Thursday, March 28, 2013

Doa

Assalamualaikum..

Minta maaf tak boleh nak update blog macam biasa...
Busy dengan urusan..
MommyZZ (my wife) ada komplikasi thyroid disease in pregnancy..
Currently di rawat dan berehat di KPJ Seremban...Dah 2 malam admitted.
Alhamdullilah, keadaan stabil..
Mungkin akan menginap di KPJ untuk sehari dua lagi..
Doakan kesihatan wife saya ya, terima kasih..
Doakan kesihatan baby yg di kandung..terima kasih.

Kepada customer my wife, minta maaf buat masa seminggu dua ni, bisnes di hold sementara ya..
Oh ya, baru buatkan FB page bisnes nya..
Feel free utk tengok, utk Like ya...:)

FB Page Dreamy Treat Macaron & Cakes

Monday, March 25, 2013

Kacang Pool dan Favism ( G6PD deficiency)

Salam Isnin..salam dari JB...bercuti cuti balik kampung..
Pagi pagi pekena breakfast yang susah amat nak jumpa di Selangor/KL...kacang pool.
Aku dah pernah cerita pasal kacang pool ni di sini.

Ni kacang pool yang aku makan pagi tadi....Kuah kacang pol, hidangan asal Arab..di perbuat dari kacang parang, campuran daging dan rempah ratus, di perah hirisan limau nipis + telur mata kerbau...

Roti bakar buatan sendiri yang lembut..roti ini dicecah dengan kuah kacang pol tadi..

kebetulan kali ini jumpa lah dengan kacang pol nya, bahan asas menu ini. Bila tengok kacang pool ini, teringat tentang keadaan G6PD deficiency. Kacang pool ialah kacang parang. Maka mereka yang ada G6PD deficiency, tidak boleh makan kacang pol ya. Boleh nak makan, tapi berisiko tinggi. Aku terangkan kenapa, di sini..


Apa itu G6PD?
G6PD stands for  Glucose-6-phosphate dehydrogenase, sejenis metabolic enzim dalam badan kita yang penting untuk metabolisme sel darah merah. Kekurangan enzim ini dipanggil G6PD deficiency, yang mana mereka yg ada masalah ini, berpotensi mengalami masalah pecah sel darah merah.

Secara am nya, mereka yg ada G6PD deficiency sama macam individu yang lain, cuma pendedahan terhadap sesetengah antibiotic, ubat antimalaria, ubat gegat dan juga jangkitan akan menyebabkan ketidakstabilan sel darah mereka, dan sel darah merah ini akan pecah( haemolytic anemia). Antara simptomnya ialah jaundice( kekuningan pada mata putih, kulit), dan juga simptom-simptom anemia(kekurangan darah merah) seperti penat, letih, sesak nafas.

G6PD deficiency ini juga ada hubungkait dengan keadaan dipanggil favism.
Favism ialah penyakit pecahnya sel darah merah( haemolytic anemia) akibat makan kacang parang.
Nama favism ini diambil sempena dari nama kacang parang( broad bean) dalam bahasa Itali, fava.
Semua pesakit yang alami favism, ialah mereka yg ada G6PD deficiency, namun bukan semua yang ada G6PD, akan alami keadaan favism. Boleh faham ya?

Lelaki dan perempuan, boleh ada keadaan G6PD deficiency ini.
Ianya penyakit keturunan( hereditary).
Menjadi standard protokol sekarang ini, semua baby yang baru lahir akan di screen utk G6PD ini.
Jadi semak kat kelahiran anak anda kalau nak tahu status anak anda.

Saturday, March 23, 2013

Oren & Air

Pagi Sabtu..lepas Subuh..tido lagi till 9.30am..
Breakfast..
Sambil santap mee goreng, sambil tengok tengok Projek Akak Singa ni..

Jom try!


Sekian..
Kena menuntut ilmu..lain kali cuba lagi
Yang ni main redah aja..
So abaikan hasil saya budak baru belajar redah.

Friday, March 22, 2013

Sejengkal Saya = 18cm.

Sunset petang Rabu lepas adalah cantik.
Matahari sangat besar, bulat, terang..tenggelam di ufuk barat.
Malangnya masa tu aku tengah driving...kamera dslr pun tak bawak.
Awesome image sunset petang tu di blog Wak ini  :)

Maka, cuma boleh berpuas hati dengan gambar yg di ambil dari henfon..
Dari dalam kereta..

