Tuesday, November 26, 2013

Kisah Seorang Bangla Badan Berbau

Semalam org keja gomen dapat gaji..
Ada kawan wife aku mengeluh, gaji nya masuk lewat sehari..
Ye la..banyak komitmen nak bayar itu ini..mana tak mengeluh...

bak kata kawan aku, " duit kepok kepok ni, setiap bulan tumpang lalu aja dalam wallet / akaun bank"...:)

Gaji lewat masuk sehari kita dah mengeluh..
Ni aku nak cerita pasal patient aku ..

Seorang Bangla, kita namakan Remy la ya.
Remy mai klinik dengan kawan dia, kepala lebam lebam, belakang badan berbirat birat.
Kisahnya, si Remy kena pukul.
Remy mai klinik siap bawak report polis...aku pun baca lah report polis tu..

Al kisahnya..
Remy dah 2 bulan kerja tak di bayar gaji.
Bukan kerja ringan2 duduk dlm opis ber ekon..pukul 9.30am boleh keluar makan nasik lemak ya..
Kerja berat..kerja kotor...kerja berpeluh peluh..

Remy mintak haknya..
Jumpa lah supervisor nya, seorang Indon..kita namakan Dhani..
Dan si Dhani punya pembantu, seorang Bangla..kita namakan  Aaron..

Bukan sahaja tak dibayar gajinya bila dituntut..
Si Dhani & Aaron berjemaah pukul si Remy..
Pukul siap guna kayu..

Memang aku sedih masa baca report polis tu..
Remy tiada keluarga di sisi untuk luah perasaannya..
Remy tiada keluarga untuk bantu dia yang dah 2 bulan ikat perut..
Remy tiada keempukan tilam, ke sejukan ekon di rumah..tak macam kita..
Remy di belasah oleh warga se-Bangla dengan nya yang lupa diri bila dah 'maju'..

Remy pinjamlah wang dari kawan kawannya, banyak mana lah kawan2 yang seangkatannya boleh membantu..
Kita yang ada sokongan keluarga, yang ada rumah selesa, yang ada kereta...mengeluh bila gaji lambat di bayar sehari..

Bayangkan apa yang si Remy rasa..
Aku malu dengan tuhan lepas Remy keluar dari bilik konsultansi..
Aku malu sebab betapa banyak aku lalai..betapa banyak aku tak berusaha tambah amalan dan berbuat baik sesama manusia, sebagai tanda syukur aku atas terlalu banyak nikmat yang aku perolehi selama ini..

Ya..
Dari kisah seorang Bangla yang badan berbau..
Datangnya hidayah Tuhan..
Datangnya peringatan Tuhan..
Buat yang mahu berfikir.

38 comments:

  1. doc, aku pun terasa insaf. walaupun aku tak merungut secara kuat-kuat tapi dalam hati tetap ada juga rasa tak puas hati. pendek kata ada aje la hal nya yang tak puas hati.

    kepada si Dhani dan Aaron aku harap mereka insaf segera. sebab mereka pun bukan PR kat sini. so jangan nak ek la ye.

    ReplyDelete
  2. doa orang yang teraniaya makbul
    insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Semoga Remy dpt blk gajinya yg merupakan hak dia dan kes2 camni memang menginsafkan kita bukan buat seketika.

    ReplyDelete
  4. tetiba sy teringat kat ex-maid dak aisy.

    kitorang byr gaji la tapi...cuma kes lain...xsampai hati sy nak cerita -.-*

    ReplyDelete
  5. Sedih saya baca entry ni..betul tu kita patut bersyukur dgn apa yg kita ader..dan jgn banyak merungut...kesian dgn siremy ni kerja penatelah duit takder huhu..moga dia dimurahkan rezeki...

