Sunday, November 3, 2013

Z Wrap !

Usai berlari berbasikal bakar 600 calorie before lunch tadi....
Keluar gym.. jalan jalan...nampak iklan G Wrap.

Daging ayam yang di grilled enak, di sumbat dengan sayuran segar tomato, salad dan kobis ungu..di curah aioli sos..semuanya di bungkus rapi dengan roti tortilla ...Ngappppp..memang sedapppp, rasa fresh ( ikut tekak aku naaa)..Tak macam lain2 beger mekdi yang aku dah muak makan..;P

Bakar 600 calorie..
Masuk balik berapa calorie? hahaha...
Takpe...at least G Wrap ni a much healthier option nak banding makan beger yang dagingnya di deep fried..penuh dengan trans-fat. 

Sebagaimana sandwich Subway boleh kita home made-kan( kat sini)...
Maka G Wrap ni pun, pasti boleh!
Chicken thigh? Boleh beli..
Roti tortilla? Melambak kat Tesco..
Sos aioli? Boleh buat ( bukan aku buat la...wife aku buat..hahaha)..
Tunggu lah kemunculan Z Wrap nanti...bahahaha..

Setiap kali aku makan kat mekdi ( atau lain lain outlet fast food)..
Mesti aku terfikir...mesti otak aku ligat fikir...

1- kenapa majoriti, almost 95% pekerja di outlet nya, budak Melayu kita? Kerja nya teruk ( diri lama, nak ngadap karenah customer, kena maki dgn supervisor berlagak)..gaji nya kecik sangat..Mana gi budak muda Cina? apa budak muda Cina buat? mahu kah mereka kerja dgn kerja macam ni? jangan salah faham ya, aku bukan pandang rendah/hina kerja mekdi ni..apa yg aku cuba sampaikan ialah, mentaliti budak muda Cina ( or bangsa Cina secara am nya), akan buat kerja yang lebih berbaloi, yang mereka boleh timba pengalaman, lama kelamaan, buka perniagaan sendiri.

2- kita dah di jajah minda nya oleh Barat. Makan makanan barat. Makan beger. Makan french fries bukan Benut Banana Fries...  :P  Tapi tang sikap/mentaliti, susah betul nak dijajah. Maksud aku, cuba korang duduk 1/2 jam kat mekdi. Perhatikan berapa % yang lepas makan, akan angkat tray ( dan segala sampah dlm nya), pergi ke tong sampah, buang sampah, dan pulangkan tray itu ke tempat susunan nya. Sikap sebegini mmg biasa di negara maju, kalau korang makan kat oversea, mmg nampak sikap macam ni. Orang kita akan bagi alasan pulak...." alahhhh..kan dah ada budak kerja angkat tray lap meja tu semua".. Betul...Tapi dari satu isu kecil macam angkat tray lepas makan, sebenarnya boleh menterjemahkan sikap kita..Jenis dedikasi kah kita? Jenis bertimbangrasa kah kita? Jenis selfish atau tidak kita ini?

Ok lah..
Nak tido jap..
Gi la try G Wrap..sedap  :P

20 comments:

  1. tak nafikan supervisor kt mkanan segera eksyen :P
    sy ada pengalaman kerjasama dgn diorg.

    ok.nak try g wrap nih nnt hehe

    ReplyDelete
  2. akak pun pernah terfikir benda yg sama...kenapa semua budak melayu??
    Di resto Jepun pun angkat tray sendiri...kita je belum...aduhaiii
    nampak nya kita yg kena mulakan dulu doc :))

    ReplyDelete
  3. best..best...hakikatnye di private sector, memang cina yg konker...kalau kat melakala...neg lain sy x tau...tu sebab malay banyak x de keje n keje di fast food....juz my 20 sen

    ReplyDelete
  4. haha at ;least bakar jg 600 calories.. daripada hilang 200gram lemak macam I hari tu.. hahahaha
    eh smlm br makan mcd tapi tak kepingin plak nak try g wrap ni.. sok sok nak try jg lah ;)

    ReplyDelete
  5. haha...dah lama stop mekdi
    tapi ttp nk komen kat sini...pasal mentaliti

    anak muda kita,
    dah biasa dgn buat keje biasa2 jer
    apa adanya takut nak berubah sbb takut kalah
    seram sgt nak main cuba2 bende yg boleh dtgkan wang dan pahala...sbb takut org mengata.
    keje kat mekdi, nampak je payah tp indah
    makan makanan kesukaan hari2
    sampailah jelak baru berhenti.

    mentaliti lagi...
    nak tengok anak muda kita angkat tray lepas makan?
    mak saya kata....KEM SALAM!
    nak tengok anak muda kita masukkan kerusi semula lepas makan?
    pak saya kata....JGN NAK MIMPI

    so....kita ni yg bangka kenalah tunjukkan budi pekerti yg tinggi. biar nampak jelik di mata, tapi akhirnya mereka ikut rasa hati...buatlah tu akhirnya nanti.

