Wednesday, March 13, 2013

Apabila Guru Mula Menghina

Semalam di radio IKIM, jam 5.15pm, macam biasa, aku berkesempatan mendengar slot "Guru & Pendidikan".
Bagaimana diterangkan semalam bahawa betapa mulianya di sisi Allah tugas guru ini.
Betapa guru, tak perlu rasa rendah diri, kerana kerja kalian itu mulia.
Ilmu itu mulia, yang menyampaikan ilmu itu, pun mulia
Tak perlu gusar andai pulangan duniawi ini kecil..
Kerana pulangan di akhirat, adalah jauh lebih lumayan, kekal abadi.

Tapi..
Guru yang ini..
Dimana nilai mulianya....?
Terlunjur perahu, boleh diundur.
Terlunjur kata kata, buruk padahnya.

Tapi yang aku perhatikan,
Mamat ni macam tak kisah pun nak tarik balik kata kata nista dia.
Sibuk dengan 'ha ha' sahaja atas apa jua komen orang( serangan ke atas FB dia)

Walau berbeza idealogi politik macam mana sekalipun.
Tolonglah hormati, hargai pengorbanan Polis, Askar kita..
Nak suruh kau pergi berperang??
Jangan hanya tahu komen & menghina tanpa fikirkan perasaan orang..
Menggelar perajurit negara sebagai anjing, itu biadap namanya.

Dan anda sebagai warga pendidik, seorang cikgu, berkhidmat dibawah Kementerian Pelajaran..
Tak patut, tak wajar berperilaku sebegini.
Aku ngeri kalau cikgu sebegini, mengajar anak anak aku, mengajar anak anak anda semua.

Aku harap..
Cikgu Mohd Lotfi Nor ini insaf..
Minta maaf..

Kita semua manusia..
Kita semua hamba Nya..
Benci macam mana pun, Islam tak suruh kita menghina sebegini rupa.

 https://www.facebook.com/mohdlotfi.nor
Teruk kena serang di FB.
Itulah..
Nak kata tak bijak guna teknologi..
Awak seorang guru.




47 comments:

  1. Dia perlukan doktor kerana jiwanya sedang sakit...

    ReplyDelete
  2. Aduhai....
    boleh kata kerjaya yg plg femes kat ahli kelurga saudara mara mama adalah guru!
    Moga jadi guru terbaik.

    ReplyDelete
  3. memang tak patut seorang guru bertindak sedemikian..
    walau benci camner pon~ jangan sampai melampaui batas.
    kesian sama itu cikgu~

    ReplyDelete
  4. Hmmm tak tahu nak cakap apa dah bila bahasa yang digunakan camtu, harapnya time mengajar dia pandai la guna ayat yang elok sikit

    ReplyDelete
  5. betul ke cikgu dia tuh..?? muka dia macam pengganas kesultanan sultan sulu tuh jer...hehe

    harap dijauhkan warga pendidik macam tuh dengan anak2 kita nantikan doc...cuba hantar dia kat medan perang, confirm tak pergi punyalah..!!

    ReplyDelete
  6. OK. Saya pun nak serang dia sekarang jugak!!

    ReplyDelete
  7. Entah nya...kawe yg berlainan ideologi ni pun taw guna otak.....ahakz....politik dan perang...berbeda....ahakz

    ReplyDelete
  8. dia terlampau ikut perasaan yg dicemari bias politik.

    Kesian org mcm ni.

    ReplyDelete
  9. owh saya x tau citer cikgu nie,

    terus gugel cerita sebenar!

    ReplyDelete
  10. Kena paksa kot jadi cikgu tu. Hilang minat, tapi nakkan gaji dan benefit sebagai kakitangan kerajaan.Agaknya lerrrrr....

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    menurut firasatku -----> dia manusia malang kekurangan kasih sayang.

    FB dia pun baru je bukak, khas untuk menghina orang hu hu hu

    Sedih kan? macam manalah kita nak serahkan ganerasi akan datang menuntut ilmu dengannya, bahasa pun dah gambarkan mindanya -----> hishhh! komen lebih kang, tambah timbangan pulak!

    Tak mau komen dah, sakit hati je!

    ReplyDelete
  12. cikgu yg popular skrg ni.....bahasa dia mencerminkan jiwanya....

    ReplyDelete
  13. kesian anak murid dia...

    kalaulah begini mentalitinya...

    ReplyDelete
  14. taksub sangat dengan satu-satu politik kot...

    ReplyDelete
  15. Orang mcm ni adalah org2 yg sakit jiwanya. Moga2 cikgu anak2 Aina tak ada yg macam ni takut pula.

    ReplyDelete
  16. baru tau cerita ni...macamana ni ke cikgu yang akan didik anak2 kita...teruk betul...

    ReplyDelete
  17. Ke akaun tu direka saja nak buat kacau bilau rakyat kita?

