Wednesday, April 3, 2013

Thyroid Disease in Pregnancy - Final Part

Sambungan dari entri INI.

Hari kedua di ICU, keadaan wife aku dah mula stabil sedikit, temperature dah turun( walaupun masih demam sikit), tekanan darah dah normal. Cuma nadinya masih laju. Hari kedua ini aku berbincang dengan Dr Jeffery, sambil melihat keputusan pelbagai ujian darah & xray, yang mana semuanya normal. Hairan, pelik. Di mana silapnya?  

Kemudian...

Tergerak hati Dr Jeffery nak periksa leher wife aku. Aku pun check sama. Sakit sedikit disitu bila disentuh! Sejarah perubatan wife aku di korek, ditanya dengan lebih dalam lagi. " ada tak on off demam selama ni?". Memang ada sikit2 demam, tapi wife aku cakap, standard lah, bila doktor dah ada dalam rumah, takde apa nak risau, makan panadol, suami periksa, ok lah tu. Dr Jeffery tergelak dan dia pun akui, itu memang norma pasangan yang mana suami/isterinya ialah doktor. Wife dia pun begitu, kata Dr Jeffery. 

"It must be thyroid"..kata Dr Jeffery. " I would run the test for thyroid".
Aku setuju, cuma aku doubt sedikit. Sepanjang aku kenal wife, tak ada simptom tipikal masalah thyroid. Dan tak pernah umur aku buat blood test utk kesan thyroid problem pada wife aku.

Dipendekkan cerita yang dah panjang ni, result thyroid wife aku,seperti dijangka, tinggi!
Wife aku alami apa yang dipanggil thyrotoxicosis.
Keadaan dimana bacaan hormone thyroid tinggi.
Hormon thyroid ni ada dua, T3 & T4. Bacaan T4 memang tinggi.
Bacaan hormon TSH rendah ( suppressed TSH
Hormon TSH ( Thyroid Stimulating Hormone) yg dikeluarkan oleh kelenjar Pituitary, fungsinya meransang kelenjar Thyroid kita hasilkan hormon thyroid, T3 & T4. Dalam keadaan di mana kelenjar thyroid kita secara automatik teransang sendiri hasilkan T3 & T4 secara berlebihan( dipanggil hyperthyroid / thyrotoxicosis), maka kelenjar pituitary akan kurangkan penghasilan TSH ( suppressed TSH), sebab body kita membaca bahawa TSH dah tak diperlukan lagi. Dua bacaan basic inilah yang doktor akan gunakan untuk buat diagnosis, dan buat pemantauan.

Apa fungsi hormon thyroid T3 & T4 ni?
Secara mudah dan ringkas, ia control metabolisme badan, ia kawal 'enjin badan' kita.
Ia kawal pembakaran kalori, penghasilan haba badan, selera makan, segala macam fungsi physiology badan( sistem pencernaan, jantung, kitaran haid, metabolisme tulang etc).

Jadinya, just bayangkan bila T3 & T3 menjadi tinggi?
- Tekanan darah menjadi tinggi
- Bacaan nadi menjadi laju
- Suhu badan boleh tinggi/merasa panas selalu
- Selera makan bertambah, selalu lapar
- Berat badan berkurangan, sebab calorie terbakar cepat ( walaupun makan banyak)
- Bagi perempuan, haid boleh terganggu, selalunya menjadi panjang, heavy
- Sistem pencernaan menjadi aktif, boleh ada cirit birit selalu.

Tapi kena ingat, tak semua pesakit manifest semua simptom tersebut. Ini lah yang terjadi pada wife aku. Dr.Jeffery anggarkan, bahawa wife aku dah lama berada dalam keadaan hyperthyroid/thyrotoxicosis, cuma tak di diagnose sahaja. Dan aku sendiri gagal diagnose awal, sebab simptom simptom yang wife aku alami, adalah jenis tak tipikal ( atypical symptoms ). Wife aku takde masalah period, takde cirit birit, takde hilang berat badan, makan macam biasa.

