Monday, August 19, 2013

Pedulikah Kamu Tentang Nasib Saudara Kamu?

Lama cuti menulis blog, sempena raya.
Mood nak menulis pun tak berapa nak ada..
Mood marah, sedih, geram, mengharap.....dengan apa yg terjadi di Mesir.

Tak perlu nak selusuri sejarah panjang politik Mesir.
Tak perlu nak selusuri sejarah Ikhwanul Muslimin..
Tak perlu nak faham tentang perangai gila askar Mesir yang suka merampas kuasa, sejak zaman Kolonel Gamal(Jamal) Abdul Nasir..
Tak perlu nak faham ' dosa dosa' Dr Morsi..

Fahamkan satu aja..
Iaitu..
Anda ada kuasa..
Ada senapang, pistol..
Ada tak boleh sesuka hati menembak manusia yang tak bersenjata..
Anda tak boleh sesuka hati menembak manusia tak bersenjata yang tak memprovok anda..
Anda tak boleh sesuka hati menembak wanita dan kanak kanak..
Anda tak boleh sesuka hati bakar manusia yang berlindung di dalam masjid..
Anda tak boleh sesuka hati bakar bangunan blood bank..
Anda tak boleh sesuka hati guna peluru yang diharamkan dunia, utk menembak saudara seIslam anda.
Benda benda yg ditulis ini ialah common sense, yang berakal, baligh, tak pergi sekolah pun boleh faham. 

Bayangkan ayah/emak/abang/adik/suami/isteri/sepupu/jiran anda yang terbaring di sini...anda perlu melangkaui mayat mayat ini utk mengecam mengenalpasti orang yang anda sayang. Mereka ini di bunuh begitu sahaja, tanpa mereka memberontak angkat senjata. Hanya binatang dan manusia yang sudah ditutup hatinya sahaja tak akan berasa bersalah/sedih atas apa yang berlaku..sesuai dengan sabda Baginda tentang petanda petanda kiamat( akhir zaman) : 
"Sungguh menjelang kiamat akan terjadi al-haraj. Mereka bertanya, 'Apa itu al-haraj?' Beliau menjawab, 'Pembunuhan, tapi bukan pembunuhan kalian terhadap orang-orang musyrik, melainkan sebagian kalian membunuh sebagian yang lain sehingga seseorang akan membunuh tetangganya, saudaranya, pamannya, dan anak pamannya.' Mereka berkata, 'Apakah saat itu kita masih punya akal?' Beliau menjawab, 'Sungguh, akal manusia pada waktu itu akan dicabut dan digantikan dengan akal manusia yang tidak genap. Sebagian besar mereka mengira bahwa mereka berkuasa atas sesuatu, dan bukan sesuatu yang lain'." (HR. Ahmad)"


Tiada alasan anda tak mahu mengecam kegilaan terkini di Mesir sebab ' tak faham konflik'
Tiada alasan anda sebagai pemimpin negara, bersikap dayus tak berani menyatakan pendirian menentang & mengecam kezaliman yang berlaku secara lantang.
Ingat pesan Nabi ni;  " Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat ini, maka ia bukan dari kalangan mereka".


Saya menyeru rakan rakan blogger yang masih belum tahu tentang kewujudan FB page Mesir Kini..tolonglah LIKE page ini, dan baca dan hayati perkembangan terkini yang berlaku di Mesir, tanpa tapisan.

Inilah usaha kecil saya, moga usaha ini boleh membela saya bila di tanya di akhirat kelak tentang ' pedulikah kamu tentang nasib saudara kamu?'

32 comments:

  1. Saya tak sanggup tengok gambar sebegini. Tak sanggup juga medengar kenyataan yang terlalu pahit untuk ditelan bagi rakyat Mesir. Nampak seperti tidak peduli apa yang mampu saya buat cuma berdoa semoga keadaan akan beransur reda seperti sediakala.

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullah al Azim. Saya masih belum boleh mencerna kenapa sehingga begini jadinya umat Islam zaman sekarang. Di bumi Anbiya' itu, mengapa ini yang terjadi?

    ReplyDelete
  3. orang Islam yang menjadikan agamanya payah.. orang luar melihatnyer lagiler payah... tuler masih tak faham apakah punca jadi gini...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Sejak Syaawal, hati makin tak sanggup tengok gambar2 & video dari Mesir yang dikatakan "masih aman dan dibawah kawalan" itu.

