Thursday, January 31, 2013

Nasi Goreng Kucing

satu gerai kat foodcourt di Pasaraya Gergasi..Jual masakan Thai, tapi tukang masak, tukang ambik order, tukang jaga kaunter, semua mamat Vietnam...Baik tukar nama "Masakan Vietnam" 

Aku dah fed up betul dengan negara sendiri ni..
Kualiti hidup di sini dah makin hampeh..
Warga asing makin ramai, yang takde kualiti di bawa masuk..
Nak cakap Melayu/Inggeris sepatah haram pun tak tahu..(mintak MC depa pandai cakap)
Masuk bawak penyakit, bawak budaya pelik, merompak samun rogol, makan anjing/kucing orang..
Bila di tempat makan pun manusia sebegini di suruh bekerja..
Maka aku dah tak boleh nak cakap apa....
Buang sahajalah tanda halal JAKIM yang di agung agung kan tu..
Bila bangsa yang makan kucing/anjing & dimulut tak henti henti mengonyeh sirih boleh goreng nasi goreng patayya..maka bagi aku itu sudah melampau..
Aku bukan racist..
Tapi aku sayangkan negara aku..
Malangnya, negara aku makin parah..

ya, aku macam budak sekolah. Aku bawa bekal ke tempat kerja. Ianya bersih, halalan toyyiban, pengerat kasih sayang makan hasil tangan bini sendiri, ianya cost effective, ianya lebih menyihatkan.

Wednesday, January 30, 2013

Wildflowers

Setiap kali musim bunga, aku sekeluarga suka bercuti di Australia..sebab ketika itulah musim 'wild flowers' di sana. Wild flowers merujuk kepada bunga bunga liar yang tumbuh serata benua Australia ni, yang mana ianya native kepada bumi Australia sahaja. Spesis spesis seperti Banksia, Cow Kicks, Waxflowers, Kangaroo Paw memang meriah berbunga..Kalau berjalan jalan beratus ratus kilometer melawat national park mereka, memang teruja tengok lautan wildflowers ni dari tepi jalan..Kalau nak lebih adventure, boleh ikut walk trail, yang mana zaman aku bujang dulu aku pernah buat la dengan kawan kawan...Ni ada anak kecik, so tunggu mereka besar sikit..baru best.

Dalam banyak banyak spesis wild flower, entah kenapa aku memang suka dengan spesis Kangaroo Paw ni..Bagi aku, ianya unik..bentuk kuku kangaroo..:)

Jom aku share antara gambar gambar spesis Kangaroo paw yang aku sempat rakamkan ..

antara tempat wajib pergi kalau ke Western Australia ketika musim spring ialah ke Kings Park & Botanic Garden, Perth. Boleh kata hampir 90% spesis wild flower ada di taman yang cantik ini..

green kangaroo paw

Red & green kangaroo paw

Yellow kangaroo paw

Red kangaroo paw ditanam di hadapan Margaret River Chocolate Factory, Margaret River, WA.

Yellow kangaroo paw di tengah tengah bandar Perth..belakang Yeyen yang sedang menangis tu..haha

Teruja dengan pelbagai spesis wild flower ni, nak la jugak selalu tengok bunga bunga nya kan..
So, kita tanam la wild flower spesis Kangaroo Paw ni kat rumah kita sendiri...
Kalau di ikutkan cuaca kita di Malaysia, memang tak boleh nak hidup bunga ni..

Tapi jangan risau..para genetic engineer telah membuat 'genetic modification' ke atas biji biji benih nya, supaya orang luar boleh tanam bungan bunga ni di negara sendiri..
Kalau ikut cakap pakcik mat saleh yg jual ni, suhu di malaysia paling mudah nak tumbuh kalau guna biji benih yang dah di modified ni, berbanding kalau nak tanam di Europe  :)

Tadaaaa...masih dlm plastik lagi..hahaha...Dah hampir 5 bulan beli, tak tanam tanam lagi...so tak dapat nak tayang kat korang kangaroo paw di laman rumah kami ni...hahaha..Takpe..lepas raya cina kot nak tanam  :)

Tuesday, January 29, 2013

Zaman telah berubah

Pulang ke JB Sabtu lepas..
Majlis tunang adik..
Jadi pasti ramai saudara mara hadir sama..

