Monday, November 11, 2013

Kayu 3

Di datangi seorang pesakit..
Wanita..tua 2 tahun dari aku..
Masih cantik, menawan, bergaya..
Seorang pramugari..
Patut lah cantik  :)

Duduk aja di kerusi pesakit..
Tak semena mena..
Terus menderu deru air matanya mengalir..
Teresak esak..

Aku?
Aku kaget la kejap..
Kenapanya ni?
Aku pun hulur lah ' shoulder to cry '...mendengar apa kisah sebenarnya..mana boleh hulur shoulder aku betul betul..hahaha
Tissue pun aku hulur...buat lap air mata  dan juga hingusnya  :P

" Saya tertekan doc..maaf saya broke into tears depan doc"
" Hari ni, saya dapat tahu suami saya ada affair dengan perempuan lain!"
" Dah la esok our anniversary!!"
Dia terus bercerita, sambil makin menderu deru air matanya..

Aku hairan la juga..
Cantik macam tu...tinggi..langsing..
Suaminya masih nak buat affair..
Masih nak main kayu tiga..

Moralnya..
Para lelaki/suami yang baca entry ini..
" Berterus teranglah dengan isteri anda kalau anda dah jumpa girlfriend baru".
Jangan buat affair...

Dan kepada para perempuan/isteri yang baca entry ini..( ramai tuuu...aku tahu member blogger aku ramai pompuan..kui kuu kui)..
" Bersyukurlah kalau suami anda jenis yang berterus terang bila dia kata dia nak menikah satu lagi...at least dia tak buat affair"  :P
" Cuba lah redha"....kalau boleh..:P

Aku tulis entry ni bukan nak buka pekung pesakit..
Cuma kita belajar banyak dari kisah orang lain..
Yang boleh kita jadikan tauladan..iktibar...

buah hati pengarang jantung saya...my best friend..my soul...tak mau tengok dia nangis...so jangan buat affair  :)


50 comments:

  1. err..berkesudahan dpt MC ke pramugari tu?hehehee..

    ReplyDelete
  2. hurmmm benda nak jadi bukan kira ko cantik tu tak cantik kann DZZZ.. ini semua dah tertulis.
    Walau mcm mana kita jaga baek laki kita pun if its happpened, kita tak boleh nak elak ketentuan Allah.

    Kepada para suami, sila lah hargai pengorbanan isteri, cintailah isteri anda.. ingat lah macam mana dia mengandung & beranakkan anak kau yer sang2 suami hehe (dah mcm doctor love pulek kak jah ni) muahahahhaa

    Ecececehhhh kemain romantic plak gmbr bawah tu.. hehehe Tahniah DZZZ kerana menghargai isteri anda =))

    ReplyDelete
  3. Haah... nak tanya juga, dapat cuti la...atas sebab murung.?

    ReplyDelete
  4. cantik tinggi muda bukan ukuran untuk tidak dicurangi oleh pasangan..
    berterus teranglah walaupun ianya pahit..
    ikhlas dari prof muhana aka cheqna hahahahaha
    malas nak sign in weh

    ReplyDelete
  5. So sweet doc n wife.

    doc, pe cite pramugari itu? demam ke dia? heheh

    ReplyDelete
  6. dah macam gi jumpa kaunselor plak hehehe sebenarnya pramugari tu nak mc eh?
    sweet gambar bawah tu:)semoga kekal hingga ke akhir hayat.jangan buat affair k

    ReplyDelete
  7. susah gak jadi orang cantik nie

    ReplyDelete
  8. kesian pompuan tu... cantek2 pun dipermainkan...

    ReplyDelete
  9. apa2 hal ur wife sgt cute.
    kalau u ada affair... aku akan tolong mommyzzz angkat parang.

    kah2.


    .

    ReplyDelete
  10. apasal dia ke klinik doc? Sepatutnya jumpa pakar psaikologi ke?

    ReplyDelete
  11. Ish...redha dlm keterpaksaan tu mungkin la kut...manusia biasa saje sy ni...sikit sbnyak...sakit hati juga...!
    Kesian dia...cntik2 pun...asben main kayu 3....hati perasaan...mmg x dpt nak dipaksa pun sbanrnya...

    ReplyDelete
  12. aku tolong kau cari parang Tas !!

    hahahhaaa!!!

