Saturday, October 26, 2013

Pasca Bajet 2014

Jujurnya, aku tak rasa apa apa pun pasal Bajet 2014 ( macam tu la jugak Bajet sebelum sebelumnya). Sebab aku tak terlibat/ tak dapat apa apa pun.
Apa apa pun,bersyukur lah, Malaysia masih aman  :P
Bersyukurlah, masih bayar cukai, termasuk cukai kalau nak beli kereta sukan ( (Bukan Macam Spesis Keparat Duit Banyak Lari Cukai tapi Nak Bergaya Kereta Mewah)

1. Bonus 1/2 bulan gaji penjawat awam
Aku bukan kerja Gomen pun. Bersyukurlah orang Gomen yg dapat bonus, tu pun masih ada suara suara yang pertikai kan " aik, 1/2 bulan aja? "...." aik, lambat nak dapat, bulan Jan 2014 baru merasa".  Orang lain ( baca: org swasta) merasa 'kesan bonus' aja tau ( semua benda naik harga).

2. Bayaran Bantuan Khas Pesara
Aku bersara dari main Candy Crush, tu aja.

3. Kadar BR1M ditingkatkan ke RM650
Tak dapat BR1M.

4. Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia ( i- BR1M), bernilai RM50 diberi kepada penerima BR1M
BR1M tak dapat, maka i-BR1M pun tak dapat la.

5. Baucar Buku 1Malaysia ( BB1M)
Tak dapat juga. Dah tak sekolah/sambung belajar.

6. Bantuan Persekolahan untuk sekolah rendah & menengah bernilai RM100
Tak dapat juga. Anak masih di tadika. Tak de peluang la nak melopong kat dewan sekolah tadah telinga dengar YB berucap(sebelum dapat duit RM100 tu).

7. Pemansuhan Subsidi Gula  sebanyak 34sen   
Demi kesejahteraan rakyat katanya. Aku masih sihat, tiada diabetes, dan yesss,terima kasih Gomen sebab sangat prihatin dengan kesihatan rakyat.  Tahun depan naikkan cukai rokok & todi kow kow ya..Sebab kanser paru paru ialah pembunuh nombor satu, kes pembunuhan/rompak/gejala sosial, pun salah satu puncanya ialah dari todi/arak.

8. Pemberian one off bernilai RM500 kepada individu berumur antara 20 - 30 tahun yang menyertai Skim Persaraan Swasta ( PRS)
Aku tak dapat juga. Dah tua bangka. 27 Disember, panjang umur, dah 35 tahun umur aku.

9. Golongan peniaga pasar malam, disediakan dana sebanyak RM100 juta bagi menampung kos perniagaan
Aku tak dapat juga. Mungkin kena start jual ayam golek kat pasar malam lepas ni.

10. Cukai Barang & Perkhidmatan ( GST) mula dilaksanakan 1 April 2015
Ohh !!  Akhirnya..yang ini, aku terlibat juga.Tapi takpa, tak perlu risau, terendah di rantau Asean katanya ( macam harga petrol :P ) MALANGNYA, bangsa yang tak dapat BR1M macam aku, masa nak dilaksanakan GST ni kelak, tak merasa pemberian one off bernilai RM 300.
 

18 comments:

  1. Masih keliru nak guna perkataan apa, BELANJAWAN atau BAJET ni? Mohon DBP bagi pencerahan demi maruah bahasa kebangsaan kita. Peace y'all...!

    ReplyDelete
  2. pendapat yang paling ohsem saya baca semenjak belanjawan dibentangkan.
    terima kasih atas semua point-point penting di atas.
    jujurnya..saya sangat bersetuju dengan apa yang doc katakan...
    bukan nak "bias" sebab suami saya jugak senasib dengan doc tapi...
    tapi sememangnya kita adalah antara golongan yang tak mendapat apa-apa menfaat dari belanjawan yang dibentangkan.

    kita adalah bangsa yang terpinggir dibumi sendiri..
    ~ sekadar pendapat sendiri.apalah sgt pendapat pinggiran seperti kita ni kan,doc? ;D ~

    ReplyDelete
  3. Samalah...

    Dapat duit peruntukan? Tak dak.
    Tambah belanja ada la...

    Negara kita dah macam ada robinhood..

    ReplyDelete
  4. makcik?? 1-6, 8-10 abuk pun tarrak.

    no7: tadi pagi pi kedai, tokey tu kata, kakak, gula suda naik harga ya..EXTRA 35sen! confirm, kuih muih kuih raya semua naik harga.....

    ReplyDelete
  5. Hahahaha!!
    Terbaik dr doktor!

    Terlibat hanya no 1,7 & 10

    Senyum

    Msia masih AMAN katanya :))

    ReplyDelete
  6. kannnn.....hahahaha...nak kena up n3 belanjatokwan gak ni.

    byk tak puas hati bila ada hati yg merasa puas dgn belanjawan terbaik utk rakyat.

    sepatutnya ianya lbh baik dr tahun2 sudah. huh!

    ReplyDelete
  7. Kalau diperhatikan, sebenarnya bajet nie beri mafaat untuk sesetengah golongan yang terlibat dan tidak menyeluruh kecuali GSTtuh la..golongan pertengahan bekerja swasta mungkin tak dapat tempias sangat..kecuali bila nak beli gula tuh kenalah berhemah sikit jgnmakan gula banyak takut diabetes..

    ReplyDelete
  8. saya pun tak dapat brim..
    pemerintah yang mendahulukan rakyat katanya..hohoh

    ReplyDelete
  9. Kalu doktor malu le harapkan br1m... bonus x dapat, makna dr private, berada tuh... adik dr kjaan pun mampu bli rumah 3/4 juta kat jb, alhamdulillah,.
    Bab harapan anak2 menjadi pengamal al-Quran tu yg tersentuh... yuppp biar lah jadi apa2 pun asal tunjang agama kuat dlm diri insya allah x menjadi apa2 yg menduka citakan ibu bapa...

    ReplyDelete
  10. Makchaq dapat bonus, tapi tetap bersimpati pada orang yg terkena tempias terutama yang kerja sendiri dan berpendapatan rendah..

    ReplyDelete
  11. Huhuhuuuuu...tak terkata bila baca!

    ReplyDelete
  12. dapat la juga duit 100 sorg utk anak sekolah tu...alhamdulillah...
    lepas ni tunggulah drug rep bgtau..."dr...bulan ni takmau order lebih ka?bulan depan ubat naik harga"...ngeeee

    ReplyDelete
  13. Bunda dapat Brim...bunda tak kerja..makan pencen arwah suami banyak mana lah sgt...syukur seadanya...Alhamdulillah...rezki dari Allah...

    ReplyDelete
  14. kita sama. swasta. Bezanya, anak-anak dapat la bantuan sekolah RM100 sorang. Jaaadi la. Baju sekolah dah tak murah sekarang.

    ReplyDelete
  15. Sekarang tengah risau dengan kenaikan harga gula.. semua makanan yang berunsurkan gula sah2 akan naik jugak..
    kesian bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah terutamanya.. nak kena kira balik budget bulanan.. hari tu dah kira budget untuk minyak, la ni kena buat rombakan semula..

    Syukurlah Malaysia masih aman..

    ReplyDelete
  16. oohh.. lebih satu je.. sangkut pada perkara 1 dan 10.. Nasib golongan pertengahan..

    ReplyDelete
  17. Nasib baik hubby keja swasta dpt gak bonus lebih dr setengah bulan gaji...lalalalariksssss

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...