Zaman telah berubah ( umur pun dah makin tua..haha)..
Topik perbualan dengan pakcik.. makcik.. cousins pun, turut berubah..
10-20 tahun dulu bila berkumpul ramai ramai..Cerita pasal sekolah, pasal asrama..

 an indirect campaign by the ruling party, noted at one of the petrol station at the R&R Pagoh, Johor

Tapi sekarang ni..
Duduk lepak dengan pakcik, makcik, cousins..
Bicara pasal politik..
Pasal ketelusan..Pasal rasuah..Pasal 2x5..Pasal mentaliti..

a direct campaign by another party, noted at the new 2013 calendar, at my cousin's home..hahaha

Aku tak nak cerita pasal politik "kau sokong apa, aku sokong apa"..
Masing masing dah tua bangka, maka pandai pandai lah buat pilihan..
Lagipun, aku tak mahu kehilangan kawan bloggers..Ya, pasal politik adik beradik pun boleh tarik muka tau...:P

Yang aku mahu..
Malaysia maju..
Macai macai politik pun turut maju pemikirannya..

Dan semoga..
Cepat cepat lah PRU..
Supaya rakyat Malaysia tak buang masa sok sek sok sek politik..
Supaya tak berterusan habis resources digunapakai utk kempen sana sini( direct/indirect)..
Supaya tak bertimbun dosa fitnah/gossip liar berterusan..

Monday, January 28, 2013

Hantaran unik..


update cepat cepat sambil jenuh menekan virtual keyboard kat tab ni...semalam adik bongsu aku tunang...pagi ni aku baru balik dari JB...aku&wife sponsor macaron..tak jadik buat tower..letak dlm bowl tu aja...Yg best nya hantaran adik aku bagi kat tunang dia salah satunya tu baju outdoor kaler biru tu..baju Columbia..sesuai katanya sebab bakal laki dia nih kaki pancing laut dalam...so utk hantaran kawin nanti katanya dia nak bagi set kepala pancing yg bulat tu...mahal ribu ribu gak katanya...tak kisah la..asalkan mak ayah aku senang dpt stok ikan kerapu/pari/tenggiri fresh bila boyfriend dia(skrg tunang) balik memancing...aku kalau balik Jb pun tumpang sekaki merasa..keh keh..nasib la hobi tunang mancing..kot hobinya main boling?  nak letak bola boling kat hantaran? haha..okeh la..jenuh menaip kat tab ni...chowwwww....

Thursday, January 24, 2013

Macaron Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul..
Hujan sejak pagi.
Cuaca sejuk...
Aktiviti hari ni ialah tengok mommyZZ siapkan tempahan macaron...:)
Order datang dari Munnkak Azian


mommyZZ sedang piping batter macaron

sedang air dry just before placing them in the oven

Gift box 6 pcs of macaron.

macaron mommyZZ  adalah direkacipta utk fit dengan taste bud orang Malaysia yang tak suka rasa terlalu manis..yup, macaron kami ialah macaron kurang manis..Sebab original rasa macaron baik French, Italian or Parisian method, adalah amat, amat manis..:)


Petang karang mommyZZ nak siapkan macaron tower pulak..
Nak bawak balik JB..
Adik aku tunang Ahad ni...

MommyZZ plan nak bukak kelas lepas bersalin ni..
Kelas buat macaron, buat roti, buat segala jenis talam, dan segala macam kek..

Wednesday, January 23, 2013

Sons, Father & Grandfather

Di satu petang..bulan Jun kot...tahun 1979...

Dan....di satu petang..September 2012..

Sapa lagi hensem?
Tak aci la...budak baju pepel tu ada background tulips...budak singlet putih tu entah pokok apa ntah kat belakang dia...Background menambahkan 35% kehenseman kan?  bahahaha...


Di satu petang...bulan berapa ntah...maybe tahun 1981..maybe awal 1982...


Dan..di satu petang...September 2012..

Sapa lagi hensem?
Kereta dah sama..Toyota..
Tak aci la..budak gambar bawah tu siap ada tie...haruslah menambahkan kehenseman dia kan...bahaha...

Tuesday, January 22, 2013

Saya Suka Raya Cina Sebab...

Oh...Godaannya terlalu kuat..
Aku insan yang lemah..
Tewas juga akhirnya..

Keluar dari bank Rimau..
Nampak lambaian M..
Teringat raya cina dah dekat..
Terbayang kentang goreng pusaran warna keemasan..
Terbayang ayam dicelup ke dalam kuah lada hitam yang menawan..
Terbayang air Sprite + jus oren yang sejuk hingga brain freeze tika meneguknya..

 Teringat entri Uncle Hamzah ini. Saya cuba rasional kan aktiviti makan makanan segera ini dengan alasan " alah...raya cina setahun sekali...nanti tak merasa beger prosperiti tu.". Nasib baik raya Melayu, raya India, raya Sikh dan Krismas mekdi tak buat beger beger limited edisi sebegini..Kalau tidak, pasti ada aja rasional nya saya nak penuhi nafsu makan..bahaha



ps: ada sebuah warung beger di Seksyen 18 Shah Alam yang buat beger oblong yang fantastik. Kalau rindukan beger prosperiti diluar musim raya cina, saya akan ke warung beger ini. :)

Monday, January 21, 2013

Kisah Mamat Dan Ayahnya: Duit Belanja Sekolah

Pesanan buat anak:

-Dapat duit belanja ni, Mamat buat beli buku tau. Jangan beli jajan pulak. Main tikam kat luar sekolah pun jangan.

