Friday, June 21, 2013

Dying Wishes

Salam Jumaat..
Semalam aku baru melawat ex staff, yang baru 3 bulan lepas di diagnosed advanced stage Thyroid cancer ( dah merebak ke tulang belakang, ke paru paru).

Walaupun doktor onclogy ( bahagian pengkhususan cancer) boleh estimate berapa lama tempoh jangka hayat penghidap end stage/stage 4 apa jua jenis cancer, namun kita kena kuat..
Ajal maut di tangan tuhan.
Pastikan kita ada 'quality life' dalam menghabiskan sisa sisa usia yang kita ada.

Teringat akan sepupu wife aku, yang telah meninggal dunia kerana end stage colon cancer ( cancer usus ).
Doctor oncology estimated life expectancy hanya lebih kurang 6 bulan aja.
Tapi kerana arwah ialah seorang yang kuat, berminda positif, arwah berjaya 'panjangkan jangka hayatnya' melangkaui 5 tahun !
Dan 5 tahun yang amat amat berkualiti.
Arwah telah set kan ' Dying Wishes' nya yang hendak dipenuhi..
Melancong dengan anak anak, enjoy makan sana sini, beli gadgets yang beliau suka..
Pendek kata, arwah really enjoy the moment yang ada..
Dan sokongan ahli keluarga arwah yang kuat..isteri dan anak anak yang menyokong arwah..
Arwah langsung tidak bersedihan melampau/murung berpanjangan...hidup perlu diteruskan kata arwah..
Beliau sihat, boleh berjalan, ambil wudhu sendiri, hingga lah ke hari terakhir beliau, selepas solat Zohor, baru arwah merasakan penat dan sakit sangat, dan ketika itulah arwah baring dan panggil anak anaknya...Dan arwah meninggal petang itu. Al Fatihah.

Juga seorang lagi sepupu wife aku, yang dah meninggal..juga akibat end stage colon cancer..
Apabila di diagnosed, isteri arwah meninggalkan beliau..
Dan arwah tinggal lah dengan mak ayah nya yang dah tua..
Arwah habiskan sisa sisa baki hidup dalam keadaan yang sedih...
Dan memang awal arwah meninggal ~ 6-8 bulan lepas tarikh life expectancy yang doktor anggarkan..

Moralnya..
Bukan kita nak jadi tuhan tentukan usia kita..
Cuma kita kena hadapi ujian hidup ini dengan penuh sabar..
Dan enjoy kehidupan yang ada, nikmat usia yg tuhan anugerahkan..
Enjoy tu bukan bermakna gi clubbing disco sana sini..
Enjoy dlm erti kata habiskan usia kita dengan keluarga, berjalan jalan lihat dunia ciptaanNya..buat apa jua hobi/aktiviti yang kita minat..
Lagipun..
Kita yang sihat walafiat ni...Belum tentu kita hidup lama..
Entah entah, kita yang sihat ni, meninggal dulu dari kawan/saudara mara kita yang dah di diagnosed as end stage cancer..
So, kita semua kena ENJOY our life to the fullest, di samping jangan lupa simpan banyak banyak saham akhirat.  :)

53 comments:

  1. GULP..
    [ sambil raba thyroid nodule sendiri ]

    ReplyDelete
  2. Seperti ada kaitan catatan Faizie ini dengan catatan ringkas kakcik... Begitulah, bukan kita yang tentukan usia kita...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    takziah untuk berita tersebut...
    kita yang hidup ni terus lah berbuat baik dan berbakti sama ada utk keluarga atau pun masyarakat terdekat.. bila dan di mana dan bagaimana.. semua kerja allah.. wallahualam..

    ReplyDelete
  4. Sekurang2nya mereka2 ini ada alarm......kita ni.....bila2

    ReplyDelete
  5. Tak mampu nak berkata2. Saya harap kita semua akan kuat menempuhi ujian Allah. Kuatkah saya?

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah....

    live life to the fullest...
    and cherish each and every moment....
    as though today is the last day of your life....

    ReplyDelete
  7. Salam doc...

    Tunggu2 jugak entri doc. Rasanya, 3 hari tak update. Huhuhuhu...

    Allahuakbar. Sayu lak baca cerita2 atas tu. Especially, tang sepupu wife doc. Moga gemulah ditempatkan di kalangan yang beriman. Al-Fatihah.

    Entri ni satu motivasi. Yg penting, hidup mst hepi. Tq!

    ReplyDelete
  8. Terima kasih mengingatkan saya.
    Hidup dunia hanya sementara.
    Harta dunia hanya sementara.

    Walaupun jerebu sangat teruk di sini,
    hidup mesti diteruskan...

    ReplyDelete
  9. salam,
    my late mom was diagnosed with breast ca stage 4 with mets to spine and left lung.
    Mula2 tu memanglah susah sikit sebab dalam grieving state. Masa tu mak aku macam tak lah emo sangat, sebab dia pun tak faham sangat disease ni, cumanya anak2 masa tu macam dah macam lost hope sebab prognosis was very poor. Trauma, trauma aku sampai kemurungan.

