Friday, October 4, 2013

Jenis Jenis Kaki MC

Sepanjang 10 tahun jadi dokter, ini pengamatan saya tentang 'jenis jenis kaki MC', yang saya pernah & selalu jumpa.
( Ini melibatkan mereka yg tak layak dapat MC sebenarnya)

1) Jenis Pushy
- kaki MC yang mendesak doktor bagi juga MC pada mereka,walaupun kita dah jelaskan mereka tak boleh & tak layak diberi MC...walaupun mereka sedar mereka memang tiap tiap bulan MC. Bila kehendak mereka tidak dipenuhi,boleh sampai jadi bergaduh dalam bilik konsultansi. Tak cukup dengan itu, pintu klinik di hempas kuat ( nak menunjuk betapa marahnya mereka).  Ubat yang diberikan ( kalau ada) pun tidak di ambil, terus blah macam tu aja. Dan kadangkala, mereka akan menakut nakutkan doktor dengan berkata
  • " Kalau apa apa jadi dengan saya kat kilang,doktor yang bertanggungjwab"  -- wahhhhh..takutttttnyaaaaa...padahal doktor in-house ( doktor dalam kilang) nya pun dah siap awal awal inform semua panel klinik tentang perangai hazab kaki MC macam ni  :)

2) Jenis Persuasive
- kaki MC yang gigih memujuk doktor memberikan belas ihsan kepada mereka ( macam lah bulan bulan sebelumnya doktor tak pernah belas ihsan/ tutup mata sign MC). Kadang kala proses mereka ini memujuk doktor,amat merimaskan. Sampaikan dah dekat 10minit mereka masih gigih memujuk ( sedangkan patient di luar ramai yang sedang menanti giliran). Jenis yang over, akan memujuk pula staff klinik yang ditugaskan memberi ubat kepada mereka, utk memujuk doktor supaya beri mereka MC. Jenis sebegini walaupun annoying,namun mereka ada sedikit baik la dari jenis Pushy.

3) Jenis Pulun
- kaki MC yang pulun & tak menyempat nyempat nak MC. Contoh keadaan:
  • Doktor tanya " dah berapa kali awak cirit birit?". Dia jawab " saya patutnya masuk kerja petang ni doc".  Dek kerana pulun nak MC, mereka secara di bawah sedar ( unconscious mind) telah menunjukkan niat/intention mereka,dan tidak menjawab soalan yang ditanyakan.
  • Doktor tengah buat pemeriksaan fizikal,contohnya sedang mengambil tekanan darah ,maknanya proses konsultansi belum pun lagi berakhir, si kaki MC terus cakap " saya nak MC hari ni".
   Kaki MC jenis macam ni,saya kategori kan sebagai biadap, sebab kot ya pun nak MC,pandai pandai lah berlakon. Dan tolong lah jawab soalan doktor ( walaupun doktor tahu awak menipu ..kah kah kah). 

4) Jenis Pelakon Hollywood.
- kaki MC macam ni pulak, bila dia berlakon sakit, doktor yang memeriksa pun naik meluat. Kalau dia menjelaskan tentang sakitnya, seolah olah dah kritikal sangat keadaannya( exaggerating) :
  • " saya cirit birit dah dekat 18 kali "  - walaupun pemeriksaan fizikal mengesahkan langsung tiada sekelumit tanda dia kekurangan air ( dehydration).
  • "kipala sakit, badan sakit, mata sakit, mau muntah,berak sakit" - kaki MC sebegini ,semuanya dari atas kepala sampai ke kaki, sakit! ha ha ha.Nak mengkhabarkan kepada doktor bahawa betapa ' kritikalnya ' keadaannya, dan perlu MC.
  • Berjalan masuk ke dalam bilik doktor,dengan terdengkot dengkot kaki nya. Kesian bebenor doktor melihat kakinya yang 'sakit' tu. Natijahnya? Lepas dapat MC, bila di skodeng dari dalam klinik oleh staff klinik menerusi cermin gelap,nahhhhh...kaki MC yang terdengkot dengkot macam dah nak gangrene kakinya tu, berjalan laju dan ok aja... tersenyum riang, nak pergi dating dengan makwe nya.
5) Jenis Berterus Terang
- Jujurnya,kaki MC yang macam ni,jarang boleh diklasifikasi kan sebagai 'kaki MC'.  Sebab dalam setahun,maybe hanya sekali dua aja mereka datang jumpa doktor, dan berterus terang bahwa mereka perlukan MC ( atas apa jua sebabnon medical,contohnya nak jaga anak sakit/nak pergi interview/dah lambat bangun/ etc). Tapi jangan tak percaya, ada jenis yang tak segan silu, secara terus terang, selalu sangat mintak MC ..so mereka ini lah jenis kaki MC yang berterus terang :)

