Thursday, May 30, 2013

A busy weekend

2 hari tak menulis blog..
Busy di tempat kerja, sangat busy..
Dan line internet di klinik pun macam chipsmore..
Rasa macam lama tak menulis..padahal baru 2 hari..haha..

Sibuk juga buat persiapan terakhir carikan baju2 dua hero ni..adik aku kawin 15 Jun ni, so baju melayu dah siap beli( merangkap baju raya la ya...hahaha)..cuma nak carik samping budak2 ni je..

Ahad ni ingat nak ronda ronda KL dgn anak bujang lagi macam sebelum ni..
Nak gi lawat rumah biru belakang dia ada KLCC tu...:)
Ala...rumah yang dokter singa & cik puan lawa dah ziarah 2-3 kali tu..siap sampai dpt jumpa owner rumah tu yang baik hati...:P

Ni aja lah rumah biru yang aku sempat lawat..keh keh keh...Walaupun view belakang dia takde KLCC, tapi dia ada ladang teh nun menghijau tauuu 

Lusa, Sabtu 1 Jun..
Memang pack, padat agenda.
Ada 3 jemputan kawin ( termasuk satu sedara sendiri punya) + satu gathering bloggers..
So kepada geng2 bloggers, harap dapat jumpa korang la lusa, kalau sempat, kalau larat  :P

Monday, May 27, 2013

Tanggang Moden

Pagi ni on the way ke tempat cari rezeki, saya dengar topik " Isu tanggang moden: Derhakakah Anak Itu Bila Menuntut Ibu atau Ayahnya Meminta Maaf dan Saling Salah Menyalahkan? " di radio IKIM.

Macam macam luahan saya dengar.
Lantas saya google suratkabar online pagi ni, mesti ada kena mengena dengan topik pagi ni di radio IKIM tu.

Hasil google saya, Astaghfirullahalazimmm....: Tanggang Moden ?

Saya memang tak ambil port tentang artis Malaysia, lebih2 lagi artis suam2 kuku/baru nak naik, memang saya tak kenal( dan tak tahu perkembangan mereka). Drama Melayu pun jarang sangat saya tengok. So saya tak tahu apa masalah pelakon ni dengan ibunya, apa hujung pangkalnya, namun satu benda yang pasti dan saya berpegang padanya ialah: Siapa kita nak suruh parents kita minta maaf kat kita??


Saya pernah mendengar tazkirah tentang jasa ibu.
Andai si ibu mahu mengungkit jasa jasa nya pada kita, terkedu terlopong kita nak membalasnya.
Contoh paling simple:
- Setiap titis air susu ibu yang kita minum dari usia kita satu hari. Confirmed tak terbalas nak 'bayar' jasa susu ibu ni.

Tu baru susu ibu.
Belum lagi ibu berjaga malam jaga kita, ibu dodoikan kita, ibu suap kita makan...etc etc..

Saya sendiri seorang ayah sekarang. Isteri saya seorang ibu. Kami dah faham naluri seorang ibu & ayah, setelah kami punyai anak. Call lah mak/ayah kita, jangan sampai mereka ternanti2 panggilan kita. Sedekahkan bacaan Al Fatihah buat mereka setiap hari, termasuk ibu & ayah mertua kita.

Terus saya teringatkan ibu saya pagi ni. Rasa mahu aja pulang ke JB pagi ni, jumpa mak, salam cium peluk mak. Oh ya, itu ibu saya bersama Ustaz Don masa tunaikan haji last year  :)

Sunday, May 26, 2013

Tahniah Ustaz Azhar Idrus

Petang petang Ahad ni, aku bukak FB aku...
Nampak adik aku ada tag satu gambar...

Gambar ni...
Adik aku yg baju hijau tu, husband dia baju petak2 merah putih. Aku baca sekali imbas, sambil tanya lah dia " UAI ni kebetulan ada ke kat majlis kawin kawan kau? "

Sekali rupa rupanya..
Cempedak dah jadi nangka..
Tergelak aku bila aku scroll ke bawah FB , aku nampak pulak status kawan FB aku ni, si YB...

