Friday, November 1, 2013

Dilema Hospital Bersalin: Doktor Lelaki atau Doktor Perempuan?

Aku tertarik baca entry Fara  ni..
Sebenarnya, surat tersebut aku dah pernah tengok di FB sebelum ni..
Mesti ada antara anda yang pernah tengok surat tu juga kan..

Ini hanya lah pandangan peribadi aku..
Yang pernah kerja di hospital kerajaan..
Dah lama juga aku tinggalkan hospital kerajaan,jadi apa yang berlaku dalam perkhidmatan kerajaan sekarang,aku tak berani nak komen lebih lebih..

Zaman aku kerja dulu,hospital aku sangat busy..
Aku kerja di Hospital Sultanah Aminah JB ( HSAJB)..
HSAJB ni,antara hospital yg busy, selain HKL,Hospital Klang & Hospital KB.
Patient load memang azab..
Kadangkala tak terlayan patient.
Bukannya kami para doktor, staf nurse, MA dan lain lain staf sokongan saja lambat lambat buat kerja, tapi memang kadangkala,waktu lunch break pun takde( buat doktor)...sibuk sangat di ward, di klinik..

Di wad bersalin,satu hari..nak dijadikan cerita..datang seorang ibu sarat mengandung..
Yang dah nak bersalin sangat..Aku yang ada masa tu,aku tak ingat mana pergi doktor lain..
Ibu ni boleh demand nak doktor perempuan..
Memang takde doktor perempuan masa tu..Staf nurse aku puas pujuk dan terangkan,perlunya di periksa bukaan cervix nya,kot kot dah nak fully dilated, kang kalau lengah lengah, mau mati baby..
Dipendek kan cerita..
Last last aku yang check bukaan cervixnya..
Aku yang sambut kelahiran baby nya..

Point aku ialah..
Kita harus reasonable bila nak demand sesuatu..
Kalau memang sejak awal lagi pendirian kita tak mahu dirawat oleh doktor lelaki,maka dari awal kehamilan lagi, check up la dengan doktor perempuan dihospital swasta ( itu pun tak boleh jamin 100% kelahiran akan disambut doktor berkenaan...kot la masa tu doktor tu sakit/ ada emergency...last last doktor lain yang sambut..dan maybe oleh colleague nya yang lelaki! )

Aku setuju dengan point Fara,kos bersalin di private memang mahal..
Kalau di Klang Valley ni,normal delivery dah rating RM 2 - 3 ribu,minimum.
Kalau normal with forceps/assisted delivery, ada ongkos tambahannya...kalau ambik epidural, ada ongkos tambahannya..
Kalau Caesarean,yg aku tahu starting price di Shah Alam ni dah 6 ribu...So minimum kena standby RM10,000. Latest wife aku bersalin Caesarean,3bulan lalu...kena RM5,200.Itu pun sebab aku pilih KPJ Seremban,which is much cheaper kalau nak banding KPJ Shah Alam/Damansara...dan sebab dapat discount doktor :P 
Mahal kan? Tapi itulah pengorbanan yang kita kena buat,kalau kita nak demand..
Kita boleh sentiasa shout/ salahkan pihak lain, tapi usaha kita sendiri kena ada..

Kalau pergi hospital kerajaan ni..
Kita kena faham lah..
Kadangkala mmg tiada doktor perempuan masa time ngam ngam anda nak bersalin tu..

Bukan aku menidak kan /memperlekeh kan hukum hakam  tentang aurat..
Aku sendiri pentingkan isu ini..
Namun kita kena reasonable,macam aku tulis kat atas tu..
Mungkin pihak KKM dah berusaha tambah bilangan doktor...Ketua Jabatan O&G hospital kerajaan dan usaha buat jadual/rotation kerja supaya ada doktor wanita, tapi kalau ditakdirkan bilangan doktor memang tak cukup,nak buat macam mana?
Bukan aku  nak back up ex-majikan aku ( KKM), tapi janganlah kita terus tuding jari...dan KKM perlu dari masa ke semasa buat penambah baikkan..

