasa macam tak kisah hari hari bawak korang menapak kat shopping complex ni..

group photo korang bertiga in a very good mood..indahnya momen ni...hahaha

tak aci la kan, muka zayydan tak nampak dalam group photo..

nah...
muka takde la ceria good mood pun...lebih kepada...errr...macam confused...hahaha...



Selesai segala shopping..
Dah boleh balik kampung..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan kawan..
Raya pertama kami ada di Nilai...mai la jumpa..:)
Raya kedua malam kami dah ada kat JB...mai la jumpa..:)

Maaf zahir & batin..
Maafkan segala kesalahan dalam penulisan..

Friday, August 2, 2013

Elak Tersedak Susu

Banyak kes baby meninggal tersedak susu.
Zayydan yang baru 3 minggu usia nya, fully on formula milk..Jadi aku memang risau.( abang abangnya dulu exclusively b/feed).

Simple anatomy, utk faham apa itu ' tersedak susu'

Makanan/air yang kita minum, sepatutnya turun dari mulut, ke dalam esophagus, yang akan terus ke dalam perut. Saluran pernafasan di hadapan esophagus yang dinamakan Trachea, akan terus bersambung ke paru paru. Jadi, susu yang baby minum, patutnya masuk ke dalam saluran esophagus.

Susu yang ditelan dielakkan dari masuk ke dalam trachea, sebab adanya struktur epiglottis. Apabila menelan, epiglottis ini akan menutup lubang trachea.Dan di dalam larynx juga ada peti suara, vocal cords. Vocal cords akan begetar bila baby menangis. Getaran ini menyebabkan saluran larynx ( dan trachea ) tidak akan tertutup oleh epiglottis. Jadinya, kalau baby sedang menangis kuat, dan disumbat dengan botol susu, maka risiko untuk susu masuk ke dalam saluran trachea adalah tinggi ( tersedak susu).

Tengok kepada anatomy juga, logik akal kita memberitahu 'effect gravity' akan memainkan peranan bila baby menyusu. So, posisi baby ketika menyusu pun penting. Susu senang masuk ke dlm trachea bila baby menyusu sambil baring terlentang.

Tersedak susu boleh juga terjadi dalam keadaan dipanggil Gastroesophageal Reflux. Ada injap dipanggil Lower Esophageal Sphincter (LES) di antara esophagus dan perut. LES fungsinya menghalang makanan/cecair yang sudah masuk ke dalam perut, untuk tertolak balik ke atas, masuk semula ke esophagus. Bagi baby, otot LES ini masih lemah, maka sebahagian susu yg sudah masuk ke dalam perut, mungkin terlepas masuk semula ke esophagus. Dari esophagus, susu tersedak ini boleh naik ke atas, dan masuk ke trachea. Reflux mudah terjadi kalau baby menyusu dalam keadaan terlentang. Selain memastikan posisi baby masa menyusu, penggunaan susu yang lebih pekat boleh kurangkan insiden reflux. Reflux akan pulih dengan sendirinya bila baby makin membesar.

So, tips mengelakkan tersedak susu:

1. Jangan paksa , sumbat botol susu masa baby tengah melalak menangis. Sabar. Tunggu tangisan reda sedikit, baru bagi susu.

2. Elakkan posisi baby baring terlentang masa menyusu baby. Naikkan sikit bahagian kepala baby.

3. Kalau baby selalu sangat tersedak  masa menyusu, bawa jumpa doktor, utk pemeriksaan lanjut..kot kot ada masalah reflux...or kadangkala masalah congenital seperti tracheo-esophageal fistula.

4. Make sure puting susu, sesuai dengan usia baby. 

5. Biasakan diri, dan fahami pattern baby kita masa menyusu. Berapa ounce dan berapa lama masa diambil utk habiskan. Setiap baby berbeza kadar penyusuannya.

6. Amalan masyarakat kita menyendawakan / burp -kan baby, pun bagus dibuat...Sebab utk buat baby sendawa, memang kita kena hold baby in upright posture, selepas menyusu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...