Tuesday, November 12, 2013

Kayu 3 - Episod 2

Tu diaaaa...
Ada episod 2 pulak..hahahaha..

Sebab ramai sgt yg tanya kat entry semalam..  :)
Meh la aku jawab..

1. Dia nak MC ke?  :)
OK...masuk2 jumpa aku aja, mmg dia terus merebeh rebeh nangis macam aku ceritakan semalam...Dan mintak MC 2 hari, sebab 2 hari tu nanti dia ada test..dan dia tak mmg tak boleh perform...sebab tak boleh nak study..jiwa kacau...husband buat affair kan...So aku bagi tak MC? 
Aku bagi   :)   Nanti....nanti...jangan terus buat spekulasi ala ala Melodi TV3 okehhh aku mudah sangat nak issue MC...keh keh keh..baca seterusnya...

2. So dia sakit apa sebenarnya? Dia sakit ke?
Lepas dia bercerita tentang masalah peribadinya dan requested MC..dia ada cakap dia flu..dia tak sihat....Bila aku periksa, mmg ternyata dia demam, tinggi demamnya...38.6 degree..Jadi dia mmg sakit...

3. "Dia salah jumpa orang/patut jumpa kaunselor"...." mudahnya wanita yang punyai masalah keluarga bercerita kpd laki orang", kata PCL...." patutnya dia jumpa pakar rumahntangga kan?"
Itu lah komen korang semua tentang entry semalam..hihihi..Itulah adat menjadi GP ( General Practitioner). Kami bukan sekadar merawat orang yang sakit, tapi kami menjadi tempat rujukan utk kes kes yang tak medical related, kadangkala  :)  Kami perlu tahu tentang sosio-ekonomi pesakit dan keluarga mereka..Kami jumpa mereka bertahun tahun, hingga ke peringkat anak anak mereka..Dan tugas kami untuk mendengar..Kalau mereka yang bermasalah tu dapat luahkan masalah mereka ( walaupun kadangkala kami tak boleh nak tolong apa pun), mungkin at least 20%...35% beban masalah rasa reda sebentar..Tu sebab, kalau bangsa malas mendengar, bangsa malas nak bercakap, jangan jadi GP, baik jadi surgeon..minimal talk, terus beraksi dalam dewan bedah aja..hahahaha..Sebenarnya, jadi doktor, bukan hanya utk merawat orang sakit, ada tanggungjawab yang lebih dari itu. Walaupun tak dibayar utk khidmat non medical, tapi percayalah, bayaran terhebat kat Sana, Insya Allah ada..:)

Aku issue MC kepadanya atas 3 sebab:
a) Dia mmg secara fizikal nya, sakit.

b) Dia secara mentalnya, sakit/tertekan. Depression ialah satu medical entity. Aku tak kata lah dia dalam tahap depression teruk ( sebab baru aja tau husband dia curang), tapi dia dalam proses ke arah depression kalau tak di bantu

c) Atas dasar timbangrasa. Yang ini, penting dan perlu ada. Ini pandangan peribadi aku, Lain doktor, aku tak tahu. Ada doktor yang mmg macam robot, ikut buku/prosedur bulat2. Aku mmg strict bila nak issue MC ( kawan2 FB aku tau..Dr Singa pun tau..hahaha)..Tapi strict aku kpd kaki kaki MC, yang tegar selalu mintak MC. Bila datang kes " kepenatan jaga anak sakit, tak tidur malam..."- yang ni selalunya ibu ibu...aku cuba faham..dan aku sendiri ada anak kecil sekarang, aku tau betapa penatnya wife aku berjaga malam kalau anak demam/sakit...Bila datang kes " kesedihan /tak boleh concentrate kerja sebab wife/husband/anak baru meninggal" - yang ni selalunya dtg, bawak sijil kematian sebagai bukti...minta ehsan utk MC sehari dua...  Ini contoh contoh timbang rasa yang aku rasa sebagai manusia, sebagai saudara seagama terutamanya, aku perlu pertimbangkan..

selesai tulis entry ni...pukul 10.15am ni...nak sambung breakfast cekodok cecah gulai sardin + nescefe....terbaikkk  :)

42 comments:

