Saturday, December 28, 2013

Modern Medicine, ialah Perubatan Islam

Baru lepas baca entry si t.a.t.a  ...
Aku tengok dari sudut psikiatri...
Bahawa si ' dia' itu sebenarnya ada halusinasi..
Visual hallucination...yakni kononnya nampak ada orang lain..
Parah kalau dah ada visual hallucination ni..
Sebab paling biasa ada auditory hallucination...yakni kononnya dengar orang bercakap/berbisik/berbual.

Teringat zaman student..
Masa praktikal subjek Psychiatry..
Kami kena pergi wad psikiatri..
Kena temuramah pesakit pesakit di situ..

Kes 1:
Seorang budak remaja cina umur ~ 15 tahun..

Ah Moi:  Aiyaaaa doktorrrrr...saya tak boleh duduk situ ( lepas aku ajak dia duduk utk di temuramah)
Aku: Kenapa?
Ah Moi:  Tu...tu...( sambil tangan dia tunjuk sebelah aku)..
Aku: Apa ada?
Ah Moi:  Doktor tak nampak kaaaa?Ada dinosaur besar duduk sebelah doktor...saya takut dia ..

Kes 2:
Seorang lelaki umur lingkungan 45...bekas jurutera kalau tak silap aku..
Pesakit ini ada masalah Grandiose Delusion.

Pesakit:  Doktor tahu tak. Queen Elizabeth kat UK tu, makcik saudara aku..
Aku:  oooohhh....dah lama kenal ke dia? ( saja kasi bakar..hahaha)
Pesakit: Lama dahhh..tapi tak boleh jumpa,ada pawang diraja halang aku pergi sana. Tapi aku tak kisah,sebab semua raja kat Malaysia ni, level mereka bawah tapak kaki aku aja. Doktor ingat aku ni macam mana? Dah boleh lepas pergi bulan kalau aku pergi test dengan NASA..

*************************************************************************

Moralnya..
Alam ghaib itu benar..
Gangguan syaitan itu benar..
Tapi ingat..
Taksemua yang ' nampak' di mata....Tak semua yang 'dengar' di telinga..
Adalah gangguan..
Bawa jumpa pakar psikiatri juga..
Ikhtiar..
Perubatan Islam...
Bukan hanya dengan bacaan ayat Al Quran...doa..air Yassin sahaja..
Modern medicine..ubat ubatan..mesin MRI...surgery...
Itu semua perubatan Islam..
Kenapa?
Sebab itu semua ILMU ALLAH..
Yang Dia pinjamkan pada doctor..pada surgeon..pada pahrmacist..pada engineer yang buat mesin..
Buka minda..
Buka mata..





32 comments:

  1. Betul setuju tu. Tapi takot jugakkan kalau ada 6th sense ni. Kalau dengan orang macam ni..kita boleh jadi takot. Hahah tapi tak surela kalau yang jenis penyakit...

    ReplyDelete
  2. Sy suka entry nih,sbg islam kena percaya jugak.
    Sy terkesan dgn kisah rakan rapat keluarga yg juga ibu kpd 3 org ank perempuan-after 6month post confinement-dia disahkan kena penyakit gila meroyan.
    Kesian sgt2 :(

    ReplyDelete
  3. setuju dengan doc..orang kita sekarang ni walaupun dan moden tp bab2 nampak benda lain mesti ingat gangguan..mungkin juga ada masalah mental yang kita sendiri tak tau kan..

    ReplyDelete
  4. yg terpilih akan diuji....
    ada pelajar yg bijak2 pun ada terkena ...

    ReplyDelete
  5. Memang jin wujud, ia tak dpt disangkal, spt disahkan dlm Quran dan hadis...Tapi jika asyik2 semuanya dikatakan kerana gangguan jin ia seperti menghina kewarasan berfikir manusia pula, kerana bukankah manusia yg diperbuat dari tanah sepatutnya lebih bijak dari jin yg diperbuat dari api???

    ReplyDelete
  6. teringat cerita kawan (doktor); ramai pesakit psikiatri tu muda-muda lagi dan berkerjaya hebat..

    ReplyDelete
  7. Betul.. tak salah kita cuba perubatan moden. Sekurang2nya kita boleh tau keadaan pesakit macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. psstt: Dr.. dak Nuha dah setahun 8 bulan.. ;)

      Delete
  8. betol doc.. ada jgk sedara mara yg kena.. tapi anak sedara lagi haru umur 5 tahun masa datang rumah, bangun pkl 2am nk pi toilet.. my sis citer lah, si anak bukak langsir tingkap "eeehhhh ramainya hantu kat rumah mummy ni.."

    ReplyDelete
  9. sepupu saya kena skizofernia.. mula nya kata ada puteri nak berkawan..sampa5i masuk hospital bahagia..kesian sgt.. lastnya tak habis belajar..

