Monday, March 11, 2013

Projek Roti Sosej: Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih

Ada seorang hamba Allah dari Korea yang pemurah, menyumbangkan wang utk di derma kan kepada rumah anak anak yatim/fakir miskin sekitar Shah Alam & Klang dalam bentuk makanan. Maka, wife aku di beri peluang untuk membuat roti roti sosej untuk anak anak yatim/fakir miskin ini, berdasasrkan jumlah wang yang telah di dermakan. Ada beberapa rumah anak anak yatim/fakir miskin yang telah aku senaraikan, dan Insya Allah bakal menerima sumbangan kelak. Oleh itu, projek ini aku namakan, Projek Roti Sosej. Kita doakan penderma ini supaya di murahkan rezeki & diberkati Allah.

Rumah anak yatim/fakir miskin pertama dalam projek ini yang telah aku & wife pergi ialah ke rumah Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih, di Klang. Kami ke sana pada hari Sabtu pagi yang lepas. Pertubuhan ini mempunyai beberapa cawangan..info lanjut di sini: http://www.nurkasih.org

Sumbangan kali ini melibatkan 50+ roti sosej, untuk di agih agihkan kepada penghuni di rumah ini, yang mana ianya menempatkan 12 kanak kanak perempuan, dan baki selebihnya untuk cawangan asrama lelakinya, tidak jauh dari rumah ini.

 Bun bun sosej freshly made malam sebelumnya...Bun kacang merah kat belakang tu untuk makan sendiri..hahaha

Dah siap packing..kita bergerak ke lokasi..

Di depan rumah yang menempatkan anak anak yatim & miskin perempuan. Nombor2 tertera tu boleh la dihubungi andai ingin menyumbang, atau terus ke laman web yang aku dah tulis kat atas tadi

Tokey bakery yang sedang pregnant 20 minggu, posing dengan anak anak ini..

Bahagian interior asrama mereka. Semua perabut, fridge, kipas, tv , etc..di dermakan oleh individu berhati mulia. Mereka masih memerlukan beberapa perabot seperti rak buku.

rak buku saiz macam ni pun okey kalau nak sumbang..sebab buku2 sekolah mereka banyak...ini di tingkat 2, di bahagian study room mereka.

Menyampaikan sumbangan..semoga kita semua boleh istiqomah mengumpul saham akhirat, Insya Allah

Mereka persembahkan nasyid untuk kami. Jujurnya, aku rasa sebak masa tengok mata mereka...Tak tahu kenapa...terbayang anak anak sendiri...Semoga mereka ini berjaya di dunia & akhirat..

Ini link video nasyid yg mereka persembahkan, kalau nak tengok: Nasyid

Group photo sebelum kami pulang..

Kepada yang ingin menderma untuk anak anak yatim & fakir miskin, boleh la consider mereka ini..kata kata hikmah pertubuhan ini yang kita boleh jiwai  " yg miskin perlukan yg kaya utk dunianya, yg kaya perlukan yg miskin utk akhiratnya"



45 comments:

  1. dari Korea...?
    mulia sungguh hatinya..

    insyaAllah
    Tersentuh hati melihat mereka..
    ada rezeki nanti.. insyaAllah.. saya akan usahakan..

    ReplyDelete
  2. semoga yg mendermakan tu bertambah murah rezkinya....
    kemas keadaan rumah kebajikan ni ye....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah! Rezeki anak-anak! Tapi, rumahnya cantik. Suka pulak tengok. Heheheheh...

    Amboih....bun tu. Gebu2.

    ReplyDelete
  4. tersentuh jiwa mak nengok mereka noks

    besar pahala uolss... moga Allah swt limpahkan berganda2 rezeki org dari korea dan juga keluarga kamu. amin!

    ReplyDelete
  5. ya semoga anak2 ini berjaya dunia & akhirat...

    ReplyDelete
  6. Murah rezeki yang menderma, yang menyampaikan derma dan yang menerima derma. :)

    ReplyDelete
  7. assalam Doktor..tahniah untuk tauke bakery masih dapat butkan roti..
    memang sungguh tersentuh hati.. baca ni..

    ReplyDelete
  8. Mommy ZZ nampak sangattt berseri2. Aura keikhlasan hati Doc n wife.

    ReplyDelete
  9. Moga Allah memberkati kebaikan semua insan yg terlibat.. Ameen.. :)

    ReplyDelete
  10. terbaiklah penyumbang, doc n wife, semoga sama sama mendapat keberkatan dari Alla swt.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya. Sgt mulia dan terpuji si penderma tu.

    ReplyDelete
  12. semoga murah rezeki orang yang menderma, juga murah rezeki untuk tokey bakery sekeluarga:)
    doc tak nak kongsi resepi MommyZZ ke cane nak buat bun tu?teringin nak buat

    ReplyDelete
  13. tetiba saya rasa sebak pulak dengan kata2 yang terakhir tu..dan tetiba saya merasakan DZ dan MommyZZ tetiba ada ramai anak perempuan :)

    ReplyDelete
  14. Aina bila melibatkan anak2 yatim ni hati sangat2 mudah tersentuh. Air mata sangat murah tika memandang mereka. Moga Allah memberkati kalian yang tidak pernah lupa kepada mereka.

