Thursday, May 9, 2013

Menang Sorak, Akhirat Tergadai

Perjuangan bermula dari dalam..
Dari diri sendiri..
Membawa ke keluarga.
Bukan semua benda, salah pemimpin.
Kita semua pemimpin, cuma level nya sahaja berbeza.

Tak salah kita menolak mereka yang korup, malah itu bagi aku, wajib.
Tapi muhasabah diri sendiri.
Kita beria ia tolak orang yang korup..
Kita beria ia kata orang tu akhlak teruk, budi pekerti teruk..
Kita beria ia kata orang itu makan harta haram..
Tapi diri kita sendiri, pernah muhasabah?
Pernah fikir tentang prestasi diri sendiri yang selalu culas masa kerja?
Yang selalu menipu MC?
Yang tak bertimbangrasa di jalanraya, walaupun kopiah melekat kat kepala masa memandu?
Yang mulut masih berkepul kepul keluar asap rokok, walaupun jelas merokok itu haram?

Maaf..
Entri ini bukan entri menghentam mana mana ahli parti politik.
Dan juga bukan menyokong mana mana ahli parti politik.
Aku memang tak boleh jadi hipokrit.
Yang mana salah, memang aku kena tegur.
Yang mana betul, memang perlu aku kasi kredit.


58 comments:

  1. Kurang kesedaran agama akan jadi begini...

    ReplyDelete
  2. yup..sangat2 setuju....kita dah tunaikn tggujwb kita..harusnya, xperlu lg persoalkn lg...berdoa je smuge Malaysia kekal aman wlu siapa jua pemimpin kita..

    ReplyDelete
  3. Mmg sgt setuju...sggup menhabuskn ms..sggup membuka aib manusia lain dan sbagainya...

    ReplyDelete
  4. masa untuk kita sama2 fikir2kan !

    ReplyDelete
  5. ramai yg jadi pengikut membuta tuli...tanpa tahu matlamat dan tujuan,sekadar diri diperalatkan..

    ReplyDelete
  6. sgt setuju.. sgt sokong... apa2 pun semua bermula dari diri sendiri... eloklah muhasabah diri.. perbaiki diri.. jgn duk sibuk cari salah org.. nak kata org tipu diri sendiri blm tentu jujurnya.. nak kata org x amanah.. adakah kita amanah? AUDIT DIRI sendiri bak kata Prof Muhaya.. ;)

    p/s: Yang sudah tu sudahlah...

    ReplyDelete
  7. itu surau kat stadium yang sama ke?

    ReplyDelete
  8. sekurang-kurangnya mereka ada niat nk perbetulkan sesuatu yg jelas salah. tanda-tanda hati seseorang muslim itu mati adalah apabila dia melihat kemungkaran, tiada rasa bersalah di hati :)sebaik-baiknya adalah beramal dgn kebaikan dan menegur setiap kesilapan. sekadar pendapat.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, daripada diam melihat kezaliman dan penipuan...
      lagi satu tahukah kita...pastikah kita mereka2 itu bukan golongan yang bersolat subuh berjemaah...

      Doktor solat subuh berjemaah kat mana?

      Delete
  9. yang dah lepas tu biarlah lepas.. terimalah hakikat..
    tak terfikir ke dengan cara macam tu bakal menyusahkan orang lain yang takde kena-mengena..

    ReplyDelete
  10. sangat setuju..suka diam sambil tengok sandiwara mereka semua..kadang senyum sumbing, pung pang pung pang mereka, orang di rumah belum tentu dapat dibimbing, diri sendiri pun ke laut..sama-sama la berubah...bukan pemimpin atasan je yang patut diubah..akar umbi tu lagi penting..menjurus pada diri sendiri..

    ReplyDelete
  11. Salam..

    klu asyik nak cari salah orang mmg sampai bila pun tak habis.. tak cukup dengan tu, untuk memperbaiki diri pun kita boleh terlepas pandang..