YB yang berbaju melayu hijau cair, tergelak besar ( haii...gelak kenapa tu YB...ambik aura ke? hahaha)....

Rupa rupanya..
Adik aku & husband dia attend wedding Ustaz Azhar Idrus..
Wedding UAI ..isteri yang ke-3
Tahniah UAI..
Moga berbahagia hingga ke syurga

:)

Friday, May 24, 2013

Siti Aisyah

Aisyah binti Abu Bakar
 
Nama penuhnya Aisyah binti Abi Bakar bin Osman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelar Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). Dia juga masyhur dengan panggilan ummul mukminin, dan Al-Humaira’, kerana warna kulitnya sangat putih.
Dia dilahirkan tahun ke-4 atau ke-5 setelah kenabian Nabi Muhammad SAW. Semasa Rasulullah menikahi Aisyah, beliau memberinya mahar sebesar 400 dirham.
 
Keistimewaan Aisyah R.A:
1. Aisyah adalah isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah, dan yang paling banyak merawikan hadis. Dia merawikan 2210 hadis, 279 di antaranya terdapat di dalam Shahih Bukhari.
2. Dia adalah wanita yang paling luas ilmu dan pemahamannya di antara seluruh wanita umat ini. Dia termasuk wanita muslimah yang paling faqih dan paling mengerti tentang sastera dan agama. Banyak pembesar sahabat yang bertanya kepadanya tentang masalah-masalah fiqh, dan dia pun menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka.
3. Wanita yang dinyatakan kesuciannya dalam Al Qur’an. Kecintaan Rasulullah kepada Aisyah pernah menimbulkan kecemburuan di hati sesetengah orang. Mereka menuduh Aisyah berbuat zina, padahal dia adalah wanita yang sentiasa menjaga kesucian dan kehormatan dirinya. Allah telah membebaskannya dari tuduhan tersebut di dalam Kitab-Nya.
4. Tentang Aisyah, Rasulullah pernah mengatakan, “Keutamaan Aisyah atas wanita-wanita yang lainnya adalah seperti keutamaan tsarid (makanan yang terdiri dari roti dan daging) atas makanan lainnya.” (HR. Al-Bukhari)
5. Ketika Rasulullah SAW sakit, Beliau meminta izin kepada isteri-isterinya agar Baginda dirawat di rumah Aisyah.
6. Amr bin Ash pernah bertanya kepada Rasul, “Siapakah orang yang paling Anda cintai?” Beliau menjawab, “Aisyah”. “Dari kalangan laki-laki?” tanya Amr. “Ayahnya, Abu Bakar”, jawab Beliau. “Kemudian siapa?” tanya Amr. “Umar bin Khattab”, jawab Beliau.” (HR. Al-Bukhari)
7. Satu-satunya wanita yang dinikahi Rasulullah yang masih gadis.
8. Aisyah adalah wanita terkemuka dengan segudang keistimewaan, terkemuka dalam kedermawanan, kezuhudan dan sifat-sifat yang mulia.
9. Jibril as. memberi salam kepadanya:
Ibnu Syihab menyatakan bahwa Abu Usamah berkata, “Sesungguhnya “Aisyah R.A pernah mengungkapkan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw. berkata kepadanya, “Hai ‘Aisyah, ini Jibril. la mengucapkan salam kepadamu.” ’Aisyah membalas, “Wa ‘alaihis Salaam wa Rahmatullah wa Barakaatuh (semoga Jibril juga mendapat kesejahteraan, limpahan kasih sayang dan berkat dari Allah), Engkau (Rasulullah SAW) melihat sesuatu yang tidak dapat kulihat.” (Muttafaq ‘alaih)
10. Wahyu turun saat Nabi berselimut bersama Aisyah:
”….Demi Allah sesungguhnya Allah tidak pernah menurunkan wahyu ketika aku sedang dalam satu selimut dengan siapapun di antara kalian (isteri-isteri Nabi), selain Aisyah”. (HR Bukhari)
11. Wanita yang sangat zuhud dan dermawan luar biasa, ahli ibadah dan puasa.
 
