Wednesday, July 31, 2013

Post Nasal Drip

Hari ni ada sorang kawan blog( yg jugak FB) tag di FB, tanya pasal soalan " batuk teruk yang kronik waktu sejuk & malam, dan banyak sangat hasilkan kahak memalam".

Soalan macam ni mmg selalu patient tanya, dan sebelum ni pun ada kawan2 blogger tanya..So aku rasa better aku tulis satu entri ringkas pasal ni la kan..

Ringkasnya, perhatikan NOCTURNAL symptoms, iaitu simptom di waktu malam/atau awal pagi sekitar subuh. Antaranya simptom batuk( selalu kering), sesak nafas, ketat dada, gatal hidung, hidung berair, bersin, gatal dalam telinga, gatal mata.

Nocturnal symptom ini mengaitkan anda dengan penyakit2 allergy( allergy triad, iaitu asma, eczema, dan resdung). Lebih lebih lagi kalau ada faktor keturunan.

Tak semua pesakit asma akan alami simptomnya sepanjang hari. Ada yg hanya alaminya waktu malam( dengan komplen kerap batuk malam malam, kerap berkahak). So kalau anda ada simptom sebegini, mungkin anda ada asma. 

Masalah timbul bila anda jumpa doktor, dan anda di diagnose alami common cold( batuk biasa, jangkitan virus), dan di prescribed ubat batuk ( sometimes with antibiotic, which is most of the time unnecessary). Ini lah dilema dalam membuat diagnosis. Careful history perlu dikorek dari patient. Untuk buat exact diagnosis, aku prefer rujuk patient utk buat spirometry test. Test ini akan bagitau secara objektif kapasiti paru2 kita, ada tak sebarang masalah( termasuk asma/penyakit berkaitan habit merokok yg kronik/etc etc).

So utk soalan kawan blog aku ni, batuk kronik waktu malamnya mungkin ialah ' batuk asma'. Bukan batuk sebab infection.( banyak lagi punca batuk kronik non infection seperti gastric reflux disease, side effect ubat, etc) Untuk jawab soalan berikutnya ' kerap hasilkan kahak', ianya mungkin sebahagian daripada simptom resdung( chronic allergic rhinitis). Sebab macam aku tulis kat atas, ianya part of allergy triad.

Simptom resdung selain bersin/gatal hidung/gatal mata/selsema teruk, ialah adanya penghasilan kahak yang lebih dari biasa kuantitinya, lebih pekat dari biasa, yang di rasakan di belakang tekak. Ini dipanggil Post Nasal Drip. Lining mucosa( dinding dalaman) dalam hidung, tekak,paru2 kita memang sentiasa hasilkan mucus, untuk tujuan lubrication, tujuan buang benda asing, etc. Namun utk org yg ada resdung, penghasilan mucus ni terlebih lebih, sampai turun ke belakang tekak. So selain rasa asyik berkahak je, patient juga mungkin rasa sakit tekak/tak selesa tekak.

Rawatan?
Kawan aku tu mengadu, doktor panel dia asyik bagi Mucinex aja.  :P
Bukan tak boleh bagi Mucinex..boleh...Mucinex ni akan loosen/longgarkan kahak..
Tapi, tak cukup treatment ni, tak menyeluruh.
Kena kaji root cause...Pemberian Mucinex semata mata samalah macam kita merawat simptomnya aja, tak merawat punca. Macam kita asyik tuang air yg berkurangan dalam gelas yang bocor dasarnya, tapi tak ada inisiatif pun nak tampal kebocoran tu. Sampai kiamat la air dlm gelas tu tak penuh penuh kita refill, kan? :P

