Tuesday, April 30, 2013

Promosi Pizza Hut

al kisahnya...
semalam tertarik dengan iklan ni..
sebab rasa rasanya tak lah ramai yg akan serbu..
tak macam tawaran subway dulu...
aku mmg malas nak berhimpit beratur panjang..


sebab nak kejar maghrib..
spend 35min aja kat gym..
cepat cepat gi kedai pizza ni lepas gi gym..
alhamdullilah...ada 2 org aja depan aku yg guna kupon ni..

by the way...ada 2 mamat melayu yg sibuk bincang bisnes kat meja luar kedai pizza ni..
selamba aja pong pang pong pang...relax aja...takde tanda tanda nak berhenti berbincang..
jam dah 7.50pm...aku pulak yg naik risau ..dgn aku nak kejar maghrib nya..dgn mamat 2 org tu..
tapi jgn ikut hati dan perasaan..sangka baik...mereka mungkin musafir...

Setelah 17 minit menunggu.....
Hasil tangkapannya. Tak tahu la betul betul untung (jimat RM30 bagai dikata) ke tidak. Tanya wife aku, dia cakap material/bhn mentah untuk buat pizza yg dlm promotion ni tak sama( lebih murah?) macam pizza biasa...

Sambil makan pizza..
Sambil layan Monk..
Oh ya, tiap2 malam kami layan Monk..
Dulu masa astro dok tayang The Nanny, tiap2 malam kami layan nanny fran tu..hahaha..
Tengok Monk ni, menjadikan kita belajar lebih peka..abaikan aja sifat OCD keterlaluan dia tu..yang mana bagus, kita ambil tauladan..:)

habis tengok Monk, banyak ni aja pizza yang luak. Menjelang 12 tgh malam tadi, ada lagi beberapa keping pizza. So, pagi ni aku bfast pizza  :)

Tobat..
Takmau makan pizza dah..
At least sampai PRU ke 13 nanti..
Hahahaha..

Monday, April 29, 2013

Makcik Ros Sukaaaaaaaa.....hahahaha

video

ya ampun ziyyad..
daddy & mommy tak ajar eh lagu tu..
daddy suruh posing aja sambil joget2...
tup tup terus menyanyi lagu tu !
senyum makcik Rosmah kalau dia dengar tauuuu..bahahaha..

ps: Asalnya tu lagu " I Love Allah...I Love Allah...So Do You..." yang Ziyyad belajar menyanyi kat Genius Aulad. Dia sibuk tanya banner yang dia pegang tu tulis apa, so mommy pun cakap lah " I Love BN".  Tiada unsur brainwash ya dalam insiden ini. Ianya secara spontan sahaja. Harap maklum  :)

Friday, April 26, 2013

Hablumminallah, Habluminannas

Rutin setiap pagi Jumaat....


" Butang baju aku mana Pahhhh? " 


Tu dulu la..
Zaman zaman Pah pun takde lagi ( belum kawin)...
Bila dah kawin...tiada lagi tergagau mencari butang...
Thanks to my "Pah" yang sediakan bekas menyimpan..:)

pagi tadi masa memilih butang, baru sedar...wahhh..banyak butang baju melayu aku...kalaulah setiap sebiji butang ni boleh jual RM100, pakcik kayo!  ~hahaha

Satu lagi yang aku perasan setiap hari Jumaat.....

kopiah aku

Ialah dah mmg susah nak cari lelaki pakai songkok gi masjid..
Majoriti berkopiah..tak kisah la fesyen apa pun kopiah nya..
Aku sendiri pakai songkok setahun sekali, masa hari raya  :)
Songkok ni bagi aku, panas...susah nak jaga...nak basuh pun tak bleh..

Bila gi rumah Allah hari Jumaat..
Kita jaga hubungan kita dengan Allah...Hablumminallah...
Tapi ingat...Habluminannas pun kena jaga juga..
Dah tau nak berzikir panjang lepas solat Jumaat, jangan la block kereta orang..
Ambik wudhu tu, agak agak la..jangan membazir dan jangan orang kat sebelah pun kau wudhu kan..

Habluminannas ni pun kena jaga. Selipar masjid tu hak awam ya.

Thursday, April 25, 2013

Johor

Memang benar, kami rakyat Johor berbeza dengan rakyat negeri lain..



Kami ada:

kami ada beriani gam

kami ada kacang pool

kami ada mee rebus gear box power

kami makan goreng pisang, cecah kuah kicap

kami ada air kathira abu bakar

Dan....
Sultan kami pun berbeza okeh..

kacak bergaya berteluk belanga, baju dan seluar lain lain color( seluar slack), sampin masuk dalam  :)

Wednesday, April 24, 2013

Tommee Tippee


Dah mula membeli sedikit demi sedikit keperluan newborn.
Benda benda tentang newborn ni, semuanya comel kan..
Kami yang expecting anak ketiga ni pun, tetap rambang mata masa gi Mothercare hari ahad lepas..
So bayangkan tahap excited bagi yang pertama kali bergelar ibu/bapa..contohnya dalam masa terdekat ni, blogger Munn  :)

Yang ketiga ini pun boy.
Memang susah nak cari baju seluar yang fancy/unique/cantik  untuk boy kalau gi general store kat Malaysia ni. Yang melambaknya baju2 cantik untuk girl  :P   .  Tu pasal kena masuk kedai macam Mothercare, tak pun gi shopping kat Metrojaya or Isetan...Kat kedai kedai macam ni lah ada variety baju2 untuk boy.

