Thursday, February 28, 2013

Bolehland, again.

Hari ni hari Khamis...
Nak try tiru ' thursday random photos' si Lieya  ..hahaha

Tapi tak banyak pun gambar..3 ketoi aja..godek godek album dalam henfon cikai aku tu..adalah few gambar yg aku rasa worth to share in blog..haha
Dan jangan harap banyak gambar makanan macam kat blog Lieya tu..haha

nampak macam familiar kan botol sos ni....Nama jenama pun start huruf M..kombinasi warna pun lebih kurang...style cili cili tu disusun pun, lebih kurang sama!  Ini namanya plagiarism berhemah. hahaha..

bandingkan sos Mastika kat atas tu, dengan sos Maggi ini..



Butang dalam lif. Pagi tadi di radio Menteri Kesihatan bagitau, negara Malaysia kekal sebagai negara nombor satu, wahidddd...dalam kalangan negara Asia Tenggara yang punyai paling ramai warga obese. Macam mana lah tak obese, badan sihat sejahtera muda belia, tak bawak barang, tak dukung anak, tak tolak stroller, tapi tetap sanggup gigih menunggu lif semata mata nak turun aja pun dari level P5 ke P4. Tu turun, kalau NAIK, lagilah tak sanggup..hahaha. Jangan terpedaya okeh kurus = sihat. Melambak yang kurus = tak sihat & tak fit. Aku tulis ni bukan pasal aku jeles aku tak kurus ( wakakakak), tapi memang ia realiti. ia fakta perubatan. Bukti nyata, petang2 kat gym level L1 tu, aku sendiri mampu lari lebih laju, lebih lama dari ada lah beberapa orang kurus sebelah treadmill aku. Okeh, tak baik riak, aku sangka baik, org tu baru nak berjinak jinak bersenam..kikikiki

Since I became a blogger, I couldn't resist myself from taking picture, like this!  Only in BolehLand. Pam jamban ber-solex kauuuu.

Wednesday, February 27, 2013

Mythbuster - Siri 5

Ok..ni sambungan dari entri semalam,  Mythbuster - Siri 4

Ini namanya Paracetamol suppository..pendeknya dipanggil PCM supp. Gunanya ialah sebagai ubat demam yang dimasukkan ke dalam dubur baby/kanak kanak. PCM supp ni selalunya diberi kepada baby/kanak2 yg demam panas/susah nak makan ubat/tengah alami simptom muntah2. Mitos tentang ubat PCM supp ini yang aku baru dengar last week ialah, ianya merbahaya. Last week ada sorang baby 7 bulan demam dengan temperature 40.5 degree Celcius. Memang panas kan. Ayahnya beria ia  tak mahu PCM supp itu dimasukkan. Aku puas pujuk dan bertanya kenapa...last last ayahnya cakap 'risau ianya merbahaya'. Aku tanya, ' apa yg merbahayanya?'. Ayahnya pun tak tahu apa yg merbahaya! So, pada aku, sesetengah orang anggap PCM supp ini 'bahaya' sebab ianya dimasukkan dari bawah, kot. Takde bahayanya ubat ini, ianya sama macam paracetamol lain, cuma presentation nya sahaja berbeza. 

Ada juga mitos/kepercayaan sesetengah parents yang percaya PCM supp ini sesuai utk diberi kepada anak mereka yang dah berusia 12 tahun, yang tak geti makan ubat syrup, apatah lagi pill. Oh !!!  Tolonglah ajar anak anda makan ubat ya, dah besar dah tu..dosage PCM supp ini hanyalah samada 125mg atau 250mg..Jadi amat amat tak sesuai dan tak cukup dos nya utk kanak kanak 12 tahun. Dan bayangkan perasaan anak yg dah darjah 6 tu bila nak masukkan ubat ini...:)

Ini measuring tape. Selain di kedai tailor, kat klinik dan hospital pun ada. Gunanya ialah utk ukur saiz lilitan pinggang. Mitos nya ialah lepas kahwin, hidup bahagia, makan minum terjaga, maka kaum lelaki pun dapat anugerah PJK. (perut jalan ke depan). Sebenarnya, tak bahagia..hahaha...Sebab meningkatkan saiz lilitan pinggang, bermakna meningkatnya peratusan abdominal obesity. Dan abdominal obesity berkadar langsung dengan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, lemah jantung, insulin resistance, kencing manis, dan lain lain. Jadinya, kena ubah persepsi bahawa lepas kahwin, it is OK to be boroi/PJK. No, it is not OK. Dan umur pun makin meningkat. So kena jaga fitness level, kena jaga ukuran lilitan pinggang. 

Tape ini juga boleh digunakan utk mengukur tinggi rahim ibu2 mengandung. 1 cm mewakli 1 minggu usia kandungan. So utk kandungan berumur 5 bulan, sepatutnya ukuran tinggi rahim bila diukur mestilah beri bacaan sekitar 20cm. Mitosnya ialah, dengan melihat saiz perut, dah boleh tahu jantan atau betina nya. hahaha. Well, mitos ini terkena pada wife aku sendiri, masa mengandungkan anak kedua kami, Zayyan. Ditakdirkan saiz perut wife aku agak besar, dan rata2 semua org2 tua yang kami jumpa masa balik kampung, dengan confident nya kata ianya anak perempuan, padahal kami dah siap scan 3d/4d, dah tahu ianya baby boy. Paling tak boleh blah, aku ingat lagi seorang akak di kedai runcit ni boleh beria ia nak bertekak dgn wife aku beritahu 'dia tahu itu baby girl'  yg wife aku kandungkan...dan dengan yakin kata " 3d/4d scan yang nampak baby boy itu, salah!"...hadoiii...

