Friday, November 29, 2013

Entiti

2-3 hari ni aku berulang alik Nilai - Shah Alam..
Tido di rumah mertua ..sebab weekend ni nak buat majlis akikah.

Malam tadi, aku pukul 9.45pm dah ngantuk..so baringlah atas katil.
Tetiba anak kedua aku si Zayyan menangis nangis tak nak masuk dlm bilik tidur kami..
Beria ia punya nangis..
Aku tengah ngantuk..yang aku dengar dia cakap " kut...akutttt"..Tu yang dia cakap sambil nangis bila wife aku pujuk masuk bilik.

Penyudahnya..
Zayyan gi tido kat bilik wan ( nenek)nya..
Aku tanya wife aku apahal?

" yeyen kata dia takut....dia cakap  ata..ata...dia nampak mata kat atas almari tu ( almari dlm bilik tido kami kat umah mertua)", kata wife aku.
 Bila wan nya tanya mata tu color apa?   Zayyan tunjuk kereta mainannya yang warna merah !
Aku dengar cerita tu..dan aku terus tidur..takde masa nak takut2..hahaha...

Pagi ni sebelum pergi kerja,tanya lagi wife aku cerita sebenarnya, sebab aku bangun pagi tengok si Zayyan dah ada atas katil kami..
Rupa rupanya bila dia dah lena tido di bilik wan nya, wife aku bawak juga dia ke bilik kami..
Rupa rupanya Zayyan nampak mata warna merah atas almari bilik tidur kami  :)
Rupa rupanya wife aku & lain lain orang di rumah mertua aku ni ( akak/adik/makcik/pakcik wife aku) pun pernah nampak pelbagai entiti...tapi entiti ni taklah kacau pun...Kekadang dia jelma la...Aku so far tak pernah nampak  :)

Bak kata wan nya malam semalam  "  benda tu terperanjat kot ramai orang balik rumah ni "....Sebab sekarang mmg ramai orang kat rumah mertua aku  :)

harap harapnya malam ni Yeyen tak nampak lagi ya benda benda pelik kat umah wan  :)

51 comments:

  1. wah...
    kontek lens merah kah entiti tu pakai!!

    ReplyDelete
  2. bebudak selalu nampak..nasib baik belum pernah berlaku pada kami..

    ReplyDelete
  3. ada satu cerita ni..kawan kak ain punya anak sedara dlm umur 4tahun mcm tu la, pun boleh nnpk benda2 mcm tu...masa dia balik kg, ada pakcik ni dtg kerumah nak menjemput kenduri mcm tu la ceritanya..bila pakcik tu balik anak sedaranya tu terus bagi tahu...ada budak kecik duduk kat atas kepala pak cik tu...siapakah ituuu???

    ReplyDelete
  4. ala.. sesekali berhimpun ramai2.... entiti tu pun tumpang seronok, saja kasi meriah keadaan

    ReplyDelete
  5. sian budan encem ni..nasib baik dia tak terjaga la kan doc..boleh lena tidur sampai pagi

    ReplyDelete
  6. Memang budak kecik boleh nampak benda camnih. Mak saya selalu pesan, budak kecik jangan dibiarkan berseorangan, sebab nanti ada benda lain datang berkawan dengan dia.

    ReplyDelete
  7. huhuhuu...terkejut la dia rumah bising dari waktu lain..hehehe..

    ReplyDelete
  8. Ciannyaa.. Moga malam nie dia leh tido lena..yer doc.. biasa laa benda2 nie kdg2 leh muncul.. :)

    ReplyDelete
  9. aloooo ciannn yeyen.....
    amoih doc tidoq nyenyak aiiihhhh....
    sampai tak sedaq wifey gi amik yeyen ek...
    isk isk iskkkkk...hehehehe

    ReplyDelete
  10. cian dia...nasib baik tak demam ke pulak...

    ReplyDelete
  11. X sangka lak ley kena kat si Yeyen eh? Alalalalala...cian dak kenit tu......

    Peh, mst meriah gila umah mentua doc tu.....

    ReplyDelete
  12. hohoho apaknya kemain eksen tak takut yer hahahaha
    Yeyen, kalau takut malam ni tidor je dgn Kak Zaza.. Kak Zaza boleh teman yeyen hehehhee

    ReplyDelete
  13. betullah tu.. dia seronok tengok ramai dan meriah.. tapi cara tonjolkan diri tu tak kena..

    ReplyDelete
  14. meremang bulu roma tau... kalu lah dana yg dlm keadaan tuh comfirm tkamo duk blik sorng2... takuttttt

    ReplyDelete
  15. baru nak beli kontek lens kaler merah..... tak jadi lahhh... huhuhuhhuuu

    ReplyDelete
  16. berani juga mommyziyyad eh..kalau saya..nak tidur ngan wan skali kot..hahaha..sanggup tinggal laki sorang2 dlm bilik tu sbb penakut..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  17. ko bleh tido ye, kalau aku, idak le

    ReplyDelete
  18. Kalau curious pasal dunia sebelah sana, cuba usaha bertanya...boleh buat buku siri bercakap dgn entiti....

