Monday, December 23, 2013

Gopeng: Muzium Gopeng, Grafitti Gopeng

Dek kerana nak bercuti naik eroplane tak sempat..
Dek kerana nak bersantai dipantai Teganu tak dpt sebab musim tengkujuh dan banjir..
Maka,ke utara la kita..
Ke Perak..ke Penang..
Asyik asyik Penang...asyik asyik Penang..
Dah nak buat camane....nak ke Melaka, Johor, N9...wife aku tak minat..hahaha..

Cabaran pertama misi jenjalan utara:
Gopeng!!
Sebab baca kat blog Dr Singa yang ini..

Memang tak sangka..
Pekan cenonet ni banyak simpan benda unik..

Nak masuk Rumah Warisan Gopeng....

Aiyaaa !! Bukak Sabtu & Ahad aja...aku datang hari Isnin..takde rezeki..

Tak dapat masuk Heritage House ni takpa..
Dapat minum air kelapa!! hahaha..

Masa Dr Singa datang sini, stall akak ni tutup..keh keh keh..Dengan akak ni la wife aku tanya lokasi Paip Besar Gopeng..sebab kami pusing2 dlm pekan Gopeng ni tak jumpa....penyudahnya ? tetap tak jumpa! hahaha...Akak ni pun pelik.." apa yang best nya paip tu dik? Kami kat Gopeng ni tak heran pun...dah pendek paip nya.."...hahaha

Jalan jalan lagi dalam pekan kecik ni..
Cari graffiti...

Kat stall makcik jual durian...memang depan graffiti ni ada pasar Gopeng...ada orang betul betul jual durian...harum semerbak bau durian..

Rumah Orang Asli Semai..payahnyaaaaa nak pujuk Zayyan duduk kat tangga tu!

Penjual mee yang anak Dr Singa kata " mee nya tak halal!" hahaha..

Kalau anak Dr Singa takmo duduk kat meja ni dengan alasan ' mee cina tak halal'..Zayyan more than happy duduk kat situ..hahahaha..

Dah selesai tengok graffiti...
Ronda ronda lagi pekan kecik ni..
Jumpa Muzium Gopeng..

Nasib baik bukak! Masuk free aja...tapi sumbangan derma utk penambahbaikan nya di galakkan...

Sejarah Gopeng...panjang sejarahnya..

No Tin, No Gopeng..betapa pentingnya perusahaan bijih timah satu masa dahulu..

No Rubber No Job...terbayang juga kalau tiada getah di dunia ni...nak sarung apa kat tangan masa buat surgery? Kereta jalan guna tayar batu macam Flinstone? Lastik cicak guna apa? hahaha..

Kecik aja muzium nya..
Tapi penuh informasi...Gambar tak banyak aku ambik..nak tengok gambar, gi entry Dr Singa ni.

Sebelum keluar..

sign buku kedatangan  :)

Dari pekan Gopeng..
Kami tuju pula istana famous ni...


Tapi..
Waktu ni jam 1.30pm..
Panas berdenting!!
Kalau aku & wife aja berdua takpa..
Ni dengan hero hero kecik tu...dengan baby..
Idok le sanggup teman nak gigih panjat istana ni...

Jadinya...

bergambar kat depan aja...hahahaha...nanti korang dah besar sikit, daddy bawak ke sini lagi ok...dan bukan waktu tengahari panas berdenting!

at least, beli lah fridge magnet Kellie's Castle...keh keh keh..

Kalau tengok peta pelancongan kat Pusat Informasi Kellie's Castle tu..
Ada beberapa lagi tarikan utama berhampiran..
Gua Tempurung..Kapal Korek...
Tak sempat...masa amat mencemburui kami ..hahaha...
Dan fakta kami punyai anak kecil..tak sesuai nak ber adventure dalam gua..

Dari Gopeng..
Kami ke Taiping....


~ bersambung

33 comments:

  1. Masih klasik lagi Bandar Gopeng ni...
    Selamat bercuti2 ya Dr...:)

    ReplyDelete
  2. Doktor smlm saya lalu depan paip gopeng tu!!tapi tak singgah..mgkn bali nanti kami singgah termasuk ke kelli castle ni :)

    Insya Allah...kalo tak sempat saya guna la alasan ade baby panas gak!hahahaaha..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah rajinnya ke tempat begini. Saya di Ipoh ni pon tak tau ada macam-macam di Gopeng. Last pergi Gopeng masa kecik kecik teman mak beli tongkat ali dari orang asli Gopeng. Lepas tu Gopeng kena banned lama jugak. Takleh makan situ gara-gara kes santau mantau kononnya makan disitu bahaya.

    Kellies Castle pon tak pernah gi. Lalu depan je. LOL

    Menarik jugak tengok gambar

    ReplyDelete
  4. Ingat kot graffiti kakak jual petai tu akak yang sama jual air kelapa. hahaha

    ReplyDelete
  5. Akak sebulan sekali lalau dekat Kellie's Castle tu tapi tak pernahnya sempat singgah.

    ReplyDelete
  6. zaman2 belajar kat tg malim dulu, selalu gak ulang alik tg malim - ipoh dan lalu pekan gopeng. dalam pikiran dok kata, usang sungguh pekan gopeng. tak tau pulak sampai ada muzium..huhuhuh
    ~~chantek tandatangan zayyan :p

    ReplyDelete
  7. Doktor2 rakan blogger dah ke Gopeng. Engineer pencen ni pun nak ke sana jugaklah kalau mcm ni walaupun dulu semasa terlibat nak dapatkan CF untuk stesen minyak kulit kerang di Gopeng tu dah puas ke situ ….. ngeeee

    Kalau tak silap paip besar tu ada sebelah stesen minyak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seberang jalan dari stesen minyak tu..
      :)

      Delete
  8. paip besar Gopeng tu depan Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng. dulu zaman kegemilangan bijih timah, pekan Gopeng tu paling happening siap ada cinema tapi mati bila highway Plus siap..hehe

    ReplyDelete
  9. Gopeng!!! I tak ke Gopeng lagi.. best jg yer kat sana macam2 sejarah menarik wpun sempoi & kecil je museum dia, yang penting informasi yang sgt bermakna.

