Saturday, June 29, 2013

Perlawanan Akhir Piala FA 2013



Malam ini
29 Jun 2013
Stadium Nasional Bukit Jalil



aummmmmmmmm....kita baham..ratah si kijang....keh keh keh

Friday, June 28, 2013

Floria 2013

Semalam pergi Floria 2013.
Maaf pada kawan kawan yang nak tengok gambar orkid, memang takde gambarnya.
Sebab aku tak lawat pun pameran bunga nya, malas. Ha ha ha..
Tahun tahun lepas dah lawat bunga..cukup lah..
Kali ni tengok  bot berhias & bunga api aja..

 macam biasa, tak sah gi menembak kalau budak dua orang ni tak ikut. Stail baru Zayyan posing, senyum sambil tutup mata :)

Bot tuan rumah, Perbadanan Putrajaya

 Bot berhias Perak. Menara Teluk Intan tu siap condong lagi..haha..

Luaskan Kuasamu !! Hoyeahhhh...Harus lah aku shoot gambar bot berhias Johor..semoga JDT menang esok Final F.A Cup 

Tak banyak bot berhias aku shoot..Tahun tahun lepas dah tengok..(tahun 2011 punya bot aku tembak)
Tunggu saat bunga api..Kalau tahun 2011 dulu aku tembak dari atas jambatan, kali ni try menembak dari Masjid Besi.







Kejap aja show bunga api nya..Sebab pergi on weekday..
Kalau Sabtu Ahad...lama sikit...Tapi tak sanggup nak ngadap jem kalau gi sini time weekend..

Sebelum simpan kamera malam semalam..
Tembak la bulan setengah ni...hihihi...

Bulan Khamis malam Jumaat, 27 Jun 2013

Wednesday, June 26, 2013

Tyrannosaurus

Anak anak aku semuanya lelaki.
Yang bakal lahir 12 Julai ni pun, lelaki.
Dah namanya lelaki, mesti la aku ajar main bola, naik basikal..
Mainan kat rumah memang melambak kereta/lori/motor/truck/ultramen..
Cuma bab pistol/senapang aja aku tak belikan. Kami laki bini tak prefer mereka main tembak2.

Play-doh pun anak anak aku main. Bagus merangsang minda katanya. Nampak tak kelopak bunga color pink tu? Haaa..tu la kerja mommy nya..Mentang mentang la tangan seni dan selalu buat fondant cake bunga, play-doh anak pun nak buat bentuk bunga. Ha ha ha.. Aku cakap kat wife aku, bahaya tu..Kang jadik mat bunga/lembut pulak anak anak aku..Ada satu hari tu aku tengok anak anak aku main masak masak cupcakes, masak macaron! bahahaha...Ni la pengaruh tengok mommy nya selalu membaking.

Aku cakap kat Ziyyad..
Tak boy la kan main play-doh gentel bentuk bunga..:P
Ziyyad mintak aku buatkan dinosaur...
Main dinosaur baru lah boy! 

Hasil tangan seni daddy nya. Tyrannosaurus( t- rex) sebelah kanan utk Ziyyad, manakala Edmontosaurus sebelah kiri utk Zayyan.  Yang color hijau belah belakang tu hasil tangan Ziyyad..'batu bakar' katanya...Aku tanya apa benda 'batu bakar' ni? Dia cakap " alaa...yg kita tengok kat Petrosains tu ".....Oooohhhh..batu bakar ialah volcano...bahahahaha....



ps: untuk entri semalam, ada yang tak dapat membaca nya dalam nada sarkastik..hihihih..Takpe...takpe...Kisah 3 Jiran tu ialah pasal Malaysia, Indon & Spore.  :)

Tuesday, June 25, 2013

Kisah 3 Jiran

Kisah 3 jiran yang dah lama berjiran..Wak Parjo, Pak Sudin & Uncle Chai..