Satu lagi..
Kena faham...
Doktor perempuan sendiri ( bukan semua, tapi RAMAI yang aku kenal)...tak mau further study dalam bidang O & G.  Termasuklah doktor perempuan Melayu Islam.
So, camano?
:P

56 comments:

  1. mmg tak ramai dr perempuan yg nak duduk lama2 dlm O&G...kerjanya teruk sgt.kalau belum kahwin boleh la juga tapi bila dah ada keluarga mmg payah...akak kagum dgn sahabat2 yg setia dlm O&G.

    ReplyDelete
  2. Senang katalah doc kalau nak perempuan pilih hospital swasta dari awal. Bincang berapa kos. Ada 9 bulan kan boleh buat saving dari awal.. tapi terpulanglah hak masing-masing. Macam kakak dari awal dah pilih so ready dari mula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu ikutkan 9 bulan kak, tak cukup juga. bkn panjang masanya. Pejam celik, pejam celik tp duit tak penuh tabung jgk. Sobs...sobs....

      Kos hidup kat KL ni sgt2 mencabar. Kami sendiri pas tolak semua hutang segala bagai, saving yg tgl cuma ckp2 utk survive bln tu.

      Delete
  3. Good point dr. Bergantung pada nasib juga kan. Kalau dah darurat sangat, nak buat mcm mana kan. Alhamdulillah...ketiga² anak saya di sambut oleh dr pompuan dan alhamdulillah juga, company tempat kerja saya dan husbant ada maternity cover.

    ReplyDelete
  4. Makchaq setuju apa yang doktor kata... apa2 pun yang kita nak demand memang kena tengok keadaan dan biaqla reasonable.... bagi cadangan untuk penambahbaikan bagus... dan biasanya pihak berwajib pun cuba sedaya untuk menambahbaik.. tapi belum perfect...
    Kadang2 makchaq cakap jugak kat orang yang marah2 dok tunggu untuk dapat rawatan kat klinik...
    'sekurang2nya kita dok tunggu saja.. boleh sambil baca paper, tengok tv... minum2 makan jajan....doktor kat dalam tu dari kita tak sampai klinik lagi dok kerja tak berenti sampai la.. entah2 minum pun tak dan..... kalau nak cepat mai awai2 dapat no 1.. cepat la..'

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman dgn 3 x doktor lelaki yg sama.

      Delete
  5. assalam doktor..acik dulu hospital kerajaan juga..Tengku Ampuan Rahimah kelang..masa yang sulung ceaser..lelaki ada perempuan pun ada...masa tu dibuat epidural katanya..yang tempat belah je kebas..tapi kita sedar..yang kedua forcep..dapat doktor perempuan..yang ketiga biasa..pun dapat perempuan..Alhamdulillah walaupun tak minta..sebab tau..hospital gomen..kena terima je doktor yang bertugas...

    ReplyDelete
  6. Sebab bersalin 'dengan bantuan' doktor lelaki, sampai sekarang kakcik tak sanggup nak jumpa doktor tu walaupun dia kawan baik Mr. Bob. :)

    ReplyDelete
  7. Kalau zaman dulu2 yer lah boleh & mudah dapat bidan ppuan.. itu pn yang dok kat kampung2 klau dok kat kolumpor ni susah nak kata.. sbb zaman skrg ni susah nak cari bidan lagi dah..

    ReplyDelete
  8. point noted. Dan itu lah juga komen KA pada n3 Fara, bab2 darurat macam ni mmg payah nak kata apa !

    ReplyDelete
  9. Masa Part 1 malam jemahat tu ingat2lah hal jugak ….. hehehe

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...ke lima2 anak disambut oleh doktor perempuan malahan masa checkup pun tak penah dgn doktor lelaki.

    ReplyDelete
  11. DZ.. saya nak citer pengalaman saya melahirkan 2 anak.
    2 2 anak saya lahir secara induce. masukkan ubat dah paksa bukaan servix guna tangan doc. di hospital Klang.
    anak pertama Anis. doc pompuan yang handle masuk ubat dah paksa bukaan servix. masa kena masukkan ubat dan paksa bukaan servix tuh saya rasa mcm nak mati. sakitnye tuhan jer tau. saya menjerit sampai 1 ward boleh dengar.

    masa nak bersalinkan anak ke 2 Delisha, doc lelaki yang handle.
    masuk ubat dan paksa bukaan servix. maaf saya cakap. sangat lembut cara dia.
    x de lah saya meraung kesakitan. huhuhu

    memang lah malu bila doc lelaki yang handle masa nak bersalin tuh.
    tapi kalo di beri pilihan utk 2 situasi di atas. saya sanggup pilih doc lelaki.
    huhuhuhu.

    mungkin nasib saya x baik sebab dpt doc pompuan yang agak kasar kot.
    saya tak kata semua doc pompuan tuh kasar. saya cuma citer pengalaman sy jer.

    sekian. maaf yer DZ, terpanjang lak komen.
    muahahahahahaha.