    ReplyDelete
  6. Dia orang ni banyak yang teraniaya.. ada yg majikan aniaya, ada jugak macam kes Remy, ada yg kena pau dengan pihak berkuasa..
    kita beruntung cari rezeki kat negara sendiri, ada keluarga ada support.. pernah dengaq rungutan budak2 kita yg bekerja di Dubai pasai layanan buruk kat depa sedangkan depa dihantaq oleh syarikat pi kerja sana...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah..insaf2..tak dapat shawl kat pasar malam dah merungut.apatah lagi si remy tak bergaji 2 bulan..sobs..sobs..
    kadang2 kita ni memang alpa kan doc..dh biasa senang, bila datang ujian sikit mula la nak merungut 24 jam

    ReplyDelete
  8. Doc...kesiannya...tp tu la...ada gak bangla2 ni yg jd mangsa kan..dicaci hina padahal mereka mencari rezki. .x di byr gaji plak...xde otak betul bos dia...

    ReplyDelete
  9. Sdeynye cerita... Selalu2 lah amalkan sikap rasa cukup & syukur sebelum complain apa2 kan, hu3...

    ReplyDelete
  10. kesian kat remy...moga dhani & aaron segera di hukum...(hantaq balik ja..eksyen sgt)

    ReplyDelete
  11. org gomen ni mmg kuat komplen,

    padahal kerja diorg ala kadar je... banyak minum2 n borak2.

    ReplyDelete
  12. Teringat kisah seorang sahabat yang di dalam keadaan sangat terdesak diselamatkan oleh seorang Mat Bangla...Terima kasih Mat Bangla: http://mycuteshoppe.blogspot.com/2013/09/mulia-sungguh-hatimu-mat-bangla.html

    ReplyDelete
  13. kesian mat bangla tu, ..ni kes majikan menganaya pekerjanya...*depa pon manusia jugak..

    ReplyDelete
  14. DaddyZ, duit kepol kepol siap berikat tu nak sedekahkan ke? ...sbb nak kaitkan dgn entri ni...

    ReplyDelete
  15. kesian kat Bangla tuh , memang besar cabarannya kerja kat negara orang nih...huhu

    ReplyDelete
  16. Bangla pun manusia juga..nak aniayai org...lambat laun pembalasan Allah tetap ada

    ReplyDelete
  17. apesal bagi nama remy dengan aaron..tak puas ati nih! haha...
    daddy zz, begitulah realiti kehidupan warga asing. saya boleh kata tiap2 hari dah tengok realiti kehidupan diorang ni. di saat kita mengutuk kedatangan imigran, ketahuilah..diorang ni pun ada susah payah yang dilalui. kadang2 tu datang secara halal..ada pas kerja dsbnya...tapi masih takut dgn pihak berkuasa (yang ambil kesempatan memerah wang hasil titik keringat depa). ini realiti. bab kena pukul..cedera kat site..memang tak perlu cerita, dah jadi rencah hidup. kesian jugak kat depa doc. kita hidup ni senang lenang..keja tak payah dok tengah panas, tak payah angkat besi kayu berat.. pun merungut jugak...self-reminder jugak untuk saya. tq for this entry..

    ReplyDelete
  18. Kesian kan? Depa mai tempat kita kerja 120% bagi komitment tak reti curi tulang. Org kita kerja sikit rehat lebih (entahlah).

    Hidayah itu juga datang dlm pelbagai cara cuma sebagai hamba kita sedar atau tidak.

    ReplyDelete
  19. Eka kan doc, selalu kesian dengan orang bangla yang keje2 berat, panas2. Tengok muka diorang, sayu hati.

    Ada sekali, eka kat seremban kot masa tu, balik dari JJs2. Masa kat tepi jalan, eka nampak dorang berdoyon2 berbaris panas2 terik tu. Bawak mangkuk tingkat. berpeluh2. Allah kesiannya. Bangla pun manusia, cari rezeki jauh2 kat negara kita ni.. Hamba allah sama mcam kita.
    Kesian remy.

    ReplyDelete
  20. 1stly... hoiiii kemain glems nama2 indonbangla diatas.. mcm artis kau!! hahahaha..