Dan kena buang juga mitos bahawa kalau perut besar = baby besar. Not necessarily ok. Boleh juga saiz rahim besar sebab kandungan air ketuban lebih banyak dari biasa(polyhydramnios). Contohnya dalam kes kencing manis masa pregnant, ia boleh terjadi. Saiz rahim yg kecil ukuran nya juga tak bermakna baby kecik. Boleh juga sebab air ketuban kurang(oligohydramnios). Kena faham fakta bahawa air ketuban terhasil dari air kencing bayi dlm kandungan, dan air itu 'di recycle' dengan baby menelannya kembali. Bila faham fakta ini, maka apa apa abnormality pada kandungan air ketuban, mudah dicari punca nya. Selain dari faktor kecacatan baby, polyhdramnios atau oligohydramnios boleh terjadi atas sebab sebab lain, yang mana aku rasa terlalu kompleks nak cerita di sini.

Ini namanya Otoscope. Utk memeriksa ke dalam lubang telinga. Nak tengok ada tak tahi telinga keras tersumbat( impacted wax), atau ada ke tidak jangkitan dalam telinga. Boleh juga tengok ada tak manik/getah pemadam/guli/kertas/anak lipas dalam telinga..ya, itu semua aku dah pernah jumpa dalam telinga pesakit. 

Mitosnya ialah telinga itu perlu dikorek hari hari, kononnya nak bagi bersih. Bukan, telingan jgn di korek hari2. Nanti ia terlalu bersih. Tuhan ciptakan tahi telinga( ear wax) itu tidaklah sia sia. Ada gunanya.Utk memerangkap habuk/kotoran/etc. Jadi kalau dah obses sangat hari2 korek telinga, maka apa yang tinggal dlm telinga utk trap benda2 tersebut? Ear wax juga bersifat sedikit asid. Jadi sifat asid ini penting dalam menghalang pembiakan bakteria & fungus, sementelah dalam telinga itu gelap dan agak lembab keadaanya. Kalau dah takde ear wax, maka senang lah dpt ear infection. 

So, berapa kerap kena korek telinga sebenarnya? Jawapannya, bergantung kepada anda jenis yg mana. Ada orang yg memang telinganya jenis hasilkan ear wax yg banyak, ada yg sedikit. Jenis yg banyak ear wax ini lah yang terdedah kepada risiko impacted wax & jangkitan dlm telinga kalau kerap sangat bersihkan telinga. Penggunaan cotton bud itu hanya akan mengeluarkan sebahagian kecil sahaja ear wax, manakala majoritinya tertolak ke dalam telinga. Diulang banyak kali, ear wax yang tertolak ke dalam tu akan mengeras. So, petua nak korek telinga dgn cotton bud ialah korek hanya di bahagian luaran/opening of the ear.. jangan terlalu syiok korek sampai ke dalam. Ear wax itu memang akan sampai juga di kawasan ear opening/bahagian luar, awal lubang telinga.

Tuesday, February 26, 2013

Mythbuster - Siri 4

Kekadang, aku rasa kelakar, tergelak bila dengar mitos mitos tentang dunia perubatan..
Kekadang, aku rasa sedih & marah...sebab mitos mitos itu, dah la tak betul, berisiko datangkan kesan buruk pula..Yang sedihnya, bila sudah diberitahu, bodoh sombong ego pula nak menafikan penjelasan aku...Tak apa lah, aku dah jalankan tanggungjawab, yang menanggungnya, bukan aku.

Kali ni, aku tengah rajin nak share mitos mitos yang ada..
Dan aku nak debunk the myths..

" doctor, darah saya kotor ya? "...tanya patient aku lepas darah di sedut...Sebab darahnya warna hitam pekat, tak 'bersih' dan bewarna fresh blood, merah menyala..  Aku jelaskan padanya bahawa darah yg disedut keluar itu warnanya gelap sebab ianya dah takde oksigen, ianya darah yang disedut dari saluran darah bernama vein. Darah yang penuh oksigen di bawa oleh saluran darah yang dipanggil, artery...darah ini warna merah menyala. Dan doktor tak punya mata Superman, sekali imbas tengok darah, doktor tak boleh bagitahu pesakit ' darahnya penuh cholesterol ya', atau ' darahnya banyak kuman'. Tetap kena hantar ke makmal. Faham ya?  :)

Ini namanya Glucometer set. Mesin ajaib yang boleh memberi bacaan gula dalam darah. Mitosnya ialah, ada pesakit kencing manis yang nak kelentong doktor, nak tunjukkan bahawa dia jaga kencing manisnya( makan ubat ikut schedule, jaga makan, exercise regularly). Makanya 24 jam sebelum darah di ambil di hujung jari utk di baca oleh mesin ini, pesakit ini pulun puasa dan tak makan. Bila di test, wallah! memang cantik bacaan gulanya...... Tapi pesakit ini tak tahu hakikat adanya test darah yang di panggil HbA1C. Ujian darah HbA1C ini akan memberi gambaran tentang kawalan gula dalam badan utk tempoh 3 bulan sebelum ini. Bacaan HbA1C ini ialah dalam bentuk peratusan( percentage). Bacaan lebih 7% menandakan poor glucose control, dan ianya sebagai indicator bahawa risiko utk develop komplikasi diabetes itu tinggi, kalau tetap tak kawal pemakanan.

Semua orang kenal alat ini kan. Menyukat tekanan darah kita. Mitos tentang tekanan darah ini ialah " kita boleh suka suki makan ubat darah tinggi macam makan gula gula". Ramai patient yang buat peel macam ni, Bila dia rasa dia OK( tak pening, tak sakit tengkuk), dia stop makan. Ataupun bila dia check BP dia normal dah, dia stop makan (padahal BP nya normal sebab effect ubat darah tinggi). Kalau memang komited tak mahu makan ubat, boleh. Cuma kena faham caranya bagaimana, Bukan suka suka buat keputusan on -off makan ubat. Sepanjang tempoh tak makan ubat, anda perlu ubah gaya hidup( jaga makan, regular exercise, kawal stress), dan sentiasa monitor tekanan darah. Masalahnya, org Malaysia ni, susah nak exercise, susah nak jaga makan, dan malas buat pemeriksaan BP berkala. Lebih percaya makan produk MLM, terus stop ubat, tanpa check BP, tanpa rujuk doktor. Sendiri jadi doktor, sendiri kiok nanti.




