Wednesday, March 20, 2013

Budaya/Adat Melayu Yang Wajar Di Ubah/ Buang

Bangsa kita, Melayu, banyak adat dan budayanya. Budaya & adat inilah yang menunjukkan bangsa, yang menjadi identiti kita..Yang mana perlu kita jaga, pelihara..

Namun tak semua budaya & adat kita itu bagus. Bukan aku nak jadi mat saleh celup atau tolak budaya bangsa sendiri, tapi yang mana tak elok tu, buang lah ke tepi, lebib lebih lagi kalau ianya bercanggah dengan hukum agama. Ingat ni, malaikat tak interview kita dalam kubur " apa bangsa mu", tapi malaikat akan tanya " apa agama mu?"

Budaya/adat yang aku nak sentuh hari ni ialah budaya terlampau ambil berat/terlampau caring. Terlampau caring sampai sibuk tanya( kadangkala berulang ulang kali sampai org yg di tanya naik rimas dan rasa nak bagi penyepak aja) hal hal yang agak sensitif..Bukan tak boleh tanya, boleh...Tapi cari lah masa yang sesuai, medium yang sesuai, suasana yang sesuai, dan gaya bertanya yang sesuai..Sebab pertanyaan sensitif di khalayak ramai, di kala orang yang ditanya tengah sedih/ada masalah, cara bertanya yang bernada perli/sinis...itu semua adalah pertanyaan yang kurang ajar, sorry to say.

Contoh caring yang tak kena tempat:
  • Bila nak kawin ni? ( padahal baru minggu lepas tanya)
  • (lepas dah kawin) Bila nak ada anak ni? ( dia ingat anak boleh di beli di tesco)
  • (lepas dah ada sorang anak) Bila nak tambah anak ni? ( dia tak fikir keadaan ekonomi orang lain)
  • (lepas anak anak dah besar) Bila nak terima menantu?
  • ( lepas anak anak kahwin) Bila nak timang cucu ni?
  • gaji kau berapa haaa? ( tanya gaji orang, bagi aku adalah tidak sesuai/tak sopan)
  • berapa lama kau nak pakai kereta tu? tukar lah ( nak suruh orang tambah hutang macam dia tambah hutang)


Ada lah beberapa umat manusia yang 'caring' ..tegur wife aku ( tak tegur aku, kenapa? rupa aku rupa nak makan orang ke? haha).." alaaaa..kesiannya dia kena ikat".  Hello!!!  Kalau anak aku hilang, anak aku kena culik, siapa yang susah hati? Bukan kau tau ..Ya, memakaikan anak kecil Safety Harness Backpack bukan budaya orang Melayu, tapi aku tak peduli, sebab aku bertanggungjawab ke atas keselamatan anak aku. Oh ya, bicara pasal keselamatan anak anak, satu lagi yang tak menjadi budaya orang Melayu ialah penggunaan car seat di kereta. Mahal katanya ( tapi bapak dia hari2 bakar duit RM10 tauuu)

66 comments:

  1. Hahahahaha! Tu namanye, mulut takde insurans. Mulut tu gatal je nak menegur. Klu tak tegur, mcm tak keruan hidup. Pfffttt!

    ReplyDelete
  2. cheqna skang soalan feveret org tanya bila nak mengandung???hahahahaha
    always jawab "jangan tanya saya, tanyalah Allah"...even pada mak2 sedara pun cheqna jawab camtu..hahaha kejam kan?? ghasak....habis tu..takkan pas nikah wajib mengandung...tu semua Allah dah tentukan bukan??yang penting cheqna dan suami sudah bekerjasama untuk mengandungkan cheqna..hahahahaha

    ReplyDelete
  3. haha, mmg mulut org kita plus mata org kita pun boleh tahan hebatnya..

    saya pun sekarang selalu dilanda satu soalan "bila nak tambah lagi?"

    saya rasa nak bagi jadual haid saya je pada yg tanya T________T


    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mcm mim nak bg jadual yg dah lari giler cycle dia nih. Hehe

      Delete
  4. Doc, bila nak tambah anak ni...?

