Thursday, June 13, 2013

Pemilik Blog, Portal..Di Wajib Dedah Identiti Sebenar

Berita hangat buat kita, para bloggers:  Pemilik Blog/Portal Di Wajib Dedah Identiti Sebenar

Apa kata anda?
Bagaimana dengan rakan rakan bloggers yang memilih ( selama ini ) untuk remain undergroud/senyap, dengan tidak memaparkan wajah sendiri di blog masing masing? :)

Apa skop ' dedah identiti sebenar' ?
Kena letak gambar sendiri berukuran passport?
Kena letak nombor MyKad?

 Identiti sebenar penulis blog dengan anak no.1 beliau

Pendapat aku dalam hal ini:
  1. Pemilik portal berita yang menyampaikan berita, memang wajar, wajib dedah siapa mereka. Ini bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab atas berita yang mereka sebarkan.
  2. Pemilik blog yang sekadar bersuka suka tulis entri tentang family sendiri, tentang makanan, tentang kucing dia, tentang petang2 gi tembak sunset, tak perlu lah diwajibkan dedah identiti sebenar. Ada sebab mengapa mereka 'malu' untuk dedah wajah mereka di blog, maka hormatilah pendirian mereka ini. Lagipun, hasil hasil tulisan sebegini tak akan mengancam keselamatan/keharmonian negara. Dan andai mereka dlm golongan ini menulis menyimpang dari kebiasaan/menghina pihak tertentu/tabur fitnah, maka mudah sahaja pihak SKMM dan PDRM nak detect, dah terpampang wajah anak anak/wajah kucing/tempat kerja/rumah mereka.
  3. Pemilik blog yang menjana pendapat sibuk setiap hari menulis pasal gossip artis/gossip ahlul politik/ahli sukan/dan lain lain keahlian, maka secara peribadi, aku menyokong mereka ini mematuhi peraturan pendedahan identiti ini. Ini kerana hasil tulisan mereka ialah memang hari hari berkisar tentang hal orang lain ( baik yang betul--boleh jadi mengumpat, ataupun yang salah -- dah jadi fitnah). Keh keh keh...
 
 Identiti sebenar bini penulis blog, dengan anak no. 2 beliau


Dan bagi aku, aku tak sorok apa apa tentang identiti aku..
Dan selalu jumpa dengan rakan rakan bloggers melalui gatherings yang di adakan..
Kami umpama family besar..
Dah kenal each other ..gurau senda..gurau kasar..hahaha..
Cuma ada batasan apa yang boleh kita reveal, apa yang tak boleh..
Kena ingat juga, banyak penyangak/perompak/orang psiko/orang PhD kat dunia ni yang baca blog anda..

Memang hasil tulisan aku kadangkala di blog ni banyak yang menyindir, banyak mengkritik, tapi aku rasakan itu perlu aku tulis dan luahkan, dan aku bersedia beri kerjasama kepada mana mana pihak pihak yang tersentap andai hasil tulisan aku tu perlu di beri penerangan. Aku bukan jenis 'baling batu sembunyi tangan'.

Ziyyad di kedai mainan. Aci tak kalau blogger bertopeng macam ni 'dedah identiti katanya'...:P

ps:
Pasal entri semalam, ramai yg bertanya, adakah mommy or daddy nya ada terlibat dalam hasil contengan muka Zayyan  :) Jawapannya, TIDAK. Part contengan di hidung, Ziyyad yang buat. Yang ala ala misai kucing tu, mmg Zayyan yang buat sendiri, dia lukis sambil tgk cermin..berkat mak dia rajin tengok Naruto agaknya..bahahaha

51 comments:

  1. Maka bertambah membaralah hati org yg memperjuangkan hak kebebasan bersuara ituhhhhhhh! Heheheheh....

    ReplyDelete
  2. Akak sokong tu. Ramai sangat yang dok sebar fitnah tapi takut dengan bayang2 sendiri. I pun tak adak sembunyi2 ye...ahahaa...

    ReplyDelete
  3. Walaupun di blog kakcik menggunakan nama kakcik seroja, tapi ramai orang yang tahu nama sebenar kakcik, kan? :)

    ReplyDelete
  4. sy bersetuju. lbh2 lg mereka yg berniaga online sdn bhd. please la tunjuk muka. bukan nk hentam or puji tapi at least org yg nk membeli tu ada sedikit kepercayaan terhadap penjual...

    ReplyDelete
  5. wa jarang dedahkan di mana lokasi sebenar dalam blog.

    ReplyDelete
  6. nama saya tarmizi umur 28 tahun masih bujang ini blog saya www.mizisempoi.com haha

    ReplyDelete
  7. pemilik sbnr blog saya adalah dobot..saya sekadar menulis luahan hatinya..

    boleh x cakap mcm tu? kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. dah lama dah terdedah...hahahaha

    ReplyDelete
  9. klu nak dedah identiti aku, harus pekena perfect365 giler2 pyer tuch up... sentap kak ton pat ploh pat kali. hahaha.... aci tak?

