Tuesday, April 2, 2013

Thyroid Disease in Pregnancy - Part 2

Ok,sambungan dari entri INI.

Setibanya di KPJ Seremban, terus terjah bahagian Emergency. Wife aku terus di usung masuk.
Bila dah baring atas katil, dipasang segala macam wayar untuk monitor fisiologi badan, barulah aku tersentak, tersedar betapa teruknya keadaan wife aku ketika itu.
  • Temperature masa tu sekitar 39 - 39.7 degree celcius ( normal temp range 37 - 37.2)
  •  Blood pressure sekitar 140-150 / 90 ( normal BP < 140/90)
  • Pulse rate(kadar nadi) sekitar 140- 150 seminit! ( normal range, waktu rehat ialah 60-80 seminit)
  • Oxygen saturation, SpO2 ( mengukur kepekatan oksigen dalam sel darah merah) ialah within normal range, 99-100%.
Berdasarkan bacaan2 itu, aku terus dapat agak bahawa 'it must be an infection'. Tapi kenapa out of sudden? Tiba tiba aja temperature mencanak naik, sedangkan sepanjang 2-3 hari sebelum ni, memang wife aku sihat, takde demam, takde batuk selsema, cuma komplen letih2 sikit( yang mana aku anggap masa tu mungkin sebab kesan kami travel dari Shah Alam ke JB, dan dia pregnant). Pakar yang turun ke Emergency masa itu, Dr Jeffery( Consultant Physician & Respirologist), pun pelik, hairan.

Menambah keseriusan dan kegentingan masa tu, wife aku start complain sakit pada kawasan bawah perutnya, dan sakit pada leher nya, rasa macam tercekik. Sampai satu ketika, wife aku memegang lehernya menahan sakit di situ, rasa tercekik! Wife aku susah bernafas! Aku kaget, sambil mata aku melihat pada monitor, bacaan kepekatan oksigen dalam badan wife aku, normal ! ( sPO2 reading ialah 99-100%). Dan bila diletak stetoskop, memang bunyi udara keluar masuknya normal. Kejap2 wife aku rasa sakit di leher, kejap2 menahan sakit kepala yang kuat, kejap2 menahan sakit badan dan lower abdomen. Bila wife aku kencing, terasa sakit kencing nya.

Aku berbincang dengan Dr Jeffery. Kata muktamad perlu diambil segera. Tak boleh berlengah, sebab wife aku sedang pregnant. Komplikasi serius semasa pregnancy seperti pulmonary embolism yang kami sama sama fikirkan masa tu. Sudden elevated blood pressure dan denyutan nadi terlalu laju( tachycardia) merisaukan kami. Memang kalau menahan sakit, boleh naik tekanan darah dan nadi, tapi not that high nadinya. Temperature wife aku maintained tinggi, sekitar 39- 39.5. IV drip dah lama pasang. Maka keputusan bersama diambil, bahawa kena periksa sistem paru paru dan jantung wife aku, ASAP. Maka wife aku, perlu jalani x-ray dada. Ya, x ray dada ketika pregnant. Pun begitu, ia dilakukan dengan kadar rays yang paling rendah, plus di letak abdominal shield. Bacaan ECG wife aku selain catat nadi yang laju, yang lain2 nya adalah normal.

Setelah chest xray diambil, darah berbotol botol diambil, ECG diambil, maka aku berbincang lagi dengan Dr Jeffery. Pada ketika ini, Dr Ishak, Consultant Obstetrician yang memang wife aku buat follow up dengan nya, pun turun ke Emergency department. Kata putus kami, demi kebaikan dan continuous monitoring sebab wife pregnant, it is best to admit her to the ICU. Maka petang itu, wife aku di sorong ke ICU. Wife aku tetap sedar dan keadaan menjadi stabil sedikit ketika itu, dimana tekanan darah dah mula drop sedikit ke paras normal, temperature drop sikit( tapi still demam, sekitar 38 degree), cuma laju nadinya masih tetap maintain laju, sekitar 140 - 150/seminit. Rasa sakit sakit di sekitar leher dan lower abdomen masih ada, tapi berkurangan. Mungkin kesan ubat paracetamol + IV drip + tepid sponging yang nurse buat, plus suhu aircon yang sejuk di ICU. Aku menjaga wife aku di ICU sepanjang petang itu, sampai ke malam. Tak boleh nak bermalam di dalam ICU, maka aku balik ke rumah mertua, lebih dekat dan mudah untuk aku ulang alik ke KPJ Seremban. Hari pertama ini, masih tiada diagnosis tepat boleh dibuat. Aku, Dr Jeffery & Dr Ishak memikirkan tentang kemungkinan jangkitan saluran kencing sebagai penyebab, sebab wife aku terasa sakit masa kencing, dan sakit di bahagian lower abdomen(sekitar kawasan pundi kencing). Chest x ray yang dibuat, result nya, normal. Urine test masih pending, belum dapat keputusan. Kebarangkalian wife aku kena pulmonary embolism, ketika ini, dah boleh diketepikan..Alhamdullilah..

