Tuesday, December 24, 2013

Jalan Jalan Cari Makan: Taiping

Antara sebab kenapa aku suka gi Taiping..
Makan makan!

Di Changkat Jering...
Exit aja tol Changkat Jering, belok kiri..jalan terus...~ 500m, nampak signboard ni di belah kanan anda..

Masuk ke dalam 50m, jumpa la kedai nya. Kedai ni best sebab parking space bawah pokok, dalam kawasan kampung, so redup. 

Famous Mee Udang Paksu Majid ni di kalangan bikers..Katanya, owner nya pun biker. Segala macam VIP dah mai sini..

Aku dah pernah makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang famous tu..
Aku & wife so so aja la dengan rasa kuah mee nya..tak la sedap mana pun, udang aja banyak..
Hasil Google, katanya local's favorite ialah mee udang Changkat Jering ni..
So tu pasal kami terjah sini pulak...

Tak mengecewakan !! Sedap!! Ikut tekak kami laki bini, kuah nya sedapp...nampak usaha nya nak kasi mee ni sedap, bukan semata mata bergantung kepada udang sahaja.

Nasi goreng udangnya pun sedap. Ikut tekak aku, kesedapannya sama dengan nasi goreng udang Mak Jah.

Di bandar Taiping pula..
Famous kuey tiau Doli ni..
Ya...ianya bukan char koey tiau..ianya koey tiau goreng..

Lokasi memang senang nak cari. Berdepan dengan Klinik Kesihatan Pergigian Taiping. 

aku order koey tiau goreng. Ikut tekak aku & wife, biasa aja rasanya. OK, ni ikut tekak kami ya..sebab kami tegar char koey tiau...Tapi koey tiau goreng macam ni kami pernah makan di Penang Cafe kat Senawang, lagi sedap rasanya. Yang kat Madam Kwan pun lagi sedap. Koey tiau goreng Doli ni, RM5.00

Wife aku order yang special punya. Yang specialnya ialah udang nya lebih besar & banyak, dan ada telur goreng. Rasanya? Tetap sama macam yang biasa. RM10.00

Nasi ayam untuk anak anak aku. Ironi nya, nasi ayam Doli yang sedap kat tekak kami, bukan koey tiau nya yang famous tu..hahahaha. RM5.00

Kalau petang petang sikit..
Pekena la cendol kat Taiping ni..
Yang famous katanya Bismillah & Ansari..

Since 1993. Ada dua cawangan, yang kami pergi ni betul betul sebelah Bank Persatuan. Masukkan dalam waze Bank Persatuan, tadaaaa !

Jangan lupa mulai dengan Bismillah bila makan Cendol Bismillah ya  :)  Sedap.

Zayydan yang dah 5 bulan seminggu usianya...benda lain yang pertama dia rasa selain susu & air kosong, ialah Cendol Bismillah! kah kah kah

Tak sampai 1 kilometer dari Cendol Bismillah...ada pulak Cendol Ansari..
Kami pergi situ pulak ! hahaha..

Ni lagi otai dari Bismillah..since 1940 !

Sedap !  Tapi kalau suruh pilih antara 2, aku pilih Bismillah  :)

Tak sempat nak test rojak nya. Sebab kami tiba sini pun dah lewat petang, dah nak katup kedai nya.

Malam malam kat Taiping pulak..
Antara port famous, ialah di medan selera belakang Bomba Taiping..
Zaman aku sekolah kat Taiping dulu lagi dah famous..

Signature dish kalau kat medan selera Bomba ni, of coz YongTauFu( YTF). Tengok sahaja taburan kekacang & biji bijan...kuahnya yg pekat sedap...perghhhhh...harga pun murah ( kalau nak compare makan kat tempat lain)

Selain YTF, segala macam jenis ABC & Banana Split pun sedap...harga pun reasonable.

Tak ingat ABC apa ni..Ikut carta kat kedai ni, ada hampir 50 variants ABC...aku pun wonder, tukang buat nya ingat ke perbezaan setiap variant..hahahah..apa apa pun, sedapppp ABC nya.

Sebenarnya di Medan Selera Bomba ni, ada banyak kedai. Jangan tanya aku yang mana sedap. Aku terjah kedai yang ramai orang. Kan ke formula nya ' kalau ramai orang, musti sedap'. Alhamdullilah, terjahan kami tepat. Hahaha. Kalau sejak 1983 dah buat YTF, saja la kalau tak sedap kan?

Sebenarnya ada banyak lagi port makan best kat Taiping ni..
Tapi ini sahaja lah yang kami sempat pergi..
Try la..:)

46 comments:

  1. hhhahahhaaaa...
    ada entri makan-makan !!

    jangan harap ada entri makan-makan kat Dr Singa!!

    ReplyDelete
  2. woi!! sedapnya cendol!!

    mee udang tu pun weehuuuu!!!

