Friday, March 15, 2013

Bolehland: Versi Menjual Barang.

Bolehland, the land of 'semuanya Boleh'  ( mengambil semangat dari Malaysia Boleh!)

Kalau sebelum ini, aku buat entri tentang Bolehland yang memaparkan sikap buruk orang Malaysia yang suka buang sampah merata rata, mencangkung atas jamban duduk, curi kepala paip...kali ni aku nak paparkan tentang semangat Bolehland, versi menjual barang barang.


Kata kata penjual di FB " Jom order singlet lelaki yg membentuk musle pd perut elak boroi dan membentuk badan yg sasa"

Wah wah wah..
Semudah itu membentuk muscle di bahagian abdomen..
Semudah itu elakkan boroi..
Maknanya, kalau pakai singlet ajaib ini, perut tak akan boroi lah walaupun melantak nasik lemak hari hari, hisap rokok 20 batang sehari, minum teh tarik hari hari, dan exercise setahun sekali. Wauuu!

Mai sini aku nak ajar anatomy badan manusia..

 
Nampak tak " Rectus abdominis " tu?
Nak 'mengeluarkan' rectus abdominis itu, tidak cukup sekadar sit up 1000 kali sehari ya, apatah lagi kalau pakai singlet ajaib ini.
Rectus abdominis akan kelihatan segak di atas perut ( the sick pack), apabila kandungan lemak dalam badan rendah ( body fat  percentage) kita rendah, serendah 15% ke bawah ( lean). Kalau nak lawa macam body builder, itu dipanggil 'ripped', dan ianya memerlukan body fat % sekitar 8-12% sahaja.

Kat mana 'fat' ni duduk. Kat merata tempat, termasuklah kat depan abdominal muscles kita.
So, dah boleh faham ya kalau anda gigih sit up 1000 kali sehari pun, otot2 abdomen anda tak akan kelihatan selagi BODY FAT % tak cun.
Tu pasal org yang tubuhnya terlalu kurus, pun akan nampak six pack nya, walaupun dia tak pernah pergi gym. Ini kerana body fat % nya yg memang originally rendah. Tak caya, cuba tengok perut pelakon Osman Kering dulu masa dia hidup..(al fatihah buat beliau, yang ironinya, meninggal dunia sebab batuk kering)

Macam mana nak turunkan % body fat?
Pakai singlet ajaib kah?
Pakai bra ajaib kah?
Makan produk ajaib kah?

There is ni short cut in life.
Usaha, usaha & usaha.
Jaga pemakanan + exercise regularly.
Bila kata exercise tu, basically ada 2 jenis exercise:
1- Cardio exercise
2- Weight training exercise

Cardio exercise bagus utk bina stamina, utk bakar lelemak kita...utk weight loss.
Dan weight training itu pun perlu, utk bina otot otot kita. Sebab otot kita kalau terbina, dalam keadaan rehat( kita duduk goyang kaki sambil tgk TV), ia tetap bakar lemak. Kita tak mahu menjadi kurus. Kurus tidak sama dengan sihat. Body yang fit itu penting.

Dan satu lagi misconception aku nak bagi pencerahan di sini, alang alang dah menulis, bahawasanya, weight training ini pun perlu dilakukan oleh perempuan.  Jangan risau dan terpedaya dgn momokan bahawa body anda ( ya, yg perempuan) akan timbul muscle macam body builder. Tidak, itu auta. Yang fakta nya ialah kandungan hormon testosterone dlm body anda wanita tak cukup tinggi utk jadikan anda Hulk Hogan, no matter how hard u train on weight. Habis tu macam mana ada bodybuilder wanita yg body nya so muscular? Mereka pro ok, mereka ambik anabolic steroid, mereka suntik testosterone hormon...Kenapa women kena buat weight training? Jawapannya mudah, sama macam lelaki--utk dapatkan muscle tone yg cantik ( nak body bergetah kan?)..dan muscle yang akan sentiasa bakar lelemak anda.

Akhir kata, nak elak boroi & jadi sasa, tidak semudah memakai singlet ajaib tu.
Kalau nak jual dan kata " ianya menyembunyikan lelemak abdomen anda, so anda tampak kempis walaupun natijahnya anda boroi", yang ini, aku setuju  :)

73 comments:

  1. bukak je singlet ajaib... terbarai lemak melimpah balik!!

    saya tak kisah
    saya suka muscle saya berketul ketul
    hehehe

    ReplyDelete
  2. Mane dpt ad singlet kuruskan perut boroi tu? Sgt kelakar. Sbnrnya, tak terpk pun dek akal. Hahahahaha!