Persediaan newborn kali ni berbeza sikit berbanding dua orang abangnya sebelum ni..
Sebab newborn kali ni, unfortunately tak boleh breast feeding.
Tak boleh diberi susu ibu sebab mommy nya kena makan ubat thyroid.
Sedih memang sedih, tapi Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik, kan?
Dan Allah itu Maha Adil, dah di anugerahkan peluang buat mommy untuk b/feed kedua dua abangnya sebelum ini, genap 2 tahun menyusu badan.
Jadinya, persediaan kali ini banyak memborong set botol susu newborn.

Kepada yang tiada kekangan kesihatan..
Breastfeed lah baby anda..
Jangan terlampau manja menjadikan kesibukan kerja sebagai alasan..
Menjadikan 'tiada susu' sebagai alasan..
Hendak seribu daya..
Tak mahu seribu dalih..

Monday, April 22, 2013

Petrosains Suria KLCC

Cuti hujung minggu lepas, plan nya nak bawak budak2 ni gi pantai..
Main pasir, buat sandcastle, picnic, tembak sunset.....Dah lama nak picnic setelah last vacation bulan December lepas ke Terengganu tak dapat picnic dek sebab musim tengkujuh..hahaha..

Malam Sabtu tanya Ziyyad...nak gi beach tak?
Ke nakgi KLCC..kita gi Petrosains ( teruja nak pegi lepas berkurun tak pergi & lepas baca blog akak Singa ni)
Selamba aja dia jawab  " tak nak lah, beach panas, kita gi KLCC la best, sejukkk"
Kah kah kah...

 senyum la kau Ziyyad...sebab sejuk dalam Petrosains ni kan...:P

Bagus bawak anak anak seawal usia 4-5 tahun macam Ziyyad ni...Boleh expose mereka pada dunia sains, keajaiban sains ciptaan tuhan...banyak interactive games dalam tu yang boleh mereka main..

Interactive games dalam Petrosains ni ada yang sesuai utk budak sekolah, ada yang sesuai untuk budak2 sebaya Ziyyad...so kena pilih...cuma untuk budak seusia Zayyan aja yang takda sangat..pameran pameran yang ada banyak unsur sounds & color with motion, haaaaa..yang macam ni boleh attract minat toddler 2 tahun macam Zayyan  :)

ada diorama..menunjukkan bagaiman bumi zaman dinosaur, letusan volcano( asap aja ada hokeh, lava nya lampu lip lap lip lap)..ada street magic show...part dinosaur tu memang aku gelak la...dinosaur menyanyi..hahaha

my two lil Einstein :)

tak pernah bawak budak budak ni gi tengok F1 kat Sepang...kita tengok kat Petrosains aja la dulu yerrr..


Dah jalan jalan, main2 interactive games, penat jugak woooo..
Kot tau aku pakai sport shoes...
Kita berhenti rehat, berhenti isi tank dulu...
Molecule Cafe nama cafe dalam Petrosains ni..kecik aja...sempat lah si Zayyan membaham donut sebiji..kah kah kah..Cuma kalau time orang ramai, tak tahu lah sesak macam mana cafe ni..sebab cafe ni memang kecik aja pun...

Kita sambung jalan jalan lagi lepas makan minum...
Jenuh la ziyyad berfikir. Tapi aku respek la budak budak volunteer kat sini...Memang nampak mereka happy, ceria, suka dengan tugas tugas kat sini..

game bola virtual pun ada  :)

Exhibit yang menarik juga: Oil Platform. Pakcik si ziyyad & zayyan ni kerja oil platform kat Terengganu tu..So gambar2 ni nak tunjuk kat pakcik mereka, nak eksyen dengan paktih mereka...kikikiki..

Best juga exibit yang ada dalam ni, sesetengahnya boleh jadi bahan eksperimen kaki kaki menembak macam aku...:)


Habis aja melawat Petrosains, kat sebelah luarnya ada pulak pameran Sultan of Science...
Wife aku dah tak larat, ye lah, dah 27 weeks pregnant..
Kaki aku pun dah lenguh..
So, next time la ya...
Overall, bagi aku berbaloi bayar RM15 dewasa, RM5 kanak2 umur 3- 12 tahun untuk experience benda benda dalam Petrosains ni..Macam kami, ambik family ticket ( 2 adults + 2 kids). Baru RM30.

bye bye ! ni e-card yang boleh di pos dari dalam Petrosains.

Kita gi derma duit kat shop lot yang ada dalam KLCC ni lepas tu...hahaha..
Cuma tang bayar parking la ...RM24.00! ( from 9.40am - 5.30pm)  :P

Thursday, April 18, 2013

Lompat Si Katak Lompat




Tak kiralah apa jua medan perjuangan anda..
Jadilah pejuang yang bermaruah..
Tetapkan pendirian anda..
Berjuang untuk rakyat ( baca: jadi hamba rakyat)
Atau
Berjuang untuk tembolok sendiri ( baca: menghambakan rakyat)



Ali Imran: 147
“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.”


