Tuesday, March 5, 2013

Saya Sayang Malaysia

Mutakhir: Pasukan keselamatan negara lancarkan serangan 'all out' ke atas penceroboh bermula setelah subuh pagi ini di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Kita doakan semoga Allah permudahkan urusan ini dan anugerahkan keselamatan buat perajurit-perajurit kita, moga kemenangan di pihak kita.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bila jadi insiden sebegini, barulah kita tersentak, kita mula sedar betapa kita sayangkan negara kita.
Bila jadi sebegini, kita kena cepat bertindak, dan kena juga ambil iktibar.
Iktibar perlu di ambil, untuk elakkan perkara yang sama, berulang.
Orang kata, belajar dari sejarah.

Bukanlah sesuatu yang rahsia lagi bahawa di Sabah selama ni terlalu ramai PATI.
Tanya sahaja warga Sabah, pelbagai angka di beri...20 %...25%..malahan ada yang bagi angka 35%, mendakwa betapa ramai bilangan PATI di Sabah berbanding bilangan rakyat Malaysia sendiri, di sana. PATI ini termasuklah puak Sulu, yang telah buat kacau bilau sekarang.
Bila PATI dah lama berada di Sabah, mereka dah berasimilasi dengan rakyat tempatan.
Bukan baru sehari dua mereka masuk dan menceroboh Sabah.
Mungkin susah juga buat anggota keselamatan kita nak bertindak di sana, sebab mereka telah masuk 'deep inside', apa apa pun kita doakan misi anggota kita berjaya dengan cemerlang, amin...

Benda yang sama, boleh di aplikasikan untuk kita di Semenanjung.
Kita leka.
Kita seronok sepanjang masa. Bergelak ketawa dengan pelbagai hiburan.
Tapi sedar atau tidak, setiap hari lambakan warga Nepal, Myanmar, Vietnam, Indonesia, India, Pakistan ( dan lain lain negara) masuk ke negara kita, baik secara sah, mahupun, illegal.

Golongan yang masuk ini, 'tiada kualiti', maaf cakap.
Bukan macam golongan pekerja luar yang ingin masuk ke negara maju, harus di teliti rekod mereka, harus lepas pelbagai ujian( termasuk ujian bahasa inggeris). Tapi tidak di negara kita.
Aku sendiri selalu jumpa patient Myanmar, Nepal, Vietnam, etc ini..Jadi aku tahu 'tahap kualiti' mereka.

Bila dah ramai, mereka yg tiada kualiti ini boleh sahaja memberontak,
Boleh sahaja buat tuntutan tak masuk akal.
Buat tuntutan nak hak ke atas KL, ke atas USJ, ke atas Slim River, contohnya.
Jangan kita terperanjat, sebab puak Sulu ni pun, nak buat tuntutan ke atas Sabah.
Mereka tak memberontak pun, kita dah takut, risau..padahal ini bumi kita, negara kita..tapi kita jadi takut nak jalan2 dlm negara sendiri...Ambil contoh masa cuti umum...cuba tengok muka2 yg melepak di KLCC, di KL, muka siapa? 
Selama ini, jenayah kecil kecilan telah mereka lakukan( membunuh, merompak, samun, bergaduh sesama mereka, culik anak dara orang, ect etc)

Moralnya,
Kita semua sayangkan negara kita yg aman ini.
Ini bukan isu politik.
Ini isu sayangkan Malaysia.
Maka, aku harap kebanjiran pendatang asing ke bumi Malaysia, di kawal seketat ketatnya selepas ini.
Jangan sampai puak Vietnam angkat parang beramai2 merusuh di Putrajaya, merusuh di KL, baru kita nak terngadah. Jangan sampai puak Myanmar ramai ramai cetuskan huru hara di Penang, di Ipoh, baru kita nak ambil langkah drastik.
Prevention is better than cure.

48 comments:

  1. err...tengok la pulau gaya!80 or 90% org luar yang menetap disana....yg sedih nyer siap ade ic lagi tu...sedih!

    ReplyDelete
  2. Lebih mengejutkan bila ada statistik yg menunjukkan ramai yg telah mendapat taraf warganegara dan ada ic lagi tapi mereka adalah org Filipina. Itu yg senang buat 'tentera mereka' ini utk tumpang tinggal 'rumah saudara' mereka sendiri. Duduk di Sabah aje tapi hati tetap sayang pada keluarga Filipina mereka.. sedih kan.

    ReplyDelete
  3. erm.. mmg terkedu dengan kes yang berlaku ni.. apa pun semoga pertahanan kita tetap kuat menentang penceroboh ni.

    ReplyDelete
  4. kalau kat area tempat keje akak negropun ramai.. takut...
    entah bialaler kesudahannyerkan...

    ReplyDelete
  5. menakutkan..nak keluar jalan2 ke KL sorang2 pun dah takut
    naik komuter penuh dgn warga asing.huhu

    ReplyDelete
  6. mereka nak berziarah sempena pru13 kut... hehehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Saya sentiasa sayang Malaysia.
    Benda ni saya dah risau sejak lama dulu, pernah terfikir perkara sebegini akan jadi. Saya pernah lihat dari luar kampung kat semporna yang polis kita diserang itu. Rakyat tempatan pun takut nak masuk situ.

    moga2 cepat tamat krisis ni...senak kepala tiap hari. Boleh sakit jantung.