 

Thursday, May 23, 2013

Stokin Pengikat Kasih Sayang :P

Habis kerja pulang petang ke rumah..
2 orang hero dah menunggu...

ya, inilah aktiviti anak anak bujang saya setiap petang  :)  . Aktiviti berebut bukak stoking daddy nya...hahaha...aktiviti pengerat kasih sayang tau..:)

Sorang satu..jangan berebut. Cuma stokin utk si Zayyan tarik, memang kena siap siap londeh kan lah sikit. Kalau tak sampai maghrib belum tentu dia boleh bukak semua...hahaha

Dah tarik stokin buat apa anak anak? Pusing2 kan stokin tu macam kipas. hahaha..Tu si Ziyyad tgh pusing2 kan stokin, terlalu laju sampai tak nampak dalam gambar...Habis la mommy korang bising " ingat bersihhhhh sangat sock daddy tu kerrrrr! "...hahahaha....



Aktiviti macam ni, walaupun sebentar ( tak sampai 2 minit pun), ialah antara cara bermesra dengan anak anak seusia mereka. Ingatan buat aku ( dan bapak bapak di luar sana) yang pagi2 dah gi kerja, waktu petang ke malam ni la anak anak nak bermanja dengan kita. Dulu aku cepat emo bila anak anak meragam/buat hal bila aku balik kerja. Rupa rupanya bila aku muhasabah diri ( baca dan dengar kisah2 motivasi/agama/parenting), anak anak itu sebenarnya cuma nak tarik perhatian kita, yang mana dari pagi santak ke petang mereka dah dengan mommy nya di rumah...Tu pasal bila petang ke malam, segala benda mesti " nak makan dengan daddy"..or " nak reading dengan daddy".  


Wednesday, May 22, 2013

Kanak Kanak & Perkahwinan

Ke akhbar online hari ni, terpapar 2 berita , masing masing tentang perkahwinan kanak kanak, dalam 2 situasi yang berbeza:

1) Kanak Kanak 13 tahun berkahwin dengan perogol nya

2) Kanak Kanak 13 tahun kahwini lelaki usia 20 tahun

Untuk kes pertama tu:

- memang wajar pihak berkuasa campur tangan, demi masa depan budak perempuan tu.

- tak tahu apa yang difikirkan oleh ayah kepada budak perempuan tu, dengan membenarkan anaknya kahwin dengan perogol anaknya, dan perogol itu sendiri dah kawin dan punyai 4 orang anak.

- pihak berkuasa agama perlu bertindak tegas, supaya institusi perkahwinan dalam Islam, tidak dipandang serong ( dek kerana tindakan perogol ini)

Untuk kes kedua tu:

- Jujurnya, secara peribadi aku templak perkahwinan ini. Terlalu awal. Jangan jadikan alasan ' alah, nenek moyang kita dulu umur 14, 15 dah ada anak'.  Tapi harus di ingat, nenek moyang kita bukan hidup pada tahun 2013, dan nenek moyang kita masa tu bawak 20 sen dah boleh beli nasi berlauk.

aku kahwin pada usia  27 tahun 5 bulan, dan wife aku masa tu berusia 24 tahun 4 bulan

Tuesday, May 21, 2013

Cuti Sekolah Datang Lagi !

Cuti sekolah datang lagi ( baca ikut lagu ' tora datanggg lagi' )
Kawan sekolah aku tulis di FB pagi tadi, bila tiba cuti sekolah, ialah 'nervous moment'.