 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 


Oleh itu, masa kita berwudu', niatkan lah dalam hati semasa kita membasuh kepala " ya Allah, lindungilah daku dari terik matahariMu di padang mahsyar nanti"

Thursday, March 21, 2013

My Kangaroo

Saya sekeluarga suka rehat2 kan minda ke Australia.
Cuma tahun 2013 ni, tak dapat lah ke sana, sebab MommyZZ tengah pregnant.
Saya ada beli seekor kangaroo di sana, dan bawa bela di sini..


Kangaroo saya ni, penerima BR1M tau!  :P

Wednesday, March 20, 2013

Budaya/Adat Melayu Yang Wajar Di Ubah/ Buang

Bangsa kita, Melayu, banyak adat dan budayanya. Budaya & adat inilah yang menunjukkan bangsa, yang menjadi identiti kita..Yang mana perlu kita jaga, pelihara..

Namun tak semua budaya & adat kita itu bagus. Bukan aku nak jadi mat saleh celup atau tolak budaya bangsa sendiri, tapi yang mana tak elok tu, buang lah ke tepi, lebib lebih lagi kalau ianya bercanggah dengan hukum agama. Ingat ni, malaikat tak interview kita dalam kubur " apa bangsa mu", tapi malaikat akan tanya " apa agama mu?"

Budaya/adat yang aku nak sentuh hari ni ialah budaya terlampau ambil berat/terlampau caring. Terlampau caring sampai sibuk tanya( kadangkala berulang ulang kali sampai org yg di tanya naik rimas dan rasa nak bagi penyepak aja) hal hal yang agak sensitif..Bukan tak boleh tanya, boleh...Tapi cari lah masa yang sesuai, medium yang sesuai, suasana yang sesuai, dan gaya bertanya yang sesuai..Sebab pertanyaan sensitif di khalayak ramai, di kala orang yang ditanya tengah sedih/ada masalah, cara bertanya yang bernada perli/sinis...itu semua adalah pertanyaan yang kurang ajar, sorry to say.

Contoh caring yang tak kena tempat:
  • Bila nak kawin ni? ( padahal baru minggu lepas tanya)
  • (lepas dah kawin) Bila nak ada anak ni? ( dia ingat anak boleh di beli di tesco)
  • (lepas dah ada sorang anak) Bila nak tambah anak ni? ( dia tak fikir keadaan ekonomi orang lain)
  • (lepas anak anak dah besar) Bila nak terima menantu?
  • ( lepas anak anak kahwin) Bila nak timang cucu ni?
  • gaji kau berapa haaa? ( tanya gaji orang, bagi aku adalah tidak sesuai/tak sopan)
  • berapa lama kau nak pakai kereta tu? tukar lah ( nak suruh orang tambah hutang macam dia tambah hutang)


Ada lah beberapa umat manusia yang 'caring' ..tegur wife aku ( tak tegur aku, kenapa? rupa aku rupa nak makan orang ke? haha).." alaaaa..kesiannya dia kena ikat".  Hello!!!  Kalau anak aku hilang, anak aku kena culik, siapa yang susah hati? Bukan kau tau ..Ya, memakaikan anak kecil Safety Harness Backpack bukan budaya orang Melayu, tapi aku tak peduli, sebab aku bertanggungjawab ke atas keselamatan anak aku. Oh ya, bicara pasal keselamatan anak anak, satu lagi yang tak menjadi budaya orang Melayu ialah penggunaan car seat di kereta. Mahal katanya ( tapi bapak dia hari2 bakar duit RM10 tauuu)

Tuesday, March 19, 2013

Norethisterone: Delay-kan haid/keluarkan haid/stop kan haid

Walaupun bukan seorang pakar O&G, kehidupan sebagai GP pun banyak jumpa kes kes O&G..jadi ilmu tu kena ada juga..

Kes kes gynae (sakit puan) yg biasa aku jumpa antaranya ialah masalah berkaitan haid/period.
Masalah biasa haid:

- haid lambat datang
- haid tak teratur
- haid panjang sangat tempoh datangnya /bleeding sampai 2 minggu lebih

Sebenarnya, tidaklah semudah ABC nak tentukan punca punca masalah haid ini.
Kena tgk sejarah penyakit berkaitan, pengambilan ubat ubatan, stress/jiwa kacau, umur, masalah obesity...ini adalah antara punca punca kenapa kitaran haid tunggang langgang.