    ReplyDelete
  13. jadi pakar motivasi rumahtangga pulak ye

    ReplyDelete
  14. Susah nak baca lelaki ni, bini cantik pun ada affair kat luar tapi spt biasa kita hanya menilai dari luaran dalamnya hanya mereka yang tahu.

    Teringin nak tahu cerita selanjutnya....ahahaaa...

    ReplyDelete
  15. pesanan kpd perampas laki org tu jugak...
    ingat...merampas mmg sedap..
    esok lusa org lain pulak rampas bru tau...
    lelaki mmg suka melayan...bertepuk sebelah tngan takkan menjadi..

    pokok pangkalnya.....hati..

    ReplyDelete
  16. sebenarnya dia sakit apa jumpa doc tu...

    ReplyDelete
  17. Skrg ni, doc pun dah blh jd kaunselor ke hapa? Hahaha..

    tp betul..bnyk iktibar yg blh kita belajar dr kisah org. So doc..jgn blajo2 nk curang!!

    ReplyDelete
  18. ni macam kes silap jumpa doktor je...

    ReplyDelete
  19. Romantik yer doc..suami i pon jenih bterus terang tp x ler smpai nk cr lain..:)

    ReplyDelete
  20. hehehe bersyukurlah kalau dah dpt isteri yg setia kan doc...

    ReplyDelete
  21. masaelahnya... ape penyakit dia..?!.. ;p

    ReplyDelete
  22. Salam doc..
    memang kesian pesakit wanita itu.
    kita takde kat tmpt dia.. tak rasa mcmana kena khianati suami tercinta.

    mesti hidup dia rasa tak bermakna tu kan..
    doc kasi mc tak? sbb sakit dia alami lagi sakit dr org yg demam kot..

    ReplyDelete
  23. macam salah jumpa doctor je ni..patut jumpa psikiatri..tp maybe dia nak mintak mc..emosi tak stabil nak pergi kerja..kesian perempuan tu..dah nasib agaknya..yg menghuru-harakan pun perempuan..susahlah nak cakapkan..

    ReplyDelete
  24. ..wah..mudahnya wanita yg punya masalah keluarga bercerita kpd laki orang, isteri aku pesan doc ..jgn cuba mengheret diri dlm masalah org lain lagi2 masalah rumahtangga depa. mungkin dia takda ketenangan, keamanan, ketaatan dlm hidupnya.

    pendapat aku, ketenangan itu hanya ada bersama ketika kesendirian, rasa aman itu hanya ada bersama tindakan ketaatan, cinta itu hanya ada bersama penetapan janji dan kepercayaan itu hanya ada bersama kejujuran.

    ReplyDelete
  25. abg doc, saperlar X sayang bini, tapi ade kann., kannns ;-p

    ReplyDelete
  26. Kisah affair ni bukan saja suami, isteri pun sekarang dah sama naik. Pernah baca satu kajian di Singapura peratusan peningkatan isteri curang semakin meningkat di negara itu melebihi peningkatan suami curang.

    Dalam soal curang ini, cantik dan hensem bukan ukuran. Ada suami yg isteri cukup cantik tapi masih nak cari wanita lain yg rupa bagai langit dengan bumi dengan isterinya. Sebab mengapa dia cari wanita lain yg kurang dari segi paras rupa berbanding isteri?

    Kata seorang kawan (nakal tak bertempat): "Makan daging hari2 pun jemu juga, sesekali nak makan juga ikan kembung!"

    Cisssssss....

    ReplyDelete
  27. Ermm...tu la cantik bukan ukuran..nasib nak bt cemaner kan...banyak2kan berdo utk kebhgian suami isteri...dan dijauhkan dengan masalah curang mencurang ni...sedih tau....romantik gitu doc n wifey...

    ReplyDelete
  28. Patutnya dia jumpa pakar rumah tangga kan...huhu
    Ni boleh dijadikan pengajaran kepada mereka yang bergelar suami isteri kan...setialah kepada pasangan masing2
    Tapi doc apa sebenarnya sakit dia?? hehe

    ReplyDelete
  29. last2, pramugari tu mintak mc free kn bro..

    "permainan aku, ko nampak tak??!!" kata si pramugari

    haha

    ReplyDelete
  30. dia tak citer ke camne dia bleh tahu hubby dia ada affair?

    ReplyDelete
  31. Uikk..kita pun setia oooooo......apa brg affair2 ni.....ahakz

    ReplyDelete
  32. cantik tak semestinya sempurna segala ececeh... sweet romantik doc n wife..suka!