    ReplyDelete
  5. kalau ada anak saya pun fikir nak pakaikan car seat (utk keselamatan & disiplin) dan yg mcm tali kat atas tu. Takdela teruk sgt sbb bkn tali ikat binatang pun. Daripada anak lari2 ntah ke mana, kita susah dan kdg2 menyusahkan org sekeliling.

    ReplyDelete
  6. hahaha 7 contoh soklan caring yg sgt anooying!!
    rasa mmg nak bagi tendangan kuda je kat org tuh.. pfffftttt :p

    ReplyDelete
  7. Bila soalan yg menyentuh sensitiviti ni ditanya..serba salah nk jawab...kalau dijawab jadi bahan umpatan..tak jawab lagi diumpat..dasar sangat menyebok hal orang tak bertempat...

    ReplyDelete
  8. betul sangat tu.. soalan2 yg tak perlu, tak perlulah terus dibudayakan.. ambil tahu itu perlu.. tapi terlampau mengambil tahu memang amat merimaskan.. lagi satu, soalan yang ditanya kdgkala kita sendiri tak boleh nak jawab.. lebih2 lagi bila bersangkut paut dengan urusan takdir ALLAH..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah.. kami sefamily keluar dari mentaliti melayu yg katanya car seat baby mahal, stroller mahal, safety harness x sesuai.. sume tuh keempat2 anak buah saya kena guna masa diorg kecik2 smp la skarang masih guna car seat sesuai ikut umur diorg.. safety first baru lah pikir nk insurans mulut yg bertanya tuh.. ekekekeke~

    ReplyDelete
  10. mmg dah jd kebiasaan parents kat oversea pakaikan harness tu kat budak2...tp saya pun pernah terkena, dulu pakaikan kat aiman..walopun comey ada teddy bear kat blkg nun...tapiiiiii huih mak aihhh mata2 org2 kita kat mall sini tgk mcm kita buat salah giler2...siap dok cuit2 partner sebelah sambil tunjuk2..mcm la i tak nmpk u dok ngumpat khennn! cessss

    ReplyDelete
  11. Bila ada yang macam tu, biasanya kita laserkan jer semula. Terlalu bersopan menerima kritikan macam orang tak sekolah tu tak kan memberi pengajaran kepada dia. Semoga tiada mangsa lain dariapda dia selepas itu.

    ReplyDelete
  12. totally agreed!tipikal malay hahaa

    ReplyDelete
  13. sALAM DOC,
    Anak2 mama semuanya 'berikat' bawa lebih senag dan confdn.Tapi kenapa tak jadi budaya kita ya?

    Sarang burung tu dari kebun kami di bangi. Kami tebang pokok dan dpt sarang yg ditinggalkan.nak ke? hehe dulu byk tapi lama2 ia reput.

    ReplyDelete
  14. org melayu ni slow skit nak berubah...
    sebelum lakukan perubahan...negative memanjang...
    tapi bila dah cuba perubahan...wahhhh melambung lak memuji...
    tu lah org melayu....
    ooooppppsss i pun melayu gak hahahahahahahaha...
    tapi insyaAllah me spesis receptive ...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Bab "bila nak kawin tu" skrg ni depa dah tak tanya. Dah malas tanya kot, tak pon serik sbb kali terakhir soklan tu diterima, daku menjawabnya begini:

    "Tengah tunggu Sultan kelantan dtg minang"
    Diam sampai sekarang. tak ada siapa berani buka mulut lagi ----> tau pun depa mmg meluat pun huh uhu

    Patutnya, kita pun bagi soklan maut jugak kat depa tu, tanya gini "bila nak mati ya?" hu huhu hu kijam tak soklan tu?

    ReplyDelete
  16. Eh, comelnya backpack tu...nape kat sini tak pernah jumpa pun... ke ada kat obersea je?