    ReplyDelete
  18. Ouh, ini cikgu yg pernah dpt rawatan sakit mental doc. Klu die normal, dia tak tergamak nak hina org. Lelagi yg berjuang demi negara.

    ReplyDelete
  19. Semoga dia sedaq akan kesilapannya tu, amin.

    ReplyDelete
  20. dia ni giler ke..dah baca td tp sgt2 annoying la...sakit lak hati ngan dia...

    ReplyDelete
  21. tulah orng tua2 pesan bila berkata2 tu pikiaq dulu, ada akai tak mau pakai... moga dia sedar juga ye

    ReplyDelete
  22. Alaaaa..... nanti2 bila dah tak tahan sampai nak kena masuk mahkamah, dia buat kenyataan.... akaun FB telah diceroboh... dia tak ada kena mengena dgn komen tu... hahaha

    ReplyDelete
  23. dh tgk tadi... masih xtifkah akaun dia? entah2 dah delete akaun

    vangang pyer manusia

    hamek, dah kena sedas ngan haku

    ReplyDelete
  24. saya ada baca satu laman fb
    cikgu jugak
    siap cakap 'biarkan mereka bodoh selamanya'
    (dimaksudkan pd murid2 yg ibubapa yg suka komplen/tak puas hati dgn guru)
    ye..manusia biasa mestinya ada rasa amarah
    tp kata2 itu sgt menyedihkan

    #bukan semua guru begitu
    tp kerana nila setitik rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  25. aduhhh sedih ..
    apa nak dikata .. bila dia menegakkan apa yg dia kata
    lain org lain bicara , cuma kena hati2 sbb kita dikelilingi masyarakat pelbagai budaya dan agama .. kadang2 pelik , nak luahkan rasa hati boleh , tapi biarlah saluran yg betul dan gunakan bahasa yg lebih baik dan elok ,
    hurmm dia terlebih belajar atau dia kerisauan tahap melampau huhuhu

    ReplyDelete
  26. janganlah di kotorkan profesion perguruan itu...
    kadang2 takut dengan dunia yang makin terbuka ini...

    ReplyDelete
  27. Betul doc, pentingnya guru bersikap mulia, mereka contoh pada murid, berilah teladan yang baik.

    ReplyDelete
  28. Alaa..tak bley buka FB. Kenapalah cikgu ni yer.

    ReplyDelete
  29. rietta pown ada terbaca...heran juga...seorang guru....tapi kenapa sanggup kuarkan kenyataan sebegitu...walaupown itu pndangan peribadi....tidak selayaknya dikuarkan secara public sebegitu...tidak selari dengan kerjaya....

    psss....hehehe....kena larr censored....karang rietta kena bayar royalti plak...hehehe....replika tu xpe larr...

    ReplyDelete
  30. guru sekarang tak beretika... jadi guru sebab nakkan gaji bukan sebabkan tanggung jawab nak mendidik

    ReplyDelete
  31. gagal seorang doktor,mati seorang pesakit..gagal guru mendidik,habis rosak generasi..

    ReplyDelete
  32. Malangnya yg jadi murid2 dia kan...

    ReplyDelete
  33. kesian anak murid dia , bukan anak murid saya.

    ReplyDelete
  34. nak glamer je tu.... walaupun dengan cara yang salah

    ReplyDelete
  35. kerana politik, seorang yang beragama pun boleh mengeluarkan kata2 yg kurang baik apatah lagi seorang cikgu..

    ReplyDelete
  36. sebenarnya sy pun terfikir macam kak ujie..maybe akaun ni saja2 direka @ memang betul2 wujud tapi kena hack..
    tapi..kalau la betul yang post semua2 tu exactly teacher...sedihnya..ada jugak umat manusia macam ni

    ReplyDelete
  37. terlalu beremosi bias politik dan terlalu bersifat keterbukaan..inilah jadinya.. moga beliau dikurniakan kewarasan untuk berfikir..

    ReplyDelete
  38. macam-macam orang ada skang ni

    ReplyDelete
  39. btul tu doctor. seram CiM bila ada guru2 spt itu dn mmg tk mungkin akn rela menjadi penddik anak2 CiM.

    ReplyDelete
  40. sedih juga ada org berfikiran mcmni,
    patut dia lebih tahu etika2 hidup ni..

    semoga dijauhkan dari org sebegini..

    ReplyDelete
  41. bila guru tiada kualiti....beginilah. lebih kearah politik

    ReplyDelete
  42. Assalam,

    bunda setuju dengan mamyharraz, sama2 kita berdoa agar Allah mengampunkan insan2 sebegini dan membuka juga melembutkan hati2 mereka...aamiin

    ReplyDelete
  43. Memang ada banyaaakkkk guru yang macam tu.

    ReplyDelete
  44. Tak faham aku dengan cikgu yang macam ni. Serius tenat rasanya dunia sekarng ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...