Monday, May 20, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat guru guru aku..
Di sekolah dulu, aku bukan lah murid yang cemerlang.
Biasa biasa aja.
Tak la corot, tak lah nombor satu.

Guru mmg main peranan besar kepada murid murid..
Masa aku form 4 - form 5, aku mmg bebal Add Math.
Kalau tak failed, lulus pun cukup cukup makan aja.
Add Math aku untuk SPM aku dapat C4. 
Aku tak salahkan cikgu Add Math aku 100%, sebab aku sendiri kurang berusaha.

 Peranan cikgu rugby kami( our beloved coach) sangat besar. Kami menjadi team yang hebat di negeri Perak, hanya setakuk di belakang MCKK yang dah memang tradisi nya main rugby.  :)

Namun macam aku cakap, guru itu main peranan besar.
Sebab bila aku ambil New South Wales Higher School Certificate ( NSW HSC...ala ala STPM untuk sekolah sekolah di Australia), aku dalam ranking top 5 % yang terbaik untuk kertas matematik.

Masa HSC tu, ada kertas matematik 1 ( standard susah sikit dari Add Math), dan matematik 2 ( gila punya susah, taraf budak university tahun 1 & 2 punya level). Dek kerana bagusnya aku dlm matematik 1 masa tengah belajar utk HSC, aku confident daftar dan belajar utk matematik 2..dan alhamdullilah, mmg aku score top 5% terbaik utk kedua dua kertas tu, terbaik mengalahkan 95% students dari seluruh benua Australia dan lain lain negara yg ada ambil HSC .

Point aku disini bukan sebab aku nak riak berlagak aku score HSC tu, bukan.
Point aku ialah PERANAN GURU dalam memberi sokongan, cara pengajaran yang efektif.

Cikgu Add Math aku zaman sekolah dulu, maaf cakap,memang kurang effektif dalam mengajar. Lebih beri penumpuan pada budak2 yang memang dah pandai Matematik. Kami yang lembab ni, tercengang cengan la nak cuba pick up apa yg dia ajar ( tak berapa ajar pun). Memang lah kami semua yang masuk ke tingkatan 4 tu, masa PMR dapat 8A semua subjek, termasuk Matematik. Tapi tolonglah jangan gunakan ' alasan ' kami semua 8A sebagai escapism untuk mengajar kami secara cincai boncai, anggap kami semua memang semulajadi genius. Dalam semua 250+ students di situ yang semuanya 8A, tahap pemahaman setiap subjek tu berbeza beza. Ada yang cekap Matematik, ada yang cekap Fizik, ada yang cekap Biology, dan lain lain. Dan tahap 'kelembapan' itu pun berbeza beza, walaupun masa PMR dapat 8A. Aku sendiri sedar, masa Form 4 & Form 5, aku cekap Sejarah, Biology, dan Kimia, dan lembab/kayu dalam subjek Fizik & Add Math.

Bila aku start kelas HSC NSW( lepas SPM), cikgu matematik aku sangat, sangat effektif.
Dia pandai tackle student, pandai tackle kelemahan student.
Dan effektif mengajar.
Jadinya, student yg lembab Add Math macam aku dulu pun, jadi teruja dengan stail pengajaran beliau.
Dan sebab teruja dan kagum dengan usaha cikgu ni aku sendiri mencabar diri, nak buktikan aku boleh berjaya. Dan alhamdullilah, aku berjaya.

Apa apa pun, bukan lah aku nak kondem cikgu Add Math ( dan Fizik aku jugak, yang sama aja stail nya, ngajar cincai boncai) aku 100%. Ada juga jasanya mengajar aku, aku ucapkan, ribuan terima kasih. Cumanya, kalau cara pengajaran tu dipertingkatkan, tak pelik kalau peringkat form 4 - form 5 tu aku boleh cemerlang dalam subjek Add Math ( dan Fizik )

Motif aku tulis ni, sebagai peringatan kepada diri aku( yang sebagai parent, ada anak), dan tenaga pengajar/cikgu di luar sana bahawa:

  • - peranan guru itu penting, guru menjadi role model terbaik.
  • - guru harus kenalpasti kelemahan student, walaupun dia mengajar kelas budak2 pandai, dalam semua yg pandai, pasti ada yang 'bodoh/lembab' dalam pandai...hahaha
  • - peranan ibubapa kenalpasti kelemahan anak anak, jangan serahkan 100% kat cikgu.