Utk rawat allergic rhinitis ni kompleks, bukan hanya makan ubat sahaja.
Ubatan anti histamine macam Clarinase/Cetrizin/Zyrtec tu semua, mengurangkan penghasilan mucus ni. Punca allergic tu pun kena kenal pasti. Aku pernah dapat kes seorang patient yang kronik resdung, tapi gigih bela kucing 8 ekor kat rumah..hahaha..Jenuh la aku nasihat suruh stop bela kucing, bela ikan aja..kah kah kah...Alhamdullilah, baru2 ni dia jumpa aku, simptom alahan resdung nya dah kurang, berkat dah 4 bulan dia takde kucing kat rumah..;) So tu contoh aja, alahan dengan bulu kucing. Korang yang alah ni, kena lah kenal pasti apa punca alahan, selain bergantung dengan ubat. Rawatan haruslah menyeluruh, ubah gaya hidup/makanan + ubat.

Okey?
Sebenarnya aku nak tulis pasal Post Nasal Drip aja.
Kalau nak betul2 tulis pasal asma, resdung, rawatan moden Vs rawatan tradisional, mmg panjang lebar la nanti. Korang google aja la...ada mood rajin, lain kali aku tulis lagi  :)

37 comments:

  1. sampai sekarang aku keliru antara rhinitis, sinus dengan resdung. lebih kurang sama je...

    ReplyDelete
  2. Saya ada asma tapi sekarang jarang kena berbanding zaman muda2 dulu. Pantang makan paling utama, alahan tu jangan cerita bila start bersin memang non stop punya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk penjelasan yang dikongsikan ini. :)

    ReplyDelete
  4. DZ, susah betul zaza nak nyebut ayat2 sepital ni.. hehe
    tapi Zaza klau pagi2 bangun tido mmg akan berkahak, so bila mandi tu, buang kahak yg keluar kahak putih instead of hijau..

    ReplyDelete
  5. Kakak suka N3 ini sebab ada kaitan dgn anak sulung kakak.
    Sangat informative...

    ReplyDelete
  6. aku rasa ko kena siapkan artikel ko la hehehehehehhee

    ReplyDelete
  7. Byk dpt ilmu...terima kasih yee...
    Ank sedara selalu jer bersin2 bila bangun tido..sapu2 rumah ke...

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dapat info macam ni... Nak lagi...

    ReplyDelete
  9. Tak kena sendiri..susah sikit nak paham.
    Tapi yg penting bab cara rawatan tu saya paham dan kena ingat..

    ReplyDelete
  10. ooo mcm tu...mmg bagus penerangan doc...lieya dulu pun kene gini...sampai 3 bulan batuk tak baik2...member2 siot jek takutkan kate tu tibi....hampeh jek ...terus pi pakar....mkn antibiotik jek terus okey....nampak sgt antibodi lemah kan doc...

    ReplyDelete
  11. Dulu SA alami masa baru2 elok sakit...pas tu mkn ubat yg DR marina ismail kj seremban terus elok sampai skrg...harap x kena lg dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA...nanti kalau jumpa lg dr marina ismail tu sampaikan salam akak utk dia yer...kata x-roomate matrix 1 kirim salam..

      Delete
  12. wah..a very good explanation..tenkiu sangat..kemsalamlah ngan kawan blog tu ye..hahaha..

    btw..dee akui..maybe sebab malam sejuk..kekerapan batuk berkahak tu makin teruk..dah lama tak minum air sejuk...lagipun dah tua2 ni kan..asma kembali menyerang kot..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  13. Zyrtex tu memang standby kat rumah...
    kalau anak atau wife makan bukan2 dan mula selsema, aku suruh telan sebiji...

    ReplyDelete
  14. TQ sharing Doc ! ... suke .. ;)

    ReplyDelete
  15. Saya ada resdung...memang ada alami postnasal drip ni...time puasa ni rasa lgi teruk pulak...huhu

    ReplyDelete
  16. DZ...akak tambah sikit yer...
    perkara2 lain yg perlu diberi perhatian utk mengurangkan batuk2/alahan jenis ni...
    ...habuk pada kipas angin dalam bilik tidur.
    ...habuk di aircond (kena selalu cuci)
    ...asap/wap ubat nyamuk
    ...sisa puntung rokok..jangan biarkan dalam rumah
    ...cadar,sarung bantal,selimut...kena rajin2 tukar sebab boleh kumpulkan habuk.

    tq..
    p/s..akak respect kamu sebab pandai tulis article dlm bahasa melayu yg mudah difahami..keep it up.