    ReplyDelete
  12. setuju sgt2 dengan apa yang dikatakan DZ..dee dulu nak sangat beranak kat private..usaha simpan duit tiap2 bulan..mujur masa zaman dee bersalin C-ZER baru $3000..itupun bukan di private hospital yang besar2..ni klinik2 bersalin yang kecik2 je. Kita dapat apa yg kita bayarlah..nak demand kalu..silalah sediakan duit banyak2..hehehe..

    ReplyDelete
  13. Terima ksh doc sbb fhm apa yg sy cuba smpikan.....apa yg penting, kite berusaha. Klu bkn rezeki kite, nak bt mcm ne kan? Terima ksh jugak sbb fhm dgn kesempitan hidup bila duduk tgh bandar KL ni. Gaji besar mcm ne pun klu kos sara hidup tinggi, nak menabung 9 bulan pun belum tentu tercapai. Sobs...sobs....

    ReplyDelete
  14. saya check up dengan doktor perempuan, tapi bila masuk hospital sekali je dapat doktor perempuan (3 kali bersalin)...kalau dah tak ada choice, go for it aje..lagipun doktor tu pun niat nak membantu kita kan?

    ReplyDelete
  15. Memang most pompuan taknak kalau kena bersalin ngan dr lelaki..seganlah, auratlah..tapi kalau dah mudarat nak buat camaner..
    mcm sy kat sini bersalin 2 kali..alhamdulillah walaupun dr pompuan sangatlahsedikit dr muslims tambah2 lagi, namun Allah tolong ms nak bersalin wpun kena induce,dr muslim wanita ygfresh handle,dia tak tahu dia panggil bidan yg mmg experienced.. dan waktu bersalin pn alhamdulillah wpun ngan midwife berdua shj dibilik bersalin namun sangatlah mahirnya midwife tuh..alhamdulillah..anak pertama pun kena ngan doktor pompuan dan staff bantuan pun semuanya pompuna,..nie kat negara bukan islam...kalau Allah nak tlg..Dia akan selamatkan maruah kita...inshaallah..

    ReplyDelete
  16. Oo gitu...saya pernah alami jugak tu.. dah namanyer beranak kat hospital kerajaan bayor pun 6 hinggit kalo tak silap... takkan nak demandkan...saya time tu dr periksa jln sampai ke bersalin jahit bagai semua dr lelaki segan tu tak yah citer lakan...dah la sebaya dr tu...tp syukur semua selamat...

    ReplyDelete
  17. Klu bersalin kat gomen segan juga nak ruquest dr perempuan,berdoa ajelah semoga dapat dr perempuan bila nak bersalin tu.

    ReplyDelete
  18. Salam kenal :D....tak pasti pernah datang blog ni ke tak, datang sini sebab terpengaruh dengan si Izwa bicara hati tu....
    Mmg betul2 dilema bab2 pilih doktor masa bersalin ni. Aku dulu pun tiga3 bersalin hospital kerajaan. So doktor yang datang check, ada lelaki ada perempuan. Tengah sakit, so tak mau dah pikir pasal tu semua kan.
    Tapi kan yang aku nampak sekarang ni dah ramai pakar sakit puan dan bidan adalah lelaki........so pilihan pun dah makin terhad.

    ReplyDelete
  19. ank sulung sy lahir kat hspital kerajaan.., bila mamaD serik dia minta nak bersalin ank kedua kat swasta plak..dan anak ketiga langsung takdak chance sebab dia serik terus..puas dah pujuk cmner tu doc, and last sekali...katanya umur tak mengizinkan haha..apa2 pun redha jelah dgn 2 ank dara yg semakin remaja.

    #serik dlm kes mamaD tu tiada kaitan dgn jantina doktor tp lbh kpd situasi masa bersalin.