    ReplyDelete
  19. tah tah tikus almari macam dalam Musang Berjangut tu tak.??.heheheh

    ReplyDelete
  20. Yeyen pun boleh nampak....
    Nafisah masa kecik dok tanya sapa tu yang tak cantik sangat mata merah kat pokok tu.. tapi alhamdulillah dia tak takut...

    La ni kadang2 dia cakap ja.... " ada orang pompuan pakai baju putih rambut panjang berdiri kat tepi motor tu..."
    kami dah biasa ok ja... sepupu/mak penakan dia pakat takut habih balik.. tak mau tidoq... (yang tak nampak pulak takut.. )

    ReplyDelete
  21. budak MC dh lama tak cerita pasal nampak2 nih.
    dia dh tak nampak kot.
    dah besor.

    ReplyDelete
  22. budak budak mmg mudah nampak mende mende ni..lagi lagi lah dia tau itu anak doktoor..gurau gurau lah tu!!!

    ReplyDelete
  23. Budak2 mmg boleh nampak doc...kesian kan..sebab kadang2 diorg x reti nk luahkan kat kita...lg kesian bila benda tu duk ikut dan main acah2 plak....

    ReplyDelete
  24. Saya pernah beberapa kali mengalami peristiwa aneh yang tak dpt diulas dengan akal logik manusia. Tapi sebagai Muslim, saya menganggap apa yg pernah dilihat dan dialami itu sebagai sesuatu yg biasa sesuai dengan firman Allah yg berkata Dia menjadikan manusia dan jin untuk beribadat kepadaNya...Yang penting walaupun percaya dengan kewujudan jin, kita tak perlu bersahabat atau memburu mereka, biarkan mereka di dunia mereka dan kita di dunia kita....

    ReplyDelete
  25. kemungkinan itu adalah saka . berdasarkan pengalaman lah ...

    ReplyDelete
  26. salam,
    wah mcm cerita kat rumah mak chaqlah...

    ReplyDelete
  27. mesti org kat rumah tu dah kebal

    ReplyDelete
  28. seram juga..malam ni tido tak tutup lampu la macamani..haha

    ReplyDelete
  29. Mende tu syok le...rumah meriah ramai orng la tu....
    Bole pula mende tu duk dendiam kat umh tu ye...klau sy seram dah...

    ReplyDelete
  30. sian zayyan..hmmm rumah mak mcm mcm bunyi benda tp anak da tak kisah.

    ReplyDelete
  31. kenapa saya rasa yang 'mata merah' itu bukan entiti tapi adalah mata merah literally? doc, cuba sambung, apakah sebenarnya mata merah itu?

    ReplyDelete
  32. takde apa2 tuh kot , Yeyen letih jer kot...=)

    ReplyDelete
  33. Izhar kata ada monster kat umah wan mak..

    ReplyDelete
  34. Banyakkan baca ayat Al-Quran... Moga majlis akikah berjalan lancar...Maaf lama tak singgah dan komen..

    ReplyDelete
  35. Comel!

    Aku harap DIA lindungi keluarga kau. Amin.

    ReplyDelete
  36. betul jugak kata wan yeyen. bende tu tanjat!

    ReplyDelete
  37. ish... seram pulak yg tukang baca entri ni...

    ReplyDelete
  38. Bapak dia xsyen eh nanti bapak dia nampak pun tak mo tidur dlm bilik jugak...ahahaha...

    ReplyDelete
  39. budak2 mana pandai menipukan...betullah dia nampak tu..

    ReplyDelete
  40. :).
    dia terganggu kot sbb ramai sgt org ada kat rumah tu..biasa2nya aman damai je..sekali bila ramai sgt dah ada tu. dia pun nak jenguk la tunjuk muka..

    Mudah2an lps ni yeyen dah cool je bila trnmpk ngan mata2 tu semua..

    ReplyDelete
  41. takut juga tu, kenapalah dlm ramai2 dlm keluarga KA yang selalu terpilih untk nampak benda yg pelik2 ni .. aduhai !

    ReplyDelete
  42. Lepas nie, kena berkelambu kat hall rumah Wan la yer Zayyan....hehehehe... Biarkan daddy tidur dalam bilik sorang2 yer....

    ReplyDelete
  43. auntie pun takut kalo nampak mata merah gitu...mau tak tdo sampai kepagi...

    ReplyDelete
  44. Seram jgk klu camni,kan budak2 org ckp memang boleh nampak benda nie.

    ReplyDelete
  45. Wah, hebat tu boleh sambung tidur! Kalau sayalah, memang tak tidurlah dalam bilik tu. Lebih baik bentang toto tidur kat ruang tamu, itupun kalau boleh tidurlah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...