    ReplyDelete
  33. Habes tuh laki ade affair gie jumpe doktor..ade kaitan ngan sakit ker...selain sakit ati..hehehe..
    cantik langsing tak janjikan kebahagiann..yg penting kasih sayang n keserasian..btul tuh drp ade affair, terima jerlah laki nak kawen lg...hehe

    ReplyDelete
  34. Soalan yang sama dengan Mrs.Eady.. dia dapat MC ke doctor.. ? hehehe..

    psstt: Moga doctor dan wife kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. begitu juga kita semua.. amin.

    ReplyDelete
  35. Hargai la sementara ada....jgn jd mcm SA dahdi buang lama tetiba bila SA dh stabil...mintak rujuk balik...hahaha...mmg x la kan...

    ReplyDelete
  36. Sblm komen ape2, sy suke sgt pic doc n wife tu. Sweet sgt!

    Bgsnya doc ni. Selain merawat pesakit, at the same time boleh dijadikan tmpt meluah perasaan. Pompuan tu mmg regular kt klinik doc ke? Sbb die ok je meluah masalah die kat doc.

    Susah nak redha klu betul2 jdk kat sy. Entahlah doc. Sy ni manusia biasa. Lemah sesaja. Klu betul jdk mcm ni, mohon dilepaskan. Bukan sbb tak sgp dimadukan tp ......sy je tau knp. Tak yahlah cite. Kuikuikuikui....

    ReplyDelete
  37. Lor jumpa doc cuma nak luahkan perasaan je ker.. adess.. dpt mc ker.. tuh.. :)

    ReplyDelete
  38. aiiyoook saya tak tau nak respon mcm mana andai disaster ni terjadi dalam hidup saya
    tak mau laaaaa :-(

    ReplyDelete
  39. yo ler tertanya2 sakit apakah si cantik manistu..
    moral of the story ... jangan habiskan duit beli barangan untuk cantik ...
    kalau dah suamitu nak cari lain ada dia kesah kita cantikpun... ha.. ha..

    ReplyDelete
  40. Mesti dr terkejut kan tetiba je dia nangis..

    ReplyDelete
  41. Ooo, gitu kesahnya. Kesian dia. Semoga dia dapat jalan penyelesaian yg terbaik untuk diri & perkahwinan dia.

    ReplyDelete
  42. Ksiannya....
    Mungkin dah tak tertanggung sangat la tu...

    ReplyDelete
  43. jgn sangka isteri cantik cun melecun suami tk main kayu tiga..kdg yg kayu 3 tu bukan lawo benar pun..huhu

    ReplyDelete
  44. hahahaha.... Doc, tadi baca news, lelaki boleh tak payah minta izin isteri kalau nak menikoh satu lagi. tapi....kena belajar english dulu. kalau 1 = MAMPU. kalau ramai kenalah tambah 'S'

    dah hulur shoulder. ...pandai plak cover yea Doc. tepek pica dia ngan jantung hati sebagai bukti lelaki sejati....kihkihkih

    jap nak baca sambungan kat atas plak.

    ReplyDelete
  45. Salah jumpa doctor ni. Patutnya jumpa doctor kaunseling. Ni dah sakit hati sangat ni.

    ReplyDelete
  46. Terconfused kejap mengapa dia jumpa Doc dan meleleh-leleh air mata bercerita. Sememangnya dia perlukan a shoulder to cry on ni (teringat pulak lagu Tommy Page yang satu)

    Lelaki kalau nak ada affair, memang tak mengira sama ada isterinya cantik bergetah, ramping ataupun baik. Tapi kalau dapat isteri garang, lelaki ada takut sikitkan Doc nak buat affair tak tentu pasal :D

    Perempuan pulak tak kisahlah ada secret affair ke atau nak berterus terang tak sayang kita lagi, haruslah menangis menderu-deru macam air hujan dan tak mudah nak terimalah kes cam ni...Selected ones aje kot yang mampu sebab mereka memang nampak payung emas yang kita-kita yang emo berlebihan ni tak nampak!

    ReplyDelete
  47. Saya pernah ada officemates yang di paksa MC oleh seorang doktor panel kami sebab dia migrain sebab stress dengan boss dia. And paling x best, dia tengah pregnant. So yes, GP pun ialah pakar psikologi. Sangat best bila ada doktor GP yang mcm ni...hehehehe. Eh, saya orang HR ekk...adehhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...