Wak Parjo..seorang yang tak fikir perasaan jiran..Hak dia, hak dia..hak jiran, pun dia claim hak dia..anak anak Wak Parjo ni ramai..ada antara anak anak nya selalu masuk rumah Pak Sudin & Uncle Chai bermain main...Dan dalam ramai ramai anak Wak Parjo yang bermain tu, ada pulak yang selamba mencuri mainan & barang barang dalam rumah jiran !

Uncle Chai..seorang yang tegas. Seorang yang jaga perilaku anak anaknya. Anak anak nya tak boleh sepah sepahkan sampah dalam rumah..Nak makan chewing gum pun tak dibaginya! Dan Uncle Chai sangat menjaga rumahnya. Berpagar, ber alarm, dan pastinya ada bela seekor anjing. Mana mana orang yang tak dikenali menghampiri rumahnya, anjing ni pasti menyalak. 

Pak Sudin..seorang yang lemah lembut..tak berkira. Mudah beralah. Beralah sampai anjing Uncle Chai menyalak kuat kuat setiap malam pun, Pak Sudin tak kisah..Anak anak Wak Parjo masuk rumahnya main mainan anak anaknya ..sepah sepahkan dan kadangkala curi bawak balik pun, Pak Sudin tak kisah..Sampaikan ada antara anak anak Pak Sudin sendiri kecil hati dengannya, sebab manjakan sangat anak anak Wak Parjo.

Wak Parjo ada bela kucing. Banyak kucing. Sebab Wak Parjo jenis yang tak fikir perasaan jiran, maka selamba lah sahaja dia biarkan kucing kucingnya berak di laman rumah Pak Sudin & Uncle Chai. Dah selalu sangat kucing kucing ni buat onar.. Uncle Chai yang tegas memang sound direct aja si Wak Parjo, tapi Wak Parjo pulak relaks aja templak balik si Uncle Chai. Pak Sudin pulak, dengan sifat lemah lembutnya. Jangankan nak sound Wak Parjo, di baginya pula kucing kucing tu makan friskies. Anak anak Pak Sudin dah la ramai yang ada asma..Kesian anak anak Pak Sudin batuk semput dek kerana bau tahi kucing Wak Parjo. Tapi itu lah sikap Pak Sudin, terlalu pentingkan perasaan jiran, anak  anak sendiri selalu sakit semput pun tak apa katanya.

25 Jun 2013. Man of Steel kami pun tak tahan dengan bau tahi kucing Wak Parjo !

Monday, June 24, 2013

Supermoon June 2013

Jumaat lepas Dr Singa whatsapp saya, mengingatkan tentang fenomena Supermoon..
Saya pun teruja, lagipun tak pernah menembak bulan selama ada DSLR..
Tapi apakah Supermoon?

Secara mudah, Supermoon (istilah yang dipopularkan oleh astrologer Richard Nolle pada 1979) ialah keadaan di mana kedudukan bulan paling dekat dengan bumi, sebab kitaran bulan bukannya kitaran bulat, tetapi bulan mengorbit bumi pada kitaran bentuk elliptical. Istilah yang tepat di dalam ilmu astronomi ialah fenomena Perigee - Syzygy. ( sumber ).


Maka saya budak baru belajar sahut lah cabaran Dr Singa..:P
Inilah bulan saya...




Tapi...
Saya 'tersalah tarikh'....wakakakakaka...
Supermoon ialah malam semalam, pada malam masuknya Nisfu Syaaban...
Saya tembak bulan ni sehari awal, yakni hari Sabtu malam Ahad..
Baru tersedar salah tarikh, pagi ini ! ( Monday, 24 Jun 2013)..
Tapi...kalau ikut Sumber Ini , " Saturday and Sunday should both be ideal viewing opportunities"...katanya..:)
In fact, 'full moon' dimata kasar kita,  berlaku untuk tempoh 2 hari sebelum & selepas fenomena Supermoon ( sumber)..
Jadinya..bagi yang tak berkesempatan melihat agungnya kitaran alam ciptaan tuhan ni semalam, malam ini dan malam esok, jangan lepaskan peluang..bulan tetap kelihatan besar & 'full', walaupun bukan Supermoon. Supermoon berikutnya ialah pada 10 Ogos 2014.