Bila aku fikir2 dan kenang kembali, memang ada ketikanya dulu, wife aku on off demam, tapi tak lama, sehari dua aja, dan sembuh. Dan yang aku perasan, masa pregnancy kali ni, memang heat intolerance wife aku teruk, selalu sangat mengadu panas, asyik nak ON air con saja. Aku pula pandai, ingatkan  " ahhhh..itu simptom pregnancy la"..Sebab bila aku check temperature wife aku, check blood pressure nya, selama ini, ianya normal. Tu la masalahnya, atypical presentation, memang menjadi diagnostic challenge betul. Dan hanya 2-3 bulan masa pregnant ni baru aku noted wife aku lose weight, sikit..yang mana aku ingatkan sebab dia aktif gi gym before pregnant ni.

 Kata Dr Jeffery lagi, kalau tak kerana wife aku mengadu sakit di kawasan lehernya masa di periksa, dia sendiri pun tak akan terfikir tentang masalah thyroid wife aku. Pengalaman dia sebagai Consultant Physician mengingatkan dia bahawa ada few cases thyrotoxicosis, especially during active phase( dah lama sangat tinggi hormonnya dan tak pernah dirawat), akan mengadu sakit di kawasan leher, kawasan terletaknya kelenjar thyroid.


Final diagnosis untuk keadaan wife aku ialah Thyroid Storm.
Memang mencemaskan bila aku fikir fikirkan balik, tapi Alhamdullilah, cepat bertindak, cepat dapat buat diagnosis tepat, dan cepat start treatment.

Thyroid Storm terjadi bila pesakit yang dah lama berada dalam keadaaan thyrotoxicosis.
Tak pernah di rawat, dan ada 'pemangkin' yang menyebabkan 'keributan thyroid' ini. Antara faktor pemangkin nya:
- jangkitan kuman
- pregnancy
- trauma
- thyroid surgery

Dalam kes wife aku, dah lama hormon thyroid nya tinggi dan tak di rawat, dan kini sedang pregnant.
Tu sebab masa dihantar ke Emergency, wife aku tunjukkan simptom dan tanda tanda Thyroid Storm ini:
- demam tinggi
- blood pressure mendadak naik
- nadi terlalu laju
- sakit abdomen, sakit kawasan kelenjar thyroid

Dalam keadaan lambat dirawat, Thyroid Storm ini boleh menyebabkan sesak nafas, kegagalan jantung, perubahan mood, mamai, sawan, even..kematian.

Setelah di mulakan rawatan thyroid, keadaan menjadi stabil, Alhamdullilah.
Dan kini, wife aku perlu makan ubat untuk kurangkan hormon thyroid nya.
Dan perlu pantau tekanan darah, nadi, dan suhu badan, di samping pantau kot kot ada risiko Thyroid Storm berulang( sebab wife aku masih pregnant). Jadi kena cepat kenal pasti simptom awalnya. Aku berdoa semoga keadaan wife aku stabil sentiasa, di anugerahkan kesihatan dan kekuatan, dan dapat jalani trimester terakhir  pregnancy ini kelak, dan bersalin Caesar tanpa komplikasi, Insya Allah. Dan semoga baby tidak alami apa apa komplikasi, sihat.

Setelah 2 hari di dalam ICU, wife aku dipindahkan selama 2 hari ke wad biasa. Just untuk pantau keadaan. Dan Alhamdullilah, discharged pada hari Sabtu yang lepas.

Kepada yang bertanya, adakah masalah thyroid ini ada kaitan dengan persekitaran ? makanan? genetic?

Jawapan aku: 
Faktor keturunan main peranan, especially kalau anda wanita. Kalau ada ahli keluarga terdekat yang ada masalah thyroid ( tak kisah samada hyper or hypothyroid), dan anda ada simptom2, sila check darah, mudah aja. Ada yang dapat masalah thyroid ni hanya semasa pregnant, ada yang memang dah lama ada, cuma tak di diagnose.

