Monday, September 23, 2013

Diagnosis Mudah: " Ada Benda La Tu "

Apa yang aku tulis ni, mungkin mengundang kontroversi..
Tapi aku rasa,aku perlu menulis..Utk berkongsi dan minta pandangan anda..

Aku percaya kepada syaitan,jin, iblis, ifrit, etc..
In fact, beriman yakni percaya kepada perkara ghaib itu wajib.
Dan aku tak menafikan keterlibatan makhluk2 macam tu dalam mengganggu kita.

Cumanya..
Janganlah terlalu obses..

Sakit pinggang yang baru berlarutan seminggu..
Terus jumpa ustaz/ pusat rawatan islam yang terkenal..
Jawapan clice perawat perawat ini.." ada benda"
Dan di suruh berubat dengan ayat ayat Al Quran, which is bagus la kan..
Cuma begitu mudahnya perawat perawat ni " buat diagnosis" ada nya gangguan tu, kadangkala menjengkel kan aku..

Bukan aku sengaja nak jengkel..
Tapi dah banyak kali sangat aku jumpa kes..
Baik di hospital dahulu..ataupun di klinik..
Ataupun yg melibatkan saudara mara sendiri..
Di 'diagnos' kena buatan/ ada benda/ada gangguan yang menyebabkan selalu sakit pinggang/pening kepala/cirit birit..
Padahal..
Bila betul betul buat pemeriksaan lanjut, ternyata ada penjelasan fizikal ..
Penjelasan dari sudut medical yang boleh jelaskan,kenapa sakit tu timbul..
Kes yang paling terkini, seorang patient aku yang selalu sakit area leher dan bahu..
Macam macam ustaz dah jumpa,.termasuk seorang perawat yang famous ni ( aku tak mahu tulis namanya)..
Dan jawapan cliche nya  "ada benda tumpang"...." ada gangguan".
Last last korang nak tahu patient aku ni sakit sebab apa?
Sebab tulang leher nya ( cervical bones) ,2 bahagian cervical bone nya dah hilang ! Hilang dan rapuh kerana kanser tulang. Punca asalnya  ( primary) ialah cancer thyroid, yang kemudian merebak ke tulang.

Tuhan suruh kita ikhtiar.
Dan ikhtiar guna akal,bukan buta buta ikut cakap orang.
Kalau dah habis extensive medical test di buat, masih tak boleh detect punca nya..
Masa tu,nak sangat kata ' gangguan' atau ' ada benda'....dipersilakan  :)
Ni aku menegur buat spesis yang cepat mengalah/ tak tahu sabar..
Sakit baru seminggu dua tuhan uji..
Terus jumpa perawat..
Dan perawat pun satu hal...Tapi aku tak mahu lah kondem perawat,kang lagi kontorversi  :P

52 comments:

  1. Kalau x-ray tak boleh nampak 'benda' ke, doc?

    cubaan memfizikalkan bend ayang metafizikal... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hantu tu berketumpatan tinggi macam tulang/plumbum/atap zink, nescaya boleh appear dalam xray. ~bahahaha

      Delete
  2. kalau jumpa tok moh lagi haru.. "buatan orang.." siapa? adala ni.. orang dekat dekat jugak.. cam tahik.. hahahaha..

    cousin saya masalah mental yg teruk masa baru start belajar kat u.. sampai solat pun ketawa.. katanya ada tuan puteri nak berkawan.. later on..diagnosed sebagai skizo..kesian.. sampai sekarang tak dapat habiskan belajar.. da 5-6 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Challenging for the psychiatrist utk explain pada waris pesakit bahawa pesakit hadapi masalah psikiatri,macam schizophrenia ...kalau waris lebih nak percaya 'buatan orang'...sebab penyakit2 psychiatry ni mmg simptomya boleh overlap dengan 'gangguan'...eg macam hallucination :)

      Delete
  3. kalau doc kata tak sakit apa@ tak dpt dikesan ini kemungkinan ada benda lain selalunya.