Antara ubat yang biasa aku prescribe ialah Norethisterone. 
Ubat ni dalam kategori ubatan hormon progestogens. 
Nama nama glamour ubat ni di malaysia: Sonulot/Norculot/Norcutin.
Fungsi ubat ini ialah ia akan bertindak ke atas reseptor di dalam badan, dan mimik fungsi hormon progesterone yang original.
Ingat ya, ubat ini tak boleh diambil oleh pregnant women. Ingat ya.

Jadinya, sebab ia mimik fungsi hormone progesterone dlm badan, pengambilan ubat ini (ikut dose & cara makannya) boleh :

- menghalang haid/delay haid  ( ini teknik biasa yang digunakan oleh sesetengah yang memilih utk makan ubat ini bila nak pergi haji/umrah)

- menurunkan haid yang lambat bagi mereka yang punya cycle tak teratur.

-mengurangkan kesan pre-menstrual syndrome seperti water retention, breast pain, migraine/sakit kepala, mood swing.

- menghentikan haid yang heavy ( heavy flow). Ini penting sebab risiko anemia(kurang darah merah) kalau anda spesis 'period gajah' bak kata kawan aku dulu, hahaha.

Yang paling penting, JANGAN AMBIL ubat ini dalam kes haid anda lewat, dan anda belum tahu status anda pregnant atau tidak. Aku dah jumpa few cases dimana wanita tersebut lewat period, dan doktor yang bijak ni terus prescribed ubat ni, tanpa tanya status dan buat pemeriksaan pregnancy atau tidak( UPT atau scan). Penyudahnya, rupa rupanya lewat period sebab pregnant, dan dah makan sepapan ubat ni, dan last last jumpa aku, risau dan panik sebab dah termakan pil ni...dah jadi satu kerja pulak aku nak explained A-Z pasal pil ini, thanks to the previous doktor yang bijak tu!! So, moralnya, tahu status anda sendiri, dan jangan letakkan kepercayaan 100% kat doktor, nasib tak baik, dapatlah jumpa doktor bijak macam yang aku ceritakan tu.

Last week, aku jumpa seorang wanita umur 30an, anak 3, yang lewat period, atas sebab jiwa kacau(haha), dan confirmed tak pregnant. Aku prescribed lah Norethisterone 5mg ni...
Sekali aku dengar wanita ni menjerit dan tergelak besar kat kaunter ubat, masa staff aku panggil dia untuk ambik ubat....Aku pun pi check la, awatnya....

 Patient tu cakap kat staff aku " Dik, akak dah lama tak ada dara "...Kah kah kah


Friday, March 15, 2013

Bolehland: Versi Menjual Barang.

Bolehland, the land of 'semuanya Boleh'  ( mengambil semangat dari Malaysia Boleh!)

Kalau sebelum ini, aku buat entri tentang Bolehland yang memaparkan sikap buruk orang Malaysia yang suka buang sampah merata rata, mencangkung atas jamban duduk, curi kepala paip...kali ni aku nak paparkan tentang semangat Bolehland, versi menjual barang barang.


Kata kata penjual di FB " Jom order singlet lelaki yg membentuk musle pd perut elak boroi dan membentuk badan yg sasa"

Wah wah wah..
Semudah itu membentuk muscle di bahagian abdomen..
Semudah itu elakkan boroi..
Maknanya, kalau pakai singlet ajaib ini, perut tak akan boroi lah walaupun melantak nasik lemak hari hari, hisap rokok 20 batang sehari, minum teh tarik hari hari, dan exercise setahun sekali. Wauuu!

Mai sini aku nak ajar anatomy badan manusia..

 
Nampak tak " Rectus abdominis " tu?
Nak 'mengeluarkan' rectus abdominis itu, tidak cukup sekadar sit up 1000 kali sehari ya, apatah lagi kalau pakai singlet ajaib ini.
Rectus abdominis akan kelihatan segak di atas perut ( the sick pack), apabila kandungan lemak dalam badan rendah ( body fat  percentage) kita rendah, serendah 15% ke bawah ( lean). Kalau nak lawa macam body builder, itu dipanggil 'ripped', dan ianya memerlukan body fat % sekitar 8-12% sahaja.