    ReplyDelete
  17. me too..ada resdung. dan memang berpanjangan sakit tekak. puas jugak dok kaji punca resdung. dapat detect belacan and seafood. tapi macammana pantang pun tak dapat cure sepenuhnya. sekarang ni tengah cuba supplement b complex dan alfalfa..orang kata baik untuk reduce resdung. terima kasih atas perkongsian. tulis la lagi pasal asma dan resdung ni...

    ReplyDelete
  18. macih doc utk penerangna itu, dana slh sorang yg ada asma n ada masalah alergy sbb asma, at 1st dana tak tau pun itu asma, kalu slh mkn or time mlm n sejuk2 msti batuk2, batuk yg teruk...kadang2 pas mkn pun batuk, mmg teruk sampai kadang2 terkencing2... asik duk beli ubat batuk la mcm2 sampai lah 1 hari jumpa doc n dia bgtau ada kahak bnyak n bgtau ada asma... lps dia bg ubat asma baru lah lega n tak batuk2... tp lps tu tak lama pg HKL utk amik ubat ngn inhaler tuh... skrg ni kwl sndiri,makanan yg boleh bt btk or jd banyak khk akan kurangkan or tak mkn, kalu btk2 teruk kalu boleh muntahkan khk tu baru lega... sorry doc terbebel lebih lak

    ReplyDelete
  19. sungguh ilmiah kamu hari ini dek!!

    ReplyDelete
  20. terima kasih doktor bagi info ni...
    hheheee...

    ReplyDelete
  21. tq kongsi infor berguna ini yer dr!

    ReplyDelete
  22. info ini betul2 membuktikan bahawa encik adalah seorang doktor.sekian terima kasih.
    *susah jugak nak sebut bahasa2 medical ni

    ReplyDelete
  23. salam,

    tanya kat FB dapat jawapan kat blog...hehe best

    lepas ni doc buat n3 pasal tonsil pula yeh
    kak ati ni dah 2 minggu tak baik2..huhu

    jawapan kat FB pula ke :)

    ReplyDelete
  24. Eka rasa eka ada resdung. Hidung berdenyut kekadang, pepagi bersin, tekak kegatalan. aduhhh

    ReplyDelete
  25. Penah tak buat home treatment yg curah air ikut hidung kiri ..kasik keluar ikut hidung kanan?? Haaa....


    Tak pernahla ku buat tapi...
    Haha.

    Tapi macam pernah tengok kat youtube kot. Utk rhinitis ke ape.

    ReplyDelete
  26. suka dengan soalan Ati Masrif.. lepas ni mintak doc buat entry berkenaan tonsil.. simptom2 yang boleh/terpaksa dibuat pembedahan.

    ReplyDelete
  27. sy dan keturunan (hahahaha) mmg ada resdung. tp since jerebu, sy x tau kenapa kerap bersih berbanding sblm ni. da puas jg pemakanan tp still mcm tu jg

    ReplyDelete
  28. penerangan lengkap dari doc , harap jawapan nih menjawab persoalan mereka yg bertanya tuh...;)

    ReplyDelete
  29. Sebut psl resdung ni memang daku degil. Tapi mkn ubat tau....

    ReplyDelete
  30. seriously sy terbaca POSTNATAL drip. ingatkan doc nk cerita pasal jaga kak fiza berpantang. semangat nk baca ni :p

    ReplyDelete
  31. tumpang tanya. kalau kita batuk teruk sangat. sampai terpaksa duduk, tak boleh tido berlarutan. Doctor bg ubat batuk mengandungi 'codein'. patutkan doctor terangkan kepada pesakit, kandungan ubat batuk tersebut dan side effectnyer.

    Tima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...