    Maha suci Allah. Mereka sanggup dan bangga syahid ketika satu dunia hanya mengatakan "pergolakan politik dalaman mesir".

    ReplyDelete
  5. makin hari manusia makin hilang kemanusiaannya...nyawa tak berharga dek berebutkan kuasa..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..salam ziarah!! Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. mmg sedih..geram..marah atas apa yg terjadi. negara2 yang mengaku negara Islam semua berdiam diri. cuma NGO2 je yang cuba melakukan sesuatu, setakat terdaya.
    Dan masih ada pemimpin kita yg mengatakan isu Mesir cuma satu pergolakan politik.

    ReplyDelete
  8. apa yang aku tengok (terkini) ni, masyarakat kita dah berpecah sikit. ada yang menyokong, ada jugak yang seakan memberi `padan muka' kepada mangsa.

    ??????????

    ReplyDelete
  9. subhanallah..sayu tgk picture nie..dunia akhir zaman..

    ReplyDelete
  10. ya allah..sangat menyedihkan.. ngeri nak tengok gambar yg diorang share di fb..

    ReplyDelete
  11. tak tahu nak komen apa.. jap lagi cikda like page tu.

    Allahumma antassalam..
    moga Allah melindungi insan yang ditindas dan beri jalan dan petunjuk kepada mereka..Aminn

    ReplyDelete
  12. Dengan sesama Islam bukan main kejam lagi tapi dgn yahudi kecut

    ReplyDelete
  13. Golongan yg tak peduli saudara sesama umat itu tidak ada rasa persaudaraan.
    Nyawa diragut sesuka hati. Sedihnya semua ini sesama umat Islam..:(

    ReplyDelete
  14. tak sampai hati melihat mereka diperlaku sebegitu tapi akan sentiasa mengutuk kekejaman manusia yang berperangai jauh lebih kejam daripada binatang..

    ReplyDelete
  15. SA x sampai hati nk tgok gambar2 tu..sedih...mcm2 perasaan ada...if SA ada kuasa super power...confirm SA hilangkan mereka2 yg kurang ajar tu...

    ReplyDelete
  16. kenapalah kejam sangat askar junta kat sana yer,kesian kepada rakyat mereka yang tak berdosa,semoga masalah di negara Mesir nih akan selesai secepat mungkin,sedih bila Islam sesama Islam saling berbunuhan...

    ReplyDelete
  17. Bila manusia dah hilang pertimbangan.....kewarasan pun terbang begitu saja.

    ReplyDelete
  18. allahhuakbar...

    ya allah ya tuhanku lindungilah & peliharalah rakyat yang tak berdosa di mesir atau di mana sahaja. cucurilah rahmat ke atas rakyat yang tak berdosa menjadi korban keganasan yahudi laknatullah, amin....

    wana7370

    ReplyDelete
  19. ya Allah...sedih sgt doc....lieya mmg selalu ikuti pekembangan kat mesir melalui page mesir kini tu....mmg sedih tgk satu2 gambar dari sehari ke sehari....kenapalah kekejaman perlu ade dalam dunia ni...nyawa hilang beribu hanya kerana tamakkan kuase dunia....

    ya Allah selamatkanlah kaum islam yg tidak berdosa...berilah kemenangan pada yg sepatutnya berhak...amin ya rabbla alamin...

    ReplyDelete
  20. semalam tengok mayat mujahid yg mati tersenyum dlm FB ...Allahuakhbar

    ReplyDelete
  21. astaghfirullah... moga roh mereka yg terkorban menegakkan syiar Islam dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mereka yg beriman..

    ReplyDelete
  22. saya patut tempek link entry blog ini pada seorang opismate yg up status facebook dgn soalan 'why do many malays concern about Mesir'..u think apakah reaksi yg dia dapat..berpuluh2 comment yg menghentam..yup org yg up status ini org melayu kita..org muslim..kalau kita ni jahil..dig info dulu sebelum up status yg menunjukkan sgt yg kita ni jahil & jenis tak ambik tahu..huhu..

    ReplyDelete
  23. sedihkan.negara islam kita sume perang.rara sampai xtau mana 1 yg masuk berita.sbb sana sini perang.takut.

    ReplyDelete
  24. Sangat2 sedih, hanya mampu mendoakan agar semuanyer kembali pulih ! sebak..

    ReplyDelete
  25. sy x dpt byg kn kalau sy berada di situ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...