Friday, June 21, 2013

Dying Wishes

Salam Jumaat..
Semalam aku baru melawat ex staff, yang baru 3 bulan lepas di diagnosed advanced stage Thyroid cancer ( dah merebak ke tulang belakang, ke paru paru).

Walaupun doktor onclogy ( bahagian pengkhususan cancer) boleh estimate berapa lama tempoh jangka hayat penghidap end stage/stage 4 apa jua jenis cancer, namun kita kena kuat..
Ajal maut di tangan tuhan.
Pastikan kita ada 'quality life' dalam menghabiskan sisa sisa usia yang kita ada.

Teringat akan sepupu wife aku, yang telah meninggal dunia kerana end stage colon cancer ( cancer usus ).
Doctor oncology estimated life expectancy hanya lebih kurang 6 bulan aja.
Tapi kerana arwah ialah seorang yang kuat, berminda positif, arwah berjaya 'panjangkan jangka hayatnya' melangkaui 5 tahun !
Dan 5 tahun yang amat amat berkualiti.
Arwah telah set kan ' Dying Wishes' nya yang hendak dipenuhi..
Melancong dengan anak anak, enjoy makan sana sini, beli gadgets yang beliau suka..
Pendek kata, arwah really enjoy the moment yang ada..
Dan sokongan ahli keluarga arwah yang kuat..isteri dan anak anak yang menyokong arwah..
Arwah langsung tidak bersedihan melampau/murung berpanjangan...hidup perlu diteruskan kata arwah..
Beliau sihat, boleh berjalan, ambil wudhu sendiri, hingga lah ke hari terakhir beliau, selepas solat Zohor, baru arwah merasakan penat dan sakit sangat, dan ketika itulah arwah baring dan panggil anak anaknya...Dan arwah meninggal petang itu. Al Fatihah.

Juga seorang lagi sepupu wife aku, yang dah meninggal..juga akibat end stage colon cancer..
Apabila di diagnosed, isteri arwah meninggalkan beliau..
Dan arwah tinggal lah dengan mak ayah nya yang dah tua..
Arwah habiskan sisa sisa baki hidup dalam keadaan yang sedih...
Dan memang awal arwah meninggal ~ 6-8 bulan lepas tarikh life expectancy yang doktor anggarkan..

Moralnya..
Bukan kita nak jadi tuhan tentukan usia kita..
Cuma kita kena hadapi ujian hidup ini dengan penuh sabar..
Dan enjoy kehidupan yang ada, nikmat usia yg tuhan anugerahkan..
Enjoy tu bukan bermakna gi clubbing disco sana sini..
Enjoy dlm erti kata habiskan usia kita dengan keluarga, berjalan jalan lihat dunia ciptaanNya..buat apa jua hobi/aktiviti yang kita minat..
Lagipun..
Kita yang sihat walafiat ni...Belum tentu kita hidup lama..
Entah entah, kita yang sihat ni, meninggal dulu dari kawan/saudara mara kita yang dah di diagnosed as end stage cancer..
So, kita semua kena ENJOY our life to the fullest, di samping jangan lupa simpan banyak banyak saham akhirat.  :)

Monday, June 17, 2013

Majlis Perkahwinan Adik Bongsu

Semalam adik bongsu aku kawin..
Hari ni aku masih bercuti di Johor..
Terima kasih kepada geng geng blogger yang hadir semalam, Kak Zakie sekeluarga dan Rina sekeluarga.