Selamat Hari Guru.  :)

46 comments:

  1. btul ti, CiM setuju dgn Dr. peranan guru mmg sgt penting.

    CiM pown bukanlah student yg baik dimsekolah, tp alhamdulaillah tak penah plak duduk class ke 3 ke bawah, dan bila di form 4 & 5, CiM atau Science 1 hingga SPM. then sbgi student ala2 genius sgt kat sekolah, cikgu pown mcm ambil mudah jer, ajar mcm semua faham.

    then, dsbbkn kelembapan nak catchup dlm class, CiM mohon mak hantar CiM class tuisyen. alhamdulillah, cikgu tuisyen lbh bagus dr cikgu dlm class. CiM joint class tusyen pown dah pertengahan tahun masa form 4, tp cikgu tuisyen tu lbh pandai sbb dpt cover semua silibus dr awal thn dan bila dlm class CiM dh tau dulu apa yg cikgu nk ajar dgn bangganya. tp, mmg saja buat muka blurr spt biasa dlm class, sbb cikgu sekolah ajar caranya lain sgt sdgkn ada shortcut dlm buat jln kerja math.

    skrang pown, klau diberi soalan addmath, insyaAllah CiM boleh selesaikannya.

    ReplyDelete
  2. Tak tau nak komen pasai awak sekolah budak pandai! Hahhaaa...

    Ok komen ikhlas...akak selalu letak alasan sibuk untuk pantau sekolah anak, ruginyakan?

    ReplyDelete
  3. saya dulu pernah kena sepak dekat muka dengan warden sebab bercakap lepas solat isyak, ketika orang berwirid.

    Warden saya tu cikgu addmath. Masa warden dia garang, masa dalam kelas dia baik.

    Lepas kena sepak tu saya terus jadi terer add math :p. Eh bukan nak riak, tapi sebab rasa hormat dengan cara dia mengajar dan respek dia marah saya bercakap etc etc.

    Selamat hari guru :)

    ReplyDelete
  4. Memang tepat sekali.Tapi hehe takut ada cikgu marah.
    Pengalaman anaklah..Ulfa memang teruk add math, dah F5 masih ko. lepas tu dah bulan nak spm baru ke kelas tuisyen.berkorban sikit nak 1000 sebulan belajar ekpress sejam 100. tapi cikgu dia best sgt, pandai tackle dan murid benar2 faham, lepas tu ulfa minat sgt ngan add math dan boleh ajar kawan2 yg lain.
    alhamdulillah dari ko ke ok A+.Dan yg penting dah minat add math!

    Doc pun sgt hebat!

    ReplyDelete
  5. saya mmg fail add math..susah nak jawab salah siapa.. fizik pun sama..yg herannya masa exam score..maybe sbb teknik menjawab soalan spm kot..bila masuk U hancur..so saya rasa boleh simpulkan mmg salah saya..haha..

    ReplyDelete
  6. Selamat hari guru untuk semua cikgu, dulu2 murid hormatkan cikgu, skrg ni cikgu yg takutkan murid

    ReplyDelete
  7. cikgu add math kitorang pun cincai boncai jugak mengajar.. hahaha. lepas masuk U baru tahu, senangnya add math yg susah gila dulu...keh keh keh..

    ReplyDelete
  8. Setuju!! lagi satu budak (anak kakaklah ni) kalau cikgu beri lebih perhatian pada dia memang markah pasti tinggi. Itu yg kakak nampak. Sebab itu mana yg cikgu dia beri hadiah tu memang cikgu yg dia sayang dan confirm markah sabjek itu pun tinggi.

