Friday, August 2, 2013

Elak Tersedak Susu

Banyak kes baby meninggal tersedak susu.
Zayydan yang baru 3 minggu usia nya, fully on formula milk..Jadi aku memang risau.( abang abangnya dulu exclusively b/feed).

Simple anatomy, utk faham apa itu ' tersedak susu'

Makanan/air yang kita minum, sepatutnya turun dari mulut, ke dalam esophagus, yang akan terus ke dalam perut. Saluran pernafasan di hadapan esophagus yang dinamakan Trachea, akan terus bersambung ke paru paru. Jadi, susu yang baby minum, patutnya masuk ke dalam saluran esophagus.

Susu yang ditelan dielakkan dari masuk ke dalam trachea, sebab adanya struktur epiglottis. Apabila menelan, epiglottis ini akan menutup lubang trachea.Dan di dalam larynx juga ada peti suara, vocal cords. Vocal cords akan begetar bila baby menangis. Getaran ini menyebabkan saluran larynx ( dan trachea ) tidak akan tertutup oleh epiglottis. Jadinya, kalau baby sedang menangis kuat, dan disumbat dengan botol susu, maka risiko untuk susu masuk ke dalam saluran trachea adalah tinggi ( tersedak susu).

Tengok kepada anatomy juga, logik akal kita memberitahu 'effect gravity' akan memainkan peranan bila baby menyusu. So, posisi baby ketika menyusu pun penting. Susu senang masuk ke dlm trachea bila baby menyusu sambil baring terlentang.

Tersedak susu boleh juga terjadi dalam keadaan dipanggil Gastroesophageal Reflux. Ada injap dipanggil Lower Esophageal Sphincter (LES) di antara esophagus dan perut. LES fungsinya menghalang makanan/cecair yang sudah masuk ke dalam perut, untuk tertolak balik ke atas, masuk semula ke esophagus. Bagi baby, otot LES ini masih lemah, maka sebahagian susu yg sudah masuk ke dalam perut, mungkin terlepas masuk semula ke esophagus. Dari esophagus, susu tersedak ini boleh naik ke atas, dan masuk ke trachea. Reflux mudah terjadi kalau baby menyusu dalam keadaan terlentang. Selain memastikan posisi baby masa menyusu, penggunaan susu yang lebih pekat boleh kurangkan insiden reflux. Reflux akan pulih dengan sendirinya bila baby makin membesar.

So, tips mengelakkan tersedak susu:

1. Jangan paksa , sumbat botol susu masa baby tengah melalak menangis. Sabar. Tunggu tangisan reda sedikit, baru bagi susu.

2. Elakkan posisi baby baring terlentang masa menyusu baby. Naikkan sikit bahagian kepala baby.

3. Kalau baby selalu sangat tersedak  masa menyusu, bawa jumpa doktor, utk pemeriksaan lanjut..kot kot ada masalah reflux...or kadangkala masalah congenital seperti tracheo-esophageal fistula.

4. Make sure puting susu, sesuai dengan usia baby. 

5. Biasakan diri, dan fahami pattern baby kita masa menyusu. Berapa ounce dan berapa lama masa diambil utk habiskan. Setiap baby berbeza kadar penyusuannya.

6. Amalan masyarakat kita menyendawakan / burp -kan baby, pun bagus dibuat...Sebab utk buat baby sendawa, memang kita kena hold baby in upright posture, selepas menyusu.


32 comments:

  1. TQ.. good info... alhamdullillah perkongsian yang sangat menarik.. :)

    makin comel baby ni.. :) minum banyak2 bagi cepat besar ye baby.. :) lagi seminggu nak raya kan.. nak tak? hehehe

    ReplyDelete
  2. Penuh informasi. Kiranya kalau lihat org dulu-dulu temasuklah kakak ni betullah ikut macam cara yg doc hurai. Jgn nak senang susukan baby masa baring.

    ps: Heee... dah makin montellah:)

    ReplyDelete
  3. info yang bagus untuk mereka yang menyusukan anak. Walaupun dah tau tapi takde salahnya menambah ilmu pengetahuan.. ;)

    ReplyDelete
  4. kesnya selalu tak nyabo..nak bagi baby diam pegi sumbat susu.. T_T

    ReplyDelete
  5. oho...tq 4 the info... patut la kn marah ngn mak bila bb nangis.. sumbat susu jugak

    ReplyDelete
  6. aku kadang2 minum pun boleh tersedak.
    orang tua-tua kata sebab ada orang sebut nama.

