Wednesday, September 4, 2013

Termurah di Rantau Asean katanya...

Petang semalam, dengan bangga nya merasmikan petrol RON 95 dengan harga baru..



Tu diaaaa....



Adalah hamba Allah yang bagi komen.. " nanti Gomen kasik BR1M, kurang lah beban"
Dey tambi...
Pernah dengar istilah miskin bandar?
Yang 'kaya pun tidak, miskin pun tidak'..
BR1M tak layak terima, tapi tak kaya..
Golongan ini yang paling terkesan, dah la income tax kena bayar..
Tapi golongan atasan yang mewah selalu mencebik golongan ini tiap kali mereka mengeluh..di suruh nya golongan ini 'berjimat cermat', walhal dah habis jimat cermat dah. Sebab golongan atasan ni ' tak masuk kasut' mereka, maka mereka tak akan faham/tak mahu faham/ buat buat tak faham. Sekali tuhan bagi test kasi tunggang terbalik life, baru tau langit tinggi rendah  ...

kah kah kah

Ada lagi hamba Allah yang bagi 'fakta' ..tentang harga petrol dan cukai jalan di Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina..
Dey tambi..
Yang pi direct ' convert RM' tu apsal?
Cuba convert RM into Sing Dollar...sebab logik akal, rakyat Singapura guna duit mereka, di stesyen minyak mereka lah kan? Tak tau lah pulak kalau logik akal aku ni salah..

Dan pernah dengar tak tentang " Purchasing Power Parity ( PPP)" ?
Walaupun aku tak pi School of Economic, baca baca lah asas ekonomi..
Jadi baru lah celik minda...kuasa RM1 dan kuasa SingDollar 1 tu camane..
Cakap orang kampung, 'kuasa membeli' bila duduk Malaysia, vs duduk Spore, Thailand, Vietnam..mahupun Zimbabwe..
Ni formula PPP nak bagi mudah faham..

harga Drypers saiz L 68 keping ni selalunya sekitar RM34 - 35 kalau di Tesco. So bila baik punya promo macam ni, memang aku ambik banyak buat stok. Tak tahu la lepas petrol naik ni, harga promo macam ni boleh dapat lagi ke tidak..

Bukanlah rakyat nak zalim sangat demand nya pada Kerajaan..
Nak subsidi sampai kiamat..
Rakyat pun faham..
Tapi yang rakyat mengeluh tu sebenarnya, ialah pasal ' after effect' lepas minyak naik harga..
Harga Drypers tu sebagai contoh aja..
Banyak lagi benda yang terkesan ( based on kenaikan sebelum sebelum ini)....roti canai pun naik sampai 10 sen...apakehal? kau uli tebar roti pakai petrol kah? Petrol seliter naik 20 sen, tapi mamak punya bagus pakatan sesame mereka naikkan harga sekeping roti canai 10 sen..

Kata kunci nya ialah ENFORCEMENT.
Penguatkuasaan terhadap peniaga2 yang takde sivik naik kan harga tak munasabah( bukanlah aku menolak secara total kenaikan harga, peniaga pun nak hidup)..
Umum memang tahu, sedar, bukan lagi rahsia..bahawa penguatkuasaan undang undang amat lemah..dengan tak cukup kakitangannya, dengan rasuah dari peringkat bawah sampai la ke atas...Tengok time nak raya Melayu dah la...harga ayam pun boleh naik, tu pun Gomen susah nak control..


ps:  Ni kes harga naik ( after effect) yang tak munasabah...see? Tak sampai 24 jam harga minyak naik, harga nasik lemak naik ...naik sampai 50 sen!  Nasi Lemak Naik Harga 50 sen!

52 comments:

  1. jangan risau doc , harga cermin mata tidak naik...!!!

    ReplyDelete
  2. ai... sambal nasi lemak tu masak pakai minyak petrol ker? hehehe

    ReplyDelete
  3. Kakak dan abang kata inilah hadiah lepas pilihanraya dan kemerdekaan ke 56 tahun Malaysia doc. Tercekik rasa leher siapa pun tak nampak sebab dah kata tercekik, kalau mata terjegil boleh nampak. Kita tunggu next! akan ada lagi yg buat semua ramai akan terduduk.

    ReplyDelete
  4. ermm mmg kecoh pasal minyak ni kan doc...'silap' laa dieorg ni...doc pun paham kot maksud lieya 'silap' tu.... hmmmm what to do....kene la plan perbelanjaan dgn berhemah....

    ReplyDelete
  5. ramai org miskin kat bandar ni, gaji besar, tapi miskin, pastu tak layan dpt brim, huhuhuhuhuhu wei ada sale drypers bgtau, gua pun nk borong

    ReplyDelete
  6. assalam doc..memang sakit hati kan..lebih sakit hati bila ada yang cakap alaa..20 sen pun nak bising..kalau tak de 20sen tu..nak sebut seringgt pun tak boleh..contoh berapa besarnya 20sen..