Malam itu, tiba di rumah mertua, badan aku amat penat, sangat sangat penat. Iya lah, drive dari JB awal pagi tadi, dan terus menjadi kelam kabut bila wife aku sakit, dan terus berkampung di hospital di Seremban sampai lewat malam. Pun begitu, penat macam mana pun, mata aku susah nak lelap. Kepala aku ligat fikirkan diagnosis. Tak mungkin jangkitan saluran kencing sebegini rupa. Tak boleh tidur sebab terlalu risaukan wife aku. Alhamdullilah kebetulan aku & wife memang plan nak letak anak anak aku di rumah Atuk & Nenek nya di JB sepanjang cuti sekolah ni. Jadi aku tak risau tentang anak anak, selamat di jaga di JB waktu itu. Betapa indahnya Allah mengaturkan segalanya kan. Walau ditimpa ujian, tapi Dia memang dah janji, tak akan ditimpa ujian ke atas hambaNya, andai hambaNya tak mampu nak hadapi.





Bersambung...( maaf, bukan aku sengaja nak sambung sambung, tapi aku memang taip panjang lebar kisah ini, sebagai kenangan dan simpanan kami suami isteri...kalau aku terus menaip, tak terbaca nanti, berjela jela dalam satu entri ).

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Sedikit fakta perubatan, sekadar menjelaskan secara ringkas:

Pulmonary embolism, PE:
Ianya medical emergency, di mana saluran darah pulmonari arteri tersumbat oleh emboli. Apa itu emboli? Emboli boleh jadi apa sahaja, yang menyumbatkan saluran darah. Emboli boleh jadi gumpalan darah beku ( seperti yang di suspect dalam kes ini), lemak ( yang keluar dari tulang besar yang patah, contohnya macam kes pesakit aku di hospital dulu, tulang femur, yakni tulang peha patah sebab eksiden, dan pesakit aku meninggal dunia di dalam wad sebab lemak itu tersumbat di pulmonary artery nya), angin ( contohnya kesilapan masa masukkan ubat menerusi saluran darah di kawasan leher, tersuntik angin), dan juga amniotic fluid, iaitu air ketuban ( dan ini komplikasi wanita mengandung juga).

Risiko buat ibu mengandung ialah keadaan kurang berjalan especially di kala trimester terakhir pregnancy..lebih lebih lagi kalau ada  kaki bengkak teruk/terbaring selepas pembedahan caesarean...maka terjadinya gumpalan darah beku( thrombus, yang selalunya berasal dari saluran darah di kaki atau sekitar pelvis), yang kemudian akan migrate bergerak ke arah jantung, dan kemudian ke saluran pulmonary artery diparu2 (menjadi emboli dan tersumbat). Konsepnya, ialah immobility, kurang amat bergerak. Jadinya, selain pregnancy, mereka yang terbaring sebab kemalangan/apa apa surgery, berisiko tinggi untuk kena PE ini. Tu sebab kalau terbaring lama, kena selalu gerak gerakkan kaki, naikkan kaki( elevate), dan pakai compression stockings untuk kurangkan risiko terjadinya thrombus.



Pulmonary embolism ini, sangat merbahaya kalau saiz emboli nya besar, boleh membawa kepada kematian segera. Tu sebab kena diagnose awal, dan tepat. Simptom nya ( kalau saiz emboli tak besar):
- sesak nafas, sakit pada dada, pening, sakit kepala, batuk( even berdarah), nadi menjadi laju, demam, tekanan darah drop,
Oleh kerana sebahagian dari simptom ini ada masa wife aku di bawa ke Emergency, maka tu sebab kami risau memikirkan possibility PE ini.

Chest x-ray while pregnant ( x ray dada masa mengandung):
Wife aku terpaksa juga di buat xray dada. Selamatkah x ray ini masa mengandung?

