Wednesday, December 25, 2013

Hadiah Krismas

Malam tadi gi Ampang..
Collect hadiah krismas...hahaha...

hadiah krimas dari Zaza..:)

Sekotak besar hadiahnya...



Bukak kotak hadiah....
Ni hadiahnya...

tengkiu Zaza...sorry malam tadi si zayydan tarik pintal rambut awak..bahahaha..

62 comments:

  1. amboi..siap ada hadiah krismas ye Dr.. seronok lah dpt..hehe

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt drypers . jimat bajet bulan ni.

    ReplyDelete
  3. Kalau saya tak ambik hadiah krismas. Saya mengagungkan hari raya Islam sahaja. Berhati hati untuk tidak memeriahkan hari raya nasrani untuk menjaga akidah. Sekadar nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas teguran Anon. Apa apa pun, Islam tak mengajar kita utk terus melatah menjatuhkan hukum tanpa tahu latar belakang dn usul periksa. Bukanlah hadiah itu hadiah krimas, dan jauh sekali saya & Zaza utk nak menyambut dan saling menerima memberi hadiah krismas. Sebesar zarah pun tiada terlintas di hati saya, mahupun Puan Zaza itu utk menyamakan hadiah itu sebagai hadiah Krismas, saya cuma berseloroh dan saya tahu tentang akidah. Realiti umat sekarang, terlalu cepat melatah dan menjatuhkan hukum, dikhuatiri terus jatuh hukum memfitnah nanti. Saranan saya, ( dan juga utk semua pihak, termasuk diri saya), belajarlah betul betul tentang dakwah sebenar yang dianjurkan Rasul SAW, dakwah yang penuh hikmah, dakwah yang ada ilmu. Terima kasih. :)

      Delete
    2. Minta maaf kerana saya tidak tahu maksud sebenar saudara. Mungkin lebih baik tidak berseloroh tentang soal begini. Maaf sekali lagi.

      Delete
    3. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui tahu niat dan maksud saya. Saya tak terkesan dengan fitnah manusia, kerana manusia itu hamba Allah.

      Delete
    4. saya tau, doc cuma melawak je letak perkataan 'hadiah krismas'. Mula2 terkejut sikit, tapi sbb dah kenal doc..tau sgt tu saje je tulis. Maybe lps ni kena elakkan utk elak salah faham..kot.

      btw..best hadiah tu, camne boleh dapat free? jimat belanja! :)

      Delete
    5. Speechless!

      Mcm mane dgn nsb kwn sy yg kawen cmpr n baru2 ni, anak2nya dpt xmas present dr atok nenek (msh menyambut xmas) dr UK sane? Klu mcm tu, jgn mkn limau mandarin CNY ok sbb dikhuatiri jth akidah!

      Ya Allah!

      Delete
  4. Kepada blog yang ingin ku kongsi dan lain-lain. Sekadar nasihat hentikanlah memberi ucapan merry c..mas. sepertinya kita mengucapkan selamat mensyirikkan Allah dan adakah kita redha dengan perbuatan kaum nasrani mensyirikkan Allah? Cukuplah kita mengucapkan apa yang dibenarkan syariat sahaja. Minta maaf jika tersinggung tapi saya sekadar nasihat dengan ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak pernah seumur hidup mengucapkan ucapan " Merry Christmas" kepada sesiapa pun. Apa apa pun, nasihat saudara/saudari ANON ini memang banyak tersebar di Facebook sekarang. Suka lah kiranya saudara saudari ANON dapat serta kan fatwa mana mana ulama yamg menyokong nasihat ini, yang berlandaskan Al Quran, As Sunnah dan juga ijmak ulama tentang " ucapan Merry Christmas ini". Bukan apa, saya pun ingin tahu, dan saya tak mahu mejadi manusia yang hanya tahu mengikut ikut/copy paste/ angguk angguk bagai burung parrot. Segala benda dlm dunia ini, hendaklah berlandaskan yang tiga saya nyatakan itu, jangan membuta tuli follow/iktikad, kerana itu lebih merbahaya, dikhuatiri tanpa ilmu di dada, kita sendiri yang akan sesat, kita mungkin ajak orang lain sesat, kita mungkin jatuhkan fitnah kepada umat Islam yang lain tanpa kita sedar. Wallahulam.

