Tuesday, March 12, 2013

Do's and Dont's

Ada beberapa perkara simple, yang anda perlu buat (DO'S), dan perlu elakkan(DONT'S), bila berjumpa dengan doktor..

1- DO tell your history, thoroughly.

Maknanya, sila beritahu , kalau boleh secara terperinci sejarah sakit anda yang anda hadapi kini, dan apa apa sejarah lampau yang relevan. Ingat, bukan semua doktor itu rajin bertanya. Ada yang bekerja macam robot. Sejarah penyakit itu penting dalam membantu doktor membuat diagnosis yang tepat, kadangkala, hanya dengan 'patient history' alone, diagnosis tepat sudah boleh dibuat.

2- DONT speak to the doctor when the doctor is using his stethoscope.

Maknanya, masa doktor sedang guna alat stetoskop untuk mendengar bunyi jantung/paru-paru, elakkan bercakap dengan doktor. Aku kerap kali juga alami situasi ini. Selain mengganggu konsentrasi doktor nak mendengar bunyi jantung/paru-paru, percakapan anda ialah sia sia, sebab selalunya, kami tak dapat nak dengar dengan jelas apa yang anda cakapkan  :)

3- DO ask your doctor whatever you dont understand he is telling.

Maknanya, sila ringankan mulut bertanya kepada doktor anda, apa apa yg anda tak faham. Ingat, anda bayar doktor anda, jadi anda berhak tanya. Jangan buat andaian sendiri kalau tak faham, boleh jadi buruk padahnya. Bertanya kepada pakcik Wiki atau makcik Google itu boleh, tapi ada limitasi nya.

4- DONT teach your doctor, on how to become a doctor.

Maknanya, jangan nak ajar pula doktor anda tentang cara kerja mereka. Nasihat ini terpakai untuk semua kerjaya sebenarnya. Hormatilah kepakaran mereka, tak kiralah doktor, engineer, lawyer, cikgu, petani, tukang rumah, driver bus, semua orang ada kemahiran masing masing. Menegur/kritikan membina itu perlu, tapi bukan 'mengajar', ok? Kerana bila anda mula mengajar orang yang memang dalam bidangnya, dan benda yang anda ajar itu salah sebenarnya, tindakan anda itu ialah sangat memualkan/annoying.

Ok, dah takde idea apa nak tulis. Korang kalau ada idea, lontarkan kat ruangan komen, utk kebaikan kita semua. Nanti2 bila idea aku datang, aku update entri ini...:)

57 comments:

  1. 1. saya cukup geram kalau orang cakap ' hari tu ...' .. " hari tu saya makan ubat tapi tak baik-baik! "

    2. dannnn... sakit telinga kita orang tau!!!

    ReplyDelete
  2. bagus perkongsian ni doktor.
    ye lah kadang kita tak tau bila masa sesuai
    nak bertanya itu ini kat doktor.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam doktor...ada perbezaan jika pergi kelinik kerajaan dan kilinik bayar kan dr.ada yang boleh guna dan ada yang tidak..sebab tidak semua dr.diklinik kesihatan suka bercakap atau ditanya..ye la..kalau dah periksa berpuluh bila sampai giliran kita..

      Delete
  4. paling sakit hati kalau tanya doktor "kenapa saya kena sakit camni?" dan doktor tu jawab "Allah kasi awak sakit, terima jela" perghh memang kena maki r doktor tu hari tu...hahahaha
    kejam kan cheqna??muahaha

    ReplyDelete
  5. tapi ada jugak doktor yang bertanya pada pesakit masa dia tengah menggunakan stetoskop....acane tu.....

    ReplyDelete
  6. * baru berlaku sat ni..*

    saya kata .. ini tulang dada yang sakit ni.. [costochondritis] ..dia boleh jawab ..' tak tau lahhhh saya Doktor......'

    eh... aku tak TANYA engkau .. ni aku BERITAU engkau tulang dada engkau yang sakit !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahhaa...mmg kerjaya kita ni, menuntut kesabaran kannnn..hahaha

      Delete
  7. Saya ni dah demam dekat seminggu on and off rasanya hari kelima dah okay..hari ke 6 datang balik demam sakit satu badan. Sampai lah semalam pergi klinik biasa. Doktor suruh buat pemeriksaan darah dulu dan saya just pegi ke Klinik Kesihatan Gomen..tapi katanya bukan denggi just viral fever...Viral fever boleh baik dengan makan obat ke atau kena admit? Hahaha tanya doktor lain pulak...Bukannya apa..karang berjangkit pulak dekat anak. Sakit lah badan- badan ni. Urat semua sakit bila kena attack demam scara tiba2..

