Thursday, March 14, 2013

Yati Ayam Percik Shah Alam

Nota: Semua gambar kualitinya adalah tak best, sebab aku pakai kamera henfon cikai aku aja..malas nak usung dslr masuk kedai ni..haha

Malam kelmarin, aku ke sini...


Jujurnya, dah lama aku nak try makan Yati Ayam Percik ni.
Masa gi KB dulu, tak sempat dan tak jumpa kedainya..
Ada review yang aku baca kat blog kata, rasanya tak se-best macam kat KB.
Tak pa lah, tak kan aku nak merempit ke KB pulak semata mata nak try..
So, aku rempit aja lah yg kat Seksyen 7 Shah Alam ni, sepelaung aja dari rumah.

Ni wife aku punya. Nasi Kerabu Ayam Goreng Berempah. Ayamnya sedap. Rempahnya sedap. Aku order Nasi Kerabu Ayam Percik( sorry lupa ambik gambar). Ayam perciknya, bagi aku, takda lah sedap sampai buat aku terngigau ngigau nak makan lagi, tapi tak la pulak tak sedap.Aku tak tahulah rasa ayam percik yang kat cawangan asalnya di KB tu sedap ke tidak. Nasinya, okay, lembut.

Ni Ziyyad punya meal. ..set roti jala ( comes with free Kopi O..which I think, bukan free pun, mesti dia siap masuk harga dlm set tu). Ya, Ziyyad ala ala Mat Saleh celup. Nasi tak makan sangat, makan roti, mashed potatoes, & roti jala, favorite dia. Roti jala Yati ni bagus, panas2 lagi..memang dia baru buat kot. Kuah cecahnya, kari daging tu, sedap. Kuah karinya itu, berbaloi la kalau aku nak repeat makan kat sini. Tapi, lagi berbaloi kalau wife aku buat sendiri roti jala & kuah kari, RM10 modal... puas makan..hahaha


Verdict aku lepas makan kat sini:

-  Kalau nak JIMAT, aku prefer beli nasi kerabu kat warung depan masjid seksyen 18, Shah Alam. Jauh lebih murah , dan lebih sedap. Entah kenapa, lidah aku macam sense nasi kerabu kat Yati Shah Alam ni takde/or kurang budu kah? Dan set nasik kerabu kat Yati ni kedekut, tak letak lada ada inti tu, kalau nak, kena order asing. Kah kah kah..for that, Yati charge RM8.90 kalau tak silap aku..( nasi kerabu +telur asin belah 1/4+  keropok kecik 2 keping + ayam percik). Utk harga RM8.90 kalau beli kat warung tepi jalan = nasi kerabu + ayam/daging + telur asin + lada inti tu, siap ada balance RM2.50 lagi..hahaha..Ye lah, makan kat kedai di Sekyen 7 ni, kita bayarkan sekali kos sewa kedai dia yg mahal tu.

-  Aku ada baca di beberapa blog, servis di Yati Shah Alam ni, LEMBAP.  Ya, memang LEMBAP pun! Bayangkan , masa aku datang tu, hanya keluarga aku sahaja yang ada, di ulangi, keluarga aku sahaja. Nak dapat air, hampir 15min...aku faham lah set roti jala tu lambat, sebab dia baru nak buat( kot?), tapi set macam nasi kerabu, ayam percik/goreng berempah tu semua, tak kan lah baru nak tanak nasik? Baru nak goreng ayam?  Aku ingatkan family aku aja yg dpt lambat, lepas 35min aku dlm tu, datang 2 couple ni, pun kami perhatikan, memang lambat jugak depa dapat ordernya.  Pelik jugak aku, kedai gah, besar, pekerja ramai ( 3-4 org duduk selonggok kat hujung meja kedai tu, berborak sakan, gelak2...motif?)

Sekian, ni selera aku ya.
Kalau korang nak cuba, cuba lah.