6) Jenis Memenuhkan Kuota
- Jangan ingat kemasukan ke universiti aja ada kuota ya. Kaki MC jenis ini,dia punya anggapan dan pemahaman ialah ' setiap bulan perlu MC'. Setiap bulan kena penuhi 'kuota MC'nya. Jenis kaki MC sebegini selalunya terdiri dari warga asing yang bekerja di Malaysia. Dan ikut pemerhatian saya, mereka yang dari Indonesia, Nepal,Myanmar,Vietnam..sama sahaja pemalas nya macam warga Malaysia yang pemalas. Bukan macam suatu masa dahulu, di mana warga Indon yang sakit,gigih datang ke klinik,minta suntikan..untuk cepat sembuh, supaya boleh terus bekerja ( sebab mereka di bayar gaji hari). Zaman sekarang ni mereka kerja kilang. Gaji setiap bulan masuk.  Dan dalam semua warga asing, yang dari Bangladesh la yang paling kurang minta MC.Mereka lebih gigih bekerja,jarang sangat minta MC. Bila mereka ke klinik, itu bermakna mereka betul betul sakit.



Bukanlah saya ni bagus sangat, baik sangat, rajin sangat.
Saya pun manusia. Doktor pun manusia.
Saya sendiri ada masa rasa malas nak pergi kerja...Namun kita kena ingat,yang mana priority,apa tujuan kita hidup..Sesekali  menjadi malas dan nak MC, itu understandable..  :)
Saya percaya, majoriti doktor,bertimbang rasa...boleh di bawa berunding. ( unless kepada minority doktor yang memang super strict, follow the rules, ikut buku 100%  :P  )
Majoriti doktor, tutup sebelah mata aja sign MC atas MC yang tak layak dikeluarkan..atas sebab apa?Atas dasar timbangrasa.
Tapi ingat lah...
Timbangrasa itu, ada batasannya.
Bila batasan itu dilangkaui,maka siapa yang salah?
Doktor juga yang disalahkan sebab tak issue MC ( padahal dah selalu sangat di beri MC).

46 comments:

  1. saya dikategorikan selalu dapat mc..tapi bukan atas sebab sengaja tetapi memang dah tak berupaya nak bekerja
    almaklumlah saya ni ketegori 'fregile' sejak dari kecik sampai sekarang selalu sakit walaupun dah bermacam-macam usaha saya lakukan...letih sebenarnya mcm nie sampai dah jemu mengadap ubat

    sebab tu saya takut nak mc 'buat-buat' sebab takut hilang kepercayaan majikan terhadap kita....itu pendapat saya lah :}

    ReplyDelete
  2. Hehehe macam2 kan. Eka jarang mC. MC paling lama penah diambil masa jatuh motor ritu. Tu pun rasa bersalah je mc lama. PAdahal mmg sakit pun.Rasa nak cepat baik, nak keje nak keje. Ulang2 klinik KK rasanya 4 kali kot. hehehehe...