    ReplyDelete
  7. Mmg paling menyakitkan ati bila harga minyak naik je, akan ada la ayat ' harga minyak di negara kita masih terendah berbanding negara bla..bla..bla' Macam cibs!!

    Baru 1 ari minyak naik harga dua posen, makanan dan brg2 dah mencanak2 naikkan harga brgan mereka berganda dr harga asal. Memang semakin terdesak kehidupan kita skrg ni.

    Nampak mewah...tp apa pun tarak!

    ReplyDelete
  8. kami lah tu...tak layak terima apa2, tapi bkn org kaya pun!
    tersepit di tengah2...rasanya jadi golongan paling rugi.

    ReplyDelete
  9. sayalah golongan miskin bandar itu..

    *pasrah ajelah*

    ReplyDelete
  10. Sekarang kakcik nak beli stok minyak masak banyak2... manalah tahu, dari RM13.35 untuk 5kn akan naik jadi RM15.00 pulak ke...

    ReplyDelete
  11. Dgr kata dia org nak bagi something kat golongan pertengahan...kita tgk apa yang dia nak bagi.
    mungkin BR1M gak kut.. dinaikkan paras 3000 ke paras 5000 agaknya..

    tak cukup!

    ReplyDelete
  12. entah apa lak lagi yg naik lps nie... aduhaiii termasuk sy jugalah doc miskin bandar tp income tax ttp juga kene bayar... cam ne tue...

    ReplyDelete
  13. Perfect!!! and truly true!!
    setuju sangat dgn statement diatas.. ko pikir lah Bedah, dia naikkan minyak, lepas tu terus esoknya keluar statement kata nak naikkan BRIM jg.. Yinnaaaa??? ko naikkan sana, ko turunkan sini lepas tu pusing sana, pusing sini.. ini dah ibarat harga time sale kat sogo pulak.. padahal pusing2 itu jg bendanya/ harganya.. akai ada ka deyy??!! (sorry DZZZ, i cuma nak luahkan perasaan je)tensi akak hehehhehe

    ReplyDelete
  14. pergh teringat hujah2 mmber kt fb. berasap gila. sy rasa org yg beria2 kondem bila org mengeluh ni amatlah tak berperikemanusiaan..ntah berapa byk hati yg tguris dgn hujah2 dia. sodih! knp la ada kwn gitu..isy3..

    *maid setakat ni ok lg..
    *ayah sakit arthritis. pg ulang alik hosp pun doc dah xbleh buat apa.balik dgn hampa. tulang lutut dh bgesel..doc byg kan ...bila ayah berjalan, bunyi tulang berlaga..krap krup..krap..ngilu hati ni doc..ubatnya ada 1, pakai pelapik kat tulang lutut. kos 24k yg hanya bertahan utk 6bln. pastu tukar lg. ohh kami memang org kaya..24k apalah sgt. minyak naik 20sen? apadahal! huhu..ada kaitan tak.. ;p

    ReplyDelete
  15. walaupun termurah di Asean tapi kalau nak isi minyak tak jugak kita isi kat pilipina ke brunai ke..kan??isi kat Petronas Simpang Ampat jugak..hehehe

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum DZ

    dulu dulu dulu....naik pun sekarang masih berkuasa
    bermakna ramai yg suka cara begini

    ReplyDelete
  17. sbb naik minyak petrol... kite sume2 naik minyak jd nyer sbb sume brg naik harga berringgit2

    ReplyDelete
  18. mmmm...ada masa kerajaan pun patut disekolahkan.

    ReplyDelete
  19. Drdaddy

    Setuju!!
    Saya & suami x layak apply BR1M
    Mmg antara golongan pertengahan yg xde pembelaan!!

    ReplyDelete
  20. tq sudi komen di blog akak..
    yupp golongan miskin bandar yang semakin banyak selepas ni, ahlinya termasuklah akak dan suami.. nak harap brim gaji kami berdua lebih 3000 tapi fikirlah, harga rumah bandar yg selesa sikit... teres je pun, dah 200++k, kereta yang selesa untuk 3 anak.. alza je pun, bil api yg sentiasa naik, bil unifi tu pun memudahkan key in markah dan segala mak nenek yang online je sekarang,.. baki yang tinggal? jadilah kami simiskin bandar...

    ReplyDelete
  21. Saya pernah hidup sebagai miskin bandar. Gaji ayah kami kecik tapi kami tak layak dapat bantuan buku sekolah kerana kami cuma dua beradik. Masa tu bantuan buku sekolah hanya utk keluarga miskin yang ada anak ramai ..... huhu

    ReplyDelete
  22. slps harga baru , isi minyak 50 , tangki tak penuhlah.

    ReplyDelete
  23. Betul tu. Orang boleh boleh la ditipunya tentang direct convert ke RM tu. Nak kata bengap belajar tinggi-tinggi. Kuasa dia kita tak sama macam kuasa duit diorang tu.

    ReplyDelete
  24. dah tak nampak angka 1.9 di screen pam minyak..haha

    ReplyDelete
  25. Jom makcik nak lancarkan demo...nak tuntut dapat BRIM jugak!...tak aci kan...