    ReplyDelete
  9. tak menjadi yg terbaik disekolah belum tentu tak terbaik di waktu akan dtg kan dr :)

    ReplyDelete
  10. sokong.
    sy tak suka math (memang lembab math, tapi tambah2 tak suka dan lembab bila ada cikgu yang memang bias (ajar budak pandai) je. jadi sy yang suka nak belajar ni tetiba down. erm, result memang la cukup makan je.

    sy suka cikgu sejarah sebab dia memang fokus kat sorang-sorang student. dan saya memang score sejarah dengan jayanya.

    bab cikgu merupakan pengaruh besar, saya memang setuju sebab kita dulu-dulu suka sangat2 kat cikgu. suka make up cikgu, beg tangan, kasut semuanya duk telek2 pastu berangan nak jadi macam cikgu. bagi hadiah, macam2. kalau cikgu cakap suh bawak @ bayar apa2 pun sanggup mintak kat mak...


    ReplyDelete
  11. mcm cikgu fizik sy..form 4-form 5 mengantuk je kalau ngaja even rajin buat kelas tambahan mlm...walaupon sy x pandai add math, tp cikgu best tu yg seronok blaja...

    ReplyDelete
  12. assalam doc..teima kasih..betul kata doc.memang la semua dapat 8A masa PMR..tapi penerimaan tak sama..acik selalu dengar keluhan hero bungsu..masa mula2 masuk ting.4 tu..ada peperiksaan dan dia termasuk dalam kelas no.1..tapi masa belajar katanya..memang ada yang cekap sangat..cik gu belum habis baca soalan dah boleh jawab..tapi dia boleh buat..selepas salin
    soalan..tak cekap nak congak..cik gu mengajar cukup laju..bila ada yang tanya soaalan..cik gu seakan mengeluh..kenapa pulak tak faham ni katanya..acik tak tau macam mana nak bantu dia..sudahnya acik beli banyak2 buku latihan.minta dia berlatih buat sendiri bila ada masa.dah nak SPM ni kan..tapi tak semua cik gu macam tu

    ReplyDelete
  13. kenapa cikgu add maths kita lbh krg je??? hehehehe

    ReplyDelete
  14. saya x berapa minat dgn nombor..spm dapat roundabout..dua lagi..paham tak ni (P8)...hahaha..

    tapi saya setuju dengan kata2 doc..sbb masa di sekolah saya langsung tak faham apa yg cikgu matematik ajar dan saya rasa matematik adalah sgt susah dan membosankan..sampailah saya pergi tuisyen Nuri di bawah DBKL..free je..kursus SPM..seorang cikgu lelaki India..dia ajar matematik sampai saya rasa matematik tu senang giler..agaknya sbb tu saya pass dapat 8..kalau tak, tentu saya dapat 9 dan fail..hahaha..

    ReplyDelete
  15. buat guru yang rasa mengajar cincai boncai tu, ubahlah skill anda agar anak2 murid anak berjaya dengan cemerlang.. ;)
    fokus pada semua bukan hanya sebahagian..
    (merujuk kepada guru yang mengajar anak saya di sekolah lama dulu)

    ReplyDelete
  16. psstt: kalau nak datang rasa CKT, datanglah malam minggu

    psstt lagi: jap lagi saya emelkan alamat ke sana.. ;)

    ReplyDelete
  17. banyak kenangan kan
    bila baca kenangan adik nie aak lak sayu ..
    akak masa sek
    ada x suke satu cikgu tuu .. cikgu sains
    tapi bila SPM akk x sangka akak dpt A utk subjek sains uhuu
    terus jumpa dan peluk dia ..

    ReplyDelete
  18. mmmmm...
    tetiba teringat lak zaman acik ni hah belajar kat mrsm...
    eh doc...tak main ragbi lg ka?kui kuikui

    ReplyDelete
  19. dalam gambo tu ..DaddyZZ yang mana satu..?!...

