Friday, February 15, 2013

Rezeki Biar Berkat

Salam Jumaat kawan kawan...
Lambat sedikit update blog hari ini, busy dengan urusan FOMEMA..

Sedikit perkongsian saya hari ni, saya copy paste bulat2 dari post saya di FB saya:

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Klinik saya sesak sejak pukul 11.30am tadi, diserbu hampir 30 orang warga Indonesia utk pemeriksaan FOMEMA.Mereka semua masuk secara sah, ada passport.Sekitar jam 12.45pm, saya keluar utk ke masjid. Masih ramai dari mereka yg tunggu di luar klinik utk menunggu van membawa mereka jalani x-ray. Sejurus setelah saya kembali dari solat Jumaat, staff saya memberitahu bahawa sekitar 1pm datanglah 2 Polis lelaki Islam Melayu, membuat 'pemeriksaan' dan 'bising-bising' kononnya mahu angkut warga Indonesia ini ke Jabatan Imigresen, mendakwa tiada permit. Walhal permit kerja akan dikeluarkan setelah lulus pemeriksaan perubatan FOMEMA. To cut the this long story short, maka kepala yg membawa pekerja ini 'membayar' 2 orang Polis lelaki Melayu Islam ini, supaya 'mudah urusan', tidak diganggu, padahal mereka tidak buat apa apa kesalahan pun. Saya sedih sebab:

- Polis lelaki melayu Islam ini pandai gunakan alasan " on the way nak gi masjid la ni" bila terdengar staff saya perli mereka dengan bercakap kuat2 " doktor pergi MASJID SOLAT JUMAAT.

- Polis lelaki Melayu Islam ini sanggup ambil rasuah di kala umat Islam lelaki sibuk ke masjid.

-Polis lelaki Melayu Islam ini sudah berumur, sudah veteran, bukan Polis muda boboy..

Saya berdoa semoga anggota keselamatan yg di amanahkan menjaga negara kita, akan menjaga negara kita dengan jujur, dan semoga di beri petunjuk hidayahNya utk berubah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

DISCLAIMER:
Saya yakin dan saya bersyukur masih ramai, majoriti POLIS diluar sana yang amanah dalam menjalankan tugas mereka. Saya kasihan melihatkan mereka ini terpalit sama bila masyarakat lempar stereotype kepada semua Polis, padahal Polis yang korup ini minoriti.

57 comments:

  1. disebabkan nila setitik , rosak susu sebaldi

    ReplyDelete
  2. Moga mendapat hidayah satu hari nanti...

    ReplyDelete
  3. bila benda dah terjadi depan mata...mudahnya cari rezeki di hari jumaat.harap2 jangan la memboyot perut tu.saya aminkan doa doc mudah2an si veteren ni diberi hidayah untuk berubah..



    ReplyDelete
  4. Btol doc.tak semua polis tu jahat.ada juga yg amanah dlm mnjlnkn tugas mereka.segelintir aje yg berperangai korup mcm ni.mereka lupa bahawa setiap perbuatan mereka dilihat olehNya.

    ReplyDelete
  5. Assalam..

    Hmm tulah hakikatnya..kadang kita sendiri sedar kita tak mampu bersuara walauput hakikatnya ada mulut......

    ReplyDelete
  6. memang segelintir je polis yang membawa taik sampai habis terpalit kat semua. aku pun pernah berdepan dengan polis yang membawa taik macam ni. punya menyampah sampai aku sendiri (dan yakin ramai lagi) akan mencebik sambil fikir negatif tiap kali ternampak polis.

    ReplyDelete
  7. Hujjahnya baik sangkanya jika masuk tabung masjid duit itu pun membazir tenaga,,inikan pula masuk perut buncit..

    ReplyDelete
  8. Sedih baca entri ni. Takda apa2 kesalahan pun tapi disebabkan berada di negara orang, senang nak diugut2 sampai terpaksa menyuap :(

    ReplyDelete
  9. bilalah mereka2 yg korup ini nak berubah..