    ReplyDelete
  20. btui tu doc..
    skrg nie mcm2 nk komplen..kuasa FB..pencetus smua..apa saja mau direpot..
    pilihan di tgn masing2..
    apa pun....lelaki slalu menguasai profesion sakit puan slain chef..kan..kan..
    tepuk dada tya selera msing2..

    ReplyDelete
  21. DZ... aku ada cadangan untuk KKM... dan JAKIM.

    Apa kata semua bakal pengantin yang menghadiri kursus nikah-kawen TURUT di ajarkan cara-cara menyambut bayi yang lahir? Maksudnya, yang lelakinya.
    Kursus tu akan jadi kursus Nikah-Kawen dan Perbidanan...
    Kalau dah terdesak, sambut sendiri di rumah...

    ReplyDelete
  22. setuju sgt ngan last point DZ. Sembang as staf ngan staf y lain, doc lelaki adalah diperhatikan mereka sebagai lebih bagus dalam hal kelahiran... wallahualam apa jadinya pada doc pompuan.

    ReplyDelete
  23. erm, apa2 pon kena lah redha n terima samada kena doktor lelaki atau doktor perempuan, sayangkan nyawa yang kita bawa 9 bulan tu dulu dari rasa malu..... lepas dah selamat semua, nak malu pon malu lah, pi hospital lain pulak..tu pon kalau dapat lah kan... hehe

    ReplyDelete
  24. Sy setuju!!
    Kalo betul2 nak demand mmg kena pg private..
    Sbb itu bila tau mgdg sy mmg standby & berjimat sggh2 utk byr bil hosp.biarlah org kata apa pon,bersalin bukan tiap2 tahun.sy still opt for private utk gynae pompuan...mmg tekad sy dr dulu..

    ReplyDelete
  25. pilihan di tangan sendiri... klu tak nak doc lelaki pergi je hospital swasta, boleh pilih nak buat appointment dgn doc yg mana satu. sampai nak tulis surat semua tu takkan kemana... macam mana nak bekalkan doc wanita dalam bidang o&g kalau golongan wanita itu sendiri ramai yg enggan further study dalam bidang ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya nampak kat sini adalah kesedaran hukum hakam dalam hal ini memang paramount. saya cadang kan masa student ambil medic di peringkat awal pengajian, beri ceramah pada mereka pasal pentingnya bidang ini. beri kesedaran agar mereka faham betapa penting nya semua ini. dan push atau approach atau persuade mereka untuk ambil O&G.

      Delete
  26. setuju. bersikap 'demanding' pada masa yang kritikal dan melibatkan soal nyawa baby bukanlah tindakan yang bagus

    ReplyDelete
  27. Tapi kalau dah keadaan dah terdesak macam tu nak buat macam mana kan doc. Nanti bila baby dah takda disalahkannya pulak pihak hosp. Tak boleh nak demand sangat dalam kes macam tu.

    ReplyDelete
  28. Akak bab hal2 sakit puan, memang la nak doktor pempuan tapi kalau bab bersalin dah emergency sangat2 takdak doktor pempuan, apa nak dibuatkan, terima sajalah.

    ReplyDelete
  29. Sy mmg demand psl tu bsalin dkt private...spend sket x salah kot psl menabung dr awal..yg penting service n layanan. Lagipon bkn tiap2 thn bsalin...mcm doc ckp ler..depand pd doc yg ada kalau kt GH

    ReplyDelete
  30. aku alhamdulillah, beranak tiga2 anak doktor pompuan......2 anak kat gomen, 1 kt private...tapi isu ko utarakan aku setuju sangat2 dengan point yang ko bagi!

    ReplyDelete
  31. setuju..dah mmg tak ramai perempuan minat dlm bidang O&G nak buat cemana
    lg satu bab kemampuan nak pi banak kat sepital swasta
    kdg2 sakit gak ati baca komen kt fb
    ''eleh setakat 3-4 ribu tu je apasalahnya janji aurat kita terjaga bagai''
    maaf yeaa maybe tuk org berduit takdehal tp fikirkan lah utk org yg tidak mampu,takleh nak salahkan mereka juga dah org tu tak mampu walo dah kumpul duit pun still tak cukup so dlm keadaan kritikal dah takleh nak demanding bagai.
    sy penah baca kt blog org si suami amuk2 marahkan doc kat hospital sbb dia nak doc pompuan..mmg dia berhak tak bagi doc lelaki sentuh bini dia,tp dlm kes kritikal nak terberanak sgt neh rasanya si isteri pun dah tak peduli sapa doc yg bidankan dia.