    ReplyDelete
  3. saya masuk kategori terus terang.. terus terang terus nak mc..tapi da lepas habis doktor check bagai la.. doktor pun tanya.. ni keja tak hari ni..saya pun jawab.. tak..saya nak mc... pernah sekali dua mc sbb mata ngantuk jaga bebudak terjaga bergilir gilir malamnya.. seb baik doktor ok je..hehe

    ReplyDelete
  4. Hurmmm..bnyk2 jenis kaki MC, mujur xde 1 pun yg mak lekat. 15 tahun kerja ni, jrg sgt2 MC ni kecuali taim beranak 3x ngan mc 1-2 ari akibat warded.

    klu migrain mcm separuh nyawa tu pun, mak amik cuti je..x kuasa nak gi klinik amik MC semata2. *ubat dah ada stok, so watpe nk gi klinik lg*

    ReplyDelete
  5. Mcm2 jenis MC yer dr. Alhamdulillah...saya memang jarang sgt MC. Tak pernah MC langsung pon ada:-)

    ReplyDelete
  6. 1st saya terbaca entri ni saya hanya tersenyum simpul.. n saya mengaku saya kaki mc sebabnya cuti tahunan tak banyak.. memandangkan saya seorang ibu bekerjaya kalo cuti tahunan hanya ada 14 hari setahun memang tak akan cukup cuti tersebut.. sebabnya.. cth macam anak sakit kena EL bagai.. so nak tak nak harusla ber MC untuk nak cuti.. kalo cuti tahunan ada 20 hari tak kesah la tak MC pun tak per kan..

    ReplyDelete
  7. rasanya doc dah pernah wat entry macam ni tapi dari sudut berbeza.. ;)
    saya pulak tak suka amik mc sebab tak suka tengok buku rekod perkhidmatan ada tercatatnya mc.. tapi tahun ni dah 4 kali saya mc.. :(
    Moga kesihatan saya dan kita semua tidak terjejas hendakNYA..

    ReplyDelete
  8. saya pun senyum2 je baca entry doc ..
    sbb hari ni benornya saya tak sihat ..biasa lah org pompuan ..
    dah mengigil tahan sakit ..dah pergi kerja..
    puas berkira2 mcm tak larat ..nak minta balik ..
    tapi udahnya sampai saat saya komen entry doc ..saya masih lagi di opis ..alhamdulillah ok dah skit ..lepas makan ubat .
    dan nasib keje pun xde ..mcm fhm2.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,

    macam-macam jenis pulak ye...hehe

    tapi macam hb kak ati pula..jenis tak mahu mc
    sakit dah teruk n doktor dah beri mc tapi dia tak mau mc
    yang itu selalu jumpa tak doc?

    ReplyDelete
  10. mcm2 orang yer, KA ni pulak jenis dr bagi MC dah tp masih nak dtg kerja jugak hahahaha

    ReplyDelete
  11. hehehe....macam2 rupanya ya doc...
    saya jenis jarang mc tapi bila mc makan minggu huhuhu

    ReplyDelete
  12. Ni kalau tampal kat tmpt tunggu pesakit, pun ok kot. :D

    Ada kwn opis dulu, blm MC dah tau...esok saya MC tau, tlg buat itu ini..adeh.

    ReplyDelete
  13. boleh sakit jiwa ngadap kaki MC ni..dulu masa buat locum siap dr clinic tulis kat card patient..."MC SEEKER"...dapat kat dr locum mmg takdak mc la kawan ni...tapi akak tak suka kalau kilang call sebelum patient sampai & bgtau such person nak mai klinic & arahkan kita jgn bg mc sb dia suka tipu...sgt annoyed dgn arahan mcm ni sb ia akan misleading & mengganggu judgement kita masa treat patient...coz kdg2 yg kaki mc ni betul2 sakit jg.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Daku selalu bertekak dgn doktor sbb tak mau mc. Adakala ambik jugak mc sebab nak jaga hati doktor...pastu pi keja sbb kejar tarik akhir. Betul2 guna mc bila dua2 kaki seliuh bengkak (2 minggu), tapi org opis tolong antor keja ke rumah utk disiapkan hu hu hu...alhamdulillah, takat ni blm betul2 perlukan mc hingga tahap memujuk rayu doktor ------> mesti bosan ada pesakit x suka mc kan hu hu hu

