Thursday, April 4, 2013

Neraca Seimbang

Alhamdullilah, semalam berpeluang ikuti slot Momentum (setiap petang Rabu jam 5.15pm di radio IKIM), dan paling menarik, mereka menjemput UZAR (yang terkenal sebelum ini dgn slot Muamalat beliau, dan dirindui majoriti pendengar tegar termasuk aku) untuk mengulas topik:

"Penulisan di Media: Antara Benar dan Palsu" 

Intipati penting yang aku rasa wajar aku berkongsi dengan rakan rakan blogger ialah:
  1. Tanggungjawab kita bila menulis di ruangan media baru ( Facebook, blog, twitter, etc), kita bertanggungjawab atas setiap penulisan kita. Kena ingat bahawa Raqib & Atid sentiasa mencatat. Ingatan untuk diri aku sendiri, bahawa media baru ini boleh jadi platform untuk kita jana pahala berterusan, atau nauzubillah, jana dosa berterusan. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." (Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
  2. Tanggungjawab kita bila membaca, perlu menjadi adil. Perlu dengar kedua dua belah pihak, dan kemudian buatlah pilihan atas apa yang kita percaya. Jangan hanya menilai sesuatu berdasarkan satu sumber sahaja. Ini tanggungjawab kita, lebih lebih lagi di kehangatan PRU 13 ini. " penat lah/ susah lah nak baca semua sumber ". Maka jawab UZAR " memang jalan ke syurga itu penat & lelah, kena kerja kuat, dan jalan ke neraka itu berehat rehat dan menuruti nafsu", sesuai dengan sabda Baginda  " Di hiasi jalan menuju ke syurga dengan perkara yang dibenci oleh manusia, dan dihiasi jalan menuju ke neraka dengan segala keinginan manusia"(riwayat Bukhari & Muslim). Dengar dan baca TV, radio, internet. Gunakan semua sumber.


Jadilah kita manusia yang tuhan anugerahkan akal fikiran.
Binatang aja yang tiada akal.

Ulang tayang gambar kangaroo sebab nak jawab soalan PakCikLie di entri INI, bahawasanya saya tidak berkempen dalam entri itu ( dan tak akan berkempen untuk mana mana parti sekalipun ), dan entri itu perlu dibaca ( dan difahami) dengan akal yang kritis :P

48 comments:

  1. mari la mari..
    pegi mengundi..
    waktu nya hampir tiba.. bersiap sedia semua..

    ReplyDelete
  2. Terimakasih ustaz!
    Ada hati rasa, ada mata pandang ada akal fikirlah...

    ReplyDelete
  3. Mari kita mengundi buat pilihan yg tepat

    ReplyDelete
  4. rugi la bagi mereka yang enggan dengar kedua-dua belah pihak, sebab telinga ada dua...

    ReplyDelete
  5. jgn mengaibkan org dgn penulisan kita....mengkritiklah dgn berhemah..dgn pandangan yg membina

    ReplyDelete
  6. Entry kita lebih kurang sama. Cuma kdg2 ramai yg tak faham beza antara mengkriitk dan menghina. Lagi malang apabila terdapat juga mufti2 yg terpngaruh dgn media utk menjatuhkan hukum agama terhadap seseorg.

    ReplyDelete
  7. Salam Bro...lama tak singgah, sorry sibuk bagai...betoi la apa yg disampaikan tu...

    ReplyDelete
  8. Keputusan ditangan sendiri..buat pilihan yg tepat..

    ReplyDelete
  9. Kakak pun dengar petang semalam bila Ust Zaharudiin mengulas hal ini. Ada benarnya kita kena guna akal. Jgn bergantung satu media seperti dikatakan olehnya. Jelas sangat apa yg disampaikan tinggal akal kita kena guna sepenuhnya dlm hal memilih yg mana satu...

    ReplyDelete
  10. Elok sangat apa yang dikatakan oleh uzar tu didengar oleh orang-orang yang terlampau fanatik dengan sesuatu parti sampai semua benda yang pemimpin parti tu buat semua betul, apa yang orang lain cakap semua salah sampaikan golongan fanatik tu sanggup menghamburkan kata-kata kesat bila dijentik deng

    ReplyDelete
  11. lebih parah, tak membaca mana2 sumber pon..dengar je orang sembang di kedai kopi, terus percaya bulat-bulat.....

    ReplyDelete
  12. Lagi dibaca lagi keliru. Baik jangan terus. Itu kelemahan Kak Azie, sebab tak pernah belajar bab politik.

    ReplyDelete
  13. jadilah manusia yang lebih bertanggungjawab!

    ReplyDelete
  14. moga tiada masalah sepanjang PRU kali ni..
    moga berjalan dengan lancar hendakNYA..

    psstt: cukup ke semangkuk Dr.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  15. selamat menunaikan tanggungjab!

    ReplyDelete
  16. Salam..

    setiap petang mmg radio ikim menjadi peneman time balik kerja.. Alhamdulillah.. byk ilmu yg diperolehi.. Alhamdulillah.. terima kasih juga kerana sama-sama mengingatkan tentang perkara yang baik ini..