    ReplyDelete
  12. Kalau tak terasa lagi tak taulah. Kesedaran nak berhimpun ke jalan Allah tu rendah, kesedaran nak menghuru-harakan keadaan tu sgt tinggi. Tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete
  13. Heran ya pengaruh AI cukup kuat....yg salah pun jadi betul. Allah pun kata kalau doa belum makbul, sabar & redha.....ni part tak redha la ni.

    the is no promise of corrupt-free nation even if they rule.

    doc, dah dapat?...foc :)

    ReplyDelete
  14. perubahan haruslah dalam diri kita sendiri..hatta tukar kerajaan sekali pun kalau diri kita tak mahu berubah..sama ajelah..ini pandangan logik saya :)

    ReplyDelete
  15. betul tu... bila bedebat sanggup tepuk2 dada sendiri konon protes, tapi tak sanggup tepuk dada kerana kekurangan ILMU ke jalan Allah... sekian..

    ReplyDelete
  16. dalam kubur nanti..takdenye malaikat tanya "parti apa yang kamu sokong"

    ReplyDelete
  17. dorang tahu tak berapa ramai yang tersadai kat jalan raya sebab jem semalam!
    anak2 kat rumah pengasuh x boleh amik sebab terperangkap jem??
    suka susahkan orang lain!!
    sori~ Emo plak kat blog DZ~

    ReplyDelete
  18. betullllllllllll tu doktor !!!!!!!!..

    sedih, sungguh sedih.

    ReplyDelete
  19. apa yg x baik di jadikan renungan
    yg baik dijadikan tauladan ..

    berkumpul x semestinya x solat ( cth tgk bola sepak ;) .. dan yg x ke surau x semestinya juga x solat dirumah ..
    semua kita kena renung2kan ... dan menegur juga x salah kerana kita masih waras didalam menegur , menerima juga tiada paksaan .. kerana semua diatas diri sendiri .. sama seperti apa yg dr katakan diatas ;) indah sungguh islam itu ...

    hanya pandangan sendiri dan bukanlah bersifat peribadi sama ngan dr ;)

    ReplyDelete
  20. Betul apa doc ckp, tapi perhimpunan bantah (secara aman) tu perlu juga utk awareness. Cuma masa tak sesuai, hari bekerja.

    Sama2 kita perbaiki apa yg kurang.. :)

    ReplyDelete
  21. ramai giler orang mase perhimpunan tu..meremang bulu roma tengok..SIAPA BENAR, SIAPA SALAH..

    ReplyDelete
  22. jgn pertikaikan, semuanya adalah kerja Yang Maha Esa. kaji betul2 sblum menghentam, jgn suka ikut2 peredaran zaman IT yg semakin menjurus kearah kehancuran.

    ada baiknya mereka masih memerintah
    walaupun ada sedikit sampah
    dpd menharapkan dia meneraju
    tp belum tentu halatuju

    walaupun saya tak suka 'dia' masih disitu
    tapi saya lebih tak suka 'dia tu' yg ada udang disebalik batu

    ReplyDelete
  23. Suka entry ni..maksud tersirat yg mendalam...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum DZ

    Alhamdulillah
    surau kami ramai jemaahnya

    ReplyDelete
  25. eh silap..betul betul, sy setuju

    ReplyDelete
  26. bkn kt subuh...zohor dan yg lain2 pon lom tentu penuh...

    ReplyDelete
  27. yang kafir tak pusa hati kita faham kerana mereka tak percayakan alquran tapi yang orang islam tak ke mereka berpegang dengan ayat alquran surah al-imran ayat 26-27
    katakanlah;Ya Allah yang mempunyai kerajaan,Engkau beri kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki Engkau beri kemuliaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang engkau kehendaki,Di-tanganMu segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
    Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam.Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup.dan Engkau beri rezeki kepada sesaipa yang Engkau kehendaki tanpa hisab

    ReplyDelete
  28. syukur untuk entry ini...
    tang mc tu mmg entah berapa kali doktor tekankan...
    moga ambil iktibar.. salah orang nampak dimata.. salah sendiri sorok bawah karpet...