    ReplyDelete
  8. SA sokong ckp doctor tu...semoga pihak tenera kita beroleh kemenangan...amin..

    ReplyDelete
  9. Betul laaa..kat Batu Pahat ni pun bersepah pendatang asing even yang banyak kat construction site semua muka2 orang luar, ngeri jugak. Memang patut pun kita ketatkan kawalan kemasukan pendatang asing ni, dibagi muka sangat yang jadi mangsa orang kita sendiri.

    ReplyDelete
  10. Pendatang asing datang bekerja di negara kita sebagai buruh sebagai tenaga kerja kasar kerana rakyat kita terutama kaum kita yang memilih kerja dan tewas dengan masalah sosial serta gejala yang tidak sihat
    di hati mereka cuma ingin berhibur bergembira seronok seronok seperti tiada kematian di hujung kehidupan
    itulah kenyataan

    ReplyDelete
  11. sayu baca sokkabar pagi ni noks..nak2 lagi pasal sms terakhir dari salah sorang anggota kepada isteri, anak, mak ayah , mak ayah mertua dan negara.

    ReplyDelete
  12. kita pulak jadi takut dengan kehadiran mereka sedangkan negara kita hak kita bukan mereka..

    ReplyDelete
  13. pemerintah terlalu baik hati

    ReplyDelete
  14. saya sayang malaysia juga.. sedih sangat bila ke restoran sekarang ni dari waiter sampai ke cashier, semuanya orang luar.. macam makan kat luar negara pulak.. semoga penduduk di Lahad Datu dan Pegawai keselamatan kita sentiasa dilindungi hendaknya..

    ReplyDelete
  15. Betul betul betul, mana-mana ceruk kat malaysia ni memang mudah jumpa muka pendatang asing, terutama kalau time diaorang cuti, berkumpul ramai-ramai bila kita lalu rasa cam kita ni pulak pendatang

    ReplyDelete
  16. saya jugak sayangkan negara saya.....semoga semua ni segera berakhir....

    ReplyDelete
  17. dalam bergembira semuanya dapat brim bagai.
    kita jgn leka..bila2 je org boleh ambil kesempatan dalam kealpaan kita.
    semoga semuanya ini akan berakhir, negara kita akan aman.

    ReplyDelete
  18. wak pon sayangkan blog wak jugakk..,ahHKs

    ReplyDelete
  19. sedih bila ada yg kata polis yg terkorban sbg anjing kerajaan..
    soal nyawa pun dipolitikkan..

    ReplyDelete
  20. semoga Allah bersama2 dengan perajurit kita yang sedang berjuang pada ketika ini dan memberikan kita kemenangan....Amiiinn...

    ReplyDelete
  21. Saya sayangkan Malaysia.

    Memang betul. Kebanjiran warga asing di Malaysia ni memang ramai dari pelbagai negara. Saya sendiri kurang senang dgn kehadiran mereka.

    ada yg jahat ada yg baik. Tapi baik mcm mana pun mereka tetap saya wujudkan sifat was-was pada mereka ni.






    eh nape ada mention slim river eh DZ?

    ReplyDelete
  22. what you say is so true....
    me & hubby slalu cakap pasal nie...
    sampai kan ada 'joke' yg buat mata celik skit aaaa....
    something like this :

    di perairan malaysia, boat peronda m'sia stopkan 1 perahu yg ada 4 org indon...

    peronda : korang buat apa nie?
    mamat indon : kami nak serang malaysia...
    peronda : korang berempat je nak serang? hahahahaha...
    mamat : kami ni, 4 yang terakhir...yg lagi 1juta dah lama ada kat malaysia....

    So, agak2 nak gelak ke nak nganguk?


    ReplyDelete
  23. Akupun dah lama geram dengan kebanjiran PATI dekat malaysia ni terutamanya orang seberang tu. Kerajaan diorang nampak seorang pendatang yang masuk tu duit bagi mereka. Tak pernah nak ambik serius agaknya.

    ReplyDelete
  24. Kenapa Malaysia tak kawal kemasukan PATI? Apa yang rakyat Malaysia boleh buat kalau jumpa pendatang untuk pastikan mereka ini PATI atau tak? Boleh tak rakyat Malaysia diberikan kuasa untuk sama2 membanteras PATI atas nama mempertahankan negara?

    ReplyDelete
  25. semoga pasukan keselamatan Malaysia di Sabah berjaya menghapuskan puak Sulu tuh semua...dan kerjaan Malaysia lepas nih kene lebih tegas mengawal persisiran sempadan lepas nih...kena lebih tegas dan kurangkan masalah kebanjiran warga asing ke negara tercinta kita nih...

