Wednesday, June 5, 2013

Taman Tema Angry Birds di Johor Bahru

Baca berita ini: Taman Tema Angry Bird di Buka di JBCC

Bagus lah..
Ada option buat warga Malaysia( Johor terutamanya) yang tak mampu dan takde passport nak menyeberang tambak pergi ke USS. Harapnya harga tiket tak la semahal USS  :)

Cuma pandangan ikhlas aku la, sebagai warga JB..
Yang selalu balik JB lawat parents, walaupun sekarang aku duduk di Selangor..tu pun dah berkurun aku tak masuk Singapore, gi USS lagi la tak pernah

Kita ni..terlalu pentingkan benda yang palsu..
Benda yang fake..ciptaan semata mata..
Dah jadi macam Dubai...Well, dalam kes Dubai, mungkin mereka terpaksa buat pelbagai taman tema, sebab kawasan mukabumi nya sendiri gurun/padang pasir..

Aku lebih suka kan sesuatu yang semulajadi..natural...yang dipelihara & pulihara..
Dalam pada sibuk bangunkan Nusajaya dan kawasan sewaktunya ..ada JPO, ada Legoland...
Tengok apa jadi pada Pantai Lido..
Tengok apa jadi pada pantai Stulang Laut..
Tengok apa jadi pada Danga Bay..

~pinjam gambar dari photoblog aku sendiri yg dah berkurun tak update~  Ni pemandangan sekitar tahun 2011 dari atas bukit, di Masjid Sultan Abu Bakar, JB. Selat Tebrau yang memisahkan JB dengan Singapura, makin lama, makin mengecil. Di tambak sana sini. Dulu masa aku kerja di Hospital Sultanah Aminah, nampak la jugak laut sikit di depan hospital( dari wad lama bangunan bewarna merah). Sekarang ni? Penuh rancak buat flyover entah berapa tingkat, selat tu ditambak pasir. Masin mulut aku, lagi 10 tahun  gap antara JB dengan Singapore( di area Selat Tebrau dlm gambar tu) maybe tak sampai 500m kot?

Danga Bay..
Mula mula dibangunkan, macam macam benda ada di situ..
Lepas tu, tahun demi tahun..
Macam macam projek on off ada kat situ...Bulan ni ada attraction A kat Danga Bay, lagi 7 bulan dah lesap attraction A, keluar pulak attraction B...

Yang maintain kekal kat Danga Bay, selain restoren makanan laut cina, ialah funfair dia..alahai...

~ pun dari album photoblog aku tu..hahaha~ Setakat nak letak funfair macam ni, sia sia bagi aku la, tambak laut tu. Kat belakang Giant Senawang pun ada funfair tau!

Moralnya..
Benda/Warisan semulajadi macam pantai, macam hutan paya bakau yang kaya di sekitar Johor Bahru/Pontian tu, tak dijaga...tak dipelihara sebaiknya...
Sebaliknya, kita gigih berlumba lumba 'lupuskan' warisan semulajadi ni, demi pembangunan yang macam chipsmore. Jadi besar harapan aku, semoga Taman Angry Bird tu, tak terima 'badi' nasib macam Danga Bay ni...  :P

61 comments:

  1. berita baru ni. yang aku tau ada hello kitty.

    (pernah jadi penginap wad paed kat HSA bangunan merah lewat 80-an, katil mengadap selat, waktu malam memang sejuk)

    ReplyDelete
  2. err..err..err...tak pernah jejak JB! *malujadiorgmalaysia* hehehehe...

    ReplyDelete
  3. ha ah..
    dah berkurun tak update..
    labah-labah tarantula pon dah ada!!

    ReplyDelete
  4. dulu slalu dating kat lido/stulang......
    tu dulu la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 UTM mmg kat situlah tempat datingnya .... hehehe

      Delete
  5. masin mulut doc...10 thn lagi org Jb boleh berenang jer kalau nak ke s'pore.

    ReplyDelete
  6. salam doc..Nekcik sangaaaatlah setuju....actually semua yg ada dikutip dari luar...oklah jugak tak payah lah kita nak ke luar negara..tapi at the same time...pamerkanlah jugak kemalaysiaan kita tu dengan keadaan semula jadi...di negara kafir mereka amat menghargai ciptaan Allah..dijaga rapi...kita pelancong dapat merasakan cantiknya ciptaan Allah!! tunggu nekcik buat coverup on shenzen...