 Dapatkan diagnosis tepat dengan segera, untuk elakkan risiko Thyroid Storm. Penyakit thyroid ini, boleh dikawal, boleh jalani hidup macam biasa, jangan risau. Ada masanya bacaan hormon akan menjadi normal dengan sendiri. Cuma kena bezakan keadaan mereka yang ada BENGKAK kelenjar thyroid. Yang itu lain kategorinya. Ada banyak jenis masalah thyroid, yang mana kalau aku nak tulis dalam entri ni, memang panjang lebar jadinya nanti. Boleh Google, baca, dan tak faham tanya doktor anda. Kes wife aku melibatkan fungsi kelenjar thyroidnya yang hyperactive, tanpa saiz kelenjarnya membesar.

Ada masa nanti, Insya Allah aku nak tulis tentang ubat ubat thyroid yang boleh diambil masa pregnancy, dan bagaimana pregnant mother di rawat, untuk elakkan risiko baby lahir terima komplikasi berkaitan thyroid.


52 comments:

  1. Terima kasih untuk penjelasan yang sangat jelas ini.

    Jom mengundi - eh!

    ReplyDelete
  2. salam
    doc..maaf tanya..tiroid dan beguk tu sama ke...?
    kat kg,leher membengkak tu dipanggil beguk..

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing this info.. and banyakkan bersabar ye.. hopefully isteri awak akan baik nanti..

    ReplyDelete
  4. Alkisahnye doc....2 hari di icu tu sbb tyroid rupenye....tak sangka plak bahay mcm tu sekali kan.....hope wife doc sihat2 aje lepas ni sepanjang pregnancy.....

    ReplyDelete
  5. get well soon akak. moga baby sehat hendaknya..

    ReplyDelete
  6. kekeke..memang panjang..dah macam crite house pun ade..

    ReplyDelete
  7. walaupun agar samar2 kefahaman saya, tapi masih berguna ilmunya :)

    ReplyDelete
  8. assalam doktor..semoga ibu dan anak sihat..bak kata fiza..doktor ada dirumah..Insyaallah sihat

    ReplyDelete
  9. Satu lagi ilmu perubatan yang dah saya dapat. Kesimpulannya saya rasa, kena take note kalau kita tak sihat selalu dan kena bagitau semua kemungkinan kepada doktor kita untuk memudahkan diagnosis dibuat.

    ReplyDelete
  10. bahaya rupanya sakit kat leher ni ya..walau tak nampak bengkak.

    semoga isteri dan anak sihat & selamat ya.

    ReplyDelete
  11. Ada orang kata saya kurus sgt walau pun makan banyak sbb hormon tyroid tinggi.tapi berat badan takde la turun. Cuma tak mo naik.. Hehehe..

    ReplyDelete
  12. Discharge Sabtu yer... Kalau tahu wad mana, bolehlah singgah kejap arie tuh. Yang penting, bila dah tahu, dah dapat kawal dan Insya Allah things will get back to normal. Mesti best your wife kan, sebab being in good hands all the time..

    ReplyDelete
  13. Membaca Part 1, part 2 dan akhirnya Final part. Dapat bayangkan saat getir doktor. ye lah, ada 2 nyawa yg perlu diselamatkan. The advantagenya ialah mommy z punya husband yg amat memahami tentang medical terms. So discussion become easy and cepat mendapat solution compared to kami yg tk memahami tentang medical terms dan menyerahkan segala kepakaran kepada doctor. Alhamdulillah semua back to normal, n xtra attention buat mommy z yer doktor.

    ReplyDelete
  14. akhirnya dpt jawapannya, tq for sharing ye!

    ReplyDelete
  15. bahaya thyroid disease ni kan..dulu masa kt SL, lepas bersalin,dorang xconcern langsung pasal jaundice baby.yg dorang concern pasal TSH baby tu. ambik darah utk check TSH lah. kena pegi jabatan nuclear ape tah utk check again and again.phewww!

    ReplyDelete
  16. alangkan husband doktor pun kelam kabut bila wife tetiba sakit camni... bayangkanlah klu kita yang memang takde medical background!

    tq for sharing ya! moga mommy ZZ cepat sembuh and baby sihat

    ReplyDelete
  17. Kalau nak kurus badan tanpa payah bersenam dgn cara naikkan metabolisma, ambik hormon tiroid lebih sikit tak bleh ek?