Kat mana 'fat' ni duduk. Kat merata tempat, termasuklah kat depan abdominal muscles kita.
So, dah boleh faham ya kalau anda gigih sit up 1000 kali sehari pun, otot2 abdomen anda tak akan kelihatan selagi BODY FAT % tak cun.
Tu pasal org yang tubuhnya terlalu kurus, pun akan nampak six pack nya, walaupun dia tak pernah pergi gym. Ini kerana body fat % nya yg memang originally rendah. Tak caya, cuba tengok perut pelakon Osman Kering dulu masa dia hidup..(al fatihah buat beliau, yang ironinya, meninggal dunia sebab batuk kering)

Macam mana nak turunkan % body fat?
Pakai singlet ajaib kah?
Pakai bra ajaib kah?
Makan produk ajaib kah?

There is ni short cut in life.
Usaha, usaha & usaha.
Jaga pemakanan + exercise regularly.
Bila kata exercise tu, basically ada 2 jenis exercise:
1- Cardio exercise
2- Weight training exercise

Cardio exercise bagus utk bina stamina, utk bakar lelemak kita...utk weight loss.
Dan weight training itu pun perlu, utk bina otot otot kita. Sebab otot kita kalau terbina, dalam keadaan rehat( kita duduk goyang kaki sambil tgk TV), ia tetap bakar lemak. Kita tak mahu menjadi kurus. Kurus tidak sama dengan sihat. Body yang fit itu penting.

Dan satu lagi misconception aku nak bagi pencerahan di sini, alang alang dah menulis, bahawasanya, weight training ini pun perlu dilakukan oleh perempuan.  Jangan risau dan terpedaya dgn momokan bahawa body anda ( ya, yg perempuan) akan timbul muscle macam body builder. Tidak, itu auta. Yang fakta nya ialah kandungan hormon testosterone dlm body anda wanita tak cukup tinggi utk jadikan anda Hulk Hogan, no matter how hard u train on weight. Habis tu macam mana ada bodybuilder wanita yg body nya so muscular? Mereka pro ok, mereka ambik anabolic steroid, mereka suntik testosterone hormon...Kenapa women kena buat weight training? Jawapannya mudah, sama macam lelaki--utk dapatkan muscle tone yg cantik ( nak body bergetah kan?)..dan muscle yang akan sentiasa bakar lelemak anda.

Akhir kata, nak elak boroi & jadi sasa, tidak semudah memakai singlet ajaib tu.
Kalau nak jual dan kata " ianya menyembunyikan lelemak abdomen anda, so anda tampak kempis walaupun natijahnya anda boroi", yang ini, aku setuju  :)

Thursday, March 14, 2013

Yati Ayam Percik Shah Alam

Nota: Semua gambar kualitinya adalah tak best, sebab aku pakai kamera henfon cikai aku aja..malas nak usung dslr masuk kedai ni..haha

Malam kelmarin, aku ke sini...


Jujurnya, dah lama aku nak try makan Yati Ayam Percik ni.
Masa gi KB dulu, tak sempat dan tak jumpa kedainya..
Ada review yang aku baca kat blog kata, rasanya tak se-best macam kat KB.
Tak pa lah, tak kan aku nak merempit ke KB pulak semata mata nak try..
So, aku rempit aja lah yg kat Seksyen 7 Shah Alam ni, sepelaung aja dari rumah.

Ni wife aku punya. Nasi Kerabu Ayam Goreng Berempah. Ayamnya sedap. Rempahnya sedap. Aku order Nasi Kerabu Ayam Percik( sorry lupa ambik gambar). Ayam perciknya, bagi aku, takda lah sedap sampai buat aku terngigau ngigau nak makan lagi, tapi tak la pulak tak sedap.Aku tak tahulah rasa ayam percik yang kat cawangan asalnya di KB tu sedap ke tidak. Nasinya, okay, lembut.

Ni Ziyyad punya meal. ..set roti jala ( comes with free Kopi O..which I think, bukan free pun, mesti dia siap masuk harga dlm set tu). Ya, Ziyyad ala ala Mat Saleh celup. Nasi tak makan sangat, makan roti, mashed potatoes, & roti jala, favorite dia. Roti jala Yati ni bagus, panas2 lagi..memang dia baru buat kot. Kuah cecahnya, kari daging tu, sedap. Kuah karinya itu, berbaloi la kalau aku nak repeat makan kat sini. Tapi, lagi berbaloi kalau wife aku buat sendiri roti jala & kuah kari, RM10 modal... puas makan..hahaha


Verdict aku lepas makan kat sini:

-  Kalau nak JIMAT, aku prefer beli nasi kerabu kat warung depan masjid seksyen 18, Shah Alam. Jauh lebih murah , dan lebih sedap. Entah kenapa, lidah aku macam sense nasi kerabu kat Yati Shah Alam ni takde/or kurang budu kah? Dan set nasik kerabu kat Yati ni kedekut, tak letak lada ada inti tu, kalau nak, kena order asing. Kah kah kah..for that, Yati charge RM8.90 kalau tak silap aku..( nasi kerabu +telur asin belah 1/4+  keropok kecik 2 keping + ayam percik). Utk harga RM8.90 kalau beli kat warung tepi jalan = nasi kerabu + ayam/daging + telur asin + lada inti tu, siap ada balance RM2.50 lagi..hahaha..Ye lah, makan kat kedai di Sekyen 7 ni, kita bayarkan sekali kos sewa kedai dia yg mahal tu.

-  Aku ada baca di beberapa blog, servis di Yati Shah Alam ni, LEMBAP.  Ya, memang LEMBAP pun! Bayangkan , masa aku datang tu, hanya keluarga aku sahaja yang ada, di ulangi, keluarga aku sahaja. Nak dapat air, hampir 15min...aku faham lah set roti jala tu lambat, sebab dia baru nak buat( kot?), tapi set macam nasi kerabu, ayam percik/goreng berempah tu semua, tak kan lah baru nak tanak nasik? Baru nak goreng ayam?  Aku ingatkan family aku aja yg dpt lambat, lepas 35min aku dlm tu, datang 2 couple ni, pun kami perhatikan, memang lambat jugak depa dapat ordernya.  Pelik jugak aku, kedai gah, besar, pekerja ramai ( 3-4 org duduk selonggok kat hujung meja kedai tu, berborak sakan, gelak2...motif?)

Sekian, ni selera aku ya.
Kalau korang nak cuba, cuba lah.

Wednesday, March 13, 2013

Apabila Guru Mula Menghina

Semalam di radio IKIM, jam 5.15pm, macam biasa, aku berkesempatan mendengar slot "Guru & Pendidikan".
Bagaimana diterangkan semalam bahawa betapa mulianya di sisi Allah tugas guru ini.
Betapa guru, tak perlu rasa rendah diri, kerana kerja kalian itu mulia.
Ilmu itu mulia, yang menyampaikan ilmu itu, pun mulia
Tak perlu gusar andai pulangan duniawi ini kecil..
Kerana pulangan di akhirat, adalah jauh lebih lumayan, kekal abadi.

Tapi..
Guru yang ini..
Dimana nilai mulianya....?
Terlunjur perahu, boleh diundur.
Terlunjur kata kata, buruk padahnya.

Tapi yang aku perhatikan,
Mamat ni macam tak kisah pun nak tarik balik kata kata nista dia.
Sibuk dengan 'ha ha' sahaja atas apa jua komen orang( serangan ke atas FB dia)

Walau berbeza idealogi politik macam mana sekalipun.
Tolonglah hormati, hargai pengorbanan Polis, Askar kita..
Nak suruh kau pergi berperang??
Jangan hanya tahu komen & menghina tanpa fikirkan perasaan orang..
Menggelar perajurit negara sebagai anjing, itu biadap namanya.

Dan anda sebagai warga pendidik, seorang cikgu, berkhidmat dibawah Kementerian Pelajaran..
Tak patut, tak wajar berperilaku sebegini.
Aku ngeri kalau cikgu sebegini, mengajar anak anak aku, mengajar anak anak anda semua.

Aku harap..
Cikgu Mohd Lotfi Nor ini insaf..
Minta maaf..

Kita semua manusia..
Kita semua hamba Nya..
Benci macam mana pun, Islam tak suruh kita menghina sebegini rupa.

 https://www.facebook.com/mohdlotfi.nor
Teruk kena serang di FB.
Itulah..
Nak kata tak bijak guna teknologi..
Awak seorang guru.




Tuesday, March 12, 2013

Do's and Dont's

Ada beberapa perkara simple, yang anda perlu buat (DO'S), dan perlu elakkan(DONT'S), bila berjumpa dengan doktor..

1- DO tell your history, thoroughly.

Maknanya, sila beritahu , kalau boleh secara terperinci sejarah sakit anda yang anda hadapi kini, dan apa apa sejarah lampau yang relevan. Ingat, bukan semua doktor itu rajin bertanya. Ada yang bekerja macam robot. Sejarah penyakit itu penting dalam membantu doktor membuat diagnosis yang tepat, kadangkala, hanya dengan 'patient history' alone, diagnosis tepat sudah boleh dibuat.