    ReplyDelete
  4. salam doc ..kdg2 ada org mmg obses ngn bomoh2 ni ..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum DZ

    kalau yg pakai bakar kemian tu lagi saya tak percaya
    sebab antara makanan syaitan adalah asap

    ReplyDelete
  6. Bagi akak dua2 kena ikhtiarlah. Lepas gi doc boleh je nak gi jumpa ustaz bagai tu...:)

    ReplyDelete
  7. kalo kita dengar tanyalah ustaz pon, ustaz kata kita kena wat rawatan dari segi perubatan dulu, kalo doc kata memang x de penyakit or kita sihat baru lah cuba rawatan secara islam pulak.

    sedih plak dgr kisah pesakit DZ tuh. :(

    ReplyDelete
  8. heheh..
    itu mentaliti org melayu..
    mmg susah nk ubat dh mentaliti mcm ni doc:)

    ReplyDelete
  9. nak duit je depa tu..agak jarang la depa nak cadangkan pesakit dapatkan rawatan kat hospital dulu..depa tengok air dalam mangkuk boleh tau penyaklit kita..hebat betoi.,.

    ReplyDelete
  10. saya pun ada je org2 yg terdekat yg sgt suka jumpa perawat ni. blm apa2 mmg tau dah jawapan cliche nya tu. hmmm... kami yg dengar ni pun malas nak kata apa sbb mereka pun org2 pandai juga.

    ReplyDelete
  11. Eh..eh..hal ni baruuu je mak bincangkan ngan kwn2 2-3 ari lps. Slalunya org2 tua la yg percaya ngan kaedah aternatif gitu. Pd mak, try check secara medical dlu, then kalo dah mkn ubat, ikut nasiht doc but still x baik2, baru la ihktiar cara lain pulak.

    ReplyDelete
  12. Tapi ada juga yg kakak dah jumpa doktor kata ok tak ada apa tapi bila balik aje dia menjerit-jerit. Ustaz dtg entah baca apa ok. Esoknya dia dah letih jumpa doktor, kata ok lagi. Tapi tak lama jerit-jerit sampai pengsan!! bawa hospital sedar doktor pun kata tak apa-apa. Balik rumah muntah-muntah, jerit-jerit... sampai sekarang tak baik lagi.. tapi tetap doktor kata tak ada apa.

    Kesian kakak tengok sampai suami dia pun dah bingong.... nasib baik dia tak kerja tapi dia ada jaga baby org. Susah kan..

    ReplyDelete
  13. betul tu doc..jumpa doc dulu..tapi tu la kan bagi yang tak mampu nak ke swasta ni..kadang bertahun jugak nak cari punca penyakit doc..tapi nak buat camana..bertahan la dengan ubat yang di bekalkan.

    ReplyDelete
  14. hehe,tanya balik
    'apa kebendanya?'
    hehe

    ReplyDelete
  15. zaman serba canggih ni macam2 kan..mcm one of my uncle..mata kekuningan, asyik muntah..gastrik..dalam badan banyak angin..x nak pi spital but jumpa dukun..the dukun said..ada benda dia tersepak..anak benda tu la tuh..what the....ntah la....malas nak campur dah...

    ReplyDelete
  16. kita ade cerita... panjang beno nak tulis kat sini... nanti later2 kalau ade gathering ke.. or kot tetiba p mintak ubat ke kan.. buleh cerita... ;)

    ReplyDelete
  17. cerita pasal pengamal perubatan islam ni kan, memang banyak sangat yang saya tak puas hati dengan cara diagnosis mereka... dan lebih marah bila "pesakit" tu sendiri percaya buta-buta kata perawat tu.... rasa nak ketuk kepala dua2!

    ReplyDelete
  18. ramai yg jadi tok 'gomol' sekarang ni...