Kebanyakkan diagnostic xray sebenarnya tidak merbahaya radiation nya kepada baby dalam kandungan. Ini kerana single exposure (sekali terdedah pada sinar xray), radiation nya amat rendah, paling tinggi selalunya tak sampai pun 5 rads.

Rads ialah unit kiraan untuk radiasi yang diserap oleh badan.
Contohnya, radiasi dari dental xray hanyalah 0.01milirads.
Xray dada, radiasi nya ialah 60milirads.
CT scan? Ianya sekitar 800milirads.

1 rad = 1000 milirads.
Dan dose radiasi yang terbukti merbahaya kepada baby dalam kandungan, ialah pendedahan lebih dari 10 rads.
Tanpa xray pun, setiap ibu mengandung ( dan kandungannya) yang tinggal di planet bumi, akan terdedah kepada sekitar 90 - 100 milirads radiasi, iaitu jumlah radiasi terkumpul yang di terima sepanjang 9 bulan setengah mengandung. Radiasi ini datang dari matahari.

Walaupun xray itu sebenarnya selamat ketika mengandung, namun kalau tak perlu sangat, memang janganlah dibuat, dan tunggu hingga lepas bersalin. Ini general consensus. Dan kalau perlu dibuat juga, maka pakaikan lah radiation shield ( macam wife aku pakai) di kawasan sekitar abdomen/rahim. Dan rads nya akan di kurangkan lagi oleh juru xray.

50 comments:

  1. assalam doktor..alhamdulillah fiza dah keluar dari wad..semoga fiza dan anak dalam kandungan sihat dan dibawah lindungan Allah s.w.t..

    ReplyDelete
  2. membaca catatan doc ni,akak turut rasa cemasnya keadaan masa tu...yalah kalau tak tgh preggy lain citer...bimbang kesannya terhadap baby..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah!!! Takutny doc....harap cepat doc sambung balik...leka lieya baca...boleh dijadikan iktibar...ye laaa, lieya anak 3 ni pun x tau pasal bende ni....

    Ape2 pun semoga semua sihat2...wife doc pun sihat2 sampai saat melahirkan...in sha Allah....

    Thanks doc atas perkongsian ilmu ni....

    ReplyDelete
  4. Alamak seram pulak bila baca ni, sebab kaki saya kena urat simpul(varicos vein) kiranya macam ada saluran darah tersumbat la..tapi still ok lagi..Dah jumpa dr tapi dr kata ok, sbb takde ubat kecuali kalau tido tinggikan kaki dan cari stokin khas..Setakat ni saya ok je dan memang banyak bergerak sebab kerja..Harap isteri saudara kembali sembuh seperti biasa..

    ReplyDelete
  5. tak sempat baca lagi... jab lg bukak balik baca..

    psstt.. mana gambar gojes..?!
    nanti tertinggal ketapi nnti...

    email kat sini : suzie7579@gmail.com

    ReplyDelete
  6. turut cemas kty baca entry yg doc tulis.
    masa awal baca,terpk jugak mana anak2 doc..alhamdulillah, allah maha mengetahui..
    semoga isteri dan baby dlm kandungan sihat sentiasa

    ReplyDelete
  7. Kakcik tunggu untuk baca sambungannya...

    ReplyDelete
  8. Ok, masih panik lagi macam semalam bila baca entry nie. Kita dedolu pun ada thyroid, tapi bukan hyper la. After a few treatment, semuanya ok. Tapi memang tak pernah tahu yang thyroid can be dangerous for pregnant lady.

    Each word that I've read, jelas terbayang situasinya. KPJ Seremban tu pun dah macam my scond home, naik hafal dah rasanya semua tu.

    Do share lagi yer Doc. Panjang lebar pun x per. Siapa yang tak larat baca, diorang baca sikit2 nanti. But your sharing is much further valuable.

    ReplyDelete
  9. baca entry ni macam cerita House pulak...terasa paniknya...terima kasih info2 tu..harap MommyZZ semakin sihat

    ReplyDelete
  10. rasa macam sy pun ada time tu.dapat rasa panik DZZ..klau DDZZ seorang dr. yang ada ilmu perubatan pun panik, apatah lagi kami2 yang memang zero.semuanya bergantung bantuan dr. n nurse2..tak sabar nak baca next entry..

    ReplyDelete
  11. Ok,sy akn trs menunggu part 3
    Agak menakutkan

    Hopefully ini takkan terjadi lgk pd mommy Zz
    Dan peringatan utk kami2 semua

    Tq for sharing

    ReplyDelete
  12. Allah menguji dengan pelbagai cara

    ReplyDelete
  13. ish..takut dengar....
    semoga fiza sembuh sepenuhnya...insha allah..aminn
    tq for the info doc..!