Amin, Ya Rabbal Alamin..


Wednesday, April 17, 2013

Luton Van

Bila pulang ke JB, kalau sempat, mesti melepak kat dataran..
Menerjah van luton..


Bukan sebijik dua van nya..
Ada lah dekat 20+ biji kot..
Majoritinya, jual benda ni..

aku panggil 'cocok cocok'. Ada yg panggil 'steamboat cucuk'...ada yang panggil ' yong taufu cucuk'. Apa apa pun sekali cucuk RM1 ke RM2 tau...hahaha...seronok ambik, seronok membayar, ala ala makan pasemboq kat Penang sampai tersemboq bila nak membayar..:P

Tauhu bakar. Sorry, composition gambar tunggang langgang. Perut dah lapar, pegang kamera pun nak cepat cepat letak..hahah..

Motif aku tepek gambar luton van & tauhu bakar ni?
Kat mana boleh cari makanan serupa ini kat area Shah Alam / KL haaa?

Tuesday, April 16, 2013

Tapau

Lunch hour sudah..Baru sempat nak update blog...
Memang aku jadi bosan bila tiba lunch hour..
Dah boring asyik makan nasik...
Dah boring asyik fikir nak makan apa..

So, back to basic.
Tapau from home..
Jimat, confirm sedap, lebih menyihatkan :)
Kalau gi Subway, sah sah kena RM10 paling murah  :P
So, akan cuba istiqomah tapau lunch lepas ni..

a homemade chicken sandwich with a lot of salads, tomatoes, and not to forget, pickles :)

Monday, April 15, 2013

Ketahui Hak Kita Sebagai Pengundi.


Friday, April 12, 2013

Kisah Petang Khamis 11 April 2013

Semalam petang check up MommyZZ di KPJ..
Bacaan thyroid hormone T4 dah normalize setelah ~ 2 minggu makan ubat antithyroid..
Dosage ubat di naikkan utk kawal hormone, sebab hormone level perlu stabilize before going to the elective Caesarean section bulan July nanti.
Jumpa juga dengan Obstetrician, 3D scan show baby berkembang normal, alhamdullilah.

Lepas gi KPJ..
Gi tengok kereta kodok untuk MommyZZ  :)
Kodok takde promotion. Takyah beli kodok dulu. Kodok 2.0L mahal membunuh, not worth it cakap orang yang takde duit. Tak kisah la sapa sapa menang PRU nanti, pls bring down the car prices ok. Cars in Bolehland adalah overpriced. Period. Kodok macam ni jadi kereta harian sahaja kalau kat kampung Ziyyad..hahaha..

Lepas tengok kodok..MommyZZ ajak gi jasko..
Nak tgk barang2 newborn katanya...
Jasko pun takde sales..huhuhu..
Tanya promoter, dia kata next sales lagi ampat bulan!
Weh, baby nak keluar lagi 3 bulan!
Botol2 susu punya set pun tak banyak kat jasko...
Kena lah merempit ke mothercare lepas ni..

Jalan jalan dlm jasko..
Rasa haus..
Kita pekena kopi. Aku panggil kedai ni " starbuck rakyat marhein". Hahaha...Rakyat marhein macam aku, cukup lah minum kopi kat kedai marhein. Urang cop duit boleh selalu minum kopi belas belas ringgit kat setabak/dom/kopibin tu semua  ;)

MommyZZ masa pregnant ni..
Memang mengidam kuat makan Tako ni..
Aku pun layankan aja..
Walaupun aku tak makan set unagi tu, belut katanya..
Puas mommyZZ suruh try, aku makan Tako yg biasa aja..
Oh ya, makan Tako kat kedai starbuck rakyat marhein adalah ohsem ok...hahaha
Malaysia mmg unik. Kita duduk di Malaysia, makan makanan Jepun, yang disediakan oleh warga Bangladesh. Mamat ber-face masak tu mamat Bangla yang fluent amat English nya. :)

Sekian kisah petang Khamis kami semalam, 11 April 2013.

Thursday, April 11, 2013

Waghih: Part 1

Kampung den..
Wan den duduk sini..
Wan den sayang kampung dio..
Pueh anak menantu ajak tinggal JB, tinggal KL..
Rombau jugak jadi pujaan  :)



Rombau Most Wanted yo!  :)
Waghih.....
Den pun tak sangko..
Rupo rupo nyo..
Den menikah dongan org Nismilan yo.. :)



"Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak2 sekarang
Susah sikit yo
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik2 cito2 angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo'an daratan
Sapo tak pueh ati
Jom kito jumpo dopan dopan"



"Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dh ghobeh
Baru payung nk dibuko?
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah'an semuo urang

Polik Bona bilo pikir orang tuduh bukan2
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik
KAU BOLEH POIE JALAN"

Wednesday, April 10, 2013

Rombongan Cik Kiah

Model Genius Aulad 2013 dgn harapan takyah bayar yuran bulanan jadi model..haha



Yippeee!!  Seronoknya dia..excited nya dia pagi ni...


Padan lah seronok..
Pagi ni trip pergi Aquaria KLCC...pergi chocolate factory..
Daddy dulu masuk sekolah menengah baru dpt ikut rombongan sekolah tau..hahaha

Tuesday, April 9, 2013

Padahnya Bila Tak Update Alamat Kat Mykad

Aku punya pusat ...


