Tuesday, October 8, 2013

Saya Nak Jadi Penjenayah, Cikgu.

Ni kisah yang wife aku cerita kan pagi tadi, masa kami tengah breakfast...cerita yang wife aku dengar dari kakaknya, seorang guru sekolah rendah...Kita namakan kakak wife aku ni X, dan student nya, budak darjah satu, M.

X:  Awak cita cita nak jadi apa bila dah besar nanti? Sebab awak selalu ponteng sekolah, homework  tak buat..

M: Saya nak jadi penjenayah. Jadi buat apa saya belajar.

X: Awak tahu ke penjenayah tu apa? Macam mana awak nak hidup kalau jadi penjenayah? 

M:  Apa susah..saya nak makan, saya rompak orang. Saya mesti ada motor, jadi saya boleh ragut orang. 

X: Awak takda duit, sebab tak belajar, macam mana nak beli motor?

M: Saya nak motor, saya curi lah. Kalau saya nak kereta, saya curi kereta. Senang aja. Takda siapa berani kacau, kawasan ni ramai yang jaga saya.


Jadinya, M memang tahu apa itu "penjenayah", walaupun dia masih darjah satu, 7 tahun! Dan M datang dari keluarga yang porak peranda.

Kisah Cikgu X, dengan seorang anak murid darjah satu juga, kita namakan S.
Emak si S ialah seorang minah rempit. Cikgu X pernah panggil emak si S ke sekolah, utk bincangkan masalah anaknya. Antara topik perbualannya:

X: Ayah dia macam mana?  ( sebab nak tahu status ayahnya yang hilang/tiada....dah bercerai ke, hilang ke)

Emak si S:  S ni cikgu, memang sah anak saya. Cuma ayahnya, entah la..Saya pun tak tahu siapa bapaknya. ( cakap dengan nada selamba )

Ada satu hari, si S ceritakan pada cikgu X:

S: Cikgu nak tahu tak, emak saya keguguran semalam..

X: ( dalam hati:  Ya Allah...yang gugur tu hasil anak hubungan dengan lelaki mana lah pula)

Moralnya..
Keruntuhan akhlak, memang salah satu sebabnya ialah salah parents.
Kalau kita dah jaga amanah yang tuhan beri, nak rosak juga, itu lain cerita.
Semoga anak anak kita dikurniakan hidayahNya, selamat dari cabaran donia yang makin mencabar.


29 comments:

  1. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yg akan mencorakkannya.
    Sedih kalau ada anak murid yg mempunyai latar belakang keluarga macam ni. Semoga cikgu X dapat memberi nasihat kpd anak2 murid nya Itu.

    ReplyDelete
  2. Ya allah ya tuhanku..lindungilah anak2 kami..tutupkan pintu hatinya kearah kejhatan dan bukan pintu hati mereka kearah kebaikan.dulu acik ingat anak2 kekaki ni risau kebih..tapi sama je kan doktor..masa anak2 meningkat remaja lagi risau..tapi dari cerita doc.ni..darjah satu pun dah pandai berfikir nak buat kerja2 yang tak sepatutnya.

    ReplyDelete
  3. Mudah2an Allah beri hidayah kepada anak2 dan ibubapa anak2 ini..jgn dihina tapi doakan mereka..

    ReplyDelete
  4. Itu Darjah Satu, dah cakap camtu. Yg besaq2 di sekolah menengah lagi la dok menunjuk hebat.. *sapu tiger balm kat dahi*

    ReplyDelete
  5. NauzUbillah. Takutnya dgn vabaran dunia hari ni. Itu lah pentingnya asas agama yg kuat dr rumah.

    ReplyDelete
  6. takut baca cerita ini...minta dijauhkan.
    semoga anak kecil ini diberi petunjuk

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum DZ

    Nauzubillah...

    ReplyDelete
  8. Masyallah...moga adik tu sedar yg itu adalah salah bila dia besar nanti...aaminn

    ReplyDelete
  9. Muda lagi budak tu dah tahu maksud penjenayah, keguguran. Makin parah dah masalah sosial dekat Malysia ni. Ada pulak cita-cita nak jadi penjenayah.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    Sangat sangat sangat sangat besar jasa cikgu kalau Berjaya ubah anak ini...

    ReplyDelete
  11. Setiap anak akan ada nakal baik nya. Jangan pernah putus asa untuk mendidik dan berdoa. Doa selalu. Jangan pernah berhenti.

    ReplyDelete
  12. Itulah pentingnya penyerapan nilai2 murni dan ajaran agama untuk membezakan anak2 antara yg baik dan buruk..guidance..kalau tak mudah sangat terpengaruh.

    ReplyDelete
  13. Kesiannya....hidayah mmg milik Allah, tapi bila kita taknak cari hidayah tu, mmg takder la..semoga mereka semua ada kesedaran nanti.

    ReplyDelete
  14. ya Allah doc!!! bace sambil urut dada lieya tau...ni citer betul ke nieh....harap2 rekaan semate2 sbb tak dpt bygkan kalo betul2 die jadi penjenayah...dan si s pun bakal jadi mcm mak die....ya Allah selamatkanlah anak bangse kite....

    ReplyDelete
  15. Allah...lindungilah anak anak yg suci ini

    ReplyDelete
  16. Subhanallah...
    banyak dah tanda-tanda hari kiamat yang muncul..

    ReplyDelete
  17. ya allah...kesian dekat budak tu...anak2 ni bak kain putih kita mak ayah yang mencorakkannnyer kalo mak dah macam tu acanerla...adoi sedih...kesian sangat... anak tu kena diselamatkan ....

    ReplyDelete
  18. hahaha nasib baik si M tak nyanyi kat cikgu X 'cita2 ku menjadi penjenayah' muahahaha
    tu lah.. susah kita nak cakap.. kadang tu kalau kita tak ajar, budak tu jadi kurang ajar.. bila diajar, budak tu tak makan ajar.. macam mana nak kato??! huhu

    Kes si budak S tu plak, sama ada anak dia bangsa tak boleh simpan rahsia, atau terlepas cakap atau mmg jenis slamber mcm mak dia yang kaki rempit tu??

    Subhanallah.. moga dijauhkan & mintak dilindungi dari keluarga kita.. ameen..

    ReplyDelete
  19. tak mustahil budak yg bercita2 nak jadi penjenayah tu akan tercapai cita2nya menjelang usia 14 thn....sedih dengar kisah2 macam ni...yg terlibat plk kebanyakannya org Melayu.

    ReplyDelete
  20. sedihnye dengar citer DZ nih.
    moga anak2 saya d jauhkan dr aura negetif cam tuh.
    huhuhu.. memang kesian.. :(

    ReplyDelete
  21. ya allah mcm2 kisah skang ni kan.. mohon dijauhkan anak2 kita dari perkara2 sebegini yer

    ReplyDelete
  22. kesiannya budak tu..

    dia masih putih..

    ReplyDelete
  23. semuanya bermula dari ibubapa... .. kesian mereka yg tidak bersalah itu (anak-anak)..

    ReplyDelete
  24. Astaghfirullahalazim. ...speechless

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...