68 comments:

  1. Saya pernah try yati ayam percik ni kat bangi..oklah not bad.

    ReplyDelete
  2. saya pasti DSLR awak dah baaaanyak habuk!!!

    hehehheee

    ReplyDelete
  3. kalu lambat kompem cheqna x masuk

    ReplyDelete
  4. Dah penah makan hurmm mahal mcm makan set western food plak nasi kerabunya walhal dedulu makan kat restoran dia yg kat prima saujana ke mana tah kat kajang tu rasanya murah je masa tu makan nasi campur dan belum ada yg set2 nih..
    tula nasi kerabu dia biasa2 je sedap lg nasi kerabu ahkak nasi lemak kat umah ni atau nasi kerabu mak sedara saya buat huhuhu

    ReplyDelete
  5. alahai ter sama nama sy lah pulaks -yati-

    walau tanpa dslr pic tu ok jer ;)
    sy pun pelik sesetengah restoran servis mcmni..
    padahal kastemer bukan ramai..

    sebab tu lah perlu ada BOSS.
    kalau pepandai sendiri beginilah jadinya kot..

    ReplyDelete
  6. kalau akak nak pekena nasi kerabu ni, kat La Tansa seksyen 13, atau Hartinie kat Sekyen 10 tu.. for me sangat sedap... self service.. so tak sakit hati service lembab..kan..


    p/s: tgh boring tunggu nak buat MRI... boring tahap melampau....

    ReplyDelete
  7. errr kenapa rasa tak terliur nie??hehehe..

    ReplyDelete
  8. mmg kena cuba lah ni dah en hubby dari belah2 timur sana harus sukalah menu2 mcm ni

    ReplyDelete
  9. kalau dekat kelantan mmg sedap. hehehe.
    adoiii...klu servis lambat..ini yg kurang ni...

    ReplyDelete
  10. oo baru tau kat SA ada Yati Ayam Percik ni.. masa gi KB haritu, ok la nasi dia, boleh tahan, cuma kaler dia tak la sebiru nasi2 kerabu yang kita pernah tengok. saya ni pun pantang kalau kedai lembab nak serve makanan.. mmg sekali je la jejak.. pastu kim salam

    ReplyDelete
  11. yg kat kelantan tu,dah jadi satu produk pulak..sebut Yati ayam percik..ramai yg telaan air liur hehe

    ReplyDelete
  12. Mmm...klu mkn so-so n servis lak lembap, rasanya minta maaflah. Lagipun, sy ni cerewet sket psl nasi kerabu. Rata-rata klu beli, mst failed. Baik Ganu or Kelantan, lagilah klu yg ade kat sekitar KL ni...nasi kerabu mak sy jugak yg terbaek. Hahahaha!

    ReplyDelete
  13. hencemnyer gmbr header dia tu... leh buat menantu.. hahaha

    ReplyDelete
  14. Yati Ayam Percik ni sebab dah ada nama..lama dah kat kelantan, mahal betul untuk sepinggan nasi kerabu harga dia kan..klu saya tak masuk dah lepas ni..lada ada inti tu solok:-)

    ReplyDelete
  15. tetiba nak makan nasi kerabu la pulak..lepas tu buh solok lada tu dua hahaha..tak sampai RM8.90

    ReplyDelete
  16. kedai kat cyberjaya ni pun sama... dah tak masuk list utk pegi lunch.. rela pegi kedai yang jauh sikit tapi gerenti sedap n harga berbaloi2

    ReplyDelete
  17. Bila saya baca lembap tapi ada pekerja berlonggok sambil sembang, saya terus jadi tak berselera Doc.

    ReplyDelete
  18. Kalau food lambat tu bolehdi maafkan..kot kot dia goreng ayam kasi panaz ka...but too long ...pangkah!
    I notice kedai melayu bnyk yg nak serve minum pun...aduhaiiii lemah gemalai...

    ReplyDelete
  19. Doc, akakpun setuju tapi paling kelakar Along mesti marah kat sebab telur asin 1/4 tu letak sekali dalam nasi, mesti dia kata "Telur tukan keluar dari bxxxxt ayam, jgnlah campur" tapi akak jawab tu telur itik jadi dia keluar dari bontxxx itik. bagi dia angin satu badan.