2- DONT speak to the doctor when the doctor is using his stethoscope.

Maknanya, masa doktor sedang guna alat stetoskop untuk mendengar bunyi jantung/paru-paru, elakkan bercakap dengan doktor. Aku kerap kali juga alami situasi ini. Selain mengganggu konsentrasi doktor nak mendengar bunyi jantung/paru-paru, percakapan anda ialah sia sia, sebab selalunya, kami tak dapat nak dengar dengan jelas apa yang anda cakapkan  :)

3- DO ask your doctor whatever you dont understand he is telling.

Maknanya, sila ringankan mulut bertanya kepada doktor anda, apa apa yg anda tak faham. Ingat, anda bayar doktor anda, jadi anda berhak tanya. Jangan buat andaian sendiri kalau tak faham, boleh jadi buruk padahnya. Bertanya kepada pakcik Wiki atau makcik Google itu boleh, tapi ada limitasi nya.

4- DONT teach your doctor, on how to become a doctor.

Maknanya, jangan nak ajar pula doktor anda tentang cara kerja mereka. Nasihat ini terpakai untuk semua kerjaya sebenarnya. Hormatilah kepakaran mereka, tak kiralah doktor, engineer, lawyer, cikgu, petani, tukang rumah, driver bus, semua orang ada kemahiran masing masing. Menegur/kritikan membina itu perlu, tapi bukan 'mengajar', ok? Kerana bila anda mula mengajar orang yang memang dalam bidangnya, dan benda yang anda ajar itu salah sebenarnya, tindakan anda itu ialah sangat memualkan/annoying.

Ok, dah takde idea apa nak tulis. Korang kalau ada idea, lontarkan kat ruangan komen, utk kebaikan kita semua. Nanti2 bila idea aku datang, aku update entri ini...:)

Monday, March 11, 2013

Projek Roti Sosej: Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih

Ada seorang hamba Allah dari Korea yang pemurah, menyumbangkan wang utk di derma kan kepada rumah anak anak yatim/fakir miskin sekitar Shah Alam & Klang dalam bentuk makanan. Maka, wife aku di beri peluang untuk membuat roti roti sosej untuk anak anak yatim/fakir miskin ini, berdasasrkan jumlah wang yang telah di dermakan. Ada beberapa rumah anak anak yatim/fakir miskin yang telah aku senaraikan, dan Insya Allah bakal menerima sumbangan kelak. Oleh itu, projek ini aku namakan, Projek Roti Sosej. Kita doakan penderma ini supaya di murahkan rezeki & diberkati Allah.

Rumah anak yatim/fakir miskin pertama dalam projek ini yang telah aku & wife pergi ialah ke rumah Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih, di Klang. Kami ke sana pada hari Sabtu pagi yang lepas. Pertubuhan ini mempunyai beberapa cawangan..info lanjut di sini: http://www.nurkasih.org

Sumbangan kali ini melibatkan 50+ roti sosej, untuk di agih agihkan kepada penghuni di rumah ini, yang mana ianya menempatkan 12 kanak kanak perempuan, dan baki selebihnya untuk cawangan asrama lelakinya, tidak jauh dari rumah ini.

 Bun bun sosej freshly made malam sebelumnya...Bun kacang merah kat belakang tu untuk makan sendiri..hahaha

Dah siap packing..kita bergerak ke lokasi..

Di depan rumah yang menempatkan anak anak yatim & miskin perempuan. Nombor2 tertera tu boleh la dihubungi andai ingin menyumbang, atau terus ke laman web yang aku dah tulis kat atas tadi

Tokey bakery yang sedang pregnant 20 minggu, posing dengan anak anak ini..

Bahagian interior asrama mereka. Semua perabut, fridge, kipas, tv , etc..di dermakan oleh individu berhati mulia. Mereka masih memerlukan beberapa perabot seperti rak buku.

rak buku saiz macam ni pun okey kalau nak sumbang..sebab buku2 sekolah mereka banyak...ini di tingkat 2, di bahagian study room mereka.

Menyampaikan sumbangan..semoga kita semua boleh istiqomah mengumpul saham akhirat, Insya Allah

Mereka persembahkan nasyid untuk kami. Jujurnya, aku rasa sebak masa tengok mata mereka...Tak tahu kenapa...terbayang anak anak sendiri...Semoga mereka ini berjaya di dunia & akhirat..