    ReplyDelete
  17. assalam doc..ada lagi...macam acik kena dulu..bilo kau nak boranak..dah botahun kawen..lepas tu...ada rezeki acik ada anak..tanyaa lagi..jantan yo anak kau..tak do tino e ko..ish2,,ingat ayam ke jantan betina..nak buat caman kan doc..sabo je la,
    acik dah cukup bersyukur dapat anak walau pun lelaki semua..

    ReplyDelete
  18. salam....
    dady.......wah.....heheh terima kasih atas kunjungan balas....

    ReplyDelete
  19. nak kata apo...budaya kito... kita cuba cubalah kurang kurangkan membizibody ye

    ReplyDelete
  20. bila ada ank laki.. sibuk tny bila nk ada ank pompuan lak..
    ada aku kesah. janji ada anak.

    cat seat mahal?? tak mampu beli yg baru, beli la yg sekenhen.
    wa beli car seat dr ank no. 2 [ank no. 1 takde kete lg] sampai ank no. 4.. berbaloi2.
    lebih dari modal dah....

    ReplyDelete
  21. Peduli kan kata2 org, kalau saya dah rasa jemu sgt dgn soalan2 sebegitu.

    terasa sgt membosankan

    ReplyDelete
  22. Saya ada nampak safety harness ni kat online store tapi tak beli la....hehehe...malas nak layan orang yang terlebih caring ni...hehehe

    ReplyDelete
  23. mana nak beli safety harness tu ...

    ReplyDelete
  24. saya beli jugak utk my nuha dulu http://elissmiejunior.blogspot.com/2010/01/nuha-bila-safety-harness.html

    ReplyDelete
  25. Yessss doc!!! Isi harness ni mmg penah hot dulu...ade org yg mentaliti rendah menyamakan budak yg pakai harness tu mcm haiwan...lieya mmg menyirap darah....dieorg tau cakap je...tp x tau nak pandang n pikir dari sudut kebijaksanaan....

    Biar la doc, yg penting jgn kite nanti menangis bile jadi kes anak ilang ke ape...biar kan org yg mentaliti die rendah nih...esok bile dah kene btg idung sendiri baru mereka faham....

    ReplyDelete
  26. better safe than sorry... saya pun dah naik lali bila orang sebok tanya bila nak beranak... saya cakap je, kalau boleh sekarang saya jugak saya nak beranak...

    ReplyDelete
  27. mmg tulah modal org melayu bila nak bertanya.... pedulikan org nak kata apa yg ptg niat kita betul utk keselamatan

    ReplyDelete
  28. meh tambah satu lagi soklan..

    ' dua lelaki..?! tambah lah sorang lagi pompuan! '

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh aku suka soklan ni, baru nk tanya! Kikiki

      Delete
  29. mulut x de insurance tuh.. ahaks~
    mmg elok pakai safety harness tuh.. kita sentiasa boleh pantau anak kita tanpa kena dukung sentiasa.. anak2 bukan nak kalo kita dukung kan~

    bab pakai car seat tu kan~ anak saya takmo duduk lah dlm tuh.. sudahnye jadik hiasan jer dlm kete.. huhuhu

    ReplyDelete
  30. gitu la mulut orang. kalau boleh bertanya...selagi mulut tu boleh bersuara, tak pernah nya nak berlapik langsung..tak ambil pusing perasaan orang..main ikut sedap mulut je.
    tu bukan caring...tu busy body..hehe.

    owh..comel! tak pernah tengok...tapi idea pakaikan safety harness tu memang bagus. saya setuju.

    ReplyDelete
  31. Uikk..mano leh tanya bila nak kahwin...bila nak dpt anak jodoh n rezeki hak mutlak ALLAH shj yg taw...