Kenapa nervous moment?
Sebab cuti sekolah = holiday = jalan jalan
Tu semua perlukan wang.
Menyediakan bajet untuk 'jalan jalan' ini, memang 'nervous moment'.
Aku setuju dengan kawan aku tu.  : )
Korang yang banyak duit, lain cerita.. :)

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Umpama lembu yang meneropong tu, bila pergi holiday ke negara orang, kita buka pandangan. Kami suami isteri lebih utamakan percutian bersama sama dan makan makan, berbanding spend money buying gadgets. So benar, kami banyak habiskan wang berjalan jalan melancong. Maaf kerana kami tidak punya henfon berharga >RM1000 di rumah.  :). Dan kami bukan jenis kaki shopping.  :)

Berbual di FB, kawan lama aku lagi seorang menyampuk..
Dia berkata " ikutkan hati, holiday ialah masa untuk duduk bersantai santai di rumah..tengok TV..tido..Sebab dah penat kerja...dan wang pun jimat, tak keluar banyak."
Betul juga kata kawan aku tu.
Tapi ..
Boring sebenarnya..
Hidup hanya sekali..
Kenangan bawa anak2 masa kecik jalan jalan ni, hanya sekali je datang.
Gigih la aku cari duit, sediakan bajet..takpe..
Self reward juga tu..
Disamping eratkan hubungan dengan anak anak.

Duduk santai santai mengadap sawah teres dan gunung ganang, menghirup segelas air buah..test kopi luwak..haha...gelak tawa dengan anak isteri...hilang stress kan...hilang rasa penat sediakan bajet nak pergi bercuti  ;)

Dan kami cuba utilize masa sebelum anak anak kami masuk umur persekolahan...
Ziyyad boleh aja 'di cutikan' in case kami perlu long holiday seminggu dua.. just inform cikgu kat Genius Aulad dia tu (tapi tak la kami amalkan dia ponteng tadika, lagipun, bayar mahal mahal RM268 tu sebulan  :P  ) 
Sebab once anak anak dah mula bersekolah rendah..
Nak jalan jalan, kena tunggu cuti sekolah.

Bila cuti sekolah..
Semua hotel jadi mahal..
Semua pusat pelancongan padat sendat macam tin sardin..
Gi makan kat kedai nasi goreng RM4.00 jadi RM6.50..
Highway jadi jem..elok elok nak release tension bercuti..terus jadi stress sangkut jem  :)

Boleh aja nak elakkan pengalaman stress / sendat padat / hotel mahal / traffic jem tu..
Gi bercuti kat tempat yang takde cuti sekolah.
Makna nya..
Over the sea lah !
Duit lagi tu!!! 
Ha ha ha...









Monday, May 20, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat guru guru aku..
Di sekolah dulu, aku bukan lah murid yang cemerlang.
Biasa biasa aja.
Tak la corot, tak lah nombor satu.

Guru mmg main peranan besar kepada murid murid..
Masa aku form 4 - form 5, aku mmg bebal Add Math.
Kalau tak failed, lulus pun cukup cukup makan aja.
Add Math aku untuk SPM aku dapat C4. 
Aku tak salahkan cikgu Add Math aku 100%, sebab aku sendiri kurang berusaha.

 Peranan cikgu rugby kami( our beloved coach) sangat besar. Kami menjadi team yang hebat di negeri Perak, hanya setakuk di belakang MCKK yang dah memang tradisi nya main rugby.  :)

Namun macam aku cakap, guru itu main peranan besar.
Sebab bila aku ambil New South Wales Higher School Certificate ( NSW HSC...ala ala STPM untuk sekolah sekolah di Australia), aku dalam ranking top 5 % yang terbaik untuk kertas matematik.

Masa HSC tu, ada kertas matematik 1 ( standard susah sikit dari Add Math), dan matematik 2 ( gila punya susah, taraf budak university tahun 1 & 2 punya level). Dek kerana bagusnya aku dlm matematik 1 masa tengah belajar utk HSC, aku confident daftar dan belajar utk matematik 2..dan alhamdullilah, mmg aku score top 5% terbaik utk kedua dua kertas tu, terbaik mengalahkan 95% students dari seluruh benua Australia dan lain lain negara yg ada ambil HSC .