    ReplyDelete
  32. SA masa bersalin 9 tahun dulu mmg kat spital kerajaan...dpt doc perempuan....tp if ada rezki lg kalaucada jodoh dan berpeluang bersalin lg ..SA nak bersalin kat private...

    ReplyDelete
  33. ok noted.
    tapi blom sampai rezeki saya nk merasai pengalaman bergelar ibu..
    jadi, nnt dah kawen saya pikir camne...

    tgk poket mmg x mampu laaaa nk mahal2..
    gomen sudah..
    sanggup tak sanggup belakang kira..
    janji anak dan ibu selamat :)

    ReplyDelete
  34. hahaha...yg ni takmo komen panjang2. syukur...kedua2 anak bujang CiM disambut doktor perempuan, yg check servik, yg check denyut jantung, yg smbut, yg jahit...semua perempuan.

    doa kena lebih ;)

    ReplyDelete
  35. owh yaaa...tambahan...

    CiM bersalin kat HSA jer kottt....

    ReplyDelete
  36. Cuma yg saya tak puas hati kat pompuan yg takde halangan kewangan tapi saja saja pilih doktor lelaki. Bukan islam pulak tu. Bangga lagi..

    Kalau medical center mmg mahal. Pusat bersalin murah sikit kosnya..

    ReplyDelete
  37. Mudahnya alasan...darurat

    ReplyDelete
  38. Mudahnya kata suami marah2. cuba lihat. suami nak teman isteri, berbagai krenah birokrasi, seperti kita ni nak jengok sana sini bila masuk dewan bersalin tu. macam semua gatal2. mu.gkin ada yg masuk tanpa izin dulu sbb dah terlalu lama menunggu. nurse ada utk tolong. ada masa ke nurse tlg urut belakang dll. tetapi dgn title dr. group of male, young, excited to see the secret ... could see from their face. tiba2 masuk dgn mudah tanpa minta izin dari pesakit. wahai pembaca, di uk, dr nak pegang tangan kita pun minta izin. macam mana suami tadi tu tak marah. mudahnya u pandang suami tu macam tu. u tak tahu apa yg dia dah alami

    ReplyDelete
  39. Jgnla bila ke hospital kerajaan tu kata tak mampu. gaji saya 5 angka. Insyaallah takda masalah ke private. terpaksa kerajaan. alasannya: 1) tempat kerja lebih 80km dari rumah. 2)swasta terdekat 50km. 3)terpaksa masuk wad lebih sebulan. 4)swasta tak berani. ada masalah kandungan. takut bekalan darah tak cukup. 5) swasta yg 10km jaraknya semua lelaki cina atau india. senangnya kakak abang kata kalau nak memilih pergila swasta, simpanla awal, bayarla lebih, macam kamu tak kisah pun kemaluan kamu bukan saja dilihat tapi disentuh dan dikorek. memalukan punya fikiran

    ReplyDelete
  40. Rai ourkizuna. saya ada kenalan suami isteri dr, islam. jika d kerajaan mrk tak benarkansuami sambut isteri bersalin wp dia kerja d hospital tu. tapi swasta boleh. yg peliknya si isteri dgn banga beritahu i bersalin dgn lelaki cina swasta tu. Ada juga kenalan perempuan nak bersalin dgn dr lelaki yg satu kelas dgnnya. dan perkara ini diwar2kan. yg saya nak sampaikan. ada manusia yg begini. ada manusia yg tak nak dr lelaki rawat isterinya. jadi kamu dr lelaki tu, u urusla makhluk yg spt ini yg non muslim. Tapi hormatla pd org yg 'demand' tadi. jgnla di keji. kamu dah di racun yahudi dan barat. o&g, perbidanan, kamus dewan adalah wanita. mudahnya kamu hina org ingin menjaga auratnya. nak treat pergila pada wanita yg tak tutup aurat tu. tapi wanita yg masih bertudung wpun dah nak bersalin, tolongla rasa hormat. pada saya mana ibu2 yg kutuk2 org yg memilih, bayar sedikit tapi memilih, mungkin waktu kerja u all pakai tudung, jubah. tapi di rumah sehingga ke tahap pakai seluar hawai, dan mungkin seluar pendek je. saya pernah nampak ye... Betulke u all begitu. jahilnya pandangan mudah kamu tu

    ReplyDelete
  41. 'D rumah' tu maksud saya di luar rumah, tolak push chair anak, basuh kereta, bukan sorang, dua. tapi lebih. dlm rumah tak kisahla. Ini luar rumah sehingga org asing nampak. wanita yg spt ini mungkin tak peduli jika dr lelaki yg menyambut kelahiran bayi mereka. wanita spt ni yg akan kata...dah darurat...semudah itu. sedihnya...

