Tuesday, October 1, 2013

Kolestrol, Lemak, Santan.


Fakta:
  • Kolestrol dalam darah kita,75% dihasilkan oleh hati kita sendiri. 25% aja yang datang dari sumber makanan
  • Kolestrol hanya di temui dalam haiwan. Jadi dalam kelapa,durian, rambutan, taugeh,dan lain lain tumbuh tumbuhan, tiada kolestrol okehhh..
  •  Kolestrol baik? Kolestrol jahat? Korang dah tengok video tu kan? Mudah nak faham :)
  • Apa beza lemak ( Lipid ) dan kolestrol? Baca Penerangan Mudah Ini
          




Kenapa aku tulis entry ini?
Sebab teringat entry Dr Singa yang ini..
Entri ini adalah utk merungkai mitos pasal kolestrol, dan fakta di sebalik kolestrol dan lemak.

Santan kotak 200mL. " Cholesterol Free Food" katanya.

Jadinya,jangan mudah terpengaruh dengan ungkapan " free cholesterol"...
Baca fakta yang aku tulis kat atas tu.
Sebab dalam santan kelapa,hatta yang original kita perah sendiri (macam ni haa), memang takde kolestrol. Jadi melabelkan produk mereka as " cholesterol free food " itu, apa makna nya?

  1. Marketing strategy nak beritahu pelanggan bahawa kelapa, fakta sebenarnya...sebagai tumbuhan tumbuhan, memang takde kolesterol, atau
  2. Marketing strategy, nak beritahu pelanggan kononnya produk mereka takde kolestrol ( nak banding dengan santan asli)
anda decide sendiri apa makna nya, okeh?  :P

Yang penting, dan kena faham, waima takde kolestrol pun.....

Nampak kandungan LEMAK/FAT nya?  Santan kelapa ( dan juga coconut oil ) tinggi kandungan lemak tepu( saturated fat). Dan lemak tepu ialah lemak yg tak sihat ( as opposed to unsaturated fat/lemak tak tepu)

So dah faham kenapa jangan semata mata baca " takde/tanpa kolestrol", kita dah boleh senyum lebar beli sesuatu produk?  :)   Kena ada basic understanding tentang food science + ketelitian membaca nutrition information ya.

Tengok satu lagi produk santan kotak ni...yang ini...

Packaging dan informasi tertera pada produk "Trim Coconut Milk" ini, pada aku lebih jujur, tidak misleading / tidak 'menipu secara berhemah'...kan? Jelas tertera kat kotaknya perkataan 'Reduced FAT' nya.

Cuba tengok maklumat nutrisi santan trim ni...
Per serving 15ml nya hanya 2g lemak ( hanya? hahaha)...berbanding 3.1g kalau guna yang 'non-trim'. Apa apa pun, lemak tepu, tetap ada...walaupun kedua dua varian santan ni adalah  'cholesterol free'


Spot the difference / beza kan versi kecik ( 200ml) VS versi besar ( 1L)....apa beza nya ( selain kuantiti la kan)  ??  :)



46 comments:

  1. tepuk tangan kuat sambil berdiri atas kerusi.....good explanation la doc...suke2...baru terang n jelas gitu....

    lieya ni kaki diet selalu gak bace tang fat free, kolestrol free...skrang ni baru paham dan jelas....so lepas ni kene pandai pilih produk....

    ReplyDelete
  2. santan asli juga tiada tandingannya...lemak berkrim

    ReplyDelete
  3. lebih prefer santan asli..cholestrol? apa tu? buat2 tak tau sbb nak jugak makan nasi lemak..kahkahkah...

    apapun..good explanation doc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap..bukan cholestrol..fat/lemak...

      Delete
  4. saya lebih suka the original state. maksudnya kalau beli susu tu biar susu, bukan yg low fat, high calcium etc.. kalau santan ni.. kalau dah takde arah sangat malas nak perah santan atau tak sempat..beli yg original.. tak payah nak fat free less sugar bagai.. most of it pada saya adalah marketing strategy semata mata.. sbb apa yg saya tau.. kalau kurangkan fat dalam susu, rasa akan jadi tak best..so dia mesti nak kena letak something else utk bagi kekal rasa lemak susu lembu..so apa dia bubuh? hehehe.. macam kata less sugar..mmg dia tak letak sugar.. tapi dia letak sugar replacement.. aspartame bagai kan.. lagi takut..