    ReplyDelete
  15. hahah..yang no 3 tu gelojoh sangt..ni kalau pi odisyen belakon mesti tak lepas nih..hahaha

    ReplyDelete
  16. tergelak baca jenis pulun,hollywood..mcm2 kategori...boleh menang award lakonan mereka...

    ReplyDelete
  17. Doc, ma rasa doc tulislah buku ttg pengalaman 10 th tu,tentu menarik. tak de lagi doktor2 tulis ttg apa mengenai kisah2 di sebalik , mulakan dgn kisah kerjaya ...bla3

    ReplyDelete
  18. hahaha dua2 berpura2......patient pura2 sakit, doktor pura2 rawat dengan convincingnya...hahah elok la tu

    ReplyDelete
  19. Dah banyak kali isu MC ni timbul, akhirnya tertulis juga entri di blog. Kesian pada para doktor kan? Bila ada kes camni, nak marah pun ada.

    Tapi setahu saya, rasanya orang perempuan yang lebih suka amik MC berbanding orang lelaki. ye dak?

    ReplyDelete
  20. Tanpa kaki mc, mesti boring kan doc? Hihi... Sebab drama2 mc kan mcm2 ada...
    ~ex-supervisor saya hebat. 10 taun keja tak pernah mc.. katanya...

    ReplyDelete
  21. ehaha terbaek sound tepek je entry ni.. oiii siapa makan cili tolong lah terasa pedasnya yer.. hahaha
    nasib baik I ni bukan taik MC.. kalau tidak mesti doc panel clinic Nizam menyampah tengok bini si Nizam ni asek lah nak MC tiap2 bulan.. hahahhaha. kadang2 tu ada lah jg MC tp boleh kira kot.. sakit ni kita tak minta, sekali allah dah bagi kita kena redha. Seingat I tahun ni ada sekali je I jadi 'Jenis Pelakon Hollywood' sebab dat time pergi tambun balik hari ahad dah tengah mlm.. so complot dengn Nizam ajak MC isnin tu.. nasib baik doc tu mmg dah kenal.. tiap kali jmpa dgn nizam, bkn cerita pasal sakit apa.. diorang boleh bantai borak pasal bola & hal semasa plak eh. hahe.. tp kita tak lah take advantage.. once in a blue moon je buat mcm tu hehe

    DZZZ, I tertarik dgn statement 1-4 tu.. kalau I lah jadi u.. dah lama aku tendang bontot diorang.. nyah kau dari clinic aku.hahaha itu doc yg kejam namanya kikiki

    kalau ikutkan panjang lg nak komen ni.. tp tak apa lah, dpt jg pengajaran dari apa yg dokter tulis harini hehe

    pssttt : I ada reply komen u kat blog I tajuk yang pasal blogger tadi.. nnt sila lah baca ek reply I tu.. karangan panjang jg tu hehehe.. kbai ;P

    ReplyDelete
  22. baru saploh tahun..?


    * sambil kira jari .. kira untuk diri sendiri *

    ReplyDelete
  23. saya tiada dalam kategori...alhamdulillah Allah beri nikmat kesihatan untuk bekerja. migraine. ..sakit perut...muscle..joints tu biasa..tapi sikit2. taknak la sampai amik mc..

    takut jugak kalau sihat tapi asyik ckp sakit...sakit...benda tu akan jadi doa nanti...

