Thursday, December 26, 2013

Taman Tasik Taiping

Kalau ke Taiping..
Tak sah kalau tak pergi sini...


Bawak bebudak ni..
Memang teringin nak datang sini lagi, bawak mereka jogging pagi pagi..


Tasik nya..
Pokok pokok angsana nya yang dah menjangkau usia ratusan tahun..
Berlatar belakang kan Bukit Larut...
Memang tak pernah gagal mengkagumkan aku...





Landskap buatan seperti dereten pokok buluh..
Batu batu merah..
Memang ' blend in ' dengan taman tasik ini...



Pokok angsana..
Memang dah tua..sangat sangat tua..


Tabik spring kepada usaha Majlis Perbandaran Taiping...
Yang sentiasa komited menjaga taman ini...sentiasa 'trim' pokok pokok ini..


Hasil usaha gigih mereka lah..
Dapat kita nikmati pemandangan indah sebegini...



Selain boleh naik angsa kayuh kayuh..
Ada juga permainan air yang ini...

tak sempat nak naik belon gergasi ni..next time, Insya Allah..bebudak tu sempat naik angsa kayuh aja dengan mommy nya..:)

The kids have a lot of fun here..

Sebelum beredar..
Masuk ke tandas awam nya..

Dengan motto BMW tu, aku kagum..memang bersih..memang wangi...menawan ? tak la...hahaha....Dan yang lagi kagum nya, masuk tandas awam ni percuma ( ada di letakkan tabung derma utk selenggara tandas). Teringat kisah tandas awam di Taman Jubli Perak Alor Setar, hasil tulisan Bro JR :)

34 comments:

  1. taman tasik taiping mmg best dan cantik..

    ReplyDelete
  2. Di bawah Bukit Larut itu adalah sekolah aku...yang membelakangi air terjun..yang tidak jauh dari pintu masuk Bukit Larut...yang ada banyak kera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...bukan sekolah aku yang banyak kera tapi di sekitar pintu masuk Bukit Larut itu...

      Delete
    2. seratas? or mrsm taiping? hmmm....

      Delete
  3. ada orang tu cakap dulu..
    'pokok tu lebih tua daripada nenek Fiza'

    ReplyDelete
  4. tahniah buat perbandaran taiping yang komited jaga kawasan ni.. mmg cantik..

    ReplyDelete
  5. cantik semua...rasa mcm dh berzaman tak pergi ke tasik taiping...

    ReplyDelete
  6. Bebudak tu memang kena dipakaikan baju yang sama eh?

    ReplyDelete
  7. sy x igt rancangan apa..tp dia ada buat travelog ke sini...mmg cun!

    ReplyDelete
  8. Mak I pernah cakap.. pokok2 angsana tu zaman dia anak dara lagi dah wujud.. means dat mmg ratus2 tahun lah usia pokok tu kann. Mak I cakap lagi, masa dia anak dara dulu dia suka kayuh beskal kat kawasan tasik ni.. lepas tu terus naik ke bukit larut..
    I suka Taiping, cantik bersih makanan pun murah2 :)

    btw adik2 kakak tetap comel dalam gambar tu.. I love uolls TripleZ =)

    ReplyDelete
  9. Memang cantik pemandangan kat Taman Tasik Taiping ni bertambah cantik gambarnya bila org yg dok klik2 kamera tu pandai mencari angle yg bagus.

    ReplyDelete
  10. choppp! nak betulkan fakta sikit... sebenarnya pokok yang super cantikk tu pokok hujan-hujan @ Samanea saman..
    pokok - pokok tu adalah antara pokok hujan2 tertua di negara kita.. peace!!

    ReplyDelete
  11. cantik pemandangan kat sana.. x penah lagi smpai sini... org kl ni jarang betol nk masok perak ...hahahah...

    ReplyDelete
  12. cantiknya pemandangan kat tasik taiping ni..geram tengok. saya tak pernah sampai lg ke taiping..

    ReplyDelete
  13. selalupun singgahni mmg rasa damainyer.. rasa macam amanjer...
    taiping tetap seronok untuk dikunjungi...

    ReplyDelete
  14. Cantiknya pemandangan dgn lensa ..kehijauan tenang mata memandang gitu..rsnya blum pernah sampai lg tasik tuh..:)

    ReplyDelete
  15. Taman Tasik Taiping ini ada sejarah tersendiri kpd saya dan isteri, kerana kami pernah berdating di sini masa belum kawin dulu, hehehehe....

    ReplyDelete
  16. dulu masa pergi Zoo Taiping nak jugak singgah taman tasik tuh tapi hujan pulak , takde rezeki...lain kali lah nampaknya...

    ReplyDelete
  17. Cantik sungguh pemandangan di situ.. Bila alam sekitar dipelihara, kita nikmati keindahan ini.

    ReplyDelete
  18. Taiping yg tak pernah jemu dikunjungi..aman,udara yg menyegarkan....

    ReplyDelete
  19. Cantik2 view kat sini yek.......amboi snap gambar yg ke 4 tu, mesti terbongkok2 atas jalan raya sebab nak angle paling cantik..hehe

    ReplyDelete
  20. Cantiknya view Taman Tasik ni. Ke yang tukang ambil pic ni memang pro? Apa-apa pun memang tertarik sangat dengan motto BMW tu. Kalau complete bagai dikata, memang boleh masuk selalulah. Dah namanya free aje.

    ReplyDelete
  21. ia memang chanteq...... tiada keraguan..

    ReplyDelete
  22. cantik, tak kesempatan nak pergi. one day dalam list.

    ReplyDelete
  23. Selamat datang ke Taiping Bandar Warisan...

    ReplyDelete
  24. dah 6 bulan meninggalkan bumi taiping...:((rindu ketenangan sana..tempat release stress..

    ReplyDelete
  25. Wow....cantek gmbrnya harap serupa dgn rupa sebenarnya sbb jurugmbr ni pandai bercerita melalui cameranya

    ReplyDelete
  26. Saya paling suka nengok gambar jalan tar tu. Saya ada masalah psychology ke?

    ReplyDelete
  27. Eka suka pegi Taiping. sejuk. Pasni nak berjalan2 bawa suami pegi Taiping n makan yg sedap2 mcm doc tu. hehehehe

    ReplyDelete
  28. sejuk mata mandang...tingin..tp xsmpai2 lg sana...huhuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...