Monday, May 27, 2013

Tanggang Moden

Pagi ni on the way ke tempat cari rezeki, saya dengar topik " Isu tanggang moden: Derhakakah Anak Itu Bila Menuntut Ibu atau Ayahnya Meminta Maaf dan Saling Salah Menyalahkan? " di radio IKIM.

Macam macam luahan saya dengar.
Lantas saya google suratkabar online pagi ni, mesti ada kena mengena dengan topik pagi ni di radio IKIM tu.

Hasil google saya, Astaghfirullahalazimmm....: Tanggang Moden ?

Saya memang tak ambil port tentang artis Malaysia, lebih2 lagi artis suam2 kuku/baru nak naik, memang saya tak kenal( dan tak tahu perkembangan mereka). Drama Melayu pun jarang sangat saya tengok. So saya tak tahu apa masalah pelakon ni dengan ibunya, apa hujung pangkalnya, namun satu benda yang pasti dan saya berpegang padanya ialah: Siapa kita nak suruh parents kita minta maaf kat kita??


Saya pernah mendengar tazkirah tentang jasa ibu.
Andai si ibu mahu mengungkit jasa jasa nya pada kita, terkedu terlopong kita nak membalasnya.
Contoh paling simple:
- Setiap titis air susu ibu yang kita minum dari usia kita satu hari. Confirmed tak terbalas nak 'bayar' jasa susu ibu ni.

Tu baru susu ibu.
Belum lagi ibu berjaga malam jaga kita, ibu dodoikan kita, ibu suap kita makan...etc etc..

Saya sendiri seorang ayah sekarang. Isteri saya seorang ibu. Kami dah faham naluri seorang ibu & ayah, setelah kami punyai anak. Call lah mak/ayah kita, jangan sampai mereka ternanti2 panggilan kita. Sedekahkan bacaan Al Fatihah buat mereka setiap hari, termasuk ibu & ayah mertua kita.

Terus saya teringatkan ibu saya pagi ni. Rasa mahu aja pulang ke JB pagi ni, jumpa mak, salam cium peluk mak. Oh ya, itu ibu saya bersama Ustaz Don masa tunaikan haji last year  :)

65 comments:

  1. assalamualaikum...
    subhanallah.. mcm2 perkara manusia sejak kebelakangan ni.. nauzubillah.. betapa jahil nya seorang itu mintak macam tu daripada mak... allahuakbar... jasa ibu ni tiada balasannya.. mcm mana boleh jadi camtu.. si tanggang tu... mmg saya pun jelak tengok dia.. walaupun dalam situasi lain, mgkn ada salah dan silap dari kedua belah pihak.. hanya allah yang tahu.. bertaubat lah wahai si tanggang itu..
    >> saya pun teringat mak saya gak.. nanti nak balik amik kimi kat kg sblm buka skolah.. leh jumpa mak.. :)

    ReplyDelete
  2. terus terang, sakit hati baca apa yg si retis tu cakap semalam. baca kat Pancaindera. Dia suruh mak dia minta maaf pada dia, kekasih dan keluarga kekasih.

    Siapa dia nak suruh mak dia mintak maaf pada dia.

    Geram, sangat.

    Tak patut sungguh. Setelah apa yang kekasih dia kata pada Umi dia, dia boleh sebelahkan kekasih dia.

    parah nie, parah.

    Tahu pula dia marah bila orang panggil dia tanggang.

    Sayu hati.

    ReplyDelete
  3. masalah keluarga tak sepatutnya dibawa sehingga ke dada media massa dan cetak.. :(

    ReplyDelete
  4. hurm..mcm mana nak komen...terkedu dgn apa yang terjadi...

    ReplyDelete
  5. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  6. pernah jumpa ustaz don ketika umrah last year bulan pose ketika tawaf...tak boleh nak bergambar...hehe... :P

    entah la..tak boleh komen byk hal tanggang moden ni...
    kita dah akhir zaman ni doc red...
    -di mana agama kurang di didik tetapi di didik untuk mengagungkan duit/populariti...
    totally, kita nampak salah anaknya sehingga di gelar tanggang...

    Memetik satu kisah berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA, seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab RA mengadukan hal kederhakaan anaknya.

    Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

    Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapak u tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam.

    Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak mu, walhal kamulah yang telah menderhakainya.

    Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

    mendidik anak bukan mudah...teman takde anak lagi doc...tapi semoga kisah tanggang moden dan kesah ketika zaman Saidina Umar R.A menjadi pengajaran pada kita semua doc red..

    -ayeesha

    ReplyDelete
  7. ntahla doc, kt paper sabtu aritu... siap si tanggang mengadu kt kluarga neneknyer mintak supaya mak nyer mohon maaf pd dia, tentu dia rasa betul bile kelurga nenek n makcik2nyer menyebelahi dia sambil menghentam mak nyer...

    sebenar2nyer masalah keluarga jgn lah di jadikan bahan publisiti, selesaikan jelah secara dalaman, supaya tak memalukan mana2 pihak, ni tak... mentang2 lah artis, nk canang satu dunia masalah yg ada...

    ReplyDelete
  8. Akak tak tengok tv, tak kenal pun sapa budak tu tapi bila dah online, banyak kisah tentang dia. Tak tau la apa yg bermain dalam fikiran dia sampai ke tahap tu..

    ReplyDelete
  9. Saya kehilangan ibu yang paling disayangi tahun lepas akibat kanker payudara.

    Bila dah tak ada, saya rasa kehilangan sangat....ambil masa juga nak recover. Bila baca kisah tanggang (artis jer pun) buat perangai ni, rasa nak lempang jer..

    ReplyDelete
  10. Doc mengingatkan sy pd mak sy juga. Walau dulu selalu kena mrh. Tp kena mrh sbb sy le yg bt die mrh. Haishhh! Kesian mak....

    ReplyDelete
  11. itu la....bayk jugak tanggang moden skrg nie...

    psss...muda remaja lagi mak tuan blog yea...

    ReplyDelete
  12. sebut perkataan ibu..automatik hati jadi sebak.
    sayang mak sgt dunia akhirat..
    biarlah apa yg berlaku sy sebagai ank sebolehnya tak kan melukakan hati dia.

    hairan bila org lain dgn ibu sendiri mahu bermusuh.

    ReplyDelete
  13. Pada kakaklah doc. iman menjadi asas utama. Kalau iman ada tak mungkin org lupa siapa ibu mereka..
    Jadi didiklah anak kita dgn agama insya-allah semua ini tak terjadi.
    Sayu hati bila selalu benar cerita begini terjadi di negara kita yg dikatakan negara Islam:(

    ReplyDelete
  14. Muda lagi ibu DZ. Untunglah masih ada ibu dan bapak. Jagalah dan gembirakanlah hati mereka sementara mereka masih ada. Saya dah tiada kedua2nya...... huhu

    ReplyDelete
  15. tak salah kalau kita rendahkan ego kita minta maaf dengan emak sendiri.. mengalah... walau macamana bencinya kita pada ibu, syurga kita tetap pada dia...

    ReplyDelete
  16. Yang tua di hormati, yang muda di sayangi..
    baru lah aman kan~

    walau ape pon salah ibu kita.. dia tetap seorang ibu yang WAJIB kita hormati. :)

    ReplyDelete
  17. Dua-dua kena bertolak ansur. Rasanya dua-dua bertegang..tak kemana-mana

    ReplyDelete
  18. X taw nk ckp cmna kalau ada anak yg suruh parents minx maaf kt diorang..alhamdulillah skang dah duk rumah ngn parents, hari2 leh jumpa..

    ReplyDelete
  19. aku tak tahu apa kisah sebenarnya.
    setakat baca news tak mencukupi kerana ceritanya berpilih.
    aku syak isu itu hanya kemuncaknya.
    rentetan isu itu pangkalnya mungkin telah lama... lama semasa kecil-kecil dulu.
    mungkin sebelum si tanggang itu dilahirkan lagi..

    ReplyDelete
  20. media jugak yang best..mengambil kesempatan atas semua yang berlaku demi melariskan jualannya mungkin..
    apepun..sbgai anak..apatah lagi anak lelaki...memang besar tanggungjawab terhadap orang tua terrutama ibu...
    bagi cheqna..afiq ni budak laki...x matang.....kalau dia boleh berfikir secara waras..mana mungkin seorang anak tergamak mintak mak dia yang mohon maaf...