    ReplyDelete
  20. Semalam sy mkn nasik kerabu, ayam rempah, telur masin separuh, dan solok lada tu baru rege rm 6...... Tp kt tmpt sy la..keh3

    ReplyDelete
  21. Memang betul2 lembablah servis dia,sbb masa tu bukannya ramai org pun,....pangkah.

    ReplyDelete
  22. ziyyad dah macam emran, nasik tak makan, makan roti, makan buah, makan biskut

    ReplyDelete
  23. okehhh.. xjadik nak try..
    walaupon dekat jugak ngan rumah saya..
    seksyen 19.:)

    ReplyDelete
  24. Oh YATI PERCEK...lembap gak ke branch kat shah alam ni dr? Ingat kan kat BANGI je LEMBAP.
    Pnh makan kat bangi cam tu jugak lah fesyennya. Satu satu dia hantar. nak menyiapkan nasi tu Funyalah lama. Service memang kena sangat sangat di perbaIKI. Kdei GAh shuntek tapi tang service tu VERY SAD.

    ReplyDelete
  25. tuan doktor, lada yang ada inti tu dipanggil solok lada ok..tapi setiap kali membeli sy tak sebut pun sy tunjuk je "nak yang ni" hehehe

    tak pernah try pun..sebab kat penang takde branch kot hehehe roti jala tu dapat berapa ketul 10rgt?agak mahal la..bagi saya golongan pelaksana ni:)

    ReplyDelete
  26. tak pernah makan lak kat yati ni.. hehehe... selalu beli kat stall kecik2 je nasi kerabu ni.

    ReplyDelete
  27. kedai dah komersial, harga harus up...
    tapi kalo servis ok, food taste ok...
    takdelah kita terasa sangat nak bayor kannnnnn....

    ReplyDelete
  28. Kalau my hubby mamoih dah kena hempok meja...ahahhaaa... Serius okeh.
    Dia kalau gi makan memang nak cepat je service, kalau lambat no next time.

    Betul kata kadang2 beli kat warung tu 10x lebih sedap dan lebih murah dari gi retro yg gah tu. Nak merasa sesekali oklah kot.

    ReplyDelete
  29. tak pernah try lagi nasi kerabu kat sini...saya kalau pergi shah alam kat seksyen 7 tu saya suka maka mee ketam kat situ best....

    ReplyDelete
  30. bab servis lembap mmg sapa2 pun hangin kan. lagi2 kalau family kita je ada time tu... pernah juga terkena camtu, jawabnya terus banned lah tempat mkn camtu

    #doc, lada ada inti tu namanya solok lada. mak mertua saya terer buat tu. ore kelate kan...

    ReplyDelete
  31. sedapnya..salam perkenalan.. jom join blog saya ..kisahfirdausi.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. Salam.
    Mama 2x ke Yati Cheras. Skrg tak pegi dah.
    Rasanya agak kureng...

    ReplyDelete
  33. Nasi kerabu warung payung juga yg sedap dan berpatutan..

    ReplyDelete
  34. sepelaung? tak betul tu.maksud sepelaung ni subjektif.bergantung kepada kekuatan seseorang itu menjerit/melaung.jadi secara asasnya jauh jarak sepelaung itu adalah lebih kurang 100 ke 300 meter (mengambil kira jarak tanpa sebarang halangan/sekatan dan purata laungan maksimum seorang manusia normal berukuran 80-100 desibel)

    jadi jarak rumah tuan ke seksyen 7 shah alam yang saya percaya lebih dari 300 meter tidak boleh dikira sebagai "sepelaung".lebih elok menggunakan istilah "amat dekat"

    sekian,

    bujal.x

    rakanfaktaanda.

    ReplyDelete
  35. kan dah kata ...
    yang kat CBJ nie pun tak berapa sedap

    ReplyDelete
  36. laa dah buka kedai kat sini? which part of sek 7? dekat jakel ker/ dekat mydin ker? cer try plak nasi kerabu Hartini sek 10 shah alam. The very femes rest. kelantan. ada kerabu sarey (rumpai laut) which very ngam kalau makan ngan nasi kerabu.....