    ReplyDelete
  15. Salam Doktor dan keluarga,

    Alhamdulillah... sejak berkunjung ke blog ini, saya byk jumpa info2 yg sangat berguna yg doktor kongsikan.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  16. dari korea yerk.. mereka bukan sahaja pandai ber kpop.. murah gak hatinyer...
    moga kita pun diberikan kesempatan untuk menjadi insan berhati mulia...

    ReplyDelete
  17. yummy...bgus la ke rumah anak anak yatim...semuanya perempuan yea...rietta suka yang di kupang, dekat dengan tempat rietta...ada lelaki, ada perempuan dan ada pengajian tahfiz utk yg mampu perlu bayaran yuran supaya tidak termakan harta anak yatim...

    ReplyDelete
  18. Salam.Semoga ramai yg sudi membantu rumah anak2 yatim ni...semoga anak2 itu berjaya didunia & diakhirat.Aamiin

    ReplyDelete
  19. zaman sekarang jarak bukan alasan , kalau mahu secara online pun boleh kan, tapi lebih baik kalau kita sendiri dapat pergi beri sumbangan secara berjumpa, boleh kenal anak-anak yatim tu semua

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. masih ade yang berhati mulia.. :)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum,
    Alamak...comey2nya mereka ni

    ReplyDelete
  22. Sesungguhnya siapa saja yg terlibat dgn anak-anak yatim, usah kata yg menderma, memasak, menghantar makanan dan sebagainya, mereka yg menyentuh kepala anak yatim dgn rasa kasih pun besar ganjarannya,

    Bersyukur MommyZZ dan doc. diberi peluang ini.

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah..moga murah rezeki yang memberi & melaksanakan tugas tersebut."saham" di akhirat nanti,insyaAllah :)

    ReplyDelete
  24. sama2lah kita ye... besarnyer pahala dari yang menyumbang hinggalah ke bab menghantar semuanyer ygtelah siap tu kepada anak2 yatim tersebut !

    ReplyDelete
  25. Alhamdullillah.. Moga segala sumbangan diberkati oleh Allah..

    Sedap tgk roti2 tuh.. Moga dipermudahkan MommyZZ dan diberikan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
  26. DZ dan MommyZZ, saya doakan yang terbaik untuk anda berdua...
    Ya Allah..permudahkan urusan dan murahkan rezeki kedua-dua hambaMu itu (DZ n MommyZZ)..
    Di doakan juga anak yang di dalam kandungan itu jadi anak yang soleh/solehan dan pemurah seperti kedua-dua ibu bapanya..

    ReplyDelete
  27. Moga Allah sentiasa memberikan barakahnya untuk doc n wife tapi ZIyyad tu makin handsome ya sejak nak jadi abg ni.

    ReplyDelete
  28. moga murah rezeki kalian hingga ke akhirnya.. kat sini pon banyak rumah utk insan2 yg istimewa ini.

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah..
    moga murah rezeki..

    psstt: kalau gathering blogger buat kat tempat macam ni pun menarik kan.. ;)

    ReplyDelete
  30. alhamdulillah....wife doc yg buat roti tu pun dpt pahala jugak...bertuah badan....moga murah laa rezeki yg menderma tu....kan org kate, tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima...

    wife doc berseri2....ibu2 preggy ni mmg naik seri kat muke...rindunye moment pregnant huhuhuhu

    ReplyDelete
  31. JAZAKALLAH.. semoga ALLAH membuka pintu rezeki buat semua dgn selebar2nya..

    tetiba rindu pada anak2 angkat kt Rumah Aman..mmg nak kena jenguk ni..

    ReplyDelete
  32. wow..memang ade kedai bakery ye..nice2 :)

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah, semoga dirahmati olehNya & dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah... besar ganjarannya yg menunggu di akhirat nanti


    moga baby doc yg ke tiga ni perempuan

    ReplyDelete
  35. murah rezeki orang yang menderma tu kan.... kesian dan sedih tengok muka anak-anak yatim tu

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah. Kita lakukan setakat yg kita mampu

    Kata2 terakhir tu amat mendalam maksudnya.

    Pst pst...bun segebu tokey yg sungguh berseri2..aura abdul-tak-keluaq-lagi :))

    ReplyDelete
  37. Alhamdulillah,

    semoga mendapat barakoh dari Nya..

    ReplyDelete
  38. As salam doc,

    Alamak bun sosej tu saya rasa nak curikkk laaaa...huhuhuu... Isteri doc awal seminggu dr saya! calit sikit! ;))

    Sgt 'gagah' wife doc buat bun byk2 gitu... Tabik spring toink! toink! :))

    ReplyDelete
  39. alhamdulillah.... semoga bertambah rezeki buat penderma dan juga mommyzz

    ReplyDelete
  40. alhamdulillah atas perkongsian rezeki dgn mereka, byk tempat2 yang begini yang kita boleh salurkan bantuan. Semoga kita sama2 dpt berkongsi dengan mereka2 yang memerlukan.

    ReplyDelete
  41. Patut sihatt,, makan roti sosejjj

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah.....murah rezeki penderma tu dan doc dan isteri pun sama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...