    Ya kwn2. Nak kurus/average, bkn semata pil kurus, losen kurus, susu kurus, jus kurus, kordial kurus w/o routine exercise n diet mkn yg bek....

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah daddyz! Saya suka entri ni..hihi..aritu ada org nk jual korset ribu raban kat saya kononnya boleh body shape tapi maaflah memang tak termakan kata kata dia...

    ReplyDelete
  4. hahahahahaha...tagline u syorkan tu benar and terbaeeeek lah.....

    tapi tu laaa...nak exercise tu lahhhhh yg sangat2 mengeliat....
    walhal tau sangat kebaikkannya....

    ReplyDelete
  5. bab nak exercise ni la yang melemahkan SA...aduhai...ntah bila nak start..makan dah tahap melantak dah ni..

    ReplyDelete
  6. waa macam-macam dierang ni kan...kemain siap cipta singlet ajaib pulak...
    2 3 kali saya baca ni ...terperinci sangat..

    sekarang ni macam-macam produk ader nak kurus nak cantik nak kulit gebu semua ader...dia punya ads kemain lagik ader yang melampau-lampaukan...

    ReplyDelete
  7. assalam doc..excercise pun dah tk buat..muda2 dulu rajin juga...terperdaya jugak dulu tu dr..membazir je..seksa..

    ReplyDelete
  8. heheheheh mak tak koser nak badan ketul2 ni ...

    ReplyDelete
  9. thanks doc.. terangkan dengan terperinci... lepas ni nampak iklan ni.. kalau rasa2 nak terjebak.. mesti kena ingat entry doc ni.

    ReplyDelete
  10. Ambik ko...doc dah naik hangin...

    Lepas ni kena rajin2 excercise. Agak2 kalau tak gi gym excercise yg bagaimanakan sesuai utk wanita sepertiku doc (mood minta consultant free...ekekee...).

    ReplyDelete
  11. Setuju sejuta peratus hahaha yup selagi lelemak ade menutupi kat otot jgn mimpi le nak nampak 6 pek ka 8 pek ka..sbb tu saya fokuskan kurang body fat bukan berat semata2..kenkawan saya yg bodybuilder baik pompuan mahupun lelaki makan mmg byk telur rebus 3 biji ayam panggang kdg2 sekor kadang sebelah sekali makan..nasi pun depa makan tp body menten mantap tu semua kerjaan otot di badan dorang lahh..tp kena igt bukan setakat nak cantikkan bdan je nak nampak berotot tapi stamina kelaut..yg penting stamina juga kena fit macam powerlifting punya org juga depa kuat dan berbody mantap hahah..jgn layan weight je cardio harammm huhu..dedua penting selain makan pun kena jaga lah.

    ReplyDelete
  12. Hahaha mana ada short cut dlm senaman utk dapatkan bentuk tubuh yg ideal.

    Ooooo kena jaga lemak dlm bafan ye. Baiklah.

    no trans fat meal lagi lepas ni.

    ReplyDelete
  13. hahaha kalau penant bekejar ngan anak bleh kira excersize tak dok??hehe..mmg singlet ajaib tutup luaranjer..hakikatnya mmg dok turunpun

    ReplyDelete
  14. wah!.. mudahnya singlet ajaib tu.... klulah betul mudah mcm tu.. mesti takde yg boroi kat dunia ni

    ReplyDelete
  15. Terimaksih atas pencerahan dan ingatan.

    Ada seorang doc yg buat pengakuan dia tertipu dgn MLM kena jual corset langsing rm 2k satu!masuk2 Hai o tu kena beli 20 set !(syarat) dan meminjam di RHB.Bijak si tukang pujuk. habis Doc2 baru dipujuknya.(mungkin doc perasaan blog Aku seputir pasir- doc pelatih yg dah berjln ke 48 negara!)
    moga doc anak beranak sentiasa bahagia.