    ReplyDelete
  21. mmg benar dgn apa yg nabi ckp..tanda2 kiamat salah satunya adalah apabila ank menjadi tuan kpd ibunya dan mungkin ini salah satu tandanya...wallahu 'alam...

    ReplyDelete
  22. kannnnn....baru rasa glamour skit dah mcm nak mcm2. apalah diorg ni, mak ayah tu jgn laaa dipinggirkan.

    *Dr nk balik JB ke? BBWBS tu sampai 2 June

    ReplyDelete
  23. Dunia akhir zaman........ rasanya kalau marah mak bapak pun tak payah la masuk surat khabar ke tv ke.. dah tentu org takkan salah kan ibu bapa.. kita. Akhirnya membuka pekung di dada sendiri

    ReplyDelete
  24. btol doc..pengorbanan mak ayah tak terbayar dgn wang ringgit..budi diaorg tu la yg kita bawak sampai mati.

    ReplyDelete
  25. Bukan malam minggu pun still ada lampu lip lap, cuma kalau weekend best skit, ramai org. Ejaan kt signboard mmg Banda Hilir, x taw la kalau ejaan DBP yg betul ada 'r' . Dtg la Melaka, kt sana dah lawa, kalau dtg wajib naik bot kt Sg. Melaka.

    ReplyDelete
  26. sedih bila ada kisah yg mcm ni...
    sedangkan kita dh terlalu byk di sogok dgn mcm2 nasihat...mcm2 tauladan...

    ReplyDelete
  27. Tak tau laa apa kesudahannyaa.. Moga dpt diselesaikan dengan baik..

    ReplyDelete
  28. baru je balik jumpa mak huhuhuhu i luv u mak!

    ReplyDelete
  29. ada mcm terdengar kat melodi last week. ntah sapa tah dia. tak kenal pun. media pun satu, bender hal keluarga artis macam ni kasi kecoh satu dunia. Ada banyak mender yang lebih bagus dan molek untuk war-warkan kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  30. itru la..ada ke suruh mak dia minta maaf..ya Allah...anak apa kah ini??

    ReplyDelete
  31. Pengajaran buat pembaca dan mata yang melihat, bahu yang memikul, dunia dah nak hancur...cuma yang pedihnya bila anaknya pulak membalas kelakuan serupa...

    ReplyDelete
  32. Dia kena baca kisah seorang pemuda memandikan ibudan ayahnya yang telah disumpah menjadi BaB, tugas anak tetap tugas dan tangunggjawab.

    ReplyDelete
  33. Tiba-tiba teringat kat ibu danayah yang telah lama pergi
    meninggalkan kakmah, Al Fatihah buat arwah bunda dan ayahnda.

    ReplyDelete
  34. Bodo piang budak tu..hal keluarga tak payah masuk paper....teruk mana pon tak baik cakap mak dia mcm tu...

    ReplyDelete
  35. sikit waktu lagi dia mesti menyesal buat cemtu kat mak dia...

    ReplyDelete
  36. dia akan sedar nanti..insyaallah :)

    ReplyDelete
  37. buang emak, buang saudara,
    kerana kasih hamba turutkan.



    ish ish ish

    ReplyDelete
  38. apa kes pasal tanggang tu????
    harus cekidout ....
    memang i ketinggalan huhuhuhu....

    bro ur mom looks sooooooo young aaaa....

    ReplyDelete
  39. Yang sakit hatinyer rancangan tv danpapertu sengaja melaga2kan....
    Seronok menengok keluarga orang hancor...
    Bukan nak bg berbaik... Entahler....
    Wahai anak siapapun kita, ingatlah jasa ibu.....

    ReplyDelete
  40. walau sebesar mana (kalaulah ada) salah ibu terhadap anak..adalah tidak wajar sama sekali memanggil ibu dgn panggilan syaitan...ya...mamat sengal tu panggil syaitan pada ibunya hingga ibunya berkata tak menghalalkan setitik pun susunya itu..nauzubillah...
    pada yg pompuan tu...time sakit nak bersalin nanti..baru tau erti pengorbanan seorang ibu...bertarung nyawa utk melahirkan..