Point aku disini bukan sebab aku nak riak berlagak aku score HSC tu, bukan.
Point aku ialah PERANAN GURU dalam memberi sokongan, cara pengajaran yang efektif.

Cikgu Add Math aku zaman sekolah dulu, maaf cakap,memang kurang effektif dalam mengajar. Lebih beri penumpuan pada budak2 yang memang dah pandai Matematik. Kami yang lembab ni, tercengang cengan la nak cuba pick up apa yg dia ajar ( tak berapa ajar pun). Memang lah kami semua yang masuk ke tingkatan 4 tu, masa PMR dapat 8A semua subjek, termasuk Matematik. Tapi tolonglah jangan gunakan ' alasan ' kami semua 8A sebagai escapism untuk mengajar kami secara cincai boncai, anggap kami semua memang semulajadi genius. Dalam semua 250+ students di situ yang semuanya 8A, tahap pemahaman setiap subjek tu berbeza beza. Ada yang cekap Matematik, ada yang cekap Fizik, ada yang cekap Biology, dan lain lain. Dan tahap 'kelembapan' itu pun berbeza beza, walaupun masa PMR dapat 8A. Aku sendiri sedar, masa Form 4 & Form 5, aku cekap Sejarah, Biology, dan Kimia, dan lembab/kayu dalam subjek Fizik & Add Math.

Bila aku start kelas HSC NSW( lepas SPM), cikgu matematik aku sangat, sangat effektif.
Dia pandai tackle student, pandai tackle kelemahan student.
Dan effektif mengajar.
Jadinya, student yg lembab Add Math macam aku dulu pun, jadi teruja dengan stail pengajaran beliau.
Dan sebab teruja dan kagum dengan usaha cikgu ni aku sendiri mencabar diri, nak buktikan aku boleh berjaya. Dan alhamdullilah, aku berjaya.

Apa apa pun, bukan lah aku nak kondem cikgu Add Math ( dan Fizik aku jugak, yang sama aja stail nya, ngajar cincai boncai) aku 100%. Ada juga jasanya mengajar aku, aku ucapkan, ribuan terima kasih. Cumanya, kalau cara pengajaran tu dipertingkatkan, tak pelik kalau peringkat form 4 - form 5 tu aku boleh cemerlang dalam subjek Add Math ( dan Fizik )

Motif aku tulis ni, sebagai peringatan kepada diri aku( yang sebagai parent, ada anak), dan tenaga pengajar/cikgu di luar sana bahawa:

  • - peranan guru itu penting, guru menjadi role model terbaik.
  • - guru harus kenalpasti kelemahan student, walaupun dia mengajar kelas budak2 pandai, dalam semua yg pandai, pasti ada yang 'bodoh/lembab' dalam pandai...hahaha
  • - peranan ibubapa kenalpasti kelemahan anak anak, jangan serahkan 100% kat cikgu.

Selamat Hari Guru.  :)

Friday, May 17, 2013

Lihatlah Sunset dari Mata Hati

Experiencing gorgeous sunset at the Busselton Jetty, Busselton, Western Australia



Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal  - Surah Ali' Imran, ayat 190

Thursday, May 16, 2013

Akhirnya, KJ berjaya :)

Akhirnya, berjaya juga KJ..
Tahniah..

:)

 Khabarnya (menerusi FB semalam dan hari ini), ramai anak anak dara dah mula pasang impian nak rajin bersenam, angkat besi, berenang , berlari.(ikut irama lagu tu yer)..Itulah penangan KJ jadi Menteri Belia dan Sukan  :P


Tak kurang menarik juga, Chairman Hindraf, P. Waythamoorthy di lantik Senator, dan menjawat jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ironinya, dia sendiri tak tahu perlantikannya, dan dia masih berada di India sekarang, dan akan balik ke Malaysia, Sabtu ini. (sumber).  Jadi, jangan terperanjat, kalau tiba2 anda sedang berada di Australia ke, Bali ke, tetiba dah dilantik jadi Senator...:P

Sekian.