    ReplyDelete
  32. yes. good point. saya selalu berhasrat memang nak belikan carseat utk anak-anak nanti. saya taknak stroller, mungkin dukung je. herm...bila dah nak ada anak ni, orang semua tanya, sape yang nak jaga anak you? sebelum saya pregnant, orang tanya bila nak dapat anak, dah setahun lebih kahwin. jadinya, kehidupan seharian kita manusia adalah bergantung kepada 'percakapan orang', jadi takut dengan hidup sendiri dek kerana 'takut orang cakap apa plak kalau aku buat itu, ini'...sigh. budaya orang melayu hidup dan mati kerana umpat dan keji. tak hidup dek puji tak mati dek keji, errrr, adakah berkaitan? :P

    ReplyDelete
  33. sekadar bertanya berbasa basi..tak kisahlah...tp yg bertanya serius tu rasa nak bg pelempang..

    ReplyDelete
  34. SANGAT SARKASTIK KANSS..?
    bagi saya safety tu penting bagi kekanak peringkat macam ni...
    dorang memang tak heran pon klu anak2 kita hilang...
    abis2 klu keluar paper ke berita.. dorang akan cakap... kesian ekk org tu anak hilang... , nape lah tak jaga anak bebetul..!! kanss.. dorang cakap gitu kansss..?!

    lagi best orang tanya canggini..
    "lorr.. nape nye bela anak sorang2..?!.. taknak kawen lagi ker..?! ..kesian anak2 ko tu tak terbela.."
    padahal tanah kubor tu baru je jab tadi g kambus... batu nesan pon tak pacak lagi....
    herrmmm...

    ReplyDelete
  35. nak jawab soklan tu semua..itu semua Allah punya kuasa..sempoiiii...hihihi

    ReplyDelete
  36. uisssyyy sapa la kata carseat tak penting??? tu lah bnda pertama sy pk lepas decide nk hntr anak pi nursery nnti. dah tentu2 sgt memerlukan, xkan nk letak anak baring gitu je kat sblh...hisy..tp sampai la tak beli lg. haha...insyaAllah ujg bln ni kot.. :)

    safety harness akan dipertimbangkan.nak2 kalau dpt yg jenis lasak...lantak lah org nk kata apa...errr...beli kat mana? :p

    *sy rasa kalau tserempak ngn doc kat mana2 pun takut nk tego..haha

    ReplyDelete
  37. safety harnesstu tak penah pakaikan .. mungkin anak akakni bila keluar dari rumah agak behave so tak terpakailer... tapi kita sendiri yang taukan jadi suka hati orangler... kalau dah hilang siapa yang susah...

    ReplyDelete
  38. Bukan budaya jaga tepi kain orang (caring tak bertempat).. tapi budaya SELAK KAIN ORANG (nak dijadikan bahan umpatan)

    ReplyDelete
  39. sy paling meluat dgn soalan no.2..siyes
    comel la..x penah nampak lagi sfety backpack ni..kat ostolia je kot yg ada:p

    ReplyDelete
  40. den kerja kat shopping complex,boleh kata setiap minggu ada jer parents kehilangan anak...

    ReplyDelete
  41. betul tu sgt2 bersetuju. Kdg2 caring yg lebih2 ni buat kita rimas sgt. Dan pleaselah sensitif sikit bila nak tanya apa2 soalan kan !

    ReplyDelete
  42. aku kalau balik kampung, memanjang makcik aku tanya bila nak menambah...adoi la...letih tau!! kadang tu soalan tu mak aku sendiri tanya kat aku....huwaaaaaaa....

    ReplyDelete
  43. x suka soklan2 tu semua...pernah avoid wedding sedara mara semata2 dia asyik perli aku...bila nak kahwin lagi..ex hubby dah beranak pinak ngan bini baru..ada aku kesah?sukati dia la..dah dia mampu nak beranak ramai kan..aku single lagi best..

    ReplyDelete
  44. anak sulng akak dah habis buat degree..sibuk plak org duk tnya bila nak dapat menantu..rimas betulla.

    ReplyDelete
  45. Soalan lazim tu DZ. Memang femes soalan2 mcm tu. Rasa nak cili2 jer mulut dorang. Yg paling sakit hati bila org ckp 'erk...anak no 2 tu kecik lagi dah dapat adik'...'erk...rapat2 yer anak'..terbako rasa hati nih.