    ReplyDelete
  3. yg 1 tu xpenah pegi..mebi akn try.
    yg no 2.doli...biasa sgttt...dh smcam dlu..mebi dh lain sket...ekkk?
    bismilah tu smp skrg xterjah2..walhal lalu aje..he3...
    yg medan bomba....terbaik Yong tauu fuu..he3..
    taiping pun xmcm dlu...xbrapa sedap sgt.ada yg sedap tp mebi owner bertkar..tu ada yg sdap ada x...kami yg dok taiping kadang2 xtau dh nk mkn mana??he3..
    ok la bla org luar bg review..blh tmpng skaki p..he..

    ReplyDelete
  4. seriously..nasi ayam kat doli tu mmg sedap..anak2 dee pun suka siap bertambah..next time boleh terjah taiping lagi..nak2 bila ada kawan kat sana..sambil jalan2 cari makan sambil ziarah kawan..tempat2 makan lain tu bolehlah dicuba..

    ReplyDelete
  5. amboiii....makan aje kejenye ye...
    nak MC....heheheheee....tetiba..

    saja nyakat

    ReplyDelete
  6. Aduhai gambar besar-besar buat mata kakak terus besar sama.
    Adik dah minum cendol!! Fiza ni biar betul ada ais tak tu hihi...

    ReplyDelete
  7. wah tempting sungguhlah semua makanan tu...
    lama dah xmakan sejak kena berkelana kat sabah ni..

    Salam Perkenalan juga. rasanya pertama kali komen di sini

    ReplyDelete
  8. Hahahahaha ni ghase nak pegi meronda tepen plak ni ngan husband

    ReplyDelete
  9. Akak kalau balik kampung lalu ja Taiping tu...harus cari masa singgah2 ke sana jugak suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  10. Saya pernah tinggal di Taiping selama 3 tahun. Saya suka Taiping sebab di sana banyak tempat riadah, petang2 lepas kerja selalu panjat Bukit DO (di belakang rumah DO Taiping) dan hujung minggu pula boleh panjat Bukit Larut. Satu lagi yg istimewa tentang Taiping ialah cuacanya yg selalu berhujan dan dingin...

    ReplyDelete
  11. Nak ajak abang Bob carilah YTF tu nanti, Nampak sedap dan menggoda. :)

    ReplyDelete
  12. yeyen tu cubaan nak buat peace ke tunjuk satu jari? hahahaha

    perghh.. pegi blog kak aziela cite udang..sini pun cite udang.. ini sudah melampau!! hahaha..

    ReplyDelete
  13. Kalau dok lelamer sikit mungkin sempat kot redah semua tpt yg doc rekemenkan nie..nampak semuanya sodap jer...:)

    ReplyDelete
  14. First, Zayydan dah makan cendol. Yeayyyy!
    Second, Zayyan sangat garang okeh. Takuttt auntie...
    Third, Ziyyad makan cendol sampai masuk dagu dalam mangkuk...

    Heheheheh...ada anak lain lagi tak? Boleh tambah 4th point.

    ReplyDelete
  15. Banyak btl port makan kt taiping kan.. pernah singgah makan kt doli ja..yg lain2 nnti nk p terjah jugak la..=D

    ReplyDelete
  16. fingers crossed hoping dapatlah singgah ke tepeng nak makan YTF tu...
    kuew tiow doli dah pernah rasa...tekak i pun kureng....
    prefer char kuew tiow lagi...

    ReplyDelete
  17. Rasa tertekannya aku tengok makanan tu semua...........sedap2 belaka
    Kalau terjejak kaki pegi ke taiping ni confirm semua akan di rasa....hehehe

    ReplyDelete
  18. Stresss tgok entry mu ni doc....dh la I tgh diet..hahaha..ni nak kabor ni..penang street senawang dh tutup...

    ReplyDelete
  19. kalau dah sampai 50 variant...silap buat pun takpa...customer bukannya tau pun...hehehe
    anyway....simpan dalam kepala...medan selera belakang balai bomba taiping....next destination....siap paling tengok kalender thn depan...ada cuti berganda bulan januari...cantiiiikkk...

    ReplyDelete
  20. best gile entri ni deddizz!! gb penah makan kat semuaaa tempat tu sebab dulu2 rajin turun taiping. tapi dah bertahun tak ke sana. rindu.

    rasanya tak lama lagi sampai jugak kot akhirnya. .dek kerana entri nih.

    #heroberduatuhmemangpandaijadikmodel!

    ReplyDelete
  21. Tu diaaaaa kolesterol terkumpul. Bahahaha sila exercise.

    ReplyDelete
  22. Terima kasih doc.ada gak 3..4..kali pi taiping.tapi tak tau nak cari tempat makan2.dah ada panduan dah ni

    ReplyDelete
  23. semua sedap ni..buat akak terliur lerrrr! model model cilik tu pun akak terliur hehehe

    ReplyDelete
  24. fuh penuh dengan makanan entry nih , setakat nih den pernah sampai Zoo Taiping jer...hehe

    den akan korek balik entry Doc nih kalau bercadang nak jalan2 Taiping...