      Delete
    2. maaf, mencelah. Mmg ada perbezaan pendapat. Terpulang masing2 nak ikut pendapat yg paling dia percaya, kerana ia bukanlah perkara pokok. Saya lebih suka ikut pendapat 'dibolehkan memberi ucapan' kepada kawan/jiran yg menyambutnya atas dasar perpaduan dan berbaik2 dgn non-muslim, kerana kita hidup dlm masyarakt majmuk di Malaysia. Asalkan tiada niat utk membenarkan agama mereka. Wallahu a'lam. :)
      Entri saya berkaitan hal ini.. http://ujieothman.blogspot.com/2011/12/topi-santa-pokok-krismas.html

      Delete
  5. Maksud saya kepada pembaca secara umum. Adapun fatwa tentang haramnya mengucapkan selamat natal telah lama difatwakan oleh ulama seluruh dunia terutama ulama timur tengah, dan waktu ini sangat senang untuk mengetahuinya dengan adanya internet, tinggal lagi terpulang kepada kita untuk mencarinya atau tidak. Nasihat saya jangan prejudis kepada orang yang nak menasihati tentang agama, berlapang dadalah dan bukakan hati untuk mencari yang benar.

    ReplyDelete
  6. pendapat saya.. besar perbezaan nya antara respect someone beliefs dan sharing the belief. islam agama yg sangat berhemah.kita diwajibkan menjaga hubungan sesama manusia tidak kira agama dan bangsa.jadi mengucapkan merry christmas..happy deepavali...happy chinese new year or watever happy lagi..adalah antara salah satu cara menjaga hubungan. saya rasa saya pernah baca ttg ini by Grand Mufti of australia..Ibrahim Abu Mohamad... ..apa pendapat anon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar kita menghormati kepercayaan seseorang, tetapi kita tidak mengucapkan 'selamat' untuk perayaan AGAMA mereka. Harus dibezakan antara perayaan agama dan perayaan budaya, dan jika saya tanya adakah christmas perayaan agama atau bukan tentulah saudara saudari bersetuju ianya adalah perayaan agama. Saya juga mengucapkan salam sejahtera kepada yang bukan Islam, tiada masalah tetapi saya tidak mengucapkan selamat untuk perayaan agama mereka, dan ini bukan bermakna saya tidak menghormati mereka, kerana saya tetap bermuamalat secara baik dengan mereka CUMA TIDAK untuk ucapan selamat perayaan agama mereka. Rujuk fatwa fatwa ulama mekah dan madinah untuk bacaan lanjut.

      Delete
    2. Ada kelapangan? dengar lah ini: https://www.facebook.com/bernamaradio24/posts/10151791712962031

      " Apa hukum seorang muslim mengucapkan "Merry Xmas"?

      Bicara Agama menerusi program 'Santai bersama Tuan Guru' langsung sekarang hingga pukul 5 ptg nanti. "

      Sebagaimana nasihat ANON utk berlapang dada,maka saudara/saudari ANON,sila lah berlapang dada juga.Dan jangan cepat menjatuh hukum,menuduh orang lain/orang public. Wallahualam

      Delete
    3. Maaf, adakah di atas sana menyebut blog "yang ingin kukongsi"? Yakni blog saya. Yeaaa ucapan Merry Christmas yg menjadi tajuk entri saya adalah sama bila tiba Chinese New Year dan Deepavali etc.... memang ada silent reader saya yg bukan Islam.

      Dan isu sambut perayaan agama lain ni saya dah pernah jawab di blog saya dulu.

      Delete
    4. Oh ya, kenapa nak hentikan ucapan Merry Christmas? My boss sambut Krismas.

      Delete
    5. Isu ini masih menjadi khilaf di kalangan ulama Azieazah...cumanya,ada golongan yang terlalu keras/extreme tak mahu berlapang dada menerima perbezaan pendapat, tak mahu menerima soalan orang lain apabila ditanya,malahan terus di cop sebagai ' prejudis". Siapa lah kita ini manusia yg lemah nak mempermainkan hukum agama,kan? :)

      Delete
    6. My nephews cucu orang putih. Once in a while mereka masih terima undangan Krismas dari pihak keluarga sebelah abg ipar saya. Mereka still penuhi undangan itu atas dasar ikatan kekeluargaan. Ucapan tu mesti akan terucap jugak kan? So takkan tak nak ucap? Tak kan tak nak penuhi undangan itu?

