Monday, March 25, 2013

Kacang Pool dan Favism ( G6PD deficiency)

Salam Isnin..salam dari JB...bercuti cuti balik kampung..
Pagi pagi pekena breakfast yang susah amat nak jumpa di Selangor/KL...kacang pool.
Aku dah pernah cerita pasal kacang pool ni di sini.

Ni kacang pool yang aku makan pagi tadi....Kuah kacang pol, hidangan asal Arab..di perbuat dari kacang parang, campuran daging dan rempah ratus, di perah hirisan limau nipis + telur mata kerbau...

Roti bakar buatan sendiri yang lembut..roti ini dicecah dengan kuah kacang pol tadi..

kebetulan kali ini jumpa lah dengan kacang pol nya, bahan asas menu ini. Bila tengok kacang pool ini, teringat tentang keadaan G6PD deficiency. Kacang pool ialah kacang parang. Maka mereka yang ada G6PD deficiency, tidak boleh makan kacang pol ya. Boleh nak makan, tapi berisiko tinggi. Aku terangkan kenapa, di sini..


Apa itu G6PD?
G6PD stands for  Glucose-6-phosphate dehydrogenase, sejenis metabolic enzim dalam badan kita yang penting untuk metabolisme sel darah merah. Kekurangan enzim ini dipanggil G6PD deficiency, yang mana mereka yg ada masalah ini, berpotensi mengalami masalah pecah sel darah merah.

Secara am nya, mereka yg ada G6PD deficiency sama macam individu yang lain, cuma pendedahan terhadap sesetengah antibiotic, ubat antimalaria, ubat gegat dan juga jangkitan akan menyebabkan ketidakstabilan sel darah mereka, dan sel darah merah ini akan pecah( haemolytic anemia). Antara simptomnya ialah jaundice( kekuningan pada mata putih, kulit), dan juga simptom-simptom anemia(kekurangan darah merah) seperti penat, letih, sesak nafas.

G6PD deficiency ini juga ada hubungkait dengan keadaan dipanggil favism.
Favism ialah penyakit pecahnya sel darah merah( haemolytic anemia) akibat makan kacang parang.
Nama favism ini diambil sempena dari nama kacang parang( broad bean) dalam bahasa Itali, fava.
Semua pesakit yang alami favism, ialah mereka yg ada G6PD deficiency, namun bukan semua yang ada G6PD, akan alami keadaan favism. Boleh faham ya?

Lelaki dan perempuan, boleh ada keadaan G6PD deficiency ini.
Ianya penyakit keturunan( hereditary).
Menjadi standard protokol sekarang ini, semua baby yang baru lahir akan di screen utk G6PD ini.
Jadi semak kat kelahiran anak anda kalau nak tahu status anak anda.

54 comments:

  1. Btw Dr. Daddy ZZ, blh tak aerosol spray bg apa2 efek kt org yg G6PD def ni?

    ReplyDelete
  2. eka baru balik JB.. makan kacang pool buat pertama kali,siap tulis entry. hehehe

    sedap.

    ReplyDelete
  3. tetiba terasa nak ke jb merasa makanan ni...aishhhh.......

    ReplyDelete
  4. Walaupun baru makan tak lebih dari 3 kali roti + kacang pool tu, kakcik sukakannya. :)

    ReplyDelete
  5. kat melaka ada 1 resto mcm ni..sedap jg kacang pool dia

    ReplyDelete
  6. mengigatkan sy tentang G6PD ni bila saat akhir hayat arwah adik sy (blogger jugak)..pernah munulis berkenaan anaknya ada G6PD deficiency...kalau arwah tak tulis mungkin kami tak tahu menahu tentangnya. - alfatihah buat arwah Nasir Ismail.

    ReplyDelete
  7. Doc nak pecah satu rahsia nih! Heheheeh lieya ni walo pun org johor tp mmg x reti makan kacang pool ni hohoho matik laaa kene buang negeri hahahahahah

    Lieya x faham sgt pasal g6pd ni...thanks doc atas penerangan....simple gini rajin laa nak bace...yg penting paham ....