    ReplyDelete
  20. Cikgu Math saya dulu masa mengajar, mata dia pandang silingg jer. So semua orang boleh tido sebab tak faham n dia tak nampak kami. Masa jawab soklan, boleh pula dia pandang muka kami. Bila dah terdesak nak SPM, cari tuition...terus score...hahahahaha

    Anak saya pula, di sekolahnya, hanya anak2 cikgu sahaja yang diberi perhatian dan di ajar bersungguh. Anak bukan cikgu? Nasib ko lahhhh

    ReplyDelete
  21. hhaha dah lama tak dengar perkataan cincai boncai
    tapi betullah DZ, peranan guru tu mmg sangat besar, murid pula HARUS memberi sepenuh tumpuan.
    but some of teacher 'pilih bulu' utk mengajar.. lagi2 student yang dia aim (tak suka).
    time tu ko tahu lah nasib ko. kannn hehe

    ReplyDelete
  22. betul betul betul ...


    masa sambung belajar hari tu ....
    Kertas Math boleh lar score 90 above ....

    masa SPM , failed

    ReplyDelete
  23. dulu masa sekolah...saya paling x suka subjek math sebabnyer cikgunyer garang tak tentu pasal...kecut perut...jadik apa yg dibelajar pun tah kemana...nasib lepastu tukar cikgu lain ambik alih barulah ok...ader semangat nak belajar...

    betul kita sebagai mak ayah kena pantau anak2 kiterkan..kalau tak kesian anak-anak.. kita perlu tahu jugak pasal hal sekolah macamana dia belajar...apa yang die seronok kat sekolah...apa yang dia tak suka...

    ReplyDelete
  24. Masa akak Form 4 dulu, ada sorang cikgu Maths yg suka suki tetapkan markah lulus dia sendiri. 2 minggu sekali dia bagi test, contohnya dia akan tetapkan markah lulus ialah 60. Sapa yg tak lepas markah 60 tu kena denda lari keliling padang. Sama la jugak, dia mengajar tumpu perhatian pada yg pandai2 saja, akak menganga la sebab memang slow bab Maths ni. Asyik kena lari keliling padang ja akak masa tu, sabaq jalah.

    ReplyDelete
  25. ada betulnya pandangan awak pasal fokus kepada budak-budak tertentu.
    aku pun sama juga... cikgu tak fokus kat aku masa Add Math.
    cikgu biarkan aku sendirian kat belakang kelas.
    bukan salah cikgu tu.
    aku kat belakang sebab aku dilantik jadi tutor untuk Add Math untuk rakan sebaya...
    hahaha...

    ReplyDelete
  26. betul tu DZ, yelah lain padang lain belalang... style masing2kan.. anak2 cikda memang tak bole belajar dgn cikgu yg garang - kompom dia fail subjek tu wpun sebelumnya excel dlm subjek yg sama..

    ReplyDelete
  27. Haha add math...makcik asyik dpt taugeh je masa skolah....lepas F5......habis orientation...masuk kelas....makcik nangis seminggu sebab?? ..engineering math! Sib baik lah tak pernah fail walau tak lah score 4 flat.

    ReplyDelete
  28. Cikgu matematik saya dulu di sekolah menengah pun pandai ambil hati..kalau ada ujian, kami lumba2 nak score sebab ada imbuhan...kira ok la kan...

    ReplyDelete
  29. Betul cikgu yg bagus, kita ngok camner pun, xsuka camner pun, pasti kita leh belajar ngan baik. Minat yg akhirnya buat kita sukses.

    ReplyDelete
  30. M AAF sgt2 sesiapa yg terbaca. bukan 100 bagi satu jam tapi 4 jam seratus!