......bersambung daaaaa

( dulu ~ 2 tahun lepas, aku ada menulis pasal Mythbuster ni..Di Sini...kali ni aku sambung dengan mitos mitos lain..yg part glucometer tu, ulangan..hahah )

Monday, February 25, 2013

Hasil Seni Ala Da Vinci

Ini yang aku nampak pagi tadi di jalanraya yang busy..
Aku pulak yang naik ngeri tengok.

Beli lah kancil second hand pun takpe..
Harga Kancil secondhand boleh dapat 3-5 ribu aja..tak pun Saga zaman tok kaduk tu..

Kalau bujang, lain cerita..
Ni di usung bini, anak kecik..
Baby dlm kereta bila eksiden pun boleh tercampak keluar..
Ini, bayangkan naik motor macam tu..

Memang ajal maut di tangan tuhan..
Tapi, tuhan suruh kita ikhtiar.

Kalau dah miskin kedana sangat nak beli kancil 3- 4 ribu pun tak mampu..
Mintak lah sekarang bantuan..
Sebelum PRU menjelma...
Pasti tak dihampakan..
Jangan pulak dapat duit dok beli henfon, beli rokok, beli tudung paridah..

Sekian.

Friday, February 22, 2013

3 Abdul

It is official.
Muktamad.

It is a hat trick.
3 boys in a row.
This will be the last.
This is the 3rd Caesarean.

Pasrah.
Redha.
Tak terkilan.
Jauh sekali nak bersedih.
Walaupun sebelum ini simpan impian nak beli dress/gown di Mothercare/Lovely Lace.  :)
Walaupun masa tunaikan haji tahun lepas mak ayah dah doakan for a girl.

Namun..
Allah Maha Mengetahui..
Allah Maha Merancang..
Ini yang terbaik buat kami..
Bersyukurlah..
Orang lain, nak dapat zuriat pun payah..

Teringat kat Kak Azian..sama lah kita sekarang ni kak..3 Abdul...hahaha..

Thursday, February 21, 2013

Hobi Menjana Pahala

Pada aku, setiap blogger, ialah peminat fotografi / ber-hobi fotografi camwhore..hahaha
Unless dalam blog dia memang langsung takda gambar yang di ambil sendiri.

Walaupun takda kamera dslr..
Dengan kamera henfon pun blogger akan ambil gambar makanan..
Orang lain akan tanya " bila boleh makan ni?" sambil si blogger sibuk compose gambar beger bakar..hahaha

Dan ikut pemerhatian aku lah kan..
Majoriti blogger ialah peminat fridge magnet..
Kah kah kah...

Thank you naaaaa kak Dinas ..cek baru terima FM Brunei ni semalam...:) Dah makin penuh pintu esbok cek..nak kena beli esbok 3 pintu pulak kot..hahaha..

Cakap pasal hobi fotografi, hobi kumpul FM ni kan...
Sesetengah hobi, seronok di buat beramai ramai..dengan kaki-kaki yang sama hobinya..
Memancing dan geng memancing..
Menembak dengan geng menembak..

Cuma aku susah nakgi menembak gambar dgn geng2 menembak yang aku kenal online ni..
Sebabnya.. bila aku free, mereka tak free..bila mereka free, aku nak tido tak free..

Penyudahnya, aku banyak berbicara maya dengan mereka..
Nama nama seperti Dr Singa, kak Dinas, TasekM, GB, Wak Gelas, My Journey My Photo, CPL, Kuah kari, Nizam Arif, dan My Story Pic ( just to name a few) adalah nama nama blogger kaki foto yang aku mesti selalu masuk ke blog mereka. Pasti best kalau dapat sama sama ber photoshoot di lokasi feveret aku Ostolia, ataupun sunrise kat Mt Bromo! hahahaha..

sebab entri ni edisi ucap TQ kat kak Dinas, maka cek tayang la jugak beg kamera cek ni..sama spesis dengan beg kak Dinas...keh keh keh


Moralnya..
Hidup biar ada hobi..
Kalau tidak, hidup kita monotone..
Bosan, boring, dull, terlalu rutin.
Dan menerusi hobi, kita tambah kenalan..
Tambah kenalan itu, eratkan silaturrahim..
Erat silaturrahim, dapat pahala. See?
 : )




Wednesday, February 20, 2013

Five Stages of Grief

Semalam, seorang rakan FB aku ada meminta pendapat tentang bagaimana nak menasihati /membantu kawannya yang baru disahkan menghidap breast cancer stage 1. Rakan FB aku itu menerangkan bahawa rakannya itu merasa sangat tertekan/tak tahu nak buat apa/rasa 'down'.

Aku rasa, baik aku berkongsi secebis ilmu yang aku ada ini, di blog..supaya lebih ramai yang boleh berkongsi baca, dan tambah apa yang patut..mungkin melalui pengalaman masing-masing..Afterall, bagi aku, itulah fungsi terbaik medium blog ini, berkongsi pengalaman & ilmu..

Bila kita menghadapi ujian besar seperti penyakit yang bakal membawa maut(menunggu masa utk mati) atau kehilangan orang tersayang, kita akan bersedih, mungkin amat amat sedih. Seorang ahli psikiatri Swiss bernama Elisabeth Kübler-Ross mempopularkan teori beliau tentang apa yang dipanggil sebagai The Five Stages of Grief ( 5 Peringkat Kesedihan).The Five Stages of Grief ini juga dikenali sebagai the Kübler-Ross model. Senang sahaja nak ingat fasa/stages ini, hafal akronim DABDA( Denial, Anger, Bargaining, Depression, Acceptance)

 Elisabeth Kübler, dilahirkan pada 8 July 1926, meninggal pada 24 Ogos 2004..lahir sebagai baby kembar 3. Dibesarkan di Switzerland, beliau kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat dan membina karier di US.  ~ sumber: pakcik Wiki.