Wife aku punya pusat...



Lagi mencabar dari ' nak buat pilihan balik kampung siapa raya tahun ni' ...hahaha..
Raya yang ni, kalau nak betul betul beraya, kena balik kampung masing2 dalam satu hari!
Nasib baik den JB, wife den Nilai.
Kot den JB, wife den Wakaf Che Yeh? Ada parti yang nak sponsor tiket eroplane? hahaha..

Monday, April 8, 2013

Kurang Ajar

Korang nak pacak bendera, go ahead. Cuma kalau bendera tu jatuh kena kereta aku, aku saman korang atas alasan negligence.

Korang nak memekak berceramah, go ahead, aku tak kisah dan aku tak punya masa nak duduk buang masa dengar fitnah korang menceceh, and this apply to both camps ya.

Korang nak menceceh tak habis2 kat TV, go ahead, aku boleh bukak channel lain..layan channel binatang atau Discovery, lagi berfaedah.

Korang nak penuhi dada dada akhbar dengan cerita2 fitnah dan mitos korang, go ahead, aku tak kisah sebab aku tak beli suratkhabar.

Tapi,

Bila korang tengah2 malam hantar SMS kat henfon aku..
Ni dah kurang ajar..

Aku tak suka..
Aku tak minta..
And this also apply to both camps ya.
Aku tak peduli siapa korang, BN ke, Pakatan Rakyat ke, pls, pls jangan menyebok hantar SMS kat henfon aku lagi.


Thursday, April 4, 2013

Neraca Seimbang

Alhamdullilah, semalam berpeluang ikuti slot Momentum (setiap petang Rabu jam 5.15pm di radio IKIM), dan paling menarik, mereka menjemput UZAR (yang terkenal sebelum ini dgn slot Muamalat beliau, dan dirindui majoriti pendengar tegar termasuk aku) untuk mengulas topik:

"Penulisan di Media: Antara Benar dan Palsu" 

Intipati penting yang aku rasa wajar aku berkongsi dengan rakan rakan blogger ialah:
  1. Tanggungjawab kita bila menulis di ruangan media baru ( Facebook, blog, twitter, etc), kita bertanggungjawab atas setiap penulisan kita. Kena ingat bahawa Raqib & Atid sentiasa mencatat. Ingatan untuk diri aku sendiri, bahawa media baru ini boleh jadi platform untuk kita jana pahala berterusan, atau nauzubillah, jana dosa berterusan. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." (Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
  2. Tanggungjawab kita bila membaca, perlu menjadi adil. Perlu dengar kedua dua belah pihak, dan kemudian buatlah pilihan atas apa yang kita percaya. Jangan hanya menilai sesuatu berdasarkan satu sumber sahaja. Ini tanggungjawab kita, lebih lebih lagi di kehangatan PRU 13 ini. " penat lah/ susah lah nak baca semua sumber ". Maka jawab UZAR " memang jalan ke syurga itu penat & lelah, kena kerja kuat, dan jalan ke neraka itu berehat rehat dan menuruti nafsu", sesuai dengan sabda Baginda  " Di hiasi jalan menuju ke syurga dengan perkara yang dibenci oleh manusia, dan dihiasi jalan menuju ke neraka dengan segala keinginan manusia"(riwayat Bukhari & Muslim). Dengar dan baca TV, radio, internet. Gunakan semua sumber.


Jadilah kita manusia yang tuhan anugerahkan akal fikiran.
Binatang aja yang tiada akal.

Ulang tayang gambar kangaroo sebab nak jawab soalan PakCikLie di entri INI, bahawasanya saya tidak berkempen dalam entri itu ( dan tak akan berkempen untuk mana mana parti sekalipun ), dan entri itu perlu dibaca ( dan difahami) dengan akal yang kritis :P

Wednesday, April 3, 2013

Thyroid Disease in Pregnancy - Final Part

Sambungan dari entri INI.

Hari kedua di ICU, keadaan wife aku dah mula stabil sedikit, temperature dah turun( walaupun masih demam sikit), tekanan darah dah normal. Cuma nadinya masih laju. Hari kedua ini aku berbincang dengan Dr Jeffery, sambil melihat keputusan pelbagai ujian darah & xray, yang mana semuanya normal. Hairan, pelik. Di mana silapnya?  

Kemudian...

Tergerak hati Dr Jeffery nak periksa leher wife aku. Aku pun check sama. Sakit sedikit disitu bila disentuh! Sejarah perubatan wife aku di korek, ditanya dengan lebih dalam lagi. " ada tak on off demam selama ni?". Memang ada sikit2 demam, tapi wife aku cakap, standard lah, bila doktor dah ada dalam rumah, takde apa nak risau, makan panadol, suami periksa, ok lah tu. Dr Jeffery tergelak dan dia pun akui, itu memang norma pasangan yang mana suami/isterinya ialah doktor. Wife dia pun begitu, kata Dr Jeffery. 

"It must be thyroid"..kata Dr Jeffery. " I would run the test for thyroid".
Aku setuju, cuma aku doubt sedikit. Sepanjang aku kenal wife, tak ada simptom tipikal masalah thyroid. Dan tak pernah umur aku buat blood test utk kesan thyroid problem pada wife aku.