    ReplyDelete
  8. sy paling suka kalau pegi 1 klinik ni.doktor mamak.lepas explain bla bla bla last sekali dia mesti akan cakap something.contoh sy amik mc sebab period pain dia akan cakap "Allah bagi keistimewaan pada perempuan sebulan sekali suruh rehat"
    kalu sy pegi sebab demam dia akan cakap "Allah nak hapuskan dosa2 kecil kita"
    ee sy suka la.at least terubat sikit sakit tu:)

    ReplyDelete
  9. bila jumpa doktor, aku suke bila ada doktor yg tyer begini

    "ada ape2 lagi yg perlukan dr sy"

    ye doktor, saya mahu MC

    hahaha

    ReplyDelete
  10. Jangan:
    1. Pakai lawa2, solek tebal2, sembur minyak wangi banyak2 dan beritahu doktor,
    " Saya senggugut pagi tadi. Tak dapat nak masuk kerja."

    2. Muka bangun tidur, pakai seluar tidur dan beritahu doktor.
    " saya sakit kepala. baru bangun tidur. Tak dapat nak masuk kerja pagi tadi."

    3. masuk ke bilik doktor dengan mulut masih berbau tembakau/asap rokok.
    " Saya bar=tuk dah 2 minggu doktor."

    4. masuk ke bilik doktor dengan rombongan 5 orang anak,
    semuanya terjerit2 dan melompat2 macam masuk zoo,
    lepas tu tanya soalan macam2 kat doktor.
    Pergi jumpa doktor bukan pergi ke zoo dik non oii!

    Nak lagi?

    ReplyDelete
  11. hee..kalau malas nak bercerita, sila gi kat satu klinik, jumpa ngan satu doctor je.. senang, tak yah nak asyik ulang sejarah lampau yang sama.. heee..

    saya ada sorang doktor feveret.. hehe.. dah jadik macam doctor peribadi lak.. ahaks..

    ReplyDelete
  12. doktor saya bagus.masuk je dia terus tanya,nak mc berapa hari?

    ReplyDelete
  13. saya suka bercakap bila doktor peribadi saya chk degup jantung saya guna stateskop.motif?..saja nak kasik dia stress! hahahaa

    ReplyDelete
  14. Haa..betul. Peringatan utk diri sendiri, kdg2 tak tau nk cerita kat doc.

    ReplyDelete
  15. Bila dapat orang yang jenis don't tu yang tak tahan tu..
    memang sehabis sabar jadinya..

    ReplyDelete
  16. paling sakit ati kalau pg klinik dia just tnya je knp knp tp xbgn pun dr kusi utk cek betul ke apa kita ckp tu. tgn main tulis2 kt kertas pastu ckp ok mkn ubat sekian2.pastu bleh kuar, amik ubat ye.tu je? lohh...mak haku pun boleh jd doctor cmtu. -.-*

    huhu sory doc. tak semua la cmtu kan..kehkehkeh..
    *sy suka pi klinik doc singa...ngeee~

    ReplyDelete
  17. nice sharing....
    i normallly go to my regular clinic if sakit...
    i suka bertanya apa2 yg tak faham & tak jelas and...
    i sangat suka 2 doctors ni...
    sbb dorang akan menjelaskan 'penyakit' dgn seclear yg mampu with layman terms...
    rasa puas hati jumpa doctor gitu...
    tapiiiiiiiiiiii
    and ada sorang locum doctor ni i berapa berkenan...
    sbb bila i ckp cthnya "tangan saya sakit"..
    langsung dia tak check tangan...angguk2 kepala, tanya skit2 terus prescribe ubat...
    then bila i tanya "doc tak tengok langsung ke tangan i?"
    barulah dia nak periksa...
    errrmmmm adakah i salah bertanya kalo gitu?

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing DZ.