The Five Stages of Grief

1) Denial.
Kita akan menidakkan apa yang berlaku. Tak percaya. Mungkin dalam kes rakan FB aku itu, tahap denial nya tidak sebegitu teruk, kerana kanser payudaranya baru di tahap 1. Tapi aku pernah hadapi situasi di mana pesakit aku memang sukar terima hakikat beliau hadapi kanser stage akhir. Menidakkan diagnosis doktor. Cuba mencari penjelasan lain. Berapa lama kita terkongkong dalam stage Denial ini, bergantung kepada individu, bergantung lepada situasi. Malang kerana ada insan yang terperangkap dalam denial nya.

Bagaimana untuk menolong sahabat FB itu? :
Bagi aku, kalau sahabat kepada sahabat FB aku itu ada rasa denial ini, yang terbaik ialah kita nasihati rakan itu untuk terima hakikat penyakitnya. Kita boleh sarankan kawan ini untuk dapatkan pendapat kedua, mungkin ketiga dari pakar pakar lain. Kita boleh juga bantu dengan kita sendiri membaca tentang breast cancer, dan beri penjelasan- dari kawan kepada kawan, tentang breast cancer. Dengan ilmu dan fakta, Insya Allah kita boleh buang perasaan denial/menolak hakikat ini. Jangan pula kita menambah tahap denial kawan kita ini! Kita pula yang melebih lebih menyokong 'denial' kawan kita, ajak dia pergi jumpa bomoh yang mana kelas sains pun tak pernah masuk!

2) Anger
Melepasi fasa Denial, setelah kita menerima akan hakikat kita sakit/kehilangan org tersayang, kita akan melalui fasa anger, fasa kita marah. Rasa marah ketika ini adalah normal, fitrah kita sebagai manusia. Kita mungkin akan marah diri kita sendiri, atau kita mula marah dan salahkan orang lain, kita marahkan kerajaan, kita marahkan bumi..apa saja yang boleh kita marah, kita marah. Contohnya, kita kehilangan orang tersayang akibat kemalangan..kita mungkin akan marah diri kita sendiri.." kenapa aku tak hantar dia sendiri..kenapa aku biarkan dia memandu??" 

Bagaimana untuk menolong sahabat FB itu? :
Jujurnya, kalau aku, kita biarkan dahulu rakan kita tu lampiaskan kemarahan nya. Jangan dihalang. Kemarahan yang di tahan, lebih buruk padahnya. Cuma janganlah kemarahan itu melampaui batas. Rakan FB aku itu mungkin akan marahkan tuhan " kenapa aku pulak yg kena kanser? bukan perokok tegar??". Kita sebagai kawan kena lebih bersabar, sabar dengan perangai rakan kita yang sedang marah ini. Jangan pula kita yang naik marah, marahkan dia sebab kita tak tahan asyik tengok dia marah! Api tak boleh dilawan dengan api.

3) Bargaining
Fasa ni ialah fasa kita 'berurus niaga' dengan tuhan, selalunya. Kita ber-bargain dengan tuhan..Kita katakan " kalau lah dia hidup lebih lama, aku akan layan dia dengan lebih baik"...ataupun " andai aku diberikan lebih masa untuk hidup, aku akan rajin bersedekah wahai tuhan"...

 Bagaimana untuk menolong sahabat FB itu? :
Dalam kes rakan FB aku ni, kesan ' bargaining' itu mungkin minimal, atau tiada..sementelah rakannya cuma hadapi breast cancer stage 1, yang mana ianya completely treatable. Tapi mungkin juga effect bargaining di sini boleh merubah cara hidup, ke arah yang lebih sihat, lebih produktif. Tuhan uji beliau dengan kanser, tapi tak mengancam nyawa. Majoriti dari kita akan tersedar dari lamunan, lepas di uji sebegini rupa. Kita akan mula hargai kehidupan, hargai masa kita, hargai orang di sekeliling kita.

4) Depression
Fasa kemurungan ini yang pada aku, merbahaya. Merbahaya kerana ada antara manusia yang gagal mengurus kemurungannya, dan kerana itu lah timbulnya kes bunuh diri. Bunuh diri tak tahan di uji sakit, bunuh diri tak tahan hidup keseorangan setelah pasangan meninggal dunia. Mereka mungkin rasakan " alahhhh, aku memang dah nak mati pun, so buat apa nak buat macam macam"..

Bagaimana untuk menolong sahabat FB itu? :
Di saat fasa Depression inilah seorang sahabat boleh main peranan yang amat, amat besar. Rujuk kawan yang hadapi masalah/penyakit/kehilangan org tersayang ini kepada kaunselor, kepada psikiatrist(jika teruk sangat)..dan ikhtiar juga secara spiritual/agama. Jangan biarkan sahabat ini keseorangan, kerana bila seorang diri, yang menjadi sahabat yang sentiasa bisikkan 'nasihat' ialah syaitan.

5) Acceptance
Fasa terakhir ini ialah fasa penerimaan. Menerima ketentuan Ilahi. Pasrah. Redha. Fasa ini ialah 'ultimate goal' kita sebagai umat Islam, sebenarnya. Tuhan uji kita supaya kita sabar & redha.

Bagaimana untuk menolong sahabat FB itu? :
Yang penting setelah sahabat FB kita tu menerima keadaan penyakit nya, ialah beliau harus tahu hala tuju berikutnya. Kena betul2 faham rawatannya, supaya tak miss rawatan. Kena faham modifikasi gaya hidup yang perlu di lalui.



