Wednesday, February 6, 2013

Program Saringan Kesihatan PERKESO

Orang Malaysia ni memang kepala otaknya kreatif, termasuk kreatif menipu.
Kerajaan bagi baucer buku suruh beli buku, di jualnya.
Ada sahaja kepintarannya nak cari duit kan..

Kepintaran & kreativiti itu tak terhad kepada baucer buku sahaja...

PERKESO bagi baucer  kepada pekerja yang mencarum dengan mereka, yang dah berumur 40 tahun ke atas, untuk buat saringan kesihatan di klinik panel. Klinik aku salah satu klinik panel.

Petang semalam setelah aku buat saringan ini kepada beberapa orang pencarum...staff aku bercerita..
Bahawa 2-3 hari sebelum ini, ada seorang pencarum yang ada baucer ini datang..
Tapi bukan nak buat saringan, tapi nak ' cash in' kan baucar ini..
Pencarum Melayu Islam ini buat tawaran pula dengan staff aku :

" Saya takyah buat la medical check up ni, saya nak duit nya...kita bahagi dua duit tu pun takpe"

Punya lah hina perangai nak duit atas baucar ini yang memang tidak ditulis nilainya oleh PERKESO.

Cakap pasal hina, menjadi pencuri itu pun ada tingkatannya..
Yang paling hina di antara sekalian pencuri, aku rasa pencuri sejadah..
Bayangkan pakai sejadah curi untuk bersolat..

Sampai begitu sekali pihak PLUS terpaksa main reverse psychology untuk elakkan sejadah di R&R nya di curi. Sejadah ini masih berada dalam surau R&R..aku ambik gambarnya semalam..: )   Aku rasa mesti dah banyak kali hilang sejadah sebelum ni, sehinggakan pihak PLUS terpaksa print disclaimer tersebut di belakang sejadah.

47 comments:

  1. bagus jugak reverse psycho macam tu.

    tapi sedih la kan pencarum perkeso tu...kesihatan tu tak ternilai kot kalau nak dibandingkan dengan nilai voucher tu...

    ReplyDelete
  2. ohhh...
    patutlah ada sorang tu tanya pasal baucer perkeso tu tadi!!

    ReplyDelete
  3. pesal apa aku tak dapat baucer nih?
    dah la tak dapat BR1M, tak dapat baucer buku walau aku sedang belajar, tak dapat baucer smartphone.... yang perkeso pun tak dapat walau aku pencarum?... miskinnya aku di mata kerajaan... huhuhhu

    ReplyDelete
  4. Ish...sejadah pun curi ke?mcm2 laa manusia ni..^^

    ReplyDelete
  5. dah bagi baucer nak duit plak...adeh..sejadah pun nak curi..curi2 solat ke apa?

    ReplyDelete
  6. apa2 pun pd akak didikan agama masa kecik..penerapan nilai2 murni.terlalu cetek...pandangan akak lah.

    ReplyDelete
  7. Mereka niat bukan nak curi sejadah tu tapi pinjam aje .... ngeeee

    ReplyDelete
  8. Macam-macam cara orang menipu..cara PLUS tu memang best...sure kurang org curi..tapi kalau dah kaki curi tu..rembat tetap rembat

    ReplyDelete
  9. Selalunya kalau berhenti solat di RnR, kakcik gunakan kain batik yang memang kakcik 'set'kan dengan sepasang telekung untuk ke sana sini sebagai sejadah.

    ReplyDelete
  10. motip curi sejadah..nak jual ke?
    ntah2 telekung pun ade yg curi kot

    ReplyDelete
  11. Sebab kerajaan dah war2kan kata nilai vaoucher ini ialah RM200.00. Orang yg mcm nie tak nampak kos kesihatan, dia nampak $$$$ jer.

    Klinik Doc salah satu klinik panel? Saya ada a few questions nak tanya, boleh? Should I e-mail u privately?

    ReplyDelete
  12. Astaghfirullah...org mcm ni pun ada...adoi, kesihatan tu lg penting la pakcik!!

    ReplyDelete
  13. hina gila! kalau dah kat rumah Allah pun tak malu nak mencuri apa lagi yg kat luar.. memalukan sungguh..

    ReplyDelete
  14. ni rasenye tingkatan satu kelas peralihan. budak baik nak jadi pencurik.. curik sejadah plus..haha

    ReplyDelete
  15. ALAMAK...baru tau ni doc..ya Allah..ape laa tedesak sgt kan....ishhh moga2 takde la darah daging kite perangai mcm nie...kabur hati, akal dan pikiran kerana duit....

    ReplyDelete
  16. curi barang wakaf ni memang nampak sangat 'kebongokannya' orang tu !, dan apa saja pemberian percuma dalam bentuk benda tak boleh dicashkan , kalu tak mau bagi kat orang lain..

