Wednesday, July 31, 2013

Post Nasal Drip

Hari ni ada sorang kawan blog( yg jugak FB) tag di FB, tanya pasal soalan " batuk teruk yang kronik waktu sejuk & malam, dan banyak sangat hasilkan kahak memalam".

Soalan macam ni mmg selalu patient tanya, dan sebelum ni pun ada kawan2 blogger tanya..So aku rasa better aku tulis satu entri ringkas pasal ni la kan..

Ringkasnya, perhatikan NOCTURNAL symptoms, iaitu simptom di waktu malam/atau awal pagi sekitar subuh. Antaranya simptom batuk( selalu kering), sesak nafas, ketat dada, gatal hidung, hidung berair, bersin, gatal dalam telinga, gatal mata.

Nocturnal symptom ini mengaitkan anda dengan penyakit2 allergy( allergy triad, iaitu asma, eczema, dan resdung). Lebih lebih lagi kalau ada faktor keturunan.

Tak semua pesakit asma akan alami simptomnya sepanjang hari. Ada yg hanya alaminya waktu malam( dengan komplen kerap batuk malam malam, kerap berkahak). So kalau anda ada simptom sebegini, mungkin anda ada asma. 

Masalah timbul bila anda jumpa doktor, dan anda di diagnose alami common cold( batuk biasa, jangkitan virus), dan di prescribed ubat batuk ( sometimes with antibiotic, which is most of the time unnecessary). Ini lah dilema dalam membuat diagnosis. Careful history perlu dikorek dari patient. Untuk buat exact diagnosis, aku prefer rujuk patient utk buat spirometry test. Test ini akan bagitau secara objektif kapasiti paru2 kita, ada tak sebarang masalah( termasuk asma/penyakit berkaitan habit merokok yg kronik/etc etc).

So utk soalan kawan blog aku ni, batuk kronik waktu malamnya mungkin ialah ' batuk asma'. Bukan batuk sebab infection.( banyak lagi punca batuk kronik non infection seperti gastric reflux disease, side effect ubat, etc) Untuk jawab soalan berikutnya ' kerap hasilkan kahak', ianya mungkin sebahagian daripada simptom resdung( chronic allergic rhinitis). Sebab macam aku tulis kat atas, ianya part of allergy triad.

Simptom resdung selain bersin/gatal hidung/gatal mata/selsema teruk, ialah adanya penghasilan kahak yang lebih dari biasa kuantitinya, lebih pekat dari biasa, yang di rasakan di belakang tekak. Ini dipanggil Post Nasal Drip. Lining mucosa( dinding dalaman) dalam hidung, tekak,paru2 kita memang sentiasa hasilkan mucus, untuk tujuan lubrication, tujuan buang benda asing, etc. Namun utk org yg ada resdung, penghasilan mucus ni terlebih lebih, sampai turun ke belakang tekak. So selain rasa asyik berkahak je, patient juga mungkin rasa sakit tekak/tak selesa tekak.

Rawatan?
Kawan aku tu mengadu, doktor panel dia asyik bagi Mucinex aja.  :P
Bukan tak boleh bagi Mucinex..boleh...Mucinex ni akan loosen/longgarkan kahak..
Tapi, tak cukup treatment ni, tak menyeluruh.
Kena kaji root cause...Pemberian Mucinex semata mata samalah macam kita merawat simptomnya aja, tak merawat punca. Macam kita asyik tuang air yg berkurangan dalam gelas yang bocor dasarnya, tapi tak ada inisiatif pun nak tampal kebocoran tu. Sampai kiamat la air dlm gelas tu tak penuh penuh kita refill, kan? :P

Utk rawat allergic rhinitis ni kompleks, bukan hanya makan ubat sahaja.
Ubatan anti histamine macam Clarinase/Cetrizin/Zyrtec tu semua, mengurangkan penghasilan mucus ni. Punca allergic tu pun kena kenal pasti. Aku pernah dapat kes seorang patient yang kronik resdung, tapi gigih bela kucing 8 ekor kat rumah..hahaha..Jenuh la aku nasihat suruh stop bela kucing, bela ikan aja..kah kah kah...Alhamdullilah, baru2 ni dia jumpa aku, simptom alahan resdung nya dah kurang, berkat dah 4 bulan dia takde kucing kat rumah..;) So tu contoh aja, alahan dengan bulu kucing. Korang yang alah ni, kena lah kenal pasti apa punca alahan, selain bergantung dengan ubat. Rawatan haruslah menyeluruh, ubah gaya hidup/makanan + ubat.