    ReplyDelete
  7. betul cakap u ni...
    disebabkan mengejar pembangunan....
    byk kawasan2 yang sejuk mata memandang ni dah ditarah....
    sayangkan.....

    ReplyDelete
  8. jauh beza keadaan sekarang ni..
    rindu dengan suasana dulu.. :(

    ReplyDelete
  9. btol tu. kt trg pun cenggitu gak. ada satu taman paya bakau kat kemamanu cantik tapi lama2 jadi sarang maksiat sebab x dijaga. skang ni naik jambatan baru dah ditutup tempat tu.

    ReplyDelete
  10. Funfair belakang Giant Sewanang tu takde dangdut ..... huhu

    ReplyDelete
  11. Setuju. JB dah takde tarikan melainkan taman-taman tema tiruan yang membosankan. Apa diorang igt org msia hadap sgt ke nak g jenjalan tmpt mcm tu dgn tiket mhl? (Eh, mmg hadap pun...huahuahuahua!)

    Klu sy, sorry. Mmg totally tak suka.

    ReplyDelete
  12. ada babi.harrommmmmmmmmmmm~~

    ReplyDelete
  13. Betui laa..ritu first time g Jb..tgk danga bay..alahaiii..pdg kota lebih cntik jika dbndingkn..:)

    Surprisingly..jarak singapore dgn jb mmg dkt siut haa..lebih kurang penang island dgn pulau jerejak..klau nk bndingkn dgn mainland lg laa..:)

    ReplyDelete
  14. keindahan alam semulajadi juga yang memikat hati...

    ReplyDelete
  15. haritu masa pegi Johor Bharu. tak tau nak pegi mana. Pegi Danga Bay, takde ape. Funfair je ade. Ada yg kata,dulu Danga Bay ni best sangat

    ReplyDelete
  16. Kat JB je rancak pembangunan mcm tu, kat negeri lain tak ada pun (kalau ada limitedlah kot). Agaknya nak bersaing dengan Singapura kot.

    ReplyDelete
  17. Itulah sebabnya walau Legoland depan mata, JPO belakang rumah kakak tapi kami lalu aje doc. Tengok signbord adalah nak masuk fikir 2/3 kali kerana kosnya utk org-org kaya aje.

    Kena 10 tahun lagi nak pergi S'pore naik sampan pun boleh sebab selat dah kecik..

    ReplyDelete
  18. Taman Angry Bird? Hahaha...betul juga tu kata Doc...mungkin seiring dengan pembangunan tu apa yang ada dikekalkan, dibaikpulih dan dijaga so win-win situation

    ReplyDelete
  19. pon ada? saya tak pernah berminat ke danga bay. ruginya rasa sbb dulu masa saya kecik masih lagi boleh mandi manda kat pantai lido. skang nak tengok pun tak selera.. dulu kapal lalu kat situ. jangan sampai tambak2 laut jadi makin cetek, bila air pasang musim tengkujuh, terus banjir..

    ReplyDelete
  20. waa taman angry pun ader..
    eh saya lebih sukakan kedamaian alam semulajadi gitu...tenang...damai...

    ReplyDelete
  21. saya rindu sama pantai lido yg dahulu

    ReplyDelete
  22. entah kenapa kami dari dulu tak suka masuk taman tema ke, funfair ke... anak2 pun tak diajar dgn benda2 tu semua. lebih suka jalan2 tepi pantai.. mandi air terjun walaupun tempatnya tak sebest mana. tapi betul doc, org skrg lebih suka benda yg sukaria camtu lebih drp khazanah semulajadi yg Allah ciptakan...

    ReplyDelete
  23. betoiler ... ingatkan perakjer gitu..
    buat sesesuatu mulajer beria lepaihtu hancus ...
    ingat dulu masa SUKMA di perak ada satu tempat sukan air di
    dpn Uni PETRONAS (masatu USM) skrg tak Nampak dah... siap ada
    chalet ala caravan bagai sekarangni dah hutan balik kot...
    semuanya mula cam baguihjer... lepaihtu tak berjagapun...

    baiklah jaga apa yang adakan....