Pesanan buat ayah:

-Nak bagi duit belanja kat Mamat biar ikhlas tau. Jangan la di dera telinga Mamat suruh dengar bebelan awak sebelum duit tu diserahkan. (padahal bulan lepas, minggu lepas, semalam dan malam tadi awak dah bebel benda yang sama pun !) Mamat banyak urusan kat sekolah, bagi aja duit tu, dan doakan yang terbaik buat Mamat.


Nah duit belanja..

Mamat ingat kat ayah ya nanti..
Banyak tu 100 hengget ayah kasi belanja..
Mamat: " baiklah ayah" ( dalam hati kata : ala, duit 100 tu pun ayah ambik dari tabung mamat kan, hari hari mamat simpan seposen dalam tu..)

Friday, January 18, 2013

Al Waqiah.. Ar Rahman

Dari Aus ibn Aus radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Hari kamu yang paling utama adalah hari Jum’at. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, pada hari itu pula peniupan sangkakala dan kehancuran Kiamat terjadi. Maka perbanyaklah shalawat kepadaku pada hari itu, karena shalawat kalian diperlihatkan kepadaku” (HR. Abu Dawud, an-Nasa’i, Ibnu Majah, ad-Darimi, dan al-Baihaqi)

 "Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya... Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran " - Surah Al Waqiah, ayat ke 5 & 6. Tentang gambaran bila berlakunya kiamat. 

            Minum teh tarik itu nikmat. Tanpa daun teh, tiada teh tarik, tiada melepak di mamak. 

" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?..Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik."  - Surah Ar Rahman ayat 53 - 54. Tentang sikap manusia yang tak mensyukuri nikmat, dan balasan nikmat di syurga yang tiada tolok bandingnya.

Thursday, January 17, 2013

BFF

Dengar Hot FM pagi tadi..
Kisahnya..si Wati ( caller ) dah bercinta dgn mamat ni 10-12 tahun..
Dalam 10-12 tahun, dah byk kali break, sambung, break, sambung..
Last last, Wati kawin dgn orang lain ( dia ngaku dia lawa..so laku..haha..)
Problemnya ( macam bukan problem buat si Wati) ialah..Wati lepas kawin, masih ber- BFF dengan bekas kekasihnya..
Nak menhindustan kan cerita pulak, BFF si Wati tu satu opis dgn suaminya sekarang..
Dan suaminya tak tahu kawan seopis dia ialah BFF bininya  :)

Soalannya, kalau anda..

 Nak ber BFF ke dengan bekas kekasih selepas anda kahwin( dgn org lain) ?

 BFF saya..1st love saya...

Wednesday, January 16, 2013

Ke Mana Tumpahnya Kuah

Our short 2D 1N trip to CH recently to celebrate mommy's birthday, also turned out to be a perfect opportunity for Ziyyad to 'test power' his new camera.  :)

Ziyyad capturing the image of tea plantation at Sg.Palas plantation
Ziyyad capturing the close up image of tea leaves
Enjoying his moment taking pictures at the Big Red Strawberry Farm
Ziyyad on top of the Mount Brinchang Lookout Tower, at 2031 meters above sea level, the panoramic 360 degree view of  Titiwangsa Range Mountains had kept us quite long on top of the tower, albeit the windy& chilly weather. Oh yes, you could also view the Ipoh town :)

Tuesday, January 15, 2013

14 Januari 2013

14 Januari
Birthday my beloved wife..
Semoga dirahmati Allah..
Semoga di panjangkan usia penuh keberkahan..
Semoga di anugerahkan kesihatan & murah rezeki..
Semoga dapat harungi tempoh pregnancy ini tanpa komplikasi..
Semoga kita kekal bersama hingga ke syurga..

tiada hadiah istimewa..sekadar membawa beliau ke tempat kesukaan..tiada kek yang besar..hanya simple celebration di Starbucks Cameron Highland..Happy birthday sayang..:)


Bangun pagi pagi...
6.30am dah terpacak..
Kabus tebal sangat...Malam sebelumnya hujan di CH(syiok tido ooo)..
Tak dapat egg yolk sunrise...
Sampai kul 8am pun matahari menyorok belakang awan..huhu..
Ni aja lah yang dapat...