    ReplyDelete
  17. bertandinglah dengan bersih.. tak payah nk mengaibkan & memburukkan pihak lawan.. tak kira kita di parti mana pun.. peace yo.. !! :)

    ReplyDelete
  18. Hahaha...geleng kepala bila tengok orang berkempen sampai nak bergaduh...jadi neutral lagi bagus tapi memberi impak

    ReplyDelete
  19. geleng2 angguk2... pangkah hak kita...

    ReplyDelete
  20. Kat media sosial ni, kena byk berfikir dgn ilmu sebelum menaip dan selepas membaca sesuatu.
    Dan kdg2 gagal berfikir dgn baik...berfikir dgn emosi.

    ReplyDelete
  21. cat ci lot ja masa mengundi nanti..ahhaahh

    ReplyDelete
  22. Hehehe suka n3 ni, penuh bererti !

    ReplyDelete
  23. Hairan bila tgk org menulis dgn main quote saja sumber yg tak berapa nak boleh dipercayai.. Tak takut dosa ke..?

    ReplyDelete
  24. erk..gambar tu bukan sebahagian dari kempen?? hikhik..jangan marah DZ...saja la nak usik.
    tak kisah la mana satu pilihan kita..yang penting jangan kerana politik..sampai hilang persahabatan. tambah-tambah kat facebook tu...macam-macam hal. silap langkah..memang tambah dosa.

    ReplyDelete
  25. saya suka baca..pastu timbang tara..tak percaya pada hanya satu sumber..yg salah tetap salah..yg betul kita follow..insyaallah..pandai2lah bila nak memangkah nanti..

    ReplyDelete
  26. Betul tu kita kena bertanggungjwb dlm apa yg kita tulis,semoga apa yg kita tulis akan membawa kebaikan pd diri sendiri dan org2 yg membacanya.

    ReplyDelete
  27. dekat2 PRU nih, aku tak nampak lain dah.. sebenarnya tak kesah pon nak kempen ke tidak..logo tu tetap nampak di mata..itu yg aku kata tu , sori doc :)

    ReplyDelete
  28. aku balik kampung.
    Abg aku dapat benih padi subsidi.
    Aku dapati semua benih padi tu ada neraca hidup...

    ReplyDelete
  29. Kan? Sbb tu dah mls nak cite2 sinis. Dulu mmg giat. Skg ni, ianya menakutkan. Tergelincir kang, kite yg susah. Huuuuuuuuu~

    ReplyDelete
  30. kalo pru 20 apr, kesian mereka2 yg berkenduri kawin hari tu.. ada 2-3 jemputan dah ni... ingat kenduri je, kurang ingat nak mengundi dah..

    ReplyDelete
  31. make a habit....baca semula apa yg kita tulis sebelum di'publish'kan...letakkan diri kita dipihak pembaca.dengan itu mudah utk kita mengelak dari menulis perkara2 yg menyakitkan hati org.

    how's your wife anyway...dah beberapa hari akak tak jengah blog..hari ni baru marathon entry u...moga ur wife stabil & selamat menempuhi fasa kehamilan...moga baby pun sihat...
    thyroid storm in pregnancy....akak tak pernah dapat kes lg walau dah lama involve dlm field ni...pernah jumpa in OT case ja sekali lama dulu.

    ReplyDelete
  32. betul tu... kalu silap langkah / tulis jd fitnah. dosa fitnah = dosa membunuh. minta dijauhkan kita smeua.

    ReplyDelete
  33. setuju doc memang kena pelbagaikan sumber...semoga kita semua buat pilihan yg tepat lah...

    ReplyDelete
  34. Kanggaro...comeinye.....nk jugak.....errr...terkesima juga tgk ada lmbang parti tu...xpe xpe...t rietta terjah entry entry yg berkenaan....

    ReplyDelete
  35. Dulu waktu memula nak kejar trafik memang main tulis je cerita hot semua tu. Sekarang ni takda dah.. Takda kepuasan. Baik tulis hal sendiri... Lagipun apa yang kita tulis tu kita perlu bertanggungjawab kalau ianya tidak betul. Kena fikir dosa pahala semua.

    ReplyDelete
  36. Itulah bezanya ' menulis dengan akal ' dengan 'menulis dengan nafsu (ikut perasaan)".

    Kann....?


    ReplyDelete
  37. betul sangat2 doc...akak takut sangat bahan penulisan akak menjadi punca dosa kepada akak.. tu sebab akak lebih syok sendiri dengan cerita sendiri dari menulis sumber yg tak pasti sahihnya

    macam mana keadaan Mummy ZZ sekarang doc?

    ReplyDelete
  38. Sekarang orang da pakai neraca digital doc!

    ReplyDelete
  39. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  40. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  41. btul gaya penulisan haruslah besederhana n seimbang..jgn terlebih sudah sampai semua nak citer

    ReplyDelete
  42. wak pon sukak tengok patung kangaru tuu.,uHUuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...