    ReplyDelete
  26. mula2 sikit,pastu makin banyak,lama2 malaysia pun dah tak wujud..
    sy pernah ke teluk intan naik bas dari sungkai.ari ahad..bayangkan dalam bas tu semua warga asing, cuma 2-3 org warga tempatan termasuk saya.siyes memang takut gila macam sy plak yang berhijrah ke bangladesh @ indon..dalam hati berdoa bagai nak rak semoga Allah lindung..itu la malaysia tanah airku

    ReplyDelete
  27. Saya sayang Malaysia. Saya setuju 100% entry Dktr ni. Persoalannya kita yang di bawah ni pun terfikir benda-benda camni. Pemimpin kita macamana? Tak fikir ke?

    ReplyDelete
  28. semoga ia cepat di selesaikan ... tapi kita perlu ingat ... di Sbah warga suluk terlalu ramai. Kita tak tahu yang mana musuh yang mana kawan ...

    ReplyDelete
  29. betol!!
    isu nih memang x patut langsung nak di politik kan~
    patut semua rakyat amik iktibar dengan ape yang berlaku di lahad datu~
    sedih bila ade pejuang kita terkorban!
    lagi tambah2 sedih bila kematian mereka pon di politik kan..*stupid!

    saya jugak sayang MALAYSIA!
    demi anak2 dan cucu cicit saya~
    Moga Allah lindungi tanah air KITA yang tercinta ini.

    ReplyDelete
  30. Kat klinik saya pun ramai.
    Warga Indon yang ada IC.
    Warga Pakistan pun ada IC.
    IC Sabah.
    Saya dah suruh staf saya,
    photocopy IC2 yang mencurigakan.
    Saya nak buat dokumentasi.
    Nak buktikan kewujudan Projek IC.

    ReplyDelete
  31. setuju n sgt setuju ngn doc, mmg kite terlalu berlembut, kite perlu lebih tgs lg menangani pekerja asing nih... penah time cuti2 umum dana n edy ke maydin kotaraya, ya Allah rasa mcm kiteorg yg dtg ke negara asing... mmg seram... bayangkan udah la mydin tu pnh ngn warga asing, kt tp2 jln sume muke org asing...

    kite sepatutnya dh terbangun dr tido bile kejadian di lahad datu ni terjd..kalu kite terus tido, pasni ntah mana2 tempat lg nk di jajah nyer...

    ReplyDelete
  32. Bila cite psl pegawai amik duit kopi, marah lak. Hah! Abis tu?

    ReplyDelete
  33. saya pun sayang malaysia..Ya Allah..lindungilah kami..

    ReplyDelete
  34. semoga perajurit2 kita sentiasa di dalam lindungan Allah, semoga semuanya lancar dan dipermudahkan utk mereka, proud to have them among us!

    ReplyDelete
  35. selamatkan Malaysia bumiku tercinta.

    ReplyDelete
  36. kebanjiran immigran asing..bangla, myanmar, indon ni dah lama dahhh...kita tak pernah fikir jauh ke depan..walaupun bila berada di tempat sendiri dan dikelilingi mereka ni kita terasa seperti di bumi asing. hopefully, dengan situasi yang menimpa Lahad Datu ni kerajaan dapat mengambil iktibar darinya.

    ReplyDelete
  37. Saya sangat setuju......... kenapa pemimpin negara kita tidak peka dengan kebanjiran PATI dan kemasukan rakyat asing

    ReplyDelete
  38. Betul jugak, apa yg berlaku di Sabah tu tak mustahil boleh berlaku di Semenanjung.

    Semoga anggota keselamatan kita dirahmati olehNya, amin.

    ReplyDelete
  39. yes!!! betul!! setuju sgt kate2 doc...bende gini takleh amik enteng..contoh dah ade depan mate...malah nyawa org kite jadi mangse...harap sgt malaysia ketatkan isu pendatang nieh.....

    takut sgt bende2 gini jadi...nigthmare betul laaaa....

    semoga Allah memberi kemenangan dan kekuatan buat pejuang2 kite di sabah sana....

    ReplyDelete
  40. itu pun kita masih tak ambik iktibar dari kejadian2 ini...masih nk bergaduh melayu sama melayu..yg lain duk bertepuk tangan tunggu masa saja.

    ReplyDelete
  41. Iyer aaa...ayah den kata...sejak dia bertugas kat sabah tahun 1972 kata nya....dah senang2 depa ni masuk...ini sudah tahun berapa....pehhh......

    Den rasa kerajaan kena ikut macam itu Singapore...dengan org luar...depa ni tegas....ini asyik nak ngepow jerk...mana nak tegas....adehhhh

    ReplyDelete
  42. MOGA jadi ikhtibar
    Harus menyanyangi NEGARA KU terchenta. kan DR kan :-)

    ReplyDelete
  43. salam kenal....singgah follow sini....

    sama2 kita berdoa untuk negara kita.....lepas nie harus hati2....

    ReplyDelete
  44. Sib Bik doc tak kata..saya sayaang OZZZZ!!!

    ReplyDelete
  45. Kita pulak jadi takut dgn dia orang tu....moga di kembalikan keamanan tanah air kita...

    ReplyDelete
  46. Bolehland kan. Semua pendatang nak di bagi warganegara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...