Cameron Highlands sunrise, 14 January 2013

Friday, January 11, 2013

Jom Menangis

Hari Jumaat , 11 Jan 2013...
Dah 11 hari kita di tahun baru...

Sudah kah kita menangis di tahun baru?
Jom menangis..
Kerana tangisan sebegini Insya Allah besar ganjarannya..

Ustaz Ebit Lew Abdullah..Saya ada coretkan secebis ilmu yang diperolehi dari beliau DI SINI..
Moga bermanfaat buat kita semua

Thursday, January 10, 2013

Batu Karang/Kidney Stones

Semalam jumpa seorang lelaki, kes berulang batu karang..
Datang dengan simptom 'pinggang tak selesa' + 'kencing tak bersih'.
Sakit batu karang ni, memang sakit..berdoa la kita tak kena batu karang..

Sekali bila buat urine test.....
ini dah bloody urine bang...merah dah macam ribena..takyah buat urine test pun, dengan mata kasar dah tau ada darah dalam urine..

Batu karang ni sebenarnya penyakit pengkristalan bahan dalam badan..
Bahan bahan tertentu ini, kalau dah melampau banyaknya, akan mula mengkristalkan dirinya, lantas menjadi batu karang...

Banyak jenis batu karang ni:
1- Batu karang kalsium. Ni bangsa paling biasa. Batu karang kalsium boleh combine dengan bahan lain, eg: fosfat, karbonat & oxalate. Batu bangsa kalsium ni paling biasa kat lelaki.

2- Batu karang struvite. Ni bangsa batu yang biasa ada kalau pompuan selalu kena jangkitan saluran kencing.

3- Batu karang uric acid. Ni bangsa batu karang yg biasa kat lelaki. Korang tak jaga pengambilan makan tinggi uric acid, merana la kena batu bangsa ni. Lagi malang kena gout sekali....

4- Batu karang cystine. Selalu bangsa ni jadik kat orang yang ada cystinuria. Cystinuria ni penyakit keturunan, yang mana ada jenis amino acid namanya cystine bertukar menjadi batu kat dalam buah pinggang/saluran kencing/pundi kencing. Cystine ni patutnya bila masuk sistem buah pinggang, dia akan terurai, tapi orang yg ada penyakit cystinuria ni, gen mereka bermutasi ala ala X-Men..so cystine tu tak terurai..lama lama makin banyak la cystine...tu yang jadi batu tu.

Faktor risiko paling tinggi nak kena batu karang ni kalau korang malas nak minum air. Maksudnya air kosong. Memang ada orang liat sangat nak minum air. Lepas tu kalau jenis yang suka tahan kencing..tu pasal drebar lori/bas, ramai kena batu karang..sebab malas nak berhenti kencing, nak kejar trip katanya..bahaha...Pompuan keja kilang pun ramai tahan kencing, sebab tak boleh keluar line production, jangankan nak gi kencing, nak minum air pun tak sempat..Tapi selalunya pompuan macam ni kena kencing kotor dulu la..

Simptom batu karang:
- sakit pinggang, selalunya sebelah.
- sakit kawasan ari ari, boleh turun ke bawah..ni especially kalau batu tu tengah berjalan turun dari pundi kencing ke saluran kencing
- kencing berdarah
-kencing tak tus/tak lawas
- tanda tanda jangkitan: demam/muntah/

Test yg kena buat:

- mesti la urine test. Boleh buat rapid test kat klinik..strip akan di celup dlm urine korang..

lepas celup, kita tengok perubahan kaler kat strip tu..Ni secara kasar la kan..bukan kuantitatif..Boleh la kesan ada darah ke tak, ada sel darah putih ke tak, ada gula ke (kencing manis), ada ketone ke (bahan kumuh..tinggi kalau dehydrated macam cirit teruk ka, mabuk mengandung teruk ka)..macam macam lagi la, ikut jenis strip..Yang aku guna ni boleh detect 7 benda..ada yg boleh detect sampai 13 benda..

- Boleh jugak hantar urine ke lab..Ni untuk proper punya pemeriksaan la..pun boleh la detect ada tak kristal dalam urine..

-Imaging:
Imaging ni maksudnya kita tangkap gambar batu..Nak scan ka, xray ka..sila sila kan..
 ni contoh rupa batu karang dalam x ray..Bukan aku punya hak gambar ni, Google punya..

ni contoh batu karang dalam ultrasound scan..Pun bukan hak aku punya gambar..Google punya..

Rawatan:

- selalunya, patient malas nak properly check kat spital...So bila gi klinik, kita sah kan ada batu karang, kita bagi la dia ubat pemecah batu...kat Malaysia ni ada macam macam brand...yg biasa aku guna kan ialah Cystone & Rowatinex. Tengok juga nasib, kot batu dah besar gedabak, takde mana nya berkesan makan ubat..kena gak gi spital beb..