    Soalan lazim saya klo jumpa dr mesti tye pasal ubat...'dr...ubat ni sesuai tak untuk breastfeed mom ☺☺'

    ReplyDelete
  19. Betul tu.. susah nak jumpa doctor yg ringan mulut nak tanya kita sendiri kalau kita yg xbukak mulut dulu..

    ReplyDelete
  20. sy suka buat research dulu sebelum jumpa doktor. at least tahu basic symptom, diagnose and management plan yg doktor akan buar. baru ada komunikasi berkesan dengan doktor kita. the dos and donts tu mmg common ethics kot :p

    ReplyDelete
  21. Dulu....dulu saya jenis tak berani nak tanya ngan doktor apa-apa...kira terima je apa dia bagi..skang ni dah pandai sikit..tanya apa-apa yang berkaitan dengan sakit...suka gi klnik panel mr hubby...doktornya kalau kita tanya, mesti bagi penerangan sebaik mungkin walaupun ramai patients hehe

    ReplyDelete
  22. Saya suka juga komen sambungan dari Dr Singa dan Dr Zoul.

    Tapi saya selalu kritik dan ajar pomen. Walaupun tahu dia ada skill sebagai mekanik, tapi dia tak ada knowledge langsung dalam handle kereta saya. Huwaaa!!

    ReplyDelete
  23. Saya pernah jumpa doc sepatah ditanya sepatah di jawab. Agaknya kita ni pompuan dia lelaki pakai lebai dan ada janggut...haishhh...

    Saya sokong yg no 4 tu.

    ReplyDelete
  24. terima kasih dr.....no 3 tu.....kalau muka tak friendly x brani tanya jugak......kalu dr terlebih hensem pun susah jugak.....boleh pecah stetoscope dr...:)

    ReplyDelete
  25. baiklah doc...terima kasih banyak-banyak for the tips. biasa saya pegi klinik..doc tanya sepatah...saya pun jawab sepatah..sudahnya..dapat ubat je..masalah lain saya pun tak tau...hehe..teruk benor saya ni kan...

    no. 4 tu setuju amat sangat...jangan mengajar. pantang betul saya...rasa macam nak bagi fail dekat orang tu.."nah, awak pandai kan..buat sendiri"..haha..

    ReplyDelete
  26. No 4 tu yang paling tak boleh tahan
    Betul tu mcm eh?kalau dah tahu dah pandai rawatlah diri sendiri je buat apa jumpa doktor kan?
    Tp harap bertabahlah
    Dah namanya karenah manusia

    ReplyDelete
  27. oo lepas ni kita kena rajin tanyer jugakkan kadangkan segan nak tanya dr...

    ReplyDelete
  28. Bila menyandang jawatan doktor tak dapat lari dari melihat berbagai kerenah pesakit.
    Kena sabarlah bebanyak...

    ReplyDelete
  29. nih pon 1 hal jugak.. kalo pergi klinik dapat doc part time(bukan semua)..
    cek sambil lalu jer.. kalo dapat dengan doc yang betol2 keje ngan klinik tuh..
    semua yang kita tanya dan tak faham akan dapat jawapan yang memuaskan.. tapi cuba kalo kena dengan doc part time.. nak tak nak jer jawab soklan~
    masuk bilik doc pon sekejap jer dah keluar.. urmmmm~

    ReplyDelete
  30. teringat my gynae dulu..i tanya..doktor betul ke bla..bla..then doc jawab..then i ckp tapi doctor, my friend said bla..bla..then doc tu cakap, i doctor ke kawan u doctor..kahkahkah..lesson learnt..

    ReplyDelete
  31. betul tu... sentiasa dipraktikkan hehehe

    ReplyDelete
  32. Suka jumpa doktor yang peramah, tanya itu ini sakit apa, bila start sakit, explain segala macam tentang sakit tapi yang tak boleh tahan bila kena tunggu giliran nak berjumpa ngan doktor tu sikit punya lama, ya la kan doktor peramah jumpa setiap pesakit tu lama walau pesakit tu cuma demam biasa je...

    ReplyDelete
  33. Ohoh...ok. PAsni taknak ckp lagi bile doc tgh gune stetoskop tu. Pttlah tgk doc tu ye kan je ape yg sy ckp tp ye ke tak? Adehhh!