  1. huiii.... sedap cekodok.....
    terima kaseh memahami ...
    di saat2 memerlukan MC bersebab dan Daddy ZZZ beri tanda keperihatinan... ;) ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CPL, memang Johorean betul doc ni. makan jumput-jumput cicah sardin. haha

      Delete
  2. betul..ada ketikanya kita ni...kalau ada poblem just perlukan orang untuk mendengar...dan mereka perlu didengari sahaja..bukan mereka minta pendapat apa perlu dibuat....apa perlu dilakukan...kita perlu orang dengar luahan kita..at least bila kita luah dan ada yang mendengar ( memang betul2 jadi pendengra..x buat pape pun..just dengar je) itu dah cukup melegakan orang yang berkenaan

    ReplyDelete
  3. dah dpt jawapan semalam :) semoga beliau kembali sembuh dari sengsara!

    ReplyDelete
  4. bagus la doc ni..
    kalo yang tak pernah mengalami memang tak faham..

    ReplyDelete
  5. setuju! timbang rasa perlu ada dalam setiap keputusan yang dibuat esp melibatkan MC.
    bukan sebab pilih bulu..pilih kasih atau pilih rasa kan...
    inilah nikmatnya bekerja sebagao seorang MO.
    bukan RM aje yg kita cari..juga mencari "bekalan" sampingan di SANA kelak

    ReplyDelete
  6. Salam doc..
    kalau ada button like ..kty like 1 juta kali.
    betul tugas doc bukan hanya merawat pesakit..ianya lebih dr itu..

    semoga doc dpt keberkatan dari allah dunia dan akhirat.amen.

    ReplyDelete
  7. ye saya pnah mintak MC sbb penat jaga anak sakit..
    smpai saya pun hampir2 nk sakit...huhuuuu
    bila badan lesu, otak pun lesu sbb x ckup tido...kepala pun pening
    dlm keadaan mcm tu dtg keje pun x guna..
    nti kat opis saya tido kat meja...hahahaaaa

    ReplyDelete
  8. Respect dengan doc kerana memahami..masalah yang dihadapi pesakit..

    ReplyDelete
  9. tu diaaaa doctor membebel kaluuuuu habis semua ayat2 medical keluar hehehe

    I kan DZZZ, selalu rasa mcm malu & serba salah kalau nk gi klinik mintak MC (kalau tak sakit teruk sgtlah)
    kadang2 tu pkir seriburatus kali nak mintak MC sbb segan dgn doc tu dah lah tak sakit, buat2 sakit lps tu nak MC plak.. malu dowh nanti doc tu akan chop kita ni KAKI MC hehehe.. eh tapi sesekali boleh kennn???!! hehehe

    ReplyDelete
  10. Ok. Komen sy td doc tak pyh jwb sbb dah terlebih dulu dijawab. Hahahaha...

    Frankly speaking, sy respek sgt dgn doc. Firstly, doc orgnya low profile dan bkn jns ambil kisah dgn benda2 remeh. Itu sy pasan. Secondly, dari apa yg doc tulis kat atas......sy suka prinsip doc. Suka sgt. Hal MC. Bukan sewenang2nya bg MC tp at least beri kelonggaran pd yg memerlukan walau taklah sakit mana. Yes. Sy setuju yg itu. Tak semua org suke keje mcm lembu. Rajin tak bertempat. Penat mcm ne, exhausted mcm ne...ada masa kite perlu rest. Lastly....doc ni sempoi. Sempoi gila. Hahahaha....klu nak tau sempoi tak sempoi, baca jelah blog die ni. Klu doc tak update blog, sy tercari2. Mmg kisah benar doc.

    ReplyDelete
  11. kan bagus kalau kalau klinik dzzz base kat penang kihkih..bukan apa, sy setuju sesangat kadang2 kita memang tak sakit tapi bila otak penat seluruh badan jadi lesu kan..bila otak penat wajib la dapat mc.nak rehat banyak2.nk apply AL tak approve.kang kalau keje gak, performance down.bila performance down, markah prestasi pun down.terus mood down n takde mood nak kerja n rasa nak resign je.boleh camtu? in reality, ini lah yg berlaku pada saya tahun lepas hukhuk

    ReplyDelete
  12. Kakcik pernah jumpa doktor sambil menangis2 kerana tekanan yang kakcik sendiri tak tahu puncanya.
    Sebenarnya dari rumah lagi kakcik dah melalak-lalak sampai kena paksa dengan Mr Bob untuk pergi klinik.
    Masuk je jumpa doktor, kakcik cakap 'saya tertekan, tapi saya tak ada masalah dengan keluarga atau suami'

    Doktor tu terkebil2 je pandang kakcik dan sudahnya dia bagi je mc tanpa diminta...