- Ubat makan berkesan jugak kalau batu karang jenis uric acid..So kena makan ubat kurangkan uric acid, namanya Allopurinol..Kalau batu karang jenis struvite tu, kena la jugak ambik antibiotik.

- Bila perlu pembedahan?  Kalau batu besar sangat, kalau rupa batu tu pelik sampai block laluan saluran kencing, kalau dah ada komplikasi menyebabkan rupa anatomy buah pinggang bertukar...ni kiranya open surgery buah pinggang ..jarang jarang la buat..

- zaman dah moden kan...zaman minimally invasive or non invasive dah mula mengambil alih peranan surgery...so, rawatan macam ni antaranya:
a) ESWL ( extra corporeal shockwave lithotripsy) . Teknik ni guna shock wave kat belakang badan, area kidney...takyah potong/cucuk2. .so batu akan pecah berderai, dan keluar melalui urine..Tapi tak sesuai utk batu yang besar, selalunya ukuran >1 inci tak sesuai guna teknik ESWL.


b) Percutaneous nephrolithotomy ...dlm kes batu besar, surgeon akan buat lubang kecik kat kulit, pass kan tube endoscopic ke buah pinggang, dan bawak keluar batu..So luka/parut nya cinonet aja..kat kulit..


c) Uteroscopy...ni kalau batu bukan dlm buah pinggan, tapi kat dlm sistem kencing/saluran kencing..
..korang tengok gambar prosedur ni sudah...memang ngeri siot...aku setiap kali terangkan kat patient, aku pulak rasa ngilu...bahahahaha....patient2 aku yg dah buat prosedur ni mmg kata, 'ngilu doc'...hahaha..Tapi masa buat tak rasa la...sebab patient tak sedar kena bius...Tang nak remove stent tu nanti...

lepas buat prosedur ni, selalunya tube kecik/stent akan ditinggalkan dlm saluran kencing utk beberapa hari utk promote urine flow...

ni prosedur uteroscopy kalau buat kat patient pompuan la...less ngilu nya...:P

- walaupun zaman dah canggih...aku letak jugak cara rawatan satu lagi ni...Sebab ramai jugak patient aku cuba cara ni...ada yang kata berkesan..batunya hilang, bila xray, mmg dah takde batu nya...Ada pulak yg sama aja...tak berkesan...Tapi ni aku tak endorsed lah ya sebagai standard treatment...Lu pikir la sendiri kalau nak buat rawatan ni...Tanggung sendiri kesannya ya kalau tak menjadi....:P   Cara rawatan ni namanya ' teknik gosok gosok dgn minyak angin'..hahaha...Magic kan? wallahulam..femes tempat ni, kat Durian Tunggal..kot rajin nak baca, baca blog ni: Rawatan Batu Karang cara Alternatif


Apa apa pun, ingat la..batu karang boleh berulang...
So, banyakkan minum air kosong, jangan tahan kencing, jaga makanan high uric acid, jangan simply makan supplement calcium semberono ( banyak debate tentang ini, tapi to be safe, ambil dlm recomended dose la, together  with Vit D for better absorption).

Wednesday, January 9, 2013

Curahat: BR1M & Rebet Telefon Pintar RM200

DISCLAIMER: Aku bukan penyokong tegar mana mana parti politik, curahat aku ini hanya pandangan peribadi aku sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai, itu sahaja. Jadi kepada mana mana pembaca yang totok mana mana parti politik, tak kira lah Kerajaan atau Pembangkang, harap guna kan akal sebelum nak komen balas entri aku ini, kalau nak komen la  : P

=============================================================================

Aku bayar cukai, aku rakyat Malaysia.
Maka aku rasakan, aku ada hak, sebagaimana kalian semua yang ada hak sebagai rakyat, sebagai pembayar cukai. Wang negara salah satu puncanya ialah menerusi cukai(pelbagai cukai), bukannya hasil derma mana mana politician. Fahamkan dulu fakta ini. Jadinya, cukai = wang negara = ialah wang rakyat. (selepas ini aku gunakan istilah wang rakyat)

Di negara maju, rakyat memang mempunyai suara dan hak yang besar, mereka boleh berbincang, berdebat secara terbuka tentang ke mana wang rakyat digunakan, disalurkan. Di negara kita, agak sukar nak berdebat secara terbuka( kerana ada pihak yang kata " debat bukan budaya kita "..alahai..).