    ReplyDelete
  18. dh baca habis tp taktau nk komen apa. ada sikit risau dlm hati sbb ada jugak kena sikit simptom kat atas tu. takpelah, esok check up.

    err...pes time mengundi ni! nebess!! mengalahkan nebes nk bsalin pulak...agagagagagga

    ReplyDelete
  19. untung dapat laki tabib~alhamdulillah~~

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah... semoga sihat2 saja sampai bersalin nanti..

    Bila baca penerangan dan tengok gambarajah2 yg disertakan pasai penyakit tu rasa penatnya..padan la tak boleh jadi doktor, baca penerangan simple pun dah penat..

    ReplyDelete
  21. alamak takut lak.. akak der gak demam2ni..
    sekarangni sakit gak tekak... salahkan cuacaler....

    ReplyDelete
  22. semoga fiza sihat2 selalu...

    ReplyDelete
  23. semoga mommyzz sihat2 selalu ye =)
    yedok is ye ke???alahhhhhhaiiii hehehehe

    ReplyDelete
  24. patut dah lama adik x singgah umah akak
    wife masuk wad ye ..
    aduhhh

    semoga wife adik cepat2 sembuh .. seram lak akak baca ..

    ReplyDelete
  25. semoga cepat sembuh mommyzz..

    Saya pernah alami berat badan turun masa prengant yg lepas. Berat badan sebelum 87kg masa 3 bulan pregnant 79kg sampailah bersalin. Doc suruh amik darah untuk tgk samada thyroid. Tapi memang ada thyroid tp dalam bacaan yang masih stabil. Selepas tu saya tak der buat apa2 rawatan selepas bersalin.

    Lepas baca citer doc ni. saya kene buat checkup lebih detaillah. sebab mmg dlm family ada yang mengalami thyroid.

    ReplyDelete
  26. Seumur saya,
    saya jumpa satu kes thyroid storm masa kat district.
    wanita berusia awal 30-an.
    datang ke A&E dengan PR>140.
    demam 40 darjah.
    Mula2 ingat demam biasa sahaja.
    Tapi history pernah ada thyrotoxicosis.
    defaulted f/up lebih 3 bulan.

    meninggal dunia lepas 3 hari di ICU JB.

    ReplyDelete
  27. Bahaya juga ya thyroid nie klu lambat dikesan,semoga mommyZZ sembuh sediakala begitu juga bb dlm tu,sihat.

    ReplyDelete
  28. Doa kakak moga FIza dan baby terus sihat sehingga melahirkan...
    Tak sangka benda-benda begini jadi begitu serious sekali.
    Info baru buat kakak sebenarnya.

    ReplyDelete
  29. ooohhh.. ok.. paham dah..
    moga MummyZZ terus sehat sepanjang peknen nih..
    memang merisaukan kalo ibu peknen yang kena sakit camnih..
    takut efek kat bb.

    ReplyDelete
  30. maaf lama tak jenguk sini..baru tau mommyZZ sakit..

    dee doakan moga mommyZZ cepat sembuh dan penerangan DZ tentang tyhroid sgt mudah difahami..

    ReplyDelete
  31. terima kasih terhadap explainasi ini..:)

    ReplyDelete
  32. keturunan belah mak saya memang ada thyroid.risau jugak kot-kot saya salah seorang yang mengidapnya.tak pernah lagik buat test untuk thyroid.

    ReplyDelete
  33. Syukur alhamdulillah semuanyer dah selamat. Tq berkongsi cerita ye, moga mommy ZZ pulih 100% yer In Shaa Allah!

    ReplyDelete
  34. Info yg sangat sangat berguna. Terima kasih kerana berkongsi. Alhamdulillah keadaan MommyZZ dah stabil & semoga akan terus stabil dengan pemantauan dari doktor dia & suaminya, amin.

    ReplyDelete
  35. dapat juga pengetahuan baru ni..terima kasih..