    ReplyDelete
  24. terbaik entri nie..
    scara terus terang..sy refer..mc terus terang..itupun klu cuti dh abis..terpksa amik..dan jgk ada kalanya mc holywod gak..tp bukan la...berlakon smp nk mati..klu sakit perut bgtau je..sakit perut je..walau dlm hati..rasanya doktor nie cm tau je.he4...tp bkn la sy jns kaki mc...

    ReplyDelete
  25. sy x tahu sy kategori mana hehee...sebab sy kalau boleh x nak MC hahaha..bajet best employee ler tu hahah...

    selagi boleh nak avoid mc..tp kalau dah sakit nak buat mcm mana kan huhu =P

    ReplyDelete
  26. Salam doc,
    ingat zaman kerja dulu, dah dpt MC pun kena pergi kena jgk ..ingatkan tanggjungjwb..tp zaman jahil dulu tahu jer mana klinik yg boleh beli MC..:)

    ReplyDelete
  27. hihihi Doc saya setahun tak sampai 5 hari pun mc....sebab saya memang tak suka gi klinik setakat demam sakit sikit sebab kedua saya tak suka makan ubat

    ReplyDelete
  28. keh3x! lawak plak baca.mcm2 pesen org..tp housewife mcm sy ni, kalo doc bg mc pun, xlaku dlm umah ni..bos2 kecik tu dulik apa mak dia mc ke tidak.kihkih.

    ReplyDelete
  29. hahahaha kesian doktor tp ada jugak doc yg sanggup call majikan kalau staff MC...

    ReplyDelete
  30. yg atas tu tak pe lagi..dosa dia antara doktor, dia dan Allah je. Yg sy hadapi lg teruk..bg MC palsu. Oleh krn sy pernah kerja kat hosp. tgk chop pun dah tau.. bukan doktor original. Malang nasib dia sy bagi dia surat tunjuk sebab dan buat laporan ke tatatertib.
    Rie, JB

    ReplyDelete
  31. Doc, nak MC doc. Esk isnin malas nak masuk kerja la. Hehe.

    Saya ni jarang sangat2 ambik MC. Kalau demam sikit2 tu pun pergi kerja atau ambik cuti rehat je.

    ReplyDelete
  32. den paling tak suka apabila staff den MC , pastu kat cert MC tuh tertera "headache"...aiyo pening kapala pun nak MC...

    ReplyDelete
  33. hihihi. senyum sengsorang jaa baca entry ni. di ofis jaa pun 2 org jenis kaki MC. tetiap bulan ada jer MC. sekali dapat 2hari lak tu.. hrmmm macam2 katenah patient yg para doktor perlu hadapi yer. jaa pulak utk thun ni xpenah lagi MC..... nk abis thun dah pun. bagss tak? kekeke....

    ReplyDelete
  34. Rietta pown gram dgn kaki MC tegar tnpa,sakit....sms kita kata MC, minta cover keja dia yg berlambak bersusun xabis, tiba tiba senior gtaw, dia update FB sopping di SOGO....fuh MC kt png, sopping kt KL.....mmg hangin lew....

    ReplyDelete
  35. Tapikan saya pernah pergi klinik sebab sakit kepala. Hari jumaat. Saya duduk je Dr tanya sakit apa. Saya jawab saya sakit kepala. Dr jawab.."ramai ye hari ni yang sakit kepala". Huhuhu. Lepas Dr check saya rupa-rupanye saya demam dh nak dekat 40 darjah celcius dah. Dalam hati nak jugak cakap kat Dr..tak semestinya yang sakit kepala nak MC aje. Kadang-kadang memang ada yang sakit kepala tapi tak leh nak tunjuk kat Dr. Kalau boleh tunjuk dah lama dah ku tunjuk.