    ReplyDelete
  19. Saya pun ada juga pergi rawatan Islam ni, biasanya Darul Syifa' la. Tapi biasanya ditanya dahulu, doktor kata apa?pergi la jumpa doktor dulu, lepas tu baru datang sini.Dan di Darul Shifa' pun ada disediakan doktor perubatan juga.

    ReplyDelete
  20. kalau yang jenis taksub dengan perubatan tradisional percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan (bukan semua).. nasihat macam mana pun tak berguna.. sekurang-kurangnya cubalah juga perubatan moden.. kemungkinan ada penyakit seperti yang doc bagi contoh tu ada dalah diri pesakit tu.. ;)

    psstt: baju-baju telah selamat dibasuh.. nasib baik rumah tak bersepah.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  21. Kat bandar2 pun ada lagi orang berfikiran macam ni. Patut pergi hospital dulu. Kalau sakit tapi doc lak kata sebaliknya baru boleh iktiar cara lain pulakkan.

    ReplyDelete
  22. Bila sakit, mesti nak pi klinik atau sepital dulu. Tapi kalau dah pi klinik atau sepital, doktor dah cakap tak dapat detect apa masalahnya, err itu musykil jugaklah kan..

    ReplyDelete
  23. tapi bagi saya orang yang pernah ganguan jer tau macamana rasa sakitnyer bukan kepalang macam nak mati bila terkena ganguan makhluk halus ni...pergi hospital dah buat special check pun tak dapat detect sakit apa..bagi saya boleh jumpa ustaz tapi kena lihat ciri2 @tanda2 kita terkena makhluk halus tu dulu..jumpa ustaz pun jangan pulak pergi ustaz yang tak bertauliah pergilah rawatan islam misalnyer ustaz harun din @ ustaz malik ..eh terpanjang pulak...

    ReplyDelete
  24. saya baca entry ni. tak dapat nak komen lanjut kerana takde pengetahuan mendalam ttg nya. apa pun...i always refer to clinic or hospital first before any alternative treatment..

    ReplyDelete
  25. percaya bulat2 pd alternative med pun tak boleh juga.....
    makcik pernah "test" alternative medicator (betul?) ni..2 different person for 2 different problem. dua dua kata...tak ada orang buat/tumpang aih...........haha ai pun tak kata org buat pon...

    ReplyDelete
  26. den kerap juga jumpa orang macam tuh , sikit2 jumpa Ustaz , pening kepala sikit jumpa Ustaz...hmm...

    ReplyDelete
  27. Semlm ada satu mamat mengadu sakit pinggang.
    Dah bertahun sakit.
    Baru balik dr perubatan islam.
    Siap ada kad rawatan.
    Siap buat pembedahan.
    Masukkan plat kat pinggang.
    Ada ditulis dlm kad rawatannya.
    Nak gelak tak sampai hati.
    Dan kenapa nak jumpa doktor?
    Tak dpt MC....

    Panas mendidih jadinya.

    ReplyDelete
  28. nasib baik kalau haiwan sakit dibawa ke Vet, bukan ke bomoh..hehe

    ReplyDelete
  29. Saya pernah tulis psl hal ni, sbb ada sesetengah org percaya kalau ada sakit..mesti ada jin yg penyebab. Saya susah dpt zuriat pun dikaitkannya dgn jin. (Lagi bangga la jin bila ada org2 gini)

    Saya pernah ke pusat rawatan us. Harun Din, perawat tu pesan kalau ada sakit pegi jumpa doktor dulu. Kalau tak dpt kesan baru jumpa perawat.

    ReplyDelete
  30. betul tu ckit-ckit jumpe ustaz kalu sakit kan
    lom usha dah mengalah ek
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  31. betul tu ckit-ckit jumpe ustaz kalu sakit kan
    lom usha dah mengalah ek
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. cancer thyroid?
    tak ada symptom lain?
    tak ada thyroid lump?

    ReplyDelete
  33. sangat setuju!
    both opinion needed actually!
    aku gitulah!