    ReplyDelete
  37. zaman dolu2 zaman arwah my mom dolu, aye percik yati memey sedap. sungguh sedap... tp sekarang ada lagi yg laagi sedap...qualiti dah lari

    ReplyDelete
  38. cili ada inti tu nama dia solok lada

    ReplyDelete
  39. kadang2 tertipu jugak dengan nama kedai camni, padahal kualiti makanan biasa je. sedap lagi beli kat pasar malam. Lepas tu kena pulak servis dorang yang macam ntah pape..

    ReplyDelete
  40. Kedai gah servis lambat.. tuan kedai tu x sepatutnya marah kalo kedai mamak sebelah lebih maju.. kalo saya.. sekali tu je lah sy dtg..

    ReplyDelete
  41. memang kureng berkenan kalau kedai makan service lambat terutama pelayan duk berkumpul gelak2 camtu.. biar la sedap camna pun kalau service kureng fikir dua tiga kali juga nak ulang makan kat situ kan

    ReplyDelete
  42. nasi kerabu paling best sy pnh mkn kat gerai tp jalan kt depan blok 10, desa mentari kt pjs..betul2 belakang petronas. ha details okeh! kalau nk beli kena kuar umah subuh2 shapie sbb kalo sy nk beli kuar kul 8 alamat nmpk bumbung gerai je lah. kul 7.30 pun dh ujung2 dh nasik dia. yup, dia jual pagi tau..bkn malam @ tengahari. tp lakuuuu...mmg sedap gila gila.org cina india pun mai beli. hrga standard kot. tak ingatlah. dh kwin ni xpnh lg pi beli.

    ReplyDelete
  43. eh.baru perasan tgk tajuk. entri ni nak cerita pasal ayam percik ke nasi kerabu? hahaahahahhaha

    ReplyDelete
  44. hahahhahahha aku makan kat bangi okay aje weiiii
    ayam tu lambat sebab ayam percik tu ko order dia akan panaskan atau apa dia buat ngan ayam tu aku tak pasti (sebab aku nampak time aku makan kat bangi nih)
    harga mahal sebab kadar sewa kedai tu masuk skali, sebab bila kita berniaga, harga makanan yang bakal dijual, bukan sekadar kos makanan itu skali, operating cost pun akan masuk skali tau......kedai tepi jalan tu manalah ada sewa, pakai pun disposable packaging aje, kat restoran pinggan sudu garfu bagai, nak lap meja lagi, ada kipas aircond bagai
    wakkakakakakkakakka
    dulu aku pernah wat consultant kat satu fast food, perghhhh nak kira kos burger punyalah sengal......gila ko......ko bayang nak kira kos mayonis secalit tuh, lom lagi kos2 len, so ko tau la kan, nape kedai2 gini mahal harganya.....akakkakakakakkakakka tapi kalau ko take away pun, harga masih sama kikikikikikikiki

    ReplyDelete
  45. jauh sgt kedainya dengan rumah teman!!

    ReplyDelete
  46. Tak pernah try lagi... Nanti boleh try lepas habis pantang..hehehe

    ReplyDelete
  47. den tak makan nasi kerabu...

    tapi roti jala tuh sungguh menggoda, biaso den makan roti jalan time bulan ramadan jer...huhu

    ReplyDelete
  48. aah betul cakap PM tuu ..
    akak punn jumpe roti jala bulan puasa shja ...
    sedapp betul nampak ..
    gemuk2 ;)

    ReplyDelete
  49. salam doc. saya agak skeptikal dgn masakan kelantan ni diserve dikedai2 yg besar, salu mmg rasa tak sedap mana pun tp rege mak aih....kalu betul nak makan lauk pauk kelantan yg mmg sedap dan berbaloi...baik lah saya pegi makan kat kedai anis puteri kat komuter pantai dalam.... baru puas hati.. :)

    ReplyDelete
  50. mmg orang kelantan boleh buat duit. macam2 makanan yg mrka ada.