    Tapi bila fikir balik, kalau kita yang buat teruk, my mom lagi lah sedih kan, dia yang terima semua ni.

    Kami bangkit dan bagi semangat kat dia, advise the best palliative measures for her. Alhamdulillah lah, dia pun semangat balik. Buat trxnm dan complete chemo cycles semua.

    Alhamdulillah lah dia survive nearly 5 years....dalam tempoh tuh dia banyak enjoy dia punya end of life.

    Tapi betullah macam Elly Nadyra kata, sekurang-kurangnya dia dah tau alarm dia :)

    Happy friday jumaah everyone :)

    ReplyDelete
  10. apapun yg terjadi dalam hidup kita.
    kita kena redha dan berusaha.

    skrg2nya org yg mcm ni
    diberikan oleh allah peluang utk perbaiki diri..kerana dah tau bila ajalnya ..kerana allah sangat2 menyayanginya ..

    ReplyDelete
  11. Betul...I dh alami koma almost 3 month..sakit 6 bulan..disisihkan saudara mara konon berkuman...until today dh sihat sorang pun x berani dekat...masih was2..tp Alhamdulillah I kuat..sokongan family dan anak buat I kuat...

    ReplyDelete
  12. yup, panjang atau pendek umur bukan kita yang tentukan. so, make sure kehidupan yang ada ni dipenuhi dengan kualiti.

    ReplyDelete
  13. walau kita tak sakit pun, hargailah masa yang ada bersama keluarga.. ;)

    ReplyDelete
  14. Salam..

    teringat pesanan arwah atuk saudara yang meninggal akibat kanser hati.. sampai skrg teringat2 pesanannya sewaktu dia disahkan dengan penyakit itu pada peringkat yg terakhir.. katanya, klu dah ajal, naik motor langgar batu pun boleh mati.. sebelum sakit kena jaga kesihatan dan rajin buat pemeriksaan kesihatan.. bila dah ditakdirkan dapat penyakit, kena teruskan juga kehidupan dengan baik sebelum waktu itu sampai..

    ReplyDelete
  15. al-fatihah buat mereka..juga arwah ayah yg dee tak pernah jumpa dan kenali..yang meninggalkan dee ketika berusia 8 bulan dalam kandungan mak..juga kerana lung cancer..please..stop smoking..for those who smokes..dan dee juga harap dee boleh jadi fighter jika didatangi musibah seperti ini..insyaallah..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Terima kasih dengan entri yang sangat positif ni...ya bukan mudah nak positifkan minda, mmg perlukan kekuatan yg hebat.

    ReplyDelete
  17. Perkara yang paling sukar......terima kenyataan....
    Bukan calang calang org boleh act normal

    Abang makcik meninggaal lepas exactly sebulan demam..kencing kotor...then all else deteriorate.

    ReplyDelete
  18. apepun...kita kena redha..dan sentiasa tabah...
    tapi kekadang rasernyer memang tak sanggup terima kenyataan...huhu

    ReplyDelete
  19. Yang penting, kita cari diri dan kenal diri kita seperti yang sepatutnya. Baru kita boleh enjoy dengan berkualiti.

    ReplyDelete
  20. betol tu DZ.. pesakit kanser memang perlukan sokongan kelurga untuk melawan sakit nye.

    ReplyDelete
  21. betol doc.. hidup mati jodoh rezeki semua kuasa Allah tapi kita kena berusaha, doa & tawakkal atas apa jua keadaan..

    ps: agaknya europcar tu servis ok kat europe je kot. sbb dulu masa cari kereta kat oz, memang nama europcar tak naik langsung.. avis kami amik..

    ReplyDelete
  22. AlFatihah buat ke dua arwah...

    hidup mesti di teruskan....

    ReplyDelete
  23. arwah mak aku meninggal kerana kanser usus. doc kata jangka hayatnya tak sampai 6 bulan. tapi arwah mak bertahan lebih 3 tahun. kami sekeluarga jadi semakin rapat. bila masanya dah sampai kami semua redhokan pemergiannya...

    ReplyDelete
  24. Saya rasa, moralnya, sokongan keluarga dan insan tersayang itu penting juga...

    ReplyDelete
  25. al fatihah utk dua2 saudara doc tuh, setuju ngn ckp doc tuh, kite kene enjoy life kite, habiskan masa2 yg ada ngn aktiviti yg berkualiti... jgn nk bersedih je kan,

    paling suke ayat doc yg jgn lah enjoy ngn gi clubbing disco hehehe

    ReplyDelete
  26. Al-Fatihah..

    Marilah sama2 kita pertingkatkan saham akhirat yer doc...amin...

    ReplyDelete
  27. setuju DZ, kita yg (agaknya) sihat ni pun tak tahu bila masa kita sampai. yang penting kita ENJOYYY... tapi akhirat jgn lupa.

    ReplyDelete
  28. daddy , ada orang enjoy kacau isteri orang :(

    bila dimarah, dia kata dia takde halangan sebab dia bujang dan bebas lakukan apa dia suka :(

    dan saya adalah mangsa :(

    ReplyDelete
  29. Betul tuh Doc.. kena kuat semangat laa kan.. Memang laa apa kata org berat mata memandang berat lagi yg memikulnya kan.. Apa² pun persiapkan diri..kerana ajal maut itu di tangan Allah.

    p/s : Mee Kari tuh weols makan kat Sri Suria, Armcop Mall.