Kenapa aku tulis entri ini?
Saja..
Nama pun blog..Blog aku...
Asalkan aku tak tabur fitnah..aku tak aibkan mana mana individu secara direct..Aku rasa, itu hak menulis dalam blog...Anda mungkin tak bersetuju dengan apa yang aku tulis, itu hak anda. Afterall, ini sesi curahat  :)

BR1M
Aku tak layak pohon BR1M. Ok, aku terima, aku redha, aku terima dengan hati terbuka. Ramai lagi rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, di uji dengan ujian harta benda oleh tuhan. Maka aku tak kisah dengan penyaluran wang ini. (walaupun banyak pihak pertikaikan kenapa yang bujang solo pun dapat BR1M 2.0 )

Rebet telefon pintar
Ini antara syarat syarat nya ( walaupun kini dikhabarkan, harga telefon tu dah tak kisah berapa)

  • Malaysian citizens who aged 21 years to 30 year-old
  • RM3000 monthly income below
  • 3G smart phone models approved by the maximum price RM500
  • Only a smart phone for a youth.
 Dari awal awal lagi, secara peribadi aku tak sokong pemberian rebet ini.  Kenapa?

Pemberiannya berbentuk one off, yang bagi aku tak memberi keuntungan jangka masa panjang baik kepada individu itu sendiri, mahupun negara.

Dan, pemberian rebet ini seolah olah "mengajar rakyat muda menjadi boros, tak ukur baju di badan sendiri".Kalau dah tak mampu nak guna smartphone, maka pakai sahaja lah apa apa handphone yang anda mampu. Analoginya, kalau tahu tak mampu nak pakai Ferarri, kenapa sibuk sibuk nak pakai Ferrari? Pakai sahajalah Viva. Kononnya ia menggalakkan penggunaan IT dikalangan generasi muda..sorry..aku tak setuju. Apa guna ada smartphone kalau tak mampu nak langgan data plan, mengharap wifi free di kedai mamak/McD? Apa guna smartphone kalau hanya guna untuk berFB memanjang? Dan kalau tanpa smartphone pun, masih ada komputer yang boleh akses internet bukan?

Maka semalam aku sengaja bagi status perangkap ini di FB aku:


"Dear My Beloved PM...Harap sudi bagi rebet RM20,000 utk pembeli kereta yang umurnya bawah 35. Sekian. ~ :P"

Dan aku amat tertarik dengan komen kawan baik FB/blog aku, Yunus Badawi (YB) 
Komen beliau:

  "habis tu pembeli yg di atas 35 takkan takde rebat? Kami nipun pembayar cukai dan pengundi juga"

Saya masih tak faham kenapa nak bagi rebate smart phone utk budak2 tu. Kalau nak bagi rebate, bagilah kat semua. Budak2 tu belum tentu mengundi pun .... huhu"


Makanya, lihat bagaimana pemberian on off sebegini tak kena pada semua golongan. Golongan macam aku dan YB ( dan ramai lagi seperti diluar sana)..kami tak dapat bonus kerajaan (sebab kami kerja sendiri), kami tak dapat durian runtuh Felda ( sebab kami bukan generasi Felda), kami tak dapat BR1M, dan kami tak dapat Rebet Telefon Pintar. Dan ya, kami ialah rakyat Malaysia, yang membayar cukai, dan kami juga ialah pengundi.

Anda mungkin mencebik muka mengatakan " alahhh..jeles la tu"
Aku tak jeles..Cuma aku risau..Aku risau apa nasib anak cucu aku..anak cucu kalian semua..
Andaikan bahawa 'fenomena' pemberian on off sebegini menjadi budaya, menjadi trend di Malaysia selepas selepas ini..Dan pada masa itu, anak cucu cicit anda 'tersisih' secara terhormat daripada memperolehi manfaatnya..Sedangkan mereka begitu akur membayar cukai setiap tahun.

Aku bukan pakar ekonomi..
Tapi aku yakin, pasti ada mekansime lain untuk perbaiki 'fenomena' sebegini.
Pasti ada mekansime lain yang membolehkan kekayaan negara(wang rakyat), dikongsi bersama sama.
 


Tuesday, January 8, 2013

Petua Wean Off Breastfeeding / Hentikan Menyusu Badan:Nescefe? Peria? Jadam?

1st day Ziyyad ke school..okay..ceria..gelak tawa..
Mommy hantar, kiss dan terus balik..takde tunggu tunggu...principal pun dah instructed macam tu..

kelas nya 2 jam aja for this week..minggu orientasi...petang ni atuk nenek dari JB pun datang tau nak hantar Ziyyad gi school...hahaha...MommyZZ cakap, sesi petang semalam tak nampak pun budak budak lain yang menangis...tapi, ada mak yang menangis! ekekekeke..