    ReplyDelete
  10. Betul meamng kesian pada yg menjawat sama - kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
    Tapi kenapalah agen itu pergi bagi rasuah sedangkan dia tak salah pun...

    ReplyDelete
  11. Staff daddyZ ambil tak nama polis tu?Buat je aduan kat SPRM biar polis tu sedar diri dan insaf sikit

    ReplyDelete
  12. kesian polis itu~

    x kaya pon kalo makan duit haram cam tuh~

    ReplyDelete
  13. Dah tgh bulan ni...gaji dorang banyak mana sgt..time2 macam ni la seronok diorang buat duit..pas tu perut masing2 buncit x hengat..ya allah...jahat mulut aku dah..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum DZ

    moga itu yg terakhir dia lakukan

    ReplyDelete
  15. hemmmmm... kekadang, benda tak dijangkapun boleh berlaku, yer.! walaupun segelintir, magnitudnya besar...! :)

    ReplyDelete
  16. Sampai macam tu sekali polis tu nak cari duit kopi kan. Kenapalah yang memberi tu pun merelakan. Mesti orang baru, tak tahu lagi nak membidas polis tu. Saya gereem niehh

    ReplyDelete
  17. Mmg kdg2 sedih tgk cara polis murahan mcm nih ,kalo kat tepi jln tuh.tersorok2 terhendap1 mencari pasal-yg selalu terkena mereka yg naik moto.mmg mereka buat kerja tp bab rasuah mmg x boleh tolerate lgsg!!

    ReplyDelete
  18. tak berkat duit yg mereka dapat tu... kesian kan..?!..

    ReplyDelete
  19. pastu duit bagi makan anak bini...hmmm...

    ReplyDelete
  20. sebab nila setitik, rosak susu sebelanga...

    nape x direport kpd SPRM, biar yg mintak & beri dpt pengajaran sikit...

    ReplyDelete
  21. semua nak "kerja senang" jer....haih!

    ReplyDelete
  22. tak semua sebegini. tapi sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  23. Geram, marah...juga kesian sbb polis2 tu tak tau hukum agama.

    Pglmn saya pulak, PATI byr tiap bln rm50/org utk elak kena tangkap. Tiap bln polis masuk ke kwsn ldg utk kutip duit tu.

    ReplyDelete
  24. Akibat nila setitik rosak susu sebelanga....
    salam kenal :-)

    ReplyDelete
  25. sebab tu ada pepatah SEBABKAN NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

    ReplyDelete
  26. Yang memberi pun patut disalahkan juga...

    ReplyDelete
  27. Astargfirullahhh...semoga ALLAH beri hidayah pd manusia2 ini..

    ReplyDelete
  28. Ada rakan yang bekerja pegawai penjara menceritakan banduan asing di penjara ada mengadu semasa ditahan polis barang2 mereka dirampas(handphone, barang kemas, duit) tapi bila mereka dihantar ke penjara barang2 tersebut tidak sampai...

    Segelintir yang mencemarkan... mencipta persepsi

    ReplyDelete
  29. kadang2 kesian dengan pekerja bangla dan indon ni. Diorang selalu takut-takut bila nampak pak polisi..walhal masuk secara sah dan ada permit kerja. insiden macam ni betul2 mencemar imej pak polisi.

    ReplyDelete
  30. Kesiannya pd polis tesembut bila melakukan pkerjaan yg baik tp tidak berkat...

    ReplyDelete
  31. apa2 kerja yg kita lakukan adalah ibadah..haaa

    ReplyDelete
  32. sedihnya kan..kerana nila setitik je..

    ReplyDelete
  33. amin..doakan kerja kita dan mereka berkat selalu.