Masa majlis akad nikah hari Sabtu, 15 Jun. Time tok imam tengah bagi khutbah nikah, time tu lah si Ziyyad melalak menangis ( kat belakang tu, nampak? kah kah kah)..Lepas abis majlis aku tanya wife aku, kenapa? Rupa rupanya kaki dia kebas sebab dok bersila/lipat kaki lama lama..:P

 Klinik Bergerak..hahaha. Abis majlis akad nikah, lepas makan makan, sedara mara semua take turn check blood pressure.Yang mana tinggi pressure nya tu, esok hari sanding tak leh makan kambing/daging banyak banyak! hahaha..

Wife aku sebagai tokey macaron, harus lah sponsor macaron tower sebagai hantaran. Yang berminat nak tempah macaron ke, cakes ke, sila sila lah ke fesbuk wife aku ya: Dreamy Treat Macaron & Cakes. Tapi bisnes akan resume as usual after Hari Raya la ya, sebab wife aku Insya Allah bersalin 12 July ni, so memang dah tak ambil order sekarang.

1st time la seumur hidup aku ada baju color ala ala pink. Baju ni la terus jadi baju raya nanti. hahaha

Pengantin nya...yang berdiri tu ya. Yang tengah duduk tu pengantin lama..:P

Ni pengantin jugak. Bahahaha..

Hari Bapa 2013, jatuh semalam, 16 Jun. Alhamdullilah, menyambut Hari Bapa sebagai bapa kepada 2 askar. Askar ketiga bakal keluar dari "kem latihan 9" bulan pada Julai nanti  :)

Askar senior yang setia dengan songkoknya. Askar junior songkok selalu terbang..hahahaha.

Sekian..
Complete dah adik adik aku kahwin.
So sekarang mak ayah aku ada 3 anak + 3 menantu + 2 cucu + 1 cucu on the way  :)


Friday, June 14, 2013

Mudahnya Buat Wang

Orang Melayu ni malas, bukan semua, tapi ramai.
Kerja malas, tapi nak kaya raya, nak hidup goyang kaki.
Tiap tiap bulan kerja mesti nak MC..tak tahan pressure katanya..dah tu, kalau tak boleh terima arahan orang, sila la berjihad bisnes, sendiri kuli, sendiri bos  :)
Bila buat bisnes pulak, nak cepat kaya aja...Tu pasal ramai kena tipu hidup hidup join MLM, skim cepat kaya..

Aku tak kata MLM tu penipu, kang tegar MLM sentap..:)  , tapi dalam MLM tu, lu pikir la sendiri siapa yang kaya, siapa yang kayap...Tu tak sentuh pasal halal syariah lagi, ada yang halal, ada yang haram..Tapi akai nak halalkan benda yang syiok di buat tu sentiasa ada, macam lah jugak pak pak haji berkopiah punya alasan bila kita bambu mereka " wooi, merokok tu haram la"..~haha..

So, mai sini aku ajar cara mudah nak buat wang, halalan ..takde syubahah, Insya Allah..

1- Jadi maid part time.
Sifir nya mudah aja. Aku dah tgk kat internet, kat kawasan rumah aku. Ramai org yang takde masa/pemalas kemas rumah/perasan ala ala diva tak mau cuci toilet sendiri..So, gunakan kesempatan ini. Cas RM20 sejam atau ada yg cas RM50 sekali servis ( cuci lantai, mop, bersihkan tingkap, cuci toilet rumah). Buat waktu hujung minggu aja, pun cukup dah..

* satu rumah kau dapat ~ RM50. 
Hari sabtu kau lenjan la cuci 4 rumah. Tu dah RM200
Sabtu + Ahad = RM 400.
Sebulan?  RM 400 x 4  = RM1600.

See? 
Kerja Sabtu Ahad aja, dapat RM1600.
Tu minimum tau.  Sebab aku tau ada Indon yang buat menda ni, rajin, hati keras...boleh jejak Rm3000 sebulan..Modal?  Tenaga kau aja. Vacuum cleaner, penyapu, mop, sabun pencuci, elektrik, semua tuan rumah pemalas/takde masa/cas diva yang sediakan..Paling tinggi pun modal RM10 sebulan, photostat banyak2 flyer, masukkan dlm post box rumah orang.