    ReplyDelete
  34. Okey doc akan di elakkan..perkara yang tak sepatutnya..tu.. Tq for the advise.. :)

    ReplyDelete
  35. tapi kita segan nak tanya lebih2 pada doc... lebih lagi klu dpt doc yg muka masam je....

    ReplyDelete
  36. tang no 2 tu kadang2 berlaku gak kat akakni kalau dah terlebih excited nak bercerita.. oooo baru teringat eh mana doktorni dengar... ha.. ha...

    ReplyDelete
  37. Aik..???
    Sikit je DOs dan DON'Ts tu...
    Lagi.... hahaha

    ReplyDelete
  38. Akak dari umoq 17 tahun sampai sekarang bila sakit akan pi jumpa doktor yg sama. Tebai fail akak dalam simpanan dia, hehe. Kadang bila ada staf baru & muda belia kat situ tanya, "pernah datang klinik ni?" masa nak daftar nama, akak rasa macam nak kata, ko belum lahir lagi pun makngah dah datang klinik ni, nak." Kehkehkeh!

    ReplyDelete
  39. sama lah dengan den doc, ado customer yang berlagak pandai dengan alasan pakai cermin mata dah lamo...hmm...dio pakai spec dah lamo, tapi den yang kerja kedai spec boleh lak dipersoalkan itu dan ini...hmm...

    ReplyDelete
  40. Suka entry nih
    Sbb kdg2 mmg kena belajar etika jupe doktor nih ;)

    ReplyDelete
  41. bila jumpa dktor kalau ank demam.. sy suka bgtau dktr yg dah bg atau belum anak ubat demam sebelum mai jumpa doktr.. :)

    ReplyDelete
  42. Aku harap ko jd seorang dr yg mesra alam. Patient ni psikologi berkecamuk tu yg jd gitu. Aku byk nk type tp aku pakai note. X bernapsu jari nk touch screen type pjg2. Selamat la ko dr laser.

    ReplyDelete
  43. ada sorg doc swasta yg selalu akak pergi..bercakap mcm sorg guru..mcm ni.."sakit ni disebabkan..ku..ku..kumannnnnn" haha

    ReplyDelete
  44. Satu satu daku baca komen di atas.... huhu.

    Nak cakap, td dapat seplastik pelam jeruk homemade - patient kasi keh3.

    Ada masanya kat klinik kesihatan seorang Dr tgk sampai 120 patient 8-5pm (break 1-2pm). Tak merungut pasal dah memang koje. Bila patient tanya, "Dr dah makan belum? " sejuk hati sket. Kalau bawak pelam jeruk lg sejuk hati....wakaka. ini bukan rasuah. Kikiki.








    ReplyDelete
  45. ya..jgn ajar doktor utk menjadi doktor..ni paling best..hehe

    ReplyDelete
  46. Terimakasih doc atas nasihat.
    Nanti sambung lagi cerita2 disebalik tabir doktor dan pesakit....wah nampaknya boleh buat buku ni..

    ReplyDelete
  47. Memang kena terangkan detail A-Z berkenaan sakit kita tu kan doc. Hehe.. Yela.. Doc bukan tukang tilik leh tau sejarah sakit kita tu.

    ReplyDelete
  48. thanks for the share.....
    errr....ada jgk yg mngajar doktor?laaa igtkn kerja cam rietta jerr kna cmtu...

    ReplyDelete
  49. Hehe he ..just simple rules kalo jumpa doc but jgn pandang remeh sbb ada jugak yg tatau..kan doc?

    ReplyDelete
  50. pernah jumpa doc yg terlalu ramah.. terasa sangat dihargai bila pesakit dilayan begitu.
    Mungkin dia pernah menjadi salesman yg berjaya 1 ketika dulu... hihihi

    ReplyDelete
  51. Baru saya tahu...


    tapikan doc panel saya dah jd kaean saya.sebab tu selalu ersembang dahulu sebelum cerita bab pemeriksaan pasal sakit.

    ReplyDelete
  52. do not say "saya nak mc" as your first sentence....itu adalah ayat 'antiklimaks'...hilang terus mood nak bg treatment.

    ReplyDelete
  53. Pls....for Doctor pulak....pls DONT ask patient:

    hurmmm...sakit apa?

    tention jerrr....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...