    ReplyDelete
  30. Doc.. tell u the truth.. hanya org yang mengamali nya saja yg tau keadaan bila di diagnose tu.down gila..even i bukan dapat cancer, tp bila melibatkan penyakit pelik, perasaan tak boleh nak kata. after down for a month i fikir balik. i must do something.. tak kan nak terlantar sebelum waktu nya..

    my aim.. i nak jenjalan.. i nak ada kedai (boutique).. i nak ronda2 indonesia habis - habisan..nak tahfiz kan anak.. nak ke mekah bila anak2 dah hafiz.. nak ronda istanbul. nak ke switzerland. nak pergi ke rumah anak2 yatim sebanyak mungkin. INSYALLAH.. sikti2 akak buat now.. harap2 tak lah bed ridden.. n cuba baiki diri.. itu je..

    ReplyDelete
  31. betul tu doc... itulah yg sy cuba utk menggembirakan kwn sy. dan alhamdulillah, beliau berfikiran positif, sentiasa happy dan yg buat kn sy terkejut, dia sanggup berhenti kerja semata2 krn dia suka kerja yg lain.dan harapan sy kini hanya satu... melihat dia bahagia dan semoga ada 'miracle' utk nya..insya allah...

    ReplyDelete
  32. tak nak inform him, nak mampus. huhuhu... takut. dah dekat nak setahun dah benda ni

    ReplyDelete
  33. kawan saya dulu meninggal dengan cara kesah ke dua...terlalu bersedih dengan penyakit hingga ke akhir hayatnya....

    ReplyDelete
  34. masa yg ada manfaat sesungguhnya....bila masa kita tak tahu lagi. sihat walafiat pun bila tiba masa nya akan pergi jua..

    ReplyDelete
  35. hidup berkualiti...
    masa berkualiti...

    ReplyDelete
  36. pada kakak bila dah tahu nak mati lagilah peluang cari saham akhirat seberapa mampu yg boleh lebi khusyuk, disamping macam doc kata gunakan sisa masa yg ada sebaik-baiknya..

    ReplyDelete
  37. menyedarkan aku bila baca entri doc ni.., terima kasih.

    ReplyDelete
  38. Al Fatihah.
    Adik ipar pun kena kanser.
    Kita jalani hidup dgn sebaiknya. Amin.

    ReplyDelete
  39. salam ziarah doc. termakasih info yg dikongsi

    ReplyDelete
  40. ye. enjoy life to the fullest. tak payah fikir mende remeh temeh yang tak pasti. tambah tambah pulak mende yang tak menyumbang ke syurga pun. :)

    ReplyDelete
  41. Al-Fatihah buat kedua yg telah pergi.

    Betul tu, ajal maut di tangan Allah SWT.

    ReplyDelete
  42. huhu.
    berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
    yg saya baca, kanser ni punya cepat dia merebak kalau kita stress atau down. kalau kita happy-happy insya allah, 'benda' tu mengecut... ntah la, betul ke tak tapi betul kot. dengan pemikiran positif, sokongan dan semangat insya allah. insya allah.

    ReplyDelete
  43. AL Fatihah untuk mereka yang telah pergi.

    Kita kita ini, selalu kena beringat.

    ReplyDelete
  44. Alfatihah buat arwah..
    actually my mom had breast cancer stage 4 since 2004, doc jg jangkakan hayat bleh tahan sampai 5 tahun je.. lps operation, kimo, makan ubat & bla bla bla. Alhamdulillah sampai hari ni ditahun 2013 mak masih kuat, sihat & mampu berjalan (but sometime pening2 coz of effected ubat tu masih ada kot)
    tu yang kalau kemana2 kalau boleh I bawak dia sekali utk dia enjoy her life ;)

    ReplyDelete
  45. betoilertu banyak dengar dan tengok.. ramai yang berfikiran positif lebih hebat dari kita yang sihatni..
    lagipun kita yang sihatni pun bukan tahu bila masanyakan.. beringatlah selalu.

    ReplyDelete
  46. agree..hidup mesti berkualiti.kita yang tentukan..sebab tu kita kena amalkan cara hidup sihatkan doktor?

    ReplyDelete
  47. sebak baca n3 mcm ni doc, sgt2 memberikan kesan pada KA ! mesti sentiasa positif dlm hiudp walau apapun keadaan kita kan , kerana ajal maut ditangan tuhan Allah swt

    ReplyDelete
  48. Entry ni saya saya sedih teringat MIL yang meninggal disebabkan kanser...Alhamdulillah, sempat jaga arwah... saya akan simpan kenangan sampai bila-bila... rindunya dengan mama

    ReplyDelete
  49. tetiba terasa lebih bersemangat setelah baca entry ini..
    hurmm.. hidup mesti gembira.. walau apa pon yg terjadi..

    ReplyDelete
  50. Hargai insan tersayang dan kehidupan selagi kita masih diberi kesempatan/peluang untuk melakukannya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...