Dipendekkan cerita yang dah panjang ni, result thyroid wife aku,seperti dijangka, tinggi!
Wife aku alami apa yang dipanggil thyrotoxicosis.
Keadaan dimana bacaan hormone thyroid tinggi.
Hormon thyroid ni ada dua, T3 & T4. Bacaan T4 memang tinggi.
Bacaan hormon TSH rendah ( suppressed TSH
Hormon TSH ( Thyroid Stimulating Hormone) yg dikeluarkan oleh kelenjar Pituitary, fungsinya meransang kelenjar Thyroid kita hasilkan hormon thyroid, T3 & T4. Dalam keadaan di mana kelenjar thyroid kita secara automatik teransang sendiri hasilkan T3 & T4 secara berlebihan( dipanggil hyperthyroid / thyrotoxicosis), maka kelenjar pituitary akan kurangkan penghasilan TSH ( suppressed TSH), sebab body kita membaca bahawa TSH dah tak diperlukan lagi. Dua bacaan basic inilah yang doktor akan gunakan untuk buat diagnosis, dan buat pemantauan.

Apa fungsi hormon thyroid T3 & T4 ni?
Secara mudah dan ringkas, ia control metabolisme badan, ia kawal 'enjin badan' kita.
Ia kawal pembakaran kalori, penghasilan haba badan, selera makan, segala macam fungsi physiology badan( sistem pencernaan, jantung, kitaran haid, metabolisme tulang etc).

Jadinya, just bayangkan bila T3 & T3 menjadi tinggi?
- Tekanan darah menjadi tinggi
- Bacaan nadi menjadi laju
- Suhu badan boleh tinggi/merasa panas selalu
- Selera makan bertambah, selalu lapar
- Berat badan berkurangan, sebab calorie terbakar cepat ( walaupun makan banyak)
- Bagi perempuan, haid boleh terganggu, selalunya menjadi panjang, heavy
- Sistem pencernaan menjadi aktif, boleh ada cirit birit selalu.

Tapi kena ingat, tak semua pesakit manifest semua simptom tersebut. Ini lah yang terjadi pada wife aku. Dr.Jeffery anggarkan, bahawa wife aku dah lama berada dalam keadaan hyperthyroid/thyrotoxicosis, cuma tak di diagnose sahaja. Dan aku sendiri gagal diagnose awal, sebab simptom simptom yang wife aku alami, adalah jenis tak tipikal ( atypical symptoms ). Wife aku takde masalah period, takde cirit birit, takde hilang berat badan, makan macam biasa.

Bila aku fikir2 dan kenang kembali, memang ada ketikanya dulu, wife aku on off demam, tapi tak lama, sehari dua aja, dan sembuh. Dan yang aku perasan, masa pregnancy kali ni, memang heat intolerance wife aku teruk, selalu sangat mengadu panas, asyik nak ON air con saja. Aku pula pandai, ingatkan  " ahhhh..itu simptom pregnancy la"..Sebab bila aku check temperature wife aku, check blood pressure nya, selama ini, ianya normal. Tu la masalahnya, atypical presentation, memang menjadi diagnostic challenge betul. Dan hanya 2-3 bulan masa pregnant ni baru aku noted wife aku lose weight, sikit..yang mana aku ingatkan sebab dia aktif gi gym before pregnant ni.

 Kata Dr Jeffery lagi, kalau tak kerana wife aku mengadu sakit di kawasan lehernya masa di periksa, dia sendiri pun tak akan terfikir tentang masalah thyroid wife aku. Pengalaman dia sebagai Consultant Physician mengingatkan dia bahawa ada few cases thyrotoxicosis, especially during active phase( dah lama sangat tinggi hormonnya dan tak pernah dirawat), akan mengadu sakit di kawasan leher, kawasan terletaknya kelenjar thyroid.


Final diagnosis untuk keadaan wife aku ialah Thyroid Storm.
Memang mencemaskan bila aku fikir fikirkan balik, tapi Alhamdullilah, cepat bertindak, cepat dapat buat diagnosis tepat, dan cepat start treatment.

Thyroid Storm terjadi bila pesakit yang dah lama berada dalam keadaaan thyrotoxicosis.
Tak pernah di rawat, dan ada 'pemangkin' yang menyebabkan 'keributan thyroid' ini. Antara faktor pemangkin nya:
- jangkitan kuman
- pregnancy
- trauma
- thyroid surgery

Dalam kes wife aku, dah lama hormon thyroid nya tinggi dan tak di rawat, dan kini sedang pregnant.
Tu sebab masa dihantar ke Emergency, wife aku tunjukkan simptom dan tanda tanda Thyroid Storm ini:
- demam tinggi
- blood pressure mendadak naik
- nadi terlalu laju
- sakit abdomen, sakit kawasan kelenjar thyroid

Dalam keadaan lambat dirawat, Thyroid Storm ini boleh menyebabkan sesak nafas, kegagalan jantung, perubahan mood, mamai, sawan, even..kematian.