    Saya pernah terfikir nak pakai safety harness ni, tapi tu lah...mata org2 yg memandang sinis. Mentality rakyat di bolehland ni kan...hurmmmmm...

    ReplyDelete
  46. Amanda suria : setuju 100%. Anak cik ina yang baru berumur 23 tahun tak habis pun belajar lagi dah ada yang sibuk tanya bila anak cik ina nak kahwin. gedikkan orang yang suka bertanya soalan yang tak mendatangkan feadah.

    ReplyDelete
  47. Betul tu.. Setuju sangat. Kalau anak dah hilang, siapa yg susah... Kalau di Mekah dan Madinah, memang orang2 Arab pakaikan safety harness ni..

    Kadang2 ada sesetengah tu yg tak peduli perasaan orang lain. Ada ke patut dia tanya "Ni bila lagi nak ada anak, nak tunggu apa... ".. Siapalah yang tak nak anak bila dah berkahwin. Kalau boleh memang tak nak tunggu2 pun.. Terus nak ada zuriat sendiri.. Itu semua urusan Allah. Sensitif la sikit dengan perasaan orang lain.

    ReplyDelete
  48. Kadang org nk buat modal bercakap cuma mungkin x kena dgn masa dan keadaan. .the best is baiklah diam saja dr berkata kata yg boleh menyakiti

    ReplyDelete
  49. soalan yg paling menyampah saya selalu dapat... 'bila nak kawin' 'bila nak makan nasi minyak' .. jawapan saya.... tanya Allah

    ReplyDelete
  50. Akak zaman umoq hujung 20an dulu rimeh jugak bila ditanya2 bab kawen tapi bila masuk pertengahan 30an & sekarang dahpun 40an, akak sengeh ja. Tak kuasa nak layan, buang karan. Yg penting, akak bahagia, sudahhh. Bab jodoh, ada ka tidak, tak menjadi hal pun pada akak. I hepi yu.

    ReplyDelete
  51. kekadang boringkan dengan orang macam ni...terlebih caring pun payah...rimas pun ader...kan..

    ReplyDelete
  52. haah..sama dgn saya.pakaikan bebudak ni safety harness.ada yg gelak2.ada yg heran.lantak pi. janji bebudak ni dpn mata.

    ReplyDelete
  53. soalan caring no 3 i don like DR!

    haihh tensi asyik ulang bila nak tambah..

    ReplyDelete
  54. huwaaaa2... suke2 ngn ntry nih la... org sekeliling mmg sentiasa akan tanya itu ini, sbb tu sapa2 yg tak tahan boleh jd tensen...

    ReplyDelete
  55. anak kiter cara kiter la nak cara...kan?

    ReplyDelete
  56. Aku ada baca satu lawak. Org tua selalu tanya bila itu dan ini. Sampai satu masa org tanya bila turn dia plak di satu majlis pengebumian. Hihihihi sila jgn tiru aksi ini ye! Wat derk je. Masing2 dengan cara tersendiri kan. Tp safety harness tu aku agak x suka. So x pernah guna. Kikikikiki

    ReplyDelete
  57. Nasib baik tak tanya bila awak nak tambah isteri satu lagi selepas org tu dapat menantu ....... huhu

    ReplyDelete
  58. Daddy ZZ, macam best jek bagpack zayyan tu.

    ReplyDelete
  59. Ala.. Pedulikan apa orang nak kata doc.. Biasa la mulut melayu..

    ReplyDelete
  60. soalan power utk saya pula, "lepas ni bolehlah mengandung lagi... blm ada perempuan kan'. saya senyum aje sampai telinga. malas nak jawab apa2... geram dlm hati jelah...

    ReplyDelete
  61. Entahlah klu dah terlebih caring nie pun susah jugakkan,bertempatlahkan!

    ReplyDelete
  62. Mana nak beli harness tu? Saya dah lama cari... dlm internet sokmo abis stok.. huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...