    ReplyDelete
  26. Bawak bekal selamanya la SA pi keje....leoas ni bahan basah plak naik...tanam sayur dlm pasu la...ikan ayam daging x yah mkn...sardin pun mhl...ikan bilis lg mhl..telur? Adeh....

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah... setakat ni bersyukur seadanya...

    ReplyDelete
  28. pakcik tak faham miskin bandar..yg pakcik tau harga minyak subsidi turun...mana ada naik?- hahahahhahahampehhh

    ReplyDelete
  29. As-salam doc..

    tahun ni akak nak juga apply br1m.. biar tak sakit hati sangat.. hu..hu.. tapi nanti sakit hati juga kalau tak dapat.. hurmm.. nak buat macam mana ni.. terpaksalah sakit hati juga kan.. itulah nasib si miskin bandar..

    ReplyDelete
  30. As-salam doc..

    tahun ni akak nak juga apply br1m.. biar tak sakit hati sangat.. hu..hu.. tapi nanti sakit hati juga kalau tak dapat.. hurmm.. nak buat macam mana ni.. terpaksalah sakit hati juga kan.. itulah nasib si miskin bandar..

    ReplyDelete
  31. sakit jiwa bila sebab isu minyak, rasa kita lak nak naik minyak ni !

    ReplyDelete
  32. tadi pi isi minyak ron 97 (sebab kete kekwat, kalu guna 95 dia tersedu2 coiii sgt), org minyak kat kontan nih komplen harga roti canai kat penang dah naik....huhhuhuhuhuuu...nk kena blajar buat roti canai sendiri la lepas nih!

    ReplyDelete
  33. aiisshhh... grocery kena beli elok2 lepas ni.. sebab sendiri punya costing, tang makanan mmg byk belanja & membazir (termasuk diri ini)... kalo minyak tak naik, main taram beli je ya mokcik mulan.. malas nak pikir dah.. sbb tak de kuasa..

    ReplyDelete
  34. kena kurangkan lagi perbelanjaan bulanan.. :(
    nanti naik lagi.. ntah apa pulak nak kena kurangkan.. :(

    ReplyDelete
  35. walau bukan saya yang isi minyak kereta n motor, tapi saya tetap terasa bahangnya.....
    balik johor kena naik flight lah ni kut, agak2 harga tiket naik x yerk...huhu

    ReplyDelete
  36. betoi penguatkuasaan lemah...
    kalau takat minyak naik kita boleh terima.. kesannyer lepas kenaikantu tak masuk akal..

    ReplyDelete
  37. hurm tp kan..pelikla..ada yg seolah suke minyak naik..taksub sgt dgn parti haaihhhhh

    ReplyDelete
  38. saya pun "miskin bandar". dua hari lepas rasmi minyak rega baru...hmm..terkesan sangat. after effect nya pun dah dirasai..nasi goreng RM3.50..dah jadi RM3.70. Satu liter petrol diperlukan untuk goreng nasi.....curious memikirkannya.

    ReplyDelete
  39. Tak tau dah nak ckp ape. Sian yg idup susah...

    ReplyDelete
  40. ada order ubat kat wholesaler tak?kalau ada perhatikan juga harga2 ubat @ medical itemnya...depa naik harga tak bgtau...kalau direct dari company depa bgtau awal2.akak dah pernah kena...jual ubat harga (ocp) harga modal...hehe

    ReplyDelete
  41. errr err.....
    rasa mcm nak jual kereta pastu naik beskal...boleh dak?????
    hihihi.....

    ReplyDelete
  42. betul!! bukan marah psl minyak naik.tp kos yg berkaitan semua akan naik dgn alasan minyak naik.kerajaan akan keep on perabis duit kat kepentingan politik..

    ReplyDelete
  43. hehe..tapi undi tetap bn..ha.ha..rakyat malaysia

    ReplyDelete
  44. peningkatan sara pebelanjaan hidup

    :(



    yg kais pagi makan pagi macam mana eh?

    ReplyDelete
  45. Dah terasa pon kesan kenaikan. Harga nasi lemak mahal dari biasa. Dulu rm3.00 dgn lauk, skang ni RM3.80 dgn lauk. Cer kira brapa byk dorang naik kan. Ini tidak adil.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum,
    sudah ketentuan allah, kata ulamak.
    Kataku, boleh naikkan petrol, silalah turunkan peratusan taX...ada berani? kata rakyat didahulukan hu hu hu hu

    ReplyDelete
  47. pd sy la..xsalah kalu nk naik kn harga petrol tp berilah kami petrol yg berkualiti... tkt2 nnt, RON92 x ngam dgn kete, daaaa... nk cekau lg duit baiki kereta pulak...

    ReplyDelete
  48. sy xboleh lah nk cakap pasal hal ni.bila sy ckp or baca rasa stress,sampai nk nangis lah doc.nilai duet skrg mmg mencekik.sy beli bihun goreng KOSONG rm1.50 kalau x selalu singgit je.Ya Allah.mmg rasa nk nangis~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...