Setelah di mulakan rawatan thyroid, keadaan menjadi stabil, Alhamdullilah.
Dan kini, wife aku perlu makan ubat untuk kurangkan hormon thyroid nya.
Dan perlu pantau tekanan darah, nadi, dan suhu badan, di samping pantau kot kot ada risiko Thyroid Storm berulang( sebab wife aku masih pregnant). Jadi kena cepat kenal pasti simptom awalnya. Aku berdoa semoga keadaan wife aku stabil sentiasa, di anugerahkan kesihatan dan kekuatan, dan dapat jalani trimester terakhir  pregnancy ini kelak, dan bersalin Caesar tanpa komplikasi, Insya Allah. Dan semoga baby tidak alami apa apa komplikasi, sihat.

Setelah 2 hari di dalam ICU, wife aku dipindahkan selama 2 hari ke wad biasa. Just untuk pantau keadaan. Dan Alhamdullilah, discharged pada hari Sabtu yang lepas.

Kepada yang bertanya, adakah masalah thyroid ini ada kaitan dengan persekitaran ? makanan? genetic?

Jawapan aku: 
Faktor keturunan main peranan, especially kalau anda wanita. Kalau ada ahli keluarga terdekat yang ada masalah thyroid ( tak kisah samada hyper or hypothyroid), dan anda ada simptom2, sila check darah, mudah aja. Ada yang dapat masalah thyroid ni hanya semasa pregnant, ada yang memang dah lama ada, cuma tak di diagnose.

 Dapatkan diagnosis tepat dengan segera, untuk elakkan risiko Thyroid Storm. Penyakit thyroid ini, boleh dikawal, boleh jalani hidup macam biasa, jangan risau. Ada masanya bacaan hormon akan menjadi normal dengan sendiri. Cuma kena bezakan keadaan mereka yang ada BENGKAK kelenjar thyroid. Yang itu lain kategorinya. Ada banyak jenis masalah thyroid, yang mana kalau aku nak tulis dalam entri ni, memang panjang lebar jadinya nanti. Boleh Google, baca, dan tak faham tanya doktor anda. Kes wife aku melibatkan fungsi kelenjar thyroidnya yang hyperactive, tanpa saiz kelenjarnya membesar.

Ada masa nanti, Insya Allah aku nak tulis tentang ubat ubat thyroid yang boleh diambil masa pregnancy, dan bagaimana pregnant mother di rawat, untuk elakkan risiko baby lahir terima komplikasi berkaitan thyroid.


Tuesday, April 2, 2013

Thyroid Disease in Pregnancy - Part 2

Ok,sambungan dari entri INI.

Setibanya di KPJ Seremban, terus terjah bahagian Emergency. Wife aku terus di usung masuk.
Bila dah baring atas katil, dipasang segala macam wayar untuk monitor fisiologi badan, barulah aku tersentak, tersedar betapa teruknya keadaan wife aku ketika itu.
  • Temperature masa tu sekitar 39 - 39.7 degree celcius ( normal temp range 37 - 37.2)
  •  Blood pressure sekitar 140-150 / 90 ( normal BP < 140/90)
  • Pulse rate(kadar nadi) sekitar 140- 150 seminit! ( normal range, waktu rehat ialah 60-80 seminit)
  • Oxygen saturation, SpO2 ( mengukur kepekatan oksigen dalam sel darah merah) ialah within normal range, 99-100%.
Berdasarkan bacaan2 itu, aku terus dapat agak bahawa 'it must be an infection'. Tapi kenapa out of sudden? Tiba tiba aja temperature mencanak naik, sedangkan sepanjang 2-3 hari sebelum ni, memang wife aku sihat, takde demam, takde batuk selsema, cuma komplen letih2 sikit( yang mana aku anggap masa tu mungkin sebab kesan kami travel dari Shah Alam ke JB, dan dia pregnant). Pakar yang turun ke Emergency masa itu, Dr Jeffery( Consultant Physician & Respirologist), pun pelik, hairan.

Menambah keseriusan dan kegentingan masa tu, wife aku start complain sakit pada kawasan bawah perutnya, dan sakit pada leher nya, rasa macam tercekik. Sampai satu ketika, wife aku memegang lehernya menahan sakit di situ, rasa tercekik! Wife aku susah bernafas! Aku kaget, sambil mata aku melihat pada monitor, bacaan kepekatan oksigen dalam badan wife aku, normal ! ( sPO2 reading ialah 99-100%). Dan bila diletak stetoskop, memang bunyi udara keluar masuknya normal. Kejap2 wife aku rasa sakit di leher, kejap2 menahan sakit kepala yang kuat, kejap2 menahan sakit badan dan lower abdomen. Bila wife aku kencing, terasa sakit kencing nya.

Aku berbincang dengan Dr Jeffery. Kata muktamad perlu diambil segera. Tak boleh berlengah, sebab wife aku sedang pregnant. Komplikasi serius semasa pregnancy seperti pulmonary embolism yang kami sama sama fikirkan masa tu. Sudden elevated blood pressure dan denyutan nadi terlalu laju( tachycardia) merisaukan kami. Memang kalau menahan sakit, boleh naik tekanan darah dan nadi, tapi not that high nadinya. Temperature wife aku maintained tinggi, sekitar 39- 39.5. IV drip dah lama pasang. Maka keputusan bersama diambil, bahawa kena periksa sistem paru paru dan jantung wife aku, ASAP. Maka wife aku, perlu jalani x-ray dada. Ya, x ray dada ketika pregnant. Pun begitu, ia dilakukan dengan kadar rays yang paling rendah, plus di letak abdominal shield. Bacaan ECG wife aku selain catat nadi yang laju, yang lain2 nya adalah normal.