    ReplyDelete
  24. Apa kata kita suruh dia org buat taman angry bird semulajadi?

    Sebuah taman yang ada banyak burung pelbagai warna dan saiz.
    Pengunjung yang masuk, selain bayar tiket, kena beli lastik.
    Selain melihat burung, pengunjung dikehendaki melastik babi-babi yang ada.
    hehehe

    ReplyDelete
  25. setuju ngn doc, syg sgt bile yg semula jd tuh di tukar di moden kan, bkn makin cantik tp makin buruk... danga bay masa mule2 naik tu saya duk keje kt utm skudai lg, kalu pg situ penuh ngn warga singapore dating2, ringan2 sampai kt balik pokok buluh even siang2.

    tmn baru nih mintak2lah lebih natural hrp2nyer lah

    ReplyDelete
  26. baru last month balik kampung pi melawat ke Danga Bay, tup2 rupanya Festive Street Mall ngan rumah limas tu dah x wujud yerk, kecewa tau... huhu

    ReplyDelete
  27. rasa mcm tertarik dgn johor...

    ReplyDelete
  28. actually dee sgt kecewa bila pergi danga bay di siang hari hari tu..ini aje? mana dia keindahan pantai selatan? tanjung puteri pun tinggal lagu jelah..sedih..

    ReplyDelete
  29. itu kata kita sebagai rakyat..kata kerajaan yg "mahukan" pembangunan pulak?

    ReplyDelete
  30. Wahh dah ada benda baru di Johor yer.. menarik tuh.. tapi kena nak tambah pembangunan jgan laa dilupakan warisan yang ada.. nanti ilang gitu aje..

    ReplyDelete
  31. den dah lama tak menjejakkan kaki ke Johor...huhu

    ReplyDelete
  32. aloor bestnyeee
    dah lama juga akak x sampai JB nie huhu

    ReplyDelete
  33. sayangkan kalau tak dijaga, itu je lah warisan untuk anak cucu akan datang..

    ReplyDelete
  34. salam kenal Daddy Ziyyad.. suka baca entry nih..
    sy dh 13thn ++ duk jb nih.. memang byk perubahan yg berlaku..
    rindu dgn pantai lido & stulang laut yg dulu..
    antara tempat yg besh ntuk bersantai..
    sekarang nih nk bersantai ke sana pun macam dh x der tarikan lg.. :)

    ReplyDelete
  35. danga bay menarik juga utk lepak :)

    ReplyDelete
  36. pantai lido,stulang..lama tak pi tempat2 tu..dulu tu la tempat deting2..hahhaha

    ReplyDelete
  37. Tak pernah sampai JB apatah lagi tempat2 yg Doc sebut tu...

    ReplyDelete
  38. Macam dah semakin hampir ngn Singapore

    ReplyDelete
  39. Betoi la, lebih baik jaga tempat2 tarikan semulajadi. Lama2 esok rumput ngan pokok pun terpaksa tengok gambaq saja, habeh semua takdak :(

    ReplyDelete
  40. Salam,

    Liya ni selalu singgah tapi belum berkesempatan nak bertegur sapa. Liya suka n3 ni sebab hubby Liya juga selalu komen macam DZ.

    ReplyDelete
  41. Ada ke Danga Bay. Memang tak de apa, sayangnya modal juta-juta-juta!
    Nampaknya benda2 dari barat memperngaruhi JB.Harapnya benda2 warisan dijaga.Lama tak ke istana yg ada byk emas2 tu. Dibuka utk awan lagi tak?
    -
    Lupa nak jawab- rumah Mardi tu dibuka utk awam.