Okey?
Sebenarnya aku nak tulis pasal Post Nasal Drip aja.
Kalau nak betul2 tulis pasal asma, resdung, rawatan moden Vs rawatan tradisional, mmg panjang lebar la nanti. Korang google aja la...ada mood rajin, lain kali aku tulis lagi  :)

Tuesday, July 30, 2013

Santan

Cuba teka, apakah yang mamat ni sedang lakukan?

a) Memerah keringat
b) Memerah santan
c) Memeras ugut
d) Memeras otak

Kah kah kah..
Ceritanya tengahari semalam abis kerja, dpt wassap ni..


Maka dengan confident aku beli kelapa parut, yang dah ready parut..sambil membayangkan, apasal lak gigih nak perah santan bagai buat nasik lemak ni? Sebab kami mmg selalu guna santan kotak aja.

Sampai aja kat rumah..
Tergelak besar MommyZZZ..
Rupa rupanya aku tak ikut sebijik sebijik arahan dia, beli ' yang putih' sahaja.
Dia nak buat kuih onde onde rupa rupanya!
Dan barulah aku tau, nak buat inti kelapa onde onde ni mmg kena guna kelapa parut suci murni part putih aja...agagagaga...

So,
kelapa parut aku beli yang tak suci murni putih sahaja tu, nak buat hape???

Perah bang...perahhhh! kah kah kah...Sedap nasik lemak aku berbuka semalam tau, lemak berkrim nasi lemak aku pakai pure santan  :)

Monday, July 29, 2013

Buku Skrap

Pagi ni, belek belek rak buku..
Ternampak satu buku..
Buku skrap..
Ala....buku yang kita tampal2 benda dalamnya tu..
Famous zaman sekolah dulu, kan? :P

 Ini lah buku skrap aku...hahaha...Kenangan 18 - 19 tahun dulu..zaman zaman sekolah..gigih tampal keratan akhbar pasal kesihatan...Tiap tiap hari Ahad kat suratkhabar Utusan masa tu ada bab Kesihatan. So aku kumpul..aku tampal...kah kah kah

Zaman tu, mana ada internet. Nak cari maklumat pasal kesihatan, kat buku atau suratkhabar aja la..Beruntung budak2 sekolah zaman sekarang, Google aja di hujung jari...tak yah la poyo macam aku kena kerat kerat keratan akhbar..wakakakaka

aku rasa zaman anak anak aku, dah takde lagi buku skrap. Kot mereka dah besar nanti aku tunjuk buku skrap aku ni, mau kena gelak!  :)

Ini yang paling nostalgia...

-
-
-
-
-
 aku siap taip isi kandungan buku skrap aku! Taip guna mesin taip okay...hahaha...Mesin taip ialah satu mesin ketinggalan zaman, di tahun 2013 ni...kah kah kah

Ini lah antara kenangan aku zaman sekolah..
Saja suka suka buat buku skrap pasal kesihatan ni..
Maklumlah, masa tu bercita cita nak jadi doktor katanya...:P

Korang pun mesti ada buku skrap kan?
Hahaha....

Thursday, July 25, 2013

Multitasking ( lah sangattt)

Aktiviti pagi ini...

memang busy la sekarang ni..urus baby..urus rumah..nak tadarus..nak gi kerja..malam nak terawih...nak tengok tv pun tak sempat ( cuma menyempatkan masa tgk ulangan ceramah Ustaz Kazim lepas balik Subuh & sambung layan Tanyalah Ustaz live pagi pagi dari Masjid Shah Alam tu..:P) So Dr Singa, mmg kamera gabak ni hanya sempat guna ambik gambar baby everyday, dan ambik gambar bulan tiap2 malam lepas balik terawih..hahaha..nak ambik gambar makanan berbuka pun terlupa/tak sempat ! Nak bersunset? Nak landscape photography? Street photo? Tunggu la lepas raya...hahaha..