    ReplyDelete
  13. Dalam apa jugak bidang bertolak ansur serta berfikiran logik adalah penting. Apa yang dia alami bila dia cerita pada doktor sedikit sebanyak mungkin boleh menolong doktor untuk buat keputusan wajar.

    ReplyDelete
  14. Oooo begitu. Kesian dia.

    Gulai sardin ohhh nape macam sedap je tuuu

    ReplyDelete
  15. Dari pengalaman saya, memang di dunia ini ada 'doktor2 robot' yang hanya merawat pesakit berpandukan peraturan yg ditulis manusia. Isteri saya pernah demam selsema yg agak teruk. Pergi jumpa doktor klinik kerajaan, dia kata memang ada demam tapi suhu tak cukup tinggi. Dia cuma bagi time slip selama 2 jam berada di klinik. Akhirnya terpaksa pergi ke klinik swasta pula yg memberi MC selama 2 hari kerana katanya demam agak tinggi...

    ReplyDelete
  16. Dari pengalaman saya, memang di dunia ini ada 'doktor2 robot' yang hanya merawat pesakit berpandukan peraturan yg ditulis manusia. Isteri saya pernah demam selsema yg agak teruk. Pergi jumpa doktor klinik kerajaan, dia kata memang ada demam tapi suhu tak cukup tinggi. Dia cuma bagi time slip selama 2 jam berada di klinik. Akhirnya terpaksa pergi ke klinik swasta pula yg memberi MC selama 2 hari kerana katanya demam agak tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah masa sekolah menengah, badan gatal-gatal sebab gegata. tak tahan sangat. jumpa doktor perempuan. tapi doktor tu tak nak bagi MC, saya pun tak ingat sebab dia tak nak bagi, sebab saya dok mengutuk dia dalam hati saya. masa tu dia tengah selsema dengan batuk lagi boleh dia datang bertugas jugak. tak jaga hygiene juga doktor tu.

      Delete
  17. oooooo....gitu rupanya kes dia ye.....paham dah....:D

    ReplyDelete
  18. Moga beliau kuat dalam mengharungi dugaanNYA.. dan moga beliau cepat sembuh hendakNYA..

    ReplyDelete
  19. terima kasih sebab bg penerangan jelas..

    ReplyDelete
  20. Ye jadi dr jangan ikut buku semata, perlu ada timbangrasa..Tq dr kerana memahami..:)

    ReplyDelete
  21. suka dengan sebab C dlm memberi MC. orang kata dr segi kemanusiaan.
    kalo macam nih mesti DZ jadik doc kesayangan semua patient. tahniah2~

    ReplyDelete
  22. ikan sardine.... my feveret ... suka cicah cekodok tepung...

    ReplyDelete
  23. semua reason yg doc beri saya terima..

    ikhlas,
    majikan pesakit..kuikuikui...

    ReplyDelete
  24. memang perlu ader timbang rasa dr..kesian kat dia..jiwa kacau mesti tak tentu arah...memang patut diberi MC...
    waa sedaptu cekodok cecah sardin tu...

    ReplyDelete
  25. Kalau dah mengalami tekanan perasaan/sakit, peh tu pi jumpa doktor yg berat mulut nak cakap pun, boleh menambahkan tekanan/sakit yg sedia ada jugak jadi akak setuju dengan DaddyZZZ. Okeh la ni baca entri semalam pulak sebab akak tak baca lagi, tak tau stori.

    ReplyDelete
  26. hehehe nak MC juga ujung tahun ni dr ..... gulai sardin mmg feveret KA tu ! sodap

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum,
    Sbb tu ramai orang dah sihat 30% bila keluar dr bilik doctor...kalau doctor tu encem skit, lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii byk hilang kesakitannya ;)

    Kucing jiran saya hilang -----> mintak MC laaaa...plzzzzz!