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan ketiga2 pendapat DZ di atas tu.
    Dan saya tergolong dlm pendapat nombor 2
    lebih baik berblog atas dasar pengalaman hidup sendiri, boleh share tempat2 menarik, tempat2 makan, kisah kucing comel, ayam terbang ke, itik berenang ke.. hahahhaha (mcm cerita p.ramlle plak)
    so disitu tak ada apa yang boleh dikategorikan as 'pengancam negara' dah tentu2 kita bercerita pasal kehidupan kita sendiri.. tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.. peace no war hehhee ;)

    ReplyDelete
  11. betul2..setuju2.. kalau ada butang like, cikda nak like byk2 kali n3 nih.. berani buat berani tanggung la.. kan..
    bab n3 semlm..mmg berseni la tangan ziyyad tu, sebab comel pulak idung nya dia lukis cam tu..hahhaha

    ReplyDelete
  12. salam doc..kty kategori blogger no 2..
    taknaklah open sangat identiti..
    tp rata2 rakan blogger kenal dah siapa kty ni ..lagi2 kalau yg dah jumpa..takde apa pun nak disorok..

    ReplyDelete
  13. memang patut kot kalo mereka perlu dedahkan identiti.. mungkin masa nak register blog or FB perlu letak detail peribadi yang memudahkan mereka di kesan..

    pandai zayyan menconteng yer.. jadik plak tuh.. hahahaha

    ReplyDelete
  14. Betul tu...setakat cerita pasal kucing, reban ayam, anak-anak, pokok xperlu la dedah identiti..lagipun biasanya blogger jenis ni memang selalu tempek gambar diri dan keluarga..hehe...

    ReplyDelete
  15. Kalau kakak kena tunjuk muka buruk ni alamat terus kakak tutuplah blog kakak yg tak ada apa pun sepcialnya tu. Namun apa yg kakak komen semua kakak telus sebab tu gambar profile memang itulah kakak.

    Tak pernah jadi pengomen mak anon.

    ReplyDelete
  16. acu seorang blogger yg memang suka menempek gambaq sendiri
    tak suka rahsia identiti :)

    ReplyDelete
  17. kalau malu nak tunjuk semua..tunjuk muka pon jadilahkan , identiti blogger yg tak tersorok tu adalah salah satu keikhlasan dalam perkongsian sebenarnya.

    ReplyDelete
  18. ada terdengar pasal perkara nih di radio pagi tadi...hmmm...den ok jer...:)

    ReplyDelete
  19. St jatuh no dua..so x perlu kit pdl kt blog mmg terang2 dh kenslkn diri...:)

    ReplyDelete
  20. dedah identiti xpe, jgn dedah benda lain udah! koh koh koh

    ReplyDelete
  21. Hai, nama saya Kamal Terung, saya ada split personality. Semasa normalnya saya adalah scientist, time angin datang saya adalah penanam terung.

    Ha, cam tu ha kalau nak dedahkan identiti :p

    ReplyDelete
  22. huaaaaaaaaaaaaaa nk letak num ic segala ke.hahaha.sabo jelah.hmm.tp kesian kalo yg buat blog sebagai diary ni.kena jugak ke dedah identiti.

    ReplyDelete
  23. susah2 sgt, KA tutup blog aje hehehe

    ReplyDelete
  24. kebiasaannya..blogger yg ckp pasal gossip, pasal politik yg suka sorok identiti..yg mcm dee ni..dah muak kot orang tengok..kihkihkih..

    ReplyDelete
  25. ohhhhhh ni nak emo ni. hehe.

    ala, blog saya picisan takyah la dedah sana sini, haram. eh.

    ReplyDelete
  26. Asalnya tak nak sorok identiti tapi lepas blog kena stalker ari tu rasanya elok la tak dedah identiti diri dan tak publish cerita peibadi atau letak gambar, URL blog dah tukar tapi sbb dah agak lama jd blogger rasa sayang pulak so decide terus kan je lah harap stalker tu tak berapa cerdik dan tak jumpa blog baru ni. Tapi kalau dia jenis yang cerdik lambat laun dia akan jumpa juga.

    ReplyDelete
  27. mungkin portal berita ker...gosip ok la kot...kalo blog saya ni hari2 hari dah tunjuk muka sendirik hehe tapi kalo nak bg address tu macam bahaya sikit...

    ReplyDelete
  28. harap aku tak perlu dedah identiti sebenar sebab sat lagi nak up entri pasal pekasam daging. hahaa...