    ReplyDelete
  34. saya dah lama hilang respect dengan polis.
    terutama polis2 yang senior.

    dulu masa kerja di ER HSA,
    saya ada dpt satu rape case.
    under age.
    selang beberapa hari,
    beberapa orang polis datang jumpa saya.
    salah seorang adalah yg tertuduh.
    dia nak ajak saya kaw-tim.
    cover-up mana2 yg patut.

    dan sampai sekarang,
    saya tak pernah dipanggil untuk bicara.
    walaupun saya kata saya tak boleh tolong apa2.
    polis tu siap cerita dengan saya,
    dah banyak kali dia 'buat'.
    dan dia tak tahu gadis mana yg bukak kes.


    ReplyDelete
  35. sebab beberapa orang yg kurang bijak ni...habis semua terpalit....sad.

    ReplyDelete
  36. entahlah sama ada aku setuju dgn disklaimer tu atau tidak... hahaah

    stigma kotor masih lekat dalam kepala aku.
    ramai manusia tidak bijak menggunakan kuasa.
    mungkin seperti seorang kawan berkata:
    "Manusia tak mampu memegang kuasa kerana tak mampu mengawalnya. Manusia hanya diberikan amanah, bukan kuasa.."

    ReplyDelete
  37. Sangat2 memalukan....apa nak jadi dgn org veteren tu kan.......

    ReplyDelete
  38. Honestly,sy pun ada banyak exp mcm kes mcm tu....tahlaa...x tau ckp apa

    ReplyDelete
  39. sebutan nama den...Je - Bateja......ahakz

    ReplyDelete
  40. Tu lah sbb sgelintir ni.... terpalik busuknya pd yg benar2 kerja dgn ikhlas dan amanah tu

    ReplyDelete
  41. Hello Dear :) .
    Great blog. Interesting post.
    Have a nice weekend.
    Welcome to my blog.
    http://photographyismyexistence.blogspot.com/

    Like me on Facebook. I will be extremely grateful.
    https://www.facebook.com/pages/In-another-light/413836138693856

    ReplyDelete
  42. seekor kerbau membawa lumpur,habis terpalit semuanya..:)

    ReplyDelete
  43. salam perkenalan.. jemput ke blog saya yer.. dan jangan lupa follow saya yer..

    ReplyDelete
  44. doc jangan lupo join contest den yor...kalau doc join pasti lebih meriah...:)

    http://www.papamifz.com/2013/02/contest-kaca-mata-papamifzcom.html

    ReplyDelete
  45. cuba la bayangkan dengan duit haram tu bagi anak2 makan.. kadang2 saya terpikir orang2 yang jadi polis ni betul2 layak ke?

    ReplyDelete
  46. hmmm...selamat ke kita dalam 'tangan' orang macam ni?

    ReplyDelete
  47. saya pernah terfikir..
    seandainya sy mengetahui tentang sesuatu jenayah..tapi bila dlaporkan pada pihak polis rupa-rupanya polis tersebut ketua jenayah tersebut. hehe..macam cerita hindustan..apa nasib saya agaknya..

    ReplyDelete
  48. Orang yg korup ni ada hampir di setiap organisasi .....huhu

    ReplyDelete
  49. selalu terdengar.. betoi sangat kasihan kepada yang tidak melakukannya..
    ramai jer yang ambik kesempatan.. masalahnyer yang betoi2 tak der permittu tak nak lak di tangkapnyerkan... jauhkanlah anak cucu kita dari sifat tidak baik ini...

    ReplyDelete
  50. selalu KA dgr cerita sebegini. Tapi masih percaya ada segelintir juga polis2 kita yng ikhlas bekerja !

    ReplyDelete
  51. yg buat tak elok tu tak ramai tapi nampak dengan jelas....maka nama institusi jadi busuk.
    ***agak2 depa ni pi ka solat jumaat??

    ReplyDelete
  52. aik diberi mcm2 kemudahan n tiap tahun naik insentif pun masih nak pungut rasuah?huhu...mcm nie lah disebabkan nile setitil rosak susu sebelanga..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...