    ReplyDelete
  36. Jujur kakak tak pernah MC walau kadang klinik bagi. Boss kakak tak duduk Malaysia jadi kalau tak sihat pun kakak pergi kerja tapi berehat/tidur di pejabat. Janji kakak dtg kerja. Kalau betul-betul sakit baru kakak tak kerja itu pun kakak tak payah minta MC bagai sebab soal cuti-cuti boss kakak jenis tak berkira - mereka dah faham style kakak...

    ReplyDelete
  37. sama mcm SIL sy selalu mengadu... walaupun klinik dia bkn klinik panel tp bila jumpa spesis mcm doc ckp ni, dia rs mcm nk hempok2 je... tp sbb tugas / amanah, dia telan je semua tu...

    ReplyDelete
  38. blh tak nak kongsi ada 1doktor medic terus tak angkat call bl 1 doktor gigi tanya blh tak nak mc dr klinik dia?? lebih haruuu kami sedara-mara...kalu dia nak jga profesionalisme suruh dtg klnk dl br kita bg, ckp je la kn

    ReplyDelete
  39. Mcm2 jenis orang ya doktor. Saya tak pernah minta MC. Kalau sakit, doktor tanya kerja tak hari ni? Saya ckplah saya tak kerja. Tau2 dah siap MC dengan ubat sekali. Kerja saya mudah sekarang ni kalau MC tu alahai sayangnya.... bukan angkat besi pun.

    ReplyDelete
  40. SA kalau pi klinik mmg akan terus dpt mc. X pernah mintak sbb SA bila dh sakit betul baru la pi jumpa doctor..setakat sikit2..tahan je...

    ReplyDelete
  41. saya jarang gak mc ni. sampai darah tinggi naik nak kena beranak esoknya pun masih gi ofiz kerja. kalau tahu awal2 tak pergi kerja..hehehehehe. hubby pun sama. kalau ofiz lama dulu, kalau amik mc melayang rm250 komisyen. kalau semua ofiz buat mcm tu kan best

    ReplyDelete
  42. kita kerja kenalar ikhlas, duit yg kita dpt tu nk kasik family dan anak-anak makan....klu suka sgt menipu mcm tu...rezeki yg kita dpt tu mcm tak berkat jer....paham-pahamlar klu dh tak berkat, kasi plak kt anak-anak makan....agak2 mcm mana yeh

    ReplyDelete
  43. kita kerja kenalar ikhlas, duit yg kita dpt tu nk kasik family dan anak-anak makan....klu suka sgt menipu mcm tu...rezeki yg kita dpt tu mcm tak berkat jer....paham-pahamlar klu dh tak berkat, kasi plak kt anak-anak makan....agak2 mcm mana yeh

    ReplyDelete
  44. Saya pernah infection telinga sampai kepala sakit walaupun dah makan panadol.Pagi tu saya ada test dan tak dpt hadir kelas sbb tak larat. Petang2 tu saya paksa diri sendiri naik bas ke pst kesihatan universiti tunggu 3 jam dgn tak larat. Saya kecewa sgt bila saya minta mc, doc kata dia tak pernah lagi bagi mc tok sakit telinga. MasyaAllah tak tahukah doc infection telinga sama seperti sakit gigi dgn demam sakitnye? Saya balik dgn hampa dan telan je painkiller byk2 selama seminggu. Saya jenis yg jarang sakit tetapi teruk sgt jika sakit.

    ReplyDelete
  45. Saya pernah infection telinga sampai kepala sakit walaupun dah makan panadol.Pagi tu saya ada test dan tak dpt hadir kelas sbb tak larat. Petang2 tu saya paksa diri sendiri naik bas ke pst kesihatan universiti tunggu 3 jam dgn tak larat. Saya kecewa sgt bila saya minta mc, doc kata dia tak pernah lagi bagi mc tok sakit telinga. MasyaAllah tak tahukah doc infection telinga sama seperti sakit gigi dgn demam sakitnye? Saya balik dgn hampa dan telan je painkiller byk2 selama seminggu. Saya jenis yg jarang sakit tetapi teruk sgt jika sakit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...