Asalnya, fasa -fasa ini di cetuskan sebagai penjelasan fasa kesedihan kepada pesakit2 yang hadapi saat saat kematian ( terminal ilness). Namun kemudianm ianya boleh dikembangkan dan digunapakai untuk keadaan keadaan 'major loss' seperti kehilangan kerja, kehilangan org tersayang, cinta ditolak, perceraian, kegagalan mendapatkan zuriat, dan macam macam lagi.

Perlu difahami bahawa model Stages of Grief ini tidaklah disandarkan kepada scientific evidence, dan ianya sendiri ditemplak oleh segolongan professional dalam bidang psychiatry itu sendiri..contohnya oleh psychologist bernama Vaughan Bell. Boleh baca secara ringkas laporannya di SINI. Vaughan berpendapat bahawa kita semua bersedih dalam cara kita tersendiri bila hadapi ujian & musibah, dan tak semestinya mengikuti step by step stages yang di perkenalkan oleh Elizabeth Kubler ini.

Pendapat aku? Aku menerima pakai pandangan kedua duanya secara terbuka, bahawa aku percaya ada asasnya apa yang Elizabeth Kubler katakan, dan aku juga percaya apa yang Vaughan Bell nyatakan. Kena ikut situasi, ikut individu. Ada ketikanya kita terus lompat ke stage "acceptance"..ada pula ketikanya kita terperangkap di stage pertama" Denial" untuk tempoh masa yang panjang.

Dan pendapat peribadi aku, untuk kita capai/melompat pantas ke fasa terakhir 'Acceptance' itu dalam apa jua ujian hidup ini, kita kena kembali kepada tuhan..faham matlamat kenapa kita dihidupkan, iaitu untuk diuji. Di situ lah tuhan nak anugerahkan rahmat & pahalaNya kepada kita yang berjaya berada di fasa Acceptance, lebih lebih lagi yang tak terperangkap lama antara stage 1 hingga ke 4.
 



Monday, February 18, 2013

Developmental Milestones: Talking

Hari ini, Zayyan berumur satu tahun sembilan bulan.
Jika dibandingkan dengan abangnya Ziyyad, perkembangan pertuturan nya aku rasa a bit lambat.
Di kala umur sebegini, seingat aku Ziyyad dah mampu bertutur 5- 6 perkataan mudah.
 Mungkinkah masuk sahaja umur 2 tahun, Zayyan akan petah pot pet pot pet bercakap sampai org tak larat nak layan macam abangnya?  :P

Secara kasarnya, ini 'developmental milestones' dari aspek bertutur:

- usia 12- 17 bulan: Kebanyakkan bayi akan gunakan 1 atau 2 perkataan, paling biasa panggilan ke atas ibu bapanya ( mak/ayah/mommy/daddy/abah/etc). Simple instruction dari kita seperti " come here Zayyan" atau " give daddy the remote control( aku selalu mintak yeyen ambikan remote Astro..hahahah)" , adalah boleh difahami dan dituruti oleh mereka.

-usia 18- 24 bulan: On average, patutnya baby dah mahir gunakan antara 6- 20 patah perkataan yang mudah. Pada range umur ini, mereka akan mudah mengikuti irama lagu, selalunya nursery rhyme.. Zayyan memang expert part ikut nursery rhyme. Tiap2 hari nyanyi rhyme " A, B, C...."

-usia 2 - 3 tahun: Vocabulary kanak kanak usia sebegini boleh mencapai penguasaan hingga 300 perkataan. Dan mereka bersifat curious/ingin tahu, jadi mereka akan guna banyak perkataan pertanyaan W ( why? who? what? )

Macam mana nak galakkan anak anak bercakap?

-Anak anak belajar bercakap, dengan mendengar. Jadi, selalu lah bertutur dengan mereka. Bercakap dengan adanya 'eye contact', itu yang penting. Dan gunakan perkataan yang mudah/single words, tak perlu ayat bombastik tahap sasterawan negara. 

- Tingkatkan vocab mereka dengan memberi mereka pilihan..contohnya " Yeyen nak ball or train?", sambil kita tunjukkan mainan bola & keretapi nya..Jadi mereka akan gunakan akal, visualize imej, dan faham 'ohhh..ini ball'...'ohhhh..ini train'

- Perkembangan bahasa juga boleh di ajar berperingkat sejak peringkat baby. Biasakan mereka dengan bahasa yang anda mahu mereka mahir. Kami gunakan bahasa Melayu & Inggeris. Kalau nak anak anda mahir Hindustan, ajak mereka tonton filem Hindustan berulang ulang setiap petang Ahad, mungkin berkesan kot? hahahaha.

 Perkataan yang Zayyan fasih sekarang ialah CARS. Iya, pantang nampak kereta, akan ditunjuk dan berkata ' cars ". Masih tak mahu bercakap 'mommy' or ' daddy'. Tidak menghairakan 'cars' ialah perkataan pertama yang Zayyan pick up ( berbanding Ziyyad dulu, mula2 cakap 'daddy'), kerana sejak awal baby lagi, Zayyan rajin ikut abangnya menonton filem Cars berulang ulang kali! Sampai kan ada bantal Cars, soft toy bentuk Cars, pensil box Cars, baju Cars, beg Cars...cuma kereta Cars yg sporty macam tu aja daddy tak mampu nak belikan lagi!


Friday, February 15, 2013

Rezeki Biar Berkat

Salam Jumaat kawan kawan...
Lambat sedikit update blog hari ini, busy dengan urusan FOMEMA..