      Delete
    7. And of course hadiah pun dapat jugak.

      Delete
    8. Umat Islam akhir zaman.... Bayangkan pada zaman nabi saw adakah begini pemikiran baginda dan sahabat. Saya hanya menyampaikan terpulang pada tuan puan untuk mencari maklumat seterusnya melalui berbagai sumber rujukan yang sahih. Saya masih tak faham kenapa saya dikatakan menuduh atau memfitnah, setahu saya, saya tidak pernah memfitnah sesiapa cuma saya katakan 'kalau saya' itu saja, dan adakah berseloroh berkenaan perkara akidah dibenarkan?

      Delete
    9. Makna hadis nabi: umatku pasti akan mengikuti jejak langkah mereka selangkah demi selangkah sehingga kalau mereka masuk ke lubang dhab pun umat Islam akan mengikuti juga. Sahabat bertanya adakah mereka itu yahudi dan nasrani? Nabi menjawab "siapa lagi kalau bukan mereka" . Fikir fikirkanlah.

      Delete
  7. hmmm dah macam forum pulak...
    bagus juga dapat kembang2kan ilmu..

    ReplyDelete
  8. fuh stock pampers untuk beberapa bulan tuh...rezeki...:)

    ReplyDelete
  9. boleh bagi saya link utk fatwa ulama mekah dan madinah untuk bacaan lanjut.. saya cuba google tapi x jumpa.. namun begitu, sesuatu fatwa dibincangkan secara telus. jika benar telah dipersetujui oleh semua mufti tidak kira mereka berpegang atas mazhab apa sekalipun.saya akur. tetapi banyak terdapat perselisihan pendapat ttg masalah ini.kami sebagai umat islam tidak sedikit pun memandang enteng atau prejudis terhadap org yg ingin menasihati. cuma kita seharusnya seperti kata admin ada asasnya.
    saya mempunya ramai kawan yang menyambut krismas. wpun berlainan agama mereka sangat menghormati waktu solat saya.puasa saya,kebersihan dalam bilik hostel saya.membawa makanan yg halal sahaja dlm bilik kami.tidak merokok(DIFATWAKAN HARAM)..bukanla memuji mereka. tetapi percayalah.. kita nampak amalan Islam di negara BUKAN ISLAM.. kita nampak amalan BUKAN ISLAM DI negara ISLAM. Jadi setiap tahun saya akan ucapkan kepada mereka.amat penting utk saya satu kepastian.. yang benar2 yakin. saya pasti admin dan pembaca lain juga pasti tertunggu2 utk membaca dalil2 nas2 yg dikemukan ulama di mekah dan madinah ttg hal ini.Bila anda komen sesuatu ttg keagamaan pasti ada perdebatan. bukan kerana MEREKA yg berdebat hendak merperlekehkan Anon.. tetapi Mereka yg sentiasa berpegang dengan ajaran Islam( insyaallah) adakah mereka marah? tidak. mereka cari kepastian.antara kurniaan allah pada kita ialah akal fikiran.mencari kepastian adalah antara kerja akal. saya pernah bertanya kepada Ustaz saya dengan pelbagai soalan ttg allah dan agama.beliau tenang dlm menjawab soalan.dan tidak mempersoalkan sedikitpun marah Bila saya minta maaf padanya utk perdebatan itu..dengan mudah dia menjawab.. setiap jawapan yg diberi ada hadith ada nas ada banyak ayat dalam alquran menyokong dan ada masa nyajawapan diberi tidak terjangkau akal fikiran saya ttg rahsia allah.jadi kiranya fatwa tersebut boleh melenyapkan keraguan saya..saya pastikan tidak lagi mengucapkan pada mereka.
    tq


    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari Fiza:Saya amat amat bersetuju tentang " Kita lihat Islam di negara bukan Islam, dan sebaliknya".
      Dan terima kasih kerana memahami apa yang saya cuba sampaikan. :)

      Delete
    2. Salam pada fiza. Amat mudah mencari dengan taip "hukum mengucapkan selamat hari Christmas", salah satunya ialah fatwa ulama besar arab Saudi Syeikh Muhammad Salih Al-Utsaimin : http://malay.bismikaallahuma.org/hukum-ucapan-merry-christmas-selamat-hari-natal/

      Delete
    3. Ini dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

      HUKUM ORANG ISLAM MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT BERSEMPENA PERAYAAN AGAMA BUKAN ISLAM:

      Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

      1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

      2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

      3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

      Delete
  10. Isunya cuma hadiah drypers, tiba2 dah bertukar jadi forum agama pulak. Sebagai seorang yg suka berjenaka, saya dapat memahami seloroh Dr. Harap Dr dpt bertenang, zaman penuh stress ini ramai orang yg dah hilang sense of humour, ramai yg cuma melihat dari sudut lurus dan sempit dan tak dapat menerima jenaka kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR: Hihihi...terimakasih kerana faham selorohan saya. Tapi itu lah,saya ambil iktibar juga, bahawa tak semua orang miliki sense of humour & sifat berlapang dada tu.

      Delete
    2. Berbalik kepada hadiah Drypers tu, ingat entry Doc pasal Wee Wee Dry itu hari. 'Rehat' la kejap poket daddy eh? Hehehe. Jarang la nak dapat hadiah yang isi dalam nya adalah sama dengan kotak. Selalu tukar lain dah.

      Delete
    3. t.a.t.a : yup....rehat la jap poket saya..hahaha

      Delete
  11. sy baca tang komennya yg panjang bejela...ambik juga skit info...nmpknya..komen2 ni lgi menyerlah dari entri ye doc...
    biasala...adat bila kita berblog kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.itu adat kita berblog ..saya terima dgn terbuka :) Cumanya, bukankah lebih manis andai kita tak berselindung di sebalik nama ANONYMOUS .. Itu pandangan peribadi saya sahaja.:)

      Delete
  12. Semput nafas aku baca komen yang lebih panjang daripada entrinya........dari isu 'pampers' ke forum agama gitu....tapi tak pa lah, dapat juga sedikit pengetahuan dari sini. Nak ikut beri komen rasanya belum bertauliah lagi, takut tersalah komen, jadi isu lain pulak.... :-)

    ReplyDelete
  13. Wow.. banyaknya pampers.. mai sebungkusss.. :)

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Tetiba nak haiii zaza jugak!!
    Nak pampes free!!
    Hahahaha

    ReplyDelete
  16. Ya Allah.. tak sangka pulak jadi issue entry ni..

    Maaf yer.. Sebenarnya saya & tuan blog tak terlintas malah tak ada niat langsung untuk melibatkan agama xmas dengan sensitivity seseorang. Ini hanya sekadar jenaka tanpa niat. Saya percaya tuan blog berseloroh untuk entry ni. Apa2 pun saya setuju dengan apa yang tuan blog katakan "Realiti umat sekarang, terlalu cepat melatah dan menjatuhkan hukum, dikhuatiri terus jatuh hukum memfitnah".

    Jangan cepat menghukum!!! Maaf jika ada yang tersinggung.

    ReplyDelete
  17. Faizi akak ni dah letih dengan org2 yg jenis copy & paste ni...

    Apapun Zaza hadiah bg dr je ke kita org tak nak bg ke? Ahahaaa...

    ReplyDelete
  18. banyak gak dapatnyertu... ok sesangatkan....

    ReplyDelete
  19. hahhaha dah agak dah jadi issue dah bila baca tajuk entry
    bagi aku, walau berbeza agama, sikap saling hormat menghormati tetap kena ada
    mana tau, dengan sifat kita itu mampu menarik mereka mendekati agama kita...lagipun agama kita tak la ajar kita benda2 tak baik, sampai tak reti hormatkan agama org len kan
    btw, camner ko leh dpt pampers byk gitu, aku nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk aku jelessssssssssssssssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei kak. Kau nak pakaikan pada siapa Pampers tu? Anak kau kan semua dah besar. Kau nak pakai sendiri ke? Wah hahahaha.

      Delete
    2. si Elly tu nak ada anak kecik la ler tuuuuu...wakakakakaka

      Delete
  20. For me simple...x salah untuk hormat menghormati...pokok pangkal hati..kita dah dididik dengan ajaran agama...x semestinya kita letak tajuk mcm tu terus dikatakan mcm2...x boleh ke bezakan kenyataan dan gurauan...aduhai...makin ramai plak manusia anon yg suka copy & paste ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf, pada saya muslim haruslah berkata benar walaupun semasa bergurau, dan itulah yang sangat jarang ditemui pada masa sekarang.