    ReplyDelete
  25. memang memang memang Taiping adalah sorga tempat makan.. selain variety, harga foodies kat Taiping sangat2 murah..
    tapi I tak kesempatan lagi singgah.. My SIL kata sate dia stil doposen secocok.. apakah????? murah giler kannn..

    nanti lah one day nak jalan2 kat Taiping.. psstt dulu arwah atok I (emak I punya bapak) polis kat Balai polis Aulong Taiping tu.. EmakNenek dulu duduk taiping lama.

    Apa2 pun makanan2 dalam gambar u ni menggugat keimanan I.. rugi tak makan tadi hehehhehee

    ReplyDelete
  26. bila ke Taiping?

    saya pun baru sekali try cendol bismillah dan pasemboq

    ReplyDelete
  27. Salam..kuew teow doli, cendol dan YTF tu memang makanan wajib makan kalau ke utara!! Baru balik dari Kemaman, kempunan tak dapat makan nasi dagang.. kalau mengandung tentu meleleh air liur baby he he

    ReplyDelete
  28. eemm.. kena tunggu tahun depanlah jawabnya sebab tak sempat nak ronda2 ke sana tahun ni.. en. Suami takdak cuti until next week.. huhuhu..
    Apa2pun review yang agak menarik tentang makanan kat sana..

    ReplyDelete
  29. wahhh dah macam rancangan Jalan2 Cari makan pulak..banyak2 makanan yg ditayang akak hanya teruja kat yong taufu je..yg ada udang2 tu memang taklah sebab walaupun suka udang tapi berani makan lebih2..

    ReplyDelete
  30. kedai ytf yang sama kita terjah... akakpun baru balik dari sana dua minggu sudah...
    betoilter mi udanga mak jah masa gi mula dulu ok..lepaihtu pegi lagi dah tak bestler pulak..
    dolipun sama sedap lagi yang kat ipoh...

    ReplyDelete
  31. Nampak sedap ja. Harus terjah ni...JJCM Taiping..soon.

    ReplyDelete
  32. Kuey tiau goreng yang RM10 tu nampak macam marbeles gila. Rasa berpinau mata ni melihatnya. Meleleh-leleh air liur. Tapi memandangkan nak kena ke Taiping, rasanya takpalah. Simpan aje keinginan tu untuk tahun 2014. Kuey tiau Doli ni bukan ke ada satu kat TTDI?

    ReplyDelete
  33. rs nk start kete la ni dan terjah taiping skrg jg!!!

    ReplyDelete
  34. Yang No 1 tu memang x pernah p. Tapi aku setuju pendapat ko yang lain tu. Doli tu biasa ja, sedap lagi rasa aku yang kat belakang wisma palaniappa tu. Bila tengok gambar2 ni, pagi ni jugak aku balik Taiping!

    ReplyDelete
  35. Yang No 1 tu memang x pernah p. Tapi aku setuju pendapat ko yang lain tu. Doli tu biasa ja, sedap lagi rasa aku yang kat belakang wisma palaniappa tu. Bila tengok gambar2 ni, pagi ni jugak aku balik Taiping!

    ReplyDelete
  36. banyaknya phrase 'ikut tekak..' informative thank you. okeh nak terjah mee udang skrang jugak. saya otw tanpa hala tuju dgn mak ayah. cadangnya nak ke kuala gula tp dh trlajak ke bukit merah. makanya saya google n terjmpa blog ni. set ke mee udang. smoga bukak lagi.

    ReplyDelete
  37. Sekarang kami kat Taiping. Menginap di Tune .

    ReplyDelete
  38. Nice info...
    http://nazrihatsof.sharethisstory.net/my-852876-5932

    ReplyDelete
  39. Info terbaru untuk Anda pemilik usaha mie tiaw, saya memiliki Dus Makanan untuk kebutuhan branding Anda. Jika Anda ingin membuatnya menarik, Anda dapat menggunakan kemasan kami.

    Jika ingin mencari tahu lebih lanjut lagi, silahkan kunjungi link berikut ini : http://kask.us/hRTlN

    ReplyDelete
  40. kalau dekat kamunting jgn lupe singgah sam's station..dekat dgn hotel ssl traders dan kem askar tu..best jgak tuhhh..

    ReplyDelete
  41. I will be here for 3 days. Family vacation. Thanx for foodies info. Really help us to find the locatio. Kutiaw doli n yong tau fu blkg bomba are one of my friend's suggestion. Tak sabar nak tunggu esok to jalan2 carik makan. Yummy!

    ReplyDelete
  42. Selain dri ketam lembut kt mana lg ada mkn mlm yg best2

    ReplyDelete
  43. Must try kalo dtg taiping >>> nasi lemak bukit larut. Kedai first. Pepagi la. Kalo pegi 9 lbeh ke 10 mmg habis tetambah hjung mgu. Bihun sup pasar tani pon mabeles. Pepagi jgak. Railway station pon menarik. Skrg dah bukak kedai2 mkn dkt dlm tu sbb station lama dah xguna. Ada station baru sbelah dia. Memalam try cari burger warisan dkt pekan taiping. Beratur org beb. Cina india melayu. Mmg sedap. Lain dr lain. Dpn wisma taiping pon ade kedai makan. Dkt kawasan parking depan wisma tu. Menarik dan sedap. Memalam saja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...