    ReplyDelete
  14. tak sabar jugak nak tunggu sambungan...tq Doc sharekan tengtang Pulmonary embolism ...

    ReplyDelete
  15. Ya Allah nok...aku tak tau pun yg Fiza warded...sekarang dia mcm mana? harap fiza dan baby sihat2 hendaknya...amin...

    baru2 ni aku ada buat full body check up...doc sahkan aku ada thyroid...aku mcm blur je dgr masa doc ckp tu weh...aku siap ckp'saya tak pernah sakit kat leher pun'...huhu...tapi doc ckp benda tu mmg tak sakit, tapi dia boleh effect kat jantung...hah? scary mak jemah dgr nok...dia tak bagi aku mkn kobis dah...huwaaaaa, dah la kobis sayur feveret aku...tapi aku telan jugak kobis nok...degil kan aku?
    aku masih perlukan penjelasan lanjut tntg penyakit ni...aku ggogle, tapi aku tak berapa faham bahasa perubatan ni...aku harap ko boleh explain kat aku dgn bahasa yg mudah satu hari nnt...

    so, kalau aku pregnant lagi, aku takut thyroid ni ganggu kehamilan aku...aku takut jadi mcm fiza ni nok...sama ke thyroid aku ngan thyroid fiza ni nok? aku blur...

    anyway, aku harap fiza cepat sihat...ko teruskan berdoa yer...



    ReplyDelete
  16. fuhhh berdebar-debar baca ni doktor!

    ReplyDelete
  17. hurmmm memang merisaukan..ujian seorang ibu yang hamil,maksu saya pun kena thyroid masa peknen..lepas dah bersalin still kena rawatan lg yg saya tahu dia penah kena makan ubat apatah yg kuat gila sampai kena kuarantin seminggu takleh jumpa org dok dlm bilik..anak2 n suami pun xleh jumpa.
    semoga kalian sekeluarga diberi kekuatan menghadapi ujian2 ini.

    ReplyDelete
  18. cuak.cuak.cuak.mlm td cite kat husband psl kak fiza..dia pun risau tkut klau blaku bnda yg sama kt sy.hari ni bdn ok, mlm td pun dh bleh tido lena.hrp2 ok lah.doc,jga k.fiza bebaik

    ReplyDelete
  19. Moga wife doc cepat sihat yer.. dan harap semuanyaa selamat.. dan byk2 bersabar yer..

    ReplyDelete
  20. semoga Pn fiza kemabali sihat. Dan menunggu sambungannya ...

    ReplyDelete
  21. Simptomnya mcm agak common kan.. Takut saya baca.. Semoga mama zz semakin sihat..

    ReplyDelete
  22. subhanallah... besar dugaan ibu mengandung dan berapa banyak pahala yang allah bagi kepada wanita ketika mengandung.. subhanallah.. sebab itu wanita tak serik mengandung walaupun di timpa dugaan berganda2 waktu tu.. semua dugaan yang di uji allah ada hikmahnya.. dia tahu siapa yang kuat dan siapa yg tidak kuat untuk menghadapi dugaan ni... masya allah.. daddy ziyyad pun seorang yang sangat2 sabar dan mampu memberi kerjasama yang sangat baik.. percayalah.. setiap pahala isteri.. setiap pengorbanan isteri.. untuk suami tercinta.. masya allah.. nak nangis dah ni..

    ReplyDelete
  23. naseb baek suaminya doktor...bleh tahu keadaan istri...risau pula rietta dgr mcm mcm cerita org pregnant sekarang nie...moga mommy and bby shat seadanya smpai baby lahir..smpai bila bila...

    ReplyDelete
  24. akak memang ada masalah masa mengandung so kalau mengandung memang hospitaltu
    tempat rujukan.. mama zz beruntung gak ada suami yang doktor.. bolehler jugak...
    akakni sama2 tak tau so sepitaller tempatnyer...

    ReplyDelete
  25. jenuh jugak cari punca kan......sejenuh aku membalancekan akaun kakakkakakakakkaka
    tak sabar nak baca next entry!

    ReplyDelete
  26. takut juga membacanya........ berdebar2 .... semoga mommyzz lekas sembuh ye....