Wednesday, May 15, 2013

WW: Rindu pantai, laut, camar.


Tuesday, May 14, 2013

Naruto

Masih berkisar pasal wife aku..
Sebab semalam sambut anniversary ke-7, dan before that Mother's Day..
Yang uniknya pasal wife aku..
Dia bukan tipikal women..
Yang suka layan drama melayu/filem melayu/artis..
Wife aku, mmg lebih suka layan NCIS, Hawaii 5 O, CSI, dan seangkatan dengannya..
Juga lebih prefer layan Nat Geo,Discovery Channel, History, AFC berbanding Mustika, Raja Lawak, AF, etc etc..
Tu pasal kat rumah kami, memang tak pernah bukak drama/filem Melayu..
Jadi jangan cerita pasal artis/pelakon Melayu, mmg wife aku tak kenal  :)

Cuma satu keunikan dia yang aku tak pernah join sama sama tonton..
Dia memang penggemar anime..
Aku layan jugak Dragon Ball...
Tapi wife aku lagi advanced..
Layan Naruto tu....hahaha..


Dek kerana mommy nya rajin layan Naruto..
Anak dia pun, jadi Naruto malam tadi...




Itu lah padahnya bila budak umur 2 tahun, di berikan pen whiteboard, tanpa pengawasan...:P

 
 Semput daddy nak jaga supaya tak di contengnya karpet..huhuh.
Conteng lantai/dinding takpe lagi, boleh bersihkan guna Yeyen punya wet tissue..
Conteng karpet kalu..
Menitik air mata daddy la..hahaha..

Tu pasal jiran aku yang aku baru lawat newborn nya baru baru ni..
Kat rumah dia langsung takde karpet..
In fact, memang konsep minimalis betul rumah dia..
Aku kalau nak tiru konsep tak berkarpet & minimalis ni..
Jawabnya, tahun 2016 or 2017 lah baru berseri kembali rumah dgn macam2 perabot/leather sofa empuk/karpet..hahaha..Sebab masa tu anak bongsu dah umur almost 4 tahun, Zayyan dah 6 tahun & Ziyyad, 9 tahun..  :)

Monday, May 13, 2013

Happy 7th Anniversary

Happy 7th anniversary, 13th May 2013
Moga kita berbahagia hingga ke syurga kekal abadi

29 weeks pregnancy, 11th May 2013. Thank you sebab mengandungkan anak anak kita. I memang tak larat la nak mengandung. Respect, salute, really really appreciate it..happy belated mother's day too.

By the way, terima kasih ya Makcik, saya dah dapat t- shirt yang ohsem ini. Kepada yang inginkan t-shirt ini ( dan 100% hasil jualan disumbangkan ke Tabung Perwira Lahad Datu), boleh la ke entri MakcikKantin ni.

Friday, May 10, 2013

Newborn in the house

Malam tadi buat lawatan ke rumah jiran, melawat baby baru..baru 4 hari usianya..
Lawatan  silaturrahim sekali dengan lawatan tolong check kan tali pusatnya..
Tali pusat berdarah sikit...

Keadaan tali pusat tu hanging sikit, bleeding sikit..it's common..Nothing to worry...Buat simple normal saline dressing, dan advised parents nya supaya dressing selalu to prevent infection.

Baby girl, lahir dengan berat 3.5kg. Alhamdullillah sihat, tiada komplikasi..cuma mild jaundice ( physiological jaundice) yang akan clear off dengan perbanyakkan breastfeeding. 