    ReplyDelete
  16. xpe doc..lps bersalin nanti teman panjat treadmill :)

    ReplyDelete
  17. hehehehe..
    ilmu jugak nih~ so, penjual susah lah nak tipu nanti..
    mekasih yer DZ atas ilmu yang sangat bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,
    hu hu hu pakai benda alah tu utk sendatkan prut supaya tak makan banyak ;)

    tapi, tetap melantak jugak kalau dah kebuloQ tu ;)

    ReplyDelete
  19. hahahahha!

    akhirnya ada pnjelasan apa itu bolehland! matik2 ingat nama tmpt...kui3
    bnda ni mmg ridikeles. stkt nk menipu mata kasar bleh la.
    doc bleh tak, buat pnjelasan serba sedikit pasal konsep supply n demand dlm breastfeeding? bkn ape, sy semak lah kt fb tu bila org ada prob psl bf, susu kurang ke apa ke (salah konsep sbnrnya kan) pastu ada je org2 amik kesempatan nk mengiklan 'pm sy utk milkbooster terbaik' 'pm sy utk susu meriah' eceh. dah mcm tokey ladang gandum je kekdahnya.
    sikit sebanyak deme ni dh bg salah pemahaman psl breastfeeding. tul x?

    ReplyDelete
  20. peh penjual singlet tu mesti bara je ngan entry doc ni hahaha
    paling tak leh blah soalan "pakai bra ajaib?"
    tq for sharing..dalam memberi ilmu ada kelakarnya

    ReplyDelete
  21. Setujuuuuuuuuu!!!!!!!!!

    Sebab tu lah segala ubatan kurus badan dan barang kurus baan langsung tidak menyelerakan saya lagi. Sebab the best tetaplah jaga makan dan exercise (yg sekadar walking ala kadar). Baik, saya akan berusaha lagi. Chaiyook!!

    ReplyDelete
  22. Dr kena bagi link ni kat penjual di FB tu.

    Klo dah buncit tu buncit juga. Senaman, pemakanan & gaya hidup sihat jalan penyelsaian nya. Bukan sgn singlet ni perut boleh jadi kempis.

    ReplyDelete
  23. Hahaha...makcik pun dok pikir nk letak entry 'iklan bukan bukan.." ptg ni sbg entry jumaat...dah ambik gambau le serba sikit.....
    Tapi hari ni hari masak sedunia jadi makcik dok berkampung kat dapoq ja seharian ni..
    .hehe kalu jadi buat entry makcik 'paut' doctor skali boleh?

    ReplyDelete
  24. Cheqna X Percaya Semua Tu...bg Cheqna Jg Mkn...exercise..insyaallah Blh kurus..ke guane Doktor Weh?

    ReplyDelete
  25. hahhaha...kan ironinya, org `kita' mmg mudah percaya bende2 yg resultnya express.... suka nau nak crk jln short cut.... tp saya suka jer yg boroi skit2...leh jd tilam yg empuks... erkk.. :) hehehhe

    ReplyDelete
  26. Haha..agak2 ada ke tidak orang beli singlet ajaib tu...hihi...

    ReplyDelete
  27. likeeeee entry nie!nak kurus, nak sihat sila la bersenam dan jaga mkn tu je..

    ReplyDelete
  28. setuju dgn doc..dee selain dari lari..angkat jugak dumbbell..bukanlah sbb nak body mcm body builder..nak kecikkan lengan je..wakaka...

    ReplyDelete
  29. salam..

    oh gitu ke.. akak selalu aje ternganga tengok iklan sebab kagum.. tp mujur jarang terpedaya dan terpengaruh nak beli.. thanks ya atas penerangan yang cukup terperinci.. teringat lagi komen adik sedara (doktor juga) bila ada peniaga tu siap cakap produk dia boleh pecahkan fibroid ke apa menda entah dalam perut.. tepuk dahi dia dgr sebab katanya kalau benda tu pecah lagilah bahaya.. adooi.. kita yang tak tahu ni main kagum aje dengar..

    ReplyDelete
  30. Terima kasih utk pencerahan hari ni. Kira satu kredit hour ke ni?

    ReplyDelete
  31. Itu namanya testimoni yang tak telus.. mana-mana yang tak berfikir panjang memang mudah tertarik dgn gambar before and after tu.
    P/s:
    Ada orang kata .. boroi tu seksi, hahahah

    ReplyDelete
  32. Akak kenai bebenor dengan badan akak yang bulat ni, eksesais aja yg menjadik kalau nak kurangkan berat badan. Kurang makan pun tak jadi menda, ubat2 kurus pun tak jalan.