Ada ke budak2 Melayu nak buat kerja ni?
Yang takde kerja/menganggur?
Takde kelas katanya, leceh katanya, penat katanya..
Tapi Indon indon yg buat, dah lama kaya raya...Lagi mahsyuk dari org gomen keja pejabat tau.

Tu aku tak cerita lagi macam mana ada Indon kat area aku boleh bukak kedai runcit, dan gajikan budak Melayu..Haaa..sudah terbalik kan, Indon gajikan Melayu...

2- Servis potong rumput
Ni pun buat duit beb.  Bangla area rumah aku mmg mahsyuk la. Area rumah aku, semua rumahnya semi -D & banglo. So each rumah mmg ada laman sendiri.  Rumput harus di trim.

* Satu rumah potong rumput RM50.
Satu hari boleh lenjan gigih potong rumput kat 5-6 biji rumah.
RM50 x 6 = RM300...tu baru sehari.

Dalam sebulan, kalau fully kerja 10 hari...RM300 x 10  = RM3000.

So, kerja 10 hari aja dlm sebulan, dapat RM3000. Lagi 20 hari boleh tido.
Modal? Sekali aja modal beli mesin potong rumput.
Mata pemotong tu murah, dah pakai plastik sekarang ni, petrol nya, murah..pakai sikit aja.
Ronda ronda la lempar flyers, tanya rumah ke rumah...target area perumahan semi- D/banglo..

Ada budak Melayu kita buat?
Ada, tapi tak ramai.." panas la bang".."leceh la"..
So, lagi sanggup gi kerja kilang jadi operator, kerja sebulan macam nak mati, nak dpt RM2000 pun payah.  :)
Bangla potong rumput rumah aku tu, 3-4 tahun dulu dia yg motong, sejak tahun lepas, dia jadi mandur okehhh...dia dah ada 2-3 orang pekerja Bangla jugak di bawah dia...:)

So, cukuplah 2 contoh yang aku bagi ni..
Di mana ada kemahuan, di situ anda menjana wang.
Tak berjaya ke universiti/takde kerja puas mintak...Masih terbuka luas peluang anda..
Indon/Bangla/Myanmar/Kemboja aja yang nampak peluang tu di Malaysia...;)

Thursday, June 13, 2013

Pemilik Blog, Portal..Di Wajib Dedah Identiti Sebenar

Berita hangat buat kita, para bloggers:  Pemilik Blog/Portal Di Wajib Dedah Identiti Sebenar

Apa kata anda?
Bagaimana dengan rakan rakan bloggers yang memilih ( selama ini ) untuk remain undergroud/senyap, dengan tidak memaparkan wajah sendiri di blog masing masing? :)

Apa skop ' dedah identiti sebenar' ?
Kena letak gambar sendiri berukuran passport?
Kena letak nombor MyKad?

 Identiti sebenar penulis blog dengan anak no.1 beliau

Pendapat aku dalam hal ini:
  1. Pemilik portal berita yang menyampaikan berita, memang wajar, wajib dedah siapa mereka. Ini bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab atas berita yang mereka sebarkan.
  2. Pemilik blog yang sekadar bersuka suka tulis entri tentang family sendiri, tentang makanan, tentang kucing dia, tentang petang2 gi tembak sunset, tak perlu lah diwajibkan dedah identiti sebenar. Ada sebab mengapa mereka 'malu' untuk dedah wajah mereka di blog, maka hormatilah pendirian mereka ini. Lagipun, hasil hasil tulisan sebegini tak akan mengancam keselamatan/keharmonian negara. Dan andai mereka dlm golongan ini menulis menyimpang dari kebiasaan/menghina pihak tertentu/tabur fitnah, maka mudah sahaja pihak SKMM dan PDRM nak detect, dah terpampang wajah anak anak/wajah kucing/tempat kerja/rumah mereka.
  3. Pemilik blog yang menjana pendapat sibuk setiap hari menulis pasal gossip artis/gossip ahlul politik/ahli sukan/dan lain lain keahlian, maka secara peribadi, aku menyokong mereka ini mematuhi peraturan pendedahan identiti ini. Ini kerana hasil tulisan mereka ialah memang hari hari berkisar tentang hal orang lain ( baik yang betul--boleh jadi mengumpat, ataupun yang salah -- dah jadi fitnah). Keh keh keh...
 