Sedikit perkongsian saya hari ni, saya copy paste bulat2 dari post saya di FB saya:

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Klinik saya sesak sejak pukul 11.30am tadi, diserbu hampir 30 orang warga Indonesia utk pemeriksaan FOMEMA.Mereka semua masuk secara sah, ada passport.Sekitar jam 12.45pm, saya keluar utk ke masjid. Masih ramai dari mereka yg tunggu di luar klinik utk menunggu van membawa mereka jalani x-ray. Sejurus setelah saya kembali dari solat Jumaat, staff saya memberitahu bahawa sekitar 1pm datanglah 2 Polis lelaki Islam Melayu, membuat 'pemeriksaan' dan 'bising-bising' kononnya mahu angkut warga Indonesia ini ke Jabatan Imigresen, mendakwa tiada permit. Walhal permit kerja akan dikeluarkan setelah lulus pemeriksaan perubatan FOMEMA. To cut the this long story short, maka kepala yg membawa pekerja ini 'membayar' 2 orang Polis lelaki Melayu Islam ini, supaya 'mudah urusan', tidak diganggu, padahal mereka tidak buat apa apa kesalahan pun. Saya sedih sebab:

- Polis lelaki melayu Islam ini pandai gunakan alasan " on the way nak gi masjid la ni" bila terdengar staff saya perli mereka dengan bercakap kuat2 " doktor pergi MASJID SOLAT JUMAAT.

- Polis lelaki Melayu Islam ini sanggup ambil rasuah di kala umat Islam lelaki sibuk ke masjid.

-Polis lelaki Melayu Islam ini sudah berumur, sudah veteran, bukan Polis muda boboy..

Saya berdoa semoga anggota keselamatan yg di amanahkan menjaga negara kita, akan menjaga negara kita dengan jujur, dan semoga di beri petunjuk hidayahNya utk berubah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

DISCLAIMER:
Saya yakin dan saya bersyukur masih ramai, majoriti POLIS diluar sana yang amanah dalam menjalankan tugas mereka. Saya kasihan melihatkan mereka ini terpalit sama bila masyarakat lempar stereotype kepada semua Polis, padahal Polis yang korup ini minoriti.

Thursday, February 14, 2013

Valentine's Day

Melayu Islam bila tiba bab meniru budaya bangsa/agama lain, memang champion..

14 Februari setiap tahun ramai yang jahil, atau ingin terus berada dalam kejahilan...gigih hantar bunga/beli cekelat/tempah meja makan..

Hari berkasih sayang aku.... tak mengira hari..
aku pernah bawak sejambak bunga ni, gigih beli fresh dari market di Sydney dan menempuhi penerbangan 8.5jam, semata mata nak bagi kat awek(dah jadi bini pun) yg penggila tulips..Dan ianya bukan sebab 14 Februari..ko mampu usung bunga dlm flight? bahahaha



Wednesday, February 13, 2013

No More Justin Bieber

Yeayyyy!
Dah takde lagi rambot ala ala "Justin Bibir" yang asyik di komplen oleh nenek nenek sedara Zayyan sebagai 'rambot yang merimaskan'

Dulu..ala Justin Bibir- rimas cepat berpeluh-kekadang mashamm..haha..

Sekarang...fresh from ladang..baru gunting semalam petang...:)..

 rambot lebih tersisir rapi..kalau tidak disisir dan semasa tengah mengamok, mmg nampak sangat rambot kanak kanak nakal nya..hahaha...Oh ya..abaikan baju askar yang asyik rebeh sebelah bahu kiri tu..Tu rompers masa Ziyyad baby. Ya, menjadi anak no.2 ( no.3 pun nanti, bahahaha), adalah malang in term of dapat pakai baju seken-hen...:)



Tuesday, February 12, 2013

Di Petang Raya Cina Ke-2

Cuti raya cina kedua, takde benda nak buat petang2 kat rumah wan..kita pergi beriadah....

tayang ketiak..takpe...ketiak suci..bukan macam artis pompuan islam malaysia..ketiak buruk, ada hati nak tayang...chaittt-podah.

oooohh..ada Karnival Mesra 1Rakyat rupa rupanya kat sini..padanlah ramai orang..moga rakyat sedar betapa rakyat didahulukan..mana nak cari gomen yang sentiasa rajin sajikan benda benda berfaedah, penuh wacana ilmu dan menjemput golongan ilmuan ?...hanya gomen yg ada sekarang yang mampu..kita harus terus bagi mandat...

 nampak tak tong hijau belakang Ziyyad tu? Tu namanya tong perhiasan..segala sampah sarap kita kena buang atas padang..atas trek larian..dalam longkang..Tu yang best bila ada karnival macam ni...bertambah indah Dataran Nilai ni...

Posing dengan basikal biru..basikal rasmi World Cup 2018. Dengan kepintaran Datuk Rajagobal memilih pemain dan kepimpinan terhebat FAM sekarang, aku yakin pasukan bolasepak Malaysia akan beraksi di pentas World Cup 2018. 

Dah penat berkayuhan( aku kena lari kejar okeyyy)..dah penat bercamwhore..kita balik la..
Tak geti geti nak balik dah nak maghrib? Nak kena sambar petir?
Ziyyad tanya kenapa ramai lagi orang kat situ sibuk berpesta....tak takut kena sambar petir ke??
"Mereka tu mungkin uzur syarie...mungkin bermusafir..wahai anakku", aku cuba berdialog dengan Ziyyad.

On the way balik rumah wan...kat traffic light Ziyyad nampak ni...:

Entahla Ziyyad...daddy macam kenal pokcik dalam gambar ni..pokcik ni bagus tau, rajin bagi angpow..nak beli henfon pun dapat angpow maaa...:)


Sekian kisah kami 2 beranak di petang raya cina kedua..

Thursday, February 7, 2013

Terima Kasih Sahabat

Hari ni takda apa nak membebel kat blog ..  :)
Cuma nak tayang hadiah dari kawan kawan blog yang gojes & hensem yang aku dapat dlm tempoh 2 minggu ni... :)


Fridge magnet dari Mulan. Sebab berjaya jawab kuiz dia..walaupun sebenarnya aku jawab tak tepat punnn..hahaha. FM ni sampai dalam 2 minggu lepas kot..baru ada masa nak ambik gambar ni... :)

Lepas tu, Wak kita yang glamour tu, baru balik liburan di Bandung dengan isteri terchenta nya...:)
Wak tak lupa bawak balik ole ole untuk kawan kawannya...TQ ya Wak..moga bertambah rejki Wakkkkk... :). Sampai 3 biji ole ole Wak beri..... :)

1) a Hard Rock Cafe Bandung t-shirt. Nak pakai baju ni la masa minum sirap bandung.