    ReplyDelete
  5. hadohhhhhh...entry ni mmg bagus buat aku yg suke masak lemak....wakakkakaka....
    ok ...cari santan kelapa ori laaa....ekekekekek

    ReplyDelete
  6. penereangan yg luar biasa ..
    sib baik akk memang titik beratkan kolestrol dan kanduangan semua nie
    maklumlah .. dah terbiasa ekkee
    TQ dik !

    ReplyDelete
  7. Walaupun kita tahu kadang2, tapi the power of marketing nie, tetap mampu mempengaruhi minda bawah sedar. Macam tu juga la dengan godaan masak lemak labu dan ikan goreng garing yang menggunakan minyak kelapa asli. Makan pula dengan sambal tumis udang yang mengening minyaknya. Hilang terus semua keinsafan penjagaan kesihatan. Aduhaii...

    ReplyDelete
  8. err... maknanya, susu ibu pun ada kolesterol gak la.. kan?

    ReplyDelete
  9. eh, silap... manusia bukan haiwan... sori.

    ReplyDelete
  10. terbaik...barula saya paham..lepasni nak beli barang kena tengok betul2 Fakta nutrisi pada label..kadang kiter terpengaruh dengan tagline rendah lemak , organik la memacam....
    saya kalo beli barang tengok sekali lalu jer lepastu tgk expired biler...hehe

    ReplyDelete
  11. TQ doc, very informative, tapi i ni kan bizi (lah sangat kannn), jadi i akan baca sampai khatam nanti2. TQ TQ TQ.

    My cholesterol is HIGH.

    ReplyDelete
  12. masih nak kena paham kan lagi... paham sikit2...
    kalau boleh makanlah yang tak yah ada santan...

    ReplyDelete
  13. Haaaaaaaaaaaaa???? Melopong mulut mak baca info yg doc bg ni?? Matik2 selama ni mak percaya bahawasanya kolestrol juga ada pd durian *yg dikatakan mempunyai kolestrol melampau tinggi..smpi mak takut nak makan!!*,dan juga pada santan. Cisssssss...!! Sungguh aku tertipu..

    Niway, thanks doc!! 1 perkongsian yg bermakna utk mak!! Lanting 1 kiss utk anak2 doc..:)

    ReplyDelete
  14. Jangan perlekeh cap ayam ..... hehehe

    ReplyDelete
  15. info yang bagus nih.. patut lah doc kata kalo nak kurangkan kolestrol kurangkan makanan bersantan.. upernye dalam lemak tepu tuh yer~ ok ok! paham dah~
    Thanks DZ. :)

    ReplyDelete
  16. macih doc utk info nih.... skrg nih kalu nk beli brg ralit lah tgk bahagian nutri info tuh.... utk diri sndiri n family jugak kan

    ReplyDelete
  17. Pasai hat besaq tu tak dak tulis 'Cholestrol Free Food'?

    Org tempat saya kuat makan gulai/kari jadi memang tak dapat lari dari guna santan2 ni tapi biasa guna yg orilah, beli campak dlm blender tapis (dasar pemalas...ngeee).

    ReplyDelete
  18. marketing strategy la tuh .... janji dpt influence end user

    ReplyDelete
  19. Maka...
    orang akan beli kotak kecik[ sebab tak ada kolesterol]
    beli banyak2..
    padahal lagi murah kalau beli kotak besar

    ReplyDelete
  20. assalam doc..memang tak berapa nak faham..maksudnya santan semua tu tak de kolesterol..tak lemak tepu la ye..

    ReplyDelete
  21. santan asli jugak pilihan hati walau adakalanya terpaksa guna santan ayam brand tu..

    pstt: perbezaannya ialah pada cholesterol free food bagi pek yang kecik.. yang besar takde.. ;)

    ReplyDelete
  22. Doktor pesan jaga makan..kolesterol saya tinggi huhuhu

    ReplyDelete
  23. yg kecik UHT. yg besar tak UHT?
    yg kecik cholesterol free food. yg besar tak pulak?
    hurm.

    tapikan, yg sy nampak cap ayam skrg ni mahal bebenor. hehe

    ReplyDelete
  24. pasal contest kek tu, ownernya ada 2 beradik.. kakak kat BP.. adik kat shah alam.. so kalau pemenang jatuh kat area mereka, diorang akan hantar.. bagi yg kawasan lain pun ada cawangan..tapi pembuat keknya lain la.. hehe.. so far banyak jugak cawangan diorang.. actually tak sure la panggil cawangan ke tidak.. diorang train org lain yg nak bisnes kek.. lepas tu diorang promote under satu nama..