    ReplyDelete
  17. aduhai mcm2 hal la org kita nih, desperate sungguh la sampai nak convert baucer tu.....sejadah pun leh jadi bahan la! astaga!

    ReplyDelete
  18. tuler masyarakat malaysia.. dan selalunyer yang buat perangaitu orang kita...
    entahler macamana nak betulkan.. isyh perangai tau nak duitjer dan barang free..

    ReplyDelete
  19. apa aje yg tak dicuri hatta di rumah Allah sekalipun doc..Malaysian will always be Malaysian..tapi bila kita sayang negara luar mulalah kata kita tak patriotik..huh..

    ReplyDelete
  20. bila semakin ramai manusia bengap !
    ginilah jadinyaa ..

    ReplyDelete
  21. 1. Kakak rasa tak adalah klinik panel yg nak ambil offer macam ini - naifnya
    2. Solat atas sejadah curi - kejinya

    ReplyDelete
  22. alahaiiii.. sedih lah.. ade ke cam tuh~
    kes curi sejadah tu lagiiiiii lah sedih! kesiannye.. ape lah dia pikir dalam kepala hotak dia tu.. haih~

    ReplyDelete
  23. Dah bagi voucher guna laa dengan sebetulnyaa..nie nak tukar2 plak.. ikss.. ada gak org gini ekk..

    ReplyDelete
  24. Zaman sekarang memang orang sangat kreatif bab menipu2/mencuri2 ni..

    Makchaq pernah terdengaq orang sembang, katanya dia tak bawak telekong, jadi dia ambik telekong wakaf kat R & R, nanti masa balik dia letak la balik katanya.. kira kreatif jugak la..

    ReplyDelete
  25. tak perasan lak kat sejadah di R&R ada tulis cam gitu hehe...

    ReplyDelete
  26. haa... boleh lah ija buat kat klinik doctor kan. eh pap smear pun kena buat kan.. alamak... ada doctor fomfuan ada tak?

    ReplyDelete
  27. pencuri sejadah? petir nanti! haha

    ReplyDelete
  28. mencuri utk kebaikan...... ye ke? (garu kepala)

    ReplyDelete
  29. Memang hina. Dah terdesak sgt lah tu sampai sejadah pon nak curi.

    ReplyDelete
  30. Sejadah pun nak curi ka, adoih..

    ReplyDelete
  31. Mak aikhhhhh boleh ke claim voucher tuh??

    Mcm2 jenis manusia!!

    ReplyDelete
  32. pergh..baucer tu utk kesihatan diri sendiri jugak. tu pun takmo, lagi nak tipu.

    ReplyDelete
  33. org tu ingat dapat claim ribu2 kot... memalukan

    ReplyDelete
  34. macam macam cara orang boleh buat kan? kena hantaq depa ni pi kreative center somewhere...suruh depa guna otak creative tu perkara lebih manfaat

    ReplyDelete
  35. inilah dia orang2 yang tak bersyukur dengan apa yang ada..dan yg paling sedih sekali tak tahu dosa dan pahala..balasan akhirat apatahlagi..kita doakan moga orang2 camgini diberi hidayah oleh Allah..Amin

    ReplyDelete
  36. lau dah tulis cam tu pun ilang jugak tak tau la nak kata pa

    ReplyDelete
  37. sejadah pun ado yang nak curi yo...hmmm....memang tak patut....

    ReplyDelete
  38. abg doc, wak xde baucer socso, tp wak nk duit je dr abg doc bolelee.,,, ekKKeee

    ReplyDelete
  39. Pulakkkk.....ada jugak org mcm tu....jual baucar kesihatan tu.....pelik bangat tu....den rasa nilai nya dlm RM40 jer erk....ke mahal lagik...

    ReplyDelete
  40. macam2...sy dapat boucer buku tu..dr nak?sy jual wakaka

    ReplyDelete
  41. Inilah manusia doc...serba kreatif terutama bab2 yg mengharamkan.

    ReplyDelete
  42. Alahai sampaikan sejadah pun dicuri.. pelik juga dengan perangai sesetengah manusia ni kan..

    ReplyDelete
  43. kes cik ina lain pulak, cik ina segan nak ambik baucar tu sebab tu kan duit cik ina sendiri. pandai-pandaikan kata baucar kerajaan.habis tu macam cik ina yang dah mencarum dengan perkeso sejak umur 17 tahun bukan itu ke duitnya.

    ReplyDelete
  44. betullah daddy zz mmg hina daku rasa pencurik sejadahnie..samalah ngan yang curik duit sedekah di masjid tapi hinalagi pencurik sejadah.dahlah curik bawak g solat pulak.aiseh takdemoral sungguh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...