 Identiti sebenar bini penulis blog, dengan anak no. 2 beliau


Dan bagi aku, aku tak sorok apa apa tentang identiti aku..
Dan selalu jumpa dengan rakan rakan bloggers melalui gatherings yang di adakan..
Kami umpama family besar..
Dah kenal each other ..gurau senda..gurau kasar..hahaha..
Cuma ada batasan apa yang boleh kita reveal, apa yang tak boleh..
Kena ingat juga, banyak penyangak/perompak/orang psiko/orang PhD kat dunia ni yang baca blog anda..

Memang hasil tulisan aku kadangkala di blog ni banyak yang menyindir, banyak mengkritik, tapi aku rasakan itu perlu aku tulis dan luahkan, dan aku bersedia beri kerjasama kepada mana mana pihak pihak yang tersentap andai hasil tulisan aku tu perlu di beri penerangan. Aku bukan jenis 'baling batu sembunyi tangan'.

Ziyyad di kedai mainan. Aci tak kalau blogger bertopeng macam ni 'dedah identiti katanya'...:P

ps:
Pasal entri semalam, ramai yg bertanya, adakah mommy or daddy nya ada terlibat dalam hasil contengan muka Zayyan  :) Jawapannya, TIDAK. Part contengan di hidung, Ziyyad yang buat. Yang ala ala misai kucing tu, mmg Zayyan yang buat sendiri, dia lukis sambil tgk cermin..berkat mak dia rajin tengok Naruto agaknya..bahahaha

Wednesday, June 12, 2013

WW: Bila Budak 2 Tahun Dapat Marker Pen


Tuesday, June 11, 2013

Cuti Israk Mikraj

Hari Khamis lepas, kami pergi picnic ke Teluk Batik.
Kenapa Teluk Batik? Sebab bagi aku pantai nya lebih bersih dari Port Dickson..
Nak pergi ke pantai di Terengganu, jauh yang amat pulak..

Sampai di Teluk Batik jam 10.30am. Pasang khemah, makan makan, bawak hero dua orang ni main pasir ( buat sand castle), dan mandi laut. Panas berdenting ! Zayyan paling kejap mandi laut, aku bawak masuk laut, terus dia menangis ketakutan, terus melalak lalak tunjuk khemah ( nak balik ke khemah jumpa mommy). Tu Zayyan dengan baju rompers belang belang, lepas di bilas badannya dengan air mineral. Tak lama pun kami picnic, menjelang 1.30pm, aku & Ziyyad dah tak tahan nak melepak kat pasir/laut. Mommy & Zayyan dah kepanasan ( walaupun pacak khemah bawah pokok). Pukul 2pm lebih kurang, bungkus khemah. Ha ha ha..Mmg kena tidur kat hotel/resort yang tepi pantai la..anak anak aku memang spesis cepat meragam & kulit merah macam udang bakar bila berjemur panas kalau picnic style berkhemah ni
.

On the way balik dari Teluk Batik, ikut jalan dalam. Singgah kat Petronas Sg Haji Dorani, di area Sungai Besar, Selangor... solat jamak. Siapa Hj. Dorani ni? Famous dia kan..sungai pun dinamakan sempena nama nya :)

Sepanjang perjalanan dari Sungai Besar - Sekinchan - Tanjung Karang tu, memang banyak kedai di tepi jalan jual mentarang. Aku pun tak tau mentarang rupa macam mana, wife aku cakap rupa macam kepah. Tak berhenti beli pun, berhenti ambik gambar signboard aja  :)