    ReplyDelete
  27. tk sabar nak baca next N3, and again tq berkongsi yer

    ReplyDelete
  28. okeh.. x sabar nak baca selanjut..
    sabar menunggu.. hehehehe

    banyak ilmu dapat dari n3 nih.. mekasih yer DZ..:)

    ReplyDelete
  29. turut sama merasa cemas nya. betul..Allah dah mengatur setiap sesuatu tu dengan baik.
    waiting for next entry..

    ReplyDelete
  30. Salam..

    mmg ikut cemas waktu membacanya.. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan.. Semoga fiza dan baby terus diberikan kesihatan yg baik.. terima kasih atas info2 yang dikongsi.. byk info dan pengetahuan yg akak dapat dari entry ni..

    ReplyDelete
  31. uhuhuhuhu, precaution utk saya bila baca 3rd trimester kena banyak berjalan.....

    ReplyDelete
  32. Kakak ni kak cengeng... baca macam ini pun sampai berairmata. Nafas kakak pun macam tercungap-cungap jadinya. Moga MommyZZ dan baby sihat dah semasa N3 ini dipublish. Betul maha kaya Allah nasib baik dua hero tu dah di JB dgn nenek mereka.

    ReplyDelete
  33. Mmg elok rencana Allah. Masa hal ni jadi, masa ni jugak anak2 dh selamat dgn atuk neneknya. Kalau tak mesti lg kelam kabut doc.

    ReplyDelete
  34. dup dap dup dap sama aih masa baca entry ni....alhamdulillah, she is out of danger.

    ReplyDelete
  35. Berdebar tapi dpt byk ilmu.
    Moga wife sihat sediakala.

    ReplyDelete
  36. Untung ada doctor in the house....doc pun panic..kalaau en somi kami lagii lah panic...alhamduliah...sdmuga semuanya selamat belaka

    ReplyDelete
  37. Untung ada doctor in the house....doc pun panic..kalaau en somi kami lagii lah panic...alhamduliah...sdmuga semuanya selamat belaka

    ReplyDelete
  38. senang ada doctor in the house...xde la panik sgt..apapun semoga segalanya beransur baik...

    ReplyDelete
  39. adakah perkara ni berkait dgn makanan / persekitaran atau ada hal2 lain?
    semoga isteri doc cepat sembuh
    amiiinnn

    ReplyDelete
  40. Allah...sedih plak baca. Sabar doc. Harap2 wife dz cepat sembuh

    ReplyDelete
  41. moga bertabah doc..moga mommyZZ cepat sehat & sembuh.risau bila baca entry nih.tak dapat nak bayangkan macam mana keadaannya.

    ReplyDelete
  42. risiko pada perempuan mengandung ke atau pun semua org berisiko macam ni... moga mommy zz terus stabil dan cepat sihat

    ReplyDelete
  43. Kena tunggu sambungan lagi nih. Cemas kalau jadi macam ni. Tapi baca komen Acik Erna yg pertama tu katanya MommyZZ dah keluar wad maka dah kurang dah rasa cemas, semoga semuanya ok. Tetap kena berjaga2 jugak kan..

    ReplyDelete
  44. ujian dari Allah. yang pasti ujian ni ada hikmah yang besar di sebaliknya.

    kem salam fiza. GB tak dapat menjenguk lagi sekarang. suruh dia rehat, jgn keje berat2. ok? :)

    ReplyDelete
  45. takpe.. walaupun entry bersambung tapi sekurang-kurangnya kami dapat menambah pengetahuan tentang apa yang kami tak tau.. ;)

    ReplyDelete
  46. semoga mommyZZ cepat sembuh!

    ReplyDelete
  47. Baru tahu tu Pulmonary embolism, PE:, dan hari tu ada tgk anak cousin yg sakit sbb kencing tikus(dah meninggal) pki compression stockings,tu fungsinya,.....nak baca sambungan entry nie plk....

    ReplyDelete
  48. Smoga mummy & baby sihat. Thanks for sharing DZ.

    ReplyDelete
  49. Hiba plak bace entry ni. Mengenang kan pengorbanan seorang ibu, suami dan isteri. Dugaan yg dtg akan menjadi tenang bila mne semua bersatu. Alhamdulillah ALLAH maha mengetahui. Mmg sll mcm tu. kalau ditimpa musibah, ada je jalan. Kdg2 sll jgk hiba diatas ujian yg dipermudahkan itu. MasyaAllah.

    ReplyDelete
  50. thyroid storm! based pada apa yang disenaraikan
    saya bukan doktor, pengalaman =)
    kesiannya fiza kena lalui semua ni
    apa penyebab tak ada sorang pun yang sedar masalah fiza ye
    saya sangat curious

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...