    ReplyDelete
  6. Budak Cina nak jadi dealer stesen minyak atau kerja2 yg sewaktu dan mencabar seperti itu. Budak kita dapat kerja kat mekdi tu dah rasa bertuah. Kena pulak terpengaruh dgn iklan Nasir yg boleh jadi supervisor mekdi tu ….. huhu

    ReplyDelete
  7. glamour kot keja mcd/kfc ni...
    bab angkat2 tray ni tak pernah nampak lglah pelanggan buat...akak pun tak pernah buat...setakat susun2 sisa & bekas2 atas meja lepas makan tu selalulah buat.

    ReplyDelete
  8. pertama kali kawe makan kat mekdi japan....terkejut sgt kawe...bila customer kena angkat tray n sampah sendiri......dasat

    ReplyDelete
  9. budak cina buat sales 'gores dan menang'...

    ReplyDelete
  10. dah terlalu lama tak makan Mekdi.. kalau wrap ni biasanya Chef CiJu yg buat..peas hati we all..

    mentality Melayu mmg pelik.. benda yang ilmiah memang susah nak digest.. kalau hiburan, sure cepat je..

    ReplyDelete
  11. Biasa yang saya jumpa, tinggalkan meja bersepah dgn bekas makanan :( tu tak masuk susun balik kerusi.. memang biasa berlaku..

    ReplyDelete
  12. Anak dara saya lagi teruk. Dok ngadap lappy di rumah, then call McD delivery hantar sampai depan pintu rumah. Aduhaiii

    ReplyDelete
  13. Hahaha.... kira bakar dulu baru tambah la tu....

    ReplyDelete
  14. Mula-mula, nak cite psl G-Wrap. G-Wrap tu ayam dr GCB kan doc? Fav sy tu tp bila preggy, sy kalah dgn fast food. Pas mkn, mst heartburn teruk. Sobs...sobs....gudbye GCB, G-Wrap n whatever la....sobs...sobs...

    Pastu nak cte psl budak2 Melayu yg suke keje kedai fastfood. Mmg pelik bile anak muda Melayu suke keje bhgn customer service ni walaupun tak thn lyn kerenah customer (tu yg jdk kes gaduh dgn customer & etc.). Gaji pun murah (Minimum RM900). Tapi tak pelik nape belia Cina tak suke keje kat fast food ni. Apa yg sy pasan, diorang lg suke keje sumting yg boleh develop skill. Mcm pomen or technician. Kotor mcm ne pun, diorang sgp jdk hamba abdi kat workshop. Lama2, jdk tauke. Gaji jdk pomen bukan sikit2. Lagi2 tauke Cina suke tlg anak mudanya sendiri. Org kite? Puiiii!

    Last sekali, bab angkat tray n buang sampah sendiri dlm tong yg ade. Cube pergi Ikea. Bangla2 kat situ dah tak terlarat nak angkut tray yg penuh dgn sisa mkn customer. Sgp tgu bangla dtg kemas meja. Takde inisiatif sendiri. Apakah? Kami sendiri bile dpt je meja, angkat segala sisa yg ditinggal previous customer berlagak diva. Meja pun lap dgn tisu sendiri. Fast food pun mcm tulah. Ambik inisiatif sendiri. Penat oo budak2 tu mengemas meja, mop lantai dan segala bagai. Gaji bukan besar mcm menteri. Kecik2 anak!!!!!!!

    Sekian.

    ReplyDelete
  15. pendapat sy la...ramai bdk2 melayu suka keje kt mekdi, kepsi dan seangkatannya sbb x nk berpeluh then pastu nk nmpk kemas je..yelah pakai uniform...ekekekkee

    ReplyDelete
  16. uncle nak mintak kerja delivery mekdi... baru thrill...!

    ReplyDelete
  17. dah lama gila tak pergi makan mekdi...

    ReplyDelete
  18. Orang dekat malaysia ni paling kuat pun saya rasa just susun elok2 sampah dalam tray tu. Lepas tu tunggu pekerja mcd bersihkan.

    ReplyDelete
  19. sedap ye...nanti nak try
    alah, budak melayu kita bukan nak kata apa, dulu aku niaga, derang sanggup keja kat mc d, walau gaji rendah dari gaji restoran aku offer....katanya tak glamour....selamba je dia ckp kat aku gitu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...