Zayyan with the baby. Dia macam terpegun tengok newborn. Tenung aja. Hahaha..macam manalah nanti reaksi dia bila adik dia keluar nanti bulan July ni...Oh ya, jiran aku ni, sekarang dah ada 3 anak perempuan...Masa pregnant kan baby ni, si suami mmg harapkan baby boy. Tapi rezeki Allah, tetap baby girl. Terbalik dengan aku pulak...Insya Allah bulan 7 ni cukup 3 boy..haha..

Dulu aku ada tulis pasal tali pusat newborn ni..
Kepada yang nak baca/buat rujukan, boleh ke SINI

Thursday, May 9, 2013

Menang Sorak, Akhirat Tergadai

Perjuangan bermula dari dalam..
Dari diri sendiri..
Membawa ke keluarga.
Bukan semua benda, salah pemimpin.
Kita semua pemimpin, cuma level nya sahaja berbeza.

Tak salah kita menolak mereka yang korup, malah itu bagi aku, wajib.
Tapi muhasabah diri sendiri.
Kita beria ia tolak orang yang korup..
Kita beria ia kata orang tu akhlak teruk, budi pekerti teruk..
Kita beria ia kata orang itu makan harta haram..
Tapi diri kita sendiri, pernah muhasabah?
Pernah fikir tentang prestasi diri sendiri yang selalu culas masa kerja?
Yang selalu menipu MC?
Yang tak bertimbangrasa di jalanraya, walaupun kopiah melekat kat kepala masa memandu?
Yang mulut masih berkepul kepul keluar asap rokok, walaupun jelas merokok itu haram?

Maaf..
Entri ini bukan entri menghentam mana mana ahli parti politik.
Dan juga bukan menyokong mana mana ahli parti politik.
Aku memang tak boleh jadi hipokrit.
Yang mana salah, memang aku kena tegur.
Yang mana betul, memang perlu aku kasi kredit.


Wednesday, May 8, 2013

My Breakfast Today.

Breakfast ala kampung pagi ni..
Se-mug Old Town White Coffee..

Dan home made cake...

 Sepotong Chocolate Indulgence penuh kasih sayang


Sepotong Pecan Heaven cake yang memang heaven...penuh dengan nikmat butterscotch, white choc & of coz, pecan nuts.


Nak breakfast benda yang sama macam saya?
Lihat lah FB wife saya, MommyZZ...
Halalan, toyyiban...

Tempahan terakhir di ambil ialah pada 30 May 2013.
Selepas itu tokey bakery akan start bercuti, dijangka bersalin pada 12 Julai 2013.
Kedai macaron & cakes akan dibuka Insya Allah sebulan selepas bersalin...Akan diberitahu kelak.
Nantikan bakery class MommyZZ hujung tahun ini..Insya Allah..

Tuesday, May 7, 2013

Daddy Day Out: Dataran Merdeka, KL City Gallery & Istana Negara

Tutup buku cerita PRU 13.  :)
Sambung kisah Daddy Day Out masa cuti Labour Day lepas..

Selepas ke Tugu Negara..
Pergi pulak ke Dataran Merdeka..

Teringin juga nak alami pengalaman bersesak sesak kat sini menjelang 12am, 31 Ogos...Mungkin la bila hero hero dah besar sikit...Kalau tak, memang aku & wife tak suka bersesak sesak..Layan bunga api kat TV lagi relax...hahaha...cuma kurang la feel nya, ye tak?

Kelab Di Raja Selangor, juga dikenali sebagai The Spotted Dog ( haha..aku baru tau lepas Google utk tulis entri ini). Kalau korang nak jadi member, Ordinary Membership disini ialah RM 12, 500 sahaja ya..:) .  Boleh ke laman web mereka utk keterangan lebih lanjut Royal Selangor Club. Aku rakyat marhein, join kelab gym biasa biasa aja la mampu...keh keh keh.

Nak datang sini malam malam lain kali, for night photography. Memang ramai member2 blogger yang ambik gambar lampu lip lap lip lap kat Bangunan Sultan Abdul Samad ni. Nampak tak Wisma Lee Rubber kat belakang tu? Dikatakan ia sebagai bangunan pejabat tertinggi di KL yang pertama setelah ia siap dibina pada tahun 1980. Ianya setinggi 29 tingkat.