    ReplyDelete
  36. penerangan yang terperinci tq...
    saya doakan moga wife cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  37. terima kasih share experience kat sini..appreciate it very much..dapat jugak info berguna kat sini. :-) apa pun alhamdulillah..ur wife pun dah kembali ke rumah..harap semuanya baik seperti biasa.

    ReplyDelete
  38. penerangan yg sgt terperinci dari seorang doc secara percuma... trima kasih, moga Fiza cepat sembuh


    seorang kenalan akak amalkan minum jus durian belanda... dia kata thyroidnya dah hilang tp dia lelaki... lain ke thyroidnya tu

    ReplyDelete
  39. Omak aiii....baru taw...leh mcm tu sekali kesan nya....terima kasih atas info....semoga segalanya di permudahkan....

    ReplyDelete
  40. mak saya pun ada thyroid gk doc, sampai ada bengkak kt bwh leher dia, tp dia sgt tkt utk di rwt kt hospital, puas kami pujuk2... simptom2 yg doc tulis tu mcm ada kt mak saya gk, mmg sejak dia ada thyroid bdn dia susut skit, tp selera mkn takde sgt... mak mmg jenis yg kuat berpantang, itu tak blh ini tak boleh, n dia ada darah tinggi... lain2 tu tak perasan lak saya

    ptt ke saya bwk mak ke hospital utk cek? atau camne yek?

    ReplyDelete
  41. kim salam Fiza ya..

    cepat sembuh..

    ReplyDelete
  42. dapat info berguna kat sini..
    terima kasih atas perkongsian pengalaman tersebut.
    moga mommy ZZ sihat selalu hendakNYA..

    ReplyDelete
  43. Semoga bini ko sihat dan sentiasa dilindungi. Cian dia. Besar dugaan masa pregnant

    ReplyDelete
  44. thanks bkongsi doktor.

    ayu baca semua kisah fiza.

    alhamdullilah. fiza dh kembali okey.
    sbnarnya ayu ada kes y ala2 kaitan dgn kes fiza. tapi ibu Ayu

    sbb bacaan darah tinggi asyik naik jer. ke KPJ kluang br tfikir ambil test u tyroid. alhamdullilah. dr situ dh faham...

    mudahan fiza dan baby sihat2 hingga saat melahirkan.. mudahan baby girl. amin

    ReplyDelete
  45. semoga mommy zz baik2 aja..serius jugak thyrod ketika pregnent

    ReplyDelete
  46. Thanks for the info DR. Smoga mommy & baby sihat.

    ReplyDelete
  47. Salam. Nak tanya dr. Baby saya yg baru lahir (skrang 5 hari) dimaklumkan hormon TSH tinggi. Dia akan diambil darah semula setelah seminggu usianya. Soalan saya, apa kesan kepada baby jika tsh tinggi (kesan masa baby dan akan dtg).dan adakah TSH tinggi ini dapat diturunkan dan kembali normal?

    ReplyDelete
  48. Salam. Nak tanya dr. Baby saya yg baru lahir (skrang 5 hari) dimaklumkan hormon TSH tinggi. Dia akan diambil darah semula setelah seminggu usianya. Soalan saya, apa kesan kepada baby jika tsh tinggi (kesan masa baby dan akan dtg).dan adakah TSH tinggi ini dapat diturunkan dan kembali normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya berusia 3 thn ambil ubat sejak 2012. setiap 2/3 bln ambil darah n jumpa doktor pakar. finall checked dec 2013. bacaan FT4 dia sgt bagus. then doc suruh stop mkn ubat n tgk result lagi pas ambil darah. saya bagi anak saya makan double stemcell dlm 5x sblm ambil darah then alhmadllh bacaan FT4 makin baik. syukur dgn izin ALLAH swt...

      Delete
  49. oooo...itu penyebab kenapa dia gagal dikesan sejak dari awal
    barulah saya clear sekarang
    menakutkan cerita yang dibaca di sini dan whatsapp
    yang fiza ceritakan...she's strong!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...