    ReplyDelete
  42. 4 tahun saya di JB, tak pernah pergi ke danga bay... hahahaha, serabai kan.

    hanya selalu pegi City Square, walaupun tak shopping sebab tunggu ketapi nak balik kampung je. hehe

    ReplyDelete
  43. dah banyak perubahan kat JB ni.. last year masa gi Legoland & JPO lepas tu ke Danga Bay, tido di JB 3D2N, 100kali cari jalan asek dok U-turn jer.. sampaikan Nizam naik hangen dah drive hahaha
    apa2 pun JB still the best lah, mcm2 hado.. bleh terus terjah ke USS ;)

    ReplyDelete
  44. masa ke Danga Bay, kitorang parking kereta kat betul2 depan dun fair yang sekangkang kera tu (rujuk dlm gambar DZ kat atas tu) kami mkn kat restoran bawang merah kalau x silap nama kedai tu, yg depan cruise ada lampu2 tu. kemain mahal nak meninggal!! sekor pari bakar SAHAJA RM60!! giler cekik darah.. puiii

    ReplyDelete
  45. terlalu mengejar pembangunan, habis keindahan semula jadi jd mangsa..
    apa khabar pantai lido?
    da lama x ke situ...

    salam isra ' mi'raj

    ReplyDelete
  46. Bace tulisan doc mmg betul2 membuka mata n minda laaa...pembangunan yg mengikis identiti kemelayuan kite kan?....agaknye mereka terlalu mahukan profit pelrlancongan kot....

    ReplyDelete
  47. aku tak pernah sampai dangga bay.

    aku pernah gi bandar Muar malam2 dia punya sungai tu cantik juga. buat slow shutter gambar masjid dari seberang sana..

    johor apa tempat best kalau nak gi jalan2?

    aku plan nak gi lawat sedara di muar dengan kawan wife kat batu pahat. apa attraction yang best? kacang pool tu kat mana?

    ReplyDelete
  48. Legoland...USS...
    Aku pergi secara ghaib je. Haha.
    JB pun aku x pernah sampai. Peh..

    ReplyDelete
  49. taman tema baru itu bagus.. tapi warisan semula jadi tetap perlu dipelihara.. pembangunan sepatutnya menjadikan tempat itu lebih menarik.. bukannya menjadikan tempat itu terus dilupakan... sayang betul kan kerana warisan semula jadi lebih bernilai dari taman tema yang bukan semua orang mampu untuk mengunjunginya..

    ReplyDelete
  50. warhhhh... teringat zaman kecik-kecik dulu.. bila musim ketam, kami kebetulan jalan-jalan pantai lido, bila tengok org ramai tangkap ketam guna besen. kami apa lagi semua pakat bukak baju tiggal underware jer (masa darjah satu ker dua ker tiga)..pakcik makcik balik umah, siap dating balik bawak besen dan baldi.. maka berbesen jugak lah ketam yg kami bawak balik, buat goreng berlada... kenangan manis di pantai lido

    ReplyDelete
  51. zaman kanak-kanak dulu... kita holiday berlari tepi pantai... cari ketam, siput, main layang2... zaman sekarang anak anak tercegat dan bermain dengan teknologi di taman tema.... Zaman dah berubah.... original dan di-duplicate-kan....

    ReplyDelete
  52. setuju
    kalau pi bandar xtau nak kemana. zoo jerlah kot

    puii

    ReplyDelete
  53. yang menjadi masalahnye skrg.. kalo nak gi taman tema tuh semua kena bayar.. mahal2 plak tuh.. tapi kalo setakat nak lepak tepi pantai x yah bayar pon semua org leh lepak2 tepi pantai.. kalo cam tuh, kesian lah org yang x bape nak mampu beli tiket masuk taman tema nih..huhuhuhu

    ReplyDelete
  54. Funfair belakang giant senawang pun I x pnh pi doc...

    ReplyDelete
  55. Betulla, daddy ZZ. dulu masa 2005-2009, meriah rasanya danga bay tu. sekali pergi tahun bila entah, sadis betul tengok tu. lagi2 bila dia tambak, dah rupa apa dah.

    ReplyDelete
  56. jaa tersangat lah setuju ngn apa yg daddy ziyyad katakan tuh... mmg skrg ni pakat duk berlumba nak kan pembangunan sampaikan byk benda yang terpaksa dikorbankan.... sedih2x...

    ReplyDelete
  57. setuju sgt....tak perlulah kita nak terkejar2 buat itu ini hingga merosakkan alam semulajadi kita yg cantik...untung masih di remote area kat kedah ni.walau tak meriah utk buat duit tapi suasana masih hijau2an..

    ReplyDelete
  58. semuanya gilakan duit sampai musnahkan alam samesta.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...