    ReplyDelete
  25. So...mereka tak tipu bila kata takde kolestrol, tapi kita yg dah mcm tertipu sbb tak tahu.

    ReplyDelete
  26. biasanya pelanggan nih suka tengok ayat "FREE" tuh jer...hehe

    ReplyDelete
  27. Skrg nie jarang guna santan ori.. selalu gak guna santan kotak gini.. adess..

    ReplyDelete
  28. waduhh..selama ni kita tertipulah yek...

    beria-ia mak mentua kak ati suruh beli santan kotak bukan yg asli
    supaya takde kolestrol....kehkeh...sama2 tak tau

    ReplyDelete
  29. ohh tipah tertipu selama ni... stiap kali check kolestrol mesti doktor suruh kurangkan santan.

    ReplyDelete
  30. good info doc. but just for your information plant do contain cholesterol but in plant we call it phytosterol. so the claim is actually valid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, I know. :)
      They claim is absolutely valid...But why on earth they made such claim? :P

      Delete
  31. kalau saya memang tak check dah..makan je..hahahah..

    ReplyDelete
  32. alaaaa....dah penuh la lemak tepu dalam badan kami laki bini hehehe..susah la nak dapat santan ori kat sini, last option mmg santan kotak ni la

    ReplyDelete
  33. thanks doc...sellau bila beli brg,terpengaruh dgn strategi pemasaran dia org...

    ReplyDelete
  34. Okeh, paham, terima kasih tuan doktor.

    Akak guna santan perah mesen beli kat market :D

    ReplyDelete
  35. bagus jugak ada doktor dikalangan blogger ni. Boleh belajar ilmu baru. Good info doc.

    ReplyDelete
  36. kolesterol ada di dalam haiwan tapi tidak di tumbuhan...saya percaya.
    tapi sampai sekarang saya bingung.
    mcm mana santan kelapa ada kolesterol.? bukan ke santan kelapa yg tulin dari buah kelapa tua berasal dari tumbuhan juga.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he..
      Baca betul betul entry saya ni...fahamkan..
      Salah satu tujuan entry ni, ialah nak menerangkan bahawa buah kelapa( dan santan nya), adalah tumbuh tumbuhan,maka memang santan kelapa, tiada kolestrol :)

      Delete
    2. dari zaman sekolah lagi saya tahu(maasa dlm kelas biology) mmg saya diajar yg tumbuhan tidak ada kolesterol, dan hanya pada haiwan sahaja. tapi.....baru2 ni(6,7 bulan lepas) doc panel company saya kata.yg durian dan makanan bersantan mmg banyak kolesterol. jadi kurangkanlah pengambilan makanan berlemak kata doc panel saya. itu yg saya hairan tambahan pula sumber lisan dari kawan2 sekerja juga kata santan berkolesterol.

      hampeh kena tipu h saya ni, mujur ada entry doc ni.


      #gigih juga lah saya layan video tu. apa2pun terima kasih doc. skrg saya dah faham.

      Delete
  37. tq infonyer, wau poning kepalo KA nak memahamnyo ni !... sgt bermanafaat.

    ReplyDelete
  38. Baca entry nie...teringat plak pada sorg kwn rietta...katanya, org menjual nie...klu bleh alat tulis pown nk diletaknya kolestrol free...hehehe...

    ReplyDelete
  39. ada 1 benda sy musykil... bos sy x leh mkn mknn yg guna santan kotak ni. kalu kena, kulit dia jd merah2? knape ye?

    ReplyDelete
  40. good explanation. selalu tertipu dengan misleading iklan dekat kotak/packaging.. (bukan tertipu tapi sebab tau..kikiki).

    Cara Turunkan Kolesterol dengan betul

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...