    ReplyDelete
  29. solat jemaah time subuh..mmg paling sadis.
    tapi kalau perhimpunan haram sanggup bersesak2..penat2 balik kerja redah jem, ujan ribut bagai..

    tang pakai kopiah lepas tu bila memandu, kty rasa bkn yg pakai kopiah mmg ler lagi tak elokkan..tapi ramai yg bila memandu jadik org lain..jadik tak bertimbang rasa.

    sama2 kita muhasabah diri..
    yang sudah-sudah..kita dah tetapkan pilihan kita..kita berdoa semoga pemimpin mampu menjalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama ,dan tak juga jgn lupa mendoakan semoga Malaysia rukun damai dan umat islam bersatu padu.ameen

    ReplyDelete
  30. setuju ngn doc,apa2 pun kite kene muhasabah diri sndiri jugak
    psl parti politik tuh simpan dlm hati je, sbb nyer mana2 pun sama je ada yg baik n buruknyer...

    ReplyDelete
  31. sayang sungguh tenaga yg fully charge tu digunakan utk benda tak mendatangkan hasil..cer kalau stadium tu bawak pi teroka hutan banat, maunya dua hari dah clear licin licau hutan rimba tu...

    ReplyDelete
  32. sgt brsetuju dgn entry ini...kalau semua org brfikiran seperti anda, tak mustahil kita boleh bersatu...jgnlah disebabkan rasa marah trhdp sesuatu, akal fikiran tidak dpt membezakan mana yang buruk dan mana yg baik sehingga sanggup melemparkan kata2 kesat terhadap org lain.sy sendiri sgt sedih membaca post di blog2 tertentu, tanpa rasa bersalah memaki hamun, mengherdik, menghina sesama mereka....semoga mereka2 ini diberi hidayah dari Allah SWT....amin...

    ReplyDelete
  33. sangat tersirat maksudnyertu...

    ReplyDelete
  34. Bukan nak memihak mana2 pihak,tapikan terima apa2 pun keputusan tu dgn redha........

    ReplyDelete
  35. doktor! hihi saya setuju entri ni. cuma gambo tu kureng kena.

    bantahan tu seluruh rakyat mesia, berbagai2 kaum ada, bercampur2 berbagai agama. tak buleh samakan dengan surau.

    kalo di surau area umah saya, subuh dalam 5-6 saf. mai surau ab rahman b. auf, seksyen 3 tambahan. hihi..

    gambar tu lebih kepada provok. kebanyakkan yang kasi gamba gitu sendiri pun tah tah x penah ke surau pun.

    apa2pun, saya sangat positif dengan entri doktor! setuju abis! hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn saudara Khairul... perbandingan yg tak sesuai...

      Doktor tak nak banding ka?
      masa konsert PSY penuh.... masa solat subuh?
      Masa sambutan ambang Merdeka, konsert pelbagai penuh.... masa solat subuh?
      Masa pi IKEA penuh? ... masa solat Subuh kat surau... masjid?

      kadangkala kita nak kritik 'tunjuk baik' tak pada semua tempat...

      Delete
    2. saya sokong...kena profesional..jgn hanya lebihkan sebelah pihak

      Delete
  36. saya mcm tak percaya tengok gambar pertama.mungkin benarkah?

    ReplyDelete
  37. Itulah.. Nak complain bagai nak rak, tapi diri sendiri macam mana pulakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita semua termasuk penulis entry ni.... hahaha

      Delete
  38. muhasabah diri.... semoga kita semua dilindungi Allah...

    ReplyDelete
  39. ramainya..semoga kita dilindungi Allah..takut jadi rusuhan @ apa2 yang memudaratkan..

    ReplyDelete
  40. pada cikda politik rakyat mesia ni ibarat sokongan pada pasukan bola pilihan masing2..(bukan Piala Mesia ye..) ikut mana yg fofular.. ramai org suka..maka ikut la ramai2 sokong dan sorak.. ada jugak yg tak suka bola tapi terlebih jugak ulasannya..

    ReplyDelete
  41. ermm susah nak komen..
    apa2 pun apa yang kita buat haruslah selari dengan dunia & akhirat..
    peace ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...