    ReplyDelete
  8. ohh pernah dgr, tapi tak pernah rasa..
    kalau ke JB nnt nak gak cari :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah SA xde penyakit ni...

    ReplyDelete
  10. x pernah lg mkn kacang pool ini...
    skrg nie baru tahu lebih jelas lg g6pd,tq atas penerangan doktor.

    ReplyDelete
  11. adik ipar aku masa kecik tak boleh makan kacang parang, doktor tak kasi..
    sebab benda ni la agaknya..

    ReplyDelete
  12. Akak selalu terbaca menu kacang pol ni tp x pernah nak order time balik bt pahat...

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas info itu..
    mungkin berguna di masa akan datang.

    tapi gambar kacang pool tuh sgt mengiurkan~

    ReplyDelete
  14. Tak pernah jumpa menu tu apatah lagi makan, G6PD tu anak akak masa baru lahir dulu lambat keluar hospital sebab doktor kata ada penyakit tu la

    ReplyDelete
  15. penyakit macam anak sedara kak liza le ni... tak leh makan kacang ni..

    ReplyDelete
  16. tak penah lg try kacang pool nih lah doc oi.... tp sana sini duk org ckp sedap, nyesal lak duk keje kt skudai 3thn lbh tak penah try kcg pool nih... bile dh keje kl nih baru lah teringin2...

    ReplyDelete
  17. assalam doc..lama dah acik teringin nak makan tapi belum berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  18. Aduh mak....saje nak menggoda. FB satu hal. Blog pun nak jugak!! Betul bikin panasss!

    Hahahahahah!

    Peh! Akibat org yg alergik kacang parang, menakutkan.

    ReplyDelete
  19. nasihat yg berguna dari sorg doc....kalau tak membaca ni..langsung tak tau

    ReplyDelete
  20. aku ada sepupu ada penyakit ni...kesian kat dia...huhu...

    p/s: betapa aku mengidam mkn kacang pool ni nok...walau aku tak pernah try, aku tau benda ni sedap...benda ni dah lama masuk dlm wishlist jjcm aku, tapi tak kesampaian lagi...adoi la...
    bila ko nak balik kampung nok, aku nak ikut...hahaha...

    ReplyDelete
  21. anak sy G6PD....tp hidup mcm org lain jgk...cuma kena jaga2 dgn bhn2 yg patut dielakkan la....


    sy just was2 dgn spray ridsect dll tu la....blh ke doc?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum DZ

    Tak pernah makan lagi...

    ReplyDelete
  23. wak pon dh lamer bebenor x mamam kacang pool nii jugakks..

    ReplyDelete
  24. Memang sedap.. Oh ada di JB.. Saya baru plan nak balik Kluang.. Orang lain dah lama cuti..Info yang bagus.. Baru tahu tentang penyakit tu.. Suka entri Doc sebab menyebarkan ilmu pada pembaca.

    ReplyDelete
  25. sepupu saya ada G6PD ..dia memang tak makan kekacang..kesian dia..

    ReplyDelete
  26. kompem saya takde G6PD deficiency sebab boleh pulang dengan gembiranya lepas mamam kacang pool. huhuhu~

    ReplyDelete
  27. Terima kasih atas ucapan dan doa.. Mudah-mudahan dimakbulkan olehNya. Amin..

    ReplyDelete
  28. Makan kat mana la tu sedap sgt..

    Ya..kacang pool adalah sgt dilarang keras bg org yg ada G6PD..sian derang x leh mkn kcg parang

    ReplyDelete
  29. good info DZ.. saya suka sangat makan kacang pol ni... kalau balik jb memang tak pernah miss.. tapi tak pernah tau pasal G6PD tu..