Sampai area Sekinchan, dah banyak pulak kedai tepi jalan jual buah buahan..Paling banyak dijual ialah mangga, jagung & mangga...Yang ni kami berhenti, dan beli..mengidam nak makan mangga Harumanis, tapi jauh nun nak pi Perlis ( walaupun katanya boleh beli online/ ada jual kat KL..tak tau la ori Harumanis ka, fake ka )


Dan berdekatan area kedai kedai tepi jalan ni, memang terbentang luas sawah padi...
Masuk ke area sawah padi, kita tembak sedas dua gambar..
Kualiti gambar teruk, sebab harsh sunlight...masa ni sekitar pukul 4.45 - 5.00pm..matahari tengah terik lagi! 


Check Google map, jarak Sekinchan ke rumah aku ~ 72km+ ...so next time kena datang lagi sini, nak repeat sunset kat sawah padi  :)

Dari Sekinchan...
Sampai ke Tanjung Karang....dan sampai ke Kuala Selangor..
Nampak exit ke Bukit Melawati..
Ingat nak melawat monyet kat atas tu...Tapi perut dah lapar nasik..
Terus la perjalanan ke Jeram...

Sampai Jeram, terus terjah Aroma Ikan Bakar. Alhamdullilah, tak lama menunggu..Kami sampai sekitar 7.10pm..kalau gi sini on weekend, mau sejam menunggu makanan kalau waktu puncak. Makan kerapu masak 3 rasa, udang goreng tepung, pari bakar, kailan ikan masin, nasi, air buah..Total damage hanya RM62. Bagi aku rasa makanan kat sini lebih fresh, dan slightly cheaper dari Bagan Lalang. Surau & toilet nya pun selesa.

Sebelum menyantap seafood, sempat la tembak sunset kat Jeram ni  :)
Pacak kamera atas batu aja, tripod tertinggal !


Sekian..
Itulah kisah cuti Israk Mikraj kami..

Monday, June 10, 2013

Baju Raya Dah Siap...yeayyy!!

Baju untuk dipakai masa majlis perkahwinan adik bongsu aku pada 15 Jun ni dah siap..
So, budak budak ni dipaksa menggayakan nya..haha..

Model baju Melayu kedai kain Jakel..hahaha..

Lepas Ziyyad, nak suruh si Zayyan posing diri diam2, adalah sangat susah..
Bila tengok abangnya pakai songkok, dia pun capai topi aku...:)


kah kah kah...Si Zayyan bukan pakai songkok oversize ya...dia balun kopiah abang dia ..

Sebenarnya, ini kali pertama buat anak anak aku, dan aku sendiri ada baju melayu color ala ala pink....wife aku cakap " real men wear pink "...yo lah tu...:)
Sebab nak meraikan warna tema untuk keluarga kami sempena perkahwinan adik aku...
Dan...sebab lagi 2 bulan nak raya, baju ni terus la jadi baju raya...save budget..hahaha..

alahai anak aku...sempat di capai nya snow cap nak bergaya...raya di Ostolia la daddy katanya...:P

Saturday, June 8, 2013

Drypers Murah

Semalam gi Tesco..

So anda yang pengguna tegar Drypers, sila serbu Tesco berhampiran ya. Semua saiz (kecuali S) dijual RM29.90. Kalau tak sale, harga pampers si Zayyan average ialah RM34 - RM37. Kekadang tengok kat Tesco, harganya boleh melampau sampai RM42 !  So, kami borong la Drypers semalam...:)

anda pilih yang ini?  ( cola rebranding Tesco)

atau

the original Coca Cola

kami?