    ReplyDelete
  41. saya suka ustaz Don
    saya boleh paham loghat kedah

    saya tak paham loghat uztad satu lagi tu

    ReplyDelete
  42. Itulah realiti kehidupan zaman sekarang doc.

    Mak saya ada kat rumah adik didepan rumah saya tapi pagi ni saya tak sempat nak salam dan cium dia spt biasa... Mood =sedih

    ReplyDelete
  43. wlu mcm mana jahat skali pun..ibu tetap ibu... nice sharing.. sweet la mak awk di samping ustaz Don... ;)

    ReplyDelete
  44. saya tak ikut langsung cerita artis dengan mak yang berperang tu. apa pun masalahnya, yang diperangi tu ibu sendiri. muak pulak saya.

    baca entry ni, terus rasa rindu kat mak, walaupun sebenarnya, baru 3 jam berpisah lepas hantar dia pi keja pagi tadi. okey, saya tak malu mengaku, saya anak manja omak!

    ReplyDelete
  45. hurmm macam2 panggilan org pada anak derhaka .. derhaka kah dia ??
    semua x akan tahu , hanya allah shja yg boleh menilai ..
    kita hanya boleh jadikan renungan dan batasan sesama kita

    tetiba teringat kat ibu juga
    dah jadi ibu baru tahu penat lelah seorang ibu ..kannn

    ReplyDelete
  46. ishh selisih..harap anak keturunan kite tak tergolong dlm golongan yg derhaka dgn ibu bapa sendiri....

    sian jugak artis baru tu....belum ape2 lagi , baru bercinta dah ikut telunjuk kekasih...harap2 die bertaubat la...

    ReplyDelete
  47. ermm nak komen pun sy tak tahu hujung pangkal cerita retis tu.tetiba je meletop sbb kes dia suh mak mintak maaf n kes sms tu..tapi rasanya hal2 family ni tak payah la nak heboh2 dalam paper.wat malu kaum kerabat je..

    i love my mom!

    ReplyDelete
  48. apa2 punn kita sebagai anak mmg harus membalas, mengenang jasa ibubapa kita..
    siapa lah kita didunia ni tanpa mereka.. ;)

    ReplyDelete
  49. Ramai sebenarnya tanggang moden. Sedih sbb ada anak yang berperangai macam ni. Seburuk-buruk ibu tu pon, dia yang bertarung nyawa nak melahirkan si anak.

    Hurmmmm...rindu kat mak yg jauh di mata dekat di hati.

    ReplyDelete
  50. Ada dgr cerita ni. Tapi lepas tgk entry ni baru nak cari apekah ceritanya..... huhu. Hai la retis.....

    ReplyDelete
  51. sayu.sedih biler seorang anak. sanggup buat ibunyer yg lahirkan menyusukan..dan sanggup gadaikan nyawa utk lahirkan kiter.saya setuju dengan kak zaki..

    ReplyDelete
  52. sweet rupa fiza time preggy

    seksi

    jomm balik jb. pkena kacang pol

    ReplyDelete
  53. Salam.
    Jasa ibu diingat sampai bila2!

    ReplyDelete
  54. harap anak2 kita tak buat mcm tu kat kita...nauzubillah...

    'anak tak sedar dek untung!!'

    ReplyDelete
  55. gerun dengar anak2 zaman sekarang ni.. kat mana silapnya? adakah sebab ibu bapa terlalu sibuk cari duit sampai anak terabai dan jadi camtu..? adeh..risau pk masa depan..

    ReplyDelete
  56. jasa ibu bapa tiada tolok bandingannya....

    ReplyDelete
  57. kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa....!!

    bila kita dah jadi ayah/ibu kita semakin fhm dan makin mngerti apa pengorbanan ibubapa kita selama ini kan?

    ReplyDelete

  58. saya terus menyampah nak tahu kisah Tanggang tu.

    ReplyDelete
  59. kita pun rasa mcm nk balik johor laa doc....huhuhu

    ReplyDelete
  60. sayangi ibu bapa kita selagi ada kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...