Ini link video nasyid yg mereka persembahkan, kalau nak tengok: Nasyid

Group photo sebelum kami pulang..

Kepada yang ingin menderma untuk anak anak yatim & fakir miskin, boleh la consider mereka ini..kata kata hikmah pertubuhan ini yang kita boleh jiwai  " yg miskin perlukan yg kaya utk dunianya, yg kaya perlukan yg miskin utk akhiratnya"



Saturday, March 9, 2013

Bolehland

Episode BolehLand...tanah di mana, semua boleh!

Di kawasan rumah aku...pagi ini. Tasik untuk beriadah, boleh juga jadi tong sampah gergasi buat typical Malaysian. Aku malu, sebab kalau di negara maju, adalah mustahil nak lihat banner sebesar besar alam macam tu direntangkan untuk mendidik rakyatnya erti kesedaran sivik.

Aku hairan dengan mentaliti sesetengah kaki pancing di BolehLand ni. Kat mana ada air, kat situ dia mesti bertenggek memancing, padahal terang terangan kawasan itu kawasan larangan memancing. Paling aku pelik, semalam, di satu kawasan yg aku boleh panggil parit besar, ada kaki pancing siap tebar jala! Nak berhobi pun, hormatilah hak orang lain.

Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia 2013

Selamat Hari Wanita Sedunia 2013..
Wanita wanita hebat di luar sana..
Kalian memang hebat..

Dua wanita hebat dalam hidup aku...
1-  Emak.

Nenek & Atuk holding Ziyyad..Oh God, tembamnya Ziyyad dulu! bahaha

2- Isteri
My wife..seiring dan sejalan dengan dua hero..:)

Tak tertulis betapa pentingnya 2 wanita ini dalam hidupku..

Selamat Hari Wanita buat pembaca2 blog ku ( yg aku tahu,majoritinya, wanita...: ) )

Thursday, March 7, 2013

JJBS + JJCM

Semangat kita masih membara tentang kedaulatan negara..
Tentang hero negara..

Teringat bulan December 2011 dulu..
Di tengah panas terik..
Aku gigih bawak hero sorang ni ke sini...

Kota Ngah Ibrahim /Muzium Matang di Kuala Sepetang, Perak.

Untuk memupuk minat kepada anak anak..
Untuk ajar anak tentang sejarah..
Siapa Kapten Speedy? Sila Google  :)

Cakkk!!



Memang panas terik..
Tapi nasib baik masuk dalam muzium ni sejuk..ada ekon..
Dan ia free..
Kena repeat ke sini lagi bila anak dah besar..
Kena ajar mereka tentang sejarah..
Tentang pengorbanan..

Yang best nya..
Lepas ke muzium ini..
Kita boleh tambah uric acid...
the famous mee udang Mak Jah @ Kuala Sepetang

Tak jauh sangat dari muzium ni, boleh makan mee udang..
Boleh makan nasi goreng udang..
Boleh makan udang goreng tepung..
Boleh makan cucur udang..
Tapi panas berdenting kedai ni..
Bila la mak jah nak bubuh ekon kat kedai ni.. :)

udang goreng tepung @ Mee Udang Mak Jah

sekian..
jalan jalan belajar sejarah + jalan jalan cari makan.( JJBS + JJCM)

Tuesday, March 5, 2013

Saya Sayang Malaysia

Mutakhir: Pasukan keselamatan negara lancarkan serangan 'all out' ke atas penceroboh bermula setelah subuh pagi ini di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Kita doakan semoga Allah permudahkan urusan ini dan anugerahkan keselamatan buat perajurit-perajurit kita, moga kemenangan di pihak kita.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila jadi insiden sebegini, barulah kita tersentak, kita mula sedar betapa kita sayangkan negara kita.
Bila jadi sebegini, kita kena cepat bertindak, dan kena juga ambil iktibar.
Iktibar perlu di ambil, untuk elakkan perkara yang sama, berulang.
Orang kata, belajar dari sejarah.