    Kellie's Castle tu pun I tak pernah jejak lagi.. haritu ada intention nak ke sana tp tak jadi sebab tak sempat .. might be nxt time InshaAllah nak pergi jg..

    ReplyDelete
  10. menarik! sesekali pergi tempat mcm ni bagus jugak.. belajar sejarah.. dari asyik2 jln dalam ekon je.. hahhaa..

    ReplyDelete
  11. Banyak juga tempat menarik untuk dikunjungi di Bandar Gopeng ni ya. Saya pun tak pernah sampai lagi. Kesian. Eh, kenapa tak suka ke selatan? Best apa.... (dah namanya kampung halaman sendiri kan mestilah best sesaja!)

    ReplyDelete
  12. aku anak jati Perak ni pon tak pi ke situ lagi doc... haha. chait !

    ReplyDelete
  13. hehheheee...
    depa tak heran pun paip tu kan!!?
    saya pun 'ter'jumpa hari tu.. Kat jalan besar nak keluar ke Tol .. kalau dari pekan.. belah kiri, berdepan dengan Shell
    Yang paip kat jambatan gantung tu.. kat Kampung Sungai Itek.. jauhh masuk dalam.. jalan kecik..

    Oit!! Pesal saya ter-miss MakCik Jual Durian tu!!! Alohhh !!! Rugi !!!

    Samaaa je pesen Dak Zayyan senyum!!

    Kapal Korek tu kena pergi.. Gua.. tak payah lah..

    Saya pun beli fridge magnet yang sama!!!!! hehheeehe

    ReplyDelete
  14. suka tengok grafitti tuh...mcm real jer ngan bangkunya..hehe

    ReplyDelete
  15. uishhhh tak sangka Gopeng happening gak...
    menariks ni...
    dapat lak model2 comei comei belaka...
    bertambah-tambah menarikkkkkk nak menyinggah...
    harus terjah bebila balik kampung ke utara...

    ReplyDelete
  16. cantiknya grafiti tu mcam kat peneng..
    teringin nak ke kellie's castle tu, harap-harap sampai la nanti :)

    ReplyDelete
  17. Jln2 perak no!!! Heheheheh....best jugak eh jln2 gopeng ni. Mcm takde pape tp sebenarnya, byk benda boleh jln2.

    Tapi np tak suka jln Melaka, N9 ngan Johor? Bosan eh?

    ReplyDelete
  18. Saya pun pernah beberapa kali sampai ke Gopeng atas urusan kerja. Panas berdenting juga setiap kali sampai. Dan ada sekali tu, tengah bawa Adam 8 bulan dalam perut. Aduhaiii...

    Oh, Zayyan nampak happpyyyyyyyy sangat. Syabbassss betta

    ReplyDelete
  19. menarik la graffiti tu..ada gak kat gopeng rupanya..

    istana tu mmg tak payah masuk kalau bwk anak kecik, struktur dalam dia bahaya. Lagi2 kat atas sekali, takde tembok. Bagi saya, takde apa pun situ, bangunan tak siap. Cuma cantik utk fotografi sbb bangunan lama.

    ReplyDelete
  20. Salah satu negeri yg kakak kurang explore ni. Tak sangka banyak khazanah yg kena tahu.
    Zayyan dah makin pandai posing kakak perhatikan:)

    ReplyDelete
  21. wa ritu g kellie's castle tu pun just tgk dr parking je...mls nak jalan..hehehehe

    ReplyDelete
  22. eemm.. masih sempat lagi nak buat siri jelajah sebelum anak2 masuk sekolah ni.. ;)

    ReplyDelete
  23. dah lama teringin nak ke sana..syok jgk jln2
    ..blogwalking..jemput ke blog saya
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. Banyak tempat2 menarik kat gopeng yer.

    ReplyDelete
  25. Mcm best la plak tgk korang pi sini. Blej dipertimbangkan lawatan sambil belajar ni.

    ReplyDelete
  26. Aku pun pegi kellys tu baru baru ni dan jenjalan di jalan luar gopeng tu...mgkin pd hari yg sama dgn dr singa kut kalau tgk date blog dia tu...tp aku belum sempat nak post kat fotoblogaku.

    ReplyDelete
  27. macam best je muzium gopeng ni...as usual..i kan minah muzium..one day mesti nak pegi. pusing perak tak abis lagi. btw, gua tempurung best..sesuai utk nature lover..last pegi tak masuk habis...ada 3 level kalau tak silap.

    ReplyDelete
  28. tak beli lebih ke FM nya tu ? bestnya grafitti 3D tu :)

    ReplyDelete
  29. Kalau ada peluang, memang berhajat sangat nak ke Kellie's Castle - nak interview jin2 yg bersemadi di situ....!

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum DZ

    saya belum sampai lagi kat sana....

    ReplyDelete
  31. Pekan tempat lalu lalang akak kalau balik kampung ikut lebuh raya... kena singgahni baru tau der gambar graffiti... mesti kena singgah nanti... alo rugi lhooooo... muzium gopengtu pernah tengok kat rancangan sarapan kot....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...