    ReplyDelete
  7. terima kasih bro...bab sendawakan baby tu kadang2 saya berjaya, kadang2 tidak, tengok2 dia dah lelap atas bahu...ishhhh

    ReplyDelete
  8. tips yang sangat bagus doc..
    selamat hari raya maaf zahir batin yeaaa
    semoga bergembira di aidilfitri dengan kehadiran orang baru ni

    ReplyDelete
  9. Doc ZZZ, maaf lari topik....
    Ingin bertanya, kenapa tidak beri susu ibu susuan?best juga zayydan ada adik-beradik susuan.....
    maaf jika soalan ini keterlaluan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa bertanya..:)
      Kami tak cari ibu susuan, sebab tak jumpa di kawasan tempat tinggal kami ini wanita yang sedang menyusukan anak. Nak tinggalkan baby kami kepada ibu susuan utk dijaga sehingga at least umur 6 bulan, setahun..., tidak sanggup rasanya.

      Delete
  10. masa kids ni baby tak susah sgt alhamdulillah sbb semua breastfeed... dah besar depa pegang botol sendiri je.. nauzubillah jgn lah jadi lagi.. sedih..

    ReplyDelete
  11. risau kalau time duduk dengan pengasuh la kan. cepat laa pandai pegang botol sendiri duhai anak.hehehe

    ReplyDelete
  12. Penuh informasi.. Tips yg bagus untuk panduan semua..

    Salam Aidilfitri.. Semoga lebaran kali ni lebih bermakna..

    ReplyDelete
  13. Memang takut betoi kes baby meninggal sebab tersedak susu, kerap pulak dengarnya sekarang ni..

    ReplyDelete

  14. Kes2 tersedak susu di nursery ; Mungkin faktor di nurseri tu baby ramai....dok terkejar2 nak bagi depa nyusu (sambil dengan harapan baby lekas berenti nangis).

    Meninggalkan anak kpd org lain utk dijaga, sebenarnya hati ni runsing, tapi berdoa je lah, moga Allah pelihara anak2 kita dari segala insiden tak diingini.

    Pjg lak komen. Eheh.

    ReplyDelete
  15. Drdaddy,

    Dr guna botol susu apa utk baby?tommee tippie ke?

    ReplyDelete
  16. tersedak susu ni mmg bahaya.

    ReplyDelete
  17. Alahai papa niiii... Cemana papa boleh lebih comel dari anak nih... hmmmm > garu dagu. hahahahah!

    ReplyDelete
  18. ohhhh... macam tu.... tp kan, kenapa sekarang ajer banyak kes tersedak susu. 1st time masa saya dengar terjadi pada anak buah kawan saya, bergegas dia balik kerja sebab anak buah dah kritikal kat hospital. rasa pelik sangat waktu tu. Sekarang ni dah banyak sangat kes.

    ReplyDelete
  19. Good info...semua org patut tahu ni

    ReplyDelete
  20. kat sini boleh cari ibu susuan..
    https://www.facebook.com/hm4hbmalaysia

    ReplyDelete
  21. Wah..barulah paham nape kes ni byk jadi. Thanks!

    ReplyDelete
  22. ish rindu pulak nak sendawakan baby...hehe

    ReplyDelete
  23. pernah terlintas tak nak jadik lecturer ?

    ReplyDelete
  24. paling suka dengar baby burp & kentut.. hihihi

    ReplyDelete
  25. The best moment ever...menyusukan baby di dalam pelukan kita. At least I had it once.

    ReplyDelete
  26. sy rs para babysitter patut bc entry ni

    ReplyDelete
  27. memang selalu ngat berlakukan..
    selamat hari raya dengan baby yang baru ...

    ReplyDelete
  28. gud info :)

    aisy jarang tersedak wpun dia minum gelojoh sikit..hehe


    err..doc pnh x baca kat paper, lelaki yg pakai baju kolar V kononnya gay?
    hahahahaa
    larikkkkkkkk!!!!!


    =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...