Bukanlah sesuatu yang rahsia lagi bahawa di Sabah selama ni terlalu ramai PATI.
Tanya sahaja warga Sabah, pelbagai angka di beri...20 %...25%..malahan ada yang bagi angka 35%, mendakwa betapa ramai bilangan PATI di Sabah berbanding bilangan rakyat Malaysia sendiri, di sana. PATI ini termasuklah puak Sulu, yang telah buat kacau bilau sekarang.
Bila PATI dah lama berada di Sabah, mereka dah berasimilasi dengan rakyat tempatan.
Bukan baru sehari dua mereka masuk dan menceroboh Sabah.
Mungkin susah juga buat anggota keselamatan kita nak bertindak di sana, sebab mereka telah masuk 'deep inside', apa apa pun kita doakan misi anggota kita berjaya dengan cemerlang, amin...

Benda yang sama, boleh di aplikasikan untuk kita di Semenanjung.
Kita leka.
Kita seronok sepanjang masa. Bergelak ketawa dengan pelbagai hiburan.
Tapi sedar atau tidak, setiap hari lambakan warga Nepal, Myanmar, Vietnam, Indonesia, India, Pakistan ( dan lain lain negara) masuk ke negara kita, baik secara sah, mahupun, illegal.

Golongan yang masuk ini, 'tiada kualiti', maaf cakap.
Bukan macam golongan pekerja luar yang ingin masuk ke negara maju, harus di teliti rekod mereka, harus lepas pelbagai ujian( termasuk ujian bahasa inggeris). Tapi tidak di negara kita.
Aku sendiri selalu jumpa patient Myanmar, Nepal, Vietnam, etc ini..Jadi aku tahu 'tahap kualiti' mereka.

Bila dah ramai, mereka yg tiada kualiti ini boleh sahaja memberontak,
Boleh sahaja buat tuntutan tak masuk akal.
Buat tuntutan nak hak ke atas KL, ke atas USJ, ke atas Slim River, contohnya.
Jangan kita terperanjat, sebab puak Sulu ni pun, nak buat tuntutan ke atas Sabah.
Mereka tak memberontak pun, kita dah takut, risau..padahal ini bumi kita, negara kita..tapi kita jadi takut nak jalan2 dlm negara sendiri...Ambil contoh masa cuti umum...cuba tengok muka2 yg melepak di KLCC, di KL, muka siapa? 
Selama ini, jenayah kecil kecilan telah mereka lakukan( membunuh, merompak, samun, bergaduh sesama mereka, culik anak dara orang, ect etc)

Moralnya,
Kita semua sayangkan negara kita yg aman ini.
Ini bukan isu politik.
Ini isu sayangkan Malaysia.
Maka, aku harap kebanjiran pendatang asing ke bumi Malaysia, di kawal seketat ketatnya selepas ini.
Jangan sampai puak Vietnam angkat parang beramai2 merusuh di Putrajaya, merusuh di KL, baru kita nak terngadah. Jangan sampai puak Myanmar ramai ramai cetuskan huru hara di Penang, di Ipoh, baru kita nak ambil langkah drastik.
Prevention is better than cure.

Monday, March 4, 2013

6 Lagi Polis Maut

Kita doakan semoga keamanan tercapai di Sabah..
Dan Malaysia terus aman..
Kita tak biasa dengan keganasan dalam negara..
Jadi..
Kita semua terkesan..walaupun kita jauh diseberang laut..


aku benci dengan politician( tak kira kem) yang menangguk di air keruh atas insiden ini, politician sebegini ialah manusia dayus yang sepatutnya pergi ke sana, instead of keluarkan kenyataan demi kenyataan semata mata utk political mileage.. dan aku harap, siri jelajah mana mana politician berceramah/bagi sumbangan, dihentikan lah buat sementara..Sangat tidak sensitif anda sibuk berjelajah di kala rakyat semua gusar akan keganasan yg sedang berlaku.

Friday, March 1, 2013

Jambatan Berdekatan Putrajaya Runtuh

Semalam heboh tentang sebuah jambatan, yang masih dalam pembinaan, runtuh di laluan Putrajaya Link, lepas plaza tol Putrajaya lebuhraya ELITE.




Tiada laporan kemalangan jiwa..sebab ianya masih ditutup dan belum di gunakan.

Dulu stadium runtuh..
Rumah lereng bukit runtuh..

Manusia..
Masih tak mahu ambil iktibar..
Tuhan dah berkali kali kasi warning..

Yang menipu dalam timbangan..
Yang menipu dalam bancuhan simen..
Yang menipu menurap jalan..
Yang menipu mark up kontrak..

Kalau masih tak nampak warning tuhan di dunia..
Dah terlambat bilamasa kaki dah terpacak di padang perbicaraanNya kelak.

Sama sama kita beringat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...