    ReplyDelete
  28. Nak request MC jugak boleh? heheee

    Tp kadang bila org dah xtahan tahap depression memang mudah sakit kan..
    Moga dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  29. bagusnya doctor ni, klinik kat mana? hehehehhehehe
    betul la tu, timbangrasa kena ada, secara lahiriah mmg cam tak sakit, tapi kalau dah camtu, camner gaya nak kije, lagipun dia demam kan.....bagus gak ko bagi MC 2 hari, at least dia leh rehat, tenangkan fikiran dan jadi sedikit rasional.
    aku baca entry ko smalam, tapi tak sempat nak komen, tapi dari bacaan aku, aku simpati kat dia, ntah la kan, kita tak tau apa exactly yang terjadi, doakan yang baik2 aje.

    ReplyDelete
  30. ok...kena baca part 1 dulu...jap gi dtg sini balik

    ReplyDelete
  31. adehhhhh...tak tahan laaaa Doc ni. tadi tepek pica beliau ngan wife. skang tepek cekodok plak. motif???

    okay...mmg tak semestinya cun akan disayang. contohnya CiM, tak cun pown....alhamdulillah, hubby sayang (setakat nilah...lom penah gi klinik nangis2 dpn Doc minta mc sbb hal2 rumahtangga)

    tapi mmg laaaa.... Doctor pown tak boleh pentingkan diri sendiri. bagus kalau jadi doktor yg memahami. sakit dalaman yg tak nampak ni lagi parah dan perlukan MC. kalau dah bertahun2 keje ngecek org, mesti tau dah muka penipu pembohong pembelit kannnn....

    selamat menjadi doktor yg berhati mulia.

    ReplyDelete
  32. saya yg kerjanya selalu jumpa orang ni pun macam tu la. salu je org cerita masalah dah tu nak buat macam mana dengar je la kan. tapi selalunya masuk telinga kiri keluar telinga kanan sbb tak larat dah nak hadam. haha. ok saya nak pegi masak sardin sekrg...telio plak tengok!

    ReplyDelete
  33. hehehe.... drSinga mmg sgt tau, dia pesan kat sy, jgn jumpa daddy ziyyad n dr zoul masa sy nk minta MC sebab sy ada urusan, x ada cuti, x penah MC lagi tahun ni (sy sakit ms sy mmg tgh bercuti). sy bercadang nk jujur minta mc yang x sakit sebab sy x reti menipu doc.

    BTW, mendengar kisah2 mereka, sebenarnya meredakan beban perasaan yang dialaminya.... then peluang untuk para pendengar mencari jalan menolong orang.

    ReplyDelete
  34. Bersimpati dengan nasib perempuan tu. Bertabahlah buat mereka yg di uji.

    Perghhhh...sedap tu kari sardin. Dah lama tak masak kari sardin.

    ReplyDelete
  35. sedih kan kalu jd kt diri sndiri.... bkn senang nk redha doc kalu jd kt diri sndiri...kalu doc jd perempuan pun tak tentu doc blh redha....
    sian perempuan tuh.... betapa hancurnya hati dia bile tau laki curang.... waaaaa

    yelah doc, kadang faktor2 lain menjadi penyebab utk kesihatan kite, dana suke kalu jmpa doc pastu dia jenis yg pendengar setia... bkn jenis yg muke masam pastu nk sentuh pesakit pun nk tak nak je... jenis yg jumpa doc tak sampai 1minit dh boleh ckp skt apa...

    ReplyDelete
  36. Cekodok dan kuah cicahnya memang marvelous...

    ReplyDelete
  37. Erghhh, Doc... klinik kat mana?

    Tetiba aje rasa macam nak demam dan sakit-sakit badan :D

    ReplyDelete
  38. hahahhaaa!!
    nak tau tak..
    ada patient/kawan saya kata..
    tak mo aa gi jumpa DrDZZZ ..
    dah baca kat blog dia pasal mc
    tak nak aa jumpa dia .. nak mintak tolong mc

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...