    ReplyDelete
  33. mcm2 produk yg lawak dan lucu dipasaran...ingatkan produk makeup ja yg kelentung,dgn kak ton2 sekali..
    yg peliknya,ada yg mempercayai...hoho kaya la tokey barang2 mengarut tu

    ReplyDelete
  34. macam2 ler produk sekarang nie... kalau dh rasa perut tu buncit etc.. bersenam & jaga permakanan sudah.. :)

    ReplyDelete
  35. Jaga excercise dan makan je yg berkesan klu nak jaga badankan....

    ReplyDelete
  36. org yg mls nk berusaha je yg akan beli bende ni..takde shortcut nk dpt sixpack..ridiculous..haha

    ReplyDelete
  37. hahaha....lawak laa doc. bagus pencerahan ni. so, kesimpulannya JANGAN MALAS. ingat ajaib sangat laaaa singlet tu.

    ReplyDelete
  38. Kalau camtu punya mudah nak dpt 6 pack, berlumba2 la org sasa kat donia nih!

    ReplyDelete
  39. korset untuk wanita tu pun tak boleh percaya la jugak..kan??tu la..kalau tak de bersenam tak denye boleh kurus..pengalaman saya la..

    ReplyDelete
  40. Ajaib la sangat, kan? hehehe bazir duit.

    ReplyDelete
  41. hahaha..terbaik..bile gemok ni semua produk org nak ofer kat kite...but sori,x trust sgt pun..sebabnye kalau pakai apa produk pun kalau x kawal mkn pun no use kan?

    ReplyDelete
  42. mana dapat la iklan singlet tu..geli isi perut nengoknyer..haha...
    walaupun tak cukup knowledge pasal training segala tu...i wont buy la ads yang macam ni..nampak beno nipunye.

    ReplyDelete
  43. Tak pernah nampak iklan singlet ni, tp iklan makan nasik macam biasa tetap boleh turun 6 kg seminggu memang banyak dlm fb..

    ReplyDelete
  44. tak dapek bayangkan ce abang2 yg pakai singlet tu, mesti jalan tegak mendada je tu

    jago makan yg ponting ea ..tapi tu la yg susah ea tu

    ReplyDelete
  45. kalau lah benar hanya singlet bolih hilangkan massalah boroi...rasanya tak payah nak jaga makan ke bersenam ke lagi...

    ReplyDelete
  46. sy sebagai pengguna iklan gini
    kemain promo camnih selalu terpedaya sobss
    okeh, lepas ni akan lebih peka

    ReplyDelete
  47. over the river iklan2 ni kenkadang.. dah ngandung beranak pinak ni mmg la kulit perot dah anjal ke depan sikit.. redha...

    ReplyDelete
  48. tak agak2 begitu ajaib sekali singlet tuh...muahaha

    ReplyDelete
  49. Dh boleh kawal pengambilan kalori tapi x rajin exercise..Hu3x..

    ReplyDelete
  50. tak larat dowh buat sit up
    hongeh!

    ReplyDelete
  51. my husband nampak this iklan pun tergelak golek2 ...boleh hilangkan boroi???choiii la sangat..dia kata dia buat sit up everyday pun tak semudah tu...

    ReplyDelete
  52. ha.. ha.... baguih.. baguih... geram ngan orang yang jual barang cam gitu...
    agak2lerkan....

    ReplyDelete
  53. Alamak doc!!! Lieya suke entry ni...ramai kite2 yg cepat tepengaruh dgn iklan2 mcm ni kan...lagi2 kalo pompuan hehehe..lieya le tuuuu....

    ReplyDelete
  54. nak sit up 20x sehari pun mcm nak putus napas.huhu

    ReplyDelete
  55. kalau bab nak badan segak/cantik ni..mmg laris. walhal bila difikir tak logik.
    mmg elok doc yg tulis psl ni, baru org percaya.

    ReplyDelete
  56. hamek... doktor dah kasi penerangan yg cukup berkesan

    ReplyDelete
  57. bahahhahahahaha


    kalau doktor dah start syer mmg Ayu setuju sangat.

    tapikan kalau iklan ala2 daddy zz pi bg cadangan.. saya pong tamo beliii.

    ReplyDelete
  58. Tu ler susah nak pecaya produk yang ada di pasaran skrg nie..

    ReplyDelete
  59. besi angkat berat dah hilang tinggal satu je! *tetibe blur, orang panggil apa eh besi tuh? hahaha!!!