    Bila I baca kisah diorang ni, terasa keinsafan diri dibuatnya.. kesian, dah lah dendang perantau, dianiaya pulak dinegara org.. cuba kalau kita ditempat mereka??!!! sedangkan semalam baru dgr cerita pasal rakyat msia jd hamba dilondon pn kita rasa simpati, apatah lagi bangla yg badan berbau tapi yang hanya seorang manusia biasa yg perlu hidup seperti semua org.. sian dowh.. simpati dibuatnya.

    2ndly.. Bagus jg jadi Doc ni kan.. directly boleh jmpa dgn pesakit yg bermasalah & bermacam ragam. dah macam Dr. Fadilah La Li Tamplom pulek.. muahahahahahahahhahahhaha.. betapa mulia nya kau seorang Doktor.. :))

    ReplyDelete
  21. =(

    Entri ni bt hati sy rs sayu. Menginsafkan juga dan membygkan kesusahan Remy tu....

    ReplyDelete
  22. uwaa...sedih baca kisah ni....
    tak kira lah Remi berbangsa apa..tp yg pasti setiap manusia punya hak utk dihormati dan tidak diperlakukan sesuka hati... semuanya makhluk ciptaan Allah...tiada beza....:(

    ReplyDelete
  23. salam DaddyZZZ...
    kalau saya lah saya akan "siasat" sejauh mana kebenaran/kesahihn cerita "Remy" tu ... kena dapatkan cerita daripada "Aaron" dan "Dhani" juga ... sebabnya pak encik selaluuuuu "sakit kepala" dengan pekerja2 kategori remy dan dhani ni ... diorang ni "banyakkkkkk aakal" sangat ...

    ReplyDelete
  24. aku jua terasa malu...
    malu dengan Allah...
    terasa bahawa diri ini "tak sedar diuntung"
    tq daddyZZZ

    ReplyDelete
  25. Kasihan Remy...dtg mencari rezeki yg halal..bangsat sgt kawan sebangla dgn dia tu dan siindon itu kamu juga merantau sama
    jgn kejam itu macam maaaaa....

    ReplyDelete
  26. saya agak bersetuju dengan mak encik.. memang simpati dia kena pukul sampai begitu.. tapi kadang2 hobi diorang memang bergaduh.. tapi yg setau saya.. bangla ada sikit lebih baik dari jawa indon.. ni ayah saya cakap la..

    ReplyDelete
  27. sedih, nak nangis lak terasa..apa pun bangsa kita, kita tetap seorang manusia kan..

    ReplyDelete
  28. sedih baca kisah ni...
    kkdg kita lupa nak bersyukur...
    kisah camni lah yg mengingatkan kita semula.....

    ReplyDelete
  29. Moga dia dapat balik hak dia dan moga dia cepat sembuh hendakNYA.

    ReplyDelete
  30. sedih jadi ingatan pulak buat kita bila baca n3 ni !

    ReplyDelete
  31. Eh, sedih pula baca pasal Remy ni! Memang betullah kita ni selalu sangat alpa. Kalau tak diingatkan sekali sekala memang leka aje memanjang. Remy tak dapat gaji dua bulan pun leh survive takkanlah kita gaji lewat sehari tak leh survive? Oh, alahai...kesiannya kita!

    ReplyDelete
  32. Bangladeshi & Nepali adalah dua kaum yg sangat rajin, ikhlas bekerja & for bangladeshi most of them are practicing muslims as compared to Indonesian yg sangat keras hati dan selalu tak jujur bila bekerja. Memang banyak kes mereka dibuli. Tak perlu kita nak selidik siasat ke apa. It happens. And i think if Bangladeshi women are sent to work in Malaysia as maids, they are much much better than those Indonesians. Just my 2cents.

    ReplyDelete
  33. menginsafkan, memang kita selalu lupa bersyukur dengan apa yang diberikanNya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...