    ReplyDelete
  42. 'Depend on the available doc in the hospital...o&g dept during that time.'.

    ayat mudah ni saya nak komen sikit. siapa ketua jabatan o&g? tak bolehkah diatur jadual? supaya seimbang. doktor kan dah belajar statistik masa undergraduate. tak tahukah buat operational research, optimization, hasil dari data pesakit yg datang? u boleh classify bangsa, agama, even age. bila waktu kemuncak. bila perlu bil doktor ramai, dll. statistics is powerful. kalau u tahu.. ini tidak, sikit2 darurat. Jika ada non muslim, utamakan dulu yg male doc utk rawat dia

    ReplyDelete
  43. Kalau cakap dgn org jahil agama dan memandang aurat itu mudah. tak habis cerita ni. ada je alasan. nabi amat menjaga sehingga kulit baginda tak pernah tersentuh pun kulit waniya ajnabi. darurat....mudahnya alasan tu. dan kalau nak tahu. jahilnya ilmu. kerana didikan barat telah berjaya ditanam

    ReplyDelete
  44. Dr pompuan buat sakit. dr lelaki lebih lembut. kalau camtu kita pakat tunjuk benda kita pd lelaki. mujur takda yg tambah, lelaki muslim buat, sakit, lelaki nonmuslim buat, taksakit. camtu pilih lelaki nonmuslim. jika ini kebetulan yg kamu alami, jgn tulis secacara umum. elok tak tulis. jgn pengaruh org lain. tak sangka. pendeknya pemikiran org pompuan. kata malu. tapi nak request pun malu. u lebih suka serahkan pd keadaan tampa cuba usaha utk politely request. utk request lebih malu dari tunjukkan anu pd lelaki bukan muhrim. jgnla bini aku berfikiran pendek seperti ini

    ReplyDelete
  45. Yes, if possible, i would like to request female dr to treat me. tak kanla nak cakap macam ni pun tak boleh. dikata demanding. sekurangnya usaha dulu.

    u all yg duduk d bandar besar biasanya ada private. tapi ada juga org yg mampu utk memilih, tetapi sgt jauh dr private. jadi dia terpaksa ke gomen hospital. kamu semua ni suka buat kasimpulan mudah. sedih saya lihat pendeknya akal kamu.
    ada yg samakan dgn makan babi ketika darurat.
    babi tu u sorang. tapi bersalin ni, u, suami u, dan ada org ke3

    ReplyDelete
  46. Trpulang la pada pndapat masing2... bg sy lg baik jika tambah bilangan doktor wanita... Isteri sy pn perna mngalami ny.. D cek oleh doktor india yg sy geram tu d cek cucuk guna jari d bahagian servik padahal isteri sy alim bertudung sentiasa tutup aurat ny... Tp bila da sarat mngandung n da nk brsalin da hilang tutup aurat tu d hospital.... Mmang geram?? untung btul tu doktor eeeeee geram rsa cemburu pula...

    ReplyDelete
  47. Greetings and Good Day !

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-

    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-
    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    Sender:-
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Saya dan baca komen2 kat ats tp paling tak boleh blah bila ade yang ckp doktor lelaki lagi bagus sbb lemah lembut dan selesa dan nk doktor lelaki lagi jika nak bersalin kali seterusnya...tak semua doktor perempuan kasar...hanya kerana pengalaman kurang baik sekali sahaja terus label doktor perempuan kasar...hadoiii... Utamakan tuntutan agama berbanding keselesaan dunia....insyaAllah hidup akan lebih diberkati :).....P/s : Suami kite susah2 bayar hantaran mahal2 kat kita bukan pakai daun pokok yerr...jagalah maruah, kehormatan diri, dan perasaan suami..

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...