    ReplyDelete
  60. gatal jugak nak komen.

    hari ni hari ke28 saya tak menjamah nasi. alasannya mudah. untuk proses ketosis. wife pharmasis. dia kenalkan dengan dietician. ah betul ke ejaan dia mcm tu.

    caranya mudah aja, proses tu mengtransfer apa yang kita makan direct kepada tenaga. dan yang paling best, bila kita tak makan nasi, tenaga itu dihasilkan dari lemak direct, sebabnya karbo = tenaga, bila x makan karbo (nasi), lemak pula akan mengtransfer kepada tenaga.

    eh paham x ni. kua kua kua..

    untuk menda2 lain, saya belasah makan.

    dengan itu, masuk hari ke 28 ini, penurunan baru 6kg, dengan senaman kardio. (tali skipping, jogging & beskal)

    sekian saya memaklumkan. kikikiki

    ReplyDelete
  61. gitu rupanya ...makna org pompuan yg pakai bekung yg ada mcm2 ultra biru lah
    merahlah pun takde maknanya lah doc ?

    ReplyDelete
  62. biarlah kurus secara semulajadi, bukan dengan memaksa badan menerima sesuatu yang tak layak untuk diri.. ;)

    ReplyDelete
  63. iklan ni selalunya tak masuk akal pun ye. sapu itu ini boleh kurus... pakai itu ini boleh kurus. tapi mkn melantak... tak senam.. camna nak kurus... apa2 ajelah... org skrg mudah terpengahruh.

    ReplyDelete
  64. memang macam2 barang yang jual kat FB sekarang ni.. dah macam pasar malam pulak.. nanti doc boleh buat pencerahan pasal jamu susuk dara pulak.. hehehe..

    p/s- saya nyaris2 nak terbeli korset untuk kempiskan perut yang harga 2 ribu tu..

    ReplyDelete
  65. nasib aku takde fesbuk...kalau x, mcm2 brg org jual kat aku...wakakaka...

    lama giler aku x masuk blog ko nok...aku harap ko sihat2 je hendaknya...

    ReplyDelete
  66. doc,
    macam perempuan pakai korset kan. bila bukak korset, berlambak. hahahahahahha. sorry girls

    ReplyDelete
  67. Serius good info daripada doc.. Slalu dekat umah puas pumping bagai nak bina otot. Tapi bahagian perut yang pening.. Rupanya kena jaga % lemak tu.. Noted.. Kena diet dan jaga pemakanan.. Then buat kardio..

    ReplyDelete
  68. saya tgh merajinkan diri berpilates utk dptkan semula perut sebelum betsalin.. haha

    ReplyDelete
  69. assalam..terima kasih banyak2..sentap saya baca blog encik ni. hehehe.. saya baru teringat nak beli singlet ni untuk abah..umur abah dah cecah awal 50an. normal belakang badan agak kerap rasa sakit2. pastu perut pun besau mcm mengandung 7 bulan.. abah polis, jadi abah xde masa nak g exercise..lagi2 kes lahad datu hari tu menyebabkan pihak bkuasa kena lebih ketatkan keselamatan negara..so waktunya dirumah atau waktu2 nak beriadah mmg jarang sangat2 ade.. saya ingat nak beli benda ni bukan utk perut abah tapi utk tulang belakang abah. sbb dia ckp elok untuk tampung tulang belakang. mksdnye kuranglah lenguhnya nnt..kalau saya xbeli bnde ni, ade idea lain x untuk saya bantu abah saya?

    p/s: saya xreti nak buatkan cardio exercise utk dia.. nak beli alat2 sukan saya tak mampu..mohon pendapat..please... :'(

    ReplyDelete
  70. sebenarnye doc b4 u nk ckp psl bende2 ni,u kene try the product.jgn tutup periuk ns org just bcoz u buat entry mcm ni.sebagai org Islam,kt kene usaha nk dptkn apepun,if org tu berkemampuan,beli je lah.xde pksaan pun.Allah sahaja yg ade kuasa penyembuh, so jgn slhkn produk ke ape if korang rs x working kt korang tp mybe berkesan kt org lain.Allah akan rewards org yg berusaha.

    ReplyDelete
  71. Kesian tn pnya blog...husband sy pkai tiap2 mlm singlet tu, tp bkn beli kt blog tu lah..beli kt blog lain..perut dh kurg sikit...husbnd xda masa eksesais..pki singlet tu dia kt cepat kenyg...

    ReplyDelete
  72. Rezeki org doc, biarlah dia cari mkn..lebih elok dr meminta2...brg dia jual bukan tak elok, cuma melebih2 sangat promosi tu...kalau xnk beli, jgn tutup periuk nasi dia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...