Kami tak beli air berkarbonat..
Dah lama tak beli..
Bila tak beli, takde dlm esbok..
Bila takde dlm esbok, maka tak minum lah air manis manis macam ni..
Mengurangkan risiko diabetes  :)
Minum kekadang kat restoren/mekdi  :P

Wednesday, June 5, 2013

Taman Tema Angry Birds di Johor Bahru

Baca berita ini: Taman Tema Angry Bird di Buka di JBCC

Bagus lah..
Ada option buat warga Malaysia( Johor terutamanya) yang tak mampu dan takde passport nak menyeberang tambak pergi ke USS. Harapnya harga tiket tak la semahal USS  :)

Cuma pandangan ikhlas aku la, sebagai warga JB..
Yang selalu balik JB lawat parents, walaupun sekarang aku duduk di Selangor..tu pun dah berkurun aku tak masuk Singapore, gi USS lagi la tak pernah

Kita ni..terlalu pentingkan benda yang palsu..
Benda yang fake..ciptaan semata mata..
Dah jadi macam Dubai...Well, dalam kes Dubai, mungkin mereka terpaksa buat pelbagai taman tema, sebab kawasan mukabumi nya sendiri gurun/padang pasir..

Aku lebih suka kan sesuatu yang semulajadi..natural...yang dipelihara & pulihara..
Dalam pada sibuk bangunkan Nusajaya dan kawasan sewaktunya ..ada JPO, ada Legoland...
Tengok apa jadi pada Pantai Lido..
Tengok apa jadi pada pantai Stulang Laut..
Tengok apa jadi pada Danga Bay..

~pinjam gambar dari photoblog aku sendiri yg dah berkurun tak update~  Ni pemandangan sekitar tahun 2011 dari atas bukit, di Masjid Sultan Abu Bakar, JB. Selat Tebrau yang memisahkan JB dengan Singapura, makin lama, makin mengecil. Di tambak sana sini. Dulu masa aku kerja di Hospital Sultanah Aminah, nampak la jugak laut sikit di depan hospital( dari wad lama bangunan bewarna merah). Sekarang ni? Penuh rancak buat flyover entah berapa tingkat, selat tu ditambak pasir. Masin mulut aku, lagi 10 tahun  gap antara JB dengan Singapore( di area Selat Tebrau dlm gambar tu) maybe tak sampai 500m kot?

Danga Bay..
Mula mula dibangunkan, macam macam benda ada di situ..
Lepas tu, tahun demi tahun..
Macam macam projek on off ada kat situ...Bulan ni ada attraction A kat Danga Bay, lagi 7 bulan dah lesap attraction A, keluar pulak attraction B...

Yang maintain kekal kat Danga Bay, selain restoren makanan laut cina, ialah funfair dia..alahai...

~ pun dari album photoblog aku tu..hahaha~ Setakat nak letak funfair macam ni, sia sia bagi aku la, tambak laut tu. Kat belakang Giant Senawang pun ada funfair tau!

Moralnya..
Benda/Warisan semulajadi macam pantai, macam hutan paya bakau yang kaya di sekitar Johor Bahru/Pontian tu, tak dijaga...tak dipelihara sebaiknya...
Sebaliknya, kita gigih berlumba lumba 'lupuskan' warisan semulajadi ni, demi pembangunan yang macam chipsmore. Jadi besar harapan aku, semoga Taman Angry Bird tu, tak terima 'badi' nasib macam Danga Bay ni...  :P

Tuesday, June 4, 2013

Jimat Cermat Amalan Mulia

Masih cerita pasal rokok lagi..:)

Kesan kenaikan 3% harga rokok, nampaknya memberi kesan kepada orang kaya ni...

Kejadian pagi ni, di depan klinik aku. Orang kaya pun terpaksa berjimat cermat ...rokok yg dah di hisap di letak kat bucu motor, sementara dia gi kedai sebelah beli barang...aku speku, habis urusan beli barang, dia hisap balik rokok dia...hahaha


Cakap pasal berjimat cermat..
Best betul pakcik saudara aku..
Nak buat ice lemon tea, nak guna lemon masa memasak, petik aja belakang rumah..

Lemon besar besar pulak tu..Tunggu la ya pakcik makcik ku, kalau ada rezeki, boleh la kita berjiran, tanam lemon belakang rumah..hihihihihi  :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...