Sebab school nya dekat sangat dengan Tesco, maka mommy tak balik rumah pun lepas hantar Ziyyad..gi merayap kat Tesco sementara menunggu 2 jam tu..Bila dah hantar Ziyyad ke tadika, baru lah sedar betapa akrabnya dua beradik ni..Zayyan keboringan, senyap aja masa kat Tesco...siap boleh tido lagi..hahaha..Kalau tak dia lah yang sibuk bergasak dengan abangnya dalam troli Tesco tu..


Cerita lain..
Kelmarin baru scan perut bini sendiri..
Dah 12 weeks 2 days..
Horreyyy..
Tapi tak nampak lagi la bebird ke bunga...
Ekekekeke...
Zayyan dah almost setahun 8 bulan..Tengok la..maybe lajak kan jugak lah breastfeeding dia sampai genap 2 tahun( another 4 months ), macam abangnya..or ikut plan asal, dah patut letak nescefe kat situ, biar dia rasa pahit..last last stop b/feed dengan sendirinya..:P

Monday, January 7, 2013

Yeayyyy...I'm start schooling

Today..is the day...

SMS dari Principal  :)

Dari besar ni..

dah besar ni sekarang...dah stat gi school...hoyeahhhh...

Jangan nangis..
Steady tau..
Takyah ngantuk ngantuk..kelas pun start at 1.30pm..
Fan MUFC mesti steady punya 1st day at school..:)

Friday, January 4, 2013

Islam AgamaKu

Setiap petang Khamis jam 5.15pm, aku akan dengar radio Ikim FM, kalau tiada aral melintang..
Slot Islam AgamaKu..
Setiap minggu di bawa seorang saudara baru kita..berkongsi pengalaman, pahit manis bagaimana mendapat hidayah hingga kembali ke agama fitrah, berkongsi cabaran cabaran yang dihadapi..

Slot petang semalam, bagi aku..memang menarik.
So aku suka nak kongsi ceritanya kat sini..buat yang nak baca...
Aku tulis dalam bentuk point form..mudah nak baca..
Karangan ni panjang....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

- seorang anak gadis bangsa Cina, kita panggil D cukuplah..dibawa ke studio semalam..
- kini umurnya 20 tahun, mula memeluk Islam pada usia 17 tahun.
- lafaz kalimah syahadah di library sekolah, dihadapan ustaz , bersaksikan rakan rakan rapat..
- parents & adik beradiknya masih tidak tahu pengislamannya.

- mula minat dengan Islam seawal 12 tahun..suka tengok Jejak Rasul..
- setiap kali azan di TV, asalnya dia akan mute kan suara..tak suka azan..tapi baca makna azan.
- makna azan " Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah ", benar-benar menyentuh hatinya..
- sejak itu, dia mula mencari betul ke tiada tuhan lain..selama ini dia sangkakan ada tuhan cina, ada tuhan india, ada tuhan melayu..

- hidayah Allah itu datang dan menolongnya bila masuk form 1, dia ditawarkan ke sekolah asrama..
- asrama yg majoritinya pelajar Melayu, Islam..
- banyak belajar, banyak melihat melalui pelajar-pelajar Melayu Islam di asrama..
- dari form 1, hingga ke form 5, dia makin suka dan faham tentang Islam..hingga ke tahap hati meronta ronta..menangis..risau..kalau kalau tak sempay memeluk Islam, dan dia mati..akan masuk ke dalam neraka..
- terpaksa rahsiakan pengislaman di sekolah, risau kalau ramai yg tahu..berita akan bocor ke pengetahuan mak/ayah nya..
- gigih solat di dlm stor, atau sickbay, atau blok akademik..tak boleh solat di surau sekolah..takut kantoi dia dah masuk Islam..hanya few rakan & warden/cikgu sahaja yg tahu pengislamannya..

- bila bercuti, balik ke rumah..memang cabaran terbesar..dugaan terhebat..
- cuba stop makan babi...parents bertanya kenapa tak makan babi...cuba cover line dgn mengatakan " cikgu sekolah kata daging babi banyak kuman..bahaya"
- si ayah menentang dgn mengatakan " ahhh..org2 di China beratus tahun makan babi..sihat aja"
-akhirnya..di rumah..terpaksa makan babi..apabila di sua kan ke mulut daging itu..menangis dalam hati kerana terpaksa makan babi..
- kena berlakon..ada dua personaliti bila di rumah...kejap jadi amoi...kejap jadi muslimah..nak solat di rumah pun sembunyi sembunyi...pernah hampir kantoi dengan ibunya..