      Delete
  21. doc..kemain panjang ha komen psl hadiah xmas tu..hehehe..ni silap2 wa pun kang kena sedas sbb wa pun join sesi mkn sempena xmas kat office, tuka2 hadiah n wish merry xmas...

    apapun yang penting blanje tuk pampers dah jimat sbb dpt deyah sekotak tu ha...i likeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok apa kalau ada orang yang berpesan pesan pada kita pasal agama. Itulah tujuan manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah. Tapi kalau kita wish merry c..mas macam tak kena je kan dengan tujuan itu? Banyak lagi cara kita boleh menghormati sesama manusia, alah senang je konsep ni... insyaAllah tak susah kalau terbiasa, umat islam adalah umat yang paling baik hubungannya dengan manusia lain cuma ada batas2 yang harus dijaga mengikut syariat, bukan begitu?

      Delete
  22. Kesian DZ dan Zaza. Tak pasal-pasal drypers jadi isu hadiah krismas pulak dah. Whatever it is, masing-masing tahu hakikatnya sudahlah. Bukannya drypers tu semua berbungkus dengan pembalut hadiah krismas pun kan...

    ReplyDelete
  23. wah.. ramai anon yang komen kat entry ni menunjukkan blog Dr. ni diintai juga oleh anon2.. ;)

    ReplyDelete
  24. comel Zaza tu..
    patutlah kena usik dengan Dak Zayydan..

    emm..
    sunyi lak hari ni..?
    nakk jugak baca lagi jawapan panjang-panjang lagi...


    ReplyDelete
  25. Salam. Wah, terkedu sekejap baca komen2 ni. tapi apapun dapat jugak ilmu baru hari ni..bestnye dapat hadiah drypers..sekotak lagi tu..boleh jimat sebulan tu doc..hehe

    ReplyDelete
  26. Hmm...isu yang selalu keluar waktu ada perayaan besar...perlu ada pencerahan daripada pihak berwajib supaya tiada lagi kemusykilan dan salah jatuh hukum..

    ReplyDelete
  27. mak aiiiii sy kalu pon da melompat2 dpt hadiah ni..org memberi kita merasa..

    ReplyDelete
  28. untungnya dapat hadiah drypers..jimat belanja..

    ReplyDelete
  29. Replies
    1. Rai, inilah yg dikatakan - KEYBOARD WARRIOR. Heheheheh.....Doc baru usik sket je tu.

      Delete
  30. Perkara yang melibatkan akidah bukanlah furu' atau cabang. Dan jika boss kita meraikan perayaan agama lain bukan berarti tindakannya itu benar. Iman itu meliputi keyakinan hati, pengakuan lisan dan diterjemahkan oleh anggota badan. Adakah mengucapkan selamat untuk agama lain boleh terlepas dari tiga aspek itu? Adakah tidak terbetik di hati kecil kita rasa berdosa mengucapkan selamat untuk mereka meraikan hari kesyirikan? Saya tidak terfikir nabi saw dan sahabat ada mengucapkan ucapan itu sekali pun pada kaum nasrani di zamannya, padahal kita semua mengakui manusia yang paling berakhlaq dimsepanjang zaman hingga ke hari kiamat adalah junjungan nabi saw. Maaf sekiranya menyinggung cuma saya nak mengajak tuan puan berfikir dan mencari yang tepat atau rajih kerana mustahil nabi meninggalkan umatnya dalam kekaburan. Terima kasih kepada tuan blog yang memberi saya peluang menulis di sini.

    ReplyDelete
  31. Doc, anon ni ustaz ke ustazah? Moga ada tauliah. Jgn bidan terjun, dah.

    Maaflah kasar. Jgn hanya pndg pd Xmas semata. Tgk pd sudut lain juga. CNY. Deepavali. Keseluruhan.

    ReplyDelete
  32. Kepada ANON..terima kasih kerana memberi input
    Tapi sila ambil perhatian tentang "ISU UCAPAN MERRTY CHRISTMAS" yang hangat diperkatakan..pendapat2 ulama lain..
    Pelbagai pendapat telah dilontarkan di sini.

    Jadi saya harap, BUKA MINDA..BUKA DADA...sebab isu iniada khilaf di kalangan ulama.
    Jadi jangan ' seolah olah nak push /memaksa ' orang lain menerima apa yang awak mahu terima, dalam hal yg ada khilaf.

    Terima kasih

    ReplyDelete
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...