Di samping Queen Victoria Fountain. Blogger Wak Gelas ada ambik gambar lampu lip lap lip lap kat sini, animated lagikkk  :)  Air pancut ni di import dari England okeh, dan dipasang siap di Tanah Melayu pada tahun 1897.

Ada mural yang dibuat menggunakan batu2 marmar kecil kat sini

Mural ke semua Perdana Menteri Malaysia


Berdekatan dengan Dataran Merdeka ni, ada  KL Gallery..
Tak pernah umur masuk galeri kat KL ni..:)
Hari pun dah makin panas( almost 12pm masa tu)..so masuk galeri mesti ada air-con  :)


Sekarang ni di KL City Gallery ada pameran " 360 degree view of Kuala Lumpur". Cun jugak la model2 bangunan tu, in full details.

masuk dalam galeri ni, tengok2 aja la...terlupa plak nak beli baju " I Love KL" 

Belakang Dataran Merdeka ni rupa rupanya ada perpustakaan kanak kanak...
Ooooo...aku baru tau....:)

Sebelum pergi lunch, aku rayau rayau pusing KL..
Maklumlah, aku kan kayu dengan jalan2 kat KL ni..
Sekali masuk Jalan Duta, nampak signboard Istana Negara...so, jom terjah!


Bergambar dengan pengawal berkuda & pengawal berdiri terpacak tegak adalah wajib kalau gi Istana Negara kan, so Ziyyad pun bergambar lah. Sayang, dulu masa kat Istana Negara lama tak terfikir nak ambik gambar macam ni.

Kebetulan masa kami datang, ada istiadat tukar jaga istana... :)

Sebenarnya, ada banyak lagi attractions kat KL yang kami tak sempat singgah hari tu..
Takpa, hujung minggu sentiasa ada..
Slow slow nanti kita khatam kan segala attractions yang ada 'negara' di belakang namanya  :)

Monday, May 6, 2013

Buka Mata




Jangan asyik nak bertelagah..
Nanti 'Menang Sorak Kampung Tergadai'
2013..
Dah tunjuk aura..

2018..
Kalau Melayu Mudah Lupa..
Kalau Melayu masih penuh hasad dengki sesama sendiri..
Kalau Melayu hidup hidup kena tipu dengan 1001 janji manis si gunting dalam lipatan..
Maka..
Masa itu...
Kena ubah lah tagline Hang Tuah..
" Tak akan Melayu Hilang Di Dunia "

Sunday, May 5, 2013

5 May 2013

Mari lah mari...kita mengundi...
5 May 2013...

saluran 5...tingkat 2 di sebuah sekolah

gigih beratur...datang awal pagi, sekitar 9am...nak elak panas berdenting

dakwat kekal lepas di calit. Letak gambar ni kat FB, geng2 sibuk pulak komen bentuk kuku aku bentuk kuku cawan..dem! hahaha

Jam 10am, selesai aku, adik aku, mak & ayah mengundi. Perut pun lapar sebab tak breakfast lagi, so kita tuju ke ZZ Sup Tulang la...terbaik!


Sekarang jam 7.31pm, 5 May 2013..
Nak solat jamak maghrib + isyaq..
Nak dinner awal..
Lepas tu, ngadap TV dengan gigih okeh..
Tengok keputusan PRU  :)

Friday, May 3, 2013

Ku Tembak Jatuh Roket







Malam ini, Insya Allah kami akan pulang ke JB
dengan misi..
"Menembak jatuh roket di Gelang Patah"

ya..
undi saya..
mungkin bukan rahsia lagi

saya cintakan agama saya
saya cintakan negara saya
saya cintakan bangsa saya

sekian
selamat mengundi kawan kawan
doakan keselamatan perjalan kami
dan saya juga doakan keselamatan perjalanan kalian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...