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum,
    Nak jumpa blogger, mai bangi la...pekena cendol sebaldi dua hu hu hu hu

    * Tiap orang ada sebab tersendiri kena perlu sembunyi muka, selain elak dr dikesan manusia pHD, juga elak dari jenayah. Cerrrr depa buat lagu tu untuk benteras kaki jenayah yg juta2 orang rugi tu, tak kesahpun letak muka mak bapak alamat rumah no tepon sekali opsssss!

    masalahnya, bila report, 3 tahun fail blm tentu buka dah sejak kewujudannya.

    * tu klu kenapa daku perlu nyanyi lagu "sembunyi" la la la

    ReplyDelete
  30. baru je berjaya 'dedah'kan identiti blogger mak budak a.k.a remaja purba baru-baru ni.. ;)
    http://aizamia3.blogspot.com/2013/06/chef-hubby-bersama-blogger.html


    psstt:
    1) dak Adik memang ada tonsil, setakat ni dah dua kali operation dia ditunda oleh pihak hospital sebab masa tu ada urgent case. Bulan depan ada appointment kat ENT, PPUM.
    2) apa maksud chronic tendinitis ye doc.? saya belum jumpa orthopaedic doc. lagi.

    ReplyDelete
  31. kakahahakhakhakahka gambar akhir sekali tu funny. Jangan suruh blogger kena amik lesen sudah...kena bayar bagai...

    ReplyDelete
  32. kalau kategori entry cacamarba macam blog saya susah jugak tu..haha..

    ReplyDelete
  33. setuju ngn doc, mcm kite nih tak penah nk cover2 identiti, mmg nyata dn terang muke n nama, siap letak gambar anak ngn laki lg kan...

    * oooo si abg pun membantu zayyad rupenyer,tp mmg comei, nsb yg boleh basuh, kalu idok mmg jd naruto betul2

    ReplyDelete
  34. Betul tuh
    Bagus jugak bab2 self claim nih-so in case in future ada kes -senang keep track.

    ReplyDelete
  35. Tetiba rasa nak sembunyikan identiti dan pakai topeng... Hahaha :D

    ReplyDelete
  36. takut kerana salah...berani menonjolkan diri kerana tak buat salah hehe..

    ReplyDelete
  37. alamak ni news baru ke doc...baru tau nie....tapi pd lieya tak kisah pun sbb lieya mmg dah sedia ada open...tapi tak perlulah ketatkan perkara ni kan...kene hormat gak hak org nak privasi...ade yg tak suke dedahkan identiti....

    laaa kisahnye...sbb calitan tu comel sgt....tak sangka zayyan yg buat sendiri ekekekekek

    ReplyDelete
  38. Akak blogger kategori no2. Tulis merepek2 pasal diri, reta benda sendiri & tempat2 inesen yg dikunjungi, takda topik yg mengancam keselamatan negara pun kat blog akak tu.

    Tapi kalau depa sibuk nak suruh jugak suruh semua blogger dedahkan identiti, akak berenti jalah blogging. Habeh cerita.

    ReplyDelete
  39. hurmmm x tahu nak komen ape ..
    ape2 aje lah skrg nie huhuh

    ReplyDelete
  40. Saya mmg spesis tak suka letak gambo muka sndiri kat blog/fb. Bkn tak ikhlas berkawan atau takut..tapi nk rasa privacy. Nama..cerita..dh dedah. Muka saya tak payahlah.

    Kalo dh diwajibkn? Tengoklah camne nanti ya..

    ReplyDelete
  41. hebat ...ada nilai seni dlm dirinya.

    ReplyDelete
  42. Bg rietta....klu setakat blog picisan macam rietta....cerita hal sndiri dan pngalaman sendiri....xyah lah dedahkan....xde pekdah pown....menembak gmbar pown byk yg blur dr yg jd...

    ReplyDelete
  43. tak kisah sebenarnya, cuma perlu ada garis panduan yang jelas lah.

    ReplyDelete
  44. Makcik tak pernah sembunyi pun.....header pic tu...tiap tawon tukar baharu....

    ReplyDelete
  45. Mama memang suka dgn tuliasan 'beliau',ada isi dan mcm2.

    ReplyDelete
  46. betul blogger yang tidak mempunyai masalah dengan penyebaran maklumat yang boleh mencetuskan konflik yang melibatkan negaraker papker tak perlulah didedahkan identiti..sekadar cerita2 ttg family,jenjalan apalah sangat kan..hikhik sama pendapat kita doc

    ReplyDelete
  47. akak malas nak letak gambar sendiri...bukannya lawa sgt pun nak tayang kat orang...hehehe
    tapi akak setuju bab2 penulis yang menulis perkara2 panas tentang isu2 semasa..eloklah dedahkan identiti sebab ia secara tidak langsung akan membuatkan penulis itu lebih bertanggungjawab....akak suka cara MAZIDUL....tibai dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  48. haaa... kan dah cakap naruto shipuden... hahahahahaa

    hermmm.... pasal identiti... interprame ja.... cantek lawa kacak bergaya.... buruk pon tak pe.. ape salah nya ...
    blog tu hak kita... heheheehee....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...