    ReplyDelete
  31. saya juga pelajar yang sangat2 bebal dalam add math.. walaupun abg sendiri mengajar add math di sekolah yang sama! semedang fail add math... lulusnya betul2 time spm, sampai abg dah tak boleh nak kata apa dah

    mungkin sebab memberontak bila dah lama sangat kat sekolah yang sama.. dah ala2 jemu duk asrama yang cuma 2 minggu sekali boleh outing.. bila masuk matrix elok je pun score mathnya.... serupa je ngan add math tapinya rasa senang je nak buat

    ReplyDelete
  32. Setuju sgt doc...cikgu tu sendiri main peranan penting kan ....tp ape2 pun doc dah selamat bergelar doktor....tahniah buat cikgu2 doc ngan doc sendiri....hope sgt anak2 lieya bijak mcm doc....aminnnnn

    ReplyDelete
  33. saya budak baik kat sekolah. jadi semua cikgu okey2 jer pd saya....

    hehehehehe. sekolah kampung gitu

    ReplyDelete
  34. betul tu doc.
    cikgu memainkan peranan penting.
    contoh ank sy skrg ni kalau cikgu pesan
    mengikut ajer dia..cer mami yg suruh hmm lambat sikit hehe

    ReplyDelete
  35. wah doc main ragbi masa sekolah yer , den main ping pong jer...:)

    ReplyDelete
  36. Yer...yer....cikgu harus memastikan semua anak kapal nya selamat dlm pelayaran....like nakhoda gitu....

    ReplyDelete
  37. yeee memang betul... cikgu memang sangat penting peranannya... cikgu zaman dulu ngan cikgu zaman sekarang sangat berbeza peranannya dan cara pengajarannya... tapiii saya memang tak minat jadi cikgu. Agaknya kalau saya jadi cikgu habis anak murid kena rotan... mesti saya jadi cikgu yg tak digemari anak2 murid... huhuhuuuu

    ReplyDelete
  38. mmg btol.kita sebagai ibu bapa merupakan guru yang pertama kepada anak2..
    sekiranya kita menunjukkan teladan yang baik...insyaAllah anak2 juga mencontohinya.

    ReplyDelete
  39. hehehe samalah kita bad add math mmg bebal sikit, tapi KA nak salahkan ckgu juga sebab dier pilih kasih pilih bangsa hehehehe

    ReplyDelete
  40. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  41. mana satu doktor kt dalam gmbr tu?

    ReplyDelete
  42. agree. pencapaian dalam sesuatu subjek tu bukan saja bergantung kepada pelajar, tetapi kepada guru nya jugak. masa sekolah dulu...cikgu prinsip akaun selalu pilih kaler kulit dan mata sepet..maaf cakap lah..memang kenyataan. untuk yang kulit putih dan mata sepet ada kelas tambahan sendiri..secara rahsia. kami yang melayu ni terkontang-kanting..lembab dalam subjek tu. saya pilih untuk drop subject account. tapi masa buat dip...alhamdulillah..lecturer bagus. terus rasa yang account ni tak la susah sangat sebenarnya..jika diberikan pemahaman dan didikan berterusan. :-)

    ReplyDelete
  43. betul... sangat2 setuju... cikgu memang memainkan peranan penting dalam diri setiap students...

    ReplyDelete
  44. dtg baca komen semua org.
    bg cikgu cikgi yg singgah, sila beri perhatian.
    hihihi....

    ReplyDelete
  45. Take note.. Terima teguran dengan hati yang terbuka.. Pada semua ibu bapa, kami sangat berharap agar turut sama memberi perhatian pada sikap, akhlak dan sokongan moral pada anak2 sewaktu di rumah. Jika berkelapangan, dapatlah kiranya pantau kerja sekolah anak2 dan datang berbincang dengan guru subjek atau guru mata pelajaran dengan secara baik. Peranan kedua-dua belah pihak sama penting demi memastikan anak2 berjaya dan jadi insan berakhlak mulia.

    ReplyDelete
  46. uisshhh budak pandai..seram la nak komen huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...