Setelah chest xray diambil, darah berbotol botol diambil, ECG diambil, maka aku berbincang lagi dengan Dr Jeffery. Pada ketika ini, Dr Ishak, Consultant Obstetrician yang memang wife aku buat follow up dengan nya, pun turun ke Emergency department. Kata putus kami, demi kebaikan dan continuous monitoring sebab wife pregnant, it is best to admit her to the ICU. Maka petang itu, wife aku di sorong ke ICU. Wife aku tetap sedar dan keadaan menjadi stabil sedikit ketika itu, dimana tekanan darah dah mula drop sedikit ke paras normal, temperature drop sikit( tapi still demam, sekitar 38 degree), cuma laju nadinya masih tetap maintain laju, sekitar 140 - 150/seminit. Rasa sakit sakit di sekitar leher dan lower abdomen masih ada, tapi berkurangan. Mungkin kesan ubat paracetamol + IV drip + tepid sponging yang nurse buat, plus suhu aircon yang sejuk di ICU. Aku menjaga wife aku di ICU sepanjang petang itu, sampai ke malam. Tak boleh nak bermalam di dalam ICU, maka aku balik ke rumah mertua, lebih dekat dan mudah untuk aku ulang alik ke KPJ Seremban. Hari pertama ini, masih tiada diagnosis tepat boleh dibuat. Aku, Dr Jeffery & Dr Ishak memikirkan tentang kemungkinan jangkitan saluran kencing sebagai penyebab, sebab wife aku terasa sakit masa kencing, dan sakit di bahagian lower abdomen(sekitar kawasan pundi kencing). Chest x ray yang dibuat, result nya, normal. Urine test masih pending, belum dapat keputusan. Kebarangkalian wife aku kena pulmonary embolism, ketika ini, dah boleh diketepikan..Alhamdullilah..

Malam itu, tiba di rumah mertua, badan aku amat penat, sangat sangat penat. Iya lah, drive dari JB awal pagi tadi, dan terus menjadi kelam kabut bila wife aku sakit, dan terus berkampung di hospital di Seremban sampai lewat malam. Pun begitu, penat macam mana pun, mata aku susah nak lelap. Kepala aku ligat fikirkan diagnosis. Tak mungkin jangkitan saluran kencing sebegini rupa. Tak boleh tidur sebab terlalu risaukan wife aku. Alhamdullilah kebetulan aku & wife memang plan nak letak anak anak aku di rumah Atuk & Nenek nya di JB sepanjang cuti sekolah ni. Jadi aku tak risau tentang anak anak, selamat di jaga di JB waktu itu. Betapa indahnya Allah mengaturkan segalanya kan. Walau ditimpa ujian, tapi Dia memang dah janji, tak akan ditimpa ujian ke atas hambaNya, andai hambaNya tak mampu nak hadapi.





Bersambung...( maaf, bukan aku sengaja nak sambung sambung, tapi aku memang taip panjang lebar kisah ini, sebagai kenangan dan simpanan kami suami isteri...kalau aku terus menaip, tak terbaca nanti, berjela jela dalam satu entri ).

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Sedikit fakta perubatan, sekadar menjelaskan secara ringkas:

Pulmonary embolism, PE:
Ianya medical emergency, di mana saluran darah pulmonari arteri tersumbat oleh emboli. Apa itu emboli? Emboli boleh jadi apa sahaja, yang menyumbatkan saluran darah. Emboli boleh jadi gumpalan darah beku ( seperti yang di suspect dalam kes ini), lemak ( yang keluar dari tulang besar yang patah, contohnya macam kes pesakit aku di hospital dulu, tulang femur, yakni tulang peha patah sebab eksiden, dan pesakit aku meninggal dunia di dalam wad sebab lemak itu tersumbat di pulmonary artery nya), angin ( contohnya kesilapan masa masukkan ubat menerusi saluran darah di kawasan leher, tersuntik angin), dan juga amniotic fluid, iaitu air ketuban ( dan ini komplikasi wanita mengandung juga).

Risiko buat ibu mengandung ialah keadaan kurang berjalan especially di kala trimester terakhir pregnancy..lebih lebih lagi kalau ada  kaki bengkak teruk/terbaring selepas pembedahan caesarean...maka terjadinya gumpalan darah beku( thrombus, yang selalunya berasal dari saluran darah di kaki atau sekitar pelvis), yang kemudian akan migrate bergerak ke arah jantung, dan kemudian ke saluran pulmonary artery diparu2 (menjadi emboli dan tersumbat). Konsepnya, ialah immobility, kurang amat bergerak. Jadinya, selain pregnancy, mereka yang terbaring sebab kemalangan/apa apa surgery, berisiko tinggi untuk kena PE ini. Tu sebab kalau terbaring lama, kena selalu gerak gerakkan kaki, naikkan kaki( elevate), dan pakai compression stockings untuk kurangkan risiko terjadinya thrombus.