    ReplyDelete
  30. saya belum pernah cuba kacang pool ni. Tiap kali gi Muar tak berkesempatan nak makan kacang pool ngan roti ni... asyik dengar kak pB jer cerita

    ReplyDelete
  31. Alamak doc...mcm sikit bahaya ja G6PD ni....kalau kes org tak tau dia ada penyakit tu...n pi mkn kcg pol ni...apa jadi ya..bahaya tak

    ReplyDelete
  32. oo kacang pol..sy ingat kuah roti canai kikiki
    anak buah sy 2 orang g6pd..kalau keluar pergi mana2 mesti abang saya pakaikan rantai khas dorang tu..
    pastu sy pernah terlupa, bagi dorang makan kacang.pastu dah teringat baru kelam kabut takut jadi pape..tapi kakak ipar selamber je.sy plak yang panik.mungkin dia lagi arif benda2 ni

    ReplyDelete
  33. Tak pernah lagi makan kacang pool nie..sedapnyaa..tgk..

    ReplyDelete
  34. Assalamm enzim itu gamaknya jika masuk dlm benih durian terus jadi kelabu warnnya hiii bukan kuningmerah lagi durian king

    ReplyDelete
  35. Harapnya roti bakar tak dicicah kicap,mcm roti telur masuk kicap

    ReplyDelete
  36. Salam doc,

    oh penyakit keturunan? oo dua dr anak saudara ada G6PD.
    Mama kenal makan2 kacang pool di Spore. mama kurang sikitlah.

    ReplyDelete
  37. pecah sel darah merah ni takde kena mengena dgn pecah dara kan? ..... hahaha

    ReplyDelete
  38. terliurnyer saya dengan roti cecah kacang pol...
    ooo baru tahu pasal g6pd..
    penyakit ni boleh sembuh ker doc?

    ReplyDelete
  39. nampak terliur, berkali2 balik jb tak pernah try makan lagi, tak pelah, next time balik, aku layan la makan kat sini....

    ReplyDelete
  40. info berguna....alhamdulillah keluarga saya tiada G6PD..tapi nak tanya juga adakah kalau anak terdahulu tak ada, kemungkinan anak yang akan datang ada?

    ReplyDelete
  41. tak lalu tengok telur yang tak masak macam tu..

    ReplyDelete
  42. Akak belum pernah makan barang sebijik pun lagi kacang pol ni, ketinggalan betoi..

    ReplyDelete
  43. kat selangor mmg takde jual ke kacang pool?

    gulp! telan liur ni.

    ReplyDelete
  44. laaa....ingat makan kacang pool rebus.

    ReplyDelete
  45. Sedapnya. Tak pernah makan pon. Kena gi JB lah nampaknya klo nak merasa kacang pool ni.

    ReplyDelete
  46. Saya je tak tahu ada ke tak G6PD tu.. Adik beradik yang lain lahir dekat hosp dan diorang memang ada dan tak boleh makan kacang parang... Memang merana la tengok orang makan kacang parang tu. haha.. Tapi macam mana nak check ni doc?

    ReplyDelete
  47. pertama kali tgk menu tu...looks yummy to me...tpi G6PD, rietta taw sket sket since ada anak buah yang terlibat...hmm....mmg xbrani kasi sebarang kcang, pernah dia termakan bubur asura, kebiruan jdnya muka dia, pucat xberdarah...bahan peluntur pown xbleh guna kt pkaian dia, dia pening dengan baw katanya...

    ReplyDelete
  48. salam..

    terima kasih atas penerangan ttg g6pd tu.. anak akak yang ke-2 ada gd96.. masa pergi johor hari tu akak tak tahu pun yg kacang pol tu dibuat menggunakan kacang parang.. nasib anak akak makan sikit aje.. dah balik rumah baru tahu.. Alhamdulillah, tak jadi apa2.. lepas ni mmg kena lebih peka..

    ReplyDelete
  49. belum pernah makan kacang pool. nampak terliur. tak silap di tirai ratus sek 3 ada menunya tapi tak pernah cuba.

    ReplyDelete
  50. syukur anak2 bukan dikalangan G6PD ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...