 2) a keychain

3) a fridge magnet 


Terima kasih ya Mulan & Wak...




Wednesday, February 6, 2013

Program Saringan Kesihatan PERKESO

Orang Malaysia ni memang kepala otaknya kreatif, termasuk kreatif menipu.
Kerajaan bagi baucer buku suruh beli buku, di jualnya.
Ada sahaja kepintarannya nak cari duit kan..

Kepintaran & kreativiti itu tak terhad kepada baucer buku sahaja...

PERKESO bagi baucer  kepada pekerja yang mencarum dengan mereka, yang dah berumur 40 tahun ke atas, untuk buat saringan kesihatan di klinik panel. Klinik aku salah satu klinik panel.

Petang semalam setelah aku buat saringan ini kepada beberapa orang pencarum...staff aku bercerita..
Bahawa 2-3 hari sebelum ini, ada seorang pencarum yang ada baucer ini datang..
Tapi bukan nak buat saringan, tapi nak ' cash in' kan baucar ini..
Pencarum Melayu Islam ini buat tawaran pula dengan staff aku :

" Saya takyah buat la medical check up ni, saya nak duit nya...kita bahagi dua duit tu pun takpe"

Punya lah hina perangai nak duit atas baucar ini yang memang tidak ditulis nilainya oleh PERKESO.

Cakap pasal hina, menjadi pencuri itu pun ada tingkatannya..
Yang paling hina di antara sekalian pencuri, aku rasa pencuri sejadah..
Bayangkan pakai sejadah curi untuk bersolat..

Sampai begitu sekali pihak PLUS terpaksa main reverse psychology untuk elakkan sejadah di R&R nya di curi. Sejadah ini masih berada dalam surau R&R..aku ambik gambarnya semalam..: )   Aku rasa mesti dah banyak kali hilang sejadah sebelum ni, sehinggakan pihak PLUS terpaksa print disclaimer tersebut di belakang sejadah.

Tuesday, February 5, 2013

Hidup Untuk Makan, Makan Untuk Hidup

Rakyat Malaysia suka makan..tak kira bangsa apa pun, mmg suka makan.
Dek kerana minatnya makan, maka kita tolak ke tepi tentang harga makanan...
Yang penting, sedap, berbaloi..katanya..

Tapi,
Ada tikanya memang aku berkira..
Call me kedekut, tapi memang kalau bagi aku tak berbaloi, aku akan berkira..
Kisah makan kat Bubba Gump ni di blog Dee..
Aku setuju dengan Dee, ianya mahal..bagi aku, harga air tu melampau..
Air, cumalah air..
RM12.90 utk segelas air, boleh dapat sepinggan nasi ayam + nescefe air, siap ada baki RM5.00 lagi kalau kita makan kat luar( ni komen aku kat blog Dee tu..hihihih)

Dan aku setuju dengan Dee, makan di Tony Romas tu berbaloi, walaupun mahal..
Makan kat TGI Friday pun mahal, tapi aku tak kisah, sebab berbaloi..
Beger kat Carl's Jr tu, walaupun mahal..tapi berbaloi makan...
Rata rata yang mahal tak berbaloi bagi aku ialah air..
Memang peniaga kaut untung banyak menerusi penjualan air.

minggu lepas punya char koey tiau...berbaloi bagi aku utk harga RM8.20...walaupun tak sama dengan CKT asli kat Penang, tapi isi/rencah nya puas aku makan..Sakit hati kalau gi sesetengah kedai, mee goreng/koey tiau nya harga RM4.00, tapi isi ayam/udang seketul dua aja, penuh daun saja..

ni semalam baru makan kat Wong Solo...bagi aku, separa berbaloi..haha...Ok, sebab aku set standard tinggi sangat, nak compare dengan experince makan di Wong Solo di Indonesia..Aku pernah makan di Bali, memang portion lebih besar, lebih enak, lebih lazat, harganya jauh lebih murah, dan layanan waiter di sana, ngetop!  RM10.50 kot tak silap aku set ayam penyet ni+ seketul air mineral kecik, 250ml aja tau...

Terung balado kat Wong Solo..RM7.50. Sangat berbaloi, bagi aku la..Sebab portion banyak, rasa sedap, dan wife aku pun masih belum tahu rahsia nak buat terung macam ni...hahaha

Kami order nasi tambah , nasi kosong aja..
Nak tau harga nasi kosong sepinggan, bukan penuh sepinggan pun..
RM2.50!
Memang kayo wak wong Solo  hahahahah...

Lain orang, lain skala 'berbaloi' nya..
After all, poket masing masing kan..  :)
So bagi korang yang banyak duit, jangan la terima pakai skala aku ni..
Aku tang harga air yang dah sampai belas belas ringgit tu, memang luar skala aku..hihihi

Monday, February 4, 2013

Bila Anak Kecil Demam

koleksi gambar lama...ziyyad masa kecik  3-4 bulan kot umur masa ni....demam....teknik tuam/sponging amat berkesan utk redakan demam...

make sure ada alas getah tu kalau nak tuam/sponging, supaya karpet made in Istanbul anda tak basah..atau sofa Lorenzo anda yang mahal tu tak basah. Disclaimer: sofa dalam gambar tu sofa cap ayam aja...:P


Hari  ni tak sempat nak menulis awal macam biasa..
Dah petang pun busy..
Busy dengan macam macam urusan...