    ReplyDelete
  34. i have to agree wif your opinion too doc...
    get medical help dulu...
    kalo dah tak leh sangatttttttt sangaaattt sangaaattttt...
    baru lah ikhtiar cara lain...

    ReplyDelete
  35. Kedua² cara perubatan adalah perlu.. Jika secara moden dah cuba masih tidak berkesan lepas tuh boleh laa dptkan kaedah perubatan tradisional plak..kan..

    ReplyDelete
  36. jmp ustaz boleh tahan lg doc...ini jmp org yg belum tentu jga smbhyg nya..ckp berdegar2...mcm kan dia ja tau ilmu pelusuk alam...hurmmmmm..ada pulak org yg percaya..sikit2 mintak air...sikit2 mintak air...lemassss

    ReplyDelete
  37. biasanya doc pun akan nasihat..lepas dah diagnose segala tak jumpa apa penyakit..berubatlah dengan ustaz2..bukanlah doc tak percaya kan..cuma cari dulu apa puncanya secara saintifik..tak jumpa baru beralih kepada perubatan alternatif..tak salahkan..tapi yg pasti bukan bomoh..huhu..

    ReplyDelete
  38. Dia mungkin nak expresskan pada org lain bahawasanya dia adalah seorang insan yang berjaya. Yang menarik kaum halus atau dicemburui oleh manusia lain yang dengki pada dia. Ishh..apsal akak negatif nie. Merepek dah nie. Next entry Doc lah nanti akak komen bijak2 sikit.

    ReplyDelete
  39. cara rawatan alternatif moden islam agak berlainan dgn cara rawatan moden. bagi saya kedua-dua nya pun bagus dan kelebihan tertentu

    ReplyDelete
  40. Uncle kalau batok pon jumpa pawang.... Baru oldskool

    ReplyDelete
  41. ini tahap menyusahkan keluarga juga pada akhirnya..

    ReplyDelete
  42. akak utamakan ke doctor dulu... scan, xray, test darah, test urin.. dah semuanya doctor kata okey tapi masih sakit.. baru usahakan ke rawatan altenatif.. ..

    ReplyDelete
  43. Jiran saya kononnya nampak sesuatu kat rumah sebelah. org rumah sebelah ni pun jumpa perawat.Anih sungguh perawat merawat pulak org yg tak nampak sesuatu tu., dibaca mcm2 dan rasa sesuatu. Saya ada di situ menyaksikan sesuatu yg agak kurang masuk akal.!Ada juga saya dgr cerita2 nakal perawat guna scan tgk ada gangguan..nonsense!

    ReplyDelete
  44. apa2 pun jumpa pergi jumpa doktor dulu...

    ReplyDelete
  45. dah 3 kali kena 'buatan orang'... dan hasilnya 3 power rangers

    ReplyDelete
  46. yg sebetulnye berubat laa care moden dan tradisional tu seiring kan doc....lagi bagus pi spital cek dulu, jumpe pakar...bile jalan penyelesaian buntu baru laa ikhtiar care tradisional.....

    bagus doc up entry nie...hope byk membuka mate org diluar sana....

    ReplyDelete
  47. mmg selalu jumpa kes macam ni....patient ckp..."saya p jumpa bomoh...bomoh kata ada benda"...
    akak punya jawapan biasanya mcm ni.."mmg la bomoh akan cakap ada benda..kalau bomoh cakap kamu ada batu karang kot pelik plk kan?"..

    tapi akak ada juga few cases yg betul2 takleh explain..yg sembuh dgn islamic trad treatment..wallahualam...

    ReplyDelete
  48. org kite ni tau nk berubat je. tp nk berusaha berubat sendiri tak de la plak. psl2 benda ghaib ni, nk buat pendinding sendiri pon mls (mcm membaca ayat2 suci al-quran) pun malas. sbb tu mudah sgt nk percaya kata2 bomoh yg xbertauliah / dangkal ilmu ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...