- bila kena gi PLKN, itu cabaran hebat juga buatnya..
- dia menangis, dia resah..sebab tak dapat solat selama 3 bulan di PLKN..dia takut kemurkaan Allah..
- dia tak boleh nak solat sebab dia masih rahsiakan pengislamannya..
- dia sedih tengok...dlm dorm nya yg ada 20 orang budak Melayu Islam..2 orang sahaja yg solat..yg selebihnya, bila ditegur oleh pegawai/warden PLKN utk solat...lepas tu mencebik kata " kau nak solat, solat lah" ...dia sedih sebab Melayu Islam yg boleh solat, tak mahu solat..Tapi dia, menangis & takut kpd Allah sebab tak dpt tunaikan solat kat sana..

-kini D berhijrah ke KL..utk sambung belajar..
-dan yg paling pentingnya..utk selamatkan akidahnya...sebab di tempat asalnya, ramai kenal dia..nak bertudung pun tak boleh...nak gi belajar kat pusat islam/pejabat agama/masjid pun ramai yg cam...takut direport kepada parents nya..

-hingga ke saat ini...dia masih rahsiakan pengislamannya..
-kata D, dia akan inform parents nya bila habis pengajian..
-kita doakan sama sama, dipermudahkan urusan D dlm mempelajari Islam..dipermudahkan utk menjelaskan kpd parents nya nanti..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Banyak iktibar yang aku sendiri pelajari, especially part yang aku bold kan tu..
Kita lahir sebagai Islam..Islam keturunan..
Kadangkala(or selalunya)..kita tak hargai..kita tak rasai nikmat hidayah..nikmat beragama itu..

Thursday, January 3, 2013

Abang Askar



Nampak jip askar ni pagi tadi..
Senyum..
Terkenang satu masa dulu..
Masa aku masih muda muda..
Baru jadik doktor..
Teringin nak sertai ATM..
Jadi doktor askar..
Masuk masuk terus dapat pangkat Kapten tau...:P
Kapten Dr DaddyZiyyad...hahahaha..

Takpe la..
Takde rezekinya nak masuk ATM..
( tak apply pun..bahahaha)
Kalau tak..
Mesti aku dah taf & segak ber-uniform..
Wakakakaka...

Wednesday, January 2, 2013

Kisah Kami Di Hari Pertama Tahun Baru 2013

Aktivi kami anak beranak pada tahun baru 1-1-2013 (ingat nak gi camping +picnic kat pantai macam tahun lepas, 1-1-2012)..adalah berkisar tentang Ziyyad..

Pagi pagi lagi dah ke Genius Aulad, semalam ialah hari 'parents induction'. Jumpa cikgu kelas Ziyyad (yg tudung biru tu), explanation tentang silibus, ambik buku & uniform.

Ziyyad posing depan kelas nya..nama teacher nya Teacher Syariah. 

Lepas habis urusan di Genius Aulad, kami ke Harvey Norman, melunaskan hadiah harijadi Ziyyad yang tertangguh..hahaha...Ya, tertangguh..sebab birthday dia ialah 30 Oktober, 1 Januari baru dapat...:)

Inilah hadiah yang diminta, sebijik camera. Ziyyad suka ambik gambar, suka ikut aku gi menembak, dan selalu tanya bila dia nak ada camera sendiri. Belikan dia Nikon aja..dah besar sikit nanti aku upgrade dan tarik Ziyyad masuk team Canon..hehehe...Yang kelakar tu, siap boleh request nak 'kaki kamera', sebab dia selalu tengok aku pacak kamera gabak aku tu atas tripod.

Lepas beli hadiah Ziyyad, kami bertolak ke Concorde Shah Alam..makan makan buffet tahun baru gitu...Bagus kan, dah burn 600kcal+ kat gym pagi tadi, gi tambah balik ribuan kcal kat buffet lunch..:)

Gambar-gambar di bawah ni hasil bidikan guna camera baru Ziyyad, ada banyak gambar yang dia shoot..



Punya lah sayang camera baru..hadiah la katakan..sebelum guna, siap Ziyyad lap tangan bersih2..dah tak nak shoot, masukkan camera dalam casing, takut calar katanya..hahahah...Siap puji2 camera dia canggih, mahal sebab ada macam2 bunyi yang camera aku takda...kikikiki...Ye la Ziyyad...kamera Ziyyad memang lagi canggih & mahal dari kamera daddy  :)

Sebab dah rasa bersalah pada hari pertama tahun baru melantak banyak kat buffet, maka lewat petangnya aku gigihkan diri jugak gi gym lagi, buat kali kedua untuk hari tersebut, dapatlah bakar 300+ kcal..Kalau la hari hari aku gigih gi gym 2x sehari macam ni, tercapai la azam tahun baru yang dah banyak kali di carry foward tu..~bahahahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...