Tapi dah nama 'dasar blogger'..
Nak jugak ' ada entri '

Nah, entri kontot aku hari ni...hahaha..harap ada manfaat utk kita bersama..
Patient kanak2 & baby sekarang pun ramai yg demam..kesian aku tengok..
Make sure pantau temp mereka, tuam mereka, mandikan selalu, sponging..( selain bagi ubat)
Takyah pakai air asam jawa ke, air daun pelik2 ke...just simple air paip, cukup..
Utk bertindak sebagai konduktor haba yang mantap...
Lepas tu jgn la dipakaikan baju yg tebal2..barut marut tu semua buka lah..
Ada adat kita yang perlu di tolak tepi bila tiba masanya..
Nanti lah..ada masa aku nak tulis tentang 'adat budaya' kita yang bagi aku, dah perlu di tolak ketepi.
Bukan bermakna lupa asal usul, tapi benda yg sah sah tak berguna/malah datangkan kesan buruk, buat apa nak terus menerus turun menurun di follow tanpa berfikir, kan?

Friday, February 1, 2013

Berak, Kencing, Kentut, Kahak dan Bau Bangla

Salam Jumaat...
Tazkirah Jumaat hari ni pasal " benda menjijik kan/remeh yang sebenarnya, nikmat tuhan "

Sebelum tu, aku ulang lagi ayat dari Surah Ar Rahman ni( aku dah tulis tentangnya 2 minggu yang lepas) , yang di ulang ulang 31 kali dalam surah tersebut:

" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


1) Berak itu jijik, kotor, menggelikan. Tahu tak ianya nikmat tuhan? Bila tuhan tarik sementara nikmat berak, kita menggelupur. Senak perut, pening kepala, angin toxic masuk dalam badan... bila kita sembelit...berpeluh peluh meneran di jamban. Letih lari ulang alik ke jamban bila kita cirit birit.

2) Kencing itu kotor, jijik. Tahu tak ianya nikmat tuhan? Bila tuhan tarik sementara nikmat kencing, kita ulang alik gi jamban asyik nak kencing, tapi tak lawas, tak tus..kencing pedih...Ni bila kena batu karang atau jangkitan saluran kencing. Tahu tak siksa nya kalau sistem autonomik yang control pundi kencing kita gagal berfungsi, apa jadi pada kita? Aku pernah dapat kes mat rempit berlumba di malam raya masa kerja spital dulu...eksiden..Pundi kencing jem, tak boleh nak kencing, walaupun air kencing makin bertambah dlm pundi kencing. Menahan2 peluh, senak mat rempit ni menahan rasa nak kencing..Aku masukkan tiub kat kemaluannya, penuh sebekas urine bag tu kencing dia keluar!  " arrgghhhh...legaaaaaa...terima kasih doktor", kata mat rempit tu kepuasan... 

3) Kentut itu kotor, menggelikan, berbau. Tahu tak  ianya nikmat tuhan? Bila tuhan tarik nikmat kentut, perut senak mencari Eno, mencari pil charcoal, mencari teh halia. Tong tong tong bunyi perut bila di ketuk..penuh dengan angin.

4) Kahak, hingus itu menjijik kan, tengok orang buang kahak/hingus pun kita rasa nak muntah, kan? Tahu tak ianya nikmat tuhan? Tahu tak bahawa lapisan dalam sistem pernafasan kita yang dipanggil mucosa lining sepanjang panjang dari hidung, pangkal tekak & saluran paru paru( bronchus & bronchioles) sentiasa hasilkan mucus(lendir), yang berfungsi memerangkap segala macam habuk, benda asing dan kuman kuman daripada terus jatuh masuk ke dalam paru paru kita? Mucus(lendir) ni juga yang melembapkan udara yang kita hirup menerusi hidung & mulut. Lendir ini menjadi banyak yang kita panggil hingus, kahak & macam macam nama yang menggelikan bila kita kena jangkitan selsema & batuk. Makin banyak lendir2 ini terhasil masa kita flu batuk itulah yang sebenarnya nak protect paru paru kita.  

5) Bau badan/body odour (BO) itu menjijikkan...kita rasa nak pengsan kalau naik satu lif dengan Bangla. Tahu tak ianya nikmat tuhan? Bau badan itu bukti sistem perpeluhan kita aktif dan normal. Tahu tak kita ada 2 jenis kelenjar peluh, dipanggil eccrine & apocrine glands ?

- eccrine glands hasilkan air peluh bila termostat badan kita kesan body kita panas. Air peluh ini hanyalah pure water + garam sahaja, tiada bau. Peluh inilah menyejukkan badan kita kembali, menyejat haba panas dalam badan, dibuang keluar.
- aprocrine glands hasilkan rembesan peluh yang terdiri dari bahan lemak & berminyak( fatty oily substances). Peluh jenis ini dimakan oleh bakteria yang ada di kulit kita, dan kesan tindak balas inilah hasilkan bau badan(BO). 

Tahu tak kenapa Bangla bau busuk? Sebab mereka kuat makan bawang. Makanan ( seperti bawang, kari, rempah ratus), sesetengah ubat ubatan & bahan kimia boleh mempengaruhi BO kita.


Jadi, sebelum kita mencebik muka menahan hidung ke atas benda benda yang menjijikkan & meloyakan ini, berfikir lah sejenak, bahawa semua itu pun, bukti kekuasaan Allah..dan hanya orang yang mahu berfikir sahaja akan nampak kebesaran nikmatNya.

Sedikit motivasi utk kita berusaha tambah amalan sementara masih ada nyawa ni:

" Manusia dalam syurga tidak mengalami haid, tidak pernah buang air kecil/air besar, tidak keluar kotoran baik dengan jalan atas(mulut, hidung, mata, telinga), tidak pula dengan jalan bawah. Semua makanan dan minuman yang mereka makan minum menjadi angin atau peluh, bukan angin atau peluh busuk, tetapi angin dan peluh yang wangi baunya"  - tulisan Bey Arifin di buku beliau Hidup Sesudah Mati, edisi Melayu 1984, m/s 233.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...