Pulmonary embolism ini, sangat merbahaya kalau saiz emboli nya besar, boleh membawa kepada kematian segera. Tu sebab kena diagnose awal, dan tepat. Simptom nya ( kalau saiz emboli tak besar):
- sesak nafas, sakit pada dada, pening, sakit kepala, batuk( even berdarah), nadi menjadi laju, demam, tekanan darah drop,
Oleh kerana sebahagian dari simptom ini ada masa wife aku di bawa ke Emergency, maka tu sebab kami risau memikirkan possibility PE ini.

Chest x-ray while pregnant ( x ray dada masa mengandung):
Wife aku terpaksa juga di buat xray dada. Selamatkah x ray ini masa mengandung?

Kebanyakkan diagnostic xray sebenarnya tidak merbahaya radiation nya kepada baby dalam kandungan. Ini kerana single exposure (sekali terdedah pada sinar xray), radiation nya amat rendah, paling tinggi selalunya tak sampai pun 5 rads.

Rads ialah unit kiraan untuk radiasi yang diserap oleh badan.
Contohnya, radiasi dari dental xray hanyalah 0.01milirads.
Xray dada, radiasi nya ialah 60milirads.
CT scan? Ianya sekitar 800milirads.

1 rad = 1000 milirads.
Dan dose radiasi yang terbukti merbahaya kepada baby dalam kandungan, ialah pendedahan lebih dari 10 rads.
Tanpa xray pun, setiap ibu mengandung ( dan kandungannya) yang tinggal di planet bumi, akan terdedah kepada sekitar 90 - 100 milirads radiasi, iaitu jumlah radiasi terkumpul yang di terima sepanjang 9 bulan setengah mengandung. Radiasi ini datang dari matahari.

Walaupun xray itu sebenarnya selamat ketika mengandung, namun kalau tak perlu sangat, memang janganlah dibuat, dan tunggu hingga lepas bersalin. Ini general consensus. Dan kalau perlu dibuat juga, maka pakaikan lah radiation shield ( macam wife aku pakai) di kawasan sekitar abdomen/rahim. Dan rads nya akan di kurangkan lagi oleh juru xray.

Monday, April 1, 2013

Thyroid Disease in Pregnancy - Part 1

Hari ini baru ada kesempatan nak menulis semula blog, setelah busy sepanjang minggu lepas atas sebab ini. Apa yang berlaku minggu lepas tu, memang aku tidak jangka kan. Dan aku merasa terpanggil nak menulis tentang ia, supaya kawan kawan semua lebih faham akan benda ini. Sebab aku sendiri yang doktor, tak perasan akan benda ini. Dan pakar pakar di KPJ pun mula mula ambil masa nak come to the exact diagnosis.

Ceritanya begini..

Sepanjang pregnancy wife aku kali ini ( sekarang dah 23 minggu+ ), memang aku perasan perubahan fisiologi nya yang agak ketara. Wife aku selalu rasa panas panas badan, selalu sahaja switch on aircon di rumah.Tidur malam sampai ke pagi aircon on + kipas pusing juga. Dan selalu pening kepala. Namun, aku anggap itu sebab hormon, hormon orang mengandung. Aku check tekanan darah wife aku, aku check darahnya( standard blood test pregnancy), semuanya normal. Scan baby, semuanya normal.Jadi aku tak risau. Bulan lepas, masa jumpa Obstetrician, memang noted body weight wife aku turun pulak 2.5kg.  Obstetrician warning wife aku supaya jangan lose weight lagi. Aku tak fikir apa apa, sebab memang aku perasan selera makannya masa pregnant kali ini agak kurang. Dan juga sebelum pregnant kali ini, memang wife aku aktif ikut aku ke gym. So aku berpendapat bahawa penurunan berat badan tu atas faktor 'metabolisme bagus kerana regular exercise' + ' kurang selera masa pregnant'.

Until last week..

Hari Selasa minggu lepas, pagi2 tu aku sepatutnya bertolak balik ke rumah setelah cuti 4 hari di JB. Pagi pagi tu lagi wife aku tiba2 aja demam teruk. Memang spiking fever. Sakit kepala teruk. Sepanjang perjalanan di highway dari JB, wife aku tidur aja. Paracetamol aku bagi pagi tu di JB. Tiba aja di Exit Simpang Ampat, aku exit, sebab nak singgah jenguk wan ( nenek) aku di Rembau. Tiba aja di rumah wan, wife aku terbaring. Demam teruk, sakit kepala teruk sangat, berkerut kerut menahan sakit. Badan sangat sangat panas. Jujurnya, memang aku panik waktu itu. Panik sebab wife aku sendiri tiba tiba sakit teruk macam tu, dan sedang pregnant. Tak sampai 2 jam di rumah wan, aku decided, kena bawa wife aku cepat ke hospital. Maka dari Rembau, aku memecut laju ke Seremban, dan memang plan akan ke KPJ Seremban, sebab memang wife aku follow up dengan Obstetrician di sana. Sepanjang perjalanan, wife aku mengerut dahi tahan sakit kepala, dan kini, ada sakit di kawasan leher..sakit lower abdomen. Badannya aku rasa amat panas. Wife aku pesan, drive carefully. Kalau boleh pasang siren ambulan, dah lama aku pasang dan on kan kat kereta aku ini.

Bersambung ( panjang sangat nak cerita satu entri)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...