    ReplyDelete
  51. Saya dah dua kali makan kat cwgn Bangi ni, sekali try nasi kerabu & sekali mkn benda lain. Mmg biasa2 je..tak sedap sampai nak berulang dtg. Harga pun mahal tak sesuai dgn rasa. lps tu terus rasa takmo dtg lagi..kurang berbaloi.

    ReplyDelete
  52. dee tak makan nasi kerabu..tapi roti jala tu nmpk sedap betul..

    ReplyDelete
  53. Hmm..mmg feveret gak laa nasi kerabu.. Roti jala tuh pun nampak sedap.. :)

    ReplyDelete
  54. betul. kena g yg original di KB. yg itu memang mabeles! hehe..

    2-3 tahun duk KB, tu tempat peberet bawak mak abah makan tiap kali diorg dtg!
    kat bangi pun ada, tp rasa, servis & feel dia mcm kedai mewah. tak bes ah. hihihi

    ReplyDelete
  55. lada ada inti..hehe first time dengar solok lada dipanggil begitu. mahal jgk tu...

    ReplyDelete
  56. Lambat = bazir masa, kalay sesap mcm mana pun saya tetap tak pilih. Saya suka benda yg menjimatkan masa kalau makan di luar

    ReplyDelete
  57. Yummy...untung la wife pndai msak....dh la jmat, sedap, dijamin bersih.....

    ReplyDelete
  58. nasi kerabu feveret saya tapi kalo rasa so-so dan servis very the slow then tima kasih je lah. saya beli kat bdr bru sg buloh je. sedap, cepat dan murah.

    ReplyDelete
  59. saya pergi hr tu nasi kerabu warna putih. memang x pergi dah kot pasni :p

    ReplyDelete
  60. nampak kedai cantik..kan??dah tu cemana perniagaan nak maju nih..tokey dia jarang dok kat kedai kott.tu yang pekerja buat main2 ja..

    ReplyDelete
  61. haha..
    kalo kebulur x bole nk dtg cni..
    mau naik angin :P

    ReplyDelete
  62. sometimes nasi kerabu pasar malam lagi sedap kan..hihi..

    ReplyDelete
  63. susah la kalau servis makin lama makin out..sapa yang nak disalahkan tu..

    ReplyDelete
  64. pernah cuba rasa yati ayam percik bangi..bolehlah rasanya taklah teruk n servis taklah slow sgt..mujurlahkan kalu dok angin gak

    ReplyDelete
  65. pernah nampak tp lum penah try lg kedai nih, tp tgk review2 yg kt blog kata tak best, so payah la nk try nyer heheh

    ReplyDelete
  66. baca tajuk entry dlm hati dah terdetik dah nk try jugak le... bila baca review2 yg kat bawah tu terus cancel lah hehehe

    ReplyDelete
  67. DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER..makanan di yati ayam percik dah tentu di jamin selamat dan bersih..nk dibandingkan warung tepi jalan ?? SELAMAT KE ?? BERSIH ?? xpercaya ?? mntk skali check dapur YATI mesti korang respect..tp lau warung tepi jalan , TGK DAPUR NYA korang pasti muntah..kos nya mahal ?? anda semua perlu tahu bahawa YATI AYAM PERCIK ADALAH FRANCAIS..HARGA DAH DITENTUKAN OLEH HEADQUARTERS (HQ)N HARAP PAHAM..dan untuk makluman tuan/puan semua, LEBIH BAIK MAKAN DI YATI DARI ANDA SEMUA MAKAN DI MCD ATAU TEMPAT-TEMPAT LAIN..last pesanan , hidup nie sementara, jangan jatuhkan bangsa sendiri dengan statment yg buruk dan tidak berasas..cuba anda sendiri yang tuan empunya kedai, ape yg anda akan rasa ?? i'm just outsider yg sntiasa memerhatikan..hati2..kata2 anda mngkin akan membuat orang lain memerhatikan..peace no war..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...