    ReplyDelete
  10. ramainya bila dah tahap teruk baru tahu sebenarnya ada penyakit, biasalah orang lama-lama tak percaya sangat hospital (tak boleh salahkan mereka sangat,sebab mereka dah ter set minda dengan kepercayaan begitu)...

    ReplyDelete
  11. tuan dokter tak suruh dia rekomen duk UK ke? almaklum lah cable dia kuat bebenor.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh makcik. kan ada pawang diraja yang halang dia.

      Delete
  12. kui kui ki queen elizibeth mak sedara saya... heheeh saya pernah berborak dengan seorang. Mungkin ilmu tak penuh dekat dada, kekadang meremang juga leher saya.

    ReplyDelete
  13. masa dekat2 final exam final year suka sangat pi lepak kat wad psychiatry....sembang2 dengan patient...sambil buat revision boleh juga hilangkan stress.

    sorang patient tu beriya2 kata Tun M marah sgt kat dia...bila tanya kenapa...katanya sebab dia kata hidung Tun besar...

    ReplyDelete
  14. Perkara tak nampak ni payah nak pastikan...
    Yang kita nampak ialah kesannya. puncanya?

    ReplyDelete
  15. hahaha..kita yg 'waras' ni baca tergelak sakan dibuatnya..

    ReplyDelete
  16. Mampu gelak je laaa...sebab ade jugak yg fanatic tak bertempat!

    ReplyDelete
  17. Setuju sgt doc. Semua ilmu milik Allah, kita tak punya apa2.

    ReplyDelete
  18. macam2 hal kt wad psikiatri..semua pun lawak2 belaka..sy ada abg yg pernah dpt rawatan kt wad psikiatri..tahu sgt la cmna.hehe

    betul..ikhtiar tu pelbagai cara,jgn terus menolak perubatan moden..perubatan islam kata daddy ziyyad..:)

    ReplyDelete
  19. hmm betul tu doc.doc sy nk tanya.apa beza ubat ubat yg dr homeopathy dgn ubat klinik eh? maksud ngan bahan dia.mcm mana dia leh keluarkan semua virus dr badan.sihat kan pesakit.

    ReplyDelete
  20. Setuju sangat sangat. Tapi fobia orang kita, tak nak jumpa doktor psikiatrik. Sebab tak nak dikata gila atau sakit jiwa.

    ReplyDelete
  21. Kate Middleton sepupu sepapat dia jugak lah kan...

    saya pun suka bila psy rotation
    hilang stress..

    ReplyDelete
  22. Betul tu akak sokong semua ILMU tukan dari Allah jadi berikhtiarlah selagi termampu.

    Akak pernah pergi Wad Psikiatri HKL melawat kawan opis lama seorang Senior Engineer ada IR lagi tapi selalu berhalusinasi macam tu jugak kata ada org dok bisik2. Mcm2 di rapunya terutama bila dia lupa makan ubat, jadinya kami di pejabat terpaksa jadi misi setiap hari ingatkan dia supaya makan ubat.

    ReplyDelete
  23. huhuhuhui teringat sorang PAR kt opis nih yg kata ada masalah mental... kejenyer tak dtg keje je... mkn ubat takmo, suruh pg jumpa doc mls... kami kt opis nih pelik dia betul2 mental or saja2 bt mental

    ReplyDelete
  24. Kisah org terdekat dgn wawa. Pegi berubat dengan so called ustaz yg bermodalkan perubatan islam. utk register je kena byr RM50 bayaran "ubat" RM100. Bila ditanya duit itu sekali utk sumbangan anak yatim. Lepas tu kena buat follow up lg.Tiap kali dtg kena byr RM150.Hati wa siap terdetik..Kenapa sebegitu mahal bayaran perubatan islam itu..Tapi nak zahirkan dimulut takut yg tukang cerita berkecil hati sbb dia dah puji ustaz tu melambung-lambung.

    ReplyDelete
  25. Sebab tu, the best way untuk merawat penyakit ialah guna serampang 2 mata. Fizikal dan batin, 2-2 harus di ambil kira.

    P/S : Dinosour sebalh doc tu makan orang ke?

    ReplyDelete
  26. Okje kagum dgn profession sebagai doktor ni....kagum bila org islam jugak mampu bersaing dlm bidang kedoktoran ni...Syabas PZ!

    ReplyDelete
  27. setuju doktor...penyakit pelik2 ni kena cek betul2 ...rumit sungguh rasanyer...
    kita yang tengok ni pun kekadang pelik...kekadang klako pun ader...kesian sangat..
    kisah2 yang doc ceritakan tu klako sangat tergelak saya baca...

    ReplyDelete
  28. Setuju...sangat setuju..klu bleh, pkai aja kedua dua sekali...bleh selesaikan masalah....

    Psss...naseb baek amoi tu kata dinosor, klu dia kata yang itu....haiyaaa.....rietta talak belani ooo....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...