Lepas wangi mandi..( sabun baby Johnson tu mmg wangi kan, rasa nak mandi pakai sabun tu aja..haha)..
Sesi pakai kan baju...
Kirai cari baju newborn dalam box...

Taraaaa ! Siap ber hood la kau Zayydan ala ala rappers...hahaha...Boleh la kan....dah, daddy nak gi vacuum rumah pulak! :P

bulan ramadan...di tembak 22 Julai lepas...

Wednesday, July 24, 2013

Kasih Abang

Kasih ibu, membawa ke syurga..
Kasih ayah, sepanjang masa..

kasih abang?

Kasih abang Ziyyad: musti nak pegang adik sebelum gi sekolah..Risau sangat adik bongsu nanti tak mau geng dengan dia, sebab dia sibuk kat school, " adik Zayydan nanti kawan dengan Zayyan aje", kata si Ziyyad..haha..

 Kasih abang Zayyan: Ziyyad pegang, dia nak pegang jugak! Ngeri mommy nak lepaskan si Zayyan pegang baby 12 hari ni, haha..


Tuesday, July 23, 2013

12 hari

pejam celik, pejam celik..
dah masuk 12 hari usia nya..

dalam fasa kulit kering mengelupas..dari kulit merah nak ke putih kata Paeds nya  :)

rambut boleh tahan lebat...tunggu lepas raya lah ya daddy botakkan ..

tali pusat pun dah tanggal semalam, masa umur 11 hari

 12 hari..berat naik 300g sejak lahir, alhamdullilah..tiada komplikasi jaundice walaupun 100% on formula milk. Syukur juga tiada infant colic, good bowel habit. Model tak berbayar TommeeTippee :)

Bakat di usia 12 hari: Horse Dance ala Psy dalam video clip Gangnam Style ! ha ha

Monday, July 22, 2013

Scam Param

Anda pernah tonton siri Scam City di National Geographic channel?
Aku pernah, dan suka tonton.
Sebab ia memaparkan penipuan-penipuan/ muslihat yang di mainkan oleh mereka yang terlibat dalam industri pelancongan. Mereka ini menipu pelancong dengan pelbagai 'scam'.

Bulan Ramadan ni, kita ada juga 'scam'.
Aku namakan " Scam Param".
Memang licik penipu penipu ini, walaupun di bulan suci Ramadan..walaupun sedar yang membelinya almost 99% adalah saudara seagama yg berpuasa, namun demi Ringgit Malaysia, itu semua diketepikan.

Top Scam Param:
( kalau ada, boleh tambah lagi)

1. Jual murtabak daging / ayam. Bila tiba dirumah, makan...kita terfikir sejenak, baik namakan murtabak ini "murtabak telur" 20 kali gigit, 2 kali aja terasa ayam. 18 kali rasa telur & bawang aja.

2. Tepung pelita. Baru terbaca di blog Kak AzieAzah. Sila lah baca.. hahaha

3. Kuah kari. Be it kuah kari murtabak, kuah kari roti jala...kuah karinya cair mair. Murtabak telur ayam yg aku beli tu, kuah nya macam ni la. Sedih. Wife aku kata macam buat guna serbuk maggi kari aja, tu pun guna suku peket aja kot serbuknya, sebab cair!

4. Kuih karipap. Kulit aja gah, besar. Isi nya 50% angin, 50% baru inti. Kalau yg dijual tu pulak karipap ayam, pun sama lah macam kes murtabak kat atas tu, patut namakan aja karipap tu 'karipap kentang'

5. Roti John. Roti john ayam/daging. Pun nasib serupa. Baik namakan roti john telur sahaja.

6. Terbaca di FB...beli kerabu mangga RM3 setengah senduk aja. Time buka, makan..dah spoil/basi.

Sebenarnya, dah 13 Ramadan...aku gi param baru 2-3 kali. Tu pun sebab terpaksa, sebab nak alas perut beli murtabak..hari yg lain beli roti john tu, sementara nak tunggu buka puasa kat rumah. Meniaga ni biarlah betul, barulah dapat keberkatan. Aku risau peniaga2 Islam kita ni fikir ' ah, aku meniaga hanya setahun sekali. Lantak la kalau customer nak kondem pun'

Sebenarnya, yg meniaga di param ni paling mudah nak dapat pahala sedekah.
Bersedekah sedikit pun cukup la dalam jualan awak tu.
Sedekah dgn lebihkan rencah/isi ayam daging/etc...buat macam kita nak makan sendiri.
Makanan awak pun sedap rasanya, pahala pun dapat.(berganda2 pulak tu, di bulan puasa)..dan customer pun akan berulang ke gerai awak.

Ingat pesan Nabi ni:

“Peniaga yang benar dan amanah bersama dengan para nabi, siddiqin dan golongan mati syahid” (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf ‘hasan’).

Tak mau ka ganjaran sebegini?
Sebab ganjaran takda depan mata, maka ia perlukan IMAN.
Hanya iman yg mantop aja akan mendambakan ganjaran maha hebat dari yang Maha Agung.
Iman kureng mantop, nampak RM aja la..:)


Thursday, July 18, 2013

Rezeki Ramadan

Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi, Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya, Dia mengurniakan anak anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau dia mengurniakan mereka kedua duanya anak anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa - As Shura 49 - 50.

 Alhamdullilah....Jumaat lepas, 12 Julai...telah selamat isteri aku melahirkan anak ketiga kami menerusi pembedahan elektif Caesarean. Lahirnya pada jam 8.42am, dengan berat 3.06kg.Terima kasih kepada doa & wishes kawan kawan bloggers ya.

Selamat datang ke dunia....Muhammad Fayyadh Zayydan



 
Hasan Bin Ali R.A daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud, " Sesiapa dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan".
Junjung sunnah baginda..Insya Allah..dapat keberkatannya..Tahnik hanya dapat dilakukan pada malamnya, selepas masuk waktu berbuka puasa :)

Mom & son...1st time meet each other..


Secara rasminya, Mommy ZZZ dah tutup kilang. 3 kali Caesarean section..maka kali ini, mommy jalani sekaligus prosedur Bilateral Tubal Ligation(BTL) selepas baby dikeluarkan. Dalam botol spesimen itulah sebahagian daripada Fallopian tube sebelah kiri & kanan.

Antara teknik BTL. Saintis mengesahkan bahawa buat wanita yang pernah ada anak, dan jalani BTL kemudiannya, risiko kanser ovari dalam buat wanita wanita ini telah berkurangan. SUMBER

Muhammad Fiedyan Ziyyad...abang kepada dua orang adik sekarang ni. :)

Muhammad Fierasz Zayyan...dah jadi abang dah..  :)  Ohhh..this was Zayydan 1st ever Tesco visit...hehehe...last Tuesday, 16th July.

Agak busy untuk sesuaikan diri menerima newborn..
Sebab kelahiran sebelum ini MommyZZZ berpantang di rumah parents nya..
Kali ni, berpantang di rumah sendiri...Sebab Ziyyad dah start tadika...walaupun tadika, rasa sayang nak pontengkan dia lama lama sangat...So kami decided berpantang di rumah..

Satu hal lagi, kalau 2 anak sebelum ini fully breastfeeding/exclusive breastfeeding..
Kali ini aku sendiri sibuk menyediakan susu formula.
Ya...setelah meneliti pelbagai journals, discussion with paediatrician...maka kami sepakat utk tidak memberikan susu ibu kepada baby baru. Keputusan yang pedih, sedih dan sukar diterima mulanya, tapi kami pasti, ada hikmahnya. MommyZZZ perlu ambil ubat thyroid nya, dan ubat ini akan pass thru breast milk. Imbangkan segala risiko breastfeeding VS formula feeding, we chose the latter.

Nantilah..ada masa, aku akan tulis di lain entry pasal penyakit hyperthyroid Mommy ZZZ.

Salah satu sebab kenapa lambat update blog: Busy jadi chef. Hahaha...Itupun dengan pemantauan Masterchef, MommyZZZ yang beri arahan..wakakakakaka. Suruh la aku kemas rumah / basuh pinggan / lipat baju / sidai kain / mop lantai / mandikan baby /etc...Insya Allah laju aku buat...Tapi memasak? Memang aku kayu. Haha. Tapi sayang kan wife kan...So gigihkan diri masak juga. Dan aku spesis prefer makanan homemade, berbanding beli kat bazar Ramadan. Apa apa pun, Alhamdullilah, semalam parents aku datang all the way from JB ke rumah kami. Maka Masterchef seorang lagi, ie mak aku ada...Lega! :P  Tapi mereka di sini hanya utk seminggu...lololololo...

Wednesday, July 10, 2013

WW: Ramadan - Terima Kasih Mommy Buatkan Stok Kuih Frozen


Friday, July 5, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan Kareem

Menunggu.....
Menanti.....

Rejab....menunggu....dan menunggu..
Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikan lah kami ke bulan Ramadan

Syaaban....ia makin hampir...penantian makin hampir ke penghujung nya...

Hari ini Jumaat terakhir sebelum masuk Ramadan..ahlan wa sahlan ya Ramadan mubarak...Jaga mata, jaga penglihatan...jaga mulut, jaga tutur kata...jaga hati...Moga puasa kita di terimaNya dan tidak sia sia..

Insya Allah, kalian dua beradik bakal dapat adik baru pagi 3 Ramadan nanti..
Doakan semoga mommy nya dipermudahkan Caesarean ya kawan kawan...TQ.

Thursday, July 4, 2013

Genius Aulad Sports Day 2013

Sabtu lepas...
Hari Sukan tadika Ziyyad..

bertemakan " Budak Kampung"

Genius Aulad 3 cawangan bergabung di Stadium Panasonic..
GA Setia Alam, GA Shah Alam Sek 7 & GA Subang Bestari..

ok la buat dalam indoor stadium..panas berdenting kalau buat kat open field..

perbarisan setiap cawangan GA...lepas tu acara sukan bermula..macam macam sukan ada...boling kelapa(video), tolak rim, baling tin (video) pun ada..:)

ibu mengandung tak boleh nak lebih lebih bersorak..perut dah sarat..:)

 yeayyyy! semua adalah pemenang..dapat medal...tiada pengalah ! kain pelikat tu mmg di ikat mcm tu, sebab konsep Kampung Boy tu...girls kena ikat kain batik..



lagi 2 tahun la yer Zayyan daftar kat Genius Aulad  :)

minggu depan insya allah...ada new addition to this group of boys...tambah lagi sorang boy!  :P

Satu insiden yang aku ralat..
Rasa nak sound direct aja..
Sekali hembus asapnya, aku sabar..
Dua kali hembus, aku sabarrrrr..
Aku tunggu kali ke tiga aja....Dah get ready aku nak sound.....dia stop hisap dan bangkit keluar pulak.

Lelaki tak fikir orang keliling ni duduk depan aku. Nampak kat tangan dia tu e-cigar( rokok letrik). Tetap ada asap. Kau nak mati sakit jantung, kau punya pasal, I don't care. Masalahnya di hari sukan kanak kanak tadika, dengan anak2 kecil ramai kat tempat duduk sekitar dia, selamba aja mamat ni smoking. Anak dia memang duduk sebelah dia( malang la anak dia dapat bapak spesis macam ni).



Monday, July 1, 2013

Gaji Biar Berkat

Hari Isnin...
Sepatutnya setelah berehat sehari atau dua hari sebelumnya,kita segar bugar...bersemangat nak pergi kerja..Mood patutnya lebih baik...

Tapi...
Setiap Isnin....


rasa nak sumbat aja proctoscope ni kat vontot kaki kaki MC tegar yang sangat cliche dengan alasan cirit birit

rasa nak sumbat aja vaginal speculum ni kat kaki kaki MC tegar yang sangat cliche dengan alasan senggugut setiap bulan

rasa nak scrub aja kepala otak kaki kaki MC tegar, kasi bersihkan minda tu dari sifat sifat pemalas/makan sumber gaji syubhah sebab menipu majikan..

Doktor..
Bukan lah tak bertimbang rasa ( walaupun ada yg hati kering, aku tak nafikan)..
Tapi sikap bertimbang rasa ini..
Di ambil kesempatan..
Oleh kaki kaki makan gaji syubhah ( aku tak terus jatuhkan hukum haram yer)..mana tak syubhah..anda dibayar utk